Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Selepas 1MDB, Goldman Sachs disaman RM2 bilion

Posted: 26 Jul 2016 10:39 PM PDT

Saman terbaru itu mengancam untuk mengheret adik-beradik Najib Razak ke dalam kemelut itu.
Goldman
PETALING JAYA: Goldman Sachs Group Inc yang sedang disiasat pendakwa raya Amerika Syarikat kini dilanda masalah lebih besar.
Dalam perkembangan terkini, saman lebih AS$500 juta (RM2 bilion) difailkan Primus Pacific Partners terhadap bank itu mengancam mengheret ahli keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun tiada kaitan dengan 1MDB.
Primus Pacific yang merupakan pemegang saham terbesar Malaysia EON Capital Bhd sebelum ia dibeli Hong Leong pada harga AS$1.6 bilion, mendakwa Goldman Sachs memujuk lembaga EON Capital mengupahnya sebagai penasihat kewangan, dengan memutar belit dan menyembunyikan konflik kepentingan.
Menurutnya, Goldman dan bekas pengarah urusan, Tim Leissner membelakangkan tanggungjawab mereka sebagai penasihat kewangan EON Capital, dengan menggunakan maklumat sulit untuk membantu Hong Leong membeli EON pada harga lebih rendah.
Salah seorang adik Najib berkhidmat sebagai ahli lembaga, manakala seorang lagi adiknya adalah pengerusi firma pelaburan yang dilantik sebagai penasihat bank itu, menurut Primus Pacific dalam saman itu yang dipetik Bloomberg.
Saman berkenaan difailkan ketika Goldman mendapat perhatian pendakwa raya AS berhubung peranan dalam 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan polis terhadap Zeti bukan wakili Umno, kata ahli MT

Posted: 26 Jul 2016 10:37 PM PDT

Bagaimanapun, Exco Pemuda Umno menegaskan laporan polis semalam mewakili pergerakan itu.
bung moktar
PETALING JAYA: Tindakan Naib Ketua Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis menuduh bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz cuba menjatuhkan kerajaan tidak mewakili Umno, kata Datuk Bung Moktar Radin.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata laporan polis oleh Azwan terhadap Zeti, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, adalah atas kapasiti peribadinya.
Bung berkata dakwaan mereka terbabit dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MT.
"Pada saya ianya mungkin bersifat peribadi dan tidak mewakili Umno keseluruhannya dan saya mencadangkan sekiranya Azwan memiliki bukti yang kukuh, maka ianya harus diserahkan kepada pihak yang berwajib untuk disiasat.
"Ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MT sebelum ini," katanya ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun, Exco Pemuda Umno, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berkata laporan itu mewakili Pemuda.
Semalam, Khairul, membuat laporan polis terhadap Zeti, Gani dan Abu Kassim, mendakwa mereka memberi maklumat sulit dan dokumen kepada badan Amerika Syarikat seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tanpa kebenaran agensi kerajaan Malaysia.

Integrasi masyarakat runtuh kerana rasuah

Posted: 26 Jul 2016 10:26 PM PDT

Works Minister denies S'wak Report's claim over rail project

Posted: 26 Jul 2016 10:25 PM PDT

Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately

Posted: 26 Jul 2016 10:25 PM PDT

DOJ: 1MDB KATA PENYATA KEWANGAN 2013 DAN 2014 TIDAK DIGUNA PAKAI

Posted: 26 Jul 2016 10:24 PM PDT

Konspirasi: Jangan layan Pemuda UMNO yang 'otak udang', kata Khairuddin

Posted: 26 Jul 2016 10:19 PM PDT

Skandal 1MDB: AG mesti segera dakwa mereka terbabit, tegas Keadilan

Posted: 26 Jul 2016 10:18 PM PDT

Apandi hairan dengan kritikan terhadapnya..!!

