Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


UMNO Berjaya Peralatkan Ulama PAS Singkirkan Profesional

Posted: 04 Jul 2016 06:40 PM PDT

PAS selepas muktamar ke-61 kembali ke belakang – Minda Jentayu 
Jika kita menggunakan istilah "Leadership of the Clergy" untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan "clergy" dan golongan "lay" atau orang-orang biasa. Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau "rollback' yang akan memundurkan PAS. 
Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali "containment" pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat. 
Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya. Bagi Umno, PAS diterima sebagai "necessary evil". 
Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama. Pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan "containment". Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam "sphere of influence" yang terbatas dan terbendong ini. 
Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan. Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum memgenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu. 
Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan. Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini. 
Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan "containment" terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisma politik di kalangan rakyat Malaysia. 
PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS. Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap "insular". Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat. 
Dari segi aktivisma, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan professional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan professional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan. Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan professional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya. 
Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar. 
Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok "containment" yang wujud sebelum ini roboh. Perkembangan ini juga turut dirasakan DAP. Pengundi-pengundi Melayu, terutama golongan kelas pertengahan dan generasi muda, mula memberi sokongan kepada DAP. Dengan robohnya tembok "containment" ini, berlakulah tsunami yang merungkaikan penguasaan dua pertiga Parlimen BN dan menafikannya sokongan majoriti pada PRU ke 13. 
Untuk menghadapi realiti baru ini, Umno memerlukan satu strategi baru untuk menggantikan strategi "containment". Strategi ini mestilah mampu memusnahkan sumber-sumber kekuatan yang membolehkan PAS keluar dari tembok "containment" ini. 
Bagi Umno, ancaman sebenar kepada pengaruhnya bukanlah ulama PAS. Golongan ulama lama wujud di dalam PAS dan dapat di "contain" dengan mudah. Sebaliknya, ancaman utama kepada Umno ialah golongan professional. Mereka inilah yang berjaya merobohkan tembok "containment". Adalah perlu kekuatan ini dimusnahkan. 
Strategi melemahkan PAS dan PR bolehlah diistilahkan sebagai strategi "rollback". Tujuan strategi "rollback" ialah menolak kembali PAS ke ruang "containment" yang wujud sebelum 1998. Ini akan dicapai bila kepercayaan di kalangan golongan kelas pertengahan, khususnya di Pantai Barat, dan di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS dapat dilunturkan. Untuk tujuan ini, umpan hudud dan sentimen perpaduan Melayu digunakan. Pada ketika yang sama, langkah untuk melemahkan PR dan PKR turut diambil. Ini adalah dengan mewujudkan fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau. 
Di antara langkah yang diambil untuk menawan hati beberapa ulama PAS ialah program-program "taklimat" tertutup yang diberikan sebuah agensi perang saraf kerajaan. 
Dua perkara utama cuba dicapai dari program-program ini.Pertama, memberi gambaran, kedudukan orang Melayu dan Islam akan terjejas jika PR memerintah. Ini kerana golongan MP bukan Islam dikatakan lebih ramai dari golongan Islam dalam sebuah kerajaan PR. Ini dikatakan boleh menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam. 
Kedua, usaha dilakukan untuk meyakinkan golongan ulama ini, Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat dan membawa kefahaman liberal. Di antara perkara yang dilakukan dalam program-program "taklimat" tertutup ini ialah "pengakuan" dua orang bekas pemimpin ABIM dan seorang tokoh korporat yang rapat dengan PAS, mereka yakin Anwar memang seorang peliwat. Salah seorang dari ulama ini di bawa ke sebuah kilang di Thailand yang dimiliki tokoh korporat ini. Ketika di sana dia diberi sanjungan dan layanan istimewa. 
Sebelum ini, pendekatan yang hampir sama turut digunakan ke atas pemimpin-pemimpin reformasi yang ditahan di bawah ISA. Mereka diberi maklumat terpilih mengenai "salahlaku" Anwar Ibrahim. Mereka dilayan seperti mereka golongan istimewa dan diberi maklumat yang tidak didedahkan kepada orang lain. Namun, muslihat ini gagal mengubah pandangan tahanan-tahanan ISA ini. 
Read More / Baca Lagi >>

Simpang Siur Halatuju PAS Membuatkan Ramai Penyokong Kecewa....

