Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anwar: Selepas Guan Eng, giliran bekas pemimpin Umno

Posted: 05 Jul 2016 04:26 PM PDT

Anwar berkata tindakan ke atas pemimpin pembangkang akan hanya menguatkan semangat mereka.
anwar
PETALING JAYA: Sambil melahirkan rasa terkejut dengan pendakwaan rasuah ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bekas pemimpin Umno akan turut dihadapkan ke mahkamah.
"Saya yakin serangan seperti ini tidak akan berhenti dengan Lim Guan Eng sahaja tetapi akan diperluas kepada pimpinan lain, malah mungkin juga dari kalangan bekas pimpinan Umno-Barisan Nasional yang bangkit untuk berjuang demi menyelamatkan Malaysia," kata Anwar dalam satu kenyataan daripada penjara.
Anwar berkata tindakan sedemikian tidak akan melemahkan pemimpin pembangkang.
"Pemimpin seperti Guan Eng dan ramai lagi tidak akan sesekali berundur; malah mereka akan bangkit untuk berjuang dengan lebih kuat demi demokrasi, keadilan dan urus tadbir kerajaan yang baik."
Ia merupakan reaksi pertama Anwar sejak Guan Eng didakwa atas dua tuduhan rasuah Khamis lepas berhubung penukaran sebidang tanah pertanian kepada tujuan kediaman, dan pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga bawah pasaran.
Anwar turut membidas tindakan ke atas Guan Eng "pendakwaan keji dan bersifat politik".
"Saya yakin beliau dan DAP akan tabah dalam menghadapi serangan terbaru ini," kata Anwar, yang kini menjalani tahum kedua hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan kesalahan meliwat Februari tahun lalu.

Keganasan di bulan Syawal, Mujahid kecam pengganas

Posted: 05 Jul 2016 04:26 PM PDT

Naib Presiden Amanah berkatra serangan menunjukkan pengganas layak digelar kejam dan tidak berhati perut.
mujahid-rawa
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara mengutuk serangan di tanah suci orang Islam oleh pengganas.
Naib Presidennya, Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan berkata serangan itu menunjukkan pengganas layak digelar kejam dan tidak berhati perut.
"Kejadian di Masjid Nabawi dan Bandar Qatif serta Jeddah semalam dan sebelumnya di Turki dan Bangladesh serta di Puchong, Malaysia mendesak warga dunia mempertingkatkan peperangan ke atas pengganas dengan segala kemampuan yang ada," katanya.
"Seluruh warga dunia khususnya umat Islam mengutuk serangan di tempat suci kedua bagi umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah."
Beliau berkata ketenangan menyambut bulan Syawal dirosakkan dengan kebencian, keganasan dan kebinatangan, sambil menambah Al-Quran mengharamkan pertumpahan darah dan mewajibkan memelihara nyawa.
"Al-Quran menyifatkan membunuh satu nyawa adalah seolah membunuh manusia keseluruhannya dan begitulah sebaliknya memelihara satu nyawa manusia seolah telah menghidupkan keseluruhan kemanusiaan," katanya memetik surah Al-Maidah.
Beliau menggesa orang ramai supaya menolak ideologi IS dan teruskan melawan keganasan.
"Kita harus bersatu menentang ideologi keganasan dengan meyakini bahawa membudayakan kebebasan bertanggungjawab dan menghormati kemanusiaan adalah jalan ke hadapan untuk membenteras bibit-bibit keganasan selain punya pertahanan nasional tangkas yang memelihara keselamatan awam dan negara," katanya.

