Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TIADA MAKNA LAGI LAPORAN AUDIT 1MDB TERUS DIOSAKAN

Posted: 07 Jul 2016 06:24 PM PDT

Meskipun Laporan Audit 1MDB masih diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA, laman pendedah maklumat Sarawak Report terus mendedahkan beberapa butiran yang dianggap sulit mengenainya kepada umum.
Laman itu menyebut bahawa mereka mendapat akses meluas kepada laporan audit itu bersama dokumen-dokumen utama serta pelbagai kebimbangan yang diluahkan oleh Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berkaitan beberapa pemindahan dana 1MDB yang sebelum ini dipersoalkan.
Sarawak Report juga mengatakan, mereka akan  menerbitkan butiran lanjut berkaitan laporan audit itu dalam penulisannya di beberapa hari akan datang.

Bagaimanapun, oleh kerana sekatan undang-undang OSA, tidak ada sesiapa berani menyiarkan atau memetik maklumat yang disiarkan Sarawak Report itu.

Tetapi, dengan capaian internet yang semakin meluas serta Sarawak Report yang disekat SKMM juga begitu mudah diakses, maklumat audit itu bukan lagi merupakan sesuatu "rahsia besar"  bagi rakyat negara kita.

MengOSAkan laporan audit itu dengan tujuan ia kekal sebagai rahsia atau sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum hampir tidak bermakna lagi sekarang ini. Sesiapa saja boleh membaca dan meneliti pendedahan Sarawak Report itu asalkan mereka ada kemudahan internet.

Malah dengan kerajaan terus meletakkannya di bawah OSA dan Sarawak Report pula mendedahkannya, maklumat itu lebih menjadi buruan untuk diketahui.

Dalam waktu yang sama, apabila orangramai mengetahui kepincangan 1MDB melalui laporan audit yang didedahkan oleh Sarawak Report, ia akan menyebabkan imej kerajaan menjadi bertambah buruk lagi kerana ia secara langsung mengesahkan memang ada keburukan yang cuba diselindungkan.

Lagi pun, ketika isu berkaitan syarikat pelaburan bermasalah itu tengah panas dan dipersoalkan dahulu, jawapan yang sering diberi oleh Najib, pemimpin kerajaan dan 1MDB sendiri ialah agar orangramai menunggu laporan audit untuk mengetahui kebenarannya.

Read More / Baca Lagi >>

PAS nafi hala tuju semakin samar selepas PRK

Posted: 07 Jul 2016 05:50 PM PDT

SHAH ALAM: PAS menafikan hala tuju parti itu semakin samar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebaliknya menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki hala tuju Pakatan Harapan turut samar selepas pengundi semakin tertarik kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Namun, lebih menggembirakan PAS adalah berdasarkan undi Melayu hanya tertumpu kepada BN dan parti itu walaupun tidak berjaya dalam kesemua pilihan raya baru-baru ini.

"Bukan PAS sahaja hala tujunya samar tetapi juga parti pembangkang yang lain.
 
"Bagi segmen pengundi Melayu di semenanjung, sememangnya pecahan segmen itu secara undi popular terbahagi kepada dua parti utama iaitu PAS dan Umno."

"Parti-parti lain tidak mempunyai keupayaan menarik sokongan pengundi Melayu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya lagi, hasil kajian yang dibuat oleh PAS pada PRK di Sungai Besar, pengundi Melayu yang menyokong Pakatan Harapan hanya 6.3 peratus manakala di Sungai Besar pula kurang 9 peratus.

Ini bermakna katanya lagi, PKR dan DAP gagal menarik undi Melayu dalam masa terdekat ini walaupun menggunakan isu-isu nasional.

"Contohnya dalam PRK Sungai Besar kami punya analisis menyatakan sokongan pengundi Melayu kepada Amanah hanya sekitar 6.3 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

APA YANG TERSANGAT ISTIMEWANYA LAPORAN SULIT 'AUDIT NEGARA'?

Posted: 07 Jul 2016 05:44 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad  (1MDB)  adalah dokumen yang  diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dikatakan dalam laporan itu, ia menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatkan oleh Tan Sri Ambrin Buang terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan, selain butiran pemindahan dana berkenaan.
Kerana disebut sulit, banyak pihak mahu mengetahuinya. Namun jangan cari penyakit kerana 'yang sulit tetap sulit'.
Bagaimanapun, Sarawak Report mendakwa ia telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu.

