Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kami digelar 'Anwarinas' kerana pertahan prinsip Pakatan Rakyat

Posted: 28 Jul 2016 04:02 PM PDT

Pakatan Harapan itubuhkan bagi mengantikan Pakatan RakyatPakatan Harapan itubuhkan bagi mengantikan Pakatan Rakyat
Hampir kesemua bekas pemimpin Pas yang kini menyertai Amanah komited mempertahankan prinsip dan keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat sehingga mereka digelar 'Anwarinas' dan tersingkir daripada parti itu.
Mengimbau kembali konflik dalaman Pas sehingga berkuburnya Pakatan Rakyat, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, komitmen beliau dan rakan-rakannya dalam Pas untuk mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat mengakibatkan mereka dipandang serong sebahagian anggota Pas.
"Ketika di dalam Pas, sekumpulan pemimpin mereka diberi pelbagai gelaran hanya kerana cuba mempertahankan keutuhan Pakatan Rakyat pada setiap kali mesyuarat parti itu.
"Antara gelaran yang diberikan kepada mereka adalah 'Anwarinas'. Gelaran itu diberikan apabila kumpulan ini mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah," ujarnya.
Menurut Mohamad, sebahagian pemimpin Pas tidak menyukai keputusan ini lalu gelaran 'Anwarinas' terus berkumandang setiap kali menjelang muktamar Pas.
"Paling parah pada Muktamar Pas 2015, apabila sekumpulan yang mempertahan Pakatan Rakyat dan mempertahan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kumpulan ini sekaligus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat," ujar beliau.
Kumpulan yang disingkirkan daripada Pas ini, jelas beliau kemudian menubuhkan Amanah untuk terus mendokong kerjasama politik parti-parti pembangkang bagi kebaikan rakyat.
"Kumpulan ini adalah termasuk saya dan pimpinan Amanah yang lain. Maka Pakatan Harapan muncul," ujarnya dalam satu kenyataan media.
Mohamad dipercayai mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab dakwaan segelintir pemimpin Keadilan yang mempertikaikan penubuhan Pakatan Harapan kerana masih menaruh kepercayaan terhadap Pas dan yakin Pakatan Rakyat boleh 'diselamatkan'.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Kamu Yang Melampau Kamu Tuduh Orang Lain!

Posted: 28 Jul 2016 03:59 PM PDT

Kalau benci pun jangan melampau sangat'

SHAH ALAM – Pas mengingatkan mana-mana pihak yang menuduh parti Islam itu membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak menabur fitnah.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, parti itu hanya mengingatkan sahaja kerana tidak mahu AS menjadikan isu pendedahan DOJ itu sebagai alasan untuk melakukan sesuatu kepada negara ini.

"Tak habis-habis hendak fitnah kepada Pas. Terbaru kata Pas bela (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat.


"Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu.

"Pas hanya mengingatkan sahaja. Siapa tidak kenal AS terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi.

"Di Syria, atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, DAP mendakwa Pas membela Najib selepas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan sebarang tuduhan mahupun dakwaan terhadap Perdana Menteri perlu disertakan dengan bukti dan saksi yang adil.

Menyentuh soal pendedahan DOJ mengenai dua rakyat Malaysia, Riza Aziz dan Jho Low, Idris menyarankan agar tindakan diambil ke atas mereka.

"Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti.

"Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab," katanya.

Rabu lalu, DOJ dilaporkan cuba mendapatkan kembali 17 aset bernilai lebih RM4 bilion melibatkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan melalui dana 1MDB.

Siapa yang melampau sebenarnya ni?

Siapa yang buat kenyataan keluar PAS boleh jejas akidah?


Siapa yang membuat komplot dan konspirasi menyingkirkan golongan professional dari PAS dengan menggunakan CAI semasa muktamar PAS yang lalu?


Idris berkata: "Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu."

Siapa yang hilang rasional sebenarnya sehinggakan orang yang keluar parti dianggap pengkhianat sedangkan Perlembagaan PAS sendiri mengizinkan ahli-ahlinya meninggalkan parti?



