Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Skandal 1MDB: Riza miliki keuntungan yang dicuri?

Posted: 22 Jul 2016 06:12 PM PDT


KUALA LUMPUR: Adik kepada Riza Aziz menyifatkan abangnya kini berhadapan akibat buruk daripad perbuatannya 'mencuri' wang rakyat.

Azrene selain itu menyifatkan Riza kini menerima akibat hari ini kerana sanggup 'menjual diri kepada syaitan'.

Kemewahan Riza selama ini tambah Azrene adalah bukan harta miliknya.

"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu.

"Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mendapat keuntungan daripada dana yang dicuri dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu.

"Jika dia berdiri sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya atau mana-mana individu yang meminta beliau menjadi 'anak berbakti', dia perlu membayar untuk itu," kata Azrene Soraya Abdul Aziz menerusi posting Facebooknya.

Riza yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) kerana didakwa menggunakan wang yang dicuri daripada firma pelaburan negara, 1Malaysia Developent Berhad (1MDB).

Seperti Riza, Azrene merupakan anak tiri Najib hasil perkahwinan pertama, Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

Azrene menambah, walaupun Riza dikelilingi oleh keluarga yang menyayanginya namun beliau memilih untuk memiliki kekayaan.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Dr M dedah identiti Malaysian Offcial #1

Posted: 22 Jul 2016 06:11 PM PDT

Skandal 1MDB: Penjelasan 1MDB oleh Tun M tidak mustahak - Annuar

Posted: 22 Jul 2016 06:08 PM PDT


Penjelasan 1MDB oleh Tun M tidak mustahak

KOTA BHARU - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menegaskan tiada keperluan untuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  memperjelaskan isu kemelut yang melanda syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Raja-Raja Melayu.
Menurutnya, bagaimanapun beliau tidak menghalang mana-mana pihak untuk bawa isu tersebut asalkan ia mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan di Malaysia.
"Perkara ini  tidak perlu digembar-gemburkan sebab yang perlunya adalah kita sabar dan biarkan serta beri sokongan kepada proses yang Amerika Syarikat nak buat.
"Sebab apa, di Amerika Syarikat mereka buat mengikut undang-undang dan kita mesti beri kerjasama, itu bukan merampas harta 1MDB. Tapi merampas aset oleh orang-orang yang disyaki. Dalam proses ini, kalau betul benda ini berlaku, untung kepada 1MDB.
"Yang pentingnya kena bezakan defendan tersebut adakah 1MDB ataupun Perdana Menteri atau siapa, dan Datuk Seri Najib telah beri penjelasan akan beri kerjasama penuh kepada mana-mana autoriti yang berwibawa dan sah dalam mengendalikan siasatan dalam dan luar negara,"katanya kepada media di sini.Beliau diminta mengulas mengenai rayuan Tun M kepada Raja-Raja Melayu untuk perkenan beliau menghadap dengan tujuan menjelaskan situasi negara dan tidak hanya mendengar daripada pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.

Skandal 1MDB: Ke mana pergi Jho Low, Riza?

Posted: 22 Jul 2016 06:07 PM PDT

KENYATAAN Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kelmarin untuk memfailkan permohonan mendapatkan kembali lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat perhatian seluruh dunia.
Melalui kenyataan Peguam Negaranya Loretta E Lynch yang panjang lebar itu, jelas menunjukkan dua watak yang penting dalam isu berkaitan 1MDB ini perlu ditumpukan oleh banyak  pihak.
Mereka adalah ahli perniagaan Jho Low dan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.
Penolong Pengarang Sin Chew Jit Poh, Tay Tian Yan yang menulis dalam kolumnya berpendapat, sehingga hari ini, Jho Low dan Riza bukan sahaja tidak dikenakan tindakan undang-undang, malah ke mana kedua mereka pergi pun sukar dikesan.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah cuba memanggil mereka untuk memberikan kenyataan berhubung dengan isu  yang sedang disiasat, namun gagal.
Pihak pengurusan 1MDB sendiri pun tidak mempunyai inisiatif untuk memanggil mereka membantu menyelesaikan masalah kewangan syarikat pelaburan strategik negara itu.
"Sekiranya kedua-dua mereka tidak dipanggil untuk tampil memberikan kenyataan secara mendalam mengenai peranan mereka dalam 1MDB, sudah tentu isu 1MDB tetap tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila," kata Tian Yan dalam tulisannya.
Beliau menyoal apakah peranan yang dimainkan mereka berdua sehingga mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam skandal 1MDB ini.
Kata beliau lagi, kerajaan kini tiada pilihan lagi selain perlu bekerjasama dengan negara-negara lain bagi memastikan semua aset milik 1MDB dikembalikan semula kepada Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan DOJ: SPRM jalin kerjasama dengan FBI

Posted: 22 Jul 2016 06:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, SPRM memberitahu kedua-dua pihak mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini.

"Berkaitan kerjasama yang dinyatakan, ia tertumpu kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB," kata kenyataan itu.

Sementara itu, pada Khamis, pihak 1MDB menafikan syarikat itu berdepan saman sivil oleh kerajaan AS dan menegaskan ia tidak mempunyai aset di negara itu atau mendapat manfaat daripada pelbagai transaksi.

Skandal 1MDB: Kurang komunikasi dengan 1MDB timbul tanda tanya kata Tunku Aziz

Posted: 22 Jul 2016 05:55 PM PDT

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kekurangan komunikasi dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah antara beberapa perkara yang menimbulkan tanda tanya kepada beliau.

Dalam artikel yang diterbitkan oleh portal berita Malaysia Outlook, beliau yang merupakan bekas Penasihat Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu mempersoalkan kaedah yang digunakan dalam memperoleh maklumat sebagai apa yang beliau sifatkan 'keajaiban dunia moden'.

"Bagaimana seseorang boleh melakukan siastan menyeluruh dan profesional tanpa mendapat dan memperoleh maklumat daripada sumber utama seperti para pegawai 1MDB dan pihak berkuasa berkaitan lain termasuk pegawai perundangan Malaysia," katanya.

Saman sivil bagi mendapatkan kembali aset melebihi AS$1 bilion yang didakwa diseleweng diumumkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E Lynch pada Rabu.

