Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Penjenayah skim cepat kaya hidup mewah hasil menipu

Posted: 24 Jul 2016 09:51 PM PDT

Beberapa tokoh Umno bakal lompat parti, sertai Dr M

Posted: 24 Jul 2016 09:15 PM PDT

Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Laporan South China Morning Post hari ini memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Umno dalam keadaan gundah-gulana. Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.
"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," dakwanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Baru-baru ini, Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir yang merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu.
Kata beliau, penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.
South China Morning Post turut memetik kenyataan bekas menteri persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.
"[Ahli Umno] malu-malu. Ia akan berlaku tetapi perlahan-lahan. Saya rasa Najib akan didakwa oleh Amerika Syarikat, dan kemudian kamu akan lihat orang melompat parti," jelas Zaid.
Malaysiakini sedang cuba untuk menghubungi para pemimpin Umno untuk mengulas mengenai perkara ini.

RUU 355: Kabinet sudah diberi taklimat, kata PAS

Posted: 24 Jul 2016 09:12 PM PDT

Hanya IGP boleh jawab isu 1MDB, kata Mortadza

Posted: 24 Jul 2016 09:11 PM PDT

Akhirnya Bekas Pemimpin UMNO Akui.. "Melayu Tak Akan Mati Tanpa UMNO"..

Posted: 24 Jul 2016 08:44 PM PDT

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal memberi jaminan kepada penyokongnya, Melayu Bumiputera tidak akan mati di negara ini meskipun tanpa parti kerajaan, Umno.

Beliau mengambil contoh tiga negeri yang diperintah pembangkang. "Jangan takut, jangan bimbang, orang Melayu Bumiputera tidak akan mati tanpa Umno.

"Kelantan 20 tahun Pas pegang, DAP pegang Pulau Pinang dua penggal, di Selangor, PKR perintah dua penggal negeri itu...tak mati org Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Aidilfitri bersamanya di Kota Belud, hari ini.

Malah, bekas Naib Presiden Umno ini juga mengingatkan rakyat Sabah agar tidak bimbang walaupun bakal banyak parti politik tumbuh di negeri tersebut.

"Jangan bimbang...banyak parti nanti di Sabah...nak tambah kerusi lagi di Sabah. Tambahlah...banyak parti macam mana pun, biarlah. Itu tidak penting.

"Banyak parti pun, jangan sampai pecah belah dan jangan pilih parti tapi pilih pemimpin yang kita boleh bergantung, berteduh. Jangan pilih parti calon tempatan tapi hanya jadi kuda tunggangan," katanya.

Tegasnya, bukan parti mahupun jumlah kerusi yang menentukan kuasa di negeri itu sebaliknya ia terletak di tangan rakyat lapor Sinar.

Najib bidas BR1M dianggap 'dedak'

Posted: 24 Jul 2016 08:43 PM PDT

Hasil kerajaan yang dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan segelintir pihak menyifatkan bantuan itu sebagai 'dedak' adalah satu penghinaan.

LOGO BR1M
Najib berkata kestabilan politik yang dinikmati di negara ini merupakan antara faktor penting untuk membolehkan sesuatu perayaan diraikan dengan meriah selain memastikan ekonomi negara terus kukuh.
"Ada yang menidakkan dasar kita memberikan BR1M, hina orang yang terima kata makan dedak. Dedak ini makanan binatang, kita tak boleh samakan dengan apa yang rakyat terima,"katanya semasa berucap pada Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang dekat Bagan Datoh, yang dihadiri kira-kira 50,000 orang.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz..
Najib berkata Malaysia bukan satu-satunya negara yang memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada rakyat malah, beberapa negara lain turut berbuat demikian cuma ia berbeza daripada segi nama.
Menurutnya sebanyak RM5.2 bilion diperuntukkan untuk BR1M tahun ini dengan Perak menerima jumlah keseluruhan RM521 juta termasuk Bagan Datoh yang mendapat RM14.8 juta.
"Bila rakyat mendapat BR1M, kita sebenarnya membantu memajukan ekonomi tempatan dengan memastikan ekonomi bergerak kerana rakyat akan membeli barangan," jelas beliau.

