Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PH perlukan Anwar Ibrahim ‘baharu’ sebagai pencetus gelombang

Posted: 06 Jul 2016 05:54 PM PDT

Senario politik tanah air seolah-olah tidak bermaya selepas kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berkemungkinan akan menjadi lebih bergelora selepas Hari Raya Eidilfitri ini.
PH perlukan Anwar Ibrahim 'baharu' sebagai pencetus gelombangWalaupun tanggapan umum kedudukan BN, khususnya Perdana Menteri Najib Razak lebih kukuh selepas pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil namun rakyat atas pagar masih berpendirian BN tidaklah sekuat mana. Cuma pembangkang dilihat tidak mempunyai pemimpin pencetus semangat untuk rakyat menjana gelombang baharu penentangan.
Dalam tinjauan Suara pakatan daily ke atas penyokong Pakatan Harapan (PH) terbukti mereka menantikan seorang 'Anwar' baharu muncul bagi merancakkan kembali kekuatan gabungan itu.
"Pada masa ini, Pakatan tiada seorang 'crowd-puller' atau pencetus semangat yang mampu menarik ramai hadirin semasa berceramah serta menyokong gabungan.
"Itulah kebolehan istimewa Anwar Ibrahim. Anwar mampu menentukan rentak politik Pakatan Harapan. Tanpa Anwar, gerak kerja Pakatan kelihatan bercelaru," kata Albert Yong, 80, seorang penyokong DAP di Kepong Baru.
Seorang lagi penyokong PH, Gopalsamy, 70, berpendapat pengaruh Dr Mahathir dalam kalangan orang Melayu tidak boleh diremehkan.
Katanya, keputusan pilihan raya kecil Kuala Kangsar atau Sungai Besar bukanlah petunjuk rasmi keupayaan Dr Mahathir kerana beliau tidak berkempen sepenuh masa di sana.
Beliau juga memberi nasihat kepada PH agar lebih berhati-hati kerana pilihan raya ke 14 adalah pukulan maut berikutan suasana ekonomi dan sosial yang semakin memburuk. Jika PH tidak bersedia maka bermungkinan gabungan itu yang akan menerima pukulan politik tersebut.
"Kita sedang menunggu adakah apa-apa peranan yang boleh dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam persada politik tanah air kerana pengaruh beliau memang tidak boleh diremeh-temehkan.
"Pakatan juga patut sedar bahawa Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan menentukan koalisi mana yang akan menerima pukulan maut," ujar Gopalsamy, seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur.

Perutusan Eidilfitri Anwar & Wan Azizah: Dekati masyarakat melalui keadilan Islam

Posted: 06 Jul 2016 05:43 PM PDT

PERUTUSAN: Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk merayakan Aidilfitri bagi tahun 1437 Hijrah.
Menjelangnya Syawal yang dirai sebagai bulan kemenangan, dilapisi dengan lafaz takbir dan tahmid mesti terus dikekalkan beristiqamah agar segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti ibadah solat, bertasbih dan bersedekah sepanjang madrasah Ramadan ini terus memberikan kesan yang baik pada diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan diberkati Allah SWT.
KEADILAN terus komited ke arah memupuk muafakat berteras semangat Malaysia yang sebenar: bersendikan prinsip adil, demokratik dan toleran. Di sinilah hadirnya keperluan untuk kita kembali memaknai prinsip Hablumninallah dan Habluminannas, dengan kembali kepada fitrah insani di sebalik kegembiraan perayaan.
KEADILAN terus memberi perhatian kepada penderitaan umat Islam dan manusia seluruh dunia yang berhadapan dengan penindasan dan ketidakadilan yang kita insafi bersama-sama, di saat kita mampu mengukir senyum dan bersilaturrahim di hari lebaran ini.
KEADILAN juga sedari tiada ada erti amalan Ramadan kareem dan kesyukuran Syawal mubarak jika kita tidak insafi bahawa usaha kita sebagai khalifah Allah mesti digandakan memandangkan Malaysia berhadapan dengan krisis kepimpinan yang kritikal mutakhir ini.
KEADILAN mengajak ilmuan Islam supaya berdakwah dengan hikmah wal mau'izatil hasanah dan berusaha mendekati masyarakat bukan Islam dengan menonjolkan keadilan Islam.
Firman Allah:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah An-Nahl : 125)
Kita juga kesal dan bimbang dengan tindakan pendakwaan secara berpilih terhadap pemimpin yang tidak sealiran dengan kerajaan. Ianya merupakan suatu kezaliman dan penindasan yang berterusan sejak pelbagai fitnah terancang dilemparkan terhadap Ketua Umum KEADILAN.
KEADILAN juga bimbang dengan perkembangan mutakhir yang membabitkan serangan militan di ibu negara dan menggesa pihak kerajaan mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Biar Umno memerintah Kelantan ..?