Posted: 26 Jul 2016 10:15 PM PDT

Hari ini menandakan ulang tahun pertama sejak Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang dilucutkan atas alasan kesihatan.
Sepanjang tahun lalu, perjalanan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, yang menurut pengkritik adalah boneka kerajaan tetapi dinafikan sekeras-kerasnya, bukan sesuatu yang lancar.
Dalam satu ruangan pendapat yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini, Apandi berkata beliau hairan berhubung kritikan terhadapnya walaupun menjelaskan semua keputusannya dibuat mengikut undang-undang.
"Apa saja yang saya lakukan adalah mengikut undang-undang negara. Begitupun, masih ada pihak yang sanggup mengemukakan usul tidak percaya terhadap saya di Dewan Rakyat, mendesak saya untuk meletakkan jawatan, malah mengheret saya ke mahkamah.
"Sebagai contoh, apabila Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak memulakan sesuatu prosiding di dalam sesuatu kes tertentu, maka kami akan menjelaskan sebab kami berbuat demikian. Kami akan menerangkan betapa keputusan kami itu diasasakan sepenuhnya kepada bukti yang ada," tulisnya.
Apandi, 66, berkata ini adalah apa yang mendorong keputusannya pada 26 Januari lalu, adalah beliau berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan di dalam tiga kertas siasatan berprofil tinggi yang dikemukakan kepadanya.
Walaupun dia tidak menyebut kes berkenaan, namun adalah dipercayai bahawa peguam negara merujuk kepada siasatan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengenai tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman tindakan sivil bagi menyita aset berkaitan 1MDB, Apandi berkata beliau dengan segera mengeluarkan kenyataan media bagi menekankan bahawa tiada sebarang pertuduhan jenayah dikemukakan terhadap individu yang terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Umno ‘jahil’ undang-undang, langkah terdesak pertahan SOSMA

Posted: 26 Jul 2016 10:12 PM PDT

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dianggap 'jahil' apabila cuba membandingkan akta SOSMA, POTA dan NCY dengan Akta Patriot yang digunakan di Amerika Syarikat.
Peguam KEADILAN, N Surendran, berkata cubaan pemimpin Umno itu untuk terus mempertahankan perundangan terbabit memperlihatkan langkah tidak produktif kepada usaha memerangi keganasan.
"Menteri BN mengaitkan Akta Patriot dalam usaha mempertahankan tindakan penahanan tanpa bicara di negara ini.
N Surendran"Ini menampakkan kejahilan luar biasa (menteri) berkenaan Akta Patriot yang sememangnya tidak membenarkan tahanan tanpa bicara dilaksanakan di Amerika Syarikat," katanya.
Ahli Parlimen Padang Serai itu mengulas kenyataan Nur Jazlan yang mempertahankan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang membolehkan penahanan awal sehingga 28 hari tanpa bicara.
Mengulas lanjut, kata Surendran, Nur Jazlan gagal merujuk beberapa negara yang berisiko tinggi diserang pengganas, namun tidak menggunakan perundangan sedemikian bagi tujuan itu.
"Ahli politik BN seperti Nur Jazlan perlu memahami sistem perundangan negara ini sebelum mengaitkan perundangan negara luar seperti Amerika Syarikat.
"Terutama apabila tiada warga Amerika Syarikat perlu bimbang untuk ditahan tanpa bicara kerana ketetapan proses perundangan negara itu," sindirnya.

Bertahun jadi ‘boneka’ 1MDB, firma audit Deloitte tarik diri

Posted: 26 Jul 2016 10:11 PM PDT

1MDB nampaknya telah mempergunakan Deloitte Malaysia dan mencemarkan reputasi firma audit antarabangsa itu semata-mata untuk memberi kredibiliti terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan berkenaan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Deloitte telah membantu 1MDB menutup penyelewengan bernilai berbilion ringgit sejak beberapa tahun lalu sehinggalah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkannya dalam saman sivilnya minggu lepas.
"Bukti oleh DOJ jelas menunjukkan Deloitte telah membuat 'huru-hara' dalam audit 1MDB bagi dua tahun kewangan. Juruaudit telah dipergunakan oleh eksekutif 1MDB yang berulang kali menggelapkan berbilion ringgit dari syarikat tersebut.
"Mereka terpedaya dengan dokumen-dokumen palsu dan penipuan menyakinkan yang dibuat oleh pengurusan 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tony berkata demikian sebagai mengulas kenyataan 1MDB semalam bahawa penyata kewangan syarikat itu bagi tahun 2013 dan 2014 yang diaudit sebelum ini tidak lagi boleh digunakan sehingga dakwaan yang dibuat DOJ ditentukan di mahkamah.
1MDB juga sedang mencari juruaudit baru bagi menggantikan Deloitte yang menyatakan akan menarik diri dari terus menjadi juruaudit syarikat berkenaan pada 26 Februari lalu seperti dilapor media.
Menurut Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP, dengan pendedahan DOJ, Deloitte telah sampai ke tahap tidak lagi dapat mempertahankan penyata kewangan yang diauditnya bagi tahun 2013 dan 2014.
Oleh itu, jelasnya, 1MDB telah dipaksa membuat pengumuman yang disifatkannya sebagai 'ganjil' kerana terpaksa menafikan kebenaran laporan kewangannya sendiri.
"Pada asasnya, Deloitte sedang menarik diri dari terus terlibat dalam penyelewengan 1MDB. Lembaga Pengarah 1MDB yang baru pula tetap berkeras menyatakan tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno sepatutnya minta Najib nafikan beliau ‘Malaysian Official 1’