Kleptokrasi: Pemerintah yang curi

Posted: 24 Jul 2016 08:28 PM PDT

Kleptokrasi: Pemerintah yang curi
JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat telah memulakan prosiding sivil ke atas lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka ialah Riza Shahriz Abdul Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny.
Riza ialah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Dia ialah anak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya Abdul Aziz Nong Chik. Dia menetap di Amerika dan bergiat dalam bidang perfileman serta pelaburan.
Jho Low adalah anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Larry Low Hock Peng. Dia juga menetap di Amerika dan bergiat dalam bidang pelaburan, perfileman dan pendermaan. Dia sering disebut sebagai 'the brain' – pemikir bagi 1MDB sejak diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) dan amat rapat dengan keluarga Perdana Menteri.
Tan pula sering disebut dalam laporan media sebagai rakyat Malaysia dan pembantu kanan Jho Low.
Al-Qubaishi dan Al-Husseiny adalah bekas eksekutif kanan agensi pelaburan kerajaan Abu Dhabi yang terbabit dalam usaha sama dengan 1MDB. Mereka telah dipecat dan ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi kerana disyaki terlibat dengan penipuan berbilion ringgit berkaitan usaha sama dengan 1MDB.
Rabu lalu kelima-lima mereka dinamakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika sebagai plaintif dalam tuntutan sivil di mana agensi kerajaan pusat Amerika itu meminta mahkamah merampas harta bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) di Amerika dan tempat-tempat lain.
Mereka didakwa bersubahat dengan seorang yang disebut sebagai 'Pegawai Nombor 1 Malaysia' membeli harta-harta tersebut menggunakan wang yang dialihkan secara haram daripada 1MDB.
Serentak itu, pihak berkuasa Singapura telah merampas simpanan bank dan hartanah berjumlah S$240 juta (RM720 juta) bersabit siasatannya ke atas 1MDB. Daripada jumlah itu, S$120 juta (RM360 juta) adalah kepunyaan Jho Low dan ahli keluarganya.
Pihak-pihak yang mewakili 1MDB dan Kerajaan Malaysia telah menafikan penglibatan dalam tindakan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman Amerika itu dan berjanji akan memberi kerjasama.
Saya yakin ramai pembaca khasnya dan rakyat jelata Malaysia umumnya sudah mengetahui sedikit sebanyak mengenai 1MDB kerana sudah dibincangkan secara meluas sejak tahun 2013 lagi.
Tetapi saya rasa ramai daripada kita belum mengetahui secara mendalam hal-hal yang disebutkan dalam kes sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika itu. Jadi izinkan saya bercerita sikit mengenainya.

