Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Skandal 1MDB: KENAPA di Malaysia dah tutup buku MALAH DAH BERSIHKAN NAJIB AWAL2 LAGI...

Posted: 27 Jul 2016 04:44 PM PDT

Baru2 ini Peguam Negara Apandi kata beliau berpegang kepada FALSAFAH AL-QURAN yg telus dalam 'menegakkan keadilan' & tidak pilih kasih pada siasatan 1MDB..

TETAPI KENAPA lain pula yg berlaku hasil siasatan di luar negara ??

KENAPA hasil siasatan di luar negara didapati byk penipuan berlaku dlm urusniaga 1MDB !!!

Jangan babitkan Al-Quran yang mulia itu dengan penipuan hina kamu...

Posted: 27 Jul 2016 04:40 PM PDT

Dah nak jadi lebai la pulak.. atau walaun.

SWITZERLAND, SINGAPORE & AMERIKA SYARIKAT yg dikatakan negara kapir yg tak pernah jual nama agama pun, TETAPI mereka tegas & berani mendahului tindakkan saman & sita pada kes skandal 1MDB...

MALAYSIA konon mengaku negara Islam, DAH AMBIL TINDAKAN APA !!.. HANYA BERSIHKAN NAJIB ???

Skandal 1MDB: Benarkah Tun Dr Mahathir Menang Perang Saraf?

Posted: 27 Jul 2016 04:34 PM PDT

Tidak dinafikan, bahawa kumpulan Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohammad, sebenarnya menang perang saraf menggunakan 1MDB sehinggakan syarikat itu menjadi kemelut dan  kemudiannya  kemelut itu dipalitkan kepada Perdana Menteri.
Lebih 3 tahun lalu, jarang sekali rakyat yang mengetahui berkaitan 1MDB, walaupun masa itu, Dato Seri Anwar Ibrahim pernah bercakap mengenainya di Dewan Rakyat.
Tiga tahun lalu, tiada yang kenal siapa Jho Low, siapa Reza Aziz dan dua individu daripada Petrosaudi, termasuk seorang warga Swiss yang bernama Xavier Andre Justo.
Tiga tahun lalu, tiada ura-ura, bahawa Tan Sri Muhiyiddin Yassin atau Datuk Shafie Afdal, bercakap berkaitan 1MDB. 
Pada PRU-13 yang diadakan pada mei tahun 2013, isu 1MDB tidakpun menjadi bahan kempen pembangkang, ertinya, 1MDB pada masa itu belum lagi menjadi faktor yang boleh dijadikan sebagai pemancing undi atau sokongan.
Namun, apabila Tun Dr Mahathir pada Disember 2014, mengambil 1MDB sebagai maskot untuk mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, maka makin rancaklah cerita berkaitan dengan syarikat itu. 
Laporan bertali arus Sarawak Reports, portal-portal pembangkang tempatan, serta media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, New York Times, maka semakin banyak cerita berkaitan dengan syarikat itu. Penangkapan warga Swiss di Thailand, Xavier Andre Justo yang dikaitkan dengan syarikat itu, memperancak lagi, keinginan tahuan rakyat negara ini berkaitan dengan syarikat gergasi itu.
Tulisan-tulisan berkala Tun Dr Mahathir melalui blog beliau www.chedet.cc dengan berbagai dakwaan, termasuk kehilangan wang RM42 bilion yang dipinjam syarikat itu daripada berbagai pihak, menarik perhatian rakyat negara ini. 
Isu 1MDB semakin diminati, apabila berlaku pendedahan USD681milion wang didapati dimasukan ke akaun pribadi Perdana Menteri di AmBank menjelang PRU-13, kemudiannya wang itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri sebagai sumbangan daripada Timur Tengah.
Sebelum penedahan berkaitan sumbangan itu, memang Sarawak Reports, telah mendakwa, bahawa wang mendekati jumlah itu dipindahkan daripada akaun 1MDB kepada satu akaun di Swiss, Gold Star, dan mendakwa bahawa akaun itu kepunyaan Jho Low. Jho Low adalah kenalan keluarga DS Najib Razak, kerana "jutawan" itu kawan baik Reza Aziz, anak tiri Perdana Menteri.
Ekoran-ekoran tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir di blog beliau berkaitan 1MDB, Datuk Salleh Tun Said, di mana masa itu sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, mula membela DS Najib Razak dan 1MDB melalui blog beliau www.sskeruak.blogspot.com.
Pada satu perjumpaan di Kota Belud tahun 2015, di situlah Perdana Menteri mengumumkan, bagaimana beliau teruja dengan sokongan Salleh khususnya tulisan-tulisan Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu melalui blog. Melalui isyarat itu, ramai penganalis politik tempatan, khususnya daripada Kota Belud, sudah dapat mencium, bahawa Salleh akan di bawah masuk ke dalam kabinet Persekutuan. Benarlah juga, kurang daripada dua bulan, semasa rombakan kabinet pada julai 2015, Salleh dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Seingat penulis, sejak timbulnya isu 1MDB, hanya dua pemimpin yang kerap sekali membela 1MDB dan DS Najib Razak. Dua pemimpin itu, adalah Salleh dan Dato Rahman Dahalan. Dua pemimpin ini, memperuntukan masa untuk mengemukakan berbagai argumentasi, penjelasan, malah data yang berkaitan dengan syarikat gergasi itu. Walaupun dua pemimpin itu, kerap menangkis berbagai dakwaan berkaitan dengan syarikat itu, antara lain, bagaimana Rahman menyanggah kenyataan anggota kabinet khususnya Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Afdal yang berpura-pura tidak faham berkaitan dengan perjalanan syarikat tersebut. Para pemimpin lain, bersifat tunggu dan lihat, kerana dibenak masing-masing telah tertanam, bahawa dakwaan-dakwaan Sarawak Reports yang dibantu portal-portal pembangkang dan media luar negara, hanya berupa dakwaan semata-mata, dan cara itu, memang cara pembangkang untuk memalitkan isu-isu rekaan kepada kerajaan.
Pada awal tahun 2015, dengan pertimbangan berasaskan berbagai dakwaan berkaitan 1MDB, maka DS Najib Razak memutuskan, agar Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Ekoran keputusan itu, maka Peguam Negara masa itu ikut mengumumkan penubuhan Pasukan Khas yang melibatkan Bank Negara, PDRM, SPRM dan Pejabat Peguam Negara sebagai pusat urus setia menyiasat 1MDB. Rentetan itu juga jawatankuasa kira-kira Parlimen (PAC) juga turut sama menyiasat.
Umum mengetahui, selepas sahaja pasukan khas dibentuk, maka tidak semana-mana didedahkan kemasukan USD681milion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank. Selain itu, didedahkan juga sejumlah wang SRC International (syarikat milik Kementerian kewangan yang diperbadankan) telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Umum mengetahui, para pengurus/individu yang mempunyai jawatan penting dalam SRC International, sehingga kini, missing In Action (MIA). 
Berjalanlah siasatan. SPRM mengesahkan, bahawa USD681milion memang derma daripada Timur Tengah. PAC Parlimen mengesahkan tiada salah laku berlaku pada 1MDB. Ketua Audit Negara membuat laporan, tiada wang 1MDB yang hilang. Peguam Negara yang baru, mengesahkan, DS Najib Razak tidak melakukan apa-apa salah guna kuasa. Siasatan terhadap 1MDB dihentikan. Titik.
Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir serta dibantu pembangkang, dan seperti biasa media asing, dan tentunya Sarawak Reports, terus mengulang-ulang dakwaan mereka, sehinggalah pada 20 julai, apabila DOJ Amerika, melalui Peguam Negara, negara itu Loretta E Lynch, mengulangi seluruh dakwaan daripada kumpulan anti Najib. DOJ mengulangi, semacam "copy n paste" laporan-laporan Sarawak Reports. tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir, serta tulisan-tulisan The Wall Street Journal (WSJ).
Read More / Baca Lagi >>