Malah siapa yang bertindak ganas dan agresif serta hilang akal jika bukan dari kumpulan ulamak sendiri? Contohnya di dalam kes Ustaz Miqdad Zakaria yang menyertai AMANAH diugut oleh ahli PAS: Read More / Baca Lagi >>

Negeri ini bewarna kelabu

Posted: 28 Jul 2016 03:54 PM PDT


miskn
NEGERI INI
i
negeri ini bewarna kelabu
bersalut korupsi dan jerebu
pucat pasi, gigil berkabut

ii
di bahu masjid suara teriakan;
"shia sesat, sufi dikecam."
orang-orang mati kini ditanam
umpama bangkai ayam

iii
di sudut sudut negeri
polis lebih cepat memburu pencuri nasi
daripada pembajak bauksit
di tv dan surat khabar
artis dan agamawan merangkai pesta
dan pengacara berilusi

iv
negeri ini,
meski mendekap matahari
masih asing memahami api.

KIDUNG BUAT RETIS
di bingit kenaikan harga-harga,
membengkaknya hutang negara dan skandal
hargamu tetap kian melambung

di kekalutan politik, skandal pembesar negara,
langkanya kejujuran penguasa
wajahmu makin cantik, merdu suaramu masih

ketika teganya remaja-remaja membuang bayi,
bocah-bocah diperkosa dan hudud diperkata
lenggokmu semakin berahi dan digilai

di tengah terpuruknya kehormatan bangsa dan tercalarnya agama
berita tentangmu tetaplah bererti

di saat sang ibu meredakan tangisan anak
kebuluran dan sakit,
di rumah-rumah beratap khemah
engkau pilu, pernah terlupa membeli baju raya!

APA KHABAR SUMUR DI LADANG?
Tengah malam di inbok tidak ada apa-apa. Kau mungkin letih, dan tertidur. Aku cuba menulis puisi sampai pagi.
"Perang itu masih akan lama?"
Aku hanya takut kau kalah. Musim kian asing dan cuaca kian tak beretika.
"Aku benci perang, Dinda. Perang banyak membunuh bocah dan wanita. Sedang aku mencintainya"
Kau berpantun;
"kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi…"
Tapi Kanda, ladang-ladang kian mati, menguburkan petani di sumur nan tohor. Mata air berair-mata lumpur, pasir dan batu koral. Aku telah lama ingin berkaki ayam di ladang dan bertelanjang di sumur. Tak terjawab bilakah pertama kali ladang yang pernah subur ini kehilangan sumur. Peladang kalah, kian tersiksa uzur.
Kini, anak-anak burung tidak kedengaran bercericit kerana ladang dan sisa sawah bertukar menjadi pabrik.
Kanda, kau belum bangun?

INILAH HEBATNYA MAT MASLAN....

Posted: 28 Jul 2016 03:29 PM PDT

Hahaha....inilah sebenarnya salah satu kejayaan besar Ahmad Maslan yang kini mengetuai Biro IT UMNO dan bertanggungjawab khusus mengepalai pasukan media sosial untuk mempertahankan Najib Razak.

Dulu semasa beliau menjadi Ketua Penerangan UMNO, memang hari-hari kerjanya memberi kenyataan di media. Asal ada isu, adalah kedengaran suaranya. 

Yang paling popular ialah  jamiman dan keyakinannya bahawa harga barangan akan turun apabila GST dilaksanakan. Agaknya kerana harga barang tidak juga turun-turun sampai sekatang, maka Najib menukarkannya untuk menjaga media sosial pula.

Kini, suara Ahmad Maslan memang jarang kedengaran sehingga dalam sekian banyak isu yang timbul kebelakangan ini, ramai juga mula "rindu" kepadanya.

Tetapi, beliau tidak diam sebenarnya. Diam-diamnya adalah diam berisi. Melalui tugas barunya menjaga media sosial sekarang, salah satu kejayaannya sudah mula terserlah sehingga "orang dah meninggal pun mampu dihidupkannya"  untuk menyokong Najib.

Sudah tentu ia suatu kejayaan yang amat-amat membanggakan Najib dan UMNO.

Siapa kata CGPA 3.85 tak hebat?

