Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:04 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Siasatan 1MDB: Jangan tekan polis, kata IGP

Posted: 25 Jul 2016 09:34 PM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa orang ramai supaya memberi tekanan kepada pihak polis untuk menyegerakan proses siasatan ke atas 1MDB.
Beliau berkata, polis perlu menjalankan siasatan dengan cara yang betul.
"Seperti yang saya katakan (sebelum ini) , siasatan masih lagi dijalankan. Saya tahu sesetengah pihak cuba untuk memberi tekanan dalam melakukan kerja kami. Tetapi kamu tidak boleh memaksa kami melakukan kerja dengan tergesa-gesa.
"Jangan bandingkan kami dengan organisasi lain. Kamu mahu kami buat kerja dengan baik, jadi kami perlu lakukannya dengan betul," ujar beliau semasa sidang akhbar Persidangan Aseanapol ke-36 di Putrajaya.
Pada masa yang sama, Khalid juga enggan mengulas mengenai sama ada polis mempertimbangkan ahli perniagaan, Jho Low sebagai suspek dan jika ada usaha untuk membawanya pulang ke Malaysia.
"Saya tidak akan kata apa-apa kerana jika saya katakan, kemudian mereka akan pergi bersembunyi. Oleh itu, lebih baik tidak. Kami akan melakukan apa yang perlu," katanya.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene yang bakal bersara hari ini berkata, hanya Khalid satu-satunya pegawai polis yang boleh mengulas mengenai saman sivil yang difailkan terhadap 1MDB oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Beberapa hari yang lalu, Khalid berkata, siasatan 1MDB kini masih dalam fasa pertama dan masih berlangsung.
Katanya, seramai 25 saksi telah direkod percakapannya dan beliau menggesa semua pihak tidak memberikan tekanan semasa proses siasatan dilakukan.
"Kita sebenarnya telah merakam lebih 25 percakapan, semua orang nak kita lakukan yang terbaik jadi kita kena buatnya betul-betul.
"Jadi kita mengambil masa merakam percakapan seorang saksi itu bukan satu dua hari.
"Ada yang seminggu dua minggu untuk kita rakam percakapan, go through document kita perlu masa.
"Tak boleh bagi tekanan, minggu depan nak laporan tak boleh, kerana dalam siasatan, bagi kita masa," katanya lagi.

Cuepacs bantah penjawat awam bayar pencen sendiri...sokonglah lagi "KLEPTOKRASI" ..!!!

Posted: 25 Jul 2016 08:55 PM PDT

Kesatuan itu berkata KWAP tidak berhak membuat keputusan itu kerana hak penjawat awam dijamin Perlembagaan.
cuepacs-1
PETALING JAYA: Kesatuan pekerja perkhidmatan awam Cuepacs membidas cadangan supaya penjawat awam sendiri membuat sumbangan ke dalam tabung persaraan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad dipetik akhbar TheSun membayangkan cadangan itu di mana penjawat awam menyumbang sendiri ke dalam KWAP, sama seperti pekerja swasta yang menyumbang ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"KWAP baru sahaja ambil alih pengurusan wang pencen dan dia sudah mula bercakap seperti ini," kata Presiden Cuepacs Azih Muda kepada FMT, kesal dengan langkah itu.
Wan Kamaruzaman berkata demikian kerana menurutnya ada kemungkinan skim pencen yang wujud pada masa ini dimansuhkan kerajaan.
"Kita mungkin perlu bertukar kepada skim seperti KWSP," katanya.
Azih bagaimanapun berkata Wan Kamaruzaman tidak perlu membuat keputusan bagi pihak kerajaan, dan menambah hak penjawat awam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Beliau tidak ada kuasa memutuskan sama ada kerajaan perlu mengubah skim persaraan atau tidak," kata Azih.
KWAP bertanggungjawab menguruskan dana bagi mencapai pulangan melalui pelaburan dalam membantu kerajaan membiayai pencen penjawat awam
Skim tersebut menjamin pembayaran pencen sepanjang hayat berupa setengah daripada gaji terakhir penjawat awam yang bersara pada usia 60.
Sejak November 2015, KWAP mengambil alih tugas pembayaran pencen kepada 700,000 pesara kerajaan.

Skandal 1MDB: Khairuddin gesa polis siasat individu dalam saman DOJ

Posted: 25 Jul 2016 08:45 PM PDT

Bekas Naib Pengerusi Umno, Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis berhubung penyelewengan dana 1MDB berikutan tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas kembali aset AS$1 bilion yang didakwa dicuri itu.
Khairuddin, antara orang kanan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata DOJ menamakan empat rakyat Malaysia dalam tuntutannya, iaitu ahli perniagaan Low Taek Jho (juga dikenali sebagai Jho Low), sekutunya Eric Tan, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz dan individu yang dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1'.
Katanya, beliau telah memeliti dokumen DOJ yang memperincikan penyelewengan dana 1MDB untuk pembelian aset di luar negara, termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.
Oleh itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat urus niaga dan individu-individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah berkenaan.
"Sebagai warganegara yang prihatin, saya membuat laporan rasmi meminta polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dan lengkap mengenai penyelewengan dana 1MDB dan juga individu yang dinamakan," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Dang Ibu Pejabat polis daerah Wangi lewat malam semalam.
Berdasarkan penerangan dalam saman sivil itu, Khairuddin berkata beliau yakin bahawa 'Malaysia Official 1' adalah Najib.
Menurut beliau, sebelum tindakan undang-undang oleh DOJ, banyak skandal 1MDB didedahkan oleh pelbagai pihak tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap sebarang ahli lembaga pengarah mahupun pegawai 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Deraf Format Lapuran Polis Yang Boleh DiGuna Pakai Oleh Rakyat Malaysia Supaya Polis Siasat 1MDB Dan Individu2 Terlibat .....

Posted: 25 Jul 2016 08:43 PM PDT


Deraf Laporan Polis

Saya,_______________________________adalah seorang warganegara Malaysia, dan ingin membuat laporan polis   berhubung penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad ("1MDB") yang beralamat di Tingkat 8, Menara IMC, No. 8  Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala   Lumpur. 1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik  penuh Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kewangan   Malaysia yang ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangkamasa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan langsung asing.