Tunku Abdul Aziz berkata adalah dikesalkan Amerika memilih untuk memerangi rasuah merentasi sempadan dengan berselindung di sebalik bayangan prinsip moral yang tinggi yang tidak boleh dipersoalkan.
"Malah dalam niat yang sama, walaupun tidak menamakan sesiapa, mereka meletak motif tidak baik kepada perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Razak) dan menyerang reputasi dan wataknya, tanpa boleh memberikan sebarang bukti.

"Perlu kita mengingatkan diri kita bahawa tiada langsung sebarang petunjuk dalam mana-mana sisastan yang dijalankan pihak berkuasa setakat ini di Switzerland dan Malaysia bahawa Najib telah mencuri apa-apa pun daripada 1MDB," tegas Tunku Abdul Aziz.

Read More / Baca Lagi >>

#BeStrongPM - KATA2 PERANGSANG YANG MEMANG SESUAI BUAT NAJIB

Posted: 22 Jul 2016 05:53 PM PDT

Di sebalik penyokong dan penjilat Najib Razak mengatakan tindakan Jabatan Kehakiman AS membuat penyitaan harta yang menggemparkan dunia berkaitan 1MDB tidak ada kena-mengena dengan Perdana Menteri, dalam masa yang sama muncul pula kempen #BeStrongPM di media-media sosial.

Jika tidak ada kena-mengena, kenapa diminta Najib agar menjadi kuat atau tabah?

Dalam masa yang sama, kempen solidariti itu juga menjadi bahan persendaan di media sosial sehingga #BeStrongPM turut dikaitkan dengan kehidupan di penjara yang sukar, selain maki hamun dan cercaan terhadap Najib.

Apa pun, kempen tersebut secara tidak langsung mengesahkan Najib dan pengampunya berada dalam keresahan. Bukan saja Najib tidak lagi lena tidurnya, penyokong dan penjilat juga barangkali mulai kerisauan memikirkan masa depan masing-masing.

Yang lain-lain pula menafsirkan secara melulu kononnya tindakan Jabatan Kehakiman AS sebagai agenda Yahudi, cubaan campurtangan asing dan keinginan Amerika Syarikat mencabar kedaulatan negara. 

Lihatlah betapa celarunya mereka!

Harus difahami tindakan Jabatan Kehakiman AS itu ialah untuk menjaga kepentingan negara mereka agar tidak dijadikan syurga pencuri dan perompak untuk menghalalkan wang yang dilarikan. 

Ia tidak mengancam kedaulatan dan masa depan Malaysia, malah menunjukkan kepada kita siapakah pencuri dan perompak yang sebenar. Ancama dan bahaya sebenar kepada negara ialah perompak dan pencuri, bukannya Amerika Syarikat. Kita patut berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman AS.

Kepada yang mengatakan ia agenda Yahudi, kenapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika Najib melantik Apco sebagai penasihat media, ketika 1MDB memberi kepercayaan untuk Goldman Sachs menguruskan dananya atau ketika TPPA setuju ditandatangani?

Mengapa hanya ketika kedudukan Najib terlihat mula terancam, barulah agenda Yahudi dan kedaulatan negara terancam mahu dibangkitkan?
Read More / Baca Lagi >>

Attorney-General should remain impartial, independent

Posted: 22 Jul 2016 04:52 PM PDT

AG Mohamed Apandi Ali should not be leaping to Prime Minister Najib Razak's defence but instead maintain his independence as public prosecutor.
Apandi-AliBy Gobind Singh Deo
Attorney-General Mohamed Apandi Ali's response to the United States Department of Justice's (DoJ) suit yesterday raises serious concerns.
Firstly, and with respect, he should decide where he stands. Is he the defence lawyer for the prime minister or the Public Prosecutor of Malaysia?
To my mind, he should not be leaping to the prime minister's defence. He should maintain his independence and be open to the fact that serious allegations have been made in the suit, which may lead to him having to reopen the case here at some stage.
Making broad comments and issuing veiled warnings to the effect that he has "strong concerns at insinuations and allegations" made against the prime minister at this stage seriously undermines public confidence in his office as public prosecutor.
The prime minister is capable of looking after himself. The public prosecutor should remain impartial and independent.
Apandi should also not hide behind legal semantics in attempting to fend off concerns expressed over the liability of "Malaysian Official 1" in the suit.
He says there has been no evidence which shows that money has been misappropriated from 1MDB and there have been no criminal charges preferred against any individual for offences of misappropriation of funds from 1MDB.
Again, with respect, that isn't the point.
It is not the label but the substance which counts. Whether or not there has been conduct which warrants criminal prosecution depends on the facts of each case.
For example, in a civil suit for damages arising from assault, it is true that the suit filed would be civil in nature but the allegation of assault therein may be sufficient to support a criminal prosecution as well.
Likewise, in a case in which a suit is filed to recover monies allegedly wrongly used, wrongly channelled or otherwise. The same facts could warrant a criminal investigation and criminal charge as well.
So, to say that particular individuals have not been named or that no criminal charges have been preferred against any individual does not justify a closure to the subject of discussion altogether.
In this case, Apandi should start by telling us who "Malaysian Official 1″ is.
Apandi must further respond to the statement by Tony Pua yesterday in which the DAP MP for Petaling Jaya Utara said: "Page 75, paragraph 263 of the document states that Attorney-General Mohamed Apandi Ali had cleared Malaysian Official 1 in the inquiry on US$681 million."
He called on Apandi to explain the latter's claim that the money channelled into those accounts was from an Arab donor.
Tony said the documents from the DoJ suggest that the US$681 million originated from a US$3 billion bond 1MDB had raised.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB Saga– US Department of Justice does Malaysia a great favour