Bagaimana ia mendapat akses sedemikian? Siapa yang mendedahkannya?
Atau apakah Sarawak Report sengaja mahu 'memanaskan kembali' isu ini apabila semakin hampir kepada kes pertikaian antara International Petroleum Company (IPIC)  dan 1MDB di London 11 Julai ini yang dilihat 'tidak akan mendatang kesan besar kepada 1MDB'?
Sesetengah pihak membuat tanggapan salah yang 1MDB  dan pemegang saham perlu membuat pembayaran obligasi AS$6.5 bilion 11 Julai ini.
IPIC dilaporkan akan  memfailkan permintaan timbang tara dengan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) 11 Julai ini namun 1MDB sudah memberikan jaminan, tiada apa yang besar akan berlaku. Ini kes biasa sahaja.
Kerajaan setakat ini enggan memaklumkan bila laporan itu akan didedahkan atau dinyah-rahsia. Setakat ini, hanya ahli-ahli PAC yang mempunyai akses kepada laporan itu.
Berikutan itu, ahli parlimen pembangkang mempersoal ketiadaan dokumen laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB itu,  walaupun laporan berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB dibentangkan 7 April lalu.

Ahli Parlimen pembangkang pada sidang media di Parlimen.
Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, seharusnya dokumen berkaitan 1MDB disertakan memandangkan siasatan ke atasnya sudah berakhir dan tidak perlu dikelaskan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) lagi.

Beliau kecewa  kerana satu lagi dokumen yang dinanti-nantikan iaitu laporan daripada Ketua Audit Negara berhubung 1MDB tidak disekalikan dalam laporan PAC.


Beliau menggesa Ketua Audit Negara memberikan satu tempoh masa bagi dokumen 1MDB tidak lagi dikelaskan di bawah OSA supaya semua ahli parlimen mendapat maklumat mengenainya.

"Saban tahun kita mendapat semua laporan daripada Ketua Audit bukan sahaja syarikat GLC atau jabatan-jabatan tanpa ada klasifikasi tapi dalam isu ini agak memeranjatkan kerana ia dilabelkan di bawah OSA.
"Kita mendesak Ketua Audit Negara memberikan tempoh masa sama ada seminggu, dua minggu atau tiga minggu untuk dokumen ini didedahkan kerana ia hak ahli parlimen untuk mengetahui sebelum sesi parlimen berakhir," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen pada hari berkenaan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak menolak kemungkinan ketiadaan laporan 1MDB adalah bagi menyelamatkan individu tertentu.

"Mungkin ketua audit negara ingin mengelakkan beberapa isu yang bersabit dengan individu tertentu tapi tindakan sebegini menambahkan lagi andaian negatif dan rasa tidak yakin rakyat dan mereka menganggap semeangnya berlaku penyelewengan. 

"Niat ketua audit untuk membantu menutup perkara teetrntu tak membantu. Rakyat terus akan rasa ada penyelewengan dan rasuah dan sebagainya," katanya.
Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR menerbitkan bahagian tertentu  mengenai Laporan Ketua Audit Negara ini yang menyebabkan beliau didakwa kerana  memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie Apdal enggan kembali kepada UMNO

Posted: 07 Jul 2016 05:38 PM PDT


Shafie Apdal enggan kembali kepada UMNOSEMPORNA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menegaskan beliau tidak akan kembali kepada UMNO.

Sebaliknya, bekas naib presiden UMNO ini akan meneruskan perjuangan sekadar yang termampu.

Shafie juga menegaskan bahawa beliau seharusnya disiasat dahulu dan bukan terus dihukum dengan digantung parti.

"Kami masih bersahabat dalam UMNO, u-turn tu tak bangkit langsung ya … saya akan teruskan perjuangan saya apa yang saya mampu, mereka telah menghukum saya digantung dahulu baharu siasat.

Menurut Shafie, ia satu perbuatan yang tidak seharusnya berlaku dalam UMNO.

"Siasatlah dahulu baharulah hukum, kalau saya dapat membela diri saya, saya akan terangkan.

Beliau turut berkata, dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tentang video yang menunjukkan beliau dengan pembangkang adalah tidak sahih.