Saya telah membaca, meneliti dan mengkaji satu dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ("dokumen DOJ tersebut") bertarikh 20.7.2016 yang mana menjadi asas kepada pemfailan tindakan sitaan oleh negara Amerika Syarikat di Mahkamah California, Amerika Syarikat yang membutirkan transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang oleh pegawai-pegawai syarikat 1MDB dan juga individu-individu serta beberapa syarikat luar negara yang terbabit dengan urus niaga dengan syarikat 1MDB yang mana wang tersebut telah dipercayai digunakan untuk membeli aset-aset di beberapa negara luar, termasuk dan tidak terhad kepada negara AmerikaSyarikat, United Kingdom dan Switzerland. Di dalam dokumen DOJ tersebut, ad menyatakan bahawa beberapa orang warganegara Malaysia telah dipercayai terbabit dengan transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1MDB, yang mana individu-individu tersebut adalah seperti berikut:

a. Low Taek Jho;
b. Malaysian Official 1;
c. Riza Shahriz Bin Abdul Aziz; dan
d. Eric Tan Kim Loong

Berpandukan kepada kandungan dan definisi yang diberikan di dalam dokumen DOJ tersebut, penama Malaysian Official 1 tersebut adalah Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Melalui perenggan 28 yang dibaca dengan perenggan 29 di dalam dokumen DOJ tersebut, ianya menyatakan bahawa Riza Shahriz Bin Abdul Aziz adalah bersaudara kepada Malaysian Official 1 tersebut dan Malaysian Official 1 tersebut adalah pegawai tinggi rasmi kerajaan Malaysia yang memegang jawatan dan berkuasa di dalam syarikat 1MDB. Malaysian Official 1 tersebut juga dinyatakan di sana, merupakan penjawat awam yang memenuhi terma penjawat awam di bawah Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia.

Sebelum laporan ini dikemukakan, pelbagai skandal yang berkaitan dengan penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1MDB telah dibocorkan oleh individu-individu tertentu yang mana turut disebarkan oleh media massa. Walaupun banyak pendedahan telah dibuat melalui media massa secara terbuka mengenai penyalahgunaan dan penyelewengan wang tersebut, namun tiada apa-apa tindakan diambil terhadap mana-mana Ahli-Ahli Lembaga Pengarah mahupun pegawai-pegawai di dalam syarikat 1MDB, dan juga tiada siasatan lengkap berjaya yang dilakukan oleh pihak-pihak berwajib.

Oleh yang demikian, berdasarkan kandungan di dalam dokumen DOJ tersebut, saya selaku warganegara yang prihatin ingin membuat laporan rasmi dan memohon pihak Polis DiRaja Malaysia untuk   membuat siasatan secara rapi dan lengkap ke atas transaksi yang membabitkan penyalahgunaan dan penyelewengan wang oleh syarikat 1MDB dan juga siasatan yang rapi dan lengkap ke atas individu-individu yang dinamakan di atas yang mana dipercayai terlibat dalam transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang di dalam syarikat 1MDB tersebut.

Sekian laporan saya.



'Malaysian Official 1' jelas merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak

Posted: 25 Jul 2016 08:31 PM PDT

Tidak ada kekaburan lagi siapa sebenarnya 'Malaysian Official 1' seperti dinyatakan dalam dokumen saman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), tegas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
"Segala ciri yang disebut berkaitan skandal berbilion ringgit dana 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang dicuri itu jelas mengarah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Presiden Umno itu telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan sengaja dan terancang merompak kekayaan negara melalui penubuhan 1MDB sebagai syarikat yang kononnya membawa pelaburan ke Malaysia," ujarnya.
Beliau berkata, penyelewengan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB sejak 2009 hingga 2015 itu bukti betapa parahnya jenayah rasuah dan pengubahan wang haram oleh pihak pemerintah di Malaysia.
"Inilah yang dikatakan kleptokrasi iaitu apabila pemimpin menipu rakyat untuk mengkayakan dirinya sendiri. Sekarang, satu dunia tahu Najib adalah pemimpin Malaysia yang telah menipu dan menindas rakyat," tegasnya ketika ditemui selepas jamuan Aidilfitri Malaysia Dateline di Kota Damansara, Selangor semalam.
Sehubungan itu, beliau berharap kesedaran dan usaha untuk menukarkan Najib sebagai Perdana Menteri perlu ditingkatkan khususnya daripada seluruh Ahli Parlimen BN juga semestinya pembangkang.
Tiada penafian
Mengulas sedutan laporan Ketua Audit Negara berkenaan siasatan ke atas 1MDB yang didedah oleh _Sarawak Report_ , Khalid berkata, tidak wujud apa yang dipanggil khianat sehingga menjejaskan keselamatan negara seperti didakwa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
"Sepatutnya, laporan siasatan itu dibentang di Parlimen untuk kita mencari penyelesaian hutang melambung yang ditanggung 1MDB. Rakyat mahu tahu perkara sebenarnya. Ini tidak. Boleh pula diklasifikasi sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
"Rakyat Malaysia yang bijak dan boleh berfikir rasional yakin apa yang dibongkar oleh _Sarawak Report_ itu sama seperti yang terkandung dalam laporan (Ketua Audit Negara) itu sebabnya tiada penafian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan," tambahnya lagi.
Untuk rekod, dokumen saman sivil yang diumumkan Peguam Negara AS, Loretta E Lynch pada 20 Julai lalu itu mendakwa sebanyak AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official 1' (Pegawai Malaysia 1).
Tanpa menyatakan nama sebenar individu yang terbabit dengan dana yang diubah secara haram melalui AS itu, _'Malaysian Official 1'_ hanya disebut sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang turut memegang jawatan berkuasa dalam 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Mahu Mereka Yang Disebut DOJ Bersihkan Nama Mereka: SETUJU! Termasuk Malaysian Official 1, Harap Najib Heret Lahanat Itu...!!

Posted: 25 Jul 2016 08:29 PM PDT

Walaupun Yayasan 1MDB telah banyak membuat kerja2 sosial membantu rakyat, tapi kerajaan tidak mengambil ringan segala dakwaan yang dilemparkan kepada 1MDB dan perkara ini perlu ditangani.

"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan,"

Ya, sememangnya kita setuju sangat2 ! KESEMUA nama2 yang disebut dlam writ saman DOJ harus tampil dan beri kerjasama kepada Department of Justice US ( DOJ ). Malah lebih baik jika mereka juga dapat tampil di depan rakyat Malaysia untuk beri penjelasan.

Dan ini TERMASUKlah mereka yang diberi nama samaran seperti Malaysian Official 1, 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2 dan 1MDB Officer 3.

Kenapa nama2 mereka itu tidak disebut dengan jelas sepertimana Riza Aziz, Jho Low, Khadem dan Qubaishi ? Adakah mereka yang diberi nama samaran itu tidak bersalah ?



