Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘Tak mungkin Rewcastle-Brown akan diekstradisi ke Malaysia’

Posted: 08 Jul 2016 07:50 PM PDT

Peguam di negara ini mempercayai kemungkinan kerajaan Malaysia mendapat perintah ekstradisi dari UK untuk membawa balik editor, Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang mendedahkan dokumen 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia adalah amat tipis.
"Kemungkinan besar kerajaan Malaysia tidak berjaya dalam sebarang percubaannya untuk mengekstradisi Rewcastle-Brown dari UK ke Malaysia untuk menghadapi tuduhan melanggar akta rahsia rasmi," kata peguam Andrew Khoo kepada Malaysiakini.
Pada Khamis, laman web Sarawak Report mendedahkan dokumen yang didakwanya sebahagian daripada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Khoo, yang juga ahli Majlis Peguam Malaysia berkata, UK mempunyai pendekatan yang lebih "matang" terhadap media.
"Hakikatnya di UK dan negara demokrasi maju lain, mereka mempunyai rasa hormat yang lebih matang dan memahami peranan akhbar dan kewartawanan penyiasatan untuk mendedahkan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa di pihak kerajaan.
"Ini dilihat sebagai tunggak asas sebuah masyarakat yang terbuka dan demokratik," katanya.
Beliau berkata, tiada mahkamah di Britain akan melayan apa-apa permintaan ekstradisi daripada Malaysia, sambil menambah bahawa beliau tidak fikir jika ada Peguam Negara Malaysia yang "waras" akan membuat permohonan seumpama itu kepada mahkamah Inggeris.
Sementara itu, peguam Eric Paulsen berkata, satu-satunya pilihan realistik untuk kerajaan Malaysia adalah untuk mengambil tindakan sivil terhadap Sarawak Report di mahkamah British.
Khoo berkata, kerajaan juga boleh mendakwa Sarawak Report atau Rewcastle-Brown di Malaysia tanpa kehadirannya, walaupun prosiding itu berkemungkinan mempunyai "semua ciri sebuah mahkamah kangaroo".
Dengan keputusan bersalah, beliau berkata, mereka kemudian boleh cuba mendapatkan bantuan Interpol untuk menahan Rewcastle-Brown dengan memohon beliau diletakkan dalam senarai notis merah pada peringkat antarabangsa.

SR Dedahkan Laporan Ketua Audit Negara: Apa Yang Kerajaan Nak Sorokkan

Posted: 08 Jul 2016 07:20 PM PDT

SR Dedahkan Laporan Ketua Audit Negara: Apa Yang Kerajaan Nak Sorokkan

Dalam kemeriahan dan kesibukan kita melayan hari lebaran ini, dalam diam2 Sarawak Report semalam telah membuat satu pendedahan besar. SR mendakwa mereka punya akses kepada laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang telah di OSAkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan diberikan.

Ketika laporan itu siap dan diserahkan kepada PAC, kerajaan jadikannya dokumen rahsia atas alasan mahu mengelakkan sebarang kebocoran sementara PAC menyiapkan laporannya. Namun selepas laporan PAC dibentangkan di Parlimen 3 BULAN LALU, laporan JAN ( Jabatan Audit Negara ) itu masih kekal rahsia di bawah OSA tanpa diberikan sebarang alasan.

Pelbagai pihak telah mendesak agar ia dilepaskan untuk tatapan umum. Mungkin saya silap tapi ini merupakan kali pertama laporan Ketua Audit Negara dijadikan satu dokumen rahsia ! Dan ia berkaitan 1MDB ................ dan Jho Low.

APA SAJA BERKAITAN 1MDB ADALAH PELIK ! Itulah ayat yang sering saya gunakan tiap kali isu 1MDB timbul dan kenyataan2 yang diberikan amat tidak memuaskan. Keputusan kerajaan merahsiakan laporan JAN ini antara yang paling pelik.

Tahun lepas Najib sendiri yang begitu gah mengumumkan kepada rakyat yang beliau dan kabinet telah mengarahkan Ketua Audit Negara supaya melakukan siasatan ke atas 1MDB dek desakan rakyat yang banyak bertanya. Pesalah jika ada, akan dihukum .... tegas Najib ketika itu. Sejak itu, cai2 Najib akan sering berteriak kepada para pengkritik 1MDB - TUNGGU AUDIT! kata mereka.

Sekarang apa sudah jadi ? Mana TUNGGU AUDIT anda, wahai para cai2 Najib ? Soalan yang bermain di fikiran rakyat  - APA YANG NAK DISOROKKAN ?



1MDB yang diilhamkan Najib telah RUGI BERBILLION2 RINGGIT sejak ditubuhkan. Bukan setakat rugi, malah aset negara juga turut terjual dek kerana hutang keliling pinggang. Terbaru pihak IPIC pula telah ke mahkamah timbangtara antarabangsa kerana mahu menuntut hutang hampir 26 bilion ringgit dari 1MDB dan juga dari kerajaan Malaysia !

Pendek kata - 1MDB langsung tidak berguna kepada negara dan rakyat Malaysia !

Satu dunia memerhati dan hampir semua mengaitkan 1MDB dengan rasuah dan jenayah penggubahan wang haram. Hanya Najib dan cai2nya saja yang masih mempertahankan 1MDB.

Makanya tindakan kerajaan merahsiakan siasatan audit 1MDB langsung tidak membantu usaha membersihkan nama negara. Ia hanya menguatkan persepsi bahawa terlalu banyak skandal penipuan yang mahu disorokkan dari pengetahuan umum.

Read More / Baca Lagi >>

KESELAMATAN NEGARA ATAU KESELAMATAN INDIVIDU?