Posted: 06 Jul 2016 05:26 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

Merujuk kepada analisa politis Husam Musa mengenai keadaan politik Kelantan. Beliau yakin Pas akan jatuh di negeri itu pada pilihan raya akan datang. Lantas dia bertanya siapa (puak) mana akan menggantinya.

Tanpa prejudis kalau ikut hati kecil saya biarlah penggantinya Umno. Maksudnya biar Umno memerintah Kelantan. MBnya bukan Annuar Musa, tetapi biarlah Mustapa Mohamad. Mustapa dilihat sangat pantas untuk jadi MB Kelantan.

Dia juga sudah ke penghujung. Jadi elok kalau dia meninggalkan legasi politiknya sebagai MB di Kelantan. Sisa perjuangannya boleh digunakan untuk membangun Kelantan.

Potensi lain yang ada kepada Mustapa, dia seorang pemimpin yang rajin bekerja, tidak banyak kerenah, dan keikhlasannya untuk membantu Kelantan jelas.

Selain itu hubungan baik beliau dengan pihak Istana juga boleh memudahkan urusan pentadbirannya nanti.

26 tahun Pas memerintah dengan pelbagai projek Islamnya kemudian meretaKkan perpaduan dalam Pas selepas ketiadaan Nik Aziz rasanya sudah memadai dan menjadi detik penganjakan pemerintah yang sangat sesuai.

Umno perlu guna kesempatan ketika pembangkang berpecah..??

Posted: 06 Jul 2016 05:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Umno perlu menggunakan peluang yang ada ketika parti-parti pembangkang berpecah untuk meningkatkan populariti parti itu sekaligus menarik lebih ramai penyokong, menurut seorang penganalisis politik.

Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata Umno perlu mengetengahkan barisan pemimpin muda, selain memantapkan jentera akar umbi di setiap cawangan termasuk memberi perhatian khusus dalam menambat hati tokoh-tokoh tempatan yang berpengaruh.

"Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan hanya utamakan aspek kepimpinan elit semata-mata sebaliknya perlu mendampingi golongan muda serta tokoh-tokoh di setiap kawasan di seluruh negara bagi memastikan kemenangan parti pada PRU14 akan datang.

"Dengan perpecahan yang dialami pembangkang ketika ini, BN perlu mengambil peluang untuk memastikan kemenangan mereka dan terus memerintah negara," katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir yang dikatakan bakal menubuhkan parti baru selepas dipecat daripada Umno, Md Shukri berkata parti baru tidak akan menjadi saingan kepada Umno mahupun BN.

"Walaupun mereka mencipta parti baru sebagai wadah perjuangan, parti teras khususnya BN, selain PAS dan DAP adalah parti politik yang menjadi pilihan rakyat. Ini kerana mana-mana parti baharu tidak akan mampu mendapat sokongan popular yang berterusan," katanya.

Pada 24 Jun lepas, Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti membincangkan laporan daripada jawatankuasa disiplin.

Md Shukri berkata bagaimanapun Umno dan BN perlu bekerja lebih kuat dalam memastikan mereka mendapatkan sokongan berterusan daripada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Kebosanan aku di kampung halaman