"Sila tunjuk video itu, adakah saya cakap jangan undi UMNO. Saya boleh bangkit bahawa saya persoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Saya digugurkan dalam kabinet kerana 1MDB itu saya boleh terima, tetapi dalam UMNO, membesarkan parti itu bukan semestinya kita perlu taat pada Presiden," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Polis: Motif pembunuhan Bill Kayong tidak akan didedah

Posted: 07 Jul 2016 05:34 PM PDT


Bill SayongBill Sayong
KUCHING: Polis tidak akan mendedahkan motif di sebalik pembunuhan aktivis PKR Bill Kayong kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata beberapa tindakan masih lagi perlu diambil untuk melengkapkan siasatan sebelum hasil siasatan dikemukakan kepada pendakwa raya, lapor Borneo Post.
"Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan hasil siasatan kami, seperti motif pembunuhan kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan dan proses perbicaraan di mahkamah nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasminya di sini, kelmarin.
Selain itu beliau turut ditanya sama ada enam suspek yang ditahan sebelum ini hanya sebagai pembunuh upahan dan siapakah dalang di sebalik insiden tersebut.
"Seperti apa yang saya telah katakan, saya tidak dapat mendedahkan apa-apa buat masa sekarang kerana siasatan masih dijalankan dan kami tidak akan menghentikan siasatan sehingga kami berpuas hati bahawa kami sudah mengambil setiap langkah yang ada." katanya.
Sementara itu, Mazlan turut memberitahu bahawa pihaknya kini sedang menjalankan pemantauan secara menyeluruh mengenai pembabitan anggota polis dalam kegiatan berkaitan pengganas.
"Orang ramai mesti juga berwaspada dan segera memaklumkan kepada polis jika mereka mengesan sebarang kegiatan yang mencurigakan," katanya.

Leaked: Sarawak Report tells why audit report is classified

Posted: 07 Jul 2016 05:33 PM PDT


Sarawak ReportSarawak Report
Chaos, confusion, ever-changing excuses and a total loss of a whopping US$7 billion (RM28 billion) - these are what whistleblower site Sarawak Report said it found out after reading through the classified auditor-general's report on 1MDB.
"A grand total of US$7 billion is calculated as having gone missing and conflicting and unbelievable explanations were given about why the payments were made," Sarawak Report said.
It said the AG, Tan Sri Ambrin Buang, also lamented that during the investigation, 1MDB management would keep changing their explanations over payments amounting to multi-billion dollars, giving a story on one occasion "and then completely re-write their own version of events the next time they met".
Sarawak Report said a scrutiny of the audit report would only lead to the conclusion that 1MDB was plainly a front for the prime minister to siphone out money.
"No one could conclude otherwise from the narrative and criticism laid out in the AG's 300 page plus report and analysis," it added.
The report, it said, also had a chart listing payments which the AG's department found to be unsatisfactory, totalling US$7 billion.
They include the US$1.4 billion security deposit to Aabar, which the Abu Dhabi firm said it had never received.
"Our review has made it abundantly clear why Najib decided that the findings could not be released, since he wishes to remain Prime Minister – after all he is also the Finance Minister and sole shareholder responsible for decision-making at 1MDB and the conclusions are damning," said Sarawak Report.

Selamatkah lapangan terbang di Malaysia?

Posted: 07 Jul 2016 04:56 PM PDT

Sundramoorthy berpendapat, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai piawaian antarabangsa.
Dr-P-Sundramoorthy
PETALING JAYA: Setiap kali menjelang musim perayaan, lapangan terbang antarabangsa lokasi dipenuhi orang ramai khasnya pelancong asing.
Bagaimanapun, dengan amaran yang dikeluarkan kumpulan pengganas seperti IS, sejauh manakah lapangan terbang antarabangsa di negara ini selamat?
Pakar kaji jenayah, Prof Madya Dr P Sundramoorthy berkata, walaupun tahap keselamatan di lapangan terbang Malaysia adalah "baik", masih banyak yang perlu dilakukan jika dibandingkan dengan piawaian antarabangsa.
"Ini kerana kumpulan pengganas selalunya menyasarkan angka korban dan cedera yang maksimum serta kesan dan kerosakan terbesar.
"Lokasi terbaik untuk mencapai sasaran itu tak lain tak bukan ialah lapangan terbang antarabangsa.
"Ia adalah satu daripada sasaran utama kumpulan pengganas disebabkan pengunjung yang ramai dan berbeza-beza.
"Bukan sahaja ada orang tempatan di sana, tetapi pengunjung antarabangsa juga," kata pensyarah kriminologi di Universiti Sains Malaysia (USM) itu kepada FMT.
Beliau memberi contoh Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di mana pihak berkuasa melakukan pemeriksaan rawak ke atas pengunjung di pintu masuk, selain langkah keselamatan ketat lain yang sedang dilaksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

