Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


1MDB bahan serangan bermotif politik jatuhkan ketua kerajaan, kata Salleh

Posted: 20 Jul 2016 10:12 PM PDT


Salleh Said Keruak 2Salleh Said Keruak 2Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Katanya terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, yang kemudian dibuktikan tidak benar - dalam hal ini pengesahan itu dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.
"Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
"Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah," katanya ketika mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Salleh berkata derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.
"Selepas siasatan menyeluruh oleh banyak pihak berkuasa, telah disahkan dana itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi seperti yang dinyatakan oleh menteri luar Arab Saudi pada 14 April," katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

DS NAJIB PERLU AMBIL CUTI SEBAGAI PM, BADAN BEBAS PERLU SIASAT

Posted: 20 Jul 2016 10:10 PM PDT

Satu dunia dikejutkan sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) tengah malam tadi yang menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat: Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion ini sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenalpasti dilarikan dari badan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara 2009 hingga 2015. Jangkamasa ini bertindih sepenuhnya dengan jangkamasa Dato' Sri Najib memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB yang berkuatkuasa pada ketika wang RM14 bilion itu didakwa dilarikan dari 1MDB meletakkan tanggungjawab meluluskan "komitmen kewangan, penyusunan semula atau sebarang perkara yang melibatkan jaminan kerajaan" di tangan Perdana Menteri, maka saya menggesa Dato' Sri Najib untuk segera memberikan penjelasan kepada Ahli-Ahli Parlimen di dalam satu sidang Parlimen tergempar dalam masa terdekat.

Memandangkan Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri telah memecat beberapa individu-individu yang lantang bersuara mengenai isu 1MDB, termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya menggesa Kabinet untuk menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat tuduhan wang RM14 bilion telah dilarikan dari 1MDB dari 2009 ke 2015 serta mencadangkan agar individu-individu yang terlibat dihadapkan ke mahkamah.

Memandangkan jawatan Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri memberikan beliau kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan memandangkan isu ini berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangkamasa beliau memegang jawatan tersebut, saya percaya Rakyat Malaysia mahukan Dato' Sri Najib untuk mengambil cuti sebagai Perdana Menteri agar tidak timbul syak wasangka salahguna kuasa untuk melengah atau menghalang siasatan penuh terhadap isu yang serius ini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

21 Julai 2016

Saman AS berkaitan 1MDB, kerajaan M'sia akan kerjasama

Posted: 20 Jul 2016 10:08 PM PDT

Skandal 1MDB: 'Malaysian Official 1' bukan Najib, kata Salleh Keruak

Posted: 20 Jul 2016 10:07 PM PDT

Singapura rampas S$120 juta milik Jho Low dan keluarga

Posted: 20 Jul 2016 10:02 PM PDT

Pihak berkuasa Singapura merampas sebanyak S$240 juta dalam akaun bank dan hartanah, dengan S$120 juta daripada jumlah itu dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Low dan keluarga terdekatnya semasa siasatan 1MDB mereka.
Ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pejabat Negara, Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang dikeluarkan hari ini.
"Dalam proses siasatan, akaun bank yang dimiliki oleh pelbagai individu telah disita dan urusan hartanah yang dimiliki oleh beberapa individu-individu ini telah disekat.
"Aset itu berjumlah S$240 juta. Daripada jumlah akaun bank dan hartanah, kira-kira S$120 juta adalah milik Low dan keluarga terdekatnya," kata mereka.
Singapura telah memohon untuk mendapatkan maklumat daripada negara-negara di mana dana itu berasal dan kemudiannya dihantar, kata mereka sambil menambah bahawa beberapa permintaan masih sedang diproses.
Beberapa negara lain juga meminta bantuan Singapura melakukan perkara yang sama, iaitu maklumat mengenai aliran dana yang dipersoalkan disyaki berasal daripada 1MDB.
Kata mereka, permintaan tersebut segera dipersetujui bagi mematuhi obligasi antarabangsa.
Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Singapura, menurut mereka dengan menyatakan bahawa setakat ini, dua individu telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan siasatan, manakala beberapa yang lain masih disiasat.

