Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRN Pulau Pinang: Keputusan ‘gopoh’, DAP ‘gelabah’ – PAS

Posted: 23 Jul 2016 09:58 PM PDT

Jika DAP dan Lim Guan Eng 'gentleman', letak jawatan dan tidak perlu adakan PRN di Pulau Pinang, cabar pesuruhjaya PAS negeri.

PETALING JAYA: DAP membuat keputusan 'gopoh' dan 'gelabah' berhubung rancangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof berkata tindakan DAP dan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu dilihat sebagai semata-mata untuk menjaga populariti mereka saja.
Fauzi berkata jika DAP dan Guan Eng 'gentleman', beliau mencabar ketua menteri itu dan ahli DAP negeri meletakkan jawatan.
"Pada asasnya kita nampak PRN ini hendak jaga populariti DAP dan Guan Eng. Itu asasnya saya nampak. Jadi DAP punyai kepimpinan yang ramai, kalau nak kembalikan, beri mandat pada rakyat untuk pilih. Letak jawatan saja, atau semua dalam DAP letak jawatan. Kalau gentleman buat demikian," katanya kepada FMT.
Guan Eng sebelum ini menafikan rancangan DAP membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya awal di negeri itu adalah bagi menyelamatkan dirinya daripada dakwaan rasuah.
Pada 30 Jun lalu beliau didakwa atas dua pertuduhan salah guna kuasa. Beliau dituduh menggunakan kuasa ketua menteri dalam pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 Derah Barat daya kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd dan mendapatkan balasan dalam bentuk rumah banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn yang dijual kepadanya di bawah harga pasaran.
Rancangan pilihan raya mengejut itu dikatakan tidak direstui sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah.
Beberapa pemimpin Umno dan PAS pula mendakwa ia merupakan usaha terdesak Guan Eng untuk menyelamatkan dirinya sebelum perbicaraan rasuah berlangsung pada September ini.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata dakwaan terhadapnya akan tetap dibicarakan walaupun DAP dan Pakatan Harapan menang pilihan raya negeri itu.
Mengulas lanjut, Fauzi berkata PRN di Pulau Pinang masih belum dapat kata putus disebabkan tiada persefahaman di dalam Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

'Desak Najib 'berehat' bukan urusan saya'- Hadi

Posted: 23 Jul 2016 09:39 PM PDT

PAS tidak berhasrat untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat ekoran isu skandal 1MDB.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, bukan urusan PAS untuk menentukan sama ada Najib perlu undur atau sebaliknya apabila nama pemimpin negara itu dikaitkan dengan skandal berkenaan, lapor Sinar Harian.
"Itu bukan kerja PAS. Itu kesilapan pihak berkenaan. Desak Najib 'berehat' juga bukan urusan saya, itu urusan BN selaku kerajaan pemerintah," katanya dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun anggota parlimen Marang itu berkata, PAS tetap mahukan siasatan secara adil dalam kes melibatkan skandal 1MDB.
Malah, Abdul Hadi berkata, kerajaan perlu mengelak dan menutup ruang kepada pihak asing untuk campur tangan dalam siasatan berkenaan.
"Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.
"Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar," katanya.
Selain itu, beliau turut berkata, PAS konsisten dengan pendirian mahu mengambil alih kerajaan melalui demokrasi dan secara bermoral.

Lim Guan Eng ada hak, AG tiada hak ugut, kata peguam

Posted: 23 Jul 2016 09:37 PM PDT

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang berhak untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pendakwaan rasuah yang diada-adakan terhadapnya.
Justeru, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang juga peguam Guan Eng memberi amaran kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali supaya berhenti menggertak anak guamnya.
"Saya minta peguam negara berhenti mengugut anak guam saya, jika tidak saya tidak akan teragak-agak memulakan prosiding penghinaan mahkamah ke atasnya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang," katanya seperti dilaporkan Roketkini.
Apandi dilaporkan sebagai berkata akan mendedahkan bukti terhadap pertuduhan rasuah Guan Eng sekiranya integritinya terus dipersoal.
Malah Apandi yang sebelum ini membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku rasuah juga mendakwa telah kononnya memberi peringatan kepada peguam Setiausaha Agung DAP itu.
Bagaimanapun, Gobind menafikan dakwaan tersebut, sekaligus mencabar Apandi menunjukkan bukti.
"Beliau mesti sedar akan peranannya sekarang sebagai pendakwa raya awam yang mengendalikan kes di mahkamah tinggi, dan saya mengetuai pasukan peguam bela kepada ketua menteri.
"Ada peraturan terpakai untuk pegawai undang-undang. Jika anda ada masalah anda patut bangkitkannya kepada peguam di pihak satu lagi, dan jika ada pertikaian, ada cara ia boleh diatasi dengan wajar," ujarnya.

Skandal 1MDB: Bagaimana Amerika jumpa bukti tetapi Malaysia tidak?

Posted: 23 Jul 2016 09:34 PM PDT

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat secara rasminya mengambil tindakan memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Peguam Negara AS Loretta E Lynch mengumumkan tindakan ini adalah untuk melucutkan dan mendapatkan kembali dana sebanyak USD1 bilion berkaitan dengan 'konspirasi antarabangsa' mengubah dana haram yang diperolehi daripada 1MDB.

Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?

Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi.

Cuma pelik bagaimana Jabatan Keadilan AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpangkalan di Malaysia tetapi tidak pihak berkuasa Malaysia.

Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?

Rakyat sedang melihat apakah kalian sedang bekerja untuk negara dan rakyat, atau individu tertentu?

Dan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, fikirlah apa langkah terbaik seterusnya buat anda dan negara.Read More / Baca Lagi >>

Mana Nak Lari Dah: Cadangan Jalan Keluar Buat "Malaysian Official 1"

Posted: 23 Jul 2016 09:25 PM PDT


1MDB bukan nya di saman dalam kes ini.