Posted: 04 Jul 2016 06:37 PM PDT

Oleh Hayar Hassan
Mengikut sejarahnya, PAS ditubuhkan dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformis Islam di Tanah Melayu seperti Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. Nama-nama tersebut mungkin agak asing bagi anak-anak muda generasi baru kita. Menurut Wikipedia, PAS mempunyai idealogi Islamisme, Demokrasi dan Fundamentalisme Islam. Perjuangan PAS adalah untuk memperkenalkan dan mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah melalui proses demokrasi dan tetap menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Singkatnya, PAS turut sama berpolitik dalam sistem demokrasi Malaysia dan dalam waktu yang sama turut juga berdakwah memperkenalkan cara hidup Islam kepada seluruh masyarakat majmuk Malaysia.
Awalnya PAS bergerak secara sendirian dengan idealisme keislamannya yang hanya tertumpu kepada orang Melayu yang secara kebetulannya beragama Islam. Kejayaan politik PAS pada waktu itu adalah amat terhad sekali, cuma dapat memerintah Kelantan dan memenangi banyak kerusi di Terengganu. Seiring berlalunya waktu, PAS mula menerima idea untuk berpakat dan pada tahun 1972 telah menerima tawaran Kerajaan Perikatan dan seterusnya bergabung dalam BN mulai tahun 1973 hingga 1978. Kemudian PAS bersendirian lagi untuk 12 tahun . Selepas itu PAS bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah @ APU mulai tahun 1990 hingga 1996. Keperluan untuk bergabung ini dilanjutkan dalam Barisan Alternatif @ BA (1999 - 2004) dan akhirnya dalam Pakatan Rakyat @ PR (2008 - 2015). Prestasi terbaik PAS sepanjang berpolitik di Malaysia adalah semasa berada dalam Pakatan Rakyat, mempunyai begitu banyak kerusi Parlimen dan DUN selepas PRU ke 12. PAS yang telah berpolitik sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan berjaya mempunyai 23 Ahli Parlimen . Sebelumnya Pas hanya mempunyai 7 orang Ahli Parlimen ! Peningkatan sebanyak 329 %. Di DUN pula PAS berjaya mempunyai 84 ADUN. DAP mempunyai 73 ADUN. PKR mempunyai 40.
Apabila Pakatan Rakyat berkubur pada 16 Jun 2015 , ramai ahli-ahli PAS dan penyokong PR terkejut, kecewa dan keliru apabila PAS bertegas untuk bersendirian ! Apakah ini suatu pendekatan yang betul dan wajar? Ramai yang mengeleng kepala dan berkerut dahi ! Apakah PAS kini berada di landasan yang tepat dan betul ? Bukankah ini seperti kembali kepada awal tahun 60'an, berundur ke belakang ? Ramai orang berpendapat bahawa PAS telah masuk perangkap UMNO/BN dalam usaha BN memporakperandakan PR. Itulah yang amat dinanti-nantikan oleh BN. Usaha halus mereka selama ini telah membuahkan hasil. " Buah dugheyan udah gugur Yeop , beduit le kume ! ", kata orang Perak . Dasar Pecah Dan Belah UMNO/BN telah berjaya !
Ramai ahli-ahli PAS dan penyokong PR khususnya di Pulau Pinang terkejut besar apabila diberitahu bahawa lebih daripada 1,000 aktivis PAS terpaksa melepaskan jawatan-jawatan yang diperuntukkan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walau pun PAS hanya mempunyai seorang ADUN dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ! YB Dato' Saleh Man , ADUN Permatang Pasir dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang. Di samping itu Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato Taib Azamuddin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Rushidi Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Ramai daripada aktivis-aktivis PAS dilantik dalam JKKK Negeri dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, banyak daripada AJK Qaryah mesjid-mesjid di Pulau Pinang dikuasai oleh orang-orang PAS. Sebagai contoh, Haji Omar Hassan, YDP PAS Kawasan Permatang Pauh telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai. Di samping itu juga beliau dilantik sebagai Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Seberang Jaya. Masjid ini amat terkenal kerana ianya sering disinggahi oleh orang-orang ramai yang menggunakan PLUS semasa bermusafir. Alhamdullilah, dibawah kepimpinan Haji Omar Hassan, masjid ini lebih terurus dari sudut kebersihan dan kelas-kelas pengajian.
Tenaga pengajar kuliah-kuliah pengajian di seluruh masjid-masjid Pulau Pinang adalah terdiri daripada Ustaz-Ustaz PAS daripada Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Masjid-masjid telah diimarahkan dengan begitu baik. Anak-anak jemaah tidak perlu lagi keluar daripada qaryah untuk menimba ilmu agama Islam. Waktu zaman BN dahulu, hanya Masjid Batu, Permatang Pauh sahaja yang menampong pengajian ustaz-ustaz PAS. Dengan berada dalam Kerajaan PR di Pulau Pinang, banyak manafaat yang telah dinikmati oleh PAS. Di bandingkan dengan DAP Kelantan, cuma 3 orang aktivis DAP diperuntukkan jawatan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Almarhum TGNA. DAP Kelantan tahu diri, mereka tidak riuh rendah menuduh Kerajaan Kelantan mengenepikan mereka. Melihat kepada realiti politik Pulau Pinang, keputusan PAS Pusat untuk membawa diri jauh daripada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat adalah suatu kesilapan besar. Dakwah Islam yang cuba dibawa oleh aktivis-aktivis PAS Pulau Pinang telah menemui jalan buntu. Orang Islam dan Agama Islam di Pulau Pinang memang banyak dirugikan. Sedih dan kecewa sekali apabila mengenangkan bahawa ianya terjadi kerana pimpinan PAS Pusat tidak bijaksana, terpedaya dan gagal dalam membaca tipu muslihat UMNO/BN.
Read More / Baca Lagi >>