Pertama kes itu adalah kes sivil. Ia bukan atau belum lagi berubah menjadi kes jenayah. Tetapi bergantung pada apa yang berlaku dalam proses perbicaraan sivil, ia boleh menyebabkan tindakan jenayah diambil.
Kedua, kes itu dikemukakan kerana siasatan juri agung oleh Jabatan Kehakiman Amerika dengan bantuan Biro Penyiasatan Pusat (FBI) mendapati ada bukti berlakunya kegiatan pengubahan wang haram oleh plaintif.
Ketiga, Jabatan Kehakiman Amerika menggunakan peruntukan undang-undang yang unik dipanggil 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' (inisiatif mendapatkan semula harta yang dicuri oleh pihak berkuasa).
Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka memadankan 'kleptocracy' kepada kleptokrasi tanpa memberi huraian. Demikianlah asingnya istilah itu bukan sahaja dalam bahasa Melayu malah istilah bahasa Inggeris pun terpaksa disadur daripada bahasa Yunani (Greek).
Kleptokrasi adalah gabungan perkataan 'kleptes' (pencuri) dan 'kratos' (kuasa). Maka jadilah ia pemerintahan pencuri atau pemerintahan oleh pencuri.
Dan keempat, dengan menggunakan peruntukan tersebut Jabatan Kehakiman Amerika berharap dapat merampas semua harta yang dibeli dengan duit haram itu dan memulangkannya kepada 'rakyat jelata Malaysia'.
Laporan media dari Amerika mengatakan bahawa sejak tahun 2010, inisiatif kleptokrasi telah mendapat suntikan kuasa dengan penyertaan semakin ramai peguam kerajaan dan penyiasat daripada FBI serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Namun ia mengaku bahawa memperoleh kemenangan di mahkamah, merampas dan mengembalikan harta yang dicuri atau yang dibeli dengan duit curi bukanlah mudah.
Tertuduh akan cuba melarikan diri atau menggunakan khidmat guaman terbaik kerana mereka ada duit. Mereka juga menggunakan berbagai tipu helah dan alasan untuk mengelak daripada disabitkan kesalahan.
Jadi kita pun kenalah bersabar dan berpatutan dalam harapan kita dengan memohon yang terbaik daripada Yang Maha Esa. Wallahuaklam.

Datuk A Kadir Jasin

Admin Note:

Did you know that the word KLEPTOCRACY originated from two Malay words? 'Klepet' in Malay means curi or kebas.  Another Malay word 'Klentong' means lies.

When both words are combined and practised in a democratic country, a new word is born...

KLEPet + klenTOng + demoCRACY = KLEPTOCRACY.

Skandal 1MDB: Pembantu Najib sahkan sengketa keluarga

Posted: 24 Jul 2016 08:24 PM PDT

Jurucakap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan mengesahkan persengketaan keluarga yang menyaksikan anak perempuan tirinya, Azrene Soraya Abdul Aziz secara terbuka membidas abangnya Riza Aziz.
Jurucakap yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar The Weekend Australia, semalam bahawa beliau telah membaca posting Azrene Soraya di Facebook dan akaun Twitter.
"Beliau mempunyai hak untuk mengatakan apa yang dia mahu kata tetapi saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa hubungan ibu dan anak perempuan itu renggang selama bertahun-tahun.
"Kami tidak mahu mengulas buat masa ini," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia adalah persengketaan peribadi keluarga.
Azrene berkata abangnya, Riza, yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menerima balasannya kerana menjual dirinya syaitan.
Ini berikutan saman yang mahu menyita dan merampas aset AS$1.3 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Dokumen 136 muka surat, antara lain, menyenaraikan Riza sebagai tokoh utama dalam saman pelucutan hak sivil itu.
Riza sebelum ini menafikan bahawa syarikat produksi miliknya, Red Granite, telah menerima dana daripada 1MDB.
Walau bagaimanapun, dokumen mahkamah terkini menyatakan bahawa Red Granite menerima AS$64 juta dana yang dikesan berasal daripada 1MDB.
Sebagai respon, Red Granite berkata ia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai wang yang digunakan untuk membiayai pembikinan filem 'The Wolf of Wall Street' diperolehi sevara tidak sah dan bahawa dakwaan terbaru itu tidak akan menjejaskan operasinya.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan tidak dinamakan dalam saman DOJ itu walaupun ia membuat rujukan sebanyak 36 kali untuk "Malaysian Official 1".

Skandal 1MDB: ‘Rakyat dihukum kali kedua bila US kembalikan dana 1MDB'