Look... money laundering adalah berpunca dari wang wang 1MDB dan ianya melalui system kewangan Amerika. Memang lah bukan 1MDB yg disaman. Yang dinyatakan ianya adalah wang 1MDB berjumlah USD3.5 billion yang di curi.

Dinyatakan seterusnya wang2 tersebut digunakan untuk membeli assets berbagai . Nak saman 1MDB kenapa? 1MDB adalah pihak yang dicuri wang nya. Ini adalah fakta simple yang wajib di fahami.

Apabila wang dicuri, dan digunakan untuk tujuan lain, ianya adalah money laundering. Yaani kesalahan besar di dalam dunia kewangan diseluruh dunia.

Walaupun kita di Malaysia tidak kesah wang 1MDB dicuri atau ditipu melalui Petrosaudi Jv dan Aabar BVI, ini tidak bermakna negara lain memandang ringan kes money laundering.

Ini baru pertama ..rampasan assets. Kenapa buat kes rampasan assets sebelum kes criminal? Sebab ianya utk memastikan harta2 tersebut tidak dicairkan!. ( atau ditukar nama orang lain )

Seterusnya akan ada criminal proceedings di US dan Swiss mahupun Singapore. Dan semua kes kes ini defendan nya pasti bukan 1MDB.. defendan mestilah nama2 yg sama dlm kes Kleptocracy ini.

Dan jangan harap nak lihat nama MO1 sebagai defendan dalam mana2 kes selagi dia berjawatan.
( copy dari FB Yaakob Osman )

Di atas adalah satu penerangan mudah apa yang patut kita fahami mengenai kes DOJ US sita aset yang berasal dari dana 1MDB.

Jom kita layan jejak wang atau money trail yang berjaya di temui oleh DOJ US -









Aset2 yang mahu disita itu bernilai hampir USD1 bilion ..... campur duit yang masuk ke akaun Najib di atas .... dekat USD2 bilion. Belum campur yang dibelanjakan ditempat lain.

Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Tindakan DOJ berdasarkan perlakuan jenayah

Posted: 23 Jul 2016 09:23 PM PDT

Tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat melakukan saman sivil terhadap 1MDB adalah berdasarkan perlakuan jenayah, kata bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak yang mengatakan bahawa tindakan DOJ berhubung isu skandal 1MDB hanyalah saman sivil dan bukan jenayah.
"Keseluruhan tuntutan menggunakan perkataan seperti penipuan, konspirasi... Segala-galanya yang mereka cakap tentang tuntutan ini adalah jenayah.
"Ini adalah mengenai perlakukan jenayah, tetapi ia adalah satu proses sivil kerana berhubung rampasan aset, ia sebahagian daripada bahagian sivil," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam pengumpulan dana NGO ALIRAN malam tadi.
DOJ pada Rabu mendakwa lebih AS$3.5 bilion dana 1MBD telah disalahgunakan.
Dalam saman mereka berhubung tindakan untuk merampas lebih AS$1 bilion aset yang dibeli dengan dana badan tersebut, perkataan kelakuan jenayah, hasil jenayah dan kesalahan jenayah muncul sebanyak 13 kali.
Sebutan pertama dalam saman itu adalah berkaitan bagaimana antara tahun 2009 hingga 2013, beberapa individu termasuk pegawai-pegawai am mengadakan persepakatan "untuk membersihkan perlakukan jenayah termasuk dalam dan melalui institusi kewangan Amerika Syarikat".
Saman itu juga memetik undang-undang jenayah Malaysia- iaitu yang menyalahgunakan dana awam oleh seorang pegawai awam dan penipuan bank adalah jenayah- sebagai asas tindakan badan kehakiman berkenaan.
Putrajaya termasuk Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun memandang ringan keseriusan saman berkenaan dengan mengatakan ia adalah tindakan sivil semata-mata.

Skandal 1MDB: Seluruh Kabinet perlu letak jawatan

Posted: 23 Jul 2016 09:22 PM PDT

Seluruh anggota kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan kerana mereka turut bersalah dengan masalah yang melanda Malaysia kini, kata Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga.
"Bukan sahaja Najib yang bersalah tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia, tetapi seluruh kabinet.
"Semua menteri-menteri yang tidak berkata apa-apa, ia adalah satu dosa kerana tidak melakukan perkara yang sepatutnya," katanya pada majlis makan malam bagi pengumpulan dana NGO ALIRAN malam tadi.
Ambiga berkata demikian ekoran Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang membuat saman sivil terhadap 1MDB.
DOJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion wang dalam dana 1MDB telah disalahgunakan dan pihak berkuasa kini berusaha untuk merampas lebih AS$1 bilion aset yang diperolehi dengan wang tersebut.
Kes tersebut membabitkan anak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low.
Selain itu, seorang pegawai awam berpangkat tinggi yang tidak dinamakan tetapi disebut sebagai 'Malaysian Official 1' pula didakwa menerima AS$731 juta daripada dana 1MDB yang disalurkan ke akaun pegawai berkenaan.
Pentadbiran Najib bagaimanapun mengatakan bahawa tindakan yang dibuat DOJ hanyalah satu saman sivil dan bukan saman jenayah.

GANDINGAN ZAHID DAN KJ MAMPU SINGKIRKAN NAJIB, TAPI.....

Posted: 23 Jul 2016 07:34 PM PDT

Jika ditinjau secara mendalam ke lubuk hati sebahagian besar ahli dan pimpinan UMNO, mereka juga sebenarnya mulai bimbang dan celaru berikutan tindakan penyitaan oleh Jabatan Kehakiman AS terhadap harta dan aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB yang dicuri.