Pas “rollback” ke era 1980an?

Posted: 04 Jul 2016 06:34 PM PDT

Jika kita menggunakan istilah "Leadership of the Clergy" untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan "clergy" dan golongan "lay" atau orang-orang biasa.
Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau "rollback' yang akan memundurkan PAS.
Pas
Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali "containment" pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat.
Pas sederhana
Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya.Bagi Umno, PAS diterima sebagai "necessary evil".
Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama.
Pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan "containment". Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam "sphere of influence" yang terbatas dan terbendong ini.Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan.
Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum mengenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu.
Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan.
Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini.
Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan "containment" terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisme politik di kalangan rakyat Malaysia.
PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS.
Gelombang profesional
Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap "insular". Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat.
Dari segi aktivisme, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan profesional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan profesional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan.
Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan profesional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya.
Roboh tembok
Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar.Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok "containment" yang wujud sebelum ini roboh.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO-EXIT DAN PERLUNYA TUN M TUBUH SEBUAH PARTI BARU....

Posted: 04 Jul 2016 06:27 PM PDT

Apa bentuk landasan baru bagi Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir untuk meneruskan perjuangan mereka masih lagi menjadi persoalan dan tanda tanya ramai.

Pilihan yang ada hanya dua - menubuhkan sebuah parti baru atau menyertai mana-mana parti politik sedia ada?

Bersara dan membiarkan Najib Razak terus berkuasa, tentunya bukan pilihan bagi mereka.

Tun Mahathir dikhabarkan sudah mula mengumpul pandangan rakan-rakan dan beberapa pihak dengan mengadakan pelbagai pertemuan bagi tujuan tersebut. Ramai yang difahamkan cenderung agar Tun Mahathir menginisiatifkan sebuah parti baru dengan segera sebagai altenatif kepada UMNO yang selalu disebutnya sudah menjadi parti Najib sekarang ini.

Muhyiddin pula, selain dilamar oleh Amanah dan PKR Johor untuk bersama-sama mereka, beberapa pimpinan kanan PKR Pusat juga diberitakan ada mengadakan pertemuan dengannya, baru-baru ini.

Sebelum ini, sebaik dipecat daripada UMNO, Muhyiddin turut mengatakan sedang melihat dengan teliti beberapa pilihan mengenai halataju barunya, termasuk kemungkinan menubuhkan sebuah parti baru.

Seorang orang kanan Muhyiddin bagaimanapun memberitahu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih belum membuat apa-apa pilihan lagi buat waktu ini.

Dengan Tun Mahathir sebagai bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta bertanggungjawab memulihkan UMNO setelah diharamkan pada 1988, Muhyiddin berpengaruh di Johor, Shafie di Sabah dan Mukhriz di Kedah, apakah pilihan yang sebaik-baiknya bagi mereka?

Menyertai mana-mana parti politik mungkin jalan paling mudah dan tidak banyak kerja yang harus dilakukan, tambahan lagi PRU 14 tidak sampai dua tahun lagi tarikh tibanya.

Tetapi penyertaan Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz dalam parti politik sedia ada - tentunya PKR, DAP atau Amanah yang menjadi pilihan utama, tidak terkecuali bakal menimbulkan masalah yang lain pula. 

