Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


KENAPA RAKYAT DINAFIKAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI 1MDB?

Posted: 09 Jul 2016 07:07 PM PDT

Gambar dipetik daripada Sinar Online
"Apakah Laporan Ketua Audit Negara itu sama sekali tidak benar dan bohong belaka? Jika tidak benar dan bohong semata-mata, campak sahaja  ke dalam bakul sampah laporan 'tidak berguna' itu. Kenapa pula ia dibiarkan 'berhantu' dan menimbulkan kontroversi yang berpanjangan?"
Apakah 'rahsia' di sebalik Sarawak Report yang menyebabkan beberapa pemimpin pembangkang kini mengasak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bertalu-talu?
Apakah benar laporan Ketua Audit Negara merugikan dan akan mendatangkan masalah kepada Najib?
Siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA). Kandungan laporan itu bagaimanapun, didakwa dibocorkan oleh laman pendedah maklumat Sarawak Report.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin dalam satu kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa Laporan Akhir pengauditan 1MDB oleh Ketua Audit Negara kepada PAC Parlimen Malaysia diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Sesiapa pun tidak boleh secara bebas melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.
Persoalannya siapa yang pernah melihat laporan itu? Hanya anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sahaja?
Bagaimana dengan anggota Kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), khsuusnya UMNO? Apa reaksi mereka?
Jika anggota Kabinet tidak melihat laporan Ketua Audit Negara, bagaimana boleh antara mereka mengatakan Sarawak Report mahu erdaya rakyat tentang laporan audit 1MDB'?
Apa asas ketakutan kerajaan dan apa pula asas kepada kenyataan menteri  bahawa laman pendedah maklumat, itu  cuba memperdayakan orang ramai mengenai laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB?
Persoalannya, jika terus mengklasifikasikan laporan Ketua Audit Negara, makin ramai akan tertanya-tanya apa rahsia sebenar di sebalik laporan itu?
Kita bimbang semakin laporan itu menjadi 'hantu yang ditakuti' oleh pemimpin tertinggi kerajaan, akan semakin 'berhantu' pula Sarawak Report.
Semalam pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mengemukan soalan, "Adakah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih dirahsiakan kerana ia akan membawa kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?"
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pula mengatakan amat aneh sikap kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, kerajaan Malaysia mengatakan Sarawak Report telah memfitnahnya, tetapi apabila pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dari dahulu lagi menggesa kerajaan menyaman mereka, kerajaan tidak berbuat demikian.
Persoalan pokok ialah kenapa sampai begitu sekali 'berhantunya' laporan Ketua Audit Negara itu? Apa kandungannya?
Juga apa persoalan besar yang cuba dirahsiakan kerajaan sehingga Kit Siang berani mengemukakan pertanyaan berikut ini? "Persoalan Najib dan semua menteri kabinet perlu menjawab sama ada pengumuman terbuka laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan menyaksikan Najib tidak lagi mampu kekal sebagai perdana menteri dan Presiden UMNO?"
Persoalan juga kenapa hanya angota PAC dan kalangan tertentu sahaja yang diberikan previlagemengenai laporan Ketua Audit Negara?
Rakyat tidak punya hak untuk mengetahui dan menilainya? Kenapa sekat hak rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar dalam 1MDB?
Syarikat 1MDB itu hak siapa dan menggunakan duit siapa untuk berniaga? Jika untung atau rugi siapa yang akan mendapat faedah atau menanggung bebannya?
Apakah ia hak peribadi Perdana Menteri, kerajaan Barisan Nasional (BN) atau lembaga pengarah syarikat berkenaan semata-mata dan bukan hak rakyat ramai negara ini?
Juga apakah Laporan Ketua Audit Negara itu sama sekali tidak benar dan bohong belaka?
Jika tidak benar dan bohong semata-mata, campak sahaja  ke dalam bakul sampah laporan 'tidak berguna itu. Kenapa pula ia dibiarkan 'berhantu' dan menimbulkan kontroversi yang berpanjangan?
Tidakkah rakyat kini mula mencurigai kerajaan dengan menjadikan laporan Ketua Audit Negara itu sebagai 'hantu' yang perlu dijauhi?
Read More / Baca Lagi >>