Posted: 08 Jul 2016 07:08 PM PDT

Berbanding banyak pihak yang menuntut agar tindakan lebih proaktif segera diambil demi kepentingan negara berikutan bocornya Laporan Audit 1MDB oleh Sarawak Report, Salleh Said Keruak seperti biasa, lebih mahukan polis menyiasat bagaimana kebocoran itu boleh berlaku.

Polis, katanya mesti menyiasat pengakuan Sarawak Report bahawa ia memiliki dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Tambah beliau, kerajaan mengklasifikasikan dokumen tertentu (tentunya merujuk kepada Laporan Audit 1MDB) di bawah OSA adalah untuk tujuan keselamatan negara.

Sebaik mengenapasti sumber ketirisan tersebut, individu yang terlibat dan organisasi yang bersekongkol perlu diheret ke mahkamah, tegasnya lagi.
Kita tentunya bersetuju bahawa ada dokumen tertentu yang diletakkan dibawah OSA bertujuan untuk keselamatan negara, tetapi apakah Laporan Audit 1MDB, jika tidak diletakkan dibawah OSA, turut mengancam keselamatan negara?

Apakah kerajaan meletakkan laporan itu untuk keselamatan negara atau bertujuan menyelamatkan pihak-pihak tertentu?

Di mana terancamnya keselamatan negara jika OSA tidak dikenakan terhadap Laporan Audit 1MDB itu?

Siapa pula individu yang paling terancam masa depannya jika orangramai bebas membaca dan meneliti Laporan Audit 1MDB tersebut?

Bukankah laporan audit, apatah lagi jika berkaitan syarikat milik kerajaan dan melibatkan harta rakyat, memang bertujuan untuk diketahui ramai?

Pernahkah laporan audit mana-mana syarikat milik kerajaan diletakkan dibawah OSA sebelum ini?

Mengapa Salleh tidak menuntut agar kebenaran Laporan Audit 1MDB itu disiasat dan diambil tindakan demi memulihkan imej dan wibawa kerajaan?

Salleh, Salleh...dulu, kini dan selamanya...serupa saja cara berfikirnya - bukan mencuri yang dianggapnya salah, tetapi siapa yang mendedahkan wajah pencuri yang dilihatnya lebih berdosa besar!!

Datuk Bandar KL & Menteri Wilayah Persekutuan buat apa !! TIDUR KA !!!..

Posted: 08 Jul 2016 07:04 PM PDT

Tak kan nak tunggu bendera tu jatuh 'TERLONDEH' ke bawah baru sedar nak tukar baru atas alasan sebab BULAN PUASA...

MASIH ADA LAGI TAK 'peruntukan' utk ganti bendera tersebut ATAU sudah 'lesap' ??!!

Bahagia tang mana tu...

Posted: 08 Jul 2016 07:03 PM PDT

Sebab itulah BAPAK dia pernah kata.. "HANYA ORANG BODOH BINCANG HUDUD DI MALAYSIA" - 24/3/2015.

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !!

Posted: 08 Jul 2016 07:00 PM PDT

Jadi kenyataan Saleh Barua oppss.. Keruak ni jelas tidak menafikan maklumat yang dibongkar adalah TEPAT 100% tetapi mahu polis siasat SIAPA PEMBERI MAKLUMAT....

Apa yang penting bagi rakyat adalah INFO itu benar dan kenapa kerajaan menipu dan melindungi penyelewengan...

KERAJAAN MANA CUBA NAK MENIPU, kerajaan Arab Saudi atau MALAYSIA ??!!

Posted: 08 Jul 2016 06:59 PM PDT

TU DIA !!!... Menteri Umno 'Jamil Khir 2.0' bagi alasan "jangan terlalu berharap janji pampasan KERANA TIADA PERJANJIAN 'HITAM PUTIH'.."

MASIH INGAT kes culik di Sabah baru2 ini juga tiada perjanjian hitam putih bayar pampasan, TETAPI KE mana baki RM3.2 juta wang tebusan ITU ??

ADAKAH dgn tiadanya perjanjian hitam putih oleh kerajaan Saudi, kerajaan Saudi nak menipu bayar pampasan ???

Tak guna jadi menteri kalau rakyat negara sendiri tak boleh nak bela... apa punya jawapan Menteri UMNgOK, budak darjah satu punya jawapan..

Bila yang digelar ulamak buat fitnah, imej Islam tercemar, kata Mat Sabu

Posted: 08 Jul 2016 06:57 PM PDT


Majlis Raya dan Dialog Amanah sempena AidilfitriMajlis Raya dan Dialog Amanah sempena Aidilfitri
Memberi respon kepada soalan siapa sebenarnya ulamak, Presiden Parti Amanah Negara, Haji Mohamad Sabu berkata beliau bimbang dengan kemunculan mereka yang digelar ulamak kini berbohong dan buat fitnah ketika mengajar di masjid menjadikan imej Islam tercalar.
"Mereka hina bapa saya dengan kata-kata keji tapi saya maafkan, tapi bila direka cerita bohong seperti di Pulau Pinang azan tidak diberkakan sejak DAP berkuasa perkara ini tentu menimbulkan persoalan kepada orang bukan Islam tentang mereka yang digelar ulamak oleh orang Islam, katanya di majlis Raya Perantau dan Dialog Adilfitri Amanah di Kota Bharu malam tadi.
Beliau mengimbau kembali semasa permulaan diperkenalkan konsep kepimpinan ulamak yang digerakkan oleh dewan pemuda Pas pada masa itu.
"Saya bersama rakan-rakan pemuda yang diketuai Dato' Mustapha Ali mengadakan muktamar pada tahun 1982 mengusulkan konsep ini supaya mengubah parti Pas supaya jelas halatuju perjuangannya," katanya.
Menurut beliau semua yang terlibat dari awal memahami kerjasama antara ulamak dan aktivis Islam menyebabkan semua pihak saling hormat menghormati peranan masing-masing.
"Sebab tu yang ulamak umur 35 tahun ke atas tu kalau dia nak kata kat Abang Mat pun tidaklah kata dengan perkataan buruk kerana mereka tahu apa kita buat dulu.
"Tapi datang yang muda-muda bawah 35 tahun yang tak tahu hujung pangkal keluar perkataan macam-macam sampai kita heran Islam dari mana yang mereka belajar," katanya.
Majlis yang dikendalikan pemuda Amanah Kelantan malam tadi menarik lebih 2,000 pengunjung yang berebut-berebut bertanya soalan kepada pimpinan Amanah kelantan dan pusat.
Turut hadir bekas artis terkenal Abby Abady dan Adun Salor Datuk Husam Musa.