Walaupun hanya Amerika dan Singapura yang sudah memulakan penyitaan setakat ini, harus jangan dilupa bahawa Switzerland, United Kingdom, Australia, Hong Kong, UAE dan Luxembourg turut membuka kertas siasatan yang sama berkaitan pengaliran wang yang diragui berkaitan 1MDB

Dengan itu, bayangkan untuk tempoh setahun dua akan datang, seluruh dunia sentiasa saja sarat dengan pelbagai berita serta pendedahan yang mengaibkan Malaysia berkaitan 1MDB.

Dalam masa yang sama, sudah tentu yang paling terbalit ialah Najib Razak berikutan 1MDB adalah syarikat yang ditubuhkannya, beliau pengerusi lembaga penasihatnya, artikel 117 M&A 1MDB mensyaratkan tandatangannya wajib diperolehi sebelum pelaburan atau urusniaga diluluskan, Jho Low adalah rakan keluarganya dan Riza Aziz adalah anak tirinya.

Maka, dalam semua keadaan itu, bagaimana Najib mampu memimpin UMNO dan BN ke arah kemenangan dalam PRU 14 nanti?

Kebimbangan paling utama bagi majoriti ahli dan pemimpin UMNO ialah kuasa dan kemenangan dalam pilihanraya. Rata-rata tidak melihat kemungkinan harapan lebih baik untuk mencapai kemenanngan kerana nampaknya isu berkaitan Najib dan 1MDB ini sudah memunjukkan tanda-tanda permulaan yang buruk buat UMNO dan BN.

Najib memang disedari mustahil akan berundur atau meletakkan jawatannya. Beliau tidak mungkin melakukannya bukan saja kerana bimbangkan kehidupannya akan berakhir di penjara, malah yang lebih  penting ialah disebabkan tidak mahu memberi trofi kemenangan lebih awal kepada Tun Mahathir Mohamad yang sentiasa mahu menyingkirkannya.

Najib barangkali lebih selesa membawa keseluruhan UMNO sama-sama tumbang bersamanya. Jika selepas itu ada proses pendakwaan, perbicaraan dan pemenjaraan, Najib tidak lagi keseorangan menghadapinya, sebaliknya akan ditemani sama oleh rakan-rakan seperdosaannya yang lain.

Dalam keadaan ini, bolehkah Najib disingkirkan atau realakah ahli serta pemimpin UMNO yang lain membiarkan saja parti itu kalah dalam PRU 14 nanti?
Read More / Baca Lagi >>

Najib dan Kabinet patut letak jawatan, desak Ambiga

Posted: 23 Jul 2016 06:29 PM PDT

Tiba masa untuk Bersih 5.0, kata Ambiga

Posted: 23 Jul 2016 06:18 PM PDT

Tipu, konspirasi antara perlakuan jenayah dalam 1MDB - Ambiga

Posted: 23 Jul 2016 06:17 PM PDT

Jabatan Kehakiman Amerika ‘kantoikan’ 1MDB bayar hutang judi di Las Vegas

Posted: 23 Jul 2016 05:47 PM PDT

Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media semalam bakal memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng.
Berikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan.
Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri.
Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku 'pejuang Melayu dan Islam' amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin.
"Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah.
"Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir.
"Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!" katanya ketika dihubungi Roketkini.
Read More / Baca Lagi >>

Awas FBI dan Peguam Negara AS!

Posted: 23 Jul 2016 05:44 PM PDT

JENDELA segera dunia bagi saya ialah CNN, BBC, Aljazeera dan CCTV, masing-masing bertapak di AS, UK, Qatar dan China. Pada hampir jam 6.30 pagi Jumaat 22 Julai 2016, dua hari lalu, CNN memberitakan AS$1 bilion telah dirampas oleh Kerajaan AS daripada pemilikan 1MDB di AS, sedangkan BBC pula lantang mengatakan sebanyak AS$177 juta dirampas oleh pihak berkuasa Singapura ekoran daripada penyiasatan salah laku kewangan dalam 1MDB di Singapura.
Pada 21 Julai sebelumnya, media sosial bertemasya dengan siaran TV terhadap persidangan akhbar berkenaan salah laku kewangan dalam 1MDB oleh pihak-pihak tertentu yang diberikan oleh Loretta Lynch, Peguam Negara AS, di Jabatan Keadilan AS, Washington DC. Bersama beliau ialah seorang pegawai kanan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS (IRS), Timbalan Pengarah FBI, Penolong Peguam Negara AS dan seorang pegawai tinggi di Pejabat Peguam Negeri, California. Apabila semuanya dikaupkan, maka ia menerbitkan satu gambaran yang bizarre, atau amat luar biasa.
Sesuai dengan tajuk berita CNN, 'Kerajaan AS: Bilion-bilion dicuri daripada rakyat Malaysia', Lynch memerikan bagaimana wang begitu banyak bergerak dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah, Switzerland, British Virgin Island dan tempat-tempat tertentu sebelum memasuki sistem kewangan AS. Nama penuh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri DS Najib, dan Jho Low dinamakan sebagai pihak-pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Disebutkan bahawa wang yang tiba di AS digunakan untuk membuat filem 'The Wolf of Wall Street' yang mengaup kutipan kira-kira AS$550 juta di seluruh dunia, membeli apartmen mahal-mewah di kota New York dan London, sebuah mansion (sedang didirikan di Los Angeles), karya seni lukis Monet yang mahal. Dikatakan juga pembayaran hutang perjudian di Las Vegas.
Secara pasti Lynch dan mereka yang bersama beliau itu menamakan 'Pegawai Malaysia 1', 'Pegawai Malaysia 2', 'Pegawai Malaysia 3' dan seterusnya yang dikatakan terlibat dalam salah laku kewangan 1MDB di Kuala Lumpur. Di AS, memberikan nama samaran untuk maksud orang yang sudah dikenal pasti sebelum tuduhan rasmi dibuat adalah amalan biasa. Tujuannya ialah untuk memastikan tumpuan kepada kes yang dikendalikan tidak berpindah kepada orang yang akan dituduh. Ini adalah proses kematangan tindakan undang-undang dari negara demokrasi terulung di dunia.
Paling rapat pemerian siapa 'Pegawai Malaysia 1' itu ialah frasa ini dalam laporan rasmi AS di sisi Peguam Negara AS itu:  1. Beliau ialah seorang yang berkuasa ke atas 1MDB. 2. Beliau ialah bersaudara (relative) dengan Riza Aziz.
Rakyat Malaysia tentunya kagum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Malaysia bahawa 'kita akan memberikan kerjasama' kepada mana-mana pihak yang bertauliah dalam perkara 1MDB yang dirujukkan oleh Peguam Negara AS Lynch itu.
Bagaimanapun, apabila AS dan Singapura masing-masing sudah diumumkan bertindak merampas wang begitu banyak, ia dengan sendirinya berupa satu pengakuan bahawa segala maklumat yang relevan sudah didapati dan, berdasarkan maklumat itu, keputusan sudah dicapai. AS dan Singapura dengan itu bagaikan berkata: "Semua maklumat relevan sudah kami dapati. Kerjasama seterusnya dihargai. Namun maklumat yang ada sudah mencukupi."
Read More / Baca Lagi >>