Konsep negara Al-Amin mampu pulihkan krisis negara

Posted: 07 Jul 2016 04:47 PM PDT


Rakyat mengimpikan negara yang makmur harmoni dan bebas rasuah.Rakyat mengimpikan negara yang makmur harmoni dan bebas rasuah.
Dalam usaha memulihkan krisis yang melanda negara sehingga menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, Pemuda Amanah Nasional menggagaskan konsep 'Negara Al-Amin' yang mengutamakan nilai dan prinsip amanah termasuk urustadbir yang baik (good governance), integriti dan akauntabiliti.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, Konsep 'Negara Al-Amin' adalah satu reformasi sistem negara ke arah pembinaan sebuah negara yang maju dan makmur dengan pembentukan masyarakat madani.
"Negara hari ini dilanda krisis pemerintahan yang parah dengan pelbagai skandal rasuah, pembaziran, penyelewengan dan salahguna kuasa pemerintah Umno dan BN sedang mengancam keamanan dan kebajikan rakyat.
"Rakyat hari ini tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan harga barang, kos pengangkutan awam, tol dan pelbagai perkhidmatan sosial.
"Kesan keperitan hidup akibat pelaksanaan GST benar-benar dirasai oleh setiap segmen masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegur cara kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam menguruskan bajet negara apabila bajet pendidikan dipotong tetapi tidak bajet Jabatan Perdana Menteri.
Kejatuhan harga mentah komoditi termasuk getah pula, tambah beliau gagal ditangani kerajaan bagi membantu rakyat miskin.
Keadaan yang berlaku hari ini, ujarnya cukup membebankan rakyat apabila pengangguran masih tinggi manakala pendapatan rakyat yang bekerja pula terutama kelompok B40 tidak mampu menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.
Beliau menegaskan kesusahan yang dialami rakyat disumbangkan oleh pemimpin kerajaan yang boros dan korup dengan hutang negara meningkat kepada RM800 bilion yang akhirnya dibebankan ke atas rakyat.
Sehubungan itu, jelas Faiz kerajaan terpaksa bergantung kepada GST dan mengurangkan bajet terhadap sektor kebajikan rakyat bagi menampung perbelanjaan negara.
"Skandal 1MDB menyaksikan syarikat milik negara ini berhutang lebih RM50 bilion yang dijamin oleh bon-bon kerajaan.
"Tiada pendakwaan terhadap salahlaku  Perdana Menteri merompak wang negara melalui kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadinya yang merupakan salahguna kuasa yang serius.
"Maka, tidak hairanlah negara direkodkan sebagai negera kedua paling korup di dunia.
Bukan sahaja korupsi menguasai pihak eksekutif, malahan pegawai-pegawai kerajaan juga terlibat dengan pelbagai kes rasuah dan pecah amanah," kesal beliau.
Read More / Baca Lagi >>

NEGARA KEHILANGAN USD 6.87 B - RAJA-RAJA PERLU TAKLIMAT KHAS KETUA AUDIT NEGARA

Posted: 07 Jul 2016 04:42 PM PDT

Foto Husam Musa. Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report(SR).
Sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan.
Bermula hari ini, SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan Ketua Audit Negara itu.
Laporan Ketua Audit menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB!
Usd 6.87 B bersamaan RM 27.7 Billion!
Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini.
Bagaimana negara boleh membaca Laporan penting ini secara sah?
Bagaimana tindakan mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah?
Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka?
Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat.
Saya agak, Tengku Mahkota Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup.
Adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat?

Husam Musa
3 Syawal 1437/8 Julai 2016

INILAH MALAYSIA KU...

Posted: 07 Jul 2016 04:39 PM PDT

Jika melibatkan media/ wartawan, mereka akan diambil tindakan tegas..

TETAPI.. Jika melibatkan PM Najib (kenyataan menyokong keberanian pengganas ISIL) hingga kini Ketua Polis Negara terus membisu..KENAPA !!!

ADAKAH FAKTA INI berani didedahkan oleh pemimpin2 Umno terhadap ahli2nya ??!!