Ia bukan saja mengenai parti mana yang harus menjadi pilihan, parti yang disertai itu mungkin bergolak secara dalaman dan mudah dimanipulasi oleh UMNO dan BN, bahkan juga akan menimbulkan kesangsian serta keraguan kepada sebilangan ahli UMNO untuk turut sama menyertainya.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Haron gesa Guan Eng bercuti tepat, kata Tuan Ibrahim

Posted: 04 Jul 2016 06:24 PM PDT


Najib tidak didakwa di mahkamah mengapa perlu bercuti kata Tuan IbrahimNajib tidak didakwa di mahkamah mengapa perlu bercuti kata Tuan Ibrahim
Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menggesa Guan Eng bercuti adalah tepat kerana kes itu sudah didakwa di mahkamah.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebaliknya Pas tidak akan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti kerana berpendapat kes yang membabitkan perdana menteri itu berbeza dengan kes pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Saya baca kenyataan beliau di media. Bagi saya kes Guan Eng dengan perdana menteri berbeza. Haron Din menggesa Guan Eng bercuti kerana beliau dalam perbicaraan dan saya fikir wajar kerana kesnya sedang dibicarakan.
"Ia selaras dengan pandangan parti dan berbeza dengan Najib, beliau masih belum didakwa kerana itu ia satu kedudukan yang berbeza," katanya kepada Free Malaysia Today.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mempersoalkan "nasihat" Haron kepada Guan Eng untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.
Dalam kenyataannya itu, Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Haron yang tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri susulan kes wang "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu paling ramai pinjam duit along

Posted: 04 Jul 2016 06:23 PM PDT

Mereka yang terlibat terdiri daripada individu kenamaan dan juga penjawat awam.
nadzim-johan-ahlong-1
PETALING JAYA: Peminjam berbangsa Melayu merupakan golongan paling banyak berurusan dengan ceti haram atau "along", kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Ketua Aktivisnya, Datuk Datuk Nadzim Johan berkata, daripada 10,000 kes mangsa along yang berjaya diselesaikan PPIM, 70% daripadanya adalah Malayu.
Katanya, mereka yang terpedaya dengan membuat pinjaman along dan dikenakan bayaran faedah terlalu tinggi turut terdiri daripada golongan bergelar "Datuk" serta penjawat awam.
"Sehingga hari ini PPIM berjaya selesaikan lebih 10,000 mangsa along yang dikenakan caj kadar faedah yang tinggi dalam tempoh lima tahun.
"Daripada jumlah itu, 70% daripadanya adalah golongan Melayu, 15% Cina dan 15% India, tetapi pinjaman yang dibuat individu Melayu dalam kuantiti yang sedikit hanyalah ribu-ribu sahaja.
"Sebab mereka buat pinjaman ini antaranya pembayaran daripada perniagaan lambat, ingin memulakan perniagaan, terpedaya dengan pujuk rayu along," katanya kepada FMT.
Jelasnya, antara kes paling besar PPIM selesaikan membabitkan pinjaman sebanyak RM15 juta.
Nadzim dalam masa sama turut menafikan kononnya PPIM menggunakan khidmat "gangster" bagi menyelesaikan kes.
Sebaliknya, PPIM menggunakan kaedah psikologi serta memujuk along melalui teknik bersemuka bagi memastikan ketua ceti haram terbabit mengurangkan kadar faedah yang dikenakan secara melampau kepada mangsa.
"Kita ada guna mentera, kata kunci untuk memujuk dan berdepan dengan along, sebenarnya along ini penakut, dia tidak ada lesen malah mereka itu lebih penakut daripada kita tapi sebab kita takut dia jadi berani.
"Kita jangan sesekali takut pada along. Dia macam anjing, kalau kita lari, tak cukup padang nak lari," kata Nadzim.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Nan: Arca Purnama milik DBKL, berhak dimusnahkan

Posted: 04 Jul 2016 06:22 PM PDT

DBKL sudah membayar pampasan kepada Syed Jamal dan oleh itu arca bukan lagi milik seniman negara itu
ku-nan-puncak-purnama
KUALA LUMPUR: Selepas dikutuk penggiat seni dan anggota keluarga seniman negara Datuk Syed Ahmad Jamal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam menjelaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memiliki penuh Arca Purnama yang dimusnahkannya baru-baru ini.
Menteri Wilayah Persekutuan itu dipetik Bernama sebagai berkata DBKL sudah membayar pampasan kepada Syed Jamal selepas disaman kerana menaik taraf arca tersebut pada 1989.
"Arca tersebut terbiar tanpa jagaan dan penyenggaran selepas itu, dan sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab, DBKL telah menaik taraf arca tersebut pada tahun 1998 menggunakan dana DBKL, namun pereka asal arca membawa perkara ini ke mahkamah," kata Adnan semalam.
"Lanjutan daripada itu, mahkamah telah membuat keputusan bahawa DBKL perlu
membayar pampasan kepada pereka asal, dan selepas daripada itu arca ini telah
menjadi milik penuh DBKL."
Adnan juga mendakwa sistem pengairan arca tersebut tidak diselenggara menyebabkan nyamuk aedes membiak.
Sebelum ini, balu Syed Jamal berang dengan kenyataan Adnan yang menganggap arca hasil cipta arwah suaminya menyakitkan mata.
"Bila saya dengar menteri cakap ia sudah tidak boleh diperbaiki, kepala tok dia," kata Datin Hamidah Mohd Noor.
"Kalau tidak faham makna arca tersebut itu jangan jatuhkan karya orang lain," katanya pada sidang media di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), semalam.
Puncak Purnama, yang dibina bagi memperingati manusia menjejak kaki ke bulan, diperbuat daripada kaca seramik yang dibangunkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1986, hasil kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat dan Wisma Putra, dan dibiayai UMBC yang beribu pejabat berhampiran.
Strukturnya ditukar ke besi tanpa karat pada 1996.
Sementara itu, Pengerusi LPSVN Datuk Mahadzir Lokman berkata pihaknya bercadang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan DBKL bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