Pelampau bertopeng Islam yang memalukan Islam

Posted: 05 Jul 2016 04:24 PM PDT

Orang-orang beremosi keterlaluan yang bertindak melampau di luar batasan inilah punca agama Islam semakin dipandang serong dan dibenci kaum lain serta di mata dunia.
ISIS
Pengesahan Ketua Polis Negara semalam yang letupan bom di pusat hiburan Movida, Puchong pada 28 Jun lalu adalah serangan IS pertama di negara ini menunjukkan perpecahan kaum di Malaysia semakin melarat dan parah.
Serangan itu sebenarnya hanya didalangi seorang warganegara Malaysia merupakan pejuang IS di Syria yang menyimpan dendam kesumat terhadap kerajaan serta pasukan keselamatan negara tetapi menjadikan rakyat jelata sebagai mangsa perjuangan "jihad" mereka.
Kini, ramai yang takut keluar malam dan berkunjung ke pusat hiburan mahupun kedai makan kerana bimbang menjadi mangsa serangan IS.
Keadaan ini secara langsung menyebabkan perniagaan merosot dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara kerana rakyat mengurangkan perbelanjaan mereka.
Individu yang menggelar diri "pejuang" IS itu sebenarnya hanya memperjuangkan sentimen perkauman dengan menyalahgunakan nama baik Islam bagi memecahbelahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Ketaksuban penyokong dan anggota IS menyalahgunakan Islam sebagai topeng untuk menghalalkan segala perbuatan haram mereka dengan melancarkan perang ke atas orang-orang tidak berdosa adalah perbuatan keji, kejam dan bodoh.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas KPN: Guna pendekatan bersepadu pelbagai kementerian tangani IS

Posted: 05 Jul 2016 04:24 PM PDT

Menangani ancaman pengganas IS memerlukan tindakan bersepadu dan serempak melibatkan pelbagai kementerian terutamanya pendidikan, kata Musa Hassan.
musa
PETALING JAYA: Semua kementerian kerajaan perlu mempunyai rancangan untuk menangani ancaman IS kerana polis secara bersendirian tidak mampu untuk mengesan, menangkap atau mengurang aktiviti pengganas.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menangani ancaman IS memerlukan kesepaduan usaha semua kementerian kerajaan, terutamanya melalui pendidikan, untuk menangani ancaman dalam negara atau melibatkan warga Malaysia di luar negara.
Katanya kementerian perlu menggemblengkan usaha mencipta kesedaran berhubung IS dan penganas dalam kalangan masyarakat, sekolah dan institusi pendidikan tinggi.
Musa, yang merupakan ketua polis negara daripada 2006 ke 2012, menjelaskan rakyat Malaysia secara amnya masyarakat yang aman tetapi sesetengahnya terbawa-bawa oleh isu ke arah ekstremisme, antaranya isu Palestin.
"Kita tidak patut mencabar mereka. Sebaliknya, tingkatkan usaha melalui saluran-saluran yang bersepadu dan serempak untuk memberkas saspek. Ini satu-satunya cara untuk kita berkas mana-mana saspek," katanya.
Selain pendidikan, Musa berkata Imigresen memainkan peranan penting dalam membantu polis memantau individu-indidu yang meragukan.
"Untuk menjayakannya, polis perlu mengambil isu ini secara bersungguh dan memperincikan latar belakang mana-mana saspek dan serahkan nama mereka kepada jabatan-jabatan lain untuk dipantau," katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian mengulas pengesahan serangan di kelab malam Movida di Puchong minggu lalu serangan IS pertama yang berjaya dilaksanakan di negara ini.
Serangan itu yang menyebabkan lapan orang cedera dilaksanakan oleh warga tempatan, yang menerima arahan daripada anggota IS Muhamad Wanndy Mohamad Jedi di Syria.