Sebab harta2 yang mahu disita itu tidak ada kena mengena dengan mereka yang namanya disamarkan. Writ saman adalah untuk menyita harta mereka yang namanya disebut kerana harta2 itu didakwa dibeli menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

Amerika tidak mahu ada sesiapa yang menjadikan negaranya sebagai tempat lambakan duit hasil curian. Amerika hanya bertindak dalam skop negara mereka saja. Mungin kalau DOJ punya bukti nama2 lain pun terlibat sama dan juga ada membeli aset di Amerika menggunakan duit curi, mereka juga akan disebut sama.

TAPI itu tidak bermaksud tindakan DOJ hanya setakat menyita harta haram mereka saja. Itu cuma langkah pertama yang dibuat oleh DOJ. Sebelum apa2, DOJ akan bekukan harta2 itu terlebih dulu sebelum harta2 itu dicairkan ( dijual dan duitnya dibawa keluar Amerika atau ditukar nama atau apasajalah ).

Selepas proses pembekuan aset itu selesai ..... sudah pasti akan masuk fasa kedua di mana pesalah2 akan didakwa. Tapi masih dalam skop Amerika. Namun sepertimana ditulis dalam writ samannya, nama2 yang disamarkan itu tidak lagi menjadi rahsia.

Tak pastilah samada nama mereka yang disamarkan itu akan turut sama didakwa tapi nama2 sebenar mereka akan terbongkar juga semasa prosiding mahkamah.

Makanya kita sebagai rakyat Malaysia, ingin tahu SIAPA MEREKA INI. Adalah lebih afdal sekiranya keempat2 individu yang nama mereka disamarkan itu tampil berikan penjelasan sebelum mereka dan juga negara mendapat malu.

Terutamanya Malaysian Official 1 ! Sebab antara keempat2 nama itu, dia yang paling banyak terima duit 1MDB


Saya copy dari kertas pertuduhan DOJ -


In October and November 2012, Blackstone transferred $30,000,000 to an account belonging to MALAYSIAN OFFICIAL 1.


Finally in December 2012, Blackstone transferred $5 million to a Swiss account beneficially owned by 1MDB OFFICER 3, who was then 1MDB's General Counsel and Executive Director of Group Strategy. ( ms 41 )



197. On or about December 6, 2012, a wire in the amount of $5,000,000 was sent from the Blackstone Account to an account at Falcon Bank in Zurich maintained in the name of River Dee International SA ("River Dee Account").
198. 1MDB OFFICER 3 is the beneficial owner of the River Dee Account at Falcon Bank.


Kesemuanya USD730 juta diterima oleh Malaysian Official 1 dan nama itu disebut 36 kali dalam kertas pertuduhan DOJ. Untuk apa wang itu diberikan kepadanya ? Apa yang dilakukannya untuk menerima wang sebanyak itu ?

Dia berkuasa dalam kerajaan, dia berkuasa dalam 1MDB dan dia punya pertalian dengan Riza Aziz.  Oya, dia juga penerima UD681 juta ke dalam akaunnya.

SIAPA DIA MALAYSIAN OFFICIAL 1 ? Mamat ni memang SIAL ! kan .... kan ....

Read More / Baca Lagi >>

Money changer’s weak oversight aided 1MDB funds transfer

Posted: 25 Jul 2016 08:26 PM PDT

US DoJ say Raffles Money Change helped move millions to bank account owned by Jho Low's associate in the island republic.
doj
PETALING JAYA: The United States Department of Justice (DoJ) has identified a money changer in Singapore as playing a key part in the chain of events that led to its civil suits over funds allegedly misappropriated from 1MDB.
Raffles Money Change (RMC) was implicated in the DoJ's 136-page document filed in Los Angeles on July 20, though the name may have been erroneously written as "Raffles Cash Exchange", Singapore's The New Paper reported.
The Monetary Authority of Singapore (MAS) also found "weak oversight" on the part of RMC, the report added.
The DoJ had filed suits last Wednesday (June 20) saying that over US$3.5 billion was misappropriated from 1MDB.
In its suits, filed in Los Angeles, DoJ said it sought to seize assets "involved in and traceable to an international conspiracy to launder money misappropriated from 1MDB".
The DoJ alleges that a Malaysian named Eric Tan owns a Singapore bank account from which US$12.8 million had been wire transferred using RMC's services.
Tan was identified by the DoJ as being a friend of Malaysian financier Low Taek Jho, better known as Jho Low.
According to the daily, this money was believed to have been part of more than US$1 billion that was siphoned from 1MDB bond proceeds and was originally meant to go to energy investments in Abu Dhabi.
In its filing, the DoJ said: "Frequent use of currency exchange brokers… is a technique commonly used by individuals engaged in money laundering and other unlawful conduct to move money in a way that is less likely to be traced by law enforcement and regulatory officials."
MAS responded to the findings of the DoJ, saying it found "weak management oversight, inadequate risk management practices and internal controls" at RMC, The New Paper reported.
Read More / Baca Lagi >>

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat skandal 1MDB

Posted: 25 Jul 2016 08:23 PM PDT

Suruhanjaya Diraja yang turut dianggotai Majlis Raja-Raja perlu diwujudkan bagi membuka balik segala siasatan terhadap skandal 1Malaysian Development Bank Berhad (1MDB).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Kerajaan tidak harus berlengah menghidupkan Suruhanjaya Diraja malah iaselari seruan Raja-Raja Melayu yang menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan.
1MDBKatanya, disarankan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersatu dan menubuhkan suruhanjaya itu.
"Kepada pihak berkuasa tempatan, jangan dibiarkan kesilapan kerajaan zalim di serata dunia sehingga menyebabkan negara tergadai berulang di Malaysia.
"Hutang negara sudahpun mencecah RM847 bilion di 2015. Jangan biarkan keadaan ini melarat ke satu hari ini nanti apabila Bank Dunia dan IMF menanti menghulurkan bantuan.
"Ketika itu, sudah terlambat bagi negara untuk menghalang campur tangan asing," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan media.
Katanya kepada yang bimbang dengan campurtangan asing dalam isu 1MDB, penyelesaiannya mudah – bersatulah mendesak agar Suruhanjaya Diraja terhadap 1MDB dibuka.
"Teruskan desakan sehingga agensi berkuasa berani berdikari dan melakukan pendakwaan mereka terlibat merompak harta negara, dan berusahalah untuk membuat pengorbanan ke arah menukar kerajaan," katanya.