TUNGGU PUNYA TUNGGU.. PUNYA TUNGUUUU..HARI SELASA..!!!

Posted: 04 Jul 2016 06:14 PM PDT

DAH GENAP 1 Tahun rupanya Najib janji nak saman WSJ..

TAHUKAH ANDA.. Hari ini adalah Hari Selasa ke-53 Najib Razak masih lagi tak saman-saman The Wall Street Journal HARI SELASA !!!

Three separate suicide bomber attacks in Saudi Arabia

Posted: 04 Jul 2016 06:08 PM PDT

Malaysia police confirm ISIL link to nightclub grenade attack

Posted: 04 Jul 2016 06:07 PM PDT

IGP: Perdana Menteri antara sasaran utama serangan IS

Posted: 04 Jul 2016 06:06 PM PDT

PKR persoal sejauh mana penyusupan IS dalam PDRM

Posted: 04 Jul 2016 03:20 PM PDT

Wan Azizah turut menggesa semua kes serangan melibatkan bahan letupan dikelaskan sebagai serangan pengganas
wan-azizah-isis-1
PETALING JAYA: PKR mempersoalkan tahap persedian polis menghadapi IS, susulan penangkapan dua anggota polis yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas.
"Kenyataan Ketua Polis Negara bahawa dua daripada 15 yang ditangkap berkait serangan di Puchong ini adalah anggota polis.
"Maka wajib ditanya: sejauh manakah IS telah menyusup ke dalam organisasi Polis Diraja Malaysia?" kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan yang diterima FMT lewat malam tadi.
Dalam sidang media di Bukit Aman hari ini, Ketua Polis Negara mengesahkan kejadian letupan kelab malam Movida di Puchong 28 Jun lalu didalangi pengganas IS.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis membawa kepada penangkapan dua anggota polis berpangkat rendah di Kedah dan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.
"Seorang ditahan kerana disyaki merancang membuat samun sebagai dana untuk sel IS di sini, manakala seorang lagi kerana memberi perlindungan kepada ahli IS," kata Khalid.
Mereka disambar bersama 15 orang lain, manakala dua lagi saspek dalam buruan polis.
Ogos tahun lalu, polis menahan enam anggota pasukan keselamatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan IS dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Perlis.
Mereka antara 10 yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi ideologi IS dan mengumpul dana untuk membantu aktiviti kumpulan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno terima perletakan keahlian Shafie – Ku Nan

Posted: 04 Jul 2016 03:12 PM PDT

Mereka yang ingin tinggalkan Umno dipersilakan berbuat demikian, kata Setiausaha Agung
ku-nan-shafie-apdal-1
PETALING JAYA: Umno menerima keputusan Naib Presiden yang digantung, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meletakkan keahliannya, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Malah katanya, mana-mana orang yang ingin tinggalkan Umno dipersilakan berbuat demikian kerana parti hanya mahukan ahli yang bertanggungjawab, setia dan boleh dipercayai.
"Kita hanya perlu padam namanya (Shafie) daripada senarai ahli," kata Tengku Adnan kepada Bernama, dan menjelaskan peraturan Umno menyatakan keahlian seseorang tergugur apabila mengisyitharkan keluar parti.
Kepada pemberita Tengku Adnan tidak dapat mengagak mengapa Shafie memilih untuk keluar parti, samada kecewa digugurkan daripada Jemaah Menteri atau sebab-sebab lain.
"Sekiranya dia sayang parti, dia perlu kuasai perasaannya; banyak masalah boleh berlaku (jika tidak dapat kuasai perasaan)," ujarnya.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu digugurkan dari Jemaah Menteri bersama Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan Julai tahun lepas.
Di Semporna awal hari ini, Shafie mengumumkan keluar daripada Umno selepas keanggotaannya digantung majlis tertinggi parti 24 Jun lalu.
Keahliannya digantung sehingga jawatankuasa disiplin parti menjelaskan hasil laporan berkaitan pelanggaran disiplin. Penggantungan itu serentak dengan pemecatan Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas tuduhan sama.