Azmin: Cukuplah bersembunyi Najib, jelaskan isu 1MDB

Posted: 20 Jul 2016 10:01 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi menyembunyikan diri sebaliknya perlu tampil menjelaskan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada rakyat.
Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tidak syak lagi skandal terbabit menyalahgunakan wang rakyat oleh mereka yang berpangkat tinggi dalam kakitangan awam.
AZMIN"Akhirnya, selepas berbulan menyorokkan skandal juga bermain teka teki, tidak syak lagi memang ada konspirasi menyalahgunakan duit rakyat oleh mereka berpangkat tinggi.
"Walaupun benar tidak ada tindakan undang-undang dinamakan atas Najib, tetapi ia membabitkan orang yang rapat dengan beliau," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata, aset terbabit termasuk rumah 'penthouse', karya seni, jet peribadi dan kutipan filem 'Wolf of Wall Street' yang didakwa diperolehi secara tidak sah menerusi wang yang dilencongkan daripada 1MDB ketika Najib menjadi pengerusinya.
"Langkah Amerika Syarikat ini dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha mereka 'menentang rasuah global'.
"Ia juga untuk memastikan bahawa Amerika Syarikat tidak akan menjadi 'syurga' yang selamat untuk mereka bersembunyi daripada menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi," katanya.
Katanya, tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan orang tertinggi di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan ada konspirasi untuk menutup skandal itu.
"Ia mengesahkan dengan jelas sememangnya wujud satu konspirasi untuk menipu dan membersihkan berbilion dolar wang pembayar cukai yang di 'songlap' mereka yang rapat dengan pemerintah tertinggi negara," katanya.
najibwsjTerdahulu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang menamakan pembikin filem blockbuster 'The Wolf of Wall Street'.
Dokumen mahkamah yang difailkan di Los Angeles itu menyatakan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom daripada dana yang dilencong melalui 1MDB.
AS$731 juta didakwa disalurkan daripada 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official 1' yang tidak dinamakan, demikan menurut saman yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), semalam.
DOJ tidak menamakan 'Malaysia Official 1' tetapi menggambarkan individu itu sebagai 'pegawai berpangkat tinggi' dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan berkuasa dengan 1MDB.
Anak tiri Najib, Riza Aziz, dinyatakan dalam saman itu sebagai saudara mara 'Malaysian Official 1'.

Seleweng 1MDB: Najib cuti segera, tubuh suruhanjaya siasatan – Husam Musa

Posted: 20 Jul 2016 10:00 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak perlu mengosongkan jawatan sebagai perdana menteri segera dan negara menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dakwaan dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, ini adalah jalan terbaik untuk kepentingan negara, maruah Najib selaku insan dan hak setiap warga negara Malaysia.
"(Kerajaan perlu) menubuhkan suruhanjaya bebas di mana anggotanya tidak ditentukan oleh YAB dan mengemablikan semua wang dan aset yang terlibat dengan 1MDB serta meminta maaf dari seluruh rakyat," kata Adun Salor, Kelantan itu.
Bagi Husam, kenyataan oleh Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch, Penolong Peguam Negara bahagian jenayah, Leslie Caldwell, Pendakwa Amerika untuk daerah pusat Keefe, Ilene Decker dan Andrew Mc Cabe serta Ketua Jabatan Siasatan Hasil Dalam Negeri. Mr Webber awal malam tadi amat mengejutkan.
"YAB telah dirujuk sebagai Malaysia Official 1 di dalam dokumen berkaitan yang difailkan," kata Husam dalam kenyataan itu.
Pegawai Amerika juga menggunakan perkataan 'A close relative of a senior 1MDB official' sebagai antara penerima faedah dari penyelewengan ini, kata Husam.
Sementara itu, 1MDB dalam kenyataan berkata, 1MDB bukan pihak terlibat dalam saman sivil itu.
Mereka juga tidak mempunyai sebarang aset di Amerika dan tidak juga mendapat apa-apa faedah dari pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman itu.
"Lagi pun, 1MDB tidak tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika atau agen-agen asing berkaitan dengan penyiasatan mereka," kata jurucakap itu dalam satu kenyataannya pagi ini.