DEMI GELARAN ‘TUN’ – APAKAH DR M, DR SITI HASMAH AKAN ‘SUJUD DI KAKI NAJIB’?

Posted: 08 Jul 2016 04:57 PM PDT

"Apabila didakwa di mahkamah,  Dr Mahathir akan kehilangan gelaran dan menjadi 'orang biasa'...status VVIP akan semuanya hilang dan tidak mampu lagi menggunakan kekuatannya. Dr Mahathir bukan lagi menjadi 'Maha-Mahathir' tetapi hanya 'Encik Mahathir'."
"Mahathir and family are currently in Phuket, Thailand, to discuss their next move. They know it is game over for them and Najib is going to remain Prime Minister. But they still need to figure out how to save Mahathir's Tun-ship, which he will lose once he is charged for a crime. " - Raja Petra Kamarudin (7 Julai 2016)
Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad lebih sayangkan pingat atau gelaran 'Tun' daripada membela nasib rakyat?
Apakah Dr Mahathir sanggup mencium kaki Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak demi mengekalkan gelaran berkenaan?
Apakah gelaran 'Tun' itu segala-galanya untuk Dr Mahathir?
Apakah Najib yang menganugerahkan gelaran berkenaan? Atau apakah yang menganugerahkan gelaran itu akan menurut kata Najib untuk 'menyentapnya' daripada Dr Mahathir?
Sampai begitu sekali usaha 'menjatuhkan maruah' bekas Perdana Menteri itu mahu dilakukan sesetengah pihak dalam UMNO dan kerajaan? Tidak cukupkah dengan apa yang sudah berlaku di Petronas, Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana? Apakah semuanya akibat dendam yang membara?
Jika benar yakin kuat dengan kedudukan dan kekuatan yang ada,  kenapa sampai pingat atau gelaran untuk bekas seorang Perdana Menteri pun diambil kira?
Penting sangatkah gelaran Tun itu?
Apakah jika Dr Mahathir tiada lagi gelaran Tun, beliau bukan bekas seorang Perdana Menteri yang memerintah negara selama 22 tahun dan membangunkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara industri?
Menurut Raja Petra Kamarudinmelalui blognya 'MAHATHIR, A DEFLATED BALL, TRYING TO SAVE HIS TUN-SHIP',  kedudukan Dr Mahathir kini bagaikan 'di lembah hina' berbanding setahun lalu,  apabila bekas Perdana Menteri itu mendapat sanjungan dan 'meraikan kemenangan' di atas 'kejatuhan Perdana Menteri'.
Kini terpaksa pula berkumpul anak-beranak di 'persidangan Phuket' semalam untuk merangka bagaimana membantu Dr Mahathir merangkak keluar daripada lubang yang beliau gali sendiri, sebelum tertimbus untuk selama-lamanya.
Dr Mahathir dikatakan kini – akhirnya – menerima kenyataan bahawa beliau kalah dalam perlawanan dengan Najib dalam usahanya menjatuhkan beliau daripada jawatan Perdana Menteri.
Raja Petra mengatakan Dr Mahathir trerpaksa menelan hakikat bahawa Kempen Anti-Najib (ANC) yang sepatutnya berjaya menurunkan Najib pada Julai 2015, sudah tidak berjaya dan 'it is game over, real and truly over'.
Berdasarkan faktor bahawa Dr Mahathir akan didakwa bukan lagi 'kemungkinan bila didakwa tetapi bila akan didakwa' kerana beberapa pertuduhan – persoalan kini bukan lagi sama ada Najib mampu bertahan sehingga 2018 atau berjaya dijatuhkan sebelum waktu itu – tetapi persoalan penting ialah apa akan jadi kepada Dr Mahathir.
Bagi Raja Petra, penyokong atau keluarga Dr Mahathir kini perlu membincangkan bukan sama ada Najib mampu bertahan atau tidak tetapi sama ada Dr Mahathir dapat bertahan atau sebaliknya.
Katanya, mulanya mereka memikirkan Dr Mahathir jika didapati bersalah akan dihantar di penjara. Kini mereka sedar bahawa memenjarakan Dr Mahathir bukan keutamaan bagi Najib (Raja Petra tahu rancangan Najib – dari sumber mana?).
Dr Mahathir tidak takut dipenjarakan. Malah, menurut Raja Petra, jika Dr Mahathir dipenjara dan ditakdir meninggal dalam penjara, beliau akan  disanjung sebagai pejuang seperti Mahatma Gandhi. Ini akan mengukuhkan perjuangan ANC.
Raja Petra kata Najib tidak bodoh (Raja Petra tahu Najib cerdik, siapa beritahu beliau?)  untuk menjadikannya seorang ;pejuang' dan mati dalam penjara.
Sebaliknya apa yang perlu dilakukan oleh Najib ialah 'mengenakan Dr Mahathir dengan paling sengsara' iaitu menarik balik pingat atau gelaran 'Tun'. (All Najib needs to do is to hit Mahathir where it hurts most, and that would be to take away his Tun-ship).
Ini kerana bagi Dr Mahathir, gelaran itu lebih penting dari wang – apabila anda mempunyai RM1 bilion, apa lagi yang dibimbangkan – namanya, status, kedudukan dan lain-lain adalah penting. Jadi gelaran 'Tun' itu segala-galanya bagi 'orang tua itu'.
Read More / Baca Lagi >>

PAS sedia 'cerai' PKR?