Posted: 26 Jul 2016 10:09 PM PDT

Pemuda UMNO sepatutnya mendesak Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau adalah "Malaysian Official 1" seperti yang dinyatakan dalam tuntutan mahkamah Amerika Syarikat terhadap 1MDB jika benar-benar mahu membersihkan nama perdana menteri itu.
Gesaan itu disuarakan Sosialis Muda DAP (DAPSY) semalam susulan laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap ketua agensi dan bekas ketua agensi kerajaan atas dakwaan cubaan untuk menggulingkan Najib dan kerajaan.
Ketua DAPSY, Wong Kah Woh dalam satu kenyataan mempersoalkan tindakan itu yang didakwa seolah-olah menggertak individu yang mengambil langkah untuk membongkar skandal yang terjadi di negara ini.
Beliau yang juga Adun Canning menyifatkan ia sebagai kegagalan Pemuda UMNO dalam memahami kehendak rakyat khususnya golongan muda yang mahukan kebenaran ditegakkan berhubung dakwaan pihak berkuasa Amerika itu.
Justeru, katanya, Pemuda UMNO tidak berminat untuk merungkai skandal yang melibatkan 1MDB sebaliknya mahu mempertahankan Najib semata-mata.
"Pemuda UMNO jelas gagal untuk memahami apa yang diperlukan oleh rakyat dan golongan muda dalam keadaan begini. Seluruh negara ingin tahu kebenaran di sebalik pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
"Rakyat benar-benar ingin mengesahkan identiti 'Malaysia Official 1' yang telah menjarah kekayaan negara ini," katanya sambil menggesa supaya Pemuda UMNO mendesak Najib menafikan dakwaan terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA KHAIRY SENDIRI TIDAK TAMPIL BUAT LAPORAN TERHADAP ZETI,GANI DAN ABU KASIM

Posted: 26 Jul 2016 09:26 PM PDT



PATUTNYA NAIB KETUA PEMUDA UMNO DITANGKAP

KENAPA KHAIRY SENDIRI TIDAK TAMPIL BUAT LAPORAN TERHADAP ZETI,GANI DAN ABU KASIM
Bagaimanakah Pemuda UMNO boleh mengetahui laporan yang dibuat oleh Zeti, Gani Fatail dan Abu Kasim adalah sulit tanpa mereka melihat dan menilainya.Siapakah yang membocorkan rahsia sulit negara kepada mereka. Patutnya Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan yang ditangkap untuk siasatan.Janganlah nak ditolak polis sampai ke tembok.
Saya ingin mendapat penjelasan dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin apakah beliau merestukan tindakan Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Malaysiakini melaporkan Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun menuduh ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.
Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Saya agak hairan kenapakah dalam tindakan yang bagitu penting ini yang melibatkan kepentingan maruah Perdana Menteri Malaysia dan nama baik Malaysia, Khairy sendiri sebagai Ketua Pemuda UMNO tidak tampil ke hadapan?

Adakah beliau tidak mahu terlibat dalam tindakan keperwiraan Pemuda UMNO mempertahankan maruah negara itu sebagai tanggungjawab parti?