PERLUKAH MUKHRIZ TERUS BERCAKAP SEPERTI INI?

Posted: 27 Jul 2016 04:25 PM PDT

- Tun Mahathir Mohamad sudah mengumumkan penubuhan sebuah parti baru dan ia sedang dalam proses akhir penubuhannya.

- Kerjasama dengan Pakatan Harapan juga sudah diumumkan dan beberapa perjumpaan antara Tun Mahathir dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana kerap kali telah dilangsungkan.

- Semua parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah telah pun menyatakan kesediaan untuk saling bekerjasama dengan parti baru itu.

- Pas juga nampak berlembut dan sedia mempertimbangkan untuk turut sama bekerjasama.

- Sudah beberapa kali Tun Mahathir menyebut mahu memastikan UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya akan datang dan dengan demikian Najib Razak dapat disingkirkan akhirnya.

- Ia bermakna Tun Mahathir dan semua yang lain sedar bahawa hasrat untuk menjatuhkan Najib sebelum pilihanraya sudah tertutup. Dengan majoriti pimpinan UMNO lebih terliur dengan dedak, Peguam Negara orang pilihannya dan polis lebih memihak kepadanya, logikalnya Najib tidak lagi tergugat melainkan dengan kuasa rakyat melalui pilihanraya.

- Tun Mahathir sudah keluar UMNO. Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sendiri dipecat, manakala Shafie Apdal yang digantung membuat keputusan meninggalkan UMNO. Malah Shafie juga berkata, orang Melayu tidak akan mati tanpa UMNO.

- Jadi, perlukah Mukhriz berterusan bercakap sedemikian rupa?