PRN P Pinang: PKR cari kejayaan bersama

Posted: 28 Jul 2016 03:24 PM PDT

Pakatan Harapan mencari "kemenangan bersama" jika kerajaan Pulau Pinang mengadakan pilihan raya negeri, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya ada pelbagai analisis dibuat mengenai cadangan berkenaan namun apa yang penting ialah, selepas keputusan diambil mengenainya, kejayaan dicapai atas nama Pakatan Harapan, selain hubungan dengan PAS.
"Kita telah belajar (daripada) pengalaman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan sudah tentulah ianya memberi mesej.
"Rakyat beri mesej kepada semua parti-parti politik, justeru kita perlukan masa untuk berbincang mencari apakah pilihan terbaik di Pulau Pinang," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.
Azmin ditanya media mengenai kenyataannya bahawa PKR mungkin akan kehilangan beberapa kerusi di Pulau Pinang jika pilihan raya diadakan di negeri itu.
Terdahulu Azmin merasmikan Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Siang tadi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyatakan kebimbangannya terhadap kemungkinan parti itu akan kehilangan beberapa kerusi di DUN Pulau Pinang jika pilihan raya diadakan di negeri itu seperti dicadang DAP.
Kata Nurul Izzah jika pilihan raya itu dijalankan ada kemungkinan berlaku pertembuang tiga penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan, BN dan PAS.
Dalam keadaan begitu, kata MP Lembah Pantai itu, tidak ada sesiapa yang untung kecuali BN.
Setakat ini Parti Amanah Negara menyatakan sokongan terhadap cadangan DAP berkenaan. Bagaimanapun PKR - satu lagi parti yang membentuk Pakatan Harapan - masih belum memberi persetujuan.
Read More / Baca Lagi >>

Latheefa Koya dan Tony Pua hanya berbincang, kata Azmin

Posted: 28 Jul 2016 03:23 PM PDT

"Dalam Pakatan Harapan kita setuju untuk tidak bersetuju," kata Timbalan Presiden PKR itu
azmin-latheefa-pua-1
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR meremehkan pertembungan antara Ketua Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua dan penasihat undang-undang PKR Latheefa Koya dengan menyifatkannya sebagai satu "perbincangan".
"Tak ada (pergaduhan). (Hanya) Perbincangan. (Tanggapan pergaduhan) sebab anda tidak lihat hal seperti ini dalam BN.
"Dalam Pakatan Harapan kita setuju untuk tidak bersetuju," kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita dalam majlis pelancaran Pesta Buku Selangor 2016 di Pusat Konvenshen Shah Alam hari ini.
Interaksi dua pemimpin itu menunjukkan keterbukaan Pakatan Harapan menanggapi perbezaan pandangan antara komponennya, katanya lagi.
Jawapan itu terbit di sebalik komitmen PKR, DAP dan Amanah sebelum ini untuk tidak lagi mengamalkan prinsip 'setuju untuk tidak bersetuju' bagi mengelakkan nasib yang menimpa Pakatan Rakyat.
Dalam Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai 9 Januari lalu, setiap parti masih boleh membuat keputusan politik dengan syarat tidak bertentangan dengan perjanjian dan keputusan bersama.
Berikutan ketiadaan kata putus antara DAP dan PKR dalam isu pilihan raya kilat di Pulau Pinang, Tony menggunakan Facebook untuk meluahkan rasa kecewa terhadap 'kawan' yang tidak mahu menyokong DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Ketum: Tidak ada undang-undang larang tanam ketum, kata KPN

Posted: 28 Jul 2016 03:21 PM PDT

Tapi dapatkan kebenaran Kementerian Kesihatan jika mahu guna ketum bagi tujuan perubatan, tegas Tan Sri Khalid
igp-ketum-1
PUTRAJAYA: Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang melarang penanaman mitragyna speciosa (ketum) tetapi pemilikan, pemprosesan dan pengedaran tumbuhan itu merupakan kesalahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketum mempunyai bahan yang boleh memabukkan maka sebab itu mereka yang menggunakannya boleh didakwa dibawah Akta Racun 1952, jelasnya.
"Mana-mana orang yang mahu menggunakan ketum untuk nilai perubatannya, perlulah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan," tegas Khalid ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas cadangan Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin Selasa lepas memohon kerajaan membenarkan pekebun kecil menanam ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.
Hari ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan penjualan air ketum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Racun 1952 dan penanamannya secara besar-besaran perlu diteliti secara mendalam.
Beliau akan mengarahkan Ketua Pengarah Risda Mohd Najib A Samad untuk menyerahkan laporan berhubung perkara itu.
Ketum merupakan sejenis tumbuhan asli Asia Selatan, dan daunnya digunakan untuk perangsang atau pelali serta untuk merawat ketagihan candu. Ramai mendakwa ketum berkesan merawat artritis.