Selepas kalah di dua PRK, Pas nilai semula hubungan dengan PKR

Posted: 09 Jul 2016 06:40 PM PDT


Pas kaji semula hubungan dengan PKRPas kaji semula hubungan dengan PKR
Tindakan PKR yang menyeru pengundi agar tidak memilih calon daripada Pas semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dijadikan bukti sebelum hubungan kedua-dua parti dinilai semula.
Kata Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan daripada pimpinan PKR yang disifatkan sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap parti itu akan diperincikan sebelum Majlis Syura membuat keputusan sama ada hubungan dengan PKR patut ditamatkan atau tidak.
"Contoh dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar memang satu pengkhianatan yang jelas yang dibuat oleh PKR.
"Di mana PKR secara jelas menyeru pengundi jangan undi PAS sedangkan kita ada pakatan politik.
"Ini bukti-bukti pengkhianatan yang memang sudah berlaku," katanya seperti dilapor The Malaysian Mirror hari ini.
Tambahnya, PKR semakin menunjukkan belang terutamanya ketika PRK walaupun PAS bersama-sama dengan parti itu ketika saat genting bermula pemenjaraan Anwar Ibrahim pada 1998.
"PAS masih menganggap ada hubungan dengan PKR, ketika PKR lemah kita bersama PKR walaupun DAP keluar daripada barisan alternatif dulu tetapi sekarang ini nampaknya PKR sudah mula hendak meninggalkan PAS.
"Hubungan ini sudah melebihi satu dekad bermula 1998 semenjak DSAI (Anwar Ibrahim) digugurkan daripada kabinet dan dipenjarakan, tetapi mutakhir ini PKR sudah menunjukkan perangai sebenar," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Kepada PAS: "I Love U" Kerana Wujudkan 3 penjuru

Posted: 09 Jul 2016 06:39 PM PDT

Ia berkisar mengenai kedudukan PAS di dalam arena politik negara yang kini berada di dalam apa yang dinamakan blok ketiga. PAS bersama IKATAN (bekas UMNO). UMNO gembira teramat sangat apabila berjaya memusnahkan Pakatan Rakyat dengan bantuan PAS. Dan langkah UMNO itu berhasil di dua PRK yang lalu dengan kewujudan pertandingan 3 penjuru yang menyebabkan UMNO menang dengan majoriti yang besar.


Jom kita ikuti:

3 Penjuru I Love U

Dialoq seorang kawan dengan orang Pas

Orang Pas kata "Umno tidak di hati Pas"
Kawan jawab, "Betul , Umno tidak di hati Pas tapi Pas kini di hati Umno"
Orang Pas kata, "Pas tak akan bergabung dengan Umno"
Kawan jawab, "Betul, tidak bergabung tapi cukup la Pas disayangi Umno"
Orang Pas tanya, "Kenapa Umno nak sayang Pas"
Kawan jawab, "Kerana Pas sanggup bertanding 3 penjuru, 3 penjuru I love u"
Orang Pas tanya, "Apa bukti Umno sayang Pas?"
Kawan jawab, "Bila TV3, Utusan Meloya dah tak hentam Pas"
Orang Pas berlalu pergi, tak mahu bercakap lagi


  Teringat sangat pesanan Ustaz Fadzil Noor:

KENAPA HANYA SALLEH?

Posted: 09 Jul 2016 06:37 PM PDT

Semalam Salleh Said Keruak meminta pihak polis menyiasat bagaimana Laporan Audit 1MDB yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA boleh bocor kepada Sarawak Report.

Hari ini pula beliau mengatakan Sarawak Report cuba memperdaya orangramai mengenai 1MDB berikutan tindakannya mendedahkan laporan audit itu.

Ini kerana katanya, laporan audit hanyalah salah satu komponen yang digunakan oleh PAC dalam menyiapkan laporannya mengenai 1MDB.

Tegas Salleh lagi,  yang muktamad ialah Laporan PAC.
Sebelum Salleh lupa, bagaimana tentang laporan Bank Negara mengenai 1MDB yang juga menemui beberapa kepincangan dalam urusan dan perjalanan syarikat tersebut?

Adakah beliau tidak ingat lagi tentang surat Bank Negara yang mengesahkan mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Low yang kemudiannya maklumat tersebut diubah suai dalam Laporan PAC?