Posted: 07 Jul 2016 04:37 PM PDT

TAHUKAH ANDA selama 28 tahun rakyat M'sia amnya & pemakan dedak Umno khususnya telah ditipu dgn jayanya oleh pemimpin2 Umno bhw umur Umno skrg BUKANNYA 70 TAHUN TETAPI HANYA 28 TAHUN SAHAJA kerana parti Umno 'asal' TELAH DIHARAMKAN pada 28 tahun yang lalu !!!

KENAPA NAK SEMBUNYI & SELEWENGKAN FAKTA UMUR UMNO SEKARANG !!!

APA KELEBIHAN MEREKA INI ??

Posted: 07 Jul 2016 04:30 PM PDT


Begitukah cara umat Islam diajar berdakwah ??

Posted: 07 Jul 2016 04:28 PM PDT

Setelah kau hentam & kafirharbikan mereka. Setelah kau cemari Islam dengan melabel secara nafsu dan melulu terhadap DAP, sekarang kamu ajak mereka memeluk Islam..??

BILA DAH KANTOI... mulalah nak putar alam beri pelbagai alasan lain pula...

Tak pernah terjadi sedemikian dlm sejarah negara !!!

Posted: 07 Jul 2016 04:27 PM PDT

KENAPA kawalan ketat di Majlis Rumah Terbuka Najib (SEHINGGA DUA KALI PEMERIKSAAN KESELAMATAN) sedangkan di Majlis Rumah Terbuka Agong tiada pula dibuat sedemikian ??

Keselamatan nyawa siapa LEBIH UTAMA, Perdana Menteri atau YDP Agong ??!!

NAJIB TAKUT APA ??!!..
Rasuah, skandal kewangan dan penggubahan wang haram.. TAK TAKUT PULA DENGAN ALLAH !!

ANTARA NAJIB DAN GUAN ENG DALAM SEMBANG2 HARI RAYA

Posted: 07 Jul 2016 05:54 AM PDT

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya, di samping ketupat, lemang dan pelbagai jenis juadah yang terhidang di depan mata, isu berkaitan Najib Razak dan Lim Guan Eng hampir tidak terlepas daripada menjadi tajuk perbualan apabila berjumpa saudara-mara dan kawan-kawan.

Disebabkan isu Najib dan Guan Eng itu, pertanyaan mengenai keluarga dan anak-anak sudah menjadi topik terkebelakang atau langsung terlupa untuk ditanyakan.

Seorang dibersihkan namanya dan seorang lagi didakwa, tetapi masih ramai yang membuat perbandingan antara kedua-duanya. Antara intipati perbandingan yang kedengaran sambil menyambut Hari Raya ialah:-

Najib

- Dipersoalkan mengenai kesnya yang disiasat SPRM tetapi laporannya bukan saja telah dianggap tiada kes oleh Peguam Negara, malah diarahkan untuk dihentikan siasatan secara serta-merta.

- SPRM dilaporkan kecewa dengan penolakan itu kerana ia dianggap kes yang "straightforward" dan ingin mengemukakan rayuan. Ramai yang tidak tahu apa kesudahannya, sama ada rayuan sudah dibuat atau "tutup cerita", tup-tup yang menjadi tajuk berita ialah dua pegawai tertingginya bakal "dibersarakan".

- Najib diasak berundur daripada jawatannya kerana kepimpinan dan namanya yang sudah tercemar ke seluruh dunia, dianggap telah merosakkan negara.

- Mereka yang sayangkan UMNO mahu Najib berundur kerana bimbang akan kalah pilihanraya dan mereka yang menentang UMNO juga sepakat dengannya kerana percaya lebih banyak kemudaratan kepada rakyat jika beliau lebih lama dipersada kuasa.

- Meski tidak didakwa di mahkamah, sudah dibersihkan dan mungkin akan terus selamat selagi BN berkuasa,  Najib tetap dilihat rakyat sebagai "kotor"' dengan palitan terhadap rasuah, skandal kewangan dan  penggubahan wang haram.
Read More / Baca Lagi >>