Posted: 22 Jul 2016 04:50 PM PDT

… Najib has been able to shortstop more than a year and a half of allegations by both opposition figures and members of his own government, threatening accusers with sedition charges and firing or otherwise neutralizing government investigators as well. Kevin Morais, a lawyer working on charges against the Prime Minister for the Malaysian Anti-Corruption Commission, was kidnapped and murdered last September after it became apparent that he was feeding information to Clare Rewcastle Brown, the indefatigable editor of the Sarawak Report, who has done more than anyone else to delineate wrongdoing involving Najib, Rosmah and 1MDB.–John Berthelsen
Reports in American newspapers that the US government plans to seize more than US$1 billion in assets purchased by funds allegedly stolen from the 1Malaysia Development Bhd. sovereign wealth fund brings a massive scandal one giant step closer to Prime Minister Najib Razak.
According to stories in the New York Times and the Wall Street Journal, the properties, bought through Delaware shell companies, involve real estate in Los Angeles and New York, which according to other sources are believed to be closely tied to the Najib family, particularly Najib's is Riza Aziz, Rosmah's son by a previous marriage.
The other is Low Taek Jho, or Jho Low as he is known, who was the brains behind setting up 1MDB in the first place. Although Najib himself was the financial adviser to the fund until quite recently and according to statute was responsible for signing off on all of the 1MDB financial transactions, he is not expected to be named. After establishing a flamboyant presence in New York's café scene, Jho Low has more recently made himself scarce in the US.
The Justice Department action, expected to take place on July 20 in the US, follows a May 24 move by the Monetary Authority of Singapore to force the closure of BSI Bank Ltd – the first merchant bank to be closed in Singapore in 32 years – for its role in what Singapore authorities charged were 41 cases of breaches of money laundering and other Singapore laws. MAS Managing Director Ravi Menon called BSI Bank "the worst case of control lapses and gross misconduct that we have seen in the Singapore financial sector."
Investigations into 1MDB are said to be underway in seven countries, although the US one is believed to be the most advanced. Swiss authorities have charged that as much as US$4 billion may have been laundered out of the fund into Swiss banks. In all, according to Democratic Action Party spokesman Tony Pua, speaking to local media, the government may be forced to take over more than MYR27 billion (US$6.75 billion) in unfunded liabilities from 1MDB, which was ordered shut down in May with its assets and liabilities to be transferred to the Ministry of Finance.
So far, Najib has been able to shortstop more than a year and a half of allegations by both opposition figures and members of his own government, threatening accusers with sedition charges and firing or otherwise neutralizing government investigators as well. Kevin Morais, a lawyer working on charges against the Prime Minister for the Malaysian Anti-Corruption Commission, was kidnapped and murdered last September after it became apparent that he was feeding information to Clare Rewcastle Brown, the indefatigable editor of the Sarawak Report, who has done more than anyone else to delineate wrongdoing involving Najib, Rosmah and 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB fiasco undercuts Goldman’s standards push

Posted: 22 Jul 2016 04:47 PM PDT

Though Goldman has not been accused of any wrongdoing, its name appears frequently in lawsuits that detail a complex web of fraudulent transactions over several years.
uas,goldman,1mdbWASHINGTON: Malaysia's sovereign fund scandal has exposed shortcomings in Goldman Sachs' post-crisis overhaul of its business practices. Five years ago, the Wall Street firm led by Lloyd Blankfein went to great lengths to assure regulators, investors and clients that it was tightening up standards. But its dealings with the now disgraced 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cast doubt on the depth of Goldman's changes.
An attempt by the US Department of Justice to seize assets bought with some of the $3.5 billion it says was stolen from 1MDB offer the clearest account yet of the bank's deep relationship with the Malaysian fund. Though Goldman has not been accused of any wrongdoing, its name appears frequently in lawsuits that detail a complex web of fraudulent transactions over several years.
Back in 2009, Goldman helped set up the fund which counted Malaysian Prime Minister Najib Razak as its top advisor. An excerpt of an email suggests that, from the very start, Goldman executives were concerned about the issue of transparency at the new fund and its reliance on borrowed money. By the time the bank started raising money for 1MDB in earnest three years later, corrupt officials had already sucked around $1 billion from the fund, the legal documents show.
Nevertheless, between 2012 and 2013 Goldman helped 1MDB raise $6.5 billion by issuing three bonds. The Justice Department suggests that around 40 percent of that money was siphoned off, and indicates that $681 million ultimately found its way into Najib's personal bank account, though the prime minister is not directly named.
Some of the rest of the funds taken from 1MDB ended up in a Bombardier jet, artwork by Monet, an interest in EMI Music Publishing, prime real estate in Beverly Hills, and the movie "The Wolf of Wall Street".
The relationship with 1MDB was highly lucrative for Goldman. In total, the bank earned roughly $590 million in fees, commissions and expenses, according to the legal filings – far more than a bank would normally expect to earn on bond deals for a quasi-sovereign client. Goldman was able to charge more because it put its balance sheet at risk by buying the bonds from 1MDB before selling them on to other investors. One of the bond offerings was given the code name "Project Maximus".
1MDB says that it has not been contacted by the Justice Department or any other foreign agency in relation to their investigations. Najib's press secretary said in a statement that the law will be enforced without exception if any wrongdoing is proved.
For its part, Goldman says it had no visibility on whether the funds it raised for 1MDB were diverted for other purposes. The bank has previously stressed that its fees were commensurate with the risk it assumed and that it did proper due diligence on 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

NY law firm held funds taken from 1MDB, says report

Posted: 22 Jul 2016 04:45 PM PDT

US DoJ document names Shearman & Sterling as transit point for money misappropriated from 1MDB and used in multi-million dollar asset purchases.
1mdb_law_60016
A law firm in New York has been identified as a key transit point for money that had allegedly been misappropriated from 1MDB and used in multimillion-dollar deals.
The civil suits filed by the United States Department of Justice (DoJ) in Los Angeles on Wednesday, had named Shearman & Sterling LLP as the owner of a trust account through which illicit funds flowed for the purchase of luxury real estate and private jets in the US, the Wall Street Journal reported.
The DoJ had filed suits on Wednesday saying that over US$3.5 billion was misappropriated from 1MDB.
In its suits, the DoJ said it sought to seize assets "involved in and traceable to an international conspiracy to launder money misappropriated from 1MDB".
Among the assets purchased with money parked in the Shearman account, were a Beverly Hills mansion and hotel, a New York penthouse, a New York apartment building, a private jet and a major Hollywood motion picture.
According to WSJ, Shearman is an old New York firm known for handling big cross-border deals and project finance work, and none of its lawyers are accused of wrongdoing. However, the DoJ action has shed some light on the supporting role law firms can play in alleged criminal activity.
"Lawyers can unwittingly provide a smoke screen for people who want to launder money," WSJ quoted legal ethics expert Stephen Gillers of the New York University School of Law, as saying about the legal fraternity in general.
WSJ added that they tried to contact Shearman representatives for comment on the issue, but were unsuccessful.
In the US, lawyers are not obliged to enquire as to the source of funds that their clients transfer to them for deals and other projects. However, some legal ethics experts have argued that lawyers should know, and must look out for potential warning signs that they are not handling "dirty money".
The DoJ suits don't target any individuals but instead seek the seizure of assets purchased in the US with allegedly corrupt money.
The suits detail hundreds of millions of dollars transferred in and out of Shearman's "interest on lawyer account," a type of account used by law firms to hold client funds for future use, like a deal closing, the WSJ reported.
Court filings say 11 transfers totalling US$368 million were sent into the Shearman account between October 2009 and October 2010 from a Swiss bank account, which prosecutors say contained US$1 billion siphoned from 1MDB, the report added.
Read More / Baca Lagi >>