Posted: 08 Jul 2016 04:54 PM PDT


Tindakan PKR yang menyeru pengundi agar tidak memilih calon daripada PAS semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dijadikan bukti sebelum hubungan kedua-dua parti dinilai semula. 
 
Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan daripada pimpinan PKR yang disifatkan sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap parti itu akan diperincikan sebelum Majlis Syura membuat keputusan sama ada hubungan dengan PKR patut ditamatkan atau tidak.
 
"Contoh dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar memang satu pengkhianatan yang jelas yang dibuat oleh PKR. 
 
"Di mana PKR secara jelas menyeru pengundi jangan undi PAS sedangkan kita ada pakatan politik. 
 
"Ini bukti-bukti pengkhianatan yang memang sudah berlaku," katanya ketika ditemui. 
 
Tambahnya, PKR semakin menunjukkan belang terutamanya ketika PRK walaupun PAS bersama-sama dengan parti itu ketika saat genting bermula pemenjaraan Anwar Ibrahim pada 1998. 
 
"PAS masih menganggap ada hubungan dengan PKR, ketika PKR lemah kita bersama PKR walaupun DAP keluar daripada barisan alternatif dulu tetapi sekarang ini nampaknya PKR sudah mula hendak meninggalkan PAS. 
 
"Hubungan ini sudah melebihi satu dekad bermula 1998 semenjak DSAI (Anwar Ibrahim) digugurkan daripada kabinet dan dipenjarakan, tetapi mutakhir ini PKR sudah menunjukkan perangai sebenar," tambahnya. 
 
Terdahulu, Dewan Muslimat PAS pada Muktamar parti yang Ke-56 baru-baru ini menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang. 
Read More / Baca Lagi >>

Hari Raya hambar kerana ekonomi meleset akibat korupsi

Posted: 08 Jul 2016 04:46 PM PDT

Kenaikan harga barangan asas pada musim Hari Raya menjadikan sambutan tahun ini lebih mencabar berbanding dengan tahun sebelumnya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Aidilfitri beliau hari ini memberi peringatan bahawa masalah utama rakyat Malaysia adalah ekonomi yang kian meleset akibat oleh pengenaan GST dan penurunan nilai matawang ringgit ekoran skandal kewangan 1MDB sebanyak RM50 bilion dan skandal derma RM4 bilion.
"Kenaikan harga minyak buat pertama kali sejak bulan April 2016, sungguhpun hanya 5 sen adalah petunjuk bahawa keadaan ekonomi akan bertambah lebih buruk lagi.
"Kini harga petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing pada harga RM1.75, RM2.10 dan RM1.60 seliter," ujar beliau.
Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, kemelesetan ekonomi hanya boleh diatasi sekiranya tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab ke atas skandal melibatkan 1MDB.
"Itulah sebabnya kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap skandal pembelian 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang, oleh 1MDB dengan harga RM1.3 bilion.
"Kerajaan negeri telah mengharamkan segala urusniaga tanah ke atas 234 ekar tanah di Air Itam itu sehingga skandal 1MDB dan "donation" ini diperjelaskan dan diselesaikan," tambah beliau.
Dalam kenyataan serupa, Ahli Parlimen Bagan itu turut menegaskan tidak terlibat dalam amalan rasuah, terutamanya yang berkait dakwaan korupsi melibatkan pembelian rumah beliau.
"(Kita) akan membuktikan bahawa penjual rumah tidak menerima sebarang faedah dan manfaat yang khas atau luar biasa dan juga tidak ada hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri," ujarnya.
Menurut beliau lagi, dakwaan rasuah terhadapnya adalah satu konspirasi politik jahat untuk mengalihkan perhatian awam daripada skandal rasuah sebenar BN dalam negara.

Najib dicabar dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB

Posted: 08 Jul 2016 04:45 PM PDT

Status sulit laporan Ketua Audit Negara mengenai skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mesti diubah selepas laman web Sarawak Report membocorkan sebahagian daripada dokumen rahsia berkenaan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Sarawak Report memberi hadiah Aidilfitri terbaik kepada rakyat Malaysia dengan mendedahkan hasil siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang selama ini cuba disembunyikan kerajaan melalui Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Oleh itu, jelasnya, demi menghormati semangat kejujuran dan kesopanan sempena sambutan Aidilfitri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti segera mengarahkan status laporan Ketua Audit Negara itu diubah agar tidak lagi tertakluk bawah OSA.
"Lagipun, jika beliau ikhlas tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan berkeras bahawa Sarawak Report memalsukan laporan Ketua Audit Negara itu, maka mendedahkan laporan 'sebenar' akan memusnahkan terus kredibiliti Sarawak Report.
"Kegagalan untuk mengubah status sulit laporan Ketua Audit Negara itu akan hanya meningkatkan syak wasangka orang ramai mengenai penutupan terbesar skandal yang melibatkan Perdana Menteri negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Laman web Sarawak Report semalam menerbitkan beberapa kandungan yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan masih diklasifikasikan sebagai sulit di bawah OSA.
Read More / Baca Lagi >>

Jenayah tembak-menembak meningkat, kerajaan buat apa?