Jabatan Kehakiman Amerika ‘kantoikan’ 1MDB bayar hutang judi di Las Vegas

Posted: 20 Jul 2016 09:58 PM PDT

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan, sebanyak AS$1 bilion dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, selain kapal layar mewah, perhiasan dalaman, hartanah dan sebuah jet.
Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media semalam bakal memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng.
vegas-burj-al-arabBerikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan.
Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri.
Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku 'pejuang Melayu dan Islam' amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin.
"Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah.
"Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir.
"Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!" katanya ketika dihubungi Roketkini.
Menurutnya adalah amat ironi, sebagai negara bukan Islam, Amerika bertegas dengan tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat kepada ketua-ketua negara mencuri wang rakyat di negara mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan media Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenai 1MDB

Posted: 20 Jul 2016 09:57 PM PDT


JABATAN KEHAKIMAN
Pejabat Hal-Ehwal Awam
Rabu, 20 Julai 2016
Amerika Syarikat Berusaha Mendapatkan Kembali Lebih AS$1 bilion Yang Diperoleh Melalui Rasuah Melibatkan Dana Mahsul Negara
CapturePeguam Negara Loretta E. Lynch mengumumkan hari ini bahawa pemfailan permohonan rampasan sivil untuk tujuan merampas dan mendapat kembali lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait dengan konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram yang diseleweng dari sebuah dana mahsul negara (sovereign wealth fund atau SWF) Malaysia. Permohonan hari ini merupakan suatu tindakan tunggal terbesar yang pernah dijalankan di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.
Turut mengiringi Peguam Negara Lynch di majlis pengumuman itu adalah Penolong Peguam Negara Leslie R. Caldwell dari Bahagian Jenayah, Jabatan Perundangan (Department of Justice); Peguam Kerajaan AS Eileen M. Decker dari Daerah Tengah California; Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Andrew G. McCabe; dan Ketua Pengarah Siasatan Jenayah dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (IRS-CI) Richard Weber.
Menurut permohonan itu, sejak 2009 sehingga 2015, lebih dari AS$3.5 bilion dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikatakan diseleweng oleh pegawai-pegawai tinggi dan sekutu-sekutu mereka. Dengan pemfailan permohonan hari ini, Amerika Syarikat dengan ini berusaha untuk mendapatkan semula lebih AS$1 bilion dana yang diubah secara haram melalui Amerika Syarikan dan boleh dikesan dan disahkan berkait dengan konspirasi ini. 1MDB ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan ekonomi di Malaysia melalui perkongsian sejagat dan pelaburan terus asing, dan dananya sepatutnya digunakan untuk menambah baik kebajikan rakyat Malaysia. Namun begitu, menurut permohonan ini, para pegawai 1MDB dan sekutu mereka dikatakan menyelewengkan lebih AS$3 bilion daripada dana tersebut.