Fight Kleptocracy or Democracy is Dead

Posted: 22 Jul 2016 04:43 PM PDT

A Kadir Jasin
WE are living in a time of great ironies. In a mismatched world - of the holier than thou robed mullahs and suited men preaching all things good and godly but together stole billions of ringgit from the people.
Of newspaper editors unashamedly told you that they towed the line because the money was good. At the same time they complained noisily about having to cope with too many "wahyus" (instructions) coming from Putrajaya and Seri Perdana.
They slavishly complied with every instruction and duly published every statement that came from the same PMO spokesmen that they said were power crazy and silly.
On Thursday one of them said to me that it was okay for me to be critical of the government because "datuk ada banyak duit." Has it always to be about money?
But should we be surprised by such an attitude when an elected representative unabashedly told the Press that he did what he did because he too "cari makan"?
So we have cari makan editors, webmasters, bloggers and faceys. Cari makan ministers. Cari makan members of Parliament. Cari makan mullahs and spiritual leaders.
And going by the lawsuit filed on Wednesday in Los Angeles by the US Department of Justice (DoJ) against five individuals for allegedly stealing RM4 billion from 1MDB, we even have a certain "Malaysian Official 1" (MO1) who apparently carted away billions of ringgit meant for the development of the country and her people.
No, this is not "Malaysian Official 1". This is Mr Krab.
Editor's Note
The editor told me that a veteran Umno MP, who was once a minister, had told him that not a single Cabinet member "truly support" the Prime Minister (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, and that the BN would lose the coming general elections.
But the problem is, said the editor, the GE might not be held as "a situation would be created" so that a nationwide emergency could be declared and a Mageran-type administration takes over.
The "situation" prompted my memory to race back to the 1977 Kelantan Emergency that toppled the PAS-led government. One of the elements of the "situation" was some gedebe (hooligans) burnings discarded tyres in Kota Bharu and protesting noisily at the State Legislative building.
These events were used to justify the declaration of the emergency. I was there when they happened. So PAS beware of the Umno trap. The Umno-linked Red Shirts are already planning to hold regular rallies in Kuala Lumpur.
Mageran – short for Majlis Gerakan Negara (National Operations Council) was the Tun Abdul Razak-inspired supreme body that took over the country in the aftermath of the May 13, 1969 race riots.
The spectre of the Akta Majlis Keselamatan Negara (2015) becames crystal clear. Since its hasty adoption by the Parliament last December, the Act is widely feared for its possible unpleasant and dangerous consequences.
Read More / Baca Lagi >>

SIASATAN PIHAK BERKUASA AMERIKA WANG 1MDB AS$681 JUTA BERAKHIR DI DALAM AKAUN PERIBADI MALAYSIAN OFFICIAL1

Posted: 22 Jul 2016 04:33 PM PDT

1. Hari semalam kita dikejutkan dengan pengumuman Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E. Lynch bahawa pihak Jabatan Keadilan Amerikia Syarikat telah memfailkan permohonan di mahkamah untuk menyita dan mendapatkan kembali aset-aset berjumlah lebih AS$1 bilion yang dipercayai diperolehi secara haram melalui penyelewengan wang sebanyak AS$3.5 bilion (RM14 bilion) yang dimiliki oleh 1MDB. Inilah buat pertama kali dalam sejarah negara kita sebuah syarikat milik kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan individu-individu yang mempunyai hubungan rapat dengan keduanya menjadi sasaran penyiasatan kes skandal kewangan oleh negara kuasa besar dunia ini.

2. Kita perlu memahami bahawa fakta-fakta yang dikemukakan oleh Peguam Negara Amerika syarikat di dalam dokumen setebal 136 muka surat tersebut yang difailkan di District Court for Central District of California adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan agensi-agensi penyiasatan rasmi di Amerika Syarikat seperti FBI dan IRS sejak sekian lama. Saya hanya mampu  tertawa sendirian melihat usaha dan kerja keras macai-macai politik tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah fakta-fakta yang terkandung di dalam dokumen rasmi tersebut adalah sekadar bersumberkan maklumat yang diberikan oleh Tun Mahathir dan parti-parti pembangkang kepada pihak berkuasa Amerika Sysrikat.

3. Saya tidaklah begitu teruja dengan senarai aset-aset yang hendak disita oleh kerajaan Amerika Syarikat di dalam permohonan yang mereka failkan di mahkamah.Ianya adalah hak pihak berkuasa di sana memandangkan mereka mengesyaki terdapatnya aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) yang dilakukan di Amerika Syarikat ke atas wang yang dipercayai diselewengkan dari 1MDB. Oleh kerana kegiatan money laundering tersebut dilakukan di Amerika Syarikat, maka pihak berkuasa negara tersebutlah yang mempunya bidangkuasa untuk melakukan apa jua tindakan berdasarkan undang-undang mereka. Saya mendoakan aset aset tersebut jika dibuktikan terhasil dari wang yang dicuri dari 1MDB akan dicairkan dalam bentuk wang dan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.