LAGI BERITA LUAR NEGARA....MAKIN FEMES..!!!

Posted: 28 Jul 2016 07:59 AM PDT

Femes negara kita sampai keluar berita kat Hawaii.. Tempat kenangan Najib bermain golf bersama2 Presiden AS Obama ketika banjir besar berlaku di negara kita.

Baru jer USD 3,500,000,000.. kalau ringgit, cuba darab dgn 4.05.

BERSAMAAN RM14,175,000,000 ATAU RM14.2 BILION !!!

Darul Runtuh Jadi Darul Ketum..!!

Posted: 28 Jul 2016 07:54 AM PDT

Nak tergadai telaga minyak Petronas pon xper..

TANAM KETUM lagi menguntungkan..

Semua rakyat jelata T'gganu berpeluang tambah pendapatan dgn tanam ketum depan, belakang, kiri, kanan & dalam rumah..

InsyaAllah tak lama lagi ramailah jutawan Melayu di Malaysia..

Tidak perlu Akta MKN untuk kawal perhimpunan - KPN

Posted: 28 Jul 2016 07:51 AM PDT

Perbincangan diteruskan, cari kemenangan bersama Pakatan termasuk PAS - Azmin

Posted: 28 Jul 2016 07:50 AM PDT

PKR-DAP tiada konflik, hanya berbincang - Azmin

Posted: 28 Jul 2016 07:49 AM PDT

Cawangan parti baharu Dr M sudah sedia ditubuhkan – GKCM

Posted: 28 Jul 2016 06:39 AM PDT

Datuk Mohamad Zin berkata penubuhan parti baharu yang diumumkan Tun Mahathir Mohamad itu kini dalam proses terakhir
Datuk-Mohamad-Zin-Mustapa-gkcm
KUALA LUMPUR: Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) kini giat bergerak bagi merekrut akar umbi Umno akar menyertai parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Mohamad Zin Mustapa.
Timbalan Pengerusi GKCM itu mendakwa kebanyakan ahli Umno tidak dapat lagi menahan kekecewaan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, dan ia diburukkan lagi dengan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat minggu lalu.
"Kami memang sedang bergerak, dan yakin majoriti ahli Umno di akar umbi akan menyertai parti baharu nanti. Selepas itu, pemimpin peringkat tinggi parti juga pasti akan menyusul.
"Di kawasan saya – Teluk Kemang – 23 cawangan sudah bersedia dan akan ditubuhkan sebaik sahaja parti baru diisytiharkan," kata bekas Ketua Cawangan Umno Taman Datuk Haji Abdul Samad itu kepada FMT.
Beliau antara lapan Ketua Cawangan Umno di Teluk Kemang yang digantung keahlian selama enam tahun pada 2 Disember lalu, selepas membuat sidang media mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai presiden parti.
Katanya lagi, penubuhan parti baharu tersebut kini dalam proses terakhir dan akan diumumkan "dalam masa terdekat".
Read More / Baca Lagi >>