PM kata Akta MKN sengaja disalah tafsir

Posted: 27 Jul 2016 04:20 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak mendakwa 'penjaja ketakutan' bermotif politik sengaja menyalahtafsirkan undang-undang keselamatan baru diperkenalkan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang akan berkuat kuasa tidak lama lagi.
"Kerajaan dikritik kerana meluluskan undang-undang ini, termasuk oleh sesetengah penjaja ketakutan demi kepentingan politik. Akta Majlis Keselamatan Negara terutamanya sengaja disalah tafsir," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Bagaimanapun menurut perdana menteri undang-undang baru itu tidak sama dengan pengisytiharan darurat - seperti didakwa pengkritik - kerana kuasa masih berada di tangan Yang di-Pertuan Agong.
Tidak seperti ketika darurat diisytiharkan, parlimen masih tetap wujud dan mengawasi sebarang kawasan yang diisytihar berada dalam kawalan keselamatan.
Beliau juga mengulangi penegasan sebelum ini bahawa kerajaan tidak akan memohon maaf kerana menggubal undang-undang MKN yang dikatakannya bertujuan untuk mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia.
"Undang-undang ini perlu dan negara lain sudah mencontohi kita," katanya sambil memberi jaminan kerajaan akan terus melakukan sebarang langkah yang wajar untuk melindungi rakyat.
Kata Najib serangan pengganas di seluruh dunia menunjukkan ancaman keselamatan memang wujud dan berkembang.
Malaysia, katanya, juga sudah menerima kesan serangan pertama kumpulan IS bulan lalu.
"Inilah sebab - mengikut permohonan daripada pasukan keselamatan - kerajaan memperkenalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta MKN.
"Negara Islam (IS) dan kekejamannya, ideologi sesat tidak ada tempat dalam Islam, tidak juga di negara kita yang aman, rencam dan toleran.
"Sekarang adalah masa untuk kita bersatu dan memainkan peranan lebih besar bersama-sama masyarakat dunia memerangi keganasan," katanya.

TMJ 'gerun' pada skuad Najib

Posted: 27 Jul 2016 04:17 PM PDT

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan saingan JDT untuk meraih gelaran juara Liga Super musim ini bakal berlangsung sengit.
Antara lain, kata beliau, pasukannya perlu berdepan dengan skuad Felda United yang dianggapnya memiliki kelebihan sebagai 'pasukan perdana menteri'.
"Mana saya boleh lawan, ini pasukan Datuk Seri Najib (Razak)," katanya dengan nada gurauan.
Tunku Ismail berkata JDT pasukan kecil, justeru beliau berpendapat skuad Felda United mempunyai peluang yang sangat baik.
"Bagaimanapun, saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak.
"Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek di dalam Felda," katanya dalam satu wawancara disiarkan di Facebook rasmi JDT sebentar tadi.
Seleweng dana orang miskin
Selepas 15 perlawanan JDT kini berada di puncak Liga Super dengan pungutan 39 mata, meninggalkan Felda United di tempat kedua dengan perbezaan dua mata.
Tunku Ismail berkata, Felda ditubuhkan oleh bapa Najib Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan.
Bagaimanapun menurutnya hari ini wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu Felda.
Ia juga dakwa TMJ membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi Felda 'membuat wang'.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Asri: Perlis Tak Larang Penceramah

Posted: 27 Jul 2016 04:09 PM PDT

Dr Asri: Politik, Bukan Agama Punca Perpecahan

Posted: 27 Jul 2016 04:08 PM PDT

Rafizi Ramli : Ada Apa Dengan Hutang 1MDB? Hutang Yang Dibayar Oleh Rakyat..!!

Posted: 27 Jul 2016 04:05 PM PDT

Dr Asri: Selena Gomez Bukan Isu Besar

Posted: 27 Jul 2016 07:14 AM PDT

Dr Asri: rakyat Perlukan Pemimpin Hebat

Posted: 27 Jul 2016 07:13 AM PDT

Jangan kerana 1MDB, negara seolah-olah akan tumbang - KSU

Posted: 27 Jul 2016 07:10 AM PDT

Jangan biarkan suara-suara negatif yang dikaitkan dengan masalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) meruntuhkan kekuatan yang dibina negara selama ini hingga menjejaskan minat pedagang dan pelabur, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Sebaliknya aspek positif mengenai negara perlu diketengahkan dan kekuatan sektor yang ada di Malaysia harus diperlihatkan kepada orang luar, katanya.
"Kita tidak mahu negara yang kita bina ini runtuh kerana masalah-masalah yang sedang kita hadapi termasuk 'negative noise' kerana orang luar yang mahu berdagang dengan kita tentu akan terfikir mengenai perkara itu.
"Jadi sebab itu kita harus memberi aspek positif berkenaan negara kita berbanding kita fokus kepada aspek negatif kerana tiada negara yang tiada negatif, tetapi mereka selalu akan ketengahkan perkara yang baik," kata Irwan Serigar.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-11, hari ini, berkata bukan semua syarikat menguntungkan, dan mungkin ada "satu dua" syarikat yang mempunyai masalah tadbir urus, pengurusan dan perkara lain yang tidak diingini.
"Tetapi kita boleh ambil beratus-ratus lagi syarikat lain yang untung berbilion-bilion di bawah Khazanah dan sebagainya... yang itu orang tak nak nilai, tetapi masalah 1MDB telah 'camouflage' seluruh negara, seolah-olah negara akan tumbang," katanya.
Bagaimanapun, katanya, meskipun banyak suara-suara negatif mengenai 1MDB, terbitan sukuk kerajaan Malaysia baru-baru ini masih menerima sambutan menggalakkan yang menunjukkan bahawa masih ada kepercayaan terhadap ekonomi negara.
Read More / Baca Lagi >>