4. Namun, apa yang paling menarik perhatian ialah di dalam dokumen yang difailkan tersebut, pihak berkuasa Amerika Syarikat mendedahkan bahawa daripada AS$3.5 bilion yang diselewengkan dari 1MDB, sebanyak AS$681 juta wang yang berasal dari 1MDB telah telah berakhir  ke dalam akaun milik individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1' di dalam dokumen tersebut melalui pelbagai transaksi di antara tahun 2011 sehingga 2013. Siapakah dia sebenarnya Malaysian Official 1 ini? Hakikatnya, amat senang untuk kita mengetahui siapa dia manusia yang telah memperolehi AS$681 juta wang 1MDB tersebut memandangkan dokumen mahkamah yang difailkan pihak Peguam Negara Amerika Syarikat telah memberikan gambaran (deskripsi) yang cukup jelas kepada kita.

NAJIB MALAYSIAN OFFICIAL 1.

5. Peguam Negara Amerika Syarikat telah menggambarkan (mendeskripsikan) Malaysian Official 1 tersebut dimuka surat 11 perkara 28 dan 29 dokumen mahkamah sebagai high ranking official in the Malaysian government. Riza Shahriz bin Abdul Aziz yang diketahui umum adalah anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor pula telah diperkenalkan oleh Peguam Negara US sebagai a relative of MALAYSIAN OFFICIAL 1. Manakala mukasurat 75 dan 76 perkara 263 dokumen mahkamah tersebut telah memetik kembali kenyataan rasmi Peguam Negara Malaysia pada 26 Januari 2016 berkaitan dengan pengesahan Peguam Negara Malaysia bahawa wang sebanyak AS$681 juta yang diterima oleh Malaysian Official 1 adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi. Kalau kita merujuk kembali kenyataan rasmi Peguam Negara Malaysia bertarikh 26 Januari 2016, ianya adalah merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Razak.

6. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1oleh Peguam Negara US tidak lain tidak bukan ialah Najib Perdana Menteri Malaysia yang amat dikasihi!

7. Bagi saya, adalah suatu perkara yang sangat besar apabila penyiasatan rasmi kerajaan Amerika Syarikat sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen rasmi yang difailkan di mahkamah di sana mendedahkan wang sebanyak AS$681 juta  yang diselewengkan dari 1MDB rupa-rupanya 'berakhir' di dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Dalam perkataan lain, para penyiasat Amerika Syarikat telah menuduh Perdana Menteri kita 'mencuri' wang sebanyak AS$681 juta milik 1MDB Syarikat milik rakyat Malaysia.

8. Amat malang selepas lebih 24 jam Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan tindakan mereka dan menyebarkan kepada umum dokumen yang mereka failkan di mahkamah yang memalitkan Perdana Menteri Malaysia dengan dakwaan yang cukup serius, tidak ada keberanian di pihak Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia untuk menafikan secara tuntas perkara yang dinyatakan di dalam dokumen tersebut khususnya berkaitan dengan isu wang AS$681 juta yang dikatakan telah berakhir ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Saya cabar Perdana Menteri menafi dan mengambil tindakan undang undang terhadap Peguam negara Amerika Syarikat.

SIDANG KHAS PARLIMEN,LANTIK PEGUAM NEGARA BARU DAN TANGKAP PENCURI.

Read More / Baca Lagi >>

[BONGKAR] Najib Yang Ada RM2.6 Bilion Dalam Akaun,Maka Dialah "Malaysian Official I "

Posted: 22 Jul 2016 08:36 AM PDT

 Segala-galanya sudah terdedah dan terbongkar.

Dokumen rasmi Mahkamah yang di failkan oleh Jabatan Keadilan Amerika telah MENGESAHKAN bahawa duit RM2.6 billion di dalam akaun "MALAYSIAN OFFICIAL 1" adalah duit 1MDB. Dari 1MDB di pindahkan ke akaun syarikat Si J kemudian ke akaun Putera Turki (anak ke 7 Almarhum Raja Abdullah, Raja Arab Saudi). Duit yang sama yang kemudiannya dipindahkan (didermakan?) oleh Putera Arab tersebut kepada "MALAYSIAN OFFICIAL 1".



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Ia tidak akan berjaya untuk diselindungi lagi. Pelbagai tindakan kejam dan zalim berlaku semenjak wujudnya skandal 1MDB ini. Ada yang dipecat, ada yang ditukar, malah ada juga yang dilaporkan telah mati .....  Dan umumnya, rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang sengsara memikul bebanan hutang syarikat penipu ini....

Ulasan sebelum ini:
Read More / Baca Lagi >>

TMJ: SPRM mahu siasat FAM atau pemberi maklumat?

Posted: 22 Jul 2016 08:16 AM PDT

Lebih baik berikan tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan, saran TMJ
TMJ
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan motif sebalik kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat maklumat rasuah FAM dalam simpanannya.
Beliau menyarankan suruhanjaya itu supaya memberi tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan dan sekiranya perlu, baginda sendiri akan memanggil SPRM.
"Tindakan anda ibarat seperti begitu terhegeh-hegeh hendak menyiasat FAM, adakah anda mahu menyiasat atau lebih hendak tahu siapa yang memberi maklumat kepada saya.
"Banyak lagi kes-kes besar di dalam negara ini yang masih tak mampu SPRM selesaikan. Lebih baik berikan tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan," kata TMJ melalui Facebook JOHOR Southern Tigers.
Pada 18 Julai lalu TMJ mendakwa diberikan pendrive yang mengandungi maklumat rasuah dalam FAM daripada sumber yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur.
Menurut TMJ, pendrive tersebut mengandungi maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengamal media dan bekas pemain yang digunakan FAM, duit kelab yang diambil Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang "merepek".
Bertindak atas pemberitahuan itu, SPRM dalam satu kenyataan 19 Julai mengalu-alukan Tunku Ismail menyerahkan butiran berkaitan "bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya".
Walaubagaimanapun, Johor Southern Tigers pada hari sama memaklumkan bahawa TMJ tidak mahu mendedahkan semua maklumat kerana ia "mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar pada individu tertentu".
"Maklumat di dalam pendrive ini adalah hak milik saya. Saya sendiri akan selesaikan isu ini dan sekiranya saya mahu pertolongan SPRM, saya sendiri yang akan memanggil SPRM," kata TMJ hari ini.
"Tidak perlu hendak diperhebohkan mengenai hal ini. Yang tidak ada kena mengena lebih baik duduk diam-diam sahaja."
TMJ dan pegawai-pegawai kanan FAM dilaporkan bakal bertemu untuk berbincang secara "peribadi dan sulit" bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit, termasuk menggesa individu tertentu berundur daripada tugasan mereka dalam FAM.