Posted: 06 Jul 2016 05:18 PM PDT

Kampung halaman menjadi semakin kecil apabila kita semakin dewasa
pantai
Setiap kali aku pulang ke kampung halaman di Kemaman, Terengganu, aku akan ke Pantai Chendor. Ia sudah menjadi satu ritual.
Aku tidak membuat apa-apa pun di sana, apatah lagi mandi seperti ramai yang lain. Hanya duduk di atas pesisirnya atau berdiri di kawasan pantai yang cetek.
Biasanya tidak lama, aku akan pulang selepas menghabiskan dua atau tiga batang rokok.
Semuanya bermula dengan kebosanan.
Rumah ibu saudara (tempat kami sekeluarga tinggal apabila pulang) tiada sambungan internet. Kemaman bukanlah bandar besar, dan ia menjadi semakin kecil apabila kita semakin dewasa.
Lama-kelamaan, ia menjadi satu kewajipan. Aku bukanlah penggemar pantai, tetapi Pantai Chendor ini sedikit berbeza. Aku akan tetap ke sana walaupun masa agak suntuk. Kalau balik hari, aku akan singgah ketika perjalanan pulang.
Pantai ini terletak di Kampung Chendor, kira-kira 20 minit daripada kawasan bandar. Lebih kurang satu kilometer melepasi sempadan Kemaman-Kuantan.
Secara praktikalnya, ia terletak di daerah Kuantan. Tetapi aku sering menganggap pantai ini sebagai sebahagian daripada kampung halaman. Ini adalah pantai yang kami sekeluarga sering kunjungi, ketika masih tinggal di sini belasan tahun lalu. Jaraknya juga lebih dekat dengan Chukai berbanding bandar Kuantan.
Read More / Baca Lagi >>

Pengerusi MyWatch ditahan buat kali kelima

Posted: 06 Jul 2016 05:16 PM PDT


Pengerusi MyWatch ditahan buat kali kelima
KUALA LUMPUR: Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan ditahan buat kali kelima hari ini atas dakwaan ugutan jenayah dan pemerasan, sejurus selepas polis tidak mendapatkan reman terhadapnya dari Majistret di Mahkamah Seremban.

Peguam S Prakash mengesahkan penahanan yang dibuat atas dakwaan sama, dalam laporan polis berlainan, lapor portal Malaysiakini hari ini.

Suspek ditahan 22 Jun lalu bersama pemandunya, M Muthukumar, di kawasan Plaza Tol Nilai pada jam 10.50 malam susulan laporan polis yang dibuat seorang pengadu bahawa Sanjeevan mengugut akan menyiarkan fitnah mengenainya melalui Facebook jika tidak membayar wang perlindungan sebanyak RM25,000.

Jangan tutup pintu, dunia perlu bantu pelarian

Posted: 06 Jul 2016 05:15 PM PDT

Carsten berkongsi reaksi masyarakat Berlin terhadap krisis pelarian Syria dan pelbagai cara untuk menyokong golongan memerlukan.
syrian-refugees_600
ULAANBAATAR (Mongolia): Masyarakat dunia diminta tidak menutup pintu kepada pelarian, sebaliknya semua negara perlu menerima mereka dengan tangan terbuka.
Ahli Parlimen dari Berlin, Carsten Schatz berkongsi pengalaman rakyat Jerman membantu pelarian Syria yang melarikan diri ke Eropah.
Wakil rakyat itu berkata, penduduk Berlin hanya diberikan notis dua jam sebelum pelarian terbabit tiba di ibu negara Jerman itu, tahun lalu.
"Rakyat segera menawarkan diri untuk membantu mengemas sebuah gimnasium sekolah di mana pelarian akan berlindung dan membantu memasang katil untuk mereka.
"Rakyat masih menawarkan diri dengan mengajar bahasa Jerman serta membantu mereka berintegrasi, manakala yang lain memberi sokongan logistik dari segi menyedia dan mengagihkan makanan kepada pelarian," katanya kepada FMT di luar Forum Rakyat Asia-Eropah ke-11.
Carsten berkata, penduduk setempat juga akan menyediakan makanan sahur dan berbuka puasa kepada pelarian yang majoritinya beragama Islam.
Tambahnya, masyarakat Kristian tempatan turut menganjurkan sebuah pameran seni menampilkan karya-karya pelarian yang boleh dibeli orang ramai.
Carsten berkata, masyarakat setempat tidak xenofobia mahupun mencurigai pelarian kerana kebimbangan utama mereka adalah untuk membantu pelarian menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
"Sememangnya ramai yang akan bertanya pelbagai soalan mengenai pelarian, seperti berapa lama dan kenapa mereka berada di sini, adakah mereka akan balik dan sebagainya, tetapi jika anda biar pelarian menceritakan kisah mereka, orang akan faham.
"Ini adalah orang yang mengembara beribu kilometer, terpaksa berjalan untuk sebahagian besar perjalanan mereka dan mengalami trauma melihat ramai yang mati," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat dan kerajaan sesebuah negara perlu bersimpati terhadap penderitaan golongan terbabit yang terpaksa menjadi pelarian bukan atas pilihan sendiri.
"Jika saya berada di tempat mereka, saya mahu orang ramai membantu saya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana hilangnya penuntut lelaki di universiti awam?