Negara Ketum: Cadangan tanam daun ketum jemput malapetaka – AADK

Posted: 28 Jul 2016 06:37 AM PDT

Nenek moyang guna ketum sebagai herba pemulih tenaga, orang sekarang campur dengan ubat batuk jadikan dadah, kata Salehuddin
aadk-ketum
PETALING JAYA: Cadangan membenarkan pekebun kecil menanam mitragyna speciosa (ketum) sebagai sumber pendapatan tambahan dianggap menjemput 'malapetaka'.
Ini kerana cadangan penanaman ketum secara meluas seolah membuka ruang luas kepada penyalahgunaan dadah, menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
"Penggunaan daun ketum tidak seperti zaman dahulu. Jika dulu, zaman nenek moyang menggunakan daun sebagai minuman pemulih tenaga terutama wanita selepas bersalin dan buang angin.
"Bagaimanapun penggunaan daun ketum mula disalahgunakan. Ketagihan terhadap daun ketum yang mengandungi mitraginin membuatkan segelintir masyarakat secara 'kreatif' mencampurkan rebusan ini dengan ubat batuk," kata Pegawai Perhubungan AADK Salehuddin Klewan kepada FMT.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul Abidin Selasa lepas memohon kerajaan membenarkan pekebun kecil menanam ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.
Menurut Zahidi, ketum yang dikatakan mempunyai nilai perubatan boleh dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana terdapat permintaan tinggi dari farmasi di sana.
"Dari suduh positif, cadangan Risda bagi memenuhi permintaan dalam bidang farmaseutikal memang ada baiknya namun saya lihat implikasi negatif lebih besar daripada positif," jawab Salehuddin.
"Beberapa operasi penangkapan individu terlibat dengan penyalahgunaan dadah di utara beberapa bulan lalu, kami ada menjumpai daun ketum."
Read More / Baca Lagi >>

Police will deploy all the might of the law if Bersih 5 threatens security

Posted: 28 Jul 2016 05:38 AM PDT

Ismail nafi dakwaan TMJ, Felda tak lari tujuan asal

Posted: 28 Jul 2016 05:37 AM PDT

Tanam daun ketum tidak menjadi kesalahan, kata Khalid

Posted: 28 Jul 2016 05:37 AM PDT

Ada yang 'kepala batu', tak ikut nasihat polis - Khalid

Posted: 28 Jul 2016 05:36 AM PDT

'Kalau demonstrasi tiba-tiba diganggu Daesh, nanti apa akan jadi?' sembang Najib

Posted: 28 Jul 2016 05:36 AM PDT

Komplot 3 Tan Sri: Beliau akan datang esok, kata Khalid

Posted: 28 Jul 2016 05:35 AM PDT

Skandal Felda.....Kelentong Lagi...!!!

Posted: 28 Jul 2016 05:30 AM PDT

Bila juok2 pemakan dedak pertahankan kebobrokan & kerja jahat CELAKA-Umno sanggup jilat apa saja demi jaga periuk nasi masing2..

Skandal 1MDB: DOJ sahkan kroni Najib bolot wang rakyat.

Posted: 28 Jul 2016 05:27 AM PDT

Dokumen DOJ menunjukkan AS$681 juta (RM2.6 bilion) berasal drpd AS$3 bilion bon yg diperoleh drpd 1MDB.

Sebarkan. Agar rakyat tahu siapa sebenarnya #MalaysianOfficer1.

Skandal 1MDB: Gambar ‘orang meninggal’ pertahan Najib di media sosial

Posted: 28 Jul 2016 05:25 AM PDT

Gambar seorang wanita, yang dakwa rakannya telah meninggal dunia tiga tahun lalu, muncul dalam akaun Facebook yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Akaun media sosial 'Zunaidah Zain', yang menggunakan potret itu sebagai gambar profil, tidak lagi boleh didapati di Facebook.
Menurut screenshot daripada posting yang sudah tersebar luas itu, 'Zunaidah Zain' berkata rakyat harus menyokong pemimpin, dengan menggunakan hashtag #RespectMyPM #BelieveinPM itu.
Namun, seorang lagi pengguna media sosial menjawab bahawa gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sebagai gambar profilnya sebenarnya adalah rakannya yang telah meninggal dunia.
"Gambar profile yang Cik Puan gunakan adalah gambar sahabat saya, Syuhada Baharudin. Beliau sudah kembali kepada penciptanya 3 tahun yang lepas," tulis Rita Abdul Rahim.
Semakan di media sosial menunjukkan gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sepadan dengan gambar yang dimuat naik oleh Syuhada di laman Facebooknya.
Posting terakhir Syuhada di Facebook ialah pada bulan Jun 2014.
Malaysiakini telah menghubungi Rita untuk mendapatkan komennya.
Dalam perkembangan yang sama, jurucakap kumpulan belia, Challenger Syed Saddiq Abdul Rahman berkata ini bukan kali pertama akaun palsu diwujudkan bagi memuji Najib secara melambung.
Katanya, gambar pendebat negara, Mifzal Mohammed juga digunakan tanpa kebenaran.
"Gambarnya digunakan oleh pelbagai akaun (media sosial) untuk menyerang saya," kata Syed Saddiq di Facebook.
"Betapa bodohnya mereka? Adakah mereka benar-benar fikir saya tidak mengenai rakan-rakan debat saya?" kata Syed Saddiq yang dinamakan sebagai pendebat terbaik Asia.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: RM4 bilion wang kita dicuri mereka. Masa untuk bertindak. !!!