Polis ikrar buru militan IS keluar ancaman di media sosial

Posted: 05 Jul 2016 04:22 PM PDT

Berikutan tindakan militan IS mengisytihar perang ke atas Malaysia dan Indonesia melalui klip video, polis Malaysia berikrar memburu mereka yang mengeluarkan ancaman melalui media sosial untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata polis tidak akan berkompromi dalam kes mana-mana pihak yang cuba menyebarkan ideologi kumpulan itu di negara ini.
"Polis akan memantau daripada semua aspek, termasuk (klip video) Youtube, antara medium yang kerap digunakan kumpulan itu untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya.
IS dilapor mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan Indonesia dalam klip video yang dikeluarkan di mana kumpulan militan itu mahu menjatuhkan para pemimpin dan kerajaan.
Mohamad Fauzi berkata polis akan memantau setiap platform media sosial yang ada di negara ini.
Katanya walaupun video yang dikeluarkan IS itu sekadar drama mereka untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini, namun PDRM memandang serius perkara itu.
"Mereka ini (militan IS) tidak akan berhenti untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.
"Mereka menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengugut dan mengancam menyerang negara dan kita mesti memperkasakan proses undang-undang untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini," katanya.
Mohamad Fuzi berkata matlamat utama kumpulan militan IS adalah melakukan serangan ganas dan memastikan agar rakyat Malaysia sentiasa berada dalam ketakutan.
"Inilah taktik yang digunakan oleh IS untuk menakutkan rakyat, namun perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku di Malaysia.

Strategi ganjaran atau hukuman amalan biasa – Salleh

Posted: 05 Jul 2016 04:20 PM PDT

Mahathir sedar perkara ini kerana beliau sendiri pernah menggunakannya, kata Salleh Said Keruak
salleh-mahathir
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduh pengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini sebagai korup.
Beliau berkata Dr Mahathir mungkin terlupa apa yang beliau pernah kata dan lakukan ketika menjadi Perdana Menteri untuk mendorong pengundi mengundi Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata sebagai contoh apabila Kelantan jatuh kepada PAS-Semangat 46 pada 1990, Dr Mahathir membatalkan peruntukan RM600 juta yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf sistem bekalan air untuk Kelantan.
"Dr Mahathir ketika itu berkata jika mereka mahu peruntukan RM600 juta, maka dalam pilihan raya umum akan datang, mereka mesti mengundi BN," katanya menerusi posting dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Salleh berkata, Dr Mahathir juga mungkin terlupa bahawa ada dua cara untuk memotivasi seseorang bersandarkan kepada strategi memberi ganjaran dan hukuman atau dikenali sebagai "carrot and stick strategy."
"Pengundi di seluruh dunia akan mengundi berdasarkan bagaimana ia memanfaatkan mereka daripada segi kewangan. Situasi ini berlaku walaupun di Barat yang lebih maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.
"Justeru, jika mereka mahu berada dalam kedudukan lebih baik daripada segi kewangan dengan menyokong anda, maka mereka akan menyokong anda. Strategi lain, ialah menghukum atau mengugut untuk menghukum jika mereka enggan menyokong anda," kata Salleh.
Memetik contoh keadaan menjelang pilihan raya umum 1999, Salleh berkata Dr Mahathir muncul dalam siaran televisyen ketika itu dan berkata jika BN tidak memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum tersebut, maka Kerajaan Persekutuan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat Malaysia.
Salleh mempersoalkan bagaimana Dr Mahathir boleh menuduh pengundi sebagai korup sedangkan beliau sendiri menggunakan taktik tertentu untuk mempengaruhi pengundi supaya mengundi BN.

Takbir Raya (Amanah)

Posted: 05 Jul 2016 07:02 AM PDT

Idilfitri - Kepimpinan Dipercayai dan Negara Beramanah

Posted: 05 Jul 2016 07:01 AM PDT

"Tahukah kamu, orang yang sedang mendustakan agama?
Yang demikian itu, mereka yang melalaikan (nasib) anak yatim,
Dan tidak berusaha memberi makan orang-orang miskin"
Surah Al Ma'un: 1-3

"Sedangkan kamu memakan harta warisan (harta milik orang ramai) dengan cara penipuan,
Dan kamu sangat mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan".
Al Fajr: 19-20

Ramadhan memperhalus keprihatinan kepada kumpulan insan yang lemah - terlantar sakit, miskin dan fakir, anak yatim, armalah dan kaum mustad'afin.