Penurunan kuasa pusat kepada Sarawak dijangka pada Mac 2017

Posted: 07 Jul 2016 05:04 AM PDT


Adenan SatemAdenan SatemKetua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menjangka rundingan berhubung penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri selesai menjelang akhir tahun.
"Ini melibatkan rundingan yang sangat rumit, Saya tidak menjangka keputusan dicapai lebih awal tetapi saya fikir sesuatu akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.
"Bukan semua keputusan tetapi rundingannya sangat rumit melibatkan isu undang-undang, isu politik dan sebagainya. Tetapi saya mengharapkan satu atau dua keputusan dicapai pada akhir tahun ini," kata beliau pada sidang media semasa majlis Rumah Terbuka beliau di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di Kuching hari ini.
Ketika ditanya apakah kedua-dua keputusan itu, Adenan berkata ia berkaitan penurunan kuasa pentadbiran selanjutnya dan perwakilan kuasa.
Pada Isnin (4 Julai), beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Adenan berkata beliau sangat gembira kerajaan persekutuan memberi sambutan positif semasa mesyuarat tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

‘Saya beritahu Najib: Kalau pindahkan saya, saya bersara’ - Ahmad Husni

Posted: 07 Jul 2016 05:00 AM PDT

Ahmad Husni menegaskan beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti dan peletakan jawatannya dalam Kabinet serta Umno tiada kaitan dengan isu 1MDB.
ahmad-husni_putrajaya_6001
IPOH: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menegaskan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain.
"Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara tetapi saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan.
"Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam hari ini.
Ahmad Husni berkata, beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti.
Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun lalu sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet yang disusuli dengan peletakan semua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri serta bahagian dan beliau hanya kekal sebagai Ahli Parlimen Tambun.
Ahmad Husni berkata, beliau pada mulanya mahu bersara daripada politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mahu menjadikan Kementerian Kewangan sebagai destinasi terakhirnya dalam kerajaan.
"Tetapi, Perdana Menteri ada idea sendiri dan tukarkan saya ke kementerian lain.
"Kenapa saya mahu jawatan terakhir dalam kementerian itu, ini kerana di bawah MOF (Kementerian Kewangan) saya dapat membantu banyak pihak yang memerlukan.
"Saya percaya di Kementerian Kewangan, saya boleh menyatupadukan orang ramai kerana saya percaya dalam kepelbagaian budaya," katanya.
Ahmad Husni turut menegaskan peletakan jawatan beliau dalam Kabinet dan Umno tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tidak… 1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu ada masalah.
"1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara," katanya sambil menambah 1MDB adalah satu perniagaan besar dan "kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya".
"Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Husni turut menafikan akan menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun parti pembangkang.
"Tidak.. saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kedutaan AS nasihat rakyatnya berhati-hati di Malaysia

Posted: 07 Jul 2016 04:07 AM PDT

Kedutaan AS bagaimanapun mengaku tidak mengetahui sebarang ancaman khusus pengganas ke atas rakyat Amerika di Malaysia.
movida_us_isis_600
PETALING JAYA: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengingatkan rakyatnya yang berada di Malaysia supaya berwaspada terhadap keselamatan diri susulan serangan berkaitan IS ke atas sebuah pusat hiburan di Puchong minggu lalu.
Kedutaan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, kumpulan pengganas pada masa lalu merancang melancarkan serangan seiring tarikh penting dalam kalendar.
Bagaimanapun, ia mengaku tidak mengetahui sebarang ancaman khusus pengganas ke atas rakyat Amerika Syarikat di Malaysia.
"Rakyat Amerika perlu sentiasa berhati-hati setiap masa ketika melancong.
"Rakyat Amerika di luar negara mungkin disasarkan kumpulan-kumpulan pelampau tidak kira di negara mana mereka berada," menurut kenyataan itu.
Kedutaan itu turut menggesa rakyatnya mengkaji semula pelan keselamatan peribadi, sentiasa berwaspada terhadap persekitaran mereka dan mendapatkan maklumat terkini melalui media tempatan serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan letupan bom di pusat hiburan Movida di Puchong bulan lalu adalah serangan pertama IS di negara ini.
Serangan pada awal pagi 28 Jun lalu itu mencederakan lapan pengunjung yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2016 di bahagian luar premis berkenaan.
IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas tempat-tempat yang menggalakkan aktiviti maksiat pada bulan Ramadan.
Susulan itu, dua lelaki ditahan pada 1 Julai lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang yang disyaki bertanggungjawab melontar bom tangan ke premis itu, manakala seorang lagi suspek berusia 33 tahun, Jasanizam Rosni dilaporkan ditahan di sekitar Batu Pahat, Johor pada petang kelmarin.
Seorang lagi suspek diburu polis, Md Saifuddin Muji, 28, yang dipercayai bersubahat melancarkan serangan ke atas pusat hiburan Movida minggu lalu, dipercayai masih berada di selatan Semenanjung dan dia dikatakan membawa bersamanya bom tangan.