Jika laporan audit dan dapatan Bank Negara sudah mengesah beberapa kepincangan dan salah laku, apa lagi yang mahu dipertahankan tentang 1MDB?
Read More / Baca Lagi >>

Salahuddin anggap berita beliau akan kembali ke Pas seperti budak main mercun

Posted: 09 Jul 2016 06:36 PM PDT

Walaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq, syukur tiada yang keluar AmanahWalaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq, syukur tiada yang keluar Amanah
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menganggap berita yang tersebar kononnya beliau akan berpatah balik menyertai Pas ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil di malam hari raya.
"Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Menurutnya sebagai Timbalan Presiden Amanah, beliau semakin sibuk membantu Presiden dan parti Amanah memperkukuh hubungan luar dengan semua segmen dalam masyarakat , NGOs dan tokoh-tokoh penting negara .
"Memperkukuh Pakatan Harapan bersama dengan Gerakan Deklarasi Rakyat akan terus menggempur kezaliman dan ketidakadilan BN demi menyelamatkan negara tercinta ini.
"Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan buktikan bahawa Amanah adalah parti masa depan generasi muda dan merealisasikan cita-cita Islam adalah Rahmatallillalamin, biarlah parti lain yang semakin seronok dengan ciri-ciri dan budaya ISIS," katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau,
Salahuddin kembali ke Pas?.
Sambutan Aidil Fitri Syawal tahun ini begitu bermakna bagi saya setelah setahun bermula dengan Gerakan Harapan Baru( GHB) dan seterusnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) , sebuah parti yang saya bersama membinanya dari hari pertama kewujudanya.
Di samping rakan-rakan seagama yang begitu ramai datang bertamu di rumah saya di Kg Tg Piai, Pontian, demikian juga rakan-rakan dari kaum Cina dan India yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Saudara mara saya dari kaum tionghua juga tidak ketinggalan setiap tahun datang begitu ramai mewarnai panorama rentas budaya dan politik.
Tidak ketinggalan juga rakan-rakan lama daripada Pas yang berjumpa dengan saya. Ada di kalangan mereka yang masih memegang jawatan dalam Pas. Mereka datang bertanya khabar dan ada yang terus terang meluahkan perasaan kecewa kerana perjuangan Pas bukan lagi seperti dulu apatah lagi tanjak dan keris hadir dalam muktamar Pas yang lalu. Lain benar rasanya kata mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak bukan negeri, kata SUPP

Posted: 09 Jul 2016 08:38 AM PDT

Adenan Satem juga bersetuju, kata Sim Kui Hian
Sim Kui Hian
PETALING JAYA: Rakyat Sarawak digesa jangan merendahkan diri dengan menganggap Sarawak salah satu negeri Persekutuan Malaysia.
Presiden SUPP Datuk Sim Kui Hian dipetik laporan berita berkata "Sarawak patut dikenali sebagai Sarawak, bukan salah satu daripada 13 negeri dalam pembentukan Malaysia" jika mereka mahu autonomi pentadbiran yang lebih luas daripada Putrajaya.
Kenyataan itu yang terbaharu dalam pengisytiharaan demi pengisytiharaan oleh ahli politik bahawa Sarawak penandatangan dalam pembentukan Malaysia, setaraf Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara (Sabah).
Kui Hian dilaporkan oleh Malay Mail Online berkata demikian di pelancaran buku 'The Grand Design' oleh penyelidik Zainnal Ajamain di ibu pejabat SUPP.
Beliau mendedahkan perkara ini dibawa ke perhatian Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan tidak dimarahi kerana berkata demikian.
"Itu bagi saya bermakna beliau tidak bantah," kata Kui Hian.
Kui Hian merupakan menteri kerajaan tempatan dalam jemaah menteri Adenan.
Beliau menggesa rakyat Sarawak supaya mengkaji Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 September 1963 supaya lebih maklum akan perkara pembentukan Malaysia.
Adenan meminta autonomi pentadbiran yang lebih luas selaras terma Perjanjian Malaysia sejak menjadi Ketua Menteri pada 2014.
Beberapa hari sebelum ini, beliau mendedahkan rundingan penyerahan kuasa kepada kerajaan negeri dijangka selesai hujung tahun ini.