Al Fatihah: Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia

Posted: 22 Jul 2016 08:08 AM PDT

Seorang daripada tokoh ulama di negara ini, Salleh Musa, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pada usia 87 tahun kerana sakit tua.
Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnain berkata allahyarham Salleh yang mengadu tidak sihat kira-kira jam 7.30 pagi, dihantar dengan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik ke HSB.
"Allahyarham sebelum ini memang sudah uzur, mengalami sakit tulang belakang, kerapkali juga mendapatkan rawatan di hospital. Allahyarham juga disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 malam," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke madrasah malam ini sebelum dikebumikan esok di pondok Pekan Sik.
Allahyarham Salleh yang mendalami bidang agama sejak kecil, berpeluang menuntut ilmu bersama ulama terkemuka di Makkah, antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.
Selepas pulang ke tanah air sekitar 1964, beliau membantu bapanya, Tuan Guru Musa Salleh, mengajar di pondok Pekan Sik dan mengambil tanggungjawab menguruskan pondok selepas Tuan Guru Musa meninggal dunia.
Sepanjang hayatnya, anak kelahiran Sik ini giat meneruskan usaha dakwahnya, dan pada tahun 2009, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, enam anak lelaki serta lima perempuan.

1MDB–A Symbol of Shame for Malaysia

Posted: 22 Jul 2016 08:00 AM PDT

The 1MDB trio of Lodin Wok Kamaruddin, Arul Kanda Kandasamy and Superstar Najib Razak.
No one in Malaysia can open their social media accounts without having the one number and three lettered acronym staring back at them for the past few days.
As a matter of fact, that one number and three lettered acronym has been haunting us for months, but only in the past two days, someone has finally put a white shroud on it and we are now finally seeing its shape come into view.
1.M.D.B. has finally been caught by the United States of America (US) crime busters after its spree in Malaysia, US, Singapore, UAE and a few more countries.
The live telecast of the US Department of Justice (DOJ) showed Attorney General Loretta E. Lynch and a high powered team breaking it point by point on what they are doing on 1MDB took the internet by storm as it was announced as the " largest single action ever brought under the Kleptocracy Asset Recovery Initiative.
It was definitely interesting the way Malaysia was shamed on world stage as millions watched it live and the news was telecast, for it was truly 1Malaysia Di Bantai (1Malaysia Being Damned). And in US, where everything is BIG, this must the biggest kleptocracy in the world too, we can safely presume. Malaysia Boleh, we all say.
During the press conference, the US government announced that it is seeking to recover more than $1 billion in assets tied to international public corruption and a global money laundering conspiracy.
Lynch announced civil forfeiture complaints to recover assets associated with a fund owned by the Malaysian government that raised nearly $8 billion to benefit the Malaysian people. However, loads  of the money was diverted by high-ranking fund officials and their associates to purchase yachts, hotels, a $35 million jet, artwork by Vincent Van Gogh and Claude Monet, and to bankroll the popular 2013 film The Wolf of Wall Street.
In response, the Prime Minister Dato' Seri Najib Razak calmly called for calm. After all, Najib was the one who started the 1MDB as Terengganu Investment Authority (TIA), a sovereign wealth fund aimed at ensuring economic development for the state of Terengganu for the people of Terengganu.  Najib calmly said that one must not jump to conclusions and prejudge those named by the US DOJ.
The Star Online reported that Najib has urged all parties not to jump to conclusions over the ongoing action by the US Justice Department to seize over US$1bil (RM4.02bil) in assets allegedly linked to 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: 'Perang' #BeStrongPM di media sosial

Posted: 22 Jul 2016 07:55 AM PDT

Media sosial menjadi medan rakyat Malaysia menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak ketika isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan Malaysian Official 1 terus diperkatakan.
Menggunakan hashtag #bestrongPM pelbagai kata-kata semangat dan perangsang untuk perdana menteri dimuat naik bagi menunjukkan sokongan kepada beliau.
Bagaimanapun masa yang lama tidak diperlukan untuk kempen menyanggah sokongan itu muncul apabila pengguna lain media sosial mempersendakan hashtag berkenaan.
Antara lain mereka mengaitkan Najib dengan siasatan terhadap skandal 1MDB.
 Semalam DOJ mengemukakan saman sivil untuk menyita pelbagai harta tanah serta aset yang disyaki dibeli menggunakan dana awam yang diperoleh daripada 1MDB.
Beberapa nama muncul dalam laporan pihak berkuasa AS berkenaan, termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low.
Turut menarik perhatian ramai ialah individu tidak dinamakan tetapi dirujuk dokumen berkenaan sebagai "Malaysian Official 1".

Ekoran siasatan berkenaan pihak berkuasa beberapa negara lain turut membuat sitaan, termasuk Singapura dan Switzerland.
Sementara itu kerajaan tetap dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung siasatan 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan.
"Tiada bukti daripada sebarang siasatan djalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdapat wang digelapkan daripada 1MDB...," katanya.
Apandi juga berkata tiada pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan menggelapkan dana daripada 1MDB.

MoF tak buat urusniaga dengan ahli perniagaan didakwa tipu 1MDB

Posted: 22 Jul 2016 07:52 AM PDT

Sebaliknya Kementerian Kewangan hanya berurusan dengan 1MDB dan IPIC, kata Johari.
Datuk Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan tidak membuat sebarang urusniaga dengan ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata kementerian hanya berurusan dengan 1MDB dan syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
"Tetapi apa yang dilaporkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat ini adalah diluar bidang kuasa saya untuk komen.
"Saya nak tumpukan bagaimana nak selesaikan isu (1MDB) ke hadapan. Yang ke belakang ini kalau boleh biar pihak berkuasa yang menentukan," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbukanya hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam siasatan 1MDB.
Menurut kenyataan itu, kerjasama tertumpu kepada kemungkinan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.
Mengulas saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), Johari berkata seeloknya proses tersebut berjalan tanpa gangguan.
Katanya, tanggungjawabnya kini memastikan pada masa hadapan tidak ada lagi isu-isu berbangkit melibatkan 1MDB.
Beliau dalam masa yang sama turut ditanya mengenai tindakan pembangkang yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Itu saya ingat pembangkang semua boleh cakap tapi pada akhirnya rakyat yang buat keputusan," katanya.