1MDB is more than just about stolen money

Posted: 23 Jul 2016 05:32 PM PDT

La Maison de Vincent a Arles, by Vincent Van Gogh.
This painting by Vincent van Gogh belongs to Malaysia
So many countries are now investigating 1Malaysia Development Berhad: in the course of them doing that, I hope some are not subtly holding this country to ransom. Given our endless predicaments, it is important to ensure that our sovereignty and vital interests are not compromised when dealing with others.
It is important to keep vigilant of treaties signed, concessions made, and foreign policies promulgated during this difficult time.
How could we raise so much money through bonds and then use the proceeds for unimaginable wayward indulgences? Are reputable investment bankers and sophisticated bond investors blind or are they part of the conspiracy?
It is just too convenient to push the responsibility to the Malaysian government (present and future) and the Malaysian taxpayer. It is time investment bankers are held accountable and bond-holders take a "haircut". I don't care, maybe we should just default on the bonds and damn the sovereignty ratings: there is not much reputation left to protect in the first place.
READ THIS: 
Institutional failure is now pervasive. These institutions were set up under our constitution and system of government. They draw salaries and perks from our coffers; they are expected to perform specific functions and entrusted responsibility. But look at them now, none of them work.
There are investigations which lead to no outcome. They are enquiries and audits, but the results are hidden. They have the inherent power to "make a difference" but somehow they have chosen to remain silent.
Read More / Baca Lagi >>

Not good enough, 1MDB

Posted: 23 Jul 2016 05:28 PM PDT

The company cannot simply shrug off the US probe. After all, it is alleged to be a vehicle for money laundering.
1mdb US
by Tariq Ismail
If 1MDB wishes to clear its tarnished name, it needs to work with local investigative authorities to look into the allegations of money laundering that the US Department of Justice (DoJ) makes in its civil suit.
To Malaysians concerned over corruption and embarrassed by the US action, it is not good enough for the government-owned company to simply say that it is not the subject of the DoJ investigation and that it has no US assets.
If 1MDB was listening closely, it would have heard that the investigation centres on individuals and officials connected to it. 1MDB is said to be a vehicle through which funds were allegedly laundered by the individuals being investigated.
1MDB and the investigative authorities must address the allegations and name the alleged culprits.
Yes, these are still only allegations, but allegations need to be addressed in a transparent way.
According the Public Accounts Committee (PAC) report on 1MDB, certain individuals were accused of refusing to listen to the advice of the company's board of directors. In light of investigations in the United States and other countries, these individuals should be called before a tribunal so that the authorities can determine where and when the alleged misappropriation of funds occurred.
The Federal Government, on its part, must not try to avoid hard questions by playing the spinning game. Above all, it must not resort to racial and religious narratives to try to split the people over the issue.
As for members of the ruling party, they must realise that loyalty to the party is not the same as loyalty to the nation and the citizens who voted them in.

Bagaimana ‪#‎MalaysianOfficial1‬ curi duit rakyat Malaysia ‪#‎1MDB‬.

Posted: 23 Jul 2016 04:54 PM PDT



DI MANA 'Penderma Arab 2.6 bilion' itu pada carta aliran wang tersebut ??
KENAPA TIADA muka 'Penderma Arab 2.6 bilion' tersebut ??
Adakah Najib, Zahid Hamidi & kuncu2nya telah menipu YDP Agong, rakyat & seluruh dunia ??!!
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sebarang salahlaku tidak akan berupaya untuk bertahan lama. Sunnatullah akan tetap berlaku, setiap mereka yang melakukan kesalahan PASTI menerima hukumannya. Dan Allah menyatakan mengenai sunnatullah:
"Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali kali tidak akan menemukan perubahan bagi Sunnatullah itu" - Surah Al Fath:23

MAMPUKAH NAJIB MENJADI SEPERTI ERDOGAN?