Konspirasi: PERKASA saran Pemuda Umno disaman malu

Posted: 27 Jul 2016 07:02 AM PDT

Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) berharap tiga individu berprofil tinggi dinamakan Pemuda Umno dalam laporan polis mereka semalam memulakan proses saman malu jika mendapati ia berunsur fitnah.
Setiausaha Biro Integriti, Antirasuah dan Salah Guna Kuasa PERKASA, Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata Pemuda Umno sepatutnya mendesak kerajaan AS mendedahkan siapa sebenarnya individu di sebalik rujukan Malaysian Official 1 (MO1) dalam dokumen pihak berkuasa negara itu berhubung tindakan saman sivil ke atas 1MDB.
Katanya, nama MO1 disebut sebanyak 36 kali dalam dokumen mahkamah Jabatan Kehakiman (DOJ) AS setebal 136 muka surat itu.
"Tindakan (membuat laporan polis) tersebut dilihat seolah-olah suatu bentuk ugutan atau cuba menutup mulut pihak yang pernah terlibat dalam siasatan skandal 1MDB, atau tindakan balas dendam akibat mendedahkan kebenaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mengunjungi Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan ke atas Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurut Khairul Azwan mereka bersekongkol untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin negara ini.
Zeti adalah bekas gabenor Bank Negara dan Abu Kassim bakal menamatkan khidmatnya secara rasmi sebagai ketua persurujaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) mulai 1 Ogos ini. Abdul Gani pula bekas peguam negara.
Siapa beri arahan
Ketiga-tiga mereka adalah antara tokoh yang terlibat dalam siasatan syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB, yang didakwa melakukan penyelewengan dana awam.
Pada 20 Julai lalu pula DOJ AS mengemukakan saman sivil di negara itu bagi menyita pelbagai aset didakwa mereka diperoleh melalui wang 1MDB yang disalah guna.
Beberapa nama dipetik dalam dokumen itu termasuk anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Aziz. Rosmah adalah isteri Najib.
Dokumen itu juga mengandungi seorang lagi individu yang tidak dinamakan, iaitu "Malaysian Official 1".
Kata Muhammad Faiz PERKASA menganggap tindakan Pemuda Umno semalam sebagai "biadab dan kurang ajar".
Read More / Baca Lagi >>

DoJ patut dapatkan penjelasan 1MDB – Abdul Rahman

Posted: 27 Jul 2016 06:57 AM PDT

Menteri itu berkata sekiranya DoJ mempunyai bukti untuk mengheret perdana menteri, nama beliau akan dinamakan dalam dokumen DoJ itu.
rahman-dahlan-dojs-1mdb
PUTRAJAYA: Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat patut sekurang-kurangnya berusaha menghubungi pihak 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi mendengar penjelasan mereka daripada hanya bersandarkan laporan portal berita (Sarawak Report), kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.
Menyifatkan amat tidak wajar bagi Peguam Negara Amerika Loretta Lynch menggunakan bahasa begitu tegas dalam situasi apabila beliau sendiri tidak pasti sama ada terdapat kes atau tidak, katanya 'pertuduhan belum diputuskan' namun memberikan pandangan prejudis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan Malaysia dan 1MDB.
"Apabila kita baca (dokumen setebal) 136 muka surat itu, kita mendapati ia bersumberkan kepada Sarawak Report yang mempunyai agenda politik berat terhadap kerajaan, BN dan perdana menteri. Jadi, kemusykilan kita ialah kenapa DoJ tidak menghubungi 1MDB untuk mengesahkannya? Sekurang-kurangnya dapatkan penjelasan di sebelah pihak yang satu lagi.
"Itu saja soalannya. Kenapa anda pergi ke mahkamah dan beritahu seluruh dunia tentang kisah anda sedangkan ia masih belum siap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Unit Perancang Ekonomi (EPU) di sini.
DOJ baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.
Sementara itu, Abdul Rahman yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas EPU berkata, perdana menteri telah berulang kali menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan dana rakyat tidak terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

Sukma: Khairul Padam Rekod 18 Tahun Acara Pecut Milik Watson

Posted: 27 Jul 2016 03:31 AM PDT


Khairul Hafiz Jantan mencipta rekod baharu kebangsaan acara 100 meter lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 di Stadium Sarawak pada Rabu.
KUCHING: Rekod 100 meter kebangsaan berusia 18 tahun akhirnya dileburkan pelari muda Melaka, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, di sini pada Rabu.