Posted: 08 Jul 2016 04:44 PM PDT

Jenayah tembakan terancang yang meningkat dalam beberapa bulan terakhir ini mencemaskan rakyat. Pembunuhan terancang atau tembakan rambang tidak menjadi lumrah di negara ini yang amat ketat undang-undang pemilikan senjata api.
Mengulas isu peningkatan jenayah senjata api itu, Ahli Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata Malaysia seolah-olah negara 'koboi' kerana jenayah tembakan melibatkan nyawa manusia yang tiada galang ganti.
"Negara kita seolah-olah sudah menjadi 'lawless' (tiada undang-undang). Apakah yang Kerajaan BN sedang buat untuk memulihkan situasi ini?" tanya Nizar Jamaluddin.
Jenayah tembak-menembak meningkat, kerajaan buat apa?Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering meminta kerajaan agar segera bertindak untuk memerangi jenayah tersebut sebelum menjadi trend di Malaysia.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menggesa kerajaan mengkaji trend terbaharu ini yang berhubung kait dengan dunia perniagaan. Katanya, jika tidak dibendung pelabur asing akan takut untuk menanam modal di negara ini kerana pertikaian perniagaan boleh berakhir dengan kematian.
"Saya menggesa pihak berkuasa untuk bertindak dengan pantas dan tegas sebab jika keadaan sebegini berterusan maka pelabur asing pasti akan lari," tegas beliau.
Manakala seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur, George Mun, 60, memberitahu Suara pakatan daily beliau semakin takut untuk pergi jauh dan hanya membawa penumpang di sekitar kawasan yang beliau saban hari bekerja berikutan perkembangan terbaharu itu.
"Sudah kerap baca mengenai kes tembak-menembak dalam suratkhabar sekarang. Saya pun sudah rasa takut. Silap-silap salah tempat, salah masa saya kena tembak.
"Mati satu perkara tetapi kalau lumpuh maka semua ahli keluarga terpaksa jaga, sendiri susah dan ahli keluarga pun susah," kata George dengan nada suara yang resah.
Sejak 21 Jun lalu, sekurang-kurangnya berlaku 5 jenayah tembakan terancang. Pertama melibatkan Bill Kayong, setiausaha PKR Miri yang ditembak mati di persimpangan lampu trafik di Lutong.
Pada hari sama juga dua lelaki adik-beradik cedera ditembak di MRR2 dekat Selayang; pada 29 Jun, seorang pengurus berumur 40 tahun mengalami kecederaan setelah ditembak lima kali di KM3.5 Lebuhraya KL-Seremban; seorang penembak melepaskan 10 das tembakan di hadapan sebuah rumah di Seremban pada 4 Julai lalu dan seorang peniaga wanita ditembak mati dalam keretanya di Taman OUG, KL pada 6 Julai.

Jangan hina saya keluar Umno – Shafie Apdal

Posted: 08 Jul 2016 04:40 PM PDT

Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta pemimpin parti itu supaya tidak menghina beliau susulan keputusannya untuk keluar daripada Umno yang didakwa tidak menjejaskan parti tersebut.
"Ada yang menyatakan tidak ada kesannya saya keluar dari parti, kita tunggulah ada kesan atau tidak, kita tunggu Allah SWT. Tapi saya dulu antara pengasas Umno di Sabah, sumbangan itu adalah sedikit dalam membesarkan dan mengukuhkan parti di negeri ini.
"Dan saya tahu saya pun ada penyokong bukan tidak ada tapi jangan hina saya. Saya datang dari Sabah nak memperjuangkan (hak rakyat) dan membantu negara kita," katanya kepada pemberita di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, petang Jumaat.
Ketika ditanya sama ada terdapat ramai lagi ahli Umno Sabah yang akan meninggalkan parti itu, Mohd Shafie tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku kerana memahami citarasa masyarakat luar bandar.
"Kita tunggu sahaja macam mana keadaan itu. Saya tahu suara di peringkat akar umbi kerana sudah lapan tahun jadi menteri luar bandar.
"Saya hantar 40 Orang Asli ke London, Amerika Syarikat buat Master Degree. Jadi saya sedar apa citarasa dan apa yang terpendam dalam hati mereka, " katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna itu turut mempertikaikan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantungnya daripada jawatan naib presiden tanpa mendapatkan sebarang penjelasan daripadanya secara bersemuka.
"Siasatlah dulu, kenapa takut sangat nak siasat saya secara berdepan. Tanya saya apa salah saya tapi mereka tak tanya saya semasa hadir MT.
"Tapi apabila saya pergi umrah mereka gantung keahlian saya. Tak apalah mungkin ini petunjuk Allah apabila saya berdoa di Masjid Nabawi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Prof Agus Belasah Pentaksub Tegar PAS

Posted: 08 Jul 2016 04:36 PM PDT

Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan 'saya benci' dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.

Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri.

Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.

********************************

Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan.

Saya tanya balik pentotok ini? Apakah kerajaan negeri maksum sehingga tidak boleh dikritik? Jika kerajaan negeri tidak boleh dikritik, apakah PAS tidak mengkritik kerajaan BN semasa kempen PRU 1999, 2008 dan 2013 ketika PAS berada dalam pakatan BA dan PR?

Mereka menjawab pertanyaan saya dengan menyatakan kerajaan negeri tidak boleh dikritik kerana kerajaan negeri adalah kerajaan Islam. Bagi mereka, tidak mempertahankan kerajaan negeri akan menerima balasan Allah nanti.

Inilah yang saya tegur. Apa kaitan mempertahankan kerajaan negeri dengan meminta kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya? Tanpa menjawab pun pertanyaan saya, alih-alih saya pula yang dimarah oleh pentaksub tegar ini.

Mereka dakwa puila saya hanya berani tegur kerajaan negeri. Mengapa tidak kritik kerajaan pusat yang rasuah dan lainnya. Mereka juga suruh saya balik Kelantan dan buat sama baiki air dan kutip sampah. jangan sekadar hanya bercakap dan mengkritik, kata mereka.

Apakah bangangnya pentaksub ini? Saya tegur kerajaan negeri untuk keselesaan rakyat yang hendak beraya, biarlah saya selesaikan hal ini dahulu. Mengapa pula perlu dikaitkan dengan kerajaan pusat? Lain saya tulis, lain mereka bahas.