Kesan negatif kepada tindakan ini adalah menampakkan seolah-olah Najib berada dalam keadaan benar-benar tertekan dan panik berikutan dengan kegemparan di dalam negara dan di luar negara berhubung dengan laporan Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) Amerika Syarikat yang menyebutkan individu-individu terlibat dengan penyelewengan IMDB.- zam


Konspirasi: Pemuda Umno biadap dan kurang ajar, tempelak Mahfuz

Posted: 26 Jul 2016 09:24 PM PDT


Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membidas sikap Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis terhadap Tan Seri Abu Kassim Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Seri Zeti bekas Gabernor Bank Negara dan Tan Seri Abd Ghani Pahtail bekas Peguam Negara (AG) dengan tuduhan terlibat dalam komplot konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan.
"Tuduhan jahat yang dilemparkan terlalu berat kononnya Tan Seri bertiga ini menjual dokumen maklumat siasatan dan kepada Amerika Syarikat termasuk FBI.
"Biadap dan kurang ajar tuduhan jahat Pemuda Umno dan Umno terhadap ketiga tiga mereka yang telah banyak berjasa dan mencurah bakti pada negara.
"Betapa sedih dan kecewa melihat anak muda Umno yang tidak punya pekerti dan akal budi terhadap individu yang banyak berjasa menyumbang untuk mengangkat martabat negara dari sudut Ekonomi dan Kewangan,Perundangan dan memerangi Rasuah," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahfuz menganggap tuduhan terhadap tiga individu penting negara itu adalah satu serangan dan ugutan politik terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan seluruhnya.
"Tuduhan jahat terhadap Abu Kasim,Zeti dan Ghani adalah ugutan untuk kakitangan kerajaan kena ikut telunjuk Umno.
"uduhan Pemuda Umno dan Umno yang Abu Kassim,Zeti dan Ghani sebagai berkomplot dengan Amerika Syarikat untuk menggulingkan PM Najib dan Kerajaan sebenarnya adalah satu pengistiharan perang terhadap pegawai dan kakitangan Kerajaan.
"Saya percaya Umno akan terima akibatnya.Pegawai dan kakitangan Kerajaan bukan manusia yang boleh di cucuk hidung. Mereka ada akal yang hidup bukan seperti pemimpin Pemuda Umno dan Umno yang memiliki akal yang mati," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno dikritik berkait laporan polis berhubung 'konspirasi'

Posted: 26 Jul 2016 09:23 PM PDT

Kritikan menghujani Pemuda Umno selepas naib ketuanya Khairul Azwan Harun membuat laporan polis semalam mendakwa wujud konspirasi antara pegawai tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Khairul Azwan mendakwa dalam laporannya bahawa baru-baru ini gabenor Bank Negara Malaysia yang bersara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia yang sah.
"Laporan Pemuda Umno (adalah) satu juta langkah ke belakang untuk kemajuan dan pembaharuan di negara ini," kata bekas senator Umno Ezam Mohd Nor di Twitter.
Sebaliknya, kata Ezam, mereka patut buat laporan terhadap Jho Low dan pelakunya.
Ezam merujuk kepada ahli perniagaan Low, yang merupakan antara empat orang yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset dikaitkan dengan 1MDB.
Yang lain yang dinamakan ialah anak tiri PM, Riza Aziz dan dua bekas pegawai Abu Dhabi.
Dalam laporan polisnya, Khairul Azwan  mendakwa  ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
FBI adalah sebahagian daripada 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' DOJ, yang meneruskan siasatannya terhadap kes 1MDB, walaupun memfailkan saman sivil pelucuthakan Rabu lepas.
Pemuda Umno juga dibidas oleh bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan yang mendakwa laporan polis itu menunjukkan pergerakan Pemuda menyokong rasuah.
"Malah Najib pun telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan mereka yang terlibat perlu membersihkan nama mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Maklumat DOJ beri kesan pada audit kami, kata Deloitte

Posted: 26 Jul 2016 09:21 PM PDT

Maklumat dalam saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan rampasan aset berkaitan 1MDB, menjejaskan audit syarikat pelaburan itu pada tahun 2013 dan 2014, kata Deloitte Malaysia.
Oleh itu, kenyataan kewangan 1MDB pada tahun-tahun itu, yang ditandatangani Deloitte pada 28 Mac 2014 dan 5 November 2014 tidak boleh lagi digunakan, kata Syarikat audit itu dalam kenyataan.
Kenyataan ini muncul selepas 1MDB mengumumkan Deloitte sedang menarik diri sebagai juruaudit syarikat pelaburan itu, menjadikannya yang ketiga berbuat demikian sejak 2009.
Deloitte telah memaklumkan hasratnya menarik diri pada Februari lalu, kata 1MDB dalam kenyataan semalam.
Ia, bagaimanapun, menurut 1MDB, akan kekal di kedudukan itu sehingga penggantinya diumumkan.
Akaun-akaun 1MDB dari 2010 hingga 2012 diaudit oleh KPMG. Perkhidmatan syarikat itu bagaimanapun ditamatkan pada Disember 2013.