Posted: 28 Jul 2016 05:22 AM PDT


Skandal 1MDB: ‘1MDB Officer 3′ sudah dikenalpasti

Posted: 28 Jul 2016 03:38 AM PDT

Bloomberg menamakan Jasmine Loo, yang dikehendaki Bank Negara untuk soal siasat, didakwa menerima AS$5 juta (RM20.27 juta) selepas penjualan bon 1MDB.
jasmin-loo_1mdb_600
LONDON: Salah seorang daripada mereka yang disebutkan dalam saman penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dikenalpasti sebagai Jasmine Loo, bekas ketua penasihat undang-undang untuk 1MDB.
Beliau juga merupakan pengantara (liaison) 1MDB ke Goldman Sachs Group Inc, bank sejagat yang membantu 1MDB memungut AS$6 bilion AS$6 bilion (RM24.33 bilion), menurut laporan Bloomberg.
Memetik dokumen yang disediakan DoJ, laporan itu berkata seusai salah satu daripada penjualan lumayan yang dipimpin Goldman Sach, sejumlah AS$5 juta (RM20.27 juta) daripada wang yang dipungut untuk 1MDB disalurkan melalui beberapa syarikat kosong (shell companies) dan akhirnya didakwa dimasukkan dalam akaun bank Swiss miliknya.
"Pemerintah AS merujuk kepada pegawai berkenaan sebagai '1MDB Officer 3′. Menurut pihak yang maklum akan hal itu, pegawai itu adalah Jasmine Loo Ai Swan – seorang rakyat Malaysia yang mengaji undang-undang di United Kingdom dan bekerja untuk satu pemaju dari Malaysia dan satu syarikat minyak sebelum menyertai 1MDB," menurut laporan itu.
AS tidak menuduh Jasmine atau mana-mana individu melakukan jenayah dalam aduannya, yang mahu merampas aset-aset yang menurut Washington D.C "dilesapkan secara salah" daripada syarikat milik kerajaan itu.
Pada 2015, Bank Negara Malaysia memaparkan notis di laman sesawangnya menyatakan Jasmine dan seorang lagi bekas pegawai 1MDB dikehendaki untuk soal siasat.
Bloomberg berkata Jasmine tidak menjawab permohonan untuk mendapatkan ulasan yang dipohon selama beberapa bulan di Malaysia dan di pangsapuri yang dia miliki di daerah Flatiron, New York.
"Meskipun jumlahnya sederhana berbanding yang lain dalam skim itu, Pindahan AS$5 juta (RM20.27 juta) yang didakwa itu ketara. Penerimanya bukan sahaja seorang peguam dan pengantara 1MDB dengan Goldman Sachs, tetapi juga satu-satunya orang dalam 1MDB yang DoJ sebut menerima sejumlah bayaran."
Pindahan wang itu, menurut pemerintah AS, adalah satu daripada berbelas pembayaran haram dalam skim yang dikawal Jho Low dan kesudahannya mengambil sejumlah AS$3.5 bilion (RM14.19 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad.
Laporan Bloomberg menaikkan beberapa butiran mengenai kerjaya Jasmine dan bagaimana peguam itu bekerjasama dengan Jho Low.
Ia menyebut mengenai tiga urusniaga bon yang diuruskan Goldman dan peranan yang dimainkan Jasmine dan lain-lain dan bagaimana sebahagian daripada dana yang didakwa dilencongkan ke akaun individu atau akaun syarikat syarikat kosong, termasuk orang yang disebut sebagai "Malaysian Official 1″.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)