KERAJAAN BUAT HUTANG, RAKYAT KENA TANGGUNG !!!

Posted: 09 Jul 2016 08:35 AM PDT

Mudahnya jadi KERAjaan... hapus jer semua subsidi rakyat, 'settle' defisit negara..

Selagi Najib tak letak jawatan..

Posted: 09 Jul 2016 08:33 AM PDT

Rakyat terus disuap BR1M..
Rakyat menikmati cukai GST..
Syarikat MAS dah melingkup bungkus..
Tol tak naik, kroni tol dapat pampasan..
Makin byk 'tabung-GLC' rakyat akan dikorek..
Kroni bertambah maju merompak duit rakyat..
Skandal Altantuya, Scorpene & 1MDB 'selamat'
Pelaburan Tabung Haji rugi...
Rosmah, Anak & Menantu bebas naik jet VVIP..

1MDB punya angkara DAP pula disalahkannya..

Posted: 09 Jul 2016 08:31 AM PDT

Mati2 ckp LGE bersalah dlm isu banglo.. HAKIKATNYA LGE masih belum lagi disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Jilatlah Najib sbyk mungkin. Manalah tau untung2 boleh dpt title 'TAN SRI' plok yer..

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU. Byk penjilat Umno dah mencuba. Tokeh udang pon boleh dpt 'TAN SRI'..

Kepimpinan bertaqwa berbeza dengan kepimpinan ulama versi Pas

Posted: 09 Jul 2016 08:29 AM PDT


Ustaz Fakhrul Razi MokhtarUstaz Fakhrul Razi Mokhtar
Kepimpinan bertaqwa yang turut menekankan aspek integriti jauh berbeza dengan kepimpinan ulama yang kerap dilaung oleh Pas, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ustaz Mohd Fakhrurazi Mohd Mokhtar.
Menurutnya, kepimpinan bertaqwa atau muttaqin memiliki ciri yang bukan sekadar tahu dan faham tetapi melaksanakan tuntutan Allah.
"Bukan setakat cakap tetapi buat. Paling penting, pelaksanaan suruhan Allah itu perlu disesuaikan dalam kerangka masyarakat majmuk di negara kita.
"Sistem nilai sosio-budaya masyarakat di Malaysia tentunya berlainan dengan cara hidup mereka di Tanah Arab," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas lanjut tentang kepimpinan muttaqin, beliau berkata, gagasan tersebut penting diterapkan memandangkan bukan semua ulama itu sendiri bertaqwa.
"Walaupun ada ilmu agama, tetapi jika tidak menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang adil, termasuk memerangi pemimpin zalim maka rosak masyarakat dan tanah air itu.
"Jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam dahulu pun antara lain disebabkan wujudnya golongan agamawan yang berkepentingan.
"Sebahagian mereka membela bahkan mengampu pemerintah zalim demi menagih habuan. Sikap mereka itu didorong oleh ketakutan kepada penguasa bukan ketaqwaan menegakkan kebenaran dan keadilan," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Muyiddin baik tentu dia kekal Umno, kata Pak Lah

Posted: 09 Jul 2016 08:28 AM PDT


Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad BadawiMantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi
Rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu tidak akan memberi saingan kepada Umno, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Sokongan masih kuat…belum boleh sampai, kekuatan ada pada Umno," katanya ringkas kepada pemberita selepas ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini.
Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Penasihat GPMS Datuk Seri Idris Jusoh dan Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa.
Ahad lalu, Muhyiddin dalam satu sidang media bersama Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan hasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.
Ditanya mengenai dakwaan Muhyiddin yang beliau sebenarnya seorang ahli yang setia pada parti, Abdullah berkata: "Sekiranya dia baik, dia akan tetap berada dalam UMNO," katanya.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat lepas membuat keputusan memecat Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden parti dan Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah.
Keputusan pemecatan itu dibuat kerana melanggar disiplin parti apabila kedua-dua pemimpin itu berada sepentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti.