Menurut laporan jawatankuasa kira-kira Wang Negara berkaitan 1MDB, khidmat KPMG ditamatkan selepas enggan menandatangani akaun-akaun tanpa perincian berkaitan pelaburan bernilai AS$$2.32 bilion.
The Wall Street Journal melaporkan firma Ernst & Young ditamatkan pada 2010 selepas membangkitkan persoalan sama.

DOJ mahu menyita lebih AS$1 bilion aset yang dikatakan berpunca daripada 1MDB.

Lembaga 1MDB semalam bagaimanapun berkata mereka yakin tiada sebarang salah laku berlaku.

1MDB gagal ujian pertama integriti

Posted: 26 Jul 2016 09:17 PM PDT

Lembaga pengarah baru 1MDB yang diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah gagal ujian pertama integriti, kata ahli parlimen DAP Tony Pua.
Ini berikutan 1MDB semalam mengumumkan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan.
1MDB membuat keputusan itu selepas Jabatan Keadilan AS (DOJ) memfailkan tindakan undang-undang sivil minggu lepas untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan dana yang disalahgunakan dari firma pelaburan negara ini.
"Adalah jelas pengumuman pelik ini susulan pendedahan DOJ yang melihat Deloitte akhirnya memberitahu 1MDB bahawa ia tidak lagi berpegang pada penyata kewangan Mac 2013 dan 2014," kata Pua.
Dalam satu kenyataan semalam, 1MDB juga mendedahkan bahawa ia memohon juruaudit baru selepas Deloitte pada 26 Februari memberitahu hasrat untuk menarik diri.
Deloitte telah menandatangani laporan audit 2013 pada 28 Mac 2014, dan laporan audit 2014 pada 5 November 2014.
Pua berkata Deloitte gagal menemui beberapa urus niaga dan tawaran yang dijalankan.
Ini termasuk AS$ 3.5 bilion bayaran 1MDB kepada penipuan Aabar Investment PJS Limited, selain AS$ 1.56 bilion pelaburan 1MDB Global Investment Limited dalam beberapa dana pelaburan kabur.

RISDA mahu tanam dan eksport ketum..ha..ha...negara mabuk ketum..!!!

Posted: 26 Jul 2016 09:11 PM PDT

Zahid: Jemaah Haji tajaan 1MDB lakukanlah solat Istiqarah

Posted: 26 Jul 2016 09:10 PM PDT

Najib juga perlu bersihkan nama dalam kes DOJ - Zahid

Posted: 26 Jul 2016 09:09 PM PDT

SPRM pernah dikoyak-koyakan pada 2009 - Abu Kassim

Posted: 26 Jul 2016 09:09 PM PDT

JIKA NAJIB TIADA RASA MALU, TIDAK MALUKAH KITA TERUS BERKETUAKANNYA?

Posted: 26 Jul 2016 09:04 PM PDT

Dua orang rakan baru balik dari luar negara. Seorang berada di Jakarta dan seorang lagi di London  ketika Jabatan Kehakiman AS membuat pengumuman untuk menyita harta-harta berkaitan  wang 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.

Mereka hanya menonton berita mengenai perkara itu melalui televisyen di bilik hotel masing-masing.

Apabila kedua-duanya turun ke lobi hotel tidak lama kemudian bagi urusan seterusnya, buat pertama kali meraka berasa malu sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Masing-masing berasakan seperti banyak mata sedang memerhati kepada mereka.

Malaysia tidak lagi menjadi bahan berita kerana membuat pelaburan ekonomi yang besar, memberi bantuan kemanusiaan, menolong negara-negara miskin yang kesusahan atau atas kejayaan cemerlang sesuatu bidang, tetapi buat julung kalinya kerana sejumlah harta dalam skala rasaksa (ini yang disebut dalam media Indonesia) bakal dirampas kerana dipercayai daripada hasil curi.