Inilah yang menyebabkan saya marah dengan pentaksub ini. Bagi saya puak ini adalah perosak agama, imej parti dan pemecah belah masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

GST, skandal 1MDB buat rakyat tertekan sambut Aidilfitri

Posted: 08 Jul 2016 04:35 PM PDT


Lim Guan Eng Lim Guan Eng Sambutan Aidilfitri tahun ini penuh mencabar bagi kebanyakan rakyat di negara ini ekoran kelembapan ekonomi yang melanda negara.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata peningkatan harga barang akibat perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan BN dan penurunan nilai ringgit menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
"Keadaan ekonomi lembab ini disebabkan oleh pengenaan GST dan penurunan nilai matawang ringgit ekoran skandal kewangan 1MDB sebanyak RM50 bilion dan skandal 'derma' RM4 bilion.
"Kemelesetan ekonomi hanya boleh diatasi sekiranya tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab ke atas skandal 1MDB dan derma ini," katanya dalam perutusan Aidilfitri hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu juga berkata, kenaikan harga minyak buat pertama kali sejak bulan April 2016, sungguhpun hanya 5 sen adalah petunjuk bahawa keadaan ekonomi akan bertambah buruk lagi.

Selain masalah ekonomi, rakyat jiga katanya dibelenggu ketakutan ekoran isu keselamatan awam membabitkan serangan bom tangan oleh kumpulan Negara Islam (IS) di Puchong yang disahkan oleh pasukan polis.

"Adalah diharapkan pihak polis boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ancaman ISIS daripada membazirkan sumber anggota, wang dan masa ke atas mereka yang menentang Perdana Menteri secara aman atau mentertawakannya," katanya.

Pengganas minat FB Zakir Naik tidak bererti dia penghasut

Posted: 08 Jul 2016 08:16 AM PDT

Malahan, pendekatan berhujah yang digunakan Zakir tidak didakap oleh IS
Wan Ji Wan Hussin
PETALING JAYA: Jangan melulu menghukum Zakir Naik diatas tindakan segelintir pengikut Facebooknya, kata pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin.
Melihat kepada perbezaan pendekatan yang ketara antara Zakir dan IS, Ketua Biro Agama Angkatan Muda Keadilan PKR itu berpandangan tiada hubungkait yang kuat untuk mengaitkan penceramah kontroversi itu kepada tindakan simpatisan atau penyokong kumpulan pengganas.
"Tidak boleh anggap Zakir pro-pengganas semata-mata kerana seorang pengganas ikut Facebooknya," kata Wan Ji. "Saya kagum dengan beberapa pandangan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam hal politik tidak bermakna saya ahli PAS."
Halaman Facebook penceramah daripada India ini mempunyai lebih daripada 14 juta pengikut, manakala halaman Youtube pula mempunyai 263,716 pengikut.
"IS adalah gerakan yang tidak mementingkan hujah dalam menghadapi perbezaan fahaman, bahkan cenderung menuduh musuh Islam, anti-Islam dan kafir harbi.
"Ini berbeza dengan pendekatan Zakir yang cenderung kepada berhujah dan tidak suka menuduh mereka yang berbeza pendapat sebagai musuh Islam, anti-Islam dan harbi," jelas Wan Ji, menonjolkan perbezaan utama antara Zakir yang sering dianggap ekstrem dengan fahaman melampau IS.
Nada yang sama turut disuarakan Naib Presiden Amanah yang berpandangan penuduh perlu mengambil langkah ke hadapan mengesahkan dakwaan mereka.
"Perlu ada siasatan mendalam apakah yang berlaku di Dhaka itu benar-benar menunjukkan bahawa keseluruhan (keganasan) itu didorong oleh Zakir atau orang yang terlibat itu hanya mengikuti perkembangan Zakir sahaja," ujar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Dalam hal ini, PAS turut menyatakan pendirian yang sama. Asasnya, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, tindakan IS bukan sahaja bertentangan dengan bawaan Zakir, bahkan bercanggah dengan perundangan jihad dalam Islam.
"Ia sangat jelas bagi mereka yang mengikuti ceramah-ceramah beliau di Youtube. Bagaimana mungkin untuk dikaitkan Zakir dengan keganasan sedangkan beliau tidak menyeru ke arah itu?" soal Datuk Khairuddin at-Takiri ketika dihubungi FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Ideologi militan: Kaji pengeluaran Visa semasa ketibaan

Posted: 08 Jul 2016 08:12 AM PDT

Supaya status sebagai pelajar dan pelancong tidak digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa
Musa Hassan
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji pengeluaran visa semasa ketibaan kepada rakyat asing bagi mengelak penyebaran ideologi kumpulan militan seperti Daesh di negara ini.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata berikutan ancaman keganasan yang semakin serius, kerajaan tidak boleh sewenangnya membenarkan individu memasuki negara tanpa memeriksa latar belakang mereka.
Katanya, ini perlu supaya status sebagai pelajar dan pelancong tidak digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa bagi menyebarkan ideologi yang boleh menggugat keamanan negara.
"Kita sebuah negara terbuka, banyak terima pelancong atau rakyat asing, apabila mereka masuk kita kena tahu latar belakang…
"Tapi kalau dah masuk negara kita kemudian bagi visa… kita tak tahu siapa mereka, boleh jadi satu masalah kepada keselamatan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai ancaman kumpulan pengganas di negara ini.
Sementara itu, Musa yang juga Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia berkata beliau yakin Polis Diraja Malaysia melalui risikan yang baik dapat membantu menangani ancaman ini.
"PDRM ada pengalaman yang luas… mereka ada kemampuan untuk bendung ancaman ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata langkah untuk mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang diumumkan kerajaan untuk memberi kesedaran mengenai ancaman keganasan merupakan satu tindakan yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan digesa hapus lorong tikus bekal senjata