Ahmad Husni jelaskan mengapa beliau bersara

Posted: 07 Jul 2016 03:52 AM PDT

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian yang lain.
"Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara, tetapi, saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan bahawa persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan.
Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam di Ipoh.
Ahmad Husni berkata beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti.
Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet. Selepas itu, beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Anggota Parlimen kawasan Tambun.
Jawatan Menteri Kewangan Kedua kini disandang Datuk Johari Abdul Ghani.
Ahmad Husni berkata, beliau pada mulanya mahu bersara daripada politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mahu menjadikan Kementerian Kewangan sebagai destinasi terakhirnya dalam kerajaan.
"Tetapi Perdana Menteri ada idea sendiri dan tukarkan saya ke kementerian lain," katanya.
"Kenapa saya mahu jawatan terakhir dalam kementerian itu, ini kerana di bawah MOF (Kementerian Kewangan) saya dapat membantu banyak pihak yang memerlukan.
Saya percaya bahawa di Kementerian Kewangan, saya boleh menyatupadukan orang ramai kerana saya percaya dalam kepelbagaian budaya," katanya.
Tiada kaitan 1MDB
Ahmad Husni turut menegaskan peletakan jawatan beliau dalam Kabinet dan Umno tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tidak... 1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu adalah masalah.
"1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara," katanya sambil menambah 1MDB adalah satu perniagaan besar dan "kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya".
"Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Husni turut menafikan akan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun parti pembangkang.
"Tidak.. saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya," katanya.
Amalkan integriti
Ahmad Husni berkata setakat ini, beliau ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai Anggota Parlimen Tambun dengan membantu para pengundi yang menyokong beliau selama ini.
"Sekarang ini, apa yang saya ingin lakukan merupakan perkara terakhir iaitu sebagai Anggota Parlimen," katanya sambil menambah kawasannya mempunyai 99,000 pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk.
Read More / Baca Lagi >>

6 ditahan dalam kes 2 mati ditetak parang di Publika

Posted: 07 Jul 2016 03:48 AM PDT

Enam lelaki berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi.
Destiny_polis_600
KUALA LUMPUR: Enam suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tiga mangsa diserang dengan parang di luar Pub Destiny di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas semalam.
Menurut sumber, enam lelaki berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi.
Jelasnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam Rabu apabila seorang daripada mangsa yang duduk di luar pub itu diserang beberapa lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang yang keluar dari dua kereta.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang daripada suspek menyerang mangsa manakala yang lain berlari ke dalam pub itu yang tidak mempunyai CCTV," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa korban dikenal pasti sebagai M Mogan, 21, dan R Mythurai, 23, manakala seorang lagi lelaki yang parah dan dalam keadaan kritikal sedang dirawat di Hospital kuala Lumpur.
Semua suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

Jangan lupa kami biaya anda, amaran LGE kepada Institut Pulau Pinang

Posted: 07 Jul 2016 03:47 AM PDT

Guan Eng mahu badan pemikir itu meletakkan kerajaan negeri pada kedudukan baik sambil menaikkan imejnya.
lim-guan-eng_penang_institute_600
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Institut Pulau Pinang supaya tidak mencemarkan imej kerajaan negeri yang membiayai badan pemikir negeri itu.
Beliau berkata, ahli institut itu "perlu ingat anda bekerja untuk institut yang dibiayai kerajaan negeri".
"Jangan lupa anda adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan tindakan anda tidak wajar dilihat sebagai mencemar imej kerajaan negeri.
"Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam perkara prinsip asas sedemikian kerana kami membiayai anda."
Video ucapan ketua menteri yang dibuat pada pelancaran awal bangunan pejabat baru Institut Pulau Pinang pada 28 Jun lalu itu dimuat naik ke YouTube.
Guan Eng yang menghadapi dua tuduhan rasuah berkata, beliau mahu badan pemikir itu meletakkan kerajaan negeri pada kedudukan baik sambil menaikkan imejnya.
Setiausaha Agung DAP itu berkata: "Saya faham bila anda kata seseorang itu tidak sepatutnya menggigit tangan orang yang memberinya makan. Tetapi saya kira anda harus berinya peluang untuk menyalak (bersuara) sedikit," katanya.
Kenyataan beliau menggunakan istilah 'menggigit' dan 'menyalak' dilihat sesetengah pihak sebagai menghina kumpulan penyelidik di institut itu.
Tetapi, Guan Eng sebagaimana dilaporkan portal berita menafikannya dan berkata penggunaan istilah 'anjing' tidak bermaksud menghina mereka.
Beliau berkata, dunia Barat menganggap anjing sebagai makhluk yang disayangi tetapi keadaan sebaliknya di negara Timur.
Institut Pulau Pinang adalah badan pemikir dasar awam berhubung soal sosio-ekonomi dan alam sekitar kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 1997.