Menteri takut Lim berkelakuan seperti Najib, kata Ambiga

Posted: 04 Jul 2016 07:47 AM PDT

Hujah Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai keperluan Lim Guan Eng mengosongkan jawatan ketua menteri Pulau Pinang mempunyai merit, kata bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
Bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh menteri di jabatan perdana menteri itu, beliau tertanya-tanya jika Abdul Rahman ada menawarkan nasihat yang sama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Kami ingin tahu jika menteri juga ada menasihatkan PM untuk melakukan perkara yang betul apabila beliau di bawah siasatan?" soalnya.
Walau bagaimanapun, katanya, dalam kes ini, seperti terbukti bagaimana ketua menteri itu dilayan, mesti mempunyai kaveat.
Pertelagahan Abdul Rahman, katanya, akan hanya terpakai dalam sistem demokrasi yang sebenar, di mana kerajaan sendiri menghormati prinsip-prinsipnya.
"Dalam demokrasi ideal, Najib berkelakuan berbeza dan akan menetapkan standard. Bahawa beliau tidak menunjukkannya, adalah petanda bahawa sistem yang ada rosak.
"Malah, apa yang menteri seolah-olah takut adalah bahawa Lim akan melakukan seperti Najib," katanya kepada Malaysiakini.
Abdul Rahman mendakwa sekiranya Lim kekal sebagai ketua menteri, tindakan berkenaan mungkin memberi tekanan yang tidak wajar kepada saksi daripada kerajaan negeri memberi keterangan dalam perbicaraannya.

Kit Siang, Guan Eng patut peluk Islam demi perpaduan - Rahman

Posted: 04 Jul 2016 07:39 AM PDT

Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya menggesa mereka berbuat demikian supaya selamat pada 'hari akhirat'.
abdul-rahman-osman-1
PETALING JAYA : Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang mencetuskan kontroversi dengan istilah kafir harbi baru baru ini mahu menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk agama Islam demi 'perpaduan'.
Memetik laporan the Star Online, Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka berbuat demikian supaya selamat di akhirat kelak.
"Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan," katanya.
Baru-baru ini, Rahman berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan yang menunjukkan pemikiran kafir harbi.
Beluau menjelaskan walaupun kafir harbi patut ditentang, tetapi tidak bermakna penentangan secara kekerasan.
"Lawan mereka dengan hujah-hujah dengan cara bijaksana, bukan dengan senapang atau parang.
"Berjuang dengan niat yang murni," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir menunjukkan sokongan kepadanya di Pekan.

Husni menteri bermasalah atau Najib punca masalah?

Posted: 04 Jul 2016 07:38 AM PDT

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempersoalkan punca bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak mahu lagi menyertai kabinet Datuk Seri Najib Razak.
Soalnya, adakah Husni seorang menteri yang bermasalah atau Najib yang menjadi punca segala masaalah negara yang menjadikan semua rakyat bermasalah?
"Jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan dinanti oleh rakyat. Apakah Husni punca segala masaalah atau Husni seorang menteri yang Najib tak boleh kawtim untuk jenayah Najib terus dilindungi yang menjadi punca masaalah.
"Najib nak tukar Husni ke potfolio lain sehingga Husni mengambil jalan meletakan jawatan sebagai menteri kewangan kedua," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut pemimin PAS itu, Husni telah menjelaskan punca beliau meletakan jawatan selepas bertanya pada Najib sebelum pengumuman rombakan kebinet dan perdana menteri pula mengesahkan yang beliau akan ditukar ke potfolio lain.
"Bagi saya pertanyaan Husni disebabkan sudah ada kedengaran lebih awal perbualan pertukaran potfolio Husni di kalangan orang yang tak sepatutnya tahu terlebih dahulu.
"Macam mana rahsia pertukaran potfolio Husni lebih dahulu diketahui oleh orang lain sebelum Husni?
"Bagi saya kalau pertukaran biasa tanpa ada perbalahan tak mungkin Husni nak tolak pemindahan dan pertukaran ke potfolio lain," katanya.
Dalam rombakan kabinet 27 Jun lalu, Najib mengumumkan 'kenaikan pangkat' bagi Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Apa kata rakyat Sabah...