Posted: 24 Jul 2016 08:23 PM PDT

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulangi cabaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya membubarkan Dewan Rakyat berikutan pemfailan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, minggu lalu.
Lim mendakwa rakyat Malaysia akan dihukum kali kedua jika kerajaan Amerika merampas aset berkenaan dan memulangkannnya kepada kerajaan yang sama yang menubuhkan 1MDB.
Ini akan memburukkan lagi skandal itu, melainkan jika ada perubahan pada kerajaan persekutuan melalui pilihan raya, katanya.
"Jika mereka kembali wang itu, mereka tidak boleh memberi wang kepada setiap rakyat Malaysia.
"Bagaimana mereka hendak memulangkan wang tersebut? Mereka perlu menyerahkannya kepada kerajaan Malaysia - kerajaan yang sama menubuhkan 1MDB; kerajaan yang sama yang membolehkan wang kita akan dirompak. Boleh atau tidak?
"Sebab itu kita perlu pilihan raya umum yang baru, untuk membolehkan rakyat membuat keputusan sama ada mereka mahu kerajaan BN rasuah, atau kerajaan Pakatan yang bersih," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinan.
Beliau berkata demikian kepada kira-kira 700 orang yang menghadiri majlis makan malam program kempen 'Sokong, Simpati dan Solidariti bersama Lim Guan Eng 2.0' di Shah Alam, malam semalam.
Walaupun majlis itu bertujuan untuk mendapatkan sokongan untuk Lim, yang menghadapi dua tuduhan rasuah, pencermahan yang hadir lebih memberi tumpuan kepada saman sivil bagi mendapatkan aset AS$1 bilion berkaitan 1MDB di negara itu.
Saman itu bertujuan untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB yang dipesongkan yang kemudiannya digubah melalui sistem kewangan Amerika.

Skandal 1MDB: Pua titis air mata lihat DOJ tegakkan keadilan bagi rakyat

Posted: 24 Jul 2016 08:21 PM PDT

Berikutan tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB minggu lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata beliau tidak sabar untuk melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil di mahkamah.
Ini susulan saman yang difailkan oleh Najib ke atas Pua berhubung kenyataannya mengenai 1MDB, dan terhadap pemilik portal Mediarakyat.net Chan Chee Kong kerana menyiarkan video ucapan Pua yang didakwa berunsur fitnah.
"Kes ini masih di mahkamah. Kita belum dapat tarikh perbicaraan.
"Tetapi biarlah saya katakan ini kepada semua orang, saya tidak sabar untuk membawa Najib ke mahkamah, untuk duduk di kandang saksi, untuk beritahu rakyat Malaysia: Bagaimana Tony Pua memfitnahnya apabila berkata ada seorang perompak di negara ini.
"Kami akan keluarkan semua bukti yang disenaraikan dalam saman mahkamah oleh Peguam Negara Amerika Syarikat," kata Pua kepada kira-kira 700 penyokong DAP pada satu majlis makan malam di Shah Alam malam semalam.
Pua berkata 'Malaysian Official 1' yang terpalit dalam pengubahan wang haram dalam saman yang difailkan oleh DOJ adalah tidak lain daripada Najib.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB. Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohd Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.
Bagaimanapun, Rabu lalu DOJ memfailkan beberapa siri untuk melucutkan hak beberapa individu yang dikaitkan dengan aset 1MDB.
Tindakan itu bertujuan untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dipercayai dibeli dengan dana 1MDB secara tidak sah dan kemudiannya digubah melalui sistem kewangan Amerika Syarikat, dengan harapan membawanya pulang ke Malaysia dalam beberapa bentuk lain.
Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP dan pengkritik lantang 1MDB berkata, beliau hampir menitiskan air mata apabila menonton siaran langsung pengumuman tindakan berkenaan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch.
Akhirnya, kata beliau, tindakan sedang diambil terhadap mereka yang didakwa bertanggungjawab untuk skandal 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: C4 harap ketua SPRM beri ‘hadiah bersara’