Skandal 1MDB: Perlu bukti perkara sebenar berlaku

Posted: 25 Jul 2016 08:22 PM PDT

KOTA BHARU: PAS mahu kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini berdepan kes saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dibuktikan perkara sebenar yang berlaku.

Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sekiranya didapati bersalah pihak terlibat wajar dibawa ke muka pengadilan.

"Kita ingin mendapat penjelasan dan buktikan perkara sebenar berlaku. Kalau salah, buktikan salah dan begitulah sebaliknya," katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis Aidilfitri Kelantan Golden Trade (KGT) dan penyampaian sumbangan kepada 60 penerima hari ini.

Pada 20 Julai lepas DOJ memfailkan saman sivil berikutan terdapat dakwaan dana 1MDB bernilai lebih AS$1 bilion digelapkan pihak tertentu di negara tersebut.

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika mendakwa dana 1MDB dicuri atas nama pelaburan termasuk digunakan bagi membayar hutang judi di Las Vegas.

Saman itu dikemukakan bagi membolehkan pihak berkuasa negara terbabit mendapatkan kembali aset yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata siasatan wajar juga dilakukan di negara ini, bagaimanapun harap ia perlu benar-benar telus.

Dr M dakwa keluarga, rakan diasak bagi halangnya kritik Najib

Posted: 25 Jul 2016 08:21 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dan rakan-rakan serta keluarganya sedang 'diasak' untuk menghalang dirinya membidas dan menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Buat masa ini, saya sedang diasak. Banyak perkara sedang dilakukan untuk menjadikan hidup saya, keluarga dan rakan-rakan tidak selesa.
"Semua jenis perkara dilakukan dalam usaha untuk menghalang saya daripada berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan imej Najib," kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Jakarta, Indonesia hari ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times, Singapura.
Mahathir berada di Jakarta untuk memberi syarahan bertajuk "Membina Kebebasan Ekonomi dan Kerajaan Bersih" kepada pelajar-pelajar universiti.
Antara tekanan dan asakan ke atas dirinya dan rakan-rakan serta keluarga, dakwanya adalah lawatan oleh pegawai jabatan cukai pendapatan.
Beliau juga berkata bahawa "salah laku kerajaan Najib kini diketahui oleh semua orang di seluruh dunia dan juga rakyat Malaysia".
Pada 20 Julai lalu, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengambil tindakan saman sivil berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
DOJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB sepanjang beberapa tahun dengan beberapa individu termasuk pegawai tinggi kerajaan yang tidak dinamakan tetapi dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' mendapat manfaat.
Ramai orang, termasuk Mahathir, membuat spekulasi bahawa sebagai 'Malaysian Official 1' merujuk kepada Najib.


Pembayar cukai biayai program ‘kebajikan sosial' 1MDB

Posted: 25 Jul 2016 08:19 PM PDT

Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB banyak menyumbang kepada kebajikan sosial hanya "sandiwara" kerana semua itu dibiayai oleh oleh pembayar cukai, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Najib semalam memuji Yayasan 1MDB kerana menderma RM10.4 juta untuk menaja 1,100 jemaah untuk menunaikan haji tahun ini.
Malah, Pua berkata, Yayasan 1MDB ditubuhkan dengan bertopeng untuk menutup kerugian berbilion ringgit hasil aktiviti pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa.
Katanya, 1MDB tidak menyaksikan keuntungan walaupun satu sen sejak ditubuhkan enam tahun lalu, dan menggunakan program "kebajikan sosial" sebagai "usaha perhubungan awam".
"Oleh itu, kami gesa perdana menteri berhenti memberi gambaran palsu mengenai 1MDB.
"Usaha perhubungan awam ini ditakdirkan akan gagal kerana fakta-fakta dan bukti penyelewengan bernilai berbilion dolar dari 1MDB adalah jelas untuk dilihat oleh semua," kata Pua dalam satu kenyataan lewat semalam.
"Lebih baik Najib menjelaskan mengapa beliau mengambil AS$731 juta dari 1MDB dan mengapa dirinya membenarkan anak tirinya, Riza Aziz dan rakan akrabnya, Low Taek Jho, untuk menyamun 1MDB bagi membeli hartanah mewah, membayar hutang judi , memperoleh pesawat, mengumpul karya-karya seni dan membiayai gaya hidup dekaden mereka "
Pua berkata adalah ironi juga bahawa Najib berdegar-degar dengan tajaan RM10.4 juta untuk jemaah haji sedangkan Tabung Haji dikritik kerana membeli tanah 1MDB.
Tabung Haji membeli 0.64 ekar tanah di TRX di Kuala Lumpur pada harga RM188.5 juta atau kira-kira RM2,774 setiap kaki persegi pada 2015, sedangkan kerajaan menjual tanah berkenaan kepada 1MDB pada hanya harga RM64 sekaki persegi, katanya.

Membela kedaulatan negara atau Najib?