Kepincangan sosial dan ekonomi yang melahirkan jurang adalah jenayah agama yang sewajibnya dibetulkan bersama.

Idilfitri mengajar kita menikmati kegembiraan kolektif sebagai satu ummat. Atas tujuan itu, zakat fitri/fitrah diwajibkan.

Supaya pandangan sentiasa tertumpu kepada kumpulan tersisih, terbiar, melarat dan tertindas.

Nasib mereka dikongsi, kegembiraan disebarkan dan sebarang punca kemelaratan itu - baik masyarakat atau negara - dibanteras.

Dilanjutkan dengan Negara Beramanah dan Kepimpinan Dipercayai.

Setiap sen wang negara yang diselewengkan, disitu ada hak kaum yang miskin dan lemah.

Semoga semangat Ramadhan dan tuntutan Idilfitri, mendorong kita bergerak mendapatkan kepimpinan beramanah dan negara berkebajikan - sebagai jalan selamat menuju keredhaan Ilahi yang sebenar.

Dan kaum yang lemah tidak hanya gembira semusim yang singkat, tetapi menikmati hak mereka yang berterusan dalam negara mereka.

Keriangan Idilfitri dalam batas taqwa, untuk anda semua dari saya dan keluarga.

Husam Musa dan Keluarga
1 Syawal 1437

Dr M: Kemenangan BN di PRK tidak halal

Posted: 05 Jul 2016 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menekan bahawa kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak halal.

Katanya, BN menang di kedua-kedua PRK ini kerana rasuah.

"Dalam PRK baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik. Mereka tentu tahu mereka telah menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti. Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan."

"Kemenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal," katanya dalam catatan terbaru di blog Chedet.com.

Tambahnya,  di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum.

"Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram" tegas beliau sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram. Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram.

"Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah s.w.t. jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang telah kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan dimasa hadapan harus ingat pesanan dalam Al Quran berkenaan bertaubat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

KPN didakwa gagal sekat militan IS tempatan

Posted: 05 Jul 2016 06:55 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kepimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilihat gagal menyekat kemasukan pengaruh militan IS ke Malaysia ekoran beberapa kejadian keganasan berlaku, kata Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrurazi Mokhtar.
Menurutnya, rakyat tambah terkejut apabila dua anggota polis berpangkat rendah turut ditahan selain 13 individu lagi yang dipercayai terjebak dengan aktiviti IS di negara ini.
"Ini kelemahan anggota polis di bawah pimpinan KPN (Ketua Polis Negara) sendiri," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas pengesahan Khalid semalam tentang wujudnya militan IS tempatan sebagai dalang dalam letupan di sebuah pusat hiburan di Puchong, 28 Jun, Fakhrulrazi berkata, insiden tersebut berlaku pada ketika tumpuan polis lebih kepada aktiviti pemimpin parti pembangkang.
"Dakwaan Khalid bahawa kumpulan IS tempatan diarah menyasarkan pemimpin kanan kerajaan termasuk Perdana Menteri, pegawai polis, hakim dan pusat hiburan amat menimbulkan kehairanan kepada rakyat Malaysia," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Khalid benar-benar serius menangani ancaman militan IS dengan tidak  menjadikan fokus polis untuk memantau penggunaan media sosial yang didakwa sebagai saluran kepada arahan serangan bagi kepentingan politik pihak tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB terus penuhi obligasi hutang..raya sakan wang negara...!!