Posted: 24 Jul 2016 08:15 PM PDT

Ia mahu ketua pesuruhjaya SPRM itu mendedahkan hasil siasatannya berhubung 1MDB, susulan kerjasama dengan penyiasat Amerika Syarikat.
Cynthia-Gabriel-Tan-Sri-Abu-Kassim-Mohamed
PETALING JAYA: Tan Sri Abu Kassim Mohamed digesa mendedahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB sebelum beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM 1 Ogos ini.
Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel, menyifatkan tindakan sedemikian akan menjadi hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia serta penghormatan terhadap perubahan positif SPRM di bawah pimpinan Abu Kassim.
C4 mengulas kata-kata pujian kepada SPRM oleh Biro Penyiasat Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, yang mendedahkan suruhanjaya itu turut memberi kerjasama dalam merungkai skandal 1MDB.
Hasil penyiasatan AS itu, Jabatan Kehakiman negara itu memfailkan saman Rabu lalu bagi menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) dalam kes rasuah terbesar FBI membabitkan entiti luar.
Saman yang difailkan di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang didapati terbabit dalam konspirasi antarabangsa mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB, dan turut menamakan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz, yang dituduh menggunakan dana 1MDB sebanyak RM256 juta dalam penerbitan filem "The Wolf of Wall Street".
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Siapa tak kenal Amerika, kata PAS

Posted: 24 Jul 2016 08:14 PM PDT

Bagaimanapun, PAS mahu kerajaan memberikan kerjasama penuh selepas tuduhan korupsi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
idris-ahmad-dojs-us-amerika-syarikat-1mdb
PETALING JAYA: PAS menafikan ia membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendedahkan korupsi dan kecurian wang dalam syarikat milik negara 1MDB.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata parti itu hanya mahu mengingatkan sejarah kuasa besar itu apabila melibatkan negara Islam.
"Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam," soal Idris.
"Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara," katanya.
Idris menambah PAS berpendirian sama dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
"Jangan pula penyokong Umno hendak membela isu pendedahan Jabatan Kehakiman dengan alasan campur tangan asing. Sedangkan TPPA, Umno/BN menyokong kuat," katanya.
Dengan pengecualian Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pimpinan tertinggi PAS kebelakangan ini dilihat tidak ke depan dalam isu membabitkan 1MDB.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan membuat desakan supaya Najib meletak jawatan susulan langkah Jabatan Kehakiman AS menyita aset berkait 1MDB bernilai AS$1 bilion.
Sambil berkata ia terpulang kepada Barisan Nasional, beliau turut memberi peringatan agar pihak asing tidak campur tangan dalam siasatan terhadap dana negara itu.
"Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.
"Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar," katanya dipetik Sinar Harian.
Rabu lalu, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi yang terbesar negara itu membabitkan entiti luar.
Read More / Baca Lagi >>

MO1: Tiada kesan, Najib teruskan tugas selepas kejutan 1MDB

Posted: 24 Jul 2016 08:12 PM PDT

Selepas lebih setahun kontroversi 1MDB di Malaysia, kesannya terhadap pasaran dilihat semakin lemah, manakala ia bukan isu bagi penduduk luar bandar, menurut pakar ekonomi.
najib-dojs-1mdb
PETALING JAYA: Perkembangan terkini melibatkan 1MDB susulan tuduhan korupsi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat minggu lalu dijangka tidak memberikan kesan politik terhadap kedudukan Datuk Seri Najib Razak, menurut beberapa penganalisis dipetik Bloomberg.
Malah, beberapa hari selepas pengumuman Peguam Negara AS mahu menyita aset berkait 1MDB, perdana menteri meneruskan tugasnya seperti hari-hari biasa.
Beliau dilihat bersalaman dengan penjawat awam, mempengerusikan mesyuarat pembangunan ekonomi, dan hadir melancarkan kereta baharu keluaran syarikat Perodua.
"Mesejnya jelas. Perdana menteri menumpukan perhatian kepada isu dalam negara seperti ekonomi dalam mengekalkan sokongan terutama penduduk luar bandar Melayu terhadap Umno," menurut pemerhatian Bloomberg hari ini.
Rabu lalu, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi yang terbesar negara itu membabitkan entiti luar.
Saman yang difailkan di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang didapati terbabit dalam konspirasi antarabangsa mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.
Ia turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, kerana dituduh menggunakan dana 1MDB sebanyak RM256 juta dalam penerbitan filem "The Wolf of Wall Street".
Bagaimanapun, perkembangan itu dilihat tidak memberikan kesan terhadap posisi Najib.
Selepas lebih setahun kontroversi 1MDB di Malaysia, kesannya terhadap pasaran dilihat semakin lemah, menurut pakar ekonomi Vaninder Singh dari Royal Bank of Scotland Plc berpusat di Singapura.
"Pasaran jelas yang Najib selamat pada tahap ini dan tidak ada cabaran politik yang terlalu besar terhadapnya," kata beliau kepada Bloomberg.
Vaninder berkata sekiranya Umno memenangi pilihan raya umum akan datang, saki baki kesan 1MDB dijangka terhapus terus.
Isu 1MDB menyebabkan kerajaan dan pembangkang berada pada polar berlawanan yang jelas.
"Pembangkang dan penyokong mereka sudah yakin Najib terlibat dalam pengubahan wang dari 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti diminta beri pandangan tentang kecurian wang 1MDB