Raja Pecut baharu negara itu melintasi garisan penamat dalam saingan akhir acara berkenaan di Stadium Sarawak dengan catatan 10.18 saat, sekali gus memadamkan rekod lama 10.30s yang dicipta Watson Nyambek pada Sukan Pra-Komanwel 1998.

Pingat perak milik pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36s. Seorang lari pelari Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap, yang turut mencatat masa 10.36s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Keputusan itu dibuat berdasarkan 'photo-finish'.

Puteri Johor wanita pertama presiden kelab Liga Super

Posted: 27 Jul 2016 03:28 AM PDT

Tunku Aminah mengambil alih jawatan abangnya yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT)
tunku-tun-aminah_jdt_600
PETALING JAYA: Revolusi bola sepak Johor mutakhir ini membawa erti baharu dengan perlantikan Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim Ismail sebagai Presiden kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
Diumumkan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, Tunku Aminah satu-satunya wanita yang mengepalai kelab bola sepak Liga Super Malaysia – pertandingan kesukanan unggul di negara ini.
Tunku Aminah merupakan adik kepada Tunku Ismail Idris (TMJ), yang melepaskan jawatan itu pada 12 Julai tahun lalu kepada Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim, setelah berkhidmat di kedudukan itu sejak Disember 2012.
TMJ merupakan pemilik JDT dan penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Ismail Karim merupakan Presiden PBNJ.
Puteri Johor berusia 30 tahun itu satu-satunya anak perempuan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, dan anak kedua daripada enam adik-beradik keluarga Diraja Johor.
Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Convent Johor Bahru dan Sekolah Antarabangsa Australia di Singapura.
Read More / Baca Lagi >>

LAPORAN POLIS KHAIRUL AZWAN BIN HARUN, NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA TENTANG KONSPIRASI GUKING PM – SUATU TINJAUAN

Posted: 27 Jul 2016 03:24 AM PDT

No. Report : CHOWKIT/005870/16
Tarikh : 26/07/2016
Waktu : 1314 PM

SAYA KHAIRUL AZWAN BIN HARUN (NO. K/P : 761019-08-5697) SEMASA BERADA DI PEJABAT DI ALAMAT TINGKAT 28, MENARA DATO' ONN, PWTC, KL MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN BERIKUT :

1) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED (BEKAS PESURUHJAYA SPRM)
2) TAN SRI ZETTI AKHTAR AZIZ (BEKAS GABENOR BANK NEGARA)
3) TAN SRI ABDUL GANI PATAIL (BEKAS PEGUAM NEGARA)

ADA SECARA BERSEORANGAN DAN/ATAU BERSAMA TERLIBAT DALAM SATU KONSPIRASI UNTUK MENGGULINGKAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB SERTA KERAJAAN MALAYSIA YANG SAH. MEKANISMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESIAPA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1) MEMBERI MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI-AGENSI DI AMERIKA SYARIKAT TERMASUK FBI
2) MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA
3) SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT.

PERKARA YANG SAYA LAPORKAN DI SINI BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA. SEKIAN LAPORAN SAYA.

ULASAN

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Sdr Khairul Azwan telah membuat suatu laporan polis yang cukup serius pada 26/07/2016 yang mendakwa tiga (3) orang yang dinamakan sebagai memberikan maklumat sulit kepada agensi asing untuk menggulingkan Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia yang sah. Atas laporan polis ini, pihak polis boleh membuka kertas siasatan di bawah Bahagian 6 Kanun Keseksaan iaitu Kesalahan terhadap Negara yang mana ianya adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA.

Ketiga-tiga penama yang dinamakan di dalam laporan polis tersebut boleh ditangkap dan ditahan oleh Polis di bawah SOSMA selama tidak lebih 29 hari bagi tujuan siasatan.

Laporan Polis Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga penama terlibat dalam suatu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga penama didakwa telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI. Dengan jelas disebutkan bahawa ketiga-tiga penama telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI yang mana maklumat dan dokumen tersebut diberikan tanpa kebenaran pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara. Dokumen dan maklumat juga didakwa direka, dipalsukan serta diputar belit.

SIAPA TIGA PENAMA TERSEBUT?

Penama yang disebut di dalam laporan polis Khairul Azwan ialah :
a) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Bekas Pesuruhjaya SPRM)
b) Tan Sri Zetti Akhtar Aziz (Bekas Gabenor Bank Negara)
c) Tan Sri Abdul Gani Patail (Bekas Peguam Negara)

Ketiga-tiga penama ini merupakan ahli jawatankuasa siasatan khas berkaitan 1MDB yang telah ditubuhkan suatu ketika dulu sebelum ianya dibubarkan. Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Persoalan yang timbul daripada laporan polis tersebut ialah kenapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak terlibat atau tidak dimasukkan bersama tiga yang lain sedangkan KPN juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB? Jika diperhatikan tiga penama yang disebut, mereka semua ialah "bekas". Bekas Pesuruhjaya SPRM, bekas Gabenor Bank Negara dan bekas Peguam Negara. Adakah jika Tan Sri Khalid Abu Bakar juga bekas Ketua Polis, nama beliau juga akan dimasukkan?