Posted: 25 Jul 2016 08:18 PM PDT

Pada bulan Syawal di mana kita menyambut kemenangan berpuasa sebulan baru-baru ini, saya memohon pemimpin pemimpin politik supaya jangan menganggap rakyat Malaysia ini tidak celik maklumat dan kurang cerdik.
Isu kontroversi 1 MDB telah melihat seorang bekas menteri kabinet, seorang menteri besar dan seorang ketua parti pembangkang mengeluarkan kenyataan yang sangat sangat mengelirukan dan tidak tepat.
Mereka menyatakan penyiasatan kes 1 MDB oleh kerajaan asing adalah campur tangan kuasa luar untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Marilah kita merenung secara rasional situasi sebenarnya.
Kepada bekas menteri abinet itu, saya ingin tekankan di sini apabila kes NFL yang melibatkan pemimpin tinggi dan pinjaman beratus juta yang tidak digunakan untuk penternakan lembu, kerajaan Amerika tidak menyentuh langsung isu tersebut kerana tiada kaitan dengan mereka.
Kerajaan Singapura terpaksa memberi kerjasama siasatan kerana sebahagian dari wang tersebut telah dilaburkan di Singapura. Kes ini dalam proses perbicaraan. Tidak timbul kerajaan Singapura nak jatuhkan mana mana pemimpin.
Dalam kes 1 MDB, ia melibatkan berbillion billion ringgit wang rakyat yang di bawa keluar dari Malaysia ke Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, kepulauan Caymen dan juga Hong Kong dengan cara haram yang melibatkan penggubalan wang secara haram (money laundering act).
Pada tahun 2015, Malaysia sendiri telah membawa pindaan rang undang-undang penggubalan wang haram di Parlimen untuk memperketatkan undang-undang tersebut. Kita sendiri mengakui penggubalan wang haram adalah salah.
Negara-negara lain juga mempunyai undang undang mereka tentang aktiviti penggubalan wang haram.
Apabila 1 MDB telah membawa wang dan melabur secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland mereka terpaksa menyiasat kes kes tersebut kerana menjaga reputasi dan nama baik institusi kewangan mereka sendiri.
Kalau 1MDB hanya mengedar atau melabur secara haram di dalam Malaysia sahaja, tiada sebab atau kuasa mereka hendak menyiasat kes dalam Malaysia.
Tetapi isu dan masalahnya, 1MDB menjalankan aktiviti secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland,dan kerajaan mereka wajib menyiasat kesalahan di bumi mereka.
Tiada apa apa konspirasi di sini yang mereka melanggar kedaulatan undang undang kita. 1MDB yang melanggar undang undang di negara mereka. Ini kita perlu faham dan jangan kelirukan rakyat.
Singapura terpaksa menutup Bank BSI mereka sendiri, menangkap pengurus-pengurus mereka dan merampas harta 1 MDB kerana kesalahan isu berkaitan 1 MDB di Singapura.
Bekalan air
Tiada sebab Singapura hendak berkonspirasi terhadap Malaysia apabila mereka bergantung begitu besar terhdap bekalan air kita, pekerja kita dan sedang berunding membina keretapi laju yang akan banyak menguntungkan Singapura.
Ini isu melanggar undang-undang Singapura.
Sebuah syarikat dari Abu Dhabi pula telah menuntut hutang 1 MDB melalui Mahkamah Timbangtara Antarabangsa kerana 1 MDB gagal membayar hutang mereka.
Adakah kita hendak tuduh Abu Dhabi, sebuah negara Islam, juga terlibat dalam konspirasi terhadap Malaysia.
Isunya ialah hutang 1 MDB yang di ketuai oleh Datuk Seri Najib Razak, bukan negara Malaysia yang hendak dihukum.
Switzerland terkenal sebagai negara berkecuali yang tidak pernah terlibat bermain politk antarabangsa dalam sejarahnya, menyiasat 1 MDB kerana ingin menjaga nama baiknya sebagai pusat perbankan dunia terbaik kerana aktiviti mencurigakan 1 MDB di Swizerland
Kembali kepada Amerika pula. Barrack Obama adalah rakan golf akrab Najib yang telah dua kali melawat Malaysia dalam setahun.
Di Parlimen kita telah diberitahu olih seorang bekas menteri pertahanan Malaysia yang Amerika sedang berunding dengan Malaysia untuk membina perlabuhan tentera di Sabah menghadapi ancaman negara China.
Dengan kes mahkamah antarabangsa oleh Filipina baru-baru ini terhadap China tentang kedaulatan Lautan Cina Selatan, yang menimbulkan ketegangan serantau ASEAN, mengapa Amerika hendak berbalah politik dengan Malaysia?
Topik panas
Ini semua tidak masuk akal melainkan ianya semata-mata isu perundangan kewangan antarabangsa berkaitan penggubalan wang haram yang amat serius.
Read More / Baca Lagi >>

10 cara untuk singkirkan Najib

Posted: 25 Jul 2016 08:10 PM PDT

Berikut adalah ringkasan artikel berjudul '10 ways to get Najib to go' atau sepuluh cara bagi memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.
Dapatkan ahli-ahli Umno untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka.
Umno mempunyai berjuta-juta ahli. Bukan semua yang merestui rasuah dan penyelewengan berbilion ringgit dari 1MDN. Mereka ini mesti meluahkan perasaan mereka secara terbuka berhubung kehilangan berbilion ringgit agar pemimpin Umno, ketua cawangan dan ketua bahagian menyedari bahawa sokongan terhadap Najib sudah terhakis di kalangan ahli-ahli parti.
Lobi pemimpin Umno mempamerkan kuasa mereka.
Ahli Umno yang berpengaruh harus mengketepikan cita-cita mereka dan berjuang untuk kepentingan negara serta menuntut pemimpin kanan Umno secara terbuka menunjukkan bahawa mereka bukan taksub kepada Najib. Adalah memalukan bahawa Umno sebagai parti yang berbangga menjadi penjaga kepentingan orang Melayu dan negara tergamak membiarkan berbilion-bilion wang negara disamun dan membiarkannya serta secara terbuka dan aktif mempertahankan Najib.

Parti komponen BN perlu membuat suara mereka didengar.
Sudah sampai masa supaya rakan-rakan komponen BN di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak meluahkan rasa jijik kebanyakan penyokong mereka berhubung Umno yang terpalit dengan 1MDB. Ini walaupun bermakna bahawa mereka perlu meninggalkan gabungan itu.

Dapatkan pembangkang bersama-sama dalam isu ini.
Rakyat Malaysia yang mempunyai pengaruh di kalangan pembangkang harus menasihati parti mereka untuk bersama-sama memaksa perubahan dalam kepimpinan, jika tidak sekarang maka dalam pilihan raya. Satu-satunya cara pembangkang boleh menang adalah untuk mempunyai barisan yang bersatu termasuk PAS. Tumpukan hanya kepada agenda bersama dan ketepikan isu-isu yang membawa keretakan.
Sokong perhimpunan awam mendesak Najib berundur.
Terdapat pebagai pergerakan yang menuntut Najib untuk meletak jawatan. Sokong mereka, termasuk Deklarasi Rakyat yang kini mempunyai lebih satu juta tandatangan.
Sertai perhimpunan aman bagi menggesa penyingkiran Najib.
Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhumpun secara tertib dan aman. Jika BERSIH 5 menganjurkan perhimpunan, sertainya dan turun ke jalanan.
Tolak menerbitkan berita tidak benar mengenai 1MDB.
Bagi mereka yang bekerja di media arus perdana, mungkin mereka tiada pilihan tetapi untuk menyokong kerajaan yang memerintah, tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh melakukan sesuatu dengan tidak menerbitkan sesuatu laporan yang tidak benar mengenai 1MDB. Tiada orang yang berhak mengarahkan kamu menerbit atau menulis berita palsu.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas 1MDB, Singapura mahu malukan bank engkar