Posted: 24 Jul 2016 08:10 PM PDT


Zolkarnain AbidinZolkarnain AbidinKetiadaan suara para mufti ekoran tindakan terhadap 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika dipersoalkan oleh ramai rakyat negara ini kerana mereka selama ini sangat vokal dengan isu lain.
"Mana mufti Malaysia yang seramai 15 orang dalam kes Najib? Jenayah Najib, bini Najib dan anak tiri Najib bukan rahsia lagi. Jika dunia sudah tahu, takkan para mufti kita belum tahu?" tulis Zolkarnain Abidin, mantan Adun Pas di Santan, Perli dalam satu postingnya.
Menurut beliau, sebelum ini ketika Lim Guan Eng terlibat mereka bingkas bangun mendesak dia macam-macam.
"Kamu cungkil pelbagai istilah agama untuk mengaitkannya dengan keburukan dan kejahatan. Tapi apabila Najib buat masalah, mulut kamu termangga, bisu, kelu, macam kerbau tercekik jerami kering," tulis beliau dalam facebooknya.
Beliau kesal kerana, jika apa-apa kesalahan yang melibatkan rakyat biasa, mufti bangkit segera dengan keluarkan dalil al-Quran dan hadith.
"Tapi apabila melibatkan penguasa kemana perginya kisah perjuangan sahabat dan ulama yg mufti dendangkan itu?" tulisnya lagi.

'Sertai rakyat heret dalang 1MDB ke pengadilan'

Posted: 24 Jul 2016 08:08 PM PDT

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong sepatutnya melobi kepimpinan Gerakan supaya memberi tekanan bagi penangkapan dalang yang terlibat rasuah yang membabitkan 1MDB, kata Setiausaha Organisasi DAP Selangor Eddie Ng.
Ini susulan kenyataan Yong, bahawa adalah jelas 'Malaysian Official 1' yang dirujuk dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Yong sepatutnya mengetuai Pemuda Gerakan bangkit mendesak pimpinan tertinggi Parti Gerakan serta Pengerusinya Mah Siew Keong untuk bersama-sama dengan rakyat jelata yang ingin dalang skandal 1MDB di hukum mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Yong juga harus menggalakkan pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang lain untuk mengakui bahawa Najib terpalit sama.
"Mereka bukan sahaja perlu menerima hakikat bahawa itulah dalang sebenar yang telah melesapkan duit rakyat Malaysia sebanyak berbilion-bilion ringgit.
"Malah mereka perlu berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia untuk mendesak Najib meletak jawatan dan diikuti dengan siasatan yang bebas daripada sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak yang menyeluruh terhadap skandal 1MDB," katanya.
Yong berkata, beliau percaya istilah 'Malaysian Official 1' yang disebut 36 kali dalam saman DOJ itu merujuk kepada Najib.
Bagaimanapun, beliau percaya Najib telah menerima nasihat yang salah.
"Saya percaya niat Najib adalah baik, tetapi entah bagaimana dimanipulasi oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan diri.
"Mungkin PM juga menerima nasihat yang salah," kata Yong kepada Malaysiakini.