MEMBERIKAN MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI ASING TERMASUK FBI

Ketiga-tiga penama tersebut dituduh terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang sah dengan memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada keperluan sidang tergempar Parlimen mengenai 1MDB kata Johari

Posted: 27 Jul 2016 03:19 AM PDT


Tiada keperluan sidang tergempar Parlimen mengenai 1MDB
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar atau menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menambah, isu 1MDB bukan sesuatu yang baru dan kerajaan sudah pun mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan pengurusan dan tadbir urus syarikat pelaburan strategik itu.

"Siasatan isu 1MDB ini sudah pun merupakan siasatan paling intensif, jadi saya tidak fikir semua ini perlu," katanya ketika merasmikan Taklimat Ekonomi Kebangsaan anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) di sini hari ini.

"Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhak lakukan siasatan tersebut, kerana dakwaan penyelewengan dana dan penggubahan itu berlaku di negara mereka," tambahnya.

Datuk Johari turut menafikan 1MDB berurusan dengan individu-individu yang dinamakan dalam laporan DOJ.

"1MDB tiada sebarang urusan dengan individu-individu di dalam laporan tersebut, buat masa ini kami hanya berurusan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) (mengenai isu pertelingkahan pembayaran faedah bon)," katanya.

Beliau menambah, Kementerian Kewangan merancang untuk membawa pertikaian tersebut ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

"Kerajaan tidak akan melindungi sebarang individu yang didapati bersalah dalam hal 1MDB ini, tidak kira apa kesalahan yang mereka lakukan atau di mana saja ia dilakukan," katanya.

Tanpa memberi sebarang maklumat lanjut, beliau juga berkata pihak kerajaan telah pun menerima dana hasil penjualan aset tenaga 1MDB kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN).

Pada November 2015, 1MDB mengumumkan perjanjian jual beli saham dimeterai dengan CGN bagi membolehkan ia menerima RM9.3 bilion, di samping pengambilalihan hutang sebanyak RM7.43 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

Segera siasat individu dalam laporan Pemuda UMNO - Pemuda Kedah

Posted: 27 Jul 2016 03:12 AM PDT


Segera siasat individu dalam laporan Pemuda UMNO - Shaiful Hazizy
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk mempercepatkan siasatan mencari dalang konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tuduhan itu amat berat dan perlu disiasat dengan kadar segera.

"Kita amat bimbang dengan senario sekarang iaitu wujudnya kemungkinan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai maklumat dan data strategik negara bertindak menjual ataupun membocorkan maklumat ini.

"Kita juga mengutuk usaha untuk menjatuhkan Kerajaan dan Perdana Menteri melalui kaedah yang tidak demokratik. Bagi Pemuda Kedah ianya satu pengkhianatan seumpama rampasan kuasa yg tidak sah "coup de tat" terhadap sebuah Kerajaan yang dipilih secara demokratik.

"Pemuda UMNO Kedah yakin, pilihanraya dan demokrasi adalah jalan yang paling baik untuk mana-mana pihak menukar Kerajaan dan Perdana Menteri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Sebelum ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun mendakwa bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan perdana menteri.

Dalam satu laporan polis, Khairul Azwan menjelaskan mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai individu-individu tersebut telah memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi-agensi di Amerika Syarikat termasuk pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Read More / Baca Lagi >>