Tangkap, bebas, tangkap semula: Kali keenam buat Sanjeevan

Posted: 07 Jul 2016 01:29 AM PDT

Zakir Naik: Saya tidak galakkan keganasan

Posted: 07 Jul 2016 01:29 AM PDT

Suspek kelapan kes bunuh Bill Kayong diberkas

Posted: 07 Jul 2016 01:27 AM PDT

Suspek lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Piasau Utara 1, Miri.
dev_kumar_polis
MIRI: Pasukan petugas khas polis memberkas suspek kelapan berkaitan siasatan kes Setiausaha Cabang PKR Miri Bill Kayong yang ditembak mati di persimpangan jalan di Lutong, 21 Jun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Piasau Utara 1, di sini.
"Pasukan petugas percaya suspek ini dapat memberikan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan itu, dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri tengah hari ini untuk direman, kata Dev Kumar dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sejak pasukan petugas itu dibentuk selepas kes pembunuhan itu, lapan suspek ditahan setakat ini dengan tujuh suspek masih dalam tahanan termasuk yang ditahan malam tadi.
Seorang daripada lapan suspek itu telah dibebaskan selepas permohonan untuk tahanan remannya ditolak oleh Mahkamah Majistret Miri.
Beliau berkata pasukan penyiasat itu akan memohon lanjutan tahanan reman bagi enam suspek yang diberkas pada awalnya kerana siasatan masih belum lagi selesai.

Serangan Dhaka: Bangladesh, India siasat Zakir Naik

Posted: 07 Jul 2016 01:26 AM PDT

Rohan Imtiaz dan Nibras Islam mengaku tindakan mereka diinspirasikan ajaran radikal Zakir dan merupakan pengikut "setia" Zakir di Facebook dan Peace Television Channel.
Hasanul-Haque-Inu-zakir
DHAKA: Bangladesh dan India sedang menyiasat pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik berhubung serangan pengganas di sebuah kafe di Dhaka, Jumaat lalu.
Menteri Penerangan Bangladesh, Hassanul Haq Inu berkata, pakar perundangan sedang mengkaji ceramah serta khutbah Zakir sebelum mengambil tindakan jika ia didapati "menggalakkan" keganasan.
Menurutnya, ia susulan pengakuan dua pengganas IS disyaki, Rohan Imtiaz dan Nibras Islam yang tindakan mereka diinspirasikan ajaran radikal Zakir dan merupakan pengikut "setia" Zakir di Facebook dan Peace Television Channel.
Dua pemuda itu terbabit dalam serangan di Holey Artisan Bakery di Dhaka yang meragut 22 nyawa, Jumaat lalu.
Akhbar Bangladesh, Daily Star melaporkan Rohan yang merupakan anak kepada seorang ahli politik dalam parti pemerintah Liga Awami memuat naik satu propaganda memetik Zakir ke Facebook tahun lalu.
"Selama beberapa bulan, ramai alim, ulama dan maulana membuat laporan kepada kementerian saya yang interpretasi Islam Dr Zakir Naik tidak sama dengan al-Quran dan Hadith. Jadi, kami sedang mengkaji kandungannya sekarang.
"Interpretasi Islam dalam cara yang salah boleh mempengaruhi anak muda dan…menggalakkan keganasan. Itu sebabnya sudut (interpretasi) Zakir akan dikaji," kata Hassanul kepada Times Now.
The Hindustan Times pula memetik Hassanul sebagai berkata: "Saya turut meminta kerajaan dan Menteri Penerangan India mengkaji konteks ajaran Zakir.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri India, Kiren Rijiju berkata, ceramah Zakir adalah "perkara yang membimbangkan kami."
Jelasnya, agensi keselamatan India sedang menyiasat dan meneliti ceramah Zakir.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)