KPN: Pastikan ketulenan kandungan Sarawak Report sebelum bertindak

Posted: 09 Jul 2016 08:25 AM PDT

Khalid bidas Sarawak Report sebagai tidak boleh dipercayai
Clare Rewcastle-Brown
PUTRAJAYA: Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menentukan ketulenan pendedahan Sarawak Report yang dikatakan laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB sebelum tindakan diambil.
Ketua Polis Negara berkata ketulenan dokumen Sarawak Report itu akan dibincangkan dengan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.
"Jika tulen, kita akan siasatan dibawah Akta Rahsia Rasmi. Semua diminta bertenang," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Hari Raya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Khalid turut membidas portal itu dan pengarangnya, Clare Rewcastle-Brown, sebagai pemberita yang tidak boleh dipercayai kerana menyiarkan berita-berita yang kemudiannya didapati tidak betul.
"Dia hanya mahu menghuru-harakan negara kita, jadi jangan percaya Sarawak Report," katanya, dan polis tidak dapat menyoalnya kerana dia berpangkalan di United Kingdom.
Orang ramai, tegasnya, perlu bijak menilai berita dari luar negara terutamanya Sarawak Report.
Kenyataan itu susulan gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada polis supaya siasat bagaimana Sarawak Report dilaporkan peroleh sebahagian kandungan laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB.
Beliau berkata siasatan perlu dijalankan segera bagi membendung kebocoran dokumen rahsia rasmi, yang mungkin mendedahkan keselamatan negara kepada risiko.
Malaysiakini pada Khamis lepas melaporkan Sarawak Report menyiarkan sebahagian kandungan laporan itu.

Salleh: Siasatan PAC laporan muktamad 1MDB

Posted: 09 Jul 2016 08:24 AM PDT

Penemuan Ketua Audit Negara salah satu aspek dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Salleh Said Keruak
PETALING JAYA: Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan laporan muktamad siasatan keatas 1Malaysia Development Bhd, bukan laporan Ketua Audit Negara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam catatan blognya berkata pendengaran keatas syarikat milik kerajaan itu dijalankan PAC.
Laporan Ketua Audit Negara itu satu daripada pelbagai sumber yang digunakan PAC dalam menyediakan laporan berkenaan 1MDB, katanya menjawab Sarawak Report yang mendakwa memiliki salinan laporan Ketua Audit Negara yang menurut portal itu mengandungi kebenaran mengenai 1MDB.
"Siasatan PAC bukan sepenuhnya berdasarkan satu sumber tetapi banyak sumber. Kita boleh anggap Sarawak Report tersalah faham atau tidak menyedari hakikat ini," kata Salleh.
Bagaimanapun, jika Sarawak Report sedari fakta itu, maka portal itu bersalah kerana mengelirukan orang ramai.
"Tetapi begitulah modus operandi Sarawak Report sejak 2010″.
Beliau menjelaskan terdapat banyak laporan dibentangkan dalam mesyuarat PAC dan dibincangkan secara panjang lebar oleh semua anggota PAC, termasuk daripada pembangkang. Mereka juga sedar ada banyak laporan lain.
"Laporan muktamad berkenaan 1MDB adalah laporan PAC. Laporan itu disediakan daripada laporan-laporan lain, siasatan-siasatan dan wawancara-wawancara yang dilakukan," kata Salleh. Laporan Ketua Audit Negara hanya menjawab satu aspek hal 1MDB.
Beliau berkata makalah laporan Ketua Audit Negara oleh Sarawak Report menggugat integriti anggota PAC, termasuk daripada pembangkang, kerana dilihat seolah cuba menyembunyikan sesuatu.
Laporan PAC diterbitkan April. Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata dirinya hanya 80% berpuas hati dengan laporan setebal 106 muka surat itu, dan mendakwa ada ayat-ayat penting tidak dimasukkan dalam laporan itu.
Polis berkata akan menyiasat kesahihan petikan laporan Sarawak Report itu.

Najib rahsiakan laporan audit 1MDB bagi kekal berkuasa?

Posted: 09 Jul 2016 08:20 AM PDT

Adakah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih dirahsiakan kerana ia akan membawa kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, soal pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.
"Persoalan Najib dan semua menteri kabinet perlu menjawab sama ada pengumuman terbuka laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan menyaksikan Najib tidak lagi mampu kekal sebagai perdana menteri dan presiden Umno?
"Adakah ini sebabnya, mengapa Najib sedang bertungkus lumus merahsia dan menyekat bermati-matian laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim juga menyoal sama ada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah dikemukakan kepada jemaah menteri atau anggota kabinet.
"Jika demikian, apakah pendirian kabinet mengenainya?"
Siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kandungan laporan itu bagaimanapun, didakwa dibocorkan oleh laman pendedah maklumat Sarawak Report.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih, dan juga tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.