Tuan Guru Haji Salleh Musa: Permata sukar dicari ganti...Al Fatihah

Posted: 22 Jul 2016 07:43 AM PDT

Pemergian tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa merupakan satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kedah khususnya dan umat Islam di rantau ini amnya. Beliau yang dikenali keilmuan dan keperibadian telah meninggalkan jasa sangat besar ke atas umat Islam.

Selaku Mudir Pondok Ar-Rahmaniah, ilmunya telah tersebar luas melahirkan para ilmuan agama yang bertebaran seluruh rantau ini menyampaikan Islam. Bahkan, sebagai bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah beliau telah menggerakkan peranan penting memelihara kepentingan Islam.

Sepanjang hayatnya juga, beliau telah menjadi rujukan penting banyak pihak. PAS Kedah, bahkan Kerajaan Negeri Kedah semasa dipimpin Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak turut mendapat sentuhan nasihat berharga daripada beliau.

Pemergian beliau bermakna terangkat juga ilmu sebagaimana hadis mengenainya yang disabda Baginda Rasulullah SAW. Menginsafi ianya tidak berganti, PAS Kedah berharap umat Islam terus istiqamah bersama saf ulama yang masih ada menghadapi pancaroba akhir zaman.

Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga beliau serta anak-anak muridnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh almarhum dan ditempatkan beliau di kalangan para nabi, siddiqin dan syuhada.

 Siapakah insan istimewa ini?

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3

 Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

 3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

 4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

 Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

 Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

 KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

 SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

 Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :
 Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
 Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
 Habib Kazim ( Yaman )
 Habib Abdullah ( Jeddah)
 Syeikh Habib ( Jordan)

 Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

 -ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

 - Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

 -Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

 -ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

 -ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka

 -ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.

 Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

Maka hari ini kita sekali lagi kehilangan seorang mutiara pewaris Nabi SAW.

Sama sama sedekah Al Fatihah buat Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Rahimahullah.

Sifat semulajadi yg WAJIB ada dlm melayu-HARBI..

Posted: 22 Jul 2016 05:49 AM PDT

BUKANKAH haritu kata.. "Kabinet memutuskan tiada lagi pengambilan baharu pekerja asing ke negara ini berkuat kuasa serta-merta" -Zahid Hamidi, 12/3/2016.

TIBA-TIBA harini kata pertimbang bawa masuk 5,000 pekerja Sri Lanka pula..

Sifat semulajadi yg WAJIB ada dlm melayu-HARBI..

- suka cakap bohong
- putar belit
- jilat bodek pemimpin walaupun salah
- talam dua muka

MASIH ANDA INGAT..DERMA DAN HADIAH..!!!

Posted: 22 Jul 2016 05:47 AM PDT

Najib, Zahid, Salleh Keruak, Rahman Dahalan,Nazri Aziz, Azlina Othman Said, Khairy Jamaludin , Peguam Negara, IGP, Speaker Parlimen dan timbalannya, Ahmad Maslan.. dan hampir semua Menteri, Timbalan Menteri dari UMNO bersubahat sama KATA RM2.6 BILION ADALAH DARI DERMA 'PAK ARAB'..

HAKIKATNYA... Tidak wujud 'Donor' atau penderma dari Arab... hanya rekaan Najib dan Melayu-HARBI yang bersekongkol menipu, menyeleweng dan mempertahankan penyelewengan ni dari terbongkar....!!!

KENAPA AMAREEKA masih nak selindung #MalaysianOfficial1 ?

Posted: 22 Jul 2016 05:44 AM PDT

JANGAN LUPA KERAjaan Najib telah rela 'BERSETONGKOL' TPPA-AS..

Adakah masih cuba menegakkan benang basah ??.. kerana beliau tahu negara dan rakyat tak mampu berbuat apa apa..

KUASA ditangan 'dia' dan sekutunya..

Identiti Malaysian Official 1: Muhyiddin saran Apandi temu Peguam Negara AS

Posted: 22 Jul 2016 05:41 AM PDT

Apandi sepatutnya telah mengarahkan SPRM dan polis membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB.
Apandi Ali
PETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali disaran bertemu rakan sejawatnya di Amerika Syarikat (AS) bagi mengetahui identiti 'Malaysian Official one' dalam siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) keatas dakwaan pengubahan wang yang dilesapkan daripada 1MDB.
"Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), orang ini memiliki sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia," kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak)!" tambahnya.
Muhyiddin yang digugurkan daripada Jemaah Menteri Julai tahun lepas dan dipecat daripada Umno Jun lalu antara individu yang lantang mengkritik kontroversi sekitar 1MDB dan sumbangan wang yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin dalam kenyataannya petang tadi mendakwa perkembangan terbaharu ini menunjukkan tindakan dan pendiriannya bahawa kes syarikat milik kerajaan itu merupakan satu kes penyelewengan adalah sahih dan benar.
"Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Maka ia adalah suatu jenayah!" tegas Muhyiddin.
Katanya Apandi sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan.
"Beliau juga sepatutnya telah mengarahkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB.
"Bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan pasukan penyiasat negara asing menemuinya?" soal Muhyiddin.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu kerana mahu merampas aset-aset yang "terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB".

Every Malaysian Should Know These Key Takeaways From The US DOJ Press Con On 1MDB

Posted: 22 Jul 2016 05:37 AM PDT

US Attorney General Loretta Lynch was accompanied on the podium by some of the US's top authority figures, including the FBI and IRS.
  • As you have undoubtedly heard by now, the US Department of Justice has filed several lawsuits seeking to seize more than $1 billion worth of assets said to have been bought with funds stolen from the scandal-ridden 1MDB

      • From left: FBI Deputy Director Andrew McCabe, Assistant Attorney General Leslie Caldwell, Attorney General Loretta Lynch, Attorney of the Central District of California Eileen Decker, and Chief Richard Weber of IRS-CI.
    • The filing of the civil forfeiture complaints was announced by US Attorney General Loretta E. Lynch on Wednesday, 20 July, during a press conference held at the Department of Justice in Washington.