Posted: 06 Jul 2016 05:14 PM PDT


Ke mana hilangnya penuntut lelaki di universiti awam?KUALA LUMPUR: Ke mana hilangnya lelaki di universiti awam?

Ini soalan relevan terutamanya apabila hampir kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini didominasi penuntut wanita.

Menurut laporan Penang Institute, jurang penuntut lelaki dan wanita di universiti awam semakin membesar.

Adakah kita bersedia dengan keadaan di mana hanya golongan wanita memegang jawatan-jawatan besar dan profesional?

Trend ketika ini seakan membayangkan masa depan sebegitu.

Realitinya, golongan lelaki dalam sektor profesional akan semakin berkurangan.

Ini kerana, lelaki dilihat lebih cenderung untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Sebaliknya hanya memilih menamatkan pengajian di peringkat sijil.

Apabila lelaki mendominasi kerja kolar biru, maka akan wujud persaingan antara lelaki dan pekerja asing yang kini memenuhi sektor tersebut.

Pengurus Besar Penang Institute, Dr Ong Kian Ming berkata, jurang antara penuntut lelaki dan wanita semakin membesar.


"Jikalau indeks ini melebihi 1.5 ini bermaksud, kita berdepan  serious diparity dan di Malaysia memang GPI ini lebih daripada 1.5 lebih kurang 1.6 macam ini.

"Tetapi ada universiti, IPTA spesifik di mana jurang itu lebih daripada dua, berbanding dengan satu. Dan saya rasa ini menunjukkan bahawa ini adalah sesuatu yang serius dan jurang ini sedang bertambah lagi dan menunjukkan bahawa lebih banyak perempuan masuk IPTA dan lebih banyak lelaki yang drop out daripada post-secondary education

Menurut Ong, isu tersebut bukan bermula di universiti awam, sebaliknya di sekolah menengah, pasca tingkatan tiga.
Read More / Baca Lagi >>

Bukankah Najib Pernah Minta UMNO Contohi Keberanian IS?

Posted: 06 Jul 2016 04:43 PM PDT

Media jangan beri ruang siar agenda IS – Khalid

KUALA LUMPUR: Pengamal media yang memberi ruang kepada anggota kumpulan militan IS untuk menyampaikan agenda mereka boleh dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Media yang ingin mencari kelainan berita dengan menyiarkan temu bual media bersama anggota Daesh warga Malaysia di sana (Syria) sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, hari ini.


Ini kerana tegasnya, media juga mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan ia perlu menjadi keutamaan mereka.

"Saya tidak kisah jika mahu temu bual (dengan Daesh) tetapi tidak perlu menyiarkannya kepada awam. Mana-mana media tempatan yang memberikan ruang kepada Daesh untuk menyalurkan agenda mereka akan diambil tindakan tegas," beliau memberi amaran.

Khalid berkata demikian berikutan tindakan dua akhbar tempatan yang menyiarkan berita berhubung temu bual bersama anggota Daesh warga Malaysia di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi@Abu Hamzah, baru-baru ini.

Dia juga memberi amaran kepada semua pengamal media lain agar tidak berbuat demikian kerana keselamatan negara adalah keutamaan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya terus memburu baki suspek serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, baru-baru ini.

"Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar tampil membantu pihak polis," kata Khalid.

Setakat ini, polis menahan dua pekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang yang disyaki melontar bom ke pusat hiburan itu serta seorang lagi suspek yang disyaki bersuhabat dalam serangan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pesanan Tok Guru: Walau hanya RM1...