Posted: 08 Jul 2016 08:10 AM PDT

Walaupun di negara yang bebas senjata seperti Malaysia, hakikatnya terdapat pembunuh upahan menjual khidmat di negara ini, dakwa Akhbar
akhbar-satar_senjatai_600
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menghapuskan "lorong tikus" yang membolehkan penyeludupan senjata ke negara ini, kata Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi di Universiti HELP. "Kerajaan perlu gunakan dron dan kamera berdefinisi tinggi," kata Datuk Akhbar Satar.
Beliau menyeru penempatan pegawai yang berintegriti, tembok konkrit dan pagar dawai berduri di sepanjang sempadan. "Ini boleh menghalang penyeludupan senjata ke negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
"Keselamatan tidak boleh dirundingkan."
Beliau berkata demikian mengulas beberapa kes tembakan yang berlaku beberapa bulan mutakhir ini.
Keselamatan negara lazimnya diukur mengikut jumlah kes berkaitan yang berlaku dalam satu-satu tahun, kata Akhbar. "Kadar jenayah turut memasukkan jumlah pembunuhan yang berlaku."
Pejabat PBB berkaitan Dadah dan Jenayah (UNODC) melaporkan purata pembunuhan di Malaysia antara 500 ke 600 kes setahun manakala statistik Pemandu menunjukkan 498 pembunuhan pada 2015, iaitu kurang daripada dua orang dibunuh sehari. "Di Thailand, purata pembunuhan adalah tujuh orang sehari."
"Mengikut nisbah penduduk kita, secara kasarnya kadar pembunuhan di sini menyamai Thailand."
"Akhbar kemudiannya menjelaskan modus operandi pembunuhan berupah yang digunakan oleh dunia jenayah.
Pembunuh upahan diupah oleh satu pihak atau kumpulan penjenayah terancang untuk menghapuskan sasaran. Ia melibatkan kontrak antara dua pihak iaitu satu pihak bersetuju membunuh sasaran untuk ganjaran tertentu.
Dalam erti katra lain, mereka membunuh demi keuntungan.
Read More / Baca Lagi >>

Gelar mereka anti-Negara Islam, kata Zakir Naik

Posted: 08 Jul 2016 08:09 AM PDT

Tiada orang boleh mewajarkan pembunuhan orang yang tidak bersalah sebagai ajaran Islam, kata penceramah kontroversi itu
zakir naik
PETALING JAYA: Penceramah kontroversi Zakir Naik dilihat mahu mempromosikan #CallThemAntiIslamicState (gelar mereka anti-Negara Islam) susulan serangan berani mati pengganas IS di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini.
Dalam satu video yang dimuatnaik di Facebook miliknya hari ini, Zakir berkata tiada orang boleh mewajarkan pembunuhan orang yang tidak bersalah sebagai ajaran Islam.
"Al-Quran yang suci, Islam dan saya sendiri mengecam semua tindakan terrorisme yang melibatkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah," kata Zakir dalam video yang sudah ditonton lebih 200 ribu orang.
Media melaporkan pengganas IS turut mengikuti media sosial penceramah dari India itu. Zakir mempunyai lebih 14 juta pengikut di Facebook, dan lebih 200 ribu pengikut di Youtube.
Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBHST) sebelum ini mengeluarkan kenyataaan mendakwa Zakir meracuni fikiran anak-anak muda dengan idea-idea yang membawa kepada keganasan.
Kenyataan itu disangkal oleh agamawan pelbagai aliran pemikiran yang berkata pendekatan berhujah Zakir tidak didakap pengganas IS.

HUSNI KATA HANYA DI MOF BELIAU DAPAT MEMBANTU DAN MENYATU-PADUKAN ORANGRAMAI...HEBAT KAN!!

Posted: 08 Jul 2016 05:30 AM PDT

Sebagai huraian lanjut mengenai persaraannya yang agak mengejutkan baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah memberikan dua sebab mengapa beliau tidak setuju ditukarkan ke kementerian lain, sebaliknya memilih untuk bersara.

- pertama kerana di MOF beliau dapat membantu banyak pihak yang memerlukan bantuannya.

- kedua,  percaya di MOF beliau boleh menyatupadukan orangramai kerana percaya dengan kepelbagaian budayanya. 
Katanya, sebab itulah beliau ada memberitahu Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau akan memilih untuk bersara jika ditukarkan ke kementerian lain.

Hebat kan dua alasan yang diberikan Husni untuk menolak ditukarkan daripada MOF, sebaliknya lebih rela untuk bersara. 

Dalam erti kata lain, ia bermakna:-

- Husni hanya boleh membantu orangramai dengan jawatan Menteri Kewangan saja.

-  di kementerian lain, beliau tidak boleh sama sekali membantu orangramai.

- oleh kerana MOF terkenal sebagai kementerian yang banyak projek-projek pembangunan, apakah kerja membantu orangramai hanya dalam bentuk pertolongan perniagaan semata-mata?