Sebagai ketua kerajaan, apakah Najib Razak tidak malu dengan nasib negara sekarang?

Jika diimbas seketika detik-detik sejak meletusnya isu berkaitan 1MDB ini, Najib boleh dikira pemimpin paling  selamba atau paling "sardin"  dalam dunia. Keselambaan dan "kesardinannya"  mengalahkan selambanya ikan sardin dalam tin.

Didedahkan dengan pelbagai isu yang menghenyak namanya, nama keluarga dan nama keturunannya sebagai anak Tun Razak yang disanjung ramai, Najib seolah-olah tidak berasa apa-apa dengan semua itu.
Read More / Baca Lagi >>

Akta MKN: Isnin ini, Najib bertambah kuat dengan kuasa baharu

Posted: 26 Jul 2016 08:51 PM PDT

Ini kerana Akta Majlis Keselamatan Negara yang memberikan kuasa meluas mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai zon darurat akan berkuat kuasa 1 Ogos ini.
najib-nsc
KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertambah kuat mulai Isnin ini dengan kuasa baharu di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), di sebalik rancangan mengadakan perhimpunan menuntut beliau meletak jawatan susulan dakwaan berjuta ringgit daripada syarikat milik kerajaan disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos membolehkan Najib menetapkan sesuatu kawasan sebagai "kawasan keselamatan" di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.
Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu "kawasan keselamatan".
Parti pemerintah menyokong undang-undang itu sebagai cara menangani soal keselamatan di negara majoriti Islam itu, yang sudah lama berdepan dengan sekumpulan kecil Islamis radikal.
Tetapi pengkritik berkata undang-undang yang memberikan kuasa meluas itu mengancam hak asasi dan demokrasi, malah ia kini boleh menjadi alat mendiamkan pengkritik susulan skandal 1MDB.
"Kebimbangan di kalangan badan sivil dan lain-lain ialah MKN boleh digunakan bagi menentang apa-apa sahaja yang kerajaan tidak puas hati," kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), dan menambah kuasa itu boleh digunakan ketika perhimpunan jalanan.
"Ia memang memberikan kuasa penuh kepada PM mengisytiharkan zon darurat…," katanya.
Akta itu diluluskan pada sesi Parlimen Disember lalu di kala Najib dibidas pembangkang berhubung skandal berbilion ringgit melibatkan 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau sendiri.
Akta itu bagaimanapun diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.
Tekanan ke atas Najib meningkat minggu lepas selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman yang mendakwa salah laku bernilai AS$$3.5 bilion melibatkan 1MDB.
Saman itu bertujuan menyita aset yang didakwa dilesapkan daripada 1MDB sebanyak AS$1 bilion dan dianggap penyiasat AS sebahagian "konspirasi antarabangsa mengubah wang".
Saman itu tidak menamakan Najib, tetapi sekadar memberi jolokan "Malaysian Official 1″ yang dituduh menerima AS$700 juta daripada wang yang dilesapkan.
Najib yang menafikan terlibat berkata Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana siasatan antarabangsa ke atas 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Campur tangan asing atau tidak mahu campur tangan?