Rakyat Sarawak digesa sokong perubahan, lupakan janji manis BN

Posted: 09 Jul 2016 03:01 AM PDT

BINTULU, 9 JULAI: Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chin Sing berkata, kedudukan 'selesa' lebih 50 tahun Barisan Nasional memerintah Sarawak telah mengakibatkan kesan buruk yang berpanjangan ekoran tiada agen semak seimbang dalam memastikan kebajikan rakyat terbela.
Namun, dengan pertambahan kerusi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sejak 10 tahun yang lalu, suara pihak pembangkang sedikit sebanyak telah memberikan tekanan yang hebat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri itu, tambahnya.
impian sarawak2Justeru, katanya, pembangunan di Bumi Kenyalang sebenarnya bergerak seiring dengan kekuatan suara pihak pembangkang membela nasib rakyat di peringkat negeri mahupun nasional.
"Sudah terlalu lama BN memerintah. BN sebenarnya telah gagal memberikan pembangunan yang setimpal di Sarawak.
"Cuma akhir-akhir ini kita nampak ada sedikit pembangunan yang cuba dibawa. Tetapi itupun setelah pembangkang banyak memenangi kerusi DUN pada 2006 dan 2011, kemudian barulah BN rasa tertekan dan mengambil kira pandangan dan keperluan rakyat," katanya kepada Roketkini.com.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil yang dilaporkan media menyeru supaya rakyat Sarawak memberikan sokongan kepada Ketua Menteri Sarawak dan BN kononnya demi kesinambungan pembangunan di negeri itu.
Malah Penguang turut meminta supaya rakyat negeri berkenaan bersabar kerana menurutnya pembangunan tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh sebulan dua sebaliknya memakan masa yang lama.
Read More / Baca Lagi >>

Siasat dulu sebelum gantung, kata Shafie

Posted: 09 Jul 2016 02:55 AM PDT

 Siasat dulu sebelum gantung, kata Shafie
SEPANG - "Siasatlah dulu, kenapa takut sangat nak siasat saya berdepan. Tanya saya apa salah saya bukan terus gantung macam itu," luah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahliannya tanpa siasatan, 24 Jun lalu.

Katanya, keputusan MT Umno itu dilakukan ketika beliau sedang mengerjakan ibadah umrah.

"Dalam bulan yang baik kita beramal saya pergi umrah, tak langsung semasa saya hadir (mesyuarat) MT... tak ada tanya saya.

"Bila saya pergi umrah gantung saya. Tapi tak apa lah mungkin ini antara petunjuk ALLAH apabila saya tunaikan ibadah umrah dan berdoa di Masjid Nabawi. Ya ALLAH saya umat yang lemah dan tak sempurna, tunjukanlah jalan-jalan yang baik untuk saya membantu agama dan negara, itu sahaja," katanya ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Dalam mesyuarat MT Umno 24 Jun lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada parti manakala Mohd Shafie digantung sehingga siasatan selesai.

Keputusan ke atas tiga individu itu dibuat MT  Umno selepas kesemua mereka disabit kesalahan melanggar disiplin parti.

Sementara itu, Mohd Sahfie turut mengingatkan pimpinan Umno supaya tidak memandang rendah usahanya selama ini memperjuangkan dan mengukuhkan pengaruh Umno di Sabah.

"Jangan hina saya dengan melemparkan tuduhan pengunduran saya daripada Umno tidak memberi sebarang kesan kepada parti.