Posted: 25 Jul 2016 08:08 PM PDT

Singapura menganggap mengumumkan identiti bank yang bersalah lebih berkesan daripada mengenakan denda.
Monetary Authority of Singapore
SINGAPURA: Singapura semalam berjanji akan menama dan memalukan mana-mana bank yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang, selepas skandal melibatkan syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB memberi kesan terhadap imej negara itu sebagai sebuah pusat kewangan.
Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Ravi Menon berkata ia tidak akan sekali-kali menerima kesalahan melibatkan pengubahan wang seperti yang dibongkar dalam siasatan sepanjang 15 bulan ke atas akaun berkait 1MDB.
"Sudah tentu pendedahan kebelakangan ini memberi kesan terhadap reputasi kami sebagai sebuah pusat kewangan yang bersih dan diyakini," katanya.
Katanya, pengawal selia antarabangsa tidak tahu aliran wang melibatkan 1MDB adalah tidak sah, dan berkata ia mula disedari pada 2014, empat tahun selepas transaksi paling awal.
MAS memulakan siasatan pada 2015, kata Ravi, yang enggan memberi butir lanjut dengan alasan siasatan masih diteruskan.
MAS, yang berperanan mengawal selia sektor kewangan Singapura dan berfungsi sebagai bank pusat negara itu, akan mengetatkan penguatkuasaan.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB taja jemaah haji, Najib bersandiwara, kata Pua

Posted: 25 Jul 2016 08:06 PM PDT

Tidak salah 1MDB terlibat dalam kebajikan tetapi syarikat itu tidak pernah membuat keuntungan dalam enam tahun kewujudannya.
tony-pua-1mdb-haji
PETALING JAYA: DAP berkata pengumuman Yayasan 1MDB menaja seramai 1,100 orang mengerjakan ibadat haji merupakan usaha mengaburi mata rakyat di kala syarikat milik negara itu menjadi sasaran penyiasat Amerika Syarikat.
"Sumbangan Yayasan 1MDB bagi tujuan kebajikan merupakan sandiwara yang semata-mata bertujuan menutupi kerugian berbilion ringgit 1MDB disebabkan pengubahan wang antarabangsa melibatkan perdana menteri sendiri," kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mengulas sumbangan RM10.4 juta oleh 1MDB bagi membolehkan sekumpulan yang terpilih terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara mengerjakan ibadat haji tahun ini.
Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya semalam, kurang seminggu selepas Jabatan Kehakiman AS bertindak mahu menyita aset berkait 1MDB di negara itu atas tuduhan korupsi dan pengubahan wang haram.
Read More / Baca Lagi >>

PKR: Langkah Kajang kami tak sama pilihan raya mengejut

Posted: 25 Jul 2016 08:05 PM PDT

Fahmi berkata DAP bersetuju dengan langkah Kajang selepas mendapat penjelasan PKR.
Fahmi-Fadzil-pkr-lim-guan-eng-1
PETALING JAYA: PKR hari ini menafikan bertindak sendirian dalam menyebabkan beberapa pilihan raya kecil (PRK) dulu, sebaliknya berkata ia mendapat persetujuan pimpinan Pakatan Rakyat ketika itu.
Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata pilihan raya kecil ditandingi parti itu seperti di Kajang, Penanti dan Permatang Pauh hanya melibatkan satu kerusi dan bukan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya DAP memanggil pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.
"Ketiga-tiga contoh yang dibangkitkan Lim Guan Eng adalah PRK yang melibatkan satu kerusi di mana penyandangnya adalah PKR dan implikasi serta-merta adalah kepada PKR sendiri," kata Fahmi.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dalam usaha mendapatkan sokongan sekutunya PKR dan Amanah mengadakan pilihan raya negeri, sebelum ini mendakwa PKR tidak berbincang dengan sekutunya sebelum memaksa pilihan raya kecil di Kajang, Penanti dan Permatang Pauh.
PRK DUN Kajang pada 2014 dikenali sebagai Langkah Kajang, merupakan usaha pimpinan PKR menggantikan menteri besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang didakwa engkar dengan dasar parti.
PRK itu dimenangi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, walaupun beliau gagal dilantik menteri besar selepas tidak mendapat persetujuan istana.
Fahmi berkata rasional Langkah Kajang dijelaskan kepada DAP yang bersetuju menyokong usaha memperkukuh pentadbiran Pakatan Rakyat.
Menurutnya, PKR konsisten dalam mana-mana pakatan pembangkang, termasuk Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, gabungan tanpa PAS selepas berakhirnya Pakatan Rakyat tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH setuju, hadirin sokong p’raya mengejut Pulau Pinang

Posted: 25 Jul 2016 06:03 PM PDT

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan persetujuan dengan cadangan mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Berucap pada majlis taklimat "Masa Depan Pulau Pinang" malam semalam, Lim berkata hanya PKR yang belum memberi persetujuan berhubung cadangan itu dan mereka dijadual bertemu malam ini untuk membuat keputusan.
"Kita tidak boleh tanpa PKR, tak boleh kurang satu pun (dalam Pakatan Harapan) kerana kita adalah gabungan. Dan dalam gabungan, semua parti mesti bersama-sama," kata Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP.
Diminta untuk mengesahkan perkara itu, Presiden AMANAH Mohamed Sabu ketika ditemui kemudian mengakuinya dan berkata partinya akan membuat pengumuman rasmi selepas mesyuarat Pakatan Harapan.
Lim cuba mendapatkan mandat baru dari rakyat Pulau Pinang dengan berkata pengundi perlu membuat keputusan jika mereka masih mahu beliau terus kekal sebagai ketua menteri.
Beliau mendakwa tindakan dua tuduhan rasuah berkaitan dengan pembelian banglonya pada harga RM2.8 juta tang dikatakan di bawah nilai pasaran adalah 'penganiayaan politik' BN.
PKR sebelum ini memohon lebih banyak masa untuk membincangkan perkara itu kerana tidak yakin dengan alasan DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi.
Lim kemudian merayu pucuk pimpinan PKR supaya mencapai konsensus dengan DAP bagi mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang walaupun parti itu bimbang dengan prestasinya.
PKR mempunyai 10 kerusi, dan parti itu bimbang akan kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi tipis pada tahun 2013, seperti di Penanti, Seberang Jaya dan Sungai Bakap.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan DoJ Dikata Campur Tangan Asing.. Derma Pak Arab Bagaimana Pula?

Posted: 25 Jul 2016 06:00 PM PDT

Rakyat Malaysia diingat supaya tidak tertipu dengan jerat kaum dan agama yang dimainkan pihak tertentu berikutan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melibatkan kebocoran AS$3.5 bilion dana 1MDB yang dicuri untuk 'berfoya-foya'.