Posted: 05 Jul 2016 06:53 AM PDT

1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekali lagi membuktikan pengkritiknya salah apabila, pada 29 Jun, 2016, telah membayar RM1.579 juta kupon faedah bagi sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia yang matang pada 2024.
1MDB, ketika dihubungi mengesahkan pembayaran berkenaan.
Pembayaran itu merupakan pembayaran faedah kedua yang dibuat oleh 1MDB sejak pertikaiannya dengan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Pembayaran pertama pada Mei apabila 1MDB membuat pembayaran kupon berjadual berjumlah RM143.75 juta bagi Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) RM5 bilion pada 5.75 peratus yang matang pada 2039.
Kedua-dua bayaran itu menunjukkan bahawa syarikat mempunyai kecairan yang mencukupi untuk membuat bayaran faedah dan memenuhi obligasi hutang semasanya walaupun terdapat kritikan.
Pembayaran itu juga menunjukkan komitmen syarikat terhadap obligasi hutang.
"1MDB menegaskan bahawa, walau apa pun pertikaian dengan IPIC, syarikat akan terus memenuhi obligasi hutang semasa," kata Presiden 1MDB Arul Kanda.
Beliau menegaskan bahawa syarikat itu kekal fokus untuk menyelesaikan pertikaian dengan IPIC dan komited kepada proses dialog berterusan dan berusaha ke arah penyelesaian demi kepentingan semua pihak berkepentingan.
Seorang peguam kanan dihubungi Bernama berpendapat timbang tara sebagai kaedah mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dan merupakan opsyen yang biasanya terdapat dalam kontrak.
"Oleh itu, tindakan tersebut bukan suatu yang luar biasa dan proses ini dikawal oleh peraturan timbang tara," katanya.
Dalam kes pertikaian 1MDB-IPIC, IPIC memfailkan permintaan timbang tara dengan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) dan 1MDB mempunyai tempoh sehingga 11 Julai 2016 untuk mengemukakan jawapan balas sama ada bersetuju dengan proses timbang tara itu.
Syarikat itu berkata ia akan memfailkan jawapan segera pada atau sebelum tarikh akhir.
Bagaimanapun, sesetengah pihak membuat tanggapan salah yang 1MDB dan pemegang saham perlu membuat pembayaran obligasi pada 11 Julai 2016.
Peguam kanan itu berkata, 11 Julai 2016 itu sebenarnya hanya untuk 1MDB memfailkan jawapannya kepada permintaan IPIC bagi timbang tara.
"Ia satu permulaan kepada timbang tara, yang merupakan satu proses persetujuan bersama bagi pihak yang mempertikaikan untuk menyelesaikan perkara-perkara secara baik, tanpa menjejaskan hubungan jangka panjang," katanya.
"Jika ya, kedua-dua pihak akan melantik penimbang tara yang saling diterima oleh mereka. Pada masa itulah, baru pengurusan kes bermula dengan kedua-dua pihak memfailkan kenyataan tuntutan dan pembelaan masing-masing serta bantahan," kata peguam itu.
Peguam itu menegaskan bahawa walaupun terdapat persamaan dengan proses mahkamah tetapi LCIA sebenarnya bukan mahkamah.
"Tidak ada kaitan antara LCIA dan mana-mana mahkamah," kata LCIA dengan jelas dalam soalan lazim (FAQ) yang disiarkan di laman webnya: http://www.lcia.org/Frequently_Asked_Questions.aspx
Di bawah adalah beberapa perkara terpilih dalam FAQ mengenai LCIA.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tangkap suspek bunuh aktivis PKR

Posted: 05 Jul 2016 04:15 AM PDT

Kes pembunuhan aktivis PKR, Bill Kayong berjaya diselesaikan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam tweet hari ini, beliau memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak berhubung kejayaan dalam menangkap suspek yang didakwa membunuh Kayong itu.
"Penembak ditangkap dan dan senjata pembunuhan dijumpai," katanya.
Motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan isu tanah adat (NCR). Polis Sarawak dijangka mendedahkan butirannya lebih lama lagi.
Kayong terkenal sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat kaum pribumi dan juga adalah calon PKR bagi kerusi Bekenu semasa pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu.
Beliau telah ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya pada pagi 21 Jun Senjata pembunuhan dilaporkan adalah sepucuk senapang patah.
Pada 30 Jun dan 1 Julai, pihak polis menahan enam orang yang berumur di antara 22 dan 41 untuk disoal siasat berhubung pembunuhan itu.