Sekarang Rahsia Telah Terbongkar

Posted: 27 Jul 2016 02:52 AM PDT

Oleh Tun Mahathir
1. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengambil tindakan untuk merampas aset individu-individu yang dinamakan yang disyaki mencuri wang hak milik 1MDB dan Kerajaan Malaysia.
2. Secara keseluruhannya 17 aset telah disenaraikan. Ini termasuk harta, pelaburan, pesawat udara, kapal layar, syarikat-syarikat, lukisan dan filem-filem. Jumlahnya bernilai USD1 bilion. Dokumen sepanjang 136 halaman itu menunjukkan secara terperinci cara wang itu disalurkan melalui pelaburan penipuan dalam syarikat-syarikat palsu, melalui pelbagai bank dan individu-individu serta berakhir dalam akaun MALAYSIAN OFFICIAL 1. 3. Siapakah Malaysian Official 1 yang disebut 36 kali dalam laporan ini. Beliau digambarkan sebagai "seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB. Sepanjang keseluruhan masa berkaitan dengan aduan itu, Malaysian Official 1 adalah "pegawai awam" sebagai istilah yang digunakan dalam 18 USC – 1956 (c) (7) (B) (iv) dan "penjawat awam" sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia."
4. Dalam para 39 laporan tersebut "Malaysian Official 1 memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB. Malaysian Official 1 mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan kepada, dan penarikan balik daripada, Lembaga Pengarah 1MDB dan Kumpulan Pengurusan Kanan 1MDB. Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB, termasuk pelaburan yang mungkin memberi kesan kepada jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia, memerlukan kelulusan Malaysian Official 1. "
Para 102 laporan menyatakan bahawa Malaysian Official 1 adalah benefisiari muktamad AmPrivate Banking – Akaun MR adalah akaun sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira USD681 juta pada Mac 2013. Seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 263 di bawah, Peguam Negara Malaysia telah secara terbuka menyatakan bahawa akaun yang menerima bayaran $681 milion itu dipunyai oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Tidak mungkin akaun dan jumlah USD681 juta dimiliki oleh dua orang yang berbeza.
Para 28 menyatakan "Malaysian Official 1″ adalah seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB."
Para 29 "Riza Shahriz bin Abdul Aziz ("Aziz"), seorang warganegara Malaysia, adalah saudara kepada Malaysian Official 1 dan seorang kawan LOW. Beliau adalah pengasas bersama Red Granite Pictures, iaitu studio pengeluaran dan pengedaran filem Hollywood, pada tahun 2010."
Dalam Para 39 Malaysian Official 1 mengambil alih kedudukan berkuasa dengan 1MDB dan lain-lain.
5. Saya tidak tahu mengapa pegawai-pegawai Amerika yang menulis laporan segan memberi nama sebenar Malaysian Official 1 pada hal dengan rela hati menyebut nama-nama pesalah lain, iaitu Riza Aziz, Jho Low dan Khadim Abdullah. Jika ini adalah kerana bukan peringkatnya untuk membuat tuduhan jenayah, maka mana-mana nama pun tidak patut disebut.
6. Sekarang Najib dan penyokong-penyokong bodoh beliau mengatakan bahawa Najib tidak terlibat oleh sebab namanya tidak disebut. Najib sendiri berkata, "Biarkan proses undang-undang berjalan bagi mereka yang nama mereka disebut oleh US DOJ." Jelas sekali bahawa beliau menganggap proses undang-undang itu tidak mengandungi siasatan berhubung peranannya sendiri di dalam mencuri wang milik 1MDB.
7. Namun rujukan kepada Malaysian Official 1 bertepatan dengan apa yang diketahui dan yang diakui oleh Najib sebagai mempunyai kaitan dengan beliau. Ini termasuk rujukan kepada USD681 juta dalam akaun Malaysian Official 1, rujukan kepada kuasa Malaysian Official 1 atas Kerajaan dan 1MDB yang bertepatan dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Dan begitulah seterusnya dengan 30 penerangan lain mengenai hal kuasa dan peranan Malaysian Official 1 serentak dengan peranan Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB.
8. Walaupun terdapat penerangan terperinci dalam laporan DOJ bagaimana wang 1MDB telah dipindahkan melalui pelbagai syarikat, termasuk Good Star, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low dan bank-bank di beberapa negara dan akhirnya menjelma dalam akaun Malaysian Official 1 di Ambank, Peguam Negara menegaskan bahawa tidak ada bukti bahawa wang daripada 1MDB telah disalah gunakan.
Read More / Baca Lagi >>

Akta MKN: 5 'kuasa ajaib' yang Najib boleh guna dengan undang2 baru ni..

Posted: 27 Jul 2016 02:48 AM PDT

Undang2 tersebut memberi Najib – atau mana2 Perdana Menteri kelak – kuasa tidak terbatas yang akan memberi kesan pada rakyat seperti kita, antaranya:

1. Mereka boleh mengisytiharkan kawasan darurat di Selangor, ataupun di kedai mamak yang korang selalu lepak

2. Mereka boleh mengisytiharkannya atas apa-apa sebab yang "mengancam" negara

3. Mereka boleh rampas apa sahaja… korang pun boleh kena serkup

4. Kalau korang mampos/mati dalam 'kawasan keselamatan', penyiasatan tak perlu dijalankan

5. Tiada siapa yang boleh menghentikannya, mahupun Agong sekalipun !!

TAHUKAH ANDA.. dengan MKN, darurat kecil boleh diisytiharkan tanpa perlu kebenaran Agong. Pada masa yang sama, sesiapa yang ditugaskan oleh MKN diberi kekebalan dari segi undang-undang.

Dan ada kemungkinan… Kalau Parlimen mengadakan persidangan tergempar sekalipun, MKN boleh mengisytiharkan Parlimen sebagai kawasan keselamatan !!

Adakah Malaysia kini dah jadi sebuah negara diktator ??!!

SKANDAL 1MDB: TU PON KORANG MASIH BUTA PEKAK NAK PANGKAH BN LAGI !!!