Ia antara lain cuba menggambarkan Amerika Syarikat sedang masuk campur hal ehwal dalaman Malaysia mengaitkan ianya sebagai konspirasi jahat Amerika ke atas negara, tambah buruk lagi, ia digambarkan satu serangan menjatuhkan 'Melayu dan Islam' di Malaysia.

Hakikatnya, penyelewengan yang didedahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu melibatkan salah laku yang berlaku di dalam dan melibatkan sistem kewangan negara tersebut dan antarabangsa.

Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri, berkata tindakan DOJ itu tidak langsung ada kaitan dengan bangsa atau agama, sebaliknya adalah serangan terhadap penyelewengan dan rasuah.

"Adakah ini serangan ke atas Islam? Jawapannya tidak. Ini adalah serangan ke atas rasuah, pencurian, salah laku, kemungkaran. Ia dituntut oleh Islam," katanya kepada Roketkini.

Menjelaskan kenyataannya beliau berkata perlakuan jenayah tidak mengenal bangsa, budaya mahupun agama.

"Misalnya jika ditangkap Shahrol Azral dan Najib Razak, itu bukan tangkap Melayu. Jika kita tangkap Jho Low, kita bukan tangkap Cina tapi seorang yang bernama Jho Low. Kita hendak tangkap Eric Tan, bukan bangsa Cina. Kalau kita tangkap Arul Kanda, kita bukan tangkap India, tapi tangkap seseorang dari kaum itu. Kalau kita tangkap Khadem Qubaisy dan Badawy Husseini, kita tangkap dua individu, bukan bangsa Arab," ujar beliau.

Kata beliau lagi, tindakan sivil oleh DOJ tidak boleh dilihat sebagai campur tangan Amerika dalam hal ehwal dalaman Malaysia memandangkan ia melibatkan perbuatan yang melanggar undang-undang di Amerika.
Read More / Baca Lagi >>

Sengketa keluarga - Pembantu Rosmah menulis mengenai air mata si ibu

Posted: 25 Jul 2016 05:39 PM PDT

Tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB mendedahkan persengketaan dalam keluarga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Namun apabila mengulas kritikan pedas dan tajam oleh anak perempuannya yang kini berpisah dengannya, Azrene Soraya Abdul Aziz di laman media sosial baru-baru ini, Rosmah hanya mampu bergenang air mata, kata pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.
"Maka bertanyalah saya kepada si ibu...
"Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu... tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..
"Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak.. Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan," katanya dalam satu posting Facebook penuh emosi lewat malam semalam.
Bagaimanapun dalam posting itu, Rizal tidak membuat rujukan langsung kepada Azrene Soraya mahupun Rosmah tetapi sekadar menyebutnya sebagai "si anak" dan "si ibu".
Katanya, sejak lapan tahun mengenali Rosmah, beliau tidak pernah mendengar isteri Datuk Seri Najib Razak itu mengeluarkan kata-kata tidak elok berhubung anak perempuannya.
"(Oleh) kerana kata-kata ibu adalah doa, jauh sekali mahu mengungkit kesakitan yang ditanggung waktu melahirkan juga menyusukan mereka..
"Si ibu memilih untuk memendam sahaja perasaan daripada mengeluarkan kata-kata kerana kasih ibu tiada sempadan.
"Tugas dan tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak dan memberi pelajaran secukupnya. Sekarang si anak telah memilih jalan hidupnya. Didoakan si anak bahagia dengan dunianya," tulisnya lagi.
Azrene Soraya dalam satu catatan di media sosial yang dikongsi secara meluas minggu lalu berkata abangnya Riza Aziz meraih apa yang disemainya kerana menjual dirinya kepada syaitan.
Read More / Baca Lagi >>

‘Implement political funding reforms before any snap polls’

Posted: 25 Jul 2016 05:22 PM PDT

Members of the National Consultative Committee on Political Financing say if the changes are introduced first, then the public will have a bit more trust in the credibility of elections.
wan-saiful-wan-jan-political-fund-1
PETALING JAYA: Calling for snap polls before reforms on political funding are introduced will ultimately benefit no one, say analysts.
This is especially so as the National Consultative Committee on Political Financing (JKNMPP), formed late last year, is hard at work to ensure more transparent, clean and accountable elections.
Speaking to FMT, political analyst and Ideas' Chief Executive Officer Wan Saiful Wan Jan said Prime Minister Najib Razak and Penang Chief Minister Lim Guan Eng both had the right to call for a snap election.
However Wan Saiful, who is also a member of the JKNMPP, believes that ideally, some of the committee's proposals should be implemented before any election takes place.
"If all political leaders want to see good practices in elections, by right they don't need to wait for the committee to finish its work. They can just behave properly.
"But the work of the committee is important. I think if an opportunity is given for the changes to be introduced first, then the public would have a bit more trust in the credibility of elections.
"So, of course, in terms of public perception and in terms of the credibility of the election itself, waiting for the new regulations to be introduced would be much better."
Another member of the committee, former Election Commission chairman Abdul Rashid Abdul Rahman told FMT that a snap general election would help the Barisan Nasional government gauge if it still has the people's mandate to govern.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, Kon Yeow harap pendirian rasmi PKR, Amanah

Posted: 25 Jul 2016 05:18 PM PDT


Chow Kon YeowChow Kon Yeow
Parti Tindakan Demokratik (DAP) berharap dua parti komponen Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) dapat menyatakan keputusan rasmi masing-masing berhubung cadangan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri Pulau Pinang.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang berkata demikian pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang : Masa Depan Pulau Pinang, malam tadi.
"Bagi pihak DAP Negeri Pulau Pinang, jawatankuasa negeri dalam mesyuarat Ahad lepas sebulat suara menyokong keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut ini.
"Kita (DAP Negeri Pulau Pinang) tidak akan membuat keputusan secara sendirian, tetapi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal ini mesti dibuat secara bersama dengan pemimpin Pakatan Harapan.
"Oleh itu, kita (DAP) masih menunggu keputusan daripada rakan-rakan Pakatan Harapan untuk menyatakan pendirian rasmi masing-masing dalam beberapa hari ini," ujar Kon Yeow di Dewan Masyarakat Penyayang di sini.
Read More / Baca Lagi >>

You can no longer shout ‘conspiracy’