Posted: 23 Jul 2016 08:51 AM PDT

Dalam percubaan menghiburkan hati dan mengubati duka lara Najib Razak berikutan saman penyitaan hartanah dan aset berkaitan dana 1MDB yang diselewengkan oleh Jabatan Kehakiman AS, Salleh Said Keruak memberitahu bahawa Perdana Menteri itu mempunyai ramai penyokong yang masih meyakini kepimpinannya, tetapi berdiam diri.
Memberikan kata-kata ucapan sempena hari jadi Najib, beliau berkata, terdapat ramai rakyat Malaysia yang menyokong Najib, tetapi hanya ingin berdiam diri kerana menganggap sebagai sia-sia untuk berdebat mengenai sesuatu isu yang tidak mendatangkan hasil.

Benarkah begitu?

Beranikah Najib mengadakan pilihanraya umum secara mengejut sebagaimana Lim Guan Eng tidak takut mengadakannya di Pulau Pinang?

Bagaimana pula jika Perhimpunan Bersih 5.0 diadakan dalam waktu terdekat ini?
Mampukah Najib mengajak rakyat bangun mempertahankannya sebagaimana Erdogan melakukannya di Turki baru-baru ini?
Apakah kerana lebih ramai penyokong Najib memilih berdiam diri itu menyebabkan  pra-perhimpunan baju merah di depan Sogo petang tadi yang dipersiapkan untuk berhadapan dengan Bersih 5.0 hanya suam-suam kuku saja kehadirannya?

BANGKAI 1MDB YANG SEMAKIN MEMBUSUK

Posted: 23 Jul 2016 08:21 AM PDT



1. ANAK PEREMPUAN ROSMAH GESA IBUNYA TAMPIL DAN BERTANGGUNGJAWAB BAHAWA RIZA AZIZ ADALAH "PROKSI" KEPADA BELIAU DAN NAJIB, JUGA DAKWA BELIAU TELAH DIBUANG OLEH ROSMAH DAN SERING DIANCAM DAN DIGANGGU OLEH EJEN2 KERAJAAN ATAS ARAHAN ROSMAH KERANA BERDIRI ATAS KEBENARAN.

2. NAJIB PEMBOHONG BESAR!!!FBI SAHKAN RM2.6 BIL DALAM AKAUN BELIAU DATANGNYA DARI SYARIKAT MILIK JHO LOW, YANG MENDAPAT DANA DARI PENJUALAN BON OLEH 1MDB (BUKAN DERMA DARI MANA2 PUTERA ARAB)

3. RIZA AZIZ TERIMA RM1.47 BILION DANA 1MDB MELALUI SYARIKAT JHO LOW DAN DIHABISKAN DI MEJA JUDI, BARANG KEMAS DI HONGKONG, BELI HARTANAH DAN HOTEL.


GREED BREAKS UP FIRST FAMILY: YOU SHOULD HAVE NAMED NAJIB - DAUGHTER TELLS U.S., WARNS MOM ROSMAH NOT SACRIFICE RIZA SO 'YOU & YOUR HUSBAND CAN GET OFF SCOT-FREE'



The step-daughter of Malaysian Prime Minister Najib Razak has issued a rebuke of her family, claiming her Wolf of Wall Street producer brother was paying the price for acting the "dutiful son".
GREED BREAKS UP FIRST FAMILY: YOU SHOULD HAVE NAMED NAJIB - DAUGHTER TELLS U.S., WARNS MOM ROSMAH NOT SACRIFICE RIZA SO 'YOU & YOUR HUSBAND CAN GET OFF SCOT-FREE' She further charged that the US government had "copped out" by not naming public officials involved in the multi-billion-dollar heist from state development fund 1MDB.
In a statement uploaded to Twitter and Facebook, Azrene Soraya Abdul Aziz also appealed to her estranged mother Rosmah Mansor, the second wife of Mr Najib, not to throw her US-based brother Riza Aziz under a bus "so that you and your husband can get off scot-free".
Mr Aziz, a co-founder of Hollywood production company Red Granite, was one of several people named in a US Justice Department lawsuit this week that seeks the seizure of $1.3 billion in assets bought with money stolen from the 1MDB Malaysian State Development fund he oversaw.
Red Granite, producer of The Wolf of Wall Street, said it had no reason to believe the money was "illegitimate" and Mr Aziz had done nothing wrong.
A spokesman for the Prime Minister said he had seen the post but could not comment on private family matters.
"She has a right to say what she wants to say but I can say for sure that the mother and daughter have been estranged for many years. We are not responding to it at the moment," he said.

Malaysian Attorney-General Mohammad Apandi Ali was quick to point out this week that Mr Najib was not named in the lawsuits, the first substantive action taken by a foreign government in relation to the misappropriation of 1MDB funds that some estimates put as high as $US6bn ($8bn).
However, the lawsuits refer to a "Malaysian Official 1" 32 times, including in connection with an inquiry by Mr Apandi into a $US681 million payment transferred into the personal account of "Malaysian Official 1" that was ultimately found to be a "personal donation to Malaysian Official 1 from the Saudi Royal Family".
Mr Apandi personally oversaw an investigation into $US681m in cash transfers into Mr Najib's bank accounts, which concluded that the money was a donation from the Saudi royals.
Mr Najib said on Thursday that his stepson Riza Aziz, "like anybody else, has his rights", and that the government would fully co-operate with all international investigations but that no wrongdoing had been proven.
Ms Azrene wrote on her Facebook page that her brother could be paying the price for signing his "soul to the devil to own what does not belong to him".
"If he stood as proxy or as a trustee for what does not belong to him or any individual who asked him to be the 'dutiful son', he needs to pay for it," the Malaysian image consultant said.
And in a direct appeal to her estranged mother, she added; "Please do not forsake another just so that you and your husband can get off scot-free. It is time for YOU to step to the plate and do what is right. Be. A. Mother."