"Jabatan Perundangan tidak akan membenarkan sistem kewangan Amerika digunakan sebagai saluran amalan rasuah," kata Peguam Negara Lynch. "Dengan tindakan ini, kita beruasaha untuk merampas dan mengambil kembali dana yang asalnya bertujuan untuk mengembangkan ekonomi Malaysia dan membantu rakyat Malaysia. Akan tetapi, dana ini telah dicuri, diubah melalui badan-badan kewangan Amerika dan digunakan memperkaya beberapa pegawai dan sekutu mereka. Pegawai-pegawai korup di seluruh dunia patut tahu bahawa kami tidak akan menghentikan usaha agar mereka terus dinafikan hak ke atas hasil jenayah mereka."
"Menurut pertuduhan dalam permohonan ini, kes ini adalah umpama 'hidup meniru seni' (life imitated art: hasil kerja yang amat halus dan rapi)," ujar Penolong Peguam Negara Caldwell. "Sekutu-sekutu pegawai perasuah 1MDB ini dikatakan telah menggunakan sebahagian dari hasil haram dari skim penipuan mereka untuk membiayai The Wolf of Wall Street, sebuah filem tentang seorang broker saham korup yang cuba untuk menyembunyikan keuntungan haram miliknya di tempat-tempat yang dianggap selamat di luar negara. Walau bagaimanapun, sama ada pegawai-pegawai perasuah tersebut cuba untuk menyembunyikan aset curian di beberapa negara – atau di sebalik layar perak – Jabatan Perundangan beriltizam untuk memastikan tidak akan ada tempat yang selamat (untuk wang haram itu atau pengubahnya).
"Wang curian itu kemudiannya digunakan untuk membeli pegangan dalam syarikat muzik, hasil seni atau hartanah bernilai tinggi boleh dirampas di bawah undang-undang AS," kata Peguam AS Decker. "Tindakan hari ini adalah hasil usaha keras para peguam dalam jabatan saya dan Jabatan Perundangan, serta pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh negara. Kami semua beriltizam untuk menyampaikan mesej bahawa kami tidak akan membenarkan Amerika Syarikat dijadikan 'gelanggang bermain' mereka yang korup, persada pengubahan wang haram atau tempat untuk menyembunyikan atau melaburkan harta curian."
"Amerika Syarikat tidak akan menjadi tempat selamat untuk pegawai kerajaan negara asing yang rasuah," menurut Timbalan Pengarah McCabe. "Rasuah awam, tidak kita di mana, adalah suatu ancaman kepada ekonomi sejagat yang saksama dan kompetitif. FBI bertekad untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan di dalam mahupun luar negara untuk mengenalpasti dan memulangkan kembali harta curian ini kepada pemilik asal mereka yang sah, yakni rakyat Malaysia. Saya ingin berterima kasih kepada pasukan penyiasat FBI dan IRS yang telah bekerjasama dengan pihak pendakwaraya dan rakan-rakan luar negara kami dalam kes ini."
"Pengumuman hari ini membuktikan betapa luas dan dalamnya pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang berkait dengan dana 1MDB," kata Ketua Weber. "Kami tidak boleh membenarkan penyelewengan wang haram yang begitu besar, terang-terangan dan tanpa segan silu sebanyak berbilion-bilion dolar ini diubah melalui badan-badan kewangan AS tanpa sebarang akibat buruk."
Menurut pertuduhan dalam permohonan, mereka yang terbabit dalam konspirasi ini – termasuk pegawai-pegawai 1MDB dan sekutu-sekutu lain – dikatakan mengalihkan lebih AS$3.5 bilion dana 1MDB. Dengan menggunakan dokumen dan perwakilan palsu, sekutu konspirator dikatakan mengubah dana haram melalui beberapa siri urusniaga rumit dan syarikat lohong (shell company) palsu yang mempunyai akaun bank di Singapura, Switzerland, Luxembourg dan Amerika Syarikat. Urusniaga-urusniaga ini dikatakan bertujuan untuk menyembunyikan asal, punca dan hak milik dana terbabit, dan akhirnya diproses melalui badan-badan kewangan AS dan kemudiannya digunakan untuk memperoleh dan melabur dalam aset di Amerika Syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan undang-undang sita aset 1MDB buktikan para pengkritiknya benar