Posted: 06 Jul 2016 04:42 AM PDT

Nik Aziz Nik Mat

KOTA BHARU – Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering mengingatkan anak lelaki sulungnya, Nik Omar agar memastikan amanah yang dipikul dalam mengendalikan Maahad Darul Anuar tidak disia-siakan walau nilainya hanya RM1.
Menurut Nik Omar, ayahnya sering mengingatkan dalam setiap apa yang diterima hasil sumbangan orang ramai itu perlu diurus dengan sebaiknya.
"Beliau selalu sebut, kita uruskan sekolah sendiri ini yang tak dapat bantuan rasmi dari mana-mana pihak, macam kita urus sebuah kerajaan. Cuma, sekolah ini kecil sedikit tapi keseluruhannya kita kena fikir.
"Dari sudut amanah, beliau pesan ini adalah harta wakaf dan haknya bukan diwarisi. Jadi, semuanya kita kena bertanggungjawab termasuk pengurusan kewangan, harta benda.
Beliau selalu sebut, walau duit RM1... walaupun sebutir batu jongkong ia adalah nilai daripada derma orang. Maknanya, jimat cermat... kalau keluar dari bilik tutup suis dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online.
Maahad Darul Anuar merupakan sekolah yang dibina sejak tahun 1963 oleh Allahyarham datuknya yang kini memiliki kira-kira 250 pelajar.
Selain melalui yuran pelajar, sekolah ini beroperasi dengan sumbangan orang ramai.
Selain sistem tahfiz, agama dan akademik yang mengikut Kementerian Pendidikan, sekolah ini turut mengajar bahasa Cina sebagai salah satu silibus yang diamanatkan Allahyarham Nik Aziz.
Menurut Nik Omar, pihaknya sentiasa berusaha agar sekolah itu mendapatkan dana tetap memandangkan kos pengurusannya mencecah RM100,000 sebulan bagi menampung perbelanjaan elaun guru, makan minum pelajar serta bil-bil utiliti termasuk untuk Masjid Pulau Melaka yang terletak berdepan dengan sekolah tersebut.
"Sumbangan orang ramai ini sama ada zakat atau derma biasa; atau orang tersebut berniat wakaf atau berminat untuk menderma bagi pembinaan bangunan, itu memang kita alu-alukan.
"Mereka boleh menyumbang melalui akaun Bank Islam (Maahad Darul Anuar) 03018010044630 dan Maybank (Maahad Darul Anuar) 553131003288," akuinya ada dua bangunan pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie persoal tindakan MT terhadapnya

Posted: 06 Jul 2016 04:40 AM PDT

Mohd Shafie Apdal
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT) yang menggantungnya dari parti berkenaan pada 24 Jun lalu.
Menurut Shafie, beliau merasa pelik mengapa MT tidak memanggilnya untuk membela diri terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggantung daripada parti berkenaan.
"Gantung dulu baru siasat? Serahkan pada lembaga disiplin untuk siasat? Kita hukum dulu, baru siasat? Saya dikatakan telah bersekongkol dengan pembangkang? Kenapa tidak panggil saya untuk bela diri?" tulisnya di dalam laman sosial Twitter semalam.
Selain daripada itu, Shafie yang juga merupakan ahli Parlimen Semporna turut memaklumkan bahawa beliau adalah merupakan Naib Presiden Umno Malaysia dan bukannya hanya sekadar Naib Presiden Semporna, maka sudah semestinya menjadi tanggungjawabnya untuk menegur pimpinan parti.
Di samping itu, Shafie turut memanjangkan ucapan terima kasih kepada rakyat Semporna kerana masih percaya dan menyokong perjuangan yang di bawa oleh beliau selama ini.

Hari ini, Shafie mengumumkan untuk keluar dari Umno selepas MT memutuskan untuk menggantungnya daripada parti berkenaan berkuat kuasa pada 24 Jun lalu.
Selain Shafie, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dipecat serta-merta.
Dalam pada itu, pengumuman keluar parti oleh Shafie turut mendapat komen yang membina daripada para netizen.
Read More / Baca Lagi >>

Lima sebab kenapa BN kekal memerintah.........