Opposition parties and anti-corruption activists have all stepped up their demands for Mr Najib's resignation in the wake of the US lawsuit, among them former prime minister Mahathir Mohammad, who called for a tribunal of independent judges, including foreign judges, to hear the case.
But Malaysian analysts insisted yesterday that Mr Najib's position remained solid.
Oh Ei Sun, a former Najib aide turned analyst, told The Weekend Australian the lawsuit had not caused "an inch" of additional concern among senior members of the ruling UMNO party, because the Prime Minister still controlled the party's resources and largesse.
"He remains iron-clad within UMNO as the party's structure has become such that the incumbent is all but invincible lest he lacks the will to rule any longer," Dr Oh said, adding that was only to be expected in an "illiberal democracy with a single ruling coalition".
"Allies like Australia can do precious little except express regrets and call for betterment, if and when convenient diplomatically,'' Dr Oh said.

SON OF MURDERED AMBANK FOUNDER: NAJIB IS A MARKED MAN, U.S. WILL ONLY RETURN ASSETS AFTER THERE'S REGME CHANGE


SON OF MURDERED AMBANK FOUNDER: NAJIB IS A MARKED MAN, U.S. WILL ONLY RETURN ASSETS AFTER THERE'S REGME CHANGE
GENEVA - An investment banker in exile, taking his cue from developments in the US on the 1MDB Scandal, wants Umno President Najib Abdul Razak to vacate the Prime Minister's post immediately.
"Najib should be subject to comprehensive investigations as he presided over 1MDB which has been found involved in global mega scandals," said Moscow and Geneva based investment banker Pascal Najadi who previously lived in Malaysia.
"The previous investigations against Najib were selective, virtually cherry-picking exercises."
"That's why Attorney General Mohd Apandi Ali said that he found no wrongdoing on the part of Najib."
Getting into the specifics on the purported USD681 million political donation to Najib, he pointed out, the US found that the party that gave the money to him in fact obtained the funds from 1MDB. "The US authorities went to the original source on the money trail."
The investigative agencies in Malaysia, lamented Najadi, did not bother to probe the money trail. "They were just looking for the slightest excuse to clear wrongdoers. In that sense, they are party to illegalities."

The Investment Banker also stressed that it was not true to claim that Najib's name "was not mentioned" by the US authorities. "The US Attorney General and the Department of Justice (DoJ) may not have mentioned Najib Abdul Razak by name but they used the euphemism, Malaysian Public Official 1."
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Saman sivil AS bukan konspirasi, kata Nurul Izzah

Posted: 23 Jul 2016 07:55 AM PDT

Beliau berkata AS bukan satu-satunya negara yang menyiasat Malaysia berhubung kontroversi 1MDB.
Nurul Izzah
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah mendakwa saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman AS berkaitan kontroversi 1MDB tidak boleh dianggap sebagai konspirasi menentang negara.
Bercakap pada majlis rumah terbukan anjuran Parlimen Lembag Pantai di sini, hari ini Izzah berkata negara lain termasuk Switzerland dan Singapura juga menyiasat negara ini berhubung perkara sama.
"Jika ini sememangnya konspirasi maka ia bermakna seluruh dunia terbabit dalam konspirasi menentang Malaysia," katanya.
Nurul Izzah berkata bapanya, ketua de facto pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011 memberi amaran yang 1MDB akan menyebabkan negara menanggung bebang hutang.
"Beliau sudah beritahu jika kita gagal membongkar perkara sebenar mengenai 1MDB, maka negara ini akan menanggung hutang besar dan lihat kita sekarang."
Katanya, meskipun ada pihak tertentu dalam negara yang cuba menyembunyikan perkara itu daripada rakyat, kebenaran pastinya terbongkar dalam pelbagai cara.
Beliau berkata peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak saja tidak cukup memandangkan seluruh Kabinet bertanggungjawab dalam kontroversi 1MDB.
"Ini bukan lagi mengenai beliau letak jawatan. Jangan letak jawatan kerana seluruh Kabinet perlu bertanggungjawab."

Ketahui akibat kleptokrasi, kata TI-M

Posted: 23 Jul 2016 07:52 AM PDT

Datuk Akhbar Satar berkata kerajaan kleptokratik menganggap perbendaharaan negara seperti akaun banknya sendiri.
akhbar satar
PETALING JAYA: Pemimpin Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan akibat tindakan kleptokratik, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar.
Beliau berkata kerajaan kleptokratik mengenakan bebanan cukai yang besar kepada orang awam dan syarikat.
"Kerajaan kleptokratik menganggap perbendaharaan negara seperti ia akaun banknya sendiri," katanya kepada FMT.
"Mereka mengeksploitasi kekayaan rakyat dan menggunakannya untuk kegunaan sendiri atau bermegah; mereka membelanjakannya untuk projek mewah bagi memperoleh lebih banyak komisen."
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung tuntutan yang difailkan pendakwa persekutuan Amerika untuk merampas aset yang dikatakan diperoleh menerusi dana dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad.
Akhbar berkata negara yang dilabel kleptokratik diperintah kerajaan yang didominasi oleh pemimpin tidak beretika, berpura-pura bersikap jujur tetapi sebenarnya tamak haloba dan terbabit dengan rasuah.
"Ia sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisme dan nepotisme dengan memberikan kontrak besar dan kedudukan dalam kerajaan kepada saudara atau rakan rapat berbanding memberikannya kepada calon layak.
"Ia mencipta projek di peringkat dasar dengan alasan utama untuk menyalurkan wang keluar daripada perbendaharaan kepada dirinya sendiri atau kroninya, dengan keperluan untuk projek itu amat sedikit," katanya.
Negara kleptokrasi, katanya secara literal bermaksud "diperintah oleh pencuri".
Akhbar berkata Transparency International pada 2004 menamakan presiden Indonesia pada masa itu Suharto sebagai pemimpin dunia paling rasuah bagi tempoh 20 tahun sebelumnya.
"Dia mencuri antara AS$15-AS$35 bilion, mengatasi pemimpin kleptokratik yang kejam Ferdinand Marcos di Filipina yang merompak antara AS$5-AS$10 bilion.
"Pada akhirnya, kebanyakan pemimpin yang rasuah ini digulingkan, ditahan, didakwa atau dihukum penjara seumur hidup. Lebih teruk lagi, pasangan mereka, anak dan keluarga serta generasi mereka merana dan malu.
"Adakah anda bersedia dengan akibat tindakan ini?," soal Akhbar.