Posted: 04 Jul 2016 07:36 AM PDT

Bumi bertuah anda cukup kaya...
Tapi diratah rompak oleh penyangak2 atasan sampai Laporan Bank Dunia pernah mengesahkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.. KENAPA ??

Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Berubah ??

GEMPAR !!!.. baru tau rupa2nya UMNO adalah parti Islam..

Posted: 04 Jul 2016 07:34 AM PDT

Menteri Umno luluskan & beri lesen kilang arak.. TAK HARAM

Menteri Umno luluskan & beri lesen judi Genting.. TAK HARAM

HALAL & HARAM Sama-sama Bantai.. Janji Negara Aman !!

Najib jadi ke tak nak bubar Parlimen selepas Aidilfitri !!!

Posted: 04 Jul 2016 02:55 AM PDT

 

PRK : UMNO MENANG 2 PARLIMEN
Skandal RM2.6B & 1MDB: UMNO Hilang 2 Parlimen 2 Dun

Inilah tanahairku...

Posted: 04 Jul 2016 02:49 AM PDT


TANPA TUN M DAN SHAFIE APDAL, UMNO HANYA TINGGAL SiSA

Posted: 04 Jul 2016 02:47 AM PDT

Bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal akhirnya mengumumkan keluar daripada parti selepas keahliannya digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuratnya, 24 Jun lalu.

Berucap di hadapan lebih 5 ribu penyokongnya, Shafie berkata, "Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan Semenanjung untuk membela bangsa dan negara."
"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang UMNO, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam UMNO," tegasnya lagi.

Selain merupakan pemimpin kanan parti dan kerajaan sebelum digantung keahliannya bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO, Shafie adalah antara pemimpin utama yang terlibat dalam membawa masuk UMNO ke negeri Sabah.

Beliau dipecat sebagai menteri dan kemudian digantung daripada UMNO hanyalah kerana kelantangannya bertanya mengenai 1MDB dan derma ribu-ribu juta yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak.
Dengan mengumumkan keluar UMNO sambil bertekad untuk terus berjuang, Shafie benar-benar telah membuktikan beliau adalah "lanun Bajau laut" sebagaimana yang selalu disebut sendiri oleh Najib dalam beberapa Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

"Lanun Bajau laut" bukan saja pantang dicabar, tetapi juga pantang dihina dan dizalimi.

Hanya kerana 1MDB dan wang beribu juta yang tidak mampu diberi jawapan meyakinkan, Shafie yang pernah berjasa dan berperanan penting membawa masuk UMNO ke Sabah, kini sudah ditolak ke tepi dan tidak lagi dihargai.

Sebelum Shafie, Tun Mahathir Mohamad juga mengambil tindakan keluar UMNO sebagai protes terhadap Najib. Ia juga disebabkan skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Selepas UMNO diharamkan pada 1988, Tun Mahathirlah yang memulihkannya semula sehingga ia diterima sama seperti  UMNO yang sebelumnya, malah Tengku Razaleigh yang menubuhkan Semangat 46 pun akhirnya akur untuk kembali bertaut dengan UMNO pada 1996.
Tetapi kini, Tun Mahathir yang menubuh dan memulihkan semula UMNO serta Shafie yang membawa parti itu ke Sabah sudah tiada lagi bersama UMNO.

Tindakan Tun Mahathir dan Shafie keluar UMNO adalah isyarat mereka tidak lagi percaya UMNO yang dipimpin Najib sekarang sebagai UMNO yang sebenar-benarnya. UMNO sudah menjadi parti Najib.

Tanpa Tun Mahathir dan Shafie, UMNO di Semenanjung dan Sabah hanyalah tinggal sisa.