Posted: 06 Jul 2016 04:37 AM PDT

BN
PUTRAJAYA – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan menyenaraikan lima kelebihan BN yang tidak dapat ditandingi pembangkang.
Kata Sohaimi, kelebihan tersebut bukan sahaja menyumbang kepada faktor kemenangan BN pada pilihan raya sebelum ini, malah jelasnya lagi, ia juga boleh dijadikan posyen kemenangan mereka menjelang PRU14 kelak.
Ujar Sohaimi, penyatuan parti, bangsa, kaum dan agama dalam BN merupakan kunci penting bagi BN dalam melakar sejarah politik tanah air.
Tanpa penyatuan, BN tidak mungkin boleh kekal memerintah dan mengurus tadbir negara dengan baik seperti sekarang.
"Yang kedua, gerak kerja kita konsisten daripada dulu sampai sekarang. Tidak ada perubahan
"Macam pembangkang ini (gerak kerjanya) berubah-ubah. Sekejap macam itu, sekejap macam ini," katanya ketika ditemui Sinar Online, baru-baru ini.
Katanya lagi, BN juga mampu membela rakyat dan menunjukkan bukti pembelaan tersebut kepada masyarakat dan bukannya janji semata-mata.
Malah katanya lagi, BN juga sangat konsisten dengan apa jua yang disuarakan berbanding dengan pembangkang yang berpecah-belah dan kelam kabut dengan janji-janji mereka.
"Saya nampak kita ada banyak sokongan yang sangat padu daripada seluruh negara. Sokongan juga diberi oleh seluruh parti daripada peringkat tertinggi sehingga ke peringkat akar umbi.
"Pakatan Harapan tidak ada semua itu. Bila kita menamakan seseorang calon yang bertanding dalam pilihan raya, kita konsisten memenangkan calon dan tidak berlaku perpecahan.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita ditembak mati depan anak sendiri di Taman OUG

Posted: 06 Jul 2016 04:18 AM PDT

Penembak melepaskan beberapa das tembakan ke arah peniaga wanita yang sedang memandu MPV.
car_tembak
PETALING JAYA: Lagi kes tembakan dan mangsa terbaru adalah seorang peniaga wanita berbangsa Cina.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang tadi di Taman OUG, Jalan Klang Lama, ibu negara.
Menurut laporan Oriental Daily, penembak melepaskan tembakan ke arah peniaga wanita yang sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV).
Mangsa mati di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan.
Sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Menurut laporan China Press, tembakan itu berlaku di hadapan sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran sebuah pasar dengan ramai orang lalu lalang di tempat kejadian.

Kawalan Ketat Di Majlis Rumah Terbuka PM

Posted: 06 Jul 2016 04:15 AM PDT


PUTRAJAYA: Beribu-ribu orang berkumpul untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana.

Orang ramai mula hadir seawal jam 9 pagi dan berbaris untuk memasuki Seri Perdana dengan sabar walaupun acara terbuka itu dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi.

Tahap keselamatan adalah ketat, dengan setiap tetamu perlu menjalani proses imbasan, manakala beg mereka juga diperiksa sebelum memasuki kediaman perdana menteri.

Pemeriksaan keselamatan kedua di pintu masuk utama ke kediaman rasmi perdana menteri turut dilakukan.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri akan bermula seperti yang dijadualkan dan berakhir pada jam 4 petang.

Orang ramai akan dapat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri kabinet lain.

Banyak makanan untuk pengunjung telah disediakan di dalam kawasan Seri Perdana.

Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan kebudayaan daripada Istana Budaya.

Imej PH kembali mantap hadapi kezaliman BN ke atas Guan Eng

Posted: 06 Jul 2016 04:11 AM PDT


Read More / Baca Lagi >>

Pengaruh militan paling kuat di IPT - Zahid

Posted: 06 Jul 2016 03:59 AM PDT

Kerajaan akan mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang berjaya dideradikalisasi untuk membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman keganasan.
Zahid-Hamidi_isis_student_600
PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) dikenal pasti sebagai tempat yang dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat kumpulan keganasan militan, dedah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Ini bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan akan mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang berjaya dideradikalisasi untuk membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman keganasan.
Katanya, selain media massa, mereka yang terbabit juga akan dibawa ke IPT untuk tujuan tersebut.
"Kami akan meminta agar mereka bersama pihak berkuasa dan muncul untuk beri kesedaran kepada rakyat dan mereka yang mungkin terpengaruh dengan sentimen IS (Daesh) agar tidak terlibat dalam aktiviti yang sedang berlaku," katanya.
Ahmad Zahid berkata, beberapa langkah juga sedang diambil Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi mengelakkan insiden keganasan seperti serangan bom di sebuah premis hiburan di Puchong pada 28 Jun lepas, daripada berulang.
"Saya ingin menegaskan polis sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi apa jua keadaaan.
"Kita tidak akan melepaskan seorang pun jika mereka lakukan perbuatan yang mengancam keselamatan negara dan mengganggu ketenteraman rakyat," katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa juga akan terus memantau tindakan-tindakan berunsur keganasan terutamanya di media sosial dan sistem komunikasi lain supaya pengaruh tersebut tidak menular di negara ini.