Negara sedang tuju kehancuran kerana rasuah, kata Mahathir

Posted: 05 Jul 2016 04:11 AM PDT

Negara menuju kehancuran kerana rasuah, kata Tun Dr Mahathir Negara menuju kehancuran kerana rasuah, kata Tun Dr Mahathir
Bekas perdana menteri yang paling lama memerintah, Tun Dr Mahahthir Mohamad menyifatkan, negara ini sedang menuju kehancuran kerana rasuah diperguna secara meluas untuk menguasai segala-galanya.
Dalam tulisan beliau dalam blognya, Mahathir berkata, dalam pilihanraya kecil baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik.
"Mereka tentu tahu mereka telah menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti.
"Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan," kata beliau yang dipercayai merujuk kepada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Bagi Mahathir, k emenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal.
"Di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum. Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram," katanya.
Katanya, punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram.
"Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram," katanya.
"Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah s.w.t. jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang telah kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan dimasa hadapan harus ingat pesanan dalam Al Quran berkenaan bertaubat," tulis beliau.
Katanya, rasuah adalah suatu jenayah yang keji dan kotor.
Read More / Baca Lagi >>

Bersatu kekang IS, kata Tuan Ibrahim

Posted: 05 Jul 2016 04:03 AM PDT

"Diam! Kamu bantu ciptakan IS," kata Marina

Posted: 05 Jul 2016 04:02 AM PDT

IS video waging war in Southeast Asia (subtitled)

Posted: 05 Jul 2016 04:01 AM PDT

Muhyiddin dicabar hadir 'Nothing to Hide 3.0', kata JMM

Posted: 05 Jul 2016 04:01 AM PDT

Setelah dipecat Muhyiddin masih digeruni ....

Posted: 05 Jul 2016 01:26 AM PDT


Tn Sri Muhyiddin YassinTn Sri Muhyiddin YassinDalam tahun 1860, Abraham Lincoln memeranjatkan ramai pihak apabila beliau mengalahkan calon-calon yang tampak lebih hebat daripadanya seperti Edward Bates, Salmon Chase dan William Seward untuk menjadi calon presiden Amerika bagi parti Republican.
Lebih memeranjatkan ialah beliau telah melantik ketiga-ketiga pemimpin yang dianggap musuh politiknya ini untuk memegang jawatan terpenting dalam kabinetnya setelah beliau berjaya menjadi presiden.
Perkara yang sama telah dilakukan oleh Tun Mahathir apabila beliau menawarkan jawatan Menteri kepada pencabar politiknya Ku Li dan Musa Hitam yang telah kalah dalam pertandingan menentangnya semasa pemilihan parti pada tahun 1987.
Ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Mohd Najib terhadap pencabar politiknya.
Najib sering mendakwa dirinya sebagai seorang 'gentleman' tetapi tindak tanduknya jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang penakut.
Jelas Najib cuba mengaburi mata rakyat tentang kelemahan pentadbiran dan kepimpinannya dengan menafikan hak pemimpin-pemimpin yang tidak bersengkokol dengannya. Lebih buruk lagi ramai di kelilingnya seperti mendapat arahan untuk terus meranapkan kredibiliti musuh politiknya seperti Tun M, Muhyiddin Yassin dan Muhkriz.
Setelah digantung dan kini dipecat keahlian UMNOnya, Muhyiddin masih digeruni oleh Najib dan orang-orangnya. Terbaru terdapat usaha memburukkan namanya oleh pihak yang menganjurkan program yang beliau tidak pernah memberikan persetujuan untuk hadir.
Ada yang begitu berminat dan ternanti nanti apakah tindakan yang bakal diambil oleh Muhyiddin selepas dipecat.
Kerana ketakutan inilah, Najib terpaksa melakukan rombakan kabinet dengan meletakkan orang-orangnya apabila beliau menyedari bahawa kedudukannya semakin rapuh. Ini mungkin ditambah pula dengan desas desus bahawa ada di kalangan pemimpin tertinggi yang sedang bersedia untuk berpaling tadah untuk menyokong Muhyiddin.
 Kata Napolean Bonaparte "A leader is a leader in hope". Malangnya rakyat Malaysia sudah tidak nampak sebarang harapan selagi Najib menjadi pemimpin mereka. Mereka lebih percaya yang mereka mempunyai harapan yang lebih gemilang di bawah Muhyiddin.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin MIC dituduh terima rasuah Toyota Vellfire