Posted: 27 Jul 2016 02:45 AM PDT

BONGKAR & TERBURAI LAGI Skandal 1MDB !!!

Kali ini satu keluarga Tun Razak, yg juga adik-beradik PM Najib Razak terlibat sama...

Primus mendakwa, Goldman menggesanya penerimaan tawaran yang lebih tinggi untuk meningkatkan peranannya dengan Perdana Menteri Malaysia kerana penggabungan akan 'memberi kekayaan' kepada Nazim Razak, pengarah Hong Leong serta Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB.KL), yang menasihatkan Hong Leong dalam pengambilan alih itu.

NAMPAK TAK !!!

Penangan keluarga adik-beradik Najib Razak dlm membolot kekayaan negara...

'TAKUT' nak audit bayar hutang main judi LAS VEGAS KA ??!!

Posted: 27 Jul 2016 02:41 AM PDT

Bertahun2 jadi 'boneka' 1MDB, firma audit Deloitte tarik diri ??

KENAPA..??

Apa yang sukar sangat nak audit laporan kewangan 1MDB.? sedangkan yang terlibat adalah syarikat ternama di dunia..?? dari sini saja kita nampak 1MDB sudah cukup bermasalah..

CUBA JANGAN JADI BODOH...

Posted: 27 Jul 2016 02:39 AM PDT

Asal keluar dari mulut UMNO pasti bau bodohnya, KENAPA ??

Persoalan mudah..
Adakah si Shahrul Hakimi ni ada hubungan keluarga "relative" dgn anak tiri Najib, Riza Aziz ??

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH dlm dokumen DOJ pada artikel (29.) menjelaskan bhw #MalaysianOfficer1 ada hubungan keluarga dgn anak Rosmah Mansor, Riza Aziz..

Adakah si otai Umno, Zaharin ini masih buta baca dokumen tersebut...

https://www.facebook.com/zahrinmohdyasin/posts/10207090056629593

Komplot jatuhkan Perdana Menteri, tragedi tiga Tan Sri

Posted: 27 Jul 2016 02:36 AM PDT

Pemuda Umno sudah buat laporan polis ke atas tiga orang Tan Sri yang pernah duduk dalam satu jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan aliran tunai berjumlah sekitar RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tiga orang Tan Sri ini, Zeti Akhtar Aziz, Abdul Gani Patail dan Abu Kasim, telah dituduh oleh gerombolan Pemuda Umno kononnya telah berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia.
kitsiang_melayuhilangkuasa_Pemuda Umno secara ringkasnya telah menyerang bekas-bekas bos Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara dengan mempersoal taat setia mereka kepada kerajaan.
Mereka didakwa telah memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk pihak Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat, FBI.
Daripada empat orang Tan Sri yang menganggotai pasukan khas menyiasat aliran tunai ke akaun Najib Razak, hanya seorang Tan Sri sahaja yang masih selamat, iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Tan Sri KPN sekarang berhadapan tanggungjawab sukar untuk menyiasat tiga Tan Sri lain, yang dahulunya bekerjasama dengannya dalam satu pasukan.
Pemuda Umno bukan sahaja telah bertindak menyerang peribadi tiga orang Tan Sri yang telah berundur daripada jawatan masing-masing ini (secara paksa atau rela kita tidak pasti), malah Pemuda Umno telah hampir sahaja pasti mengesahkan bahawa individu yang dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika, adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri sendiri.
Seelok-eloknya, tiga orang Tan Sri ini mungkin boleh segera memohon suaka politik daripada mana-mana kedutaan terdekat, dan mohon dikeluarkan dari Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak dikekang daripada menyatakan kebenaran oleh tangan-tangan kasar aparat keamanan negara.
Kita mungkin sahaja menyaksikan Gani Patail, Zeti dan Abu Kassim ditangkap, disoal siasat, dan dikurung di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, antara lain kerana mengancam proses demokrasi dan merancang untuk menggulingkan kerajaan dengan cara salah. Komplot menggulingkan perdana menteri bukan benda main-main. Pemuda Umno pastinya tahu itu.
Kedua, mungkin kita boleh cadangkan kepada (bekas) staf-staf mereka, terutamanya yang berada di SPRM untuk segera mendedahkan segala bukti dan hasil siasatan terhadap kes-kes melibatkan pemuka-pemuka Umno yang lainnya, terutamanya yang berprofil tinggi.
Kita sangat pasti bahawa fail siasatan terhadap gerombolan Umno ini semua tebal-tebal belaka dan hanya menanti saat dan ketika untuk dibocorkan kepada pengetahuan orang ramai.
Masanya sudah amat sesuai untuk SPRM melancarkan kempen 'buli balik' ke atas gerombolan yang selama ini menekan dan mengawal siasatan mereka, malah sesuka hati memindah-mindah pegawai, dan terbaru mendakwa bekas bos mereka sebagai pengkhianat negara.
Baru lah rancak.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)