Read More / Baca Lagi >>

Peniaga cekik darah! Ayam naik RM30 seekor

Posted: 09 Jul 2016 02:51 AM PDT

Peniaga cekik darah! Ayam naik RM30 seekor
Ab Ghani (tengah) turut memeriksa ayam yang didakwa dinaikkan harga sesuka hati oleh peniaga.
KOTA BHARU - Cekik darah! Itu tindakan sesetengah peniaga di negeri ini yang dengan sesuka hati menaikkan harga seekor ayam sehingga mencecah RM 30 seekor pada musim perayaan demi untuk meraih keuntungan lebih.
Tindakan mereka dikesan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) menerima aduan dari orang ramai berhubung kenaikan harga mendadak yang turut memberi kesan kepada pengguna.
Hasil tinjauan dan risikan yang dilakukan pegawai penguat kuasa KPDNKK di Pasar Siti Khadijah di sini semalam mendapati enam peniaga dikesan mencatut harga sesuka hati dan diberi notis tunjuk sebab bagi memberi penjelasan berhubung kenaikan harga ayam secara mendadak pada musim perayaan.
Pengarah KPDNKK negeri, Datuk Ab Ghani Harun berkata, setakat semalam sebanyak 16 aduan melalui telefon yang diterima dari pelanggan berhubung kenaikan harga ayam di pasar-pasar besar di seluruh negeri Kelantan.
"Aduan yang kita terima dari pelanggan rata-ratanya merungut apabila ayam-ayam yang dijual dinaikkan harga sehingga RM 30 seekor.
"Hasil pemantauan dan pemeriksaan yang kita lalukan di Pasar Siti Khadijah di sini semalam, mendapati peniaga tidak menggunakan alat timbang dan menjual ayam menggunakan kaedah ekor," katanya.

PAS rancang keluar PKR

Posted: 09 Jul 2016 02:08 AM PDT

Tindakan PKR yang menyeru pengundi agar tidak memilih calon daripada PAS semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dijadikan bukti sebelum hubungan kedua-dua parti dinilai semula.
Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan daripada pimpinan PKR yang disifatkan sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap parti itu akan diperincikan sebelum Majlis Syura membuat keputusan sama ada hubungan dengan PKR patut ditamatkan atau tidak.
"Contoh dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar memang satu pengkhianatan yang jelas yang dibuat oleh PKR.
"Di mana PKR secara jelas menyeru pengundi jangan undi PAS sedangkan kita ada pakatan politik.
"Ini bukti-bukti pengkhianatan yang memang sudah berlaku," katanya ketika ditemui.
Tambahnya, PKR semakin menunjukkan belang terutamanya ketika PRK walaupun PAS bersama-sama dengan parti itu ketika saat genting bermula pemenjaraan Anwar Ibrahim pada 1998.
"PAS masih menganggap ada hubungan dengan PKR, ketika PKR lemah kita bersama PKR walaupun DAP keluar daripada barisan alternatif dulu tetapi sekarang ini nampaknya PKR sudah mula hendak meninggalkan PAS.
"Hubungan ini sudah melebihi satu dekad bermula 1998 semenjak DSAI (Anwar Ibrahim) digugurkan daripada kabinet dan dipenjarakan, tetapi mutakhir ini PKR sudah menunjukkan perangai sebenar," tambahnya.
Terdahulu, Dewan Muslimat PAS pada Muktamar parti yang Ke-56 baru-baru ini menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.
Justeru itu, Mohd Zuhdi memaklumkan sehingga kini proses mengumpul bukti-bukti yang menguatkan lagi pengkhianatan PKR terhadap PAS akan dikumpul dari semasa ke semasa.
Mengulas lanjut PKR katanya lagi sepatutnya mengambil pendekatan berkecuali agar tidak memberi kesan kepada PAS yang merasakan diri disisihkan walaupun mempunyai hubungan politik bersama-sama parti itu.