'MO1' ... sesiapa sahaja, tidak semestinya Najib, kata Tok Him

Posted: 24 Jul 2016 08:00 PM PDT

'Pilihan raya awal, Pakatan Harapan perlu capai konsensus' - LGE

Posted: 24 Jul 2016 07:59 PM PDT

Tak sedar lagikah kita, dirompak dua kali - tegas Guan Eng

Posted: 24 Jul 2016 07:58 PM PDT

'Duit 1MDB dibuat macam duit bapak dia' - tegas Azmin Ali

Posted: 24 Jul 2016 07:57 PM PDT

Gobind: Siapa sebenarnya MO1? Hadirin jawab: Najib

Posted: 24 Jul 2016 07:56 PM PDT

SKANDAL 1MDB AUTOMATIK MENJADIKAN MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI NEGARA PENCURI

Posted: 24 Jul 2016 04:41 PM PDT

Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Buat seketika ramai yang tidak tahu apa itu makna kleptokrasi. Barangkali majoriti kita tidak pernah pun mendengar perkataan itu sebelum ini. Setelah ditinjau dalam google dan dicari maklumat dalam wikipedia, kleptokrasi rupa-rupanya memberi makna yang cukup memalukan kepada Malaysia.
Dalam ertikata mudah, kleptokrasi adalah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Secara langsung ia sangat bertentangan dengan makna dan amalan demokrasi yang dijunjung selama ini. 

Di media-media sosial, barangkali untuk kemudahan pakcik kampung dan makcik Felda memahaminya, kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "klepet"  dan "kelentong" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Sebab itu, dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS, harta-harta yang disita berkaitan 1MDB itu akan dikembalikan semula kepada pemunya asalnya.

Rupa-rupanya juga, dalam kita bergembira kerana AS mahu mengembalikan semula harta-harta yang disita itu kepada kita, Malaysia juga turut mendapat malu kerana kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman, selain harta-harta yang bakal disita, mereka juga tanpa ragu-ragu mengatakan wang RM2,600 juta yang dimasukkan ke akuan peribadi Malaysian Official 1 adalah juga berasal daripada 1MDB.

Makna kata, dalam maklumat yang ada dalam tangan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, tidak ada sama sekali individu Timur Tengah, anak raja Arab atau sesiapa yang lain yang kononnya pernah ditemui oleh Zahid Hamidi yang dikenalpasti sebagai penderma wang tersebut.

Curi jugalah maksudnya wang RM2,600 juta itu.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Sabah perlu tumbangkan BN, bukan keluar Malaysia, kata Shafei Apdal