Politik PKR, Amanah makin tepu kemaruk pemimpin kitar semula

Posted: 06 Jul 2016 03:57 AM PDT



Oleh Abdul Rahman Malik
Adakah tempoh 'asmara pandang pertama' di antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pakatan Harapan (PH) akan terencat apabila diselar oleh Solidariti anak muda (SAMM) yang amat sensitif soal nilai perjuangan?

SAMM dengan lantang menjerkah 'masalah komunikasi' di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang 'tergila-gilakan' Muhyiddin yang baru ditalak Umno sebagai Timbalan Presidennya.
 
Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memang amat sensitif soal nilai dan amalan budaya politik, SAMM menolak pandangan Amanah yang dilaporkan menyokong idea Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru.
 
Mahathir, Muhyiddin akan sertai Umno semula lepas misi jatuhkan Najib berhasil
 
Penyelaras Muda SAMM, Faisal Zainal berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipertimbangkan kerana Muhyiddin semasa berkhidmat dalam kerajaan, telah bertindak melakar dan menyokong dasar-dasar yang menindas rakyat.
 
"Antaranya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Belanjawan Negara yang menindas rakyat. 
 
"Soalnya, adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?," katanya dalam satu kenyataan.
 
Faisal menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Muhyiddin diangkat sebagai ketua pembangkang baru. Malah beliau tidak perlu dibawa masuk dalam 'rumah' perjuangan PH.
 
"Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. 
 
"Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai Umno semula, kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. 
 
"Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama," ujarnya lagi. 
 
Media dituduh salahlapor 
 
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Mazlan Aliman berkata, parti itu mahu Muhyiddin dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang baharu PH.
 
Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam parti untuk mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno itu ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
 
Bagaimanapun Mazlan kemudian tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa laporan tersebut jauh tersasar serta berniat jahat.
 
Penegasan itu diulangi oleh Pengarah Komunikasi Amanah,  Abdul Khalid Samad yang berkata, Mazlan Aliman sebenarnya bermaksud Amanah Johor sedia memberi platform untuk Muhyiddin bersuara.
 
"Ini memandangkan Muhyiddin ketika ini pemimpin yang tidak berparti. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan tidak ada kena mengena dengan soal Muhyiddin menjadi ketua pembangkang," katanya.
 
Malah kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.
 
Read More / Baca Lagi >>

KL ibarat bandar asing ketika Aidilfitri

Posted: 06 Jul 2016 03:55 AM PDT

Ketika umat Islam berkumpul bersama keluarga di kampung menyambut Aidilfitri, bandaraya Kuala Lumpur bertukar wajah dengan dipenuhi ribuan warga asing yang membanjiri tempat-tampat tumpuan pelancong.
Walaupun bukan fenomena baharu tetapi ia sudah menjadi tradisi ketika cuti perayaan, mereka akan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur bagi memenuhi masa terluang.
Keadaan jalan raya dan stesen pengangkutan awam yang lengang berbanding hari biasa memudahkan mereka untuk bergerak di sekitar bandar metropolitan itu.
Namun lambakan warga asing sentiasa menimbulkan rasa kurang menyenangkan di kalangan warga kota kerana sikap mereka yang kurang menjaga kebersihan kawasan sekitar.
Berdasarkan tinjaun Bernama, ribuan warga asing dari Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Vietnam, Indonesia dan Nepal mengambil kesempatan cuti umum untuk 'menyerbu' beberapa kawasan tumpuan ramai.
Antara lokasi "panas" ialah di pusat beli-belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang, Pasar Seni dan Kota Raya.
Menurut Siti Sarah Abdul Rahman, beliau yang terpaksa bekerja di hari raya sudah lali dengan pemandagan KLCC yang tidak ubah seperti berada di negara asing.
Beliau yang bekerja di sebuah premis di dalam KLCC berkata sekitar Menara Berkembar Petronas akan dibanjiri warga asing setiap kali musim perayaan.
"Saya dah lali dengan pemandangan macam ini, memang tak selesa sebab ada di antara warga asing ini suka meludah di tepi jalan.
"Saya pun ada rasa takut sebab mereka suka duduk secara berkumpulan, saya khuathir dengan keselamatan saya," katanya ketika ditemui, hari ini.
Walaupun kehadiran warga asing merimaskan segelintir warga kota, namun bagi pemandu teksi, ia ibarat lombong emas buat mereka kerana warga asing kerap menggunakan teksi untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Menurut Chin Chew Wong, seawal jam 7 pagi hingga 1 petang, beliau telah membuat lebih 10 perjalanan dari Kampung Pandan, Batu Cave, Pandan Jaya dan Kepong membawa warga asing yang hendak ke pusat bandar.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA JADI BEGINI?