"Puncak Purnama": Kepala tok dia, kata balu seniman negara kepada Ku Nan

Posted: 04 Jul 2016 02:41 AM PDT

Keluarga Syed Ahmad Syed Jamal berang arca hasil seni seniman negara itu diruntuhkan
gamba
KUALA LUMPUR: Balu bekas Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal hari ini berang dengan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menganggap arca Puncak Purnama menyakitkan mata.
Menteri Wilayah Persekutuan itu turut berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa merobohkan arca hasil seni Syed Ahmad itu kerana sudah usang dan tidak dapat diperbaiki lagi.
"Bila saya dengar menteri cakap ia sudah tidak boleh diperbaiki, kepala tok dia," kata Datin Hamidah Mohd Noor.
Arca dihasilkan suaminya pada 1986 tidak menganggu mana-mana pihak, kata Hamidah, malah ia tidak menyakitkan hati dan mata seperti yang didakwa Adnan.
"Sewaktu arca tersebut hendak dibina, apabila kita pergi ke Singapura, orang luar negara bersungguh-sungguh membantu kerana ia dibina untuk negara.
"Tapi orang kita pula tidak hargai dan runtuhkan pula ia. Kalau tidak faham makna arca tersebut itu jangan jatuhkan karya orang lain," katanya pada sidang media di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), hari ini.
Arca Puncak Purnama dibina dengan kaca seramik yang dibangunkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1986, hasil kerjasama Kedutaan USA dan Wisma Putra.
Strukturnya ditukar ke besi tanpa karat pada 1996. Arca tersebut dibina bagi memperingati manusia menjejak kaki ke bulan.
Hamidah berkata tindakan DBKL meruntuhkan arca itu begitu merobek hatinya.
"Kalau hendak ikutkan sedih, saya sedih yang amat sangat. Kerana kita tidak dapat atau datangkan semula air tangan dia," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin sedih dan kecewa dengan fitnah JMM, TV3

Posted: 04 Jul 2016 02:40 AM PDT

Program "Nothing to Hide 2.0" oleh NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan disiarkan di TV3 semalam, diselar sekeras-kerasnya hari ini oleh bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkannya sebagai satu pembohongan dan fitnah.
Muhyiddin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan siaran program pada penghujung bulan suci Ramadan apabila umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan mereka.
"Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM.
"Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.
"Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada mereka semua," katanya di Facebook.
Menurut timbalan perdana menteri yang dilucutkan jawatannya pada Julai tahun lalu, apabila mendapat tahu JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, beliau telah mengarahkan pegawainya membuat penafian di media.
Katanya, beliau juga meminta pegawainya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan pembabitannya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawabnya.
"Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya.
"Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.
"Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut," katanya.

Skandal RM2.6B & 1MDB: Shafie keluar Umno, tak memeranjatkan, kata Salleh Said

Posted: 04 Jul 2016 02:34 AM PDT

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata keputusan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meninggalkan parti berkenaan tidak memeranjatkan kerana ura-ura mengenainya sudah lama tersebar dalam kalangan anggota Umno.
Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah berkata hak meninggalkan parti itu adalah hak Mohd Shafie sendiri.
"Tindakan beliau itu sama-sekali tidak menjejaskan kekuatan Umno Sabah kerana majoriti ahli parti menyokong perjuangan parti, dan bukannya individu.
Umno Sabah tetap mendokong kepimpinan parti di bawah Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri Sabah," katanya hari ini.
Salleh berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Mohd Shafie meninggalkan Umno hari ini. Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna, di Semporna hari ini.
Menurut Salleh, setiap anggota Umno perlu akur dan patuh kepada sistem parti dan beliau (Shafie) sudah tidak sehaluan dengan sistem parti, maka adalah wajar dan lebih baik beliau meninggalkan parti.
"Yang penting sekarang adalah solidariti parti. Ahli-ahli perlu terus bersatu menghadapi cabaran lebih besar membawa Malaysia ke ambang negara maju," katanya.

Skandal RM2.6B & 1MDB: Rahman Dahlan tak terkejut Shafie keluar Umno

Posted: 04 Jul 2016 02:30 AM PDT

Umno bersedia untuk berdepan dengan sesiapa saja yang cuba memudaratkan parti.
rahman-shafie
PETALING JAYA: Keputusan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keluar Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) bertindak menggantung keahliannya sehingga siasatan selesai dijalankan, bukan sesuatu yang mengejutkan.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan Shafie terlibat dalam gerakan yang memudaratkan parti.
"Keputusan Datuk Seri Shafie Apdal keluar Umno tidak memeranjatkan sama sekali. Memang dijangka. Selama ini pun gerakan dia memudaratkan parti," katanya dalam status Twitternya, hari ini.
Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata Umno bersedia untuk berdepan dengan sesiapa saja yang cuba memudaratkan parti.
"Dulu pun begitu. Apatah lagi sekarang," katanya.
Rahman berkata Umno bukan kuat kerana individu tetapi kerana misi dan perjuangannya dan pemimpin akan datang dan pergi tetapi yang tinggal hanyalah perjuangan.
Katanya, tindakan Shafie keluar parti itu tidak akan menjejaskan Umno di Sabah kerana sokongan rakyat adalah kepada parti dan bukannya kepada mana-mana individu yang mempunyai kepentingan.
"Umno Semporna masih berfungsi dan akan diperkukuhkan lagi dengan barisan kepimpinan yang lebih mantap, mempedulikan kepentingan rakyat," katanya.

Comments (0)