Posted: 24 Jul 2016 04:36 PM PDT


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Rakyat  negeri Sabah diajak tumbangkan Barisan Nasional (BN) dan tidak berbangkit persoalan  negeri  Sabah perlu keluar dari Malaysia, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata persoalan keluar dari Malaysa tidak berbangkit, sebenarnya hak rakyat Sabah perlu dibangkitkan oleh pemimpin negeri itu dan pusat selepas Umno bertapak di Sabah sejak 25 tahun lalu.
"Persoalan kita keluar dari Malaysa tidak berbangkit, sebenarnya hak kita yang berbangkit.
"Kita kena bersatu dan berpadu untuk tumbangkan BN di negeri Sabah ini,"ujar  beliau ketika berucap di hadapan 2,000 penyokongnya dalam majlis sambutan Hari Raya di Kampung Rampaian Laut, Kota Belud semalam.
Tegas Shafie lagi, hanya pilihan raya umum dapat menentukan kekuatan BN di Sabah dan rakyat Sabah diminta tidak terpengaruh dengan permainan BN untuk menarik penyokong terhadap parti itu.
"Saya tahu tidak ada nikmat perjuangan ini jika tiada pengorbanannya.
"Jangan takut dan bimbang akan banyaknya parti di Sabah kerana bukan parti yang menentukan siapa berkuasa di negeri Sabah.
"Yang menentukan kuasa di negeri ini adalah rakyat Sabah.
"Apa guna ada parti lokal tetapi jadi kuda tunggangan. Cukuplah kali ini...ini kalilah...jangan jual tangan ini. Tidak perlu dibeli dan jangan jual undi. Undilah parti yang kita akan tubuhkan nanti," ujarnya yang  mendapat tepukan gemuruh dikalangan penyokong dalam rangka lawatan yang diadakan  di Bahagian Kota Belud selepas beliau mengumumkan keluar parti.
Shafie memberitahu beliau  berkemungkinan  mengumumkan parti baharu di negeri itu pada bila-bila masa sebelum pilihan raya akan datang.
"Insyaallah saya akan umumkan bila keadaannya tiba.
"Dalam politik kena teliti banyak perkara, perjuangan kita menuntut hak negeri Sabah dan rakyat Sabah. Sudah sampai waktunya kini.
"Orang Melayu bumiputera di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada Umno.
"Di Kelantan sudah 25 tahun Pas pegang tidak  pun mati orang Melayu di situ.
"DAP pegang dua penggal di Pulau Pinang, Lim Guan Eng jadi Ketua Menterinya, tidak mati orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

MO1: Malaysia Di Badutkan....

Posted: 24 Jul 2016 04:32 PM PDT

Bila sebuah negara telah diBADUTKAN oleh penyangak wang rakyat, tanpa rasa segan silu dan tiada maruah UNTUK KEKAL BERKUASA...

Sejak bila pak arab belajar ilmu putar belit Umno ???

Posted: 24 Jul 2016 04:28 PM PDT

Dgn manusia mereka dapatlah menipu tapi dgn Allah tiada satu pun dpt mereka sembunyikan dan pasti kebenaraan itu akan nampak jua. Aib mereka yg menipu itu pasti d ketahui jua akhirnya.

#MalaysianOfficer1

PAS Terlupa Hilang Deposit Di Sungai Acheh ?

Posted: 24 Jul 2016 06:50 AM PDT

Penganalisis politik meramalkan peluang Pas untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang terbatas.

Menurut penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P Sivamurugan, ini kerana wujud persaingan antara BN dan dalam kalangan rakan pembangkang yang lain.

"Pas akan menghadapi kesukaran pada PRN Pulau Pinang. Ini kerana wujud persaingan yang bukan sahaja dengan Umno, malah dengan Amanah (Parti Amanah Negara).


"Melainkan ada kompromi (antara Pas dengan Amanah)," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Pendapatnya itu turut dibuktikan dengan rekod lampau Pas yang hanya meraih satu kerusi di Permatang Pasir pada Pilihan Raya Umum 2013.

"Melihat kepada peluang Pas, lebih baik bagi Pas untuk tumpu pada PRU 14 nanti sahaja.

"Tetapi sudah menjadi tradisi Pas untuk bertanding dan saya yakin Pas memang akan bertanding kali ini," katanya lagi. -SH

PAS letak calon di PRN P Pinang

PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, PAS mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.

"Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS tidak menolak untuk berkerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.

Katanya PAS sebelum ini telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa oleh PAS sejak awal penubuhannya.

"Kita (PAS) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar PAS, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

"PAS hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dahulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan oleh PAS, telah berkerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik," kata Abdul Hadi.
-Bernama

Apakah sebenarnya tujuan PAS bertanding di Pulau Pinang sedangkan PAS tidak mempunyai kekuatan di negeri tersebut?

Penganalisis politik ada yang berpendapat tujuan PAS itu hanyalah untuk mempastikan kekalahan Pakatan Harapan dan memberi laluan kemenangan kepada UMNO BN. Wallau 'alam.

Jika benar maka PAS yang akan menerima kesan buruk dari niatnya yang busuk itu. Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)