Posted: 06 Jul 2016 03:52 AM PDT

Apakah insiden menghalau media ini dalam pengetahuan Perdana Menteri, Najib Razak dan PMO?

Kenapa jadi begini? 

Apakah masih ada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan?
Bukankah 1 Syawal merupakan hari untuk bermaaf-maafkan, merapatkan hubungan sesama insan dan melupakan persengketaan lalu?

Lagi pula namanya pun rumah terbuka, kenapa perlu mereka dihalau?

Atau Najib dan PMO tidak mengetahuinya sama-sekali mengenainya?

Jika begitu, siapa yang memberi arahan sedemikian?

Suasana Aidilfitri bukti istilah kafir harbi tidak relevan di Malaysia

Posted: 06 Jul 2016 03:49 AM PDT


Datuk Wan Rahim memotong kek bersama pengunjung bukan Islam sebelum menjamu selera di rumah terbuka beliau pagi tadiDatuk Wan Rahim memotong kek bersama pengunjung bukan Islam sebelum menjamu selera di rumah terbuka beliau pagi tadi
Kebersamaan masyarakat bukan Islam termasuk kaum Cina dalam merayakan Aidilfiti setiap tahun adalah antara petunjuk istilah kafir harbi langsung tidak sesuai digunakan di Malaysia.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah berkata setiap tahun beliau dikunjungi orang bukan Islam tanpa mengira latar belakang agama dan pegangan politik.
"Meraka ziarah saya semasa saya menjadi guru lagi dan tidak kena mengena dengan perjuangan saya dalam politik," katanya kepada Malaysia Dateline di majlis rumah terbuka beliau hari ini.
Menurut beliau , mereka datang dengan penuh hormat dan sebahagian membawa kueh mueh untuk sama-sama memeriahkan perayaan orang Islam.
Sebab itu katanya beliau terkejut dengan timbulnya isu yang mengatakan parti DAP adalah kafir harbi kerana dikatakan memusuhi Islam.
"Saya berkawan dengan pelbagai jenis orang bukan Islam termasuk ahli DAP dan bagi saya mereka tidak berbeza dari segi menghormati agama Islam dan orang Islam di negara ini," katanya.
Penziarah termasuk yang bukan muslim tidak melepaskan peluang bergambar dengan Datuk Wan RahimPenziarah termasuk yang bukan muslim tidak melepaskan peluang bergambar dengan Datuk Wan Rahim
Bagi beliau percubaan mengaitkan pandangan berbeza DAP dalam isu hudud dan Akta 355 tidak harus dengan mudah dijadikan sebab menghukum mereka kafir harbi.
Read More / Baca Lagi >>

Najib terpalit skandal hutang RM42 bilion.. BUKAN ISU PENTING !!!

Posted: 06 Jul 2016 03:46 AM PDT

RM2.6 bilion masuk akaun bank peribadi Najib..
juga BUKAN ISU PENTING !!!

YANG PENTING.. jaga hati rakyat, bg #BR1M supaya UMNO & BN BOLEH MENANG lagi 'rompak' kekayaan negara & kantong rakyat DAN KENCINGKAN RAKYAT !!!

Mesej tidak jelas punca kekalahan PH di dua PRK - Saifuddin Abdullah.

Posted: 06 Jul 2016 03:42 AM PDT

Nurul Izzah: We've been asked to learn from The Three Kingdoms

Posted: 06 Jul 2016 03:40 AM PDT

IGP: Saya tak kesal kata ‘baliklah kalau berani’ kepada IS

Posted: 06 Jul 2016 03:39 AM PDT

IGP: Easier to monitor cops linked to terrorism

Posted: 06 Jul 2016 03:38 AM PDT

Comments (0)