Posted: 05 Jul 2016 01:19 AM PDT

Antara tuduhan dibuat Ramanan termasuk kontraktor dipaksa membekalkan wanita bagi tujuan seks
ramanan_0
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan MIC hari ini dituduh menerima rasuah dalam bentuk sebuah MPV mewah ketika beliau menduduki lembaga pengarah sebuah syarikat berkait kerajaan (GLC).
Dakwaan itu dibuat bekas bendahari agung parti itu, R Ramanan, yang turut menunjukkan salinan dokumen dan transkrip menunjukkan bagaimana pemimpin tersebut melakukan peras ugut terhadap seorang kontraktor pada 2014.
FMT cuba menghubungi pemimpin yang dimaksudkan Ramanan itu, tetapi diberitahu beliau kini di luar negara.
Menurut Ramanan, kontraktor itu turut diperas plat nombor kenderaan bernilai RM41,000, di samping sebuah MPV Toyota Vellfire berharga RM378,000 dan wanita bagi tujuan seks, sebagai sogokan mendapat kontrak.
"Kontraktor tidak bersuara selama ini kerana bimbang," kata Ramanan.
"Sekiranya beliau mahu menyaman saya, dipersilakan. Kami ada bukti, dokuman, transkrip, segala-galanya."
Ramanan berkata salah seorang kontraktor turut bimbang kehilangan perniagaannya selama 35 tahun disebabkan pemimpin itu.
Menurutnya, pemimpin tersebut juga tidak mengotakan beberapa janji.
Ramanan berkata beliau akan melapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) beserta dengan bukti pada minggu depan.