      Lynch was joined in the briefing by Assistant Attorney General Leslie R. Caldwell of the Justice Department's Criminal Division, U.S. Attorney Eileen M. Decker of the Central District of California, FBI Deputy Director Andrew G. McCabe and Chief Richard Weber of the Internal Revenue Service-Criminal Investigation (IRS-CI).
      says.com
  • All five authority figures delivered remarks at the 35-minute press conference, each describing particular aspects of the complaints. Here are the key takeaways:

  • Loretta E. Lynch, US Attorney General:

      • US Attorney General Loretta Lynch delivering her remarks on 1MDB lawsuits during a press conference at the Department of Justice on 20 July.
  • 1. The $1 billion in assets that the Department of Justice seeks to forfeit and recover are only a portion of funds stolen from 1MDB, which total to more than $3 billion

    • On why the Department of Justice is only seeking to seize a portion of the misappropriated funds, Lynch explained, "We've been able to trace approximately $1 billion having gone through the US financial systems. That money laundering essentially gives us the jurisdiction over those assets. We've also been able to locate specific assets in the US and overseas.

      "However, as common in corruption cases, a lot of the funds were dissipated - paying gambling expenses, lifestyle expenses, and things of that nature. But as we've noted, this investigation is ongoing, and to the extent that we can clearly locate other assets and trace them, we would continue the actions here."
      says.com
  • 2. This case is the "largest single action ever brought by the department's Kleptocracy Asset Recovery Initiative"

    • The initiative was established by Attorney General Eric Holder in 2010 "to forfeit the proceeds of foreign official corruption and, where possible, to use the recovered assets to benefit the people harmed."

      "This case, and the Kleptocracy Initiative as a whole, should serve as a sign of our firm commitment to fighting international corruption. It should make clear to corrupt officials around the world that we will be relentless in our efforts to deny them the proceeds of their crimes," Lynch stressed during the press conference.
      says.com
  • 3. "It is our hope and goal at the conclusion of this forfeiture process to return the funds to Malaysia."

    • "Whether those initial projects are still gonna be used or not, we don't know. But certainly, they could be used by the government for the benefit of the people there," she added.
      says.com
  • 4. Multiple government bodies were and are still involved in specialised investigations pertaining to the case, including the Federal Bureau of Investigators (FBI) and Internal Revenue Service (IRS)

    • "I want to thank the team of prosecutors and paralegals from the Criminal Division's Asset Forfeiture and Money Laundering Section and the U.S. Attorney's Office for the Central District of California, who have worked tirelessly on this matter. I also want to thank the agents from the FBI's International Corruption Unit and the IRS's Criminal Investigations Division, who assisted them in this case. And I am grateful to the Criminal Division's Office of International Affairs for their vital contributions," Lynch said.
      says.com
  • Leslie Caldwell, Assistant Attorney General for the Criminal Division:

      • Assistant Attorney General for the Criminal Division Leslie Caldwell detailing how two 1MDB bond offerings were misappropriated in 2012.
  • 1. In 2012, proceeds from two 1MDB bond offerings were siphoned off and consequently laundered through several shell companies and bank accounts before ending up in accounts of "a close relative of a senior 1MDB official"

    • "The stated purpose of the 2012 bond offerings was to allow 1MDB to invest, for the benefit of the Malaysian government, in certain energy assets. But almost immediately after receiving the proceeds of these two bond issues, roughly 40 percent of the funds raised - approximately $1.37 billion - was transferred out of 1MDB's accounts," Caldwell said.

      The money was then transferred via a "complex series of transactions" involving shell companies and bank accounts all over the world, all of which were controlled by corrupt 1MDB officials and their associates.

      More than $230 million eventually found their way into account controlled by shell companies owned by "a close relative of a senior 1MDB official", some of which were used to buy luxury property in the US and other assets, including setting up and funding California-based film production company Red Granite Pictures.
      says.com
  • 2. The aforementioned individual - identified in court documents as Riza Aziz, who is also PM Najib Razak's stepson - used the money to set up a film production company and finance the 2013 film 'The Wolf of Wall Street'

    • According to Caldwell, more than $100 million from the stolen funds were used to finance the award-winning movie starring Leonardo Dicaprio. As the money used to produce the film are alleged to be laundered funds, future rights to the film are now subject to the forfeiture complaint filed on 20 July.

      "According to the allegations in the complaint, this is a case where life imitated art," Caldwell said.

      "The associates of these corrupt 1MDB officials are alleged to have used illicit proceeds of their fraud scheme to fund the production of The Wolf of Wall Street, a movie about a corrupt stockbroker who tried to hide his own illicit profits in a perceived foreign safe haven. But whether corrupt officials try to hide stolen assets across international borders - or behind the silver screen - the Department of Justice is committed to ensuring that there is no safe haven."
      says.com
  • 3. Caldwell called for stronger laws and more effective frameworks for international cooperation to close legal gaps across the globe, some of which allowed criminals to hide behind shell companies and shadow bank accounts

    • "Gaps in the legal regimes across the globe - including in the United States - allowed these criminals to avoid disclosing the ultimate beneficial owners of the accounts to which 1MDB funds were diverted. Stronger laws and more effective frameworks for international cooperation are needed to close these gaps and overcome the challenges faced by law enforcement when we investigate international corruption, money laundering and other cross-border crimes," she said.

      She added, "The significant assistance we received from our international partners was critical in identifying and restraining assets. That cooperation and the action we are taking today should send a message to kleptocrats and other criminals that the United States is not a safe haven for their stolen money, and that they cannot evade law enforcement authorities simply by laundering money through multiple jurisdictions and through a web of nominees, shell corporations and other legal structures designed to frustrate justice."
      says.com
  • Eileen Decker, US Attorney of the Central District of California:

      • Attorney of the Central District of California Eileen Decker briefs reporters at a press conference in Washington on 20 July.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)