Posted: 26 Jul 2016 08:44 PM PDT

Tindakan sivil DoJ bukanlah suatu yang sepatutnya kita pikul sebagai isu campur tangan asing, ia beban yang dipaksa mengheret nama negara.
court-dojs
Oleh Nor Miswary Ramli
Dalam pelbagai kemahiran rakyat Malaysia yang menakjubkan, terutama orang Melayu – kemahiran mengalih pandangan daripada isu utama adalah sesuatu yang paling sukar disangkal.
Orang Melayu terutamanya, begitu pandai mengalih pandangan kepada isu pokok yang sepatutnya diambil perhatian melebihi awan larat yang melingkari isu tersebut. Lihat saja akhbar tabloid tempatan yang lebih berminat melaporkan dan menyiarkan tajuk berita di muka hadapan dengan topik 'panas' yang jauh menyimpang permasalahan sebenar, yang sepatutnya menyedarkan rakyat Malaysia apa berlaku serta kesannya ke atas setiap daripada kita.
Rakyat Malaysia mudah teralih pandangan mereka daripada isu sebenar yang lebih menjejaskan nama negara dan rakyat secara khususnya.
Saman sivil mengikut bidang kuasa
Apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengambil tindakan saman sivil dengan niat mendapatkan semula harta atau yang didakwa dilakukan secara salah di dalam negara mereka melalui sebuah syarikat pelaburan ditubuhkan kerajaan Malaysia, maka sudah tentunya mereka berhak dan wajar mengambil apa-apa saja tindakan perlu mengikut bidang kuasa undang-undang mereka.
Melainkan jika mereka iaitu DoJ mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia yang memiliki syarikat persendirian di Pulau Pinang menyalahgunakan wang syarikatnya di pusat perjudian seperti di Genting Highland, Pahang atau membeli beberapa perumahan mewah di Pavillion Residences, Bukit Bintang atau membeli beberapa lukisan dan arca karya Syed Ahmad Jamal.
Jika itu berlaku, bolehlah kita beranggapan ia campur tangan asing ke atas negara kita yang berdaulat ini.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah tindakan DoJ ini menepati peruntukan undang-undang yang melibatkan harta dan pemilikan di bumi Amerika Syarikat. Ia akan jadi pelik pula jika mereka tidak bertindak seperti apa yang dilakukan ini.
Jangan alih isu sebenar
Yang sepatutnya menjadi kerunsingan kita adalah bagaimana skandal berat ini tergamak dilakukan mereka yang diamanahkan mengurus tadbir syarikat pelaburan milik kerajaan dengan jaminan kerajaan ini.
Malah apabila saman sivil ini melibatkan individu 'superkaya' yang sangat berkait rapat dengan pegawai tertinggi kerajaan, kita sepatutnya mengangkat persoalan jauh lebih besar seperti soal ketelusan pentadbiran serta urus tadbir yang baik dan bukan pula terarah kepada hal remeh langsung tidak relevan.
Apakah kita tidak merasa suatu keperluan untuk bangun dan persoalkan perilaku salah guna ini? Apakah kita hanya berminat untuk melihat daripada kaca mata sempit yang langsung tidak masuk akal seperti polemik campur tangan asing ini?
Adakah kita sedar harta dan pemilikan yang mahu dikembalikan ini sejumlah wang milik kerajaan yang secara tidak langsungnya milik rakyat Malaysia juga? Sedarkah kita DoJ yang kononnya melakukan campur tangan asing ini sedang membuat kerja bagi pihak kita – rakyat Malaysia?
Siapa sebenar yang prihatin?
Saman sivil ini menimbulkan banyak persoalan melampaui isu campur tangan asing, mengalih pandangan kita kepada isu utama seperti tatakelola pentadbiran yang baik, ketelusan pentadbiran, salah guna wang milik syarikat kerajaan dan kesalahan penggubahan wang haram dilakukan dengan begitu licik untuk kepentingan peribadi beberapa kerat individu.
Mahukah kita mengkategorikan ia sebagai campur tangan asing jika kerajaan Malaysia melalui peguam negara (AG) dan PDRM misalnya, mengambil tindakan sama jika ada mana-mana warga asing melakukan jenayah di dalam negara kita dengan merompak atau menjadikan negara ini sebagai pusat melakukan jenayah, seperti dakwaan kes 1MDB ini?
Read More / Baca Lagi >>

Peguam khuatir Sosma diguna terhadap 3 dituduh konspirasi

Posted: 26 Jul 2016 08:35 PM PDT

Peguam Syahredzan Johan khuatir seorang pegawai tinggi dan dua bekas pegawai tinggi kerajaan akan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang membolehkan penahanan awal sehingga 28 hari tanpa bicara.
Syahredzan berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan polis yang dibuat semalam oleh Pemuda Umno terhadap Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mendakwa dalam satu laporan polis itu bahawa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri DatukSeri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.
"Ini adalah dakwaan yang berat dan serius," kata Syahredzan dalam catatan di Facebooknya semalam.
"Saya khuatir mereka bertiga akan ditahan di bawah SOSMA kerana disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan - 'activiti memudaratkan demokrasi berparlimen'.
"Saya harap tidak," tambahnya.

Comments (0)