Duit raya bukan rasuah atau dedak, kata menteri Umno

Posted: 09 Jul 2016 01:35 AM PDT

Tindakan Anggota Parlimen Taiping, Perak, Nga Kor Ming memuat naik status dalam akaun Facebook (FB) miliknya menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri disifatkan sebagai tindakan biadab dan sengaja mencari publisiti murahan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbuatan itu juga menyinggung perasaan umat Islam dan tidak menghormati amalan tradisi yang telah diamalkan masyarakat Melayu sejak turun temurun.
"Ini merupakan perbuatan biadab dan kurang ajar. Ia tidak patut berlaku kerana pemberian duit raya ini bukan satu perkara baru, tetapi untuk mengembirakan kanak-kanak.
Sebab itu ia diberi kepada golongan itu dan bukannya kepada orang dewasa dan perkara ini juga diamalkan masyarakat Cina yang memberi ang pau semasa Tahun Baru Cina," katanya.
"Budaya ini sama saja baik kaum Melayu, dan Cina, malah kaum India sendiri pun semasa Depavali kita beri bantuan kepada golongan memerlukan untuk meringankan bebanan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Bera hari ini.
Majlis yang diadakan bermula pukul 9 pagi dan berakhir 2 petang itu dihadiri hampir 20,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menuntut Kor Ming agar segera meminta maaf kerana tindakannya yang tidak bertanggungjawab mempersendakan Aidilfitri dengan menyamakan sedekah duit raya sebagai rasuah dan 'dedak'.

Pas tak ada kes rasuah, yang ada Umno dan DAP, dakwa Presiden Pas

Posted: 09 Jul 2016 01:29 AM PDT


Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata sehingga kini Pas saja yang bersih.Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata sehingga kini Pas saja yang bersih.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur kerana sehingga kini, pentadbiran negeri di bawah parti itu di Kelantan, Kedah serta Terengganu sebelum ini, tidak terbabit dengan kes-kes rasuah.
"Yang tak ada kes Pas. Alhmdulillah, orang lain ada kes. Pemimpin Pas Kelantan tak ada kes, kita memerintah Kedah, Ustaz Azizan tak ada kes.
"Yang ada kesnya Umno dan sekarang DAP pun ada kes,"kata Hadi ketika bercakap dengan pihak media di rumahnya pada Jumaat 8 Julai semalam.
Hadi dipercayai menghalakan dakwaannya itu kepada kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah sekarang ini.
Sebelum ini, Hadi berkata, Guan Eng tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

MB Selangor enggan ulas khutbah Aidilfitri JAIS sokong hudud Hadi

Posted: 09 Jul 2016 01:13 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali hari ini enggan mengulas mengenai khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung rang undang-undang persendirian oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketika diminta ulasannya berhubung khutbah Aidilfitri Rabu lalu yang dilihat 'menyokong' rang undang-undang presiden PAS itu, Azmin sekadar berkata:
"(Khatib) tak sebut pun nama presiden PAS (Abdul Hadi)," katanya ringkas kepada pemberita semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri Selangor di ibu negara hari ini.
Rabu lalu, JAIS mengeluarkan khutbah Aidilfitri yang melahirkan rasa syukur berhubung kemenangan umat Islam dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Abdul Hadi.
Malah, khutbah itu turut menyatakan syukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak cabaran daripada kumpulan Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai 'sesat'.
Khubah tersebut dibacakan di masjid-masjid seluruh Selangor pada pagi hari raya pertama.
Ia juga menggesa umat Islam untuk mengambil kesempatan pada musim perayaan ini untuk saling bermaafan, meningkat hubungan silatulrahim dan saling menziarahi sesama mereka.
Isu pelaksanaan hukum hudud dikatakan antara faktor yang membawa kepada 'kematian' Pakatan Rakyat tahun lalu apabila DAP dengan lantang menentang PAS yang mahu menjuarainya.
Meskipun terkubur, namun kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak dibubarkan tetapi Azmin selaku menteri besar cukup berhati-hati kerana kerajaan negeri pimpinannya akan tumbang jika tidak mendapat sokongan ADUN PAS mahupun DAP.
Sementara itu, Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri tersebut turut dihadiri oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Malah kelihatan bersama adalah adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Mohd Nazir Razak.
Beberapa pimpinan PKR juha hadir, antaranya, presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib presidennya Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ucapan MB Selangor di Rumah Terbuka Peringkat Negeri 2016

Posted: 09 Jul 2016 01:05 AM PDT

PAS tetap tolak Deklarasi Rakyat

Posted: 09 Jul 2016 01:04 AM PDT

PAS Tak Ada Kes Rasuah kata Hadi

Posted: 08 Jul 2016 11:15 PM PDT

Kesulitan berterusan akibat tiada bekalan air -" BN Menang Rakyat Senang "

Posted: 08 Jul 2016 11:12 PM PDT

Comments (0)