Malaysia pandang serius saman sivil DOJ – Zahid Hamidi

Posted: 23 Jul 2016 07:50 AM PDT

Malaysia menyambut baik usaha DOJ Amerika Syarikat memerangi rasuah antarabangsa.
Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucutan hak sivil yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha DOJ Amerika Syarikat dalam memerangi rasuah antarabangsa dan menggesa semua pihak terlibat supaya memberi kerjasama sepenuhnya supaya proses undang-undang dapat dilaksanakan.
Katanya, Malaysia sebagai anggota bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat global, menghormati proses perundangan bagi bidang kuasa yang berbeza dan kekal komited sepenuhnya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
"Seperti dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ini selaras dengan komitmen kami untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, terutamanya daripada segi ketelusan dan akauntabiliti.
"Dalam kapasiti saya sebagai menteri dalam negeri, saya boleh mengesahkan siasatan itu masih dijalankan dalam negara oleh pihak berkuasa yang berkaitan terutamanya PDRM," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
DOJ Amerika Syarikat memfailkan saman sivil itu bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.
Zahid berkata mana-mana individu atau syarikat Malaysia yang didapati terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang di mana-mana sahaja di dunia, bakal berdepan dengan tindakan perundangan.
Menurutnya kerajaan Malaysia komited menyelesaikan isu itu sepenuhnya dan keutamaan diberikan kepada usaha menegakkan keadilan bagi memastikan kepentingan rakyat dilindungi sepenuhnya.
"Apa yang lebih penting ialah kita tidak boleh membiarkan diri kita terjejas dengan tindakan undang-undang itu.
"Rakyat Malaysia perlu terus bersatu dan memberi tumpuan dalam menghadapi cabaran yang mendepani negara kita sama ada di tanah air atau di luar negara. Saya yakin, kita dapat mengatasi masalah 1MDB tidak lama lagi," katanya.

Selepas 40 tahun Najib ubah legasi bapanya

Posted: 23 Jul 2016 07:36 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak meraikan hari lahir ke-63 hari ini dan pada masa sama ia adalah detik bersejarah kerana sudah 40 tahun beliau berada dalam politik.
Najib memulakan kerjaya politiknya apabila dipilih mempertahankan kerusi parlimen Pekan yang kosong selepas bapanya allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 1976.
Beliau kemudian menjadi ketua pemuda Umno pada 1987 sebelum perlahan-lahan meniti anak tangga setapak demi setapak menjadi perdana menteri dan presiden Umno pada 2009.
Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata legasi Abdul Razak itu berjaya mengubah kemerosotan Umno dengan "mengubah amalan demokrasi pelbagai parti Malaysia menjadi sebuah negara pilihan raya satu parti".
Namun tidak seperti bapanya legasi Najib dalam Umno tidak begitu mengagumkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan (gambar) berkata Najib adalah perdana menteri yang "ragu-ragu" tetapi tetapi idealistik, yang berjanji untuk membawa perpaduan melalui "1Malaysia".
Melalui tindakan popular Najib menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), selain berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan dan membayangkan era baru dengan kerajaan tidak lagi bertindak sebagai pihak yang serba tahu, sebaliknya akan mendengar suara rakyat.
Bagaimanapun kata Wan Saiful rancangan Najib menjadikan Malaysia progresif digagalkan apabila dia terlupa bahawa tindakan itu perlu dilakukan bersama partinya.
"Mana-mana pemimpin yang mahu mengubah negara perlu mengubah partinya terlebih dulu.
"Saya fikir Najib terlupa dia perlu membawa parti bersama-samanya.
"Dia kemudian menyedari gagal meyakinkan penyokong tegar Umno bahawa mereka perlu mengubah pemikiran masing-masing," katanya.
Tekanan jadi kian kuat
Keadaan itu kata Wan Saiful menggagalkan usaha reformasi Najib kerana dia juga meyakinkan penyokong parti utama BN untuk mengikuti kepemimpinannya.
Sebaliknya, kata Wan Saiful, keadaan itu berakhir dengan Najib terpaksa mengikut apa yang dikehendaki pihak bawahannya.
Di sebalik usaha Najib, detik perubahan itu tiba apabila penyokong Umno dilihat menghukum perdana menteri kerana cubaan reformasinya dengan memberi undi popular kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2013.
Dengan kepimpinannya goyah tahun berikutnya menyaksikan perubahan dramatik pendirian Najib, terutama ketika perhimpunan agung Umno apabila dia memungkiri janji menghapuskan Akta Hasutan.
Sebaliknya Najib mengumumkan rancangannya untuk mengukuhkan peruntukan itu seperti diperjuangkan ahli partinya.
Read More / Baca Lagi >>