Posted: 25 Jul 2016 05:16 PM PDT

Najib may be facing his biggest challenge yet following the US revelations of alleged embezzlement of 1MDB funds.
1mdb
As assets purchased using funds allegedly embezzled from 1MDB are seized by order of the US Department of Justice (DoJ), Putrajaya's claims of conspiracy no longer apply. The complaints of Prime Minister Najib Razak's most strident critics seem to have been validated by the US action, for now at least.
Indeed, the DoJ says that the alleged misappropriation from 1MDB amounts to US$4 billion. That translates to nearly RM20 billion, considerably more than previously reported by any news outlet.
This is a tremendous coup for former PM Mahathir Mohamad and his anti-Najib coalition. With the General Election due in 2018, there is plenty of time for more unsavoury revelations to be made as the seizure of assets usually precludes criminal proceedings. After all, the money has to be locked down or it would be flown off to some tax haven or other.
All of this makes rumours of a possible snap election extremely tantalising.
However, calling for a snap election would be a move that rests between folly and necessity for Najib, who now must try to calm jittery nerves and remind his coalition that he is still in charge.
Meanwhile, news outlets like the South China Morning Post are carrying stories of possible defections from Umno, perhaps to the party that Mahathir is forming.
This sudden turn of luck must be frustrating for the PM, who seemed so strong until the DoJ came up with its revelations. With Barisan Nasional having achieved convincing victories in recent by-elections, it was heavily speculated that GE14 could be held as early as next year to capitalise on Najib's growing strength and the weakness of the opposition. Indeed, had the DoJ never taken action, it was highly likely that Najib would go into GE14 as a strong Prime Minister and then emerge stronger than ever.
Read More / Baca Lagi >>

Proton bakal jual saham kepada syarikat asing

Posted: 25 Jul 2016 05:12 PM PDT

Proton sedia menerima rakan kongsi asing dengan ekuiti, yang pertama sejak Mitsubishi melepaskan pegangannya pada 2005.
saham-proton
PETALING JAYA: Proton Holdings kini dalam perbincangan untuk menjual sahamnya kepada syarikat luar negara, lapor Nikkei Asian Review.
Ia merupakan kemasukan modal yang pertama melibatkan syarikat luar negara ke dalam Proton sejak melepaskan saham yang dipegang Misubishi Corp pada 2005.
"Kami mahu rakan kongsi yang mempunyai saham di dalam Proton," kata Madani Sahari, ketua pegawai eksekutif Institut Automotif Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berperanan mengembangkan industri automotif negara.
Madani berkata Proton menarik minat beberapa pengeluar peralatan tulen (OEM).
Proton, sebahagian DRB Hicom, sedang dalam usaha mengenal pasti rakan kongsi luar negara dalam masa setahun bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selepas ia menerima suntikan pinjaman RM1.5 bilion daripada kerajaan bulan lalu.
Proton yang mencatatkan kerugian juga perlu membentangkan rancangan pemulihannya termasuk penutupan kilangnya di Shah Alam dan pemindahan ke Tanjung Malim.
DRB Hicom bagi tahun berakhir 31 Mac lalu mencatatkan kerugian RM992 juta yang dikaitkan dengan Proton.
Jualan kereta Proton juga susut 13% berbanding pada 1993 apabila ia menjual tujuh daripada 10 kereta di Malaysia.
Madani berkata kerajaan mahu mencontohi model perniagaan yang diamalkan Perodua, yang kini mengawal sepertiga pasaran.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng rayu PKR sokong pilihan raya awal

Posted: 25 Jul 2016 05:07 PM PDT

DAP juga bimbang kalah di beberapa kerusi namun Guan Eng yakin terhadap rakyat Pulau Pinang.
lim-guan-eng-penang-pkr
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini merayu PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN.
"Saya rayu pemimpin PKR, bukan pemimpin di sini, tetapi yang lagi atas (pusat), buatlah keputusan bersama walaupun saya tahu mereka takut kurang kerusi," katanya dalam majlis penerangan Kerajaan Pulau Pinang yang bertajuk "Masa Depan Pulau Pinang" di sini.
Katanya, DAP juga bimbang akan perkara yang sama namun beliau mempunyai keyakinan terhadap rakyat Pulau Pinang.
"Saya tahu mereka (PKR) akan mengadakan satu mesyuarat esok dan berharap mereka akan menyokong cadangan kami," katanya.
Antara pemimpin yang menghadiri majlis penerangan itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II Prof P. Ramasamy dan hampir seluruh barisan Exco kerajaan negeri.
Terdahulu, Lim mengumumkan bahawa Amanah bersetuju menyokong PRN itu diadakan.
"Saya diberitahu Mat Sabu bahawa mereka akan menyokong cadangan PRN dan kini hanya menunggu keputusan daripada PKR," katanya.
Rabu lepas, Lim memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.
Cadangan mengadakan PRN itu berikutan tuduhan rasuah terhadap Lim.

PKR jawab DAP: Jangan samakan PRK, PRN

Posted: 25 Jul 2016 05:06 PM PDT

Tidak tepat untuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membandingkan pilihan raya negeri Pulau Pinang dengan pilihan raya kecil didakwa digerakkan PKR tanpa berunding dengan sekutu parti pembangkang kata Fahmi Fadzil.
Pengarah komunikasi PKR itu berkata pilihan raya negeri - jika diadakan - melibatkan 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, serta memberi implikasi kepada lebih satu parti.
Katanya ia berbeza dengan tiga pilihan raya kecil yang disebut Lim sebelum ini kerana memberi kesan langsung kepada PKR yang meletakkan calonnya.
"PKR sentiasa menjadi rakan yang konsisten dalam gabungan politik sama ada ia adalah Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.
"Kami sentiasa berunding, mendengar dan bertindak berdasarkan pandangan dibangkitkan rakan dalam gabungan itu, dan akan terus begitu dalam usaha bersama membina Malaysia lebih baik," katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata parti itu akan membuktikan mereka adalah rakan yang boleh diharap dengan mendapatkan persetujuan bersama mengenai cadangan mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.
Katanya, langkah itu dibuat walaupun PKR tidak bertindak sama untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) di kawasan parlimen Permatang Pauh serta DUN Penanti di Pulau Pinang serta Kajang di Selangor.
Menurut Fahmi PRK Permatang Paun pada 2008 dan 2015 dibuat kerana "pendakwaan politik berterusan" ke atas pemimpin umum parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK pada 2008 diadakan apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi membolehkan Anwar kembali ke parlimen selepas tempoh larangan ke atasnya - selama lima tahun - berakhir.
PRK tahun lalu pula diadakan apabila Anwar - yang menjadi MP Permatang Pauh - dihukum penjara untuk kali kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)