Zakat: Tangan memberi, mulut menghukum

Posted: 05 Jul 2016 01:16 AM PDT

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, timbul suara-suara lantang mempertikaikan kredibiliti pusat zakat sebagai sebuah badan yang memegang amanah untuk mengutip dan mengagihkan wang zakat.
Di laman sosial, pelbagai kecaman dihamburkan kepada lembaga itu. Tidak kurang kata-kata kesat dan makian dilemparkan kepada dan amil yang ditugaskan menjalankan kewajipan mereka.
Kebanyakan kecaman didorong oleh perasaan emosi dan marah yang meluap-luap. Mereka mempersoalkan ke mana wang zakat disalurkan sedangkan masih terdapat ramai warga yang miskin.
Ada yang sekadar ikut-ikutan. Ada juga yang mendengar khabar angin atau cakap-cakap orang tanpa usul periksa atau menyemak sendiri daripada pusat zakat.
Bahkan, mereka yang tidak pernah membayar zakat, turut sama menghentam dan mempertikaikan institusi itu.
Oleh itu timbul persepsi negatif dan imej kurang menyenangkan terhadap pusat zakat.
Wujud satu sikap baru di kalangan segelintir umat Islam untuk 'memboikot' atau melakukan protes, sebaliknya memutuskan untuk mengeluarkan zakat terus kepada golongan asnaf kerana hilang keyakinan terhadap lembaga berkenaan.
Nanti dulu. Tulisan ini bukanlah semata-mata mahu membela Pusat Zakat. Penulis percaya, institusi zakat wajar menerima kritikan dan memperbaiki kelemahan yang ada.
Tetapi itu bukan bermakna kita wajar menghentam secara membuta tuli dan semberono, seolah-olah tiada langsung sumbangan pusat zakat kepada golongan yang memerlukan.
Sikap negatif dengan menghentam pusat zakat - termasuk yang dipamerkan oleh segelintir agamawan - bagi penulis adalah kurang bertanggungjawab.
Apa yang dikritik?
Di kalangan mereka yang tidak berpuas hati, kritikan utama adalah berkisar mengenai proses permohonan yang dikatakan harus melalui pelbagai karenah birokrasi.
Kes-kes permohonan yang dikatakan memakan masa berbulan-bulan dijadikan sandaran dan modal kempen mereka.
Penulis tidak mahu menolak langsung hakikat bahawa memang ada permohonan zakat yang mengambil masa yang lama. Seperti diperkatakan tadi, Pusat Zakat harus menerima kritikan itu dengan hati terbuka dan menutup kelompongan sedia ada, terutamanya dari segi memudahkan proses dan pengagihan bantuan.
Dengan sekadar menjatuhkan hukum seperti haram sekiranya tidak membayar zakat kepada lembaga zakat, tidak akan menjelaskan keraguan dalam kalangan masyarakat.
Pihak berkuasa agama juga harus lebih pro aktif dalam menyampaikan maklumat terutama mengenai ke mana agihan zakat disalurkan.
Seperti agensi kerajaan yang lain, sudah tentu permohonan zakat perlu melalui prosedur tertentu bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan melakukan penipuan.
Bagaimanapun, mekanisme ini haruslah ditambah baik dari semasa ke semasa.
Selain itu terdapat juga kritikan bahawa pegawai zakat tidak melakukan kerja, duduk goyang kaki dan kaya-raya daripada hasil kutipan zakat.
Bagi penulis, tuduhan itu terlalu melulu. Adalah tidak adil menghukum sedemikian sedangkan kakitangan zakat juga mencari pendapatan yang halal untuk menyara keluarga mereka.
Beberapa hari lalu, penulis terbaca mengenai luahan seorang pegawai dari Lembaga Zakat Selangor yang kesal terhadap kecaman masyarakat terhadap mereka.
Menulis di Facebook, beliau menjelaskan bahawa mereka berurusan dengan puluhan permohonan zakat setiap hari.
Mereka juga melakukan tugasan pejabat seperti mengisi data dalam komputer, keluar mencari asnaf dan menemui mereka bagi membuat siasatan dan memastikan kesahihan maklumat yang diberikan.
Oleh itu, ia bukanlah satu tugas mudah seperti digambarkan sesetengah orang, apatah lagi tugasan mencari asnaf meliputi puluhan kilometer persegi.
Sama ada permohonan diterima atau ditolak, mereka perlu membuat justifikasi dan menulis laporan.
Permohonan yang bertimbun ini tidak lagi mengambil kira pelbagai karenah pemohon yang dihadapi pegawai-pegawai ini, termasuk menerima aduan atau pertanyaan mengenai permohonan.
Menurut pegawai berkenaan, adakalanya mereka menerima panggilan telefon sehingga larut malam untuk bertanya mengenai status permohonan.
Kutipan sistematik
Read More / Baca Lagi >>

Anwar tetap aset Pakatan Harapan, kata Saifuddin Abdullah

Posted: 05 Jul 2016 01:10 AM PDT

PKR anggap partinya 'pengikat' DAP-PAS-Amanah

Posted: 05 Jul 2016 01:09 AM PDT

PAS perlu berhati-hati dalam usaha mendekati Umno BN

Posted: 05 Jul 2016 01:09 AM PDT

Najib antara sasaran utama IS, kata Khalid

Posted: 05 Jul 2016 01:08 AM PDT

Kes Guan Eng: Jangan kata penganiayaan politik, buktikan di mahkamah - Shafee

Posted: 05 Jul 2016 01:07 AM PDT

Comments (0)