- adakah menteri-menteri selain menteri kewangan tidak boleh membantu orangramai dengan portfolio yang mereka sandang?
Read More / Baca Lagi >>

Saya tidak sertai Dr M, kata Husni selepas spekulasi

Posted: 08 Jul 2016 05:10 AM PDT

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menepis spekulasi akan menyertai kumpulan penentang diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menjelaskan pengundurannya bukan berpunca daripada ketakpuashatian dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahmad Husni yang memilih untuk tidak berada dalam Kabinet baru-baru ini menegaskan tidak akan sama sekali menyertai kumpulan penentang mahu pun bersama pembangkang seperti didakwa setengah pihak.
"Tidak, ..saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya," katanya semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam pada Khamis.
Beliau juga menjelaskan keputusan tersebut dibuat bukan kerana paksaan cuma berhasrat untuk bersara di Kementerian Kewangan dan tidak di kementerian lain.
"Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara, tetapi saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan bahawa persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan.
"Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya.
Beliau juga menafikan pengundurannya itu disebabkan berpunca daripada isu syarikat pelaburan dana negara, 1MDB dimana beliau secara langsung terlibat dalam program rasionalisasi syarikat itu.
"Tidak …1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu adalah masalah.
"1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara," katanya sambil menambah 1MDB adalah satu perniagaan besar dan kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya.
"Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah," katanya.
Ahmad Husni berkata, setakat ini beliau ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai Anggota Parlimen Tambun dengan membantu para pengundi yang menyokong beliau selama ini.
"Sekarang ini, apa yang saya ingin lakukan adalah perkara terakhir iaitu sebagai Anggota Parlimen," katanya sambil menambah kawasannya mempunyai 99,000 pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk.
Read More / Baca Lagi >>

Salah lapor kerana tak faham bahasa, kata LGE

Posted: 08 Jul 2016 04:26 AM PDT

Under fire over his seemingly thinly veiled threat, Penang Chief Minister Lim Guan Eng said his speech to state-owned think-tank Penang Insitute might have been confused by those with "limited understanding of the English language."
lim-guan-eng_penang_institute_1600
GEORGE TOWN: Ucapan "jangan khianati orang yang menolong" kepada satu badan pemikir negeri dilaporkan diluar konteks, kata Lim Guan Eng, susulan celaan yang diterimanya berhubung nada ucapan yang dilihat seperti suatu ancaman.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau tidak berniat untuk mengancam anggota Penang Institute, cuma mahu mengingatkan bahawa Pulau Pinang "satu-satunya negeri yang mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan selepas bersuara" di negara ini.
Guan Eng menjelaskan beliau sekadar mengingatkan badan pemikir itu yang mereka dibenarkan untuk berbeza pendapat secara terbuka, cuma kerajaan selaku penyumbang dana mahukan kesetiaan sebagai balasan.
"Dalam erti kata lain, mereka tidak boleh dalam diam-diam atau secara curi-curi bekerja dengan golongan yang menentang secara terbuka dan mahu menjatuhkan kerajaan negeri.
"Saya membandingkan pendirian liberal kerajaan Pulau Pinang dengan Kerajaan Persekutuan yang akan bertindak terhadap mereka yang berani berbeza pendapat secara terbuka," kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau kemudiannya membidas agensi berita Bernama sebagai oportunis, yang dirasakannya mempunyai niat tersembunyi apabila melapor ucapan itu 10 hari kemudian.
Guan Eng berkata laporan itu mungkin diterbitkan bagi mengalihkan perhatian daripada "isu-isu yang lebih mendesak" seperti skandal wang derma dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
"Saya kesal ucapan ini beri peluang kepada golongan seperti Bernama yang mahu membesar-besarkan cerita atau mencipta kontroversi dengan menonjolkan satu bahagian kecil dari sesuatu yang biasa," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada anggota badan pemikir itu, mengingatkan yang mereka bekerja untuk badan yang dibiayai kerajaan negeri.
Agensi berita itu berkata perumpamaan Barat 'jangan gigit tangan yang memberi makan' dan perkataan seperti 'menyalak' dilihat sebagai kata-kata yang tidak hormati terhadap para penyelidik Penang Institute oleh sesetengah pihak, kerana lazimnya dikaitkan pada anjing.
"Tetapi Guan Eng menjelaskan, penggunaan frasa itu bukan bertujuan untuk merendahkan mereka," lapor Bernama, tanpa menamakan mana-mana penyelidik.
Read More / Baca Lagi >>

IDEAS tak terkejut LGE beri amaran kepada Penang Institute

Posted: 08 Jul 2016 04:24 AM PDT

Amalan biasa yang dilalui oleh badan yang dibiayai kerajaan, kata CEO IDEAS.
Wan-Saiful-Wan-Jan_penang_lim-guan-eng_600
PETALING JAYA: Amaran Ketua Menteri kepada Penang Institute supaya jangan mencemar imej kerajaan negeri bukan sesuatu yang mengejutkan, kata ketua pegawai eksekutif sebuah badan pemikir bebas.
"Saya tak terkejut. Walaupun salah, itu amalan biasa di badan yang berada dibawah kerajaan. Kerajaan negeri yang membiaya badan atau universiti punyai jangkaan tersendiri," kata Wan Saiful Wan Jan daripada IDEAS.
"Sebab itu kami – IDEAS – bergerak secara bebas," tambahnya.
Susulan amaran itu, anggota Penang Institute kini bertanggungjawab untuk memastikan integriti kerja mereka terpelihara.
"Saya tahu mereka akan perhatikan hasil yang mereka dedah atau tidak dedahkan kepada orang awam. Jadi, saya harap mereka kekalkan integriti kerja yang dihasilkan," kata Wan Saiful.
Guan Eng dalam ucaptama perasmian bangunan baharu Penang Institute di Jalan Brown, George Town, mengingatkan anggota Penang Institute yang mereka bekerja untuk sebuah badan yang dibiaya kerajaan negeri.
"Jangan lupa kamu sebahagian daripada kerajaan Pulau Pinang, dan tindak-tanduk kamu tidak boleh dilihat mencemar atau menjejaskan imej kerajaan negeri," kata Guan Eng.
"Oleh kerana kami membiayai kamu, kami berharap kamu menjadi berguna kepada kerajaan negeri, dan melengkapi imejnya dan tentu sekali tidak mendedahkan imej kerajaan Pulau Pinang kepada bahaya."

Why so scared to investigate me upfront, Shafie asks Umno

Posted: 08 Jul 2016 02:58 AM PDT

Comments (0)