Apandi tidak pernah cakap dengan saya mengenai LGE – Gobind

Posted: 23 Jul 2016 06:14 AM PDT

Peguam itu mengugut untuk memetik kenyataan peguam negara kerana menghina mahkamah berhubung 'amaran akhir' kepada Lim Guan Eng.
gobind
PETALING JAYA: Salah seorang peguam Lim Guan Eng mengugut untuk memetik kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali, kerana menghina mahkamah selepas Apandi memberi amaran kepada Guan Eng jangan membuat komen kepada umum selagi perbicaraan rasuahnya belum selesai.
Gobind Singh Deo mencabar Apandi supaya mengemukakan bukti yang dia sebelum ini pernah memberi amaran kepada Guan Eng jangan bercakap mengenai kes itu.
"Saya belum bercakap dengan beliau (Apandi) sejak hari anak guam saya didakwa dan tidak ada pada bila-bila masa beliau membangkitkan sebarang masalah kepada saya secara peribadi mengenai perkara itu hingga ia keluar di media massa," katanya dalam satu kenyataan dipetik Malay Mail Online.
Awal hari ini, Apandi berkata beliau memberikan 'amaran terakhir' kepada Guan Eng yang juga setiausaha agung dan ketua menteri Pulau Pinang yang baru-baru ini berkata menjangkakan akan dipenjarakan dan mencadangkan pilihan raya baru diadakan untuk DUN negeri itu.
Apandi berkata integritinya sebagai pendakwa raya tercabar dan beliau sudah memberikan amaran kepada Guan Eng sebelum ini, dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar The Star .
Gobind berkata peguam negara tidak boleh menjangkakan Guan Eng tidak akan membuat kenyataan mengenai perkara itu memandangkan kedudukannya sebagai ketua menteri.
Apandi sepatutnya membangkitkan perkara itu kepadanya, bukan menerusi media, kata Apandi.
Guan Eng dituduh atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah berkait penukaran status tanah pertanian kepada perumahan dan berhubung pembelian banglo RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran.
Ahli perniagaan wanita Phang Li Koon turut didakwa bersubahat dengan Guan Eng bagi kedua-dua kesalahan.

Guan Eng berhak buat penjelasan, kata peguam

Posted: 23 Jul 2016 05:07 AM PDT

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali diminta tidak "mengugut" Lim Guan Eng kerana bercakap kepada umum mengenai kes mahkamahnya.
Peguam Gobind Singh Deo berkata sebagai ketua menteri Pulau Pinang Lim berhak menjelaskan pendiriannya kepada orang ramai.
Gobind yang juga peguam bela Lim berkata ADUN Air Puteh itu adalah ketua menteri dan wujud keperluan untuknya memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa dia minta dibicarakan atas tuduhan rasuah, serta alasan mengaku tidak bersalah.
"Saya menyeru peguam negara berhenti mengugut anak guam saya, jika tidak saya tidak akan teragak-agak memulakan prosiding ke atasnya di mahkamah tinggi Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pagi tadi Apandi Ali membuat kenyataan mengingatkan Lim supaya derhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi.
Kata Apandi, ia adalah peringatan terakhir berikutan tindakan setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak hari beliau dihadapkan ke mahkamah.
"Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya.
"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.
"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya.
Dalam perbicaraan itu Apandi mengetuai sendiri pasukan pendakwaan ke atas Lim.
Mengenai kenyataan bahawa Apandi sudah memberi peringatan kepada Lim memalui peguam ketua menteri itu, Gobind menafikannya.
Read More / Baca Lagi >>

Papar jemaah haji ditaja 1MDB, media dikuasai kerajaan cuba sorok Malaysian Official 1

Posted: 23 Jul 2016 04:58 AM PDT

Media perdana yang dikuasai kerajaan Umno-BN sejak kelmarin dilihat cuba menyembunyikan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk merampas 17 aset yang dikaitkan dengan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terbaharu, berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nasional 1 melaporkan kegembiraan jemaah haji di Masjid Tanah, Melaka yang ditaja oleh 1MDB.
Laporan berita pukul 1 petang itu menyebut 1MDB membiayai 10 jemaah haji di sekitar Parlimen tersebut.
Untuk rekod, syarikat pelaburan negara sarat hutang itu sejak 2009 menaja seramai 2,300 jemaah haji membabitkan perbelanjaan sebanyak RM28.2 setakat 2014 lalu.
Program Khas Haji secara tahunan itu disertai imam dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).
Bahkan, dilihat sebagai "rasuah 'Islamik" bagi pengkritik, 1MDB sejak 2011 turut menaja sepenuhnya pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru dengan jumlah keseluruhannya menelan kos sebanyak RM20 juta.
Sementara itu, walaupun #MalaysianOfficial1 hangat diperkatakan di media sosial, segmen "Trending" yang mengisi berita di Astro Awani malam tadi mungkin terlepas pandang kontroversi 'Malaysian Official 1 yang menerima wang 1MDB sebanyak AS$731 juta.
Paparan slot itu hanya menguar-uarkan fenomena filem 'Kabali' di India diikuti 'demam' Pokemon Go di Jepun serta insiden sepakan gol sendiri yang lucu.
Terdahulu, dalam berita _Astro Awani_ pukul 11 pagi semalam melaporkan pelbagai statistik seperti lebih 1,000 belia ditangkap kerana rasuah serta seramai 69 peratus penghidap HIV adalah Melayu.
Beza akhbar Cina
Dalam hal berkaitan, pemerhatian Malaysia Dateline mendapati akhbar berbahasa Cina semalam meletakkan isu permohonan rampasan sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS bagi memperoleh semula lebih AS$1 bilion itu di paparan utama akhbar masing-masing.
Gambar Peguam Negara AS, Loretta E Lynch; Low Taek Jho atau Jho Low, imej 1MDB serta bendera Amerika mengisi sepenuhnya halaman depan akhbar Guang Ming Daily, Sin Chew Daily dan China Press.
Namun, muka depan tiga akhbar berbahasa Melayu yang dikuasai rejim Umno-BN pada hari sama tidak menyiarkan kes pemindahan wang haram terbesar dalam sejarah AS bahkan bagi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin mungkin juga terbesar di dunia itu.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)