Posted: 20 Jul 2016 09:56 PM PDT

Tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat memfailkan tuntutan mahkamah terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam membuktikan kebenaran dakwaan para pengkritik syarikat terbabit.
Katanya, ia membuktikan kebenaran dakwaan pihak pembangkang dan kumpulan yang mahu Datuk Seri Najib Razak berundur daripada tampuk pemerintahan negara mengenai skandal mega berkembar RM55 bilion dan 'derma' RM2.6 bilion yang melibatkan perdana menteri itu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Rafizi Ramli (Pandan); Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Tempatan, Datuk Seri Shafie Apdal; Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed antara pemimpin yang lantang mengkritik skandal syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.
"Ia juga membuktikan bahawa bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah betul dan bersifat patriot apabila beliau sendiri membuat lawatan ke seluruh negara untuk meminta supaya siasatan segera dilakukan terhadap skandal 1MDB," kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan hari ini.
Agensi berita Reuters melaporkan bahawa Peguam Negara Amerika telah mengemukakan saman sivil untuk menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa dicuri daripada dana 1MDB.
Antara isi kandungan tuntutan mahkamah berkenaan termasuk dakwaan bahawa AS$681,000,000 daripada jualan bon pada 2013 oleh 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun yang dinamakan sebagai "Pegawai Malaysia 1" yang digambarkan sebagai "seorang pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan dalam 1MDB".
Menurut laporan itu lagi, tuntutan mahkamah itu juga berusaha untuk merampas aset "yang terlibat dan dikesan mempunyai kaitan dengan konspirasi antrabangsa berkaitan pengubahan wang haram daripada 1MDB".
Kesalahan terbabit dilakukan dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu termasuk pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan rakan mereka yang didakwa berkomplot untuk menipu dengan mengalihkan berbilion dolar amerika daripada 1MDB.
Ia merupakan kes sitaan terbesar yang pernah dibawa oleh Kleptocracy Asset Recovery Initiative,  dalam sejarah Jabatan Kehakiman Amerika.
Tuntutan Mahkamah itu menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, Ahli Perniagaan, Jho Low dan dua pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Read More / Baca Lagi >>

Zam Maidin tidak terkejut akhbar Malaysia gelapkan berita AS sita aset 1MDB

Posted: 20 Jul 2016 09:54 PM PDT

Kebanyakan media tempatan dikawal pihak pemerintah, sehingga menyukarkan mereka membuat laporan secara telus, kata bekas pengarang Utusan Melayu.
zam-1mdb
PETALING JAYA: Kegagalan akhbar tempatan hari ini melaporkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mahu menyita aset berkaitan 1MDB bukan sesuatu yang mengejutkan, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia.
Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga bekas menteri penerangan itu berkata ini kerana akhbar tempatan berkait rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ditekan pihak pemerintah.
"Itu sudah biasa. Sikap ini sudah tidak mengejutkan lagi dan sudah menjadi tradisi," kata beliau.
"Dulu orang percaya kepada Jabatan Penerangan, orang percaya RTM, orang percaya TV3, sekarang mereka sudah hilang kepercayaan itu."
Katanya, beliau sudah tidak lagi membaca surat khabar kerana kandungannya "propaganda semata-mata".
"Ini semua kesilapan dan kelemahan Najib menguruskan media secara profesional," katanya ketika dihubungi FMT.
Tinjauan FMT hari ini mendapati kesemua akhbar harian utama negara ini tidak langsung melaporkan berita Jabatan Kehakiman AS menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), walaupun ia menjadi tajuk besar media antarabangsa.
Zainudin berkata Najib seharusnya bertanggungjwab menangkis segala laporan melibatkan beliau dan 1MDB sekiranya ia tidak benar kerana boleh memberi kesan buruk kepada nama baik Malaysia di mata dunia.
"Sesuatu yang membimbangkan sekiranya kerajaan tidak dapat memberi penjelasan yang boleh menyakinkan dunia profesional di luar negara. Ia akan menjejaskan masa depan ekonomi kita dan keyakinan luar sebab negara tidak hanya perlu mendapat sanjungan daripada rakyat semata tetapi dalam dunia globalisasi ini, penilaian luar negara juga penting," katanya.

Skandal 1MDB: Bagaimana DOJ Amerika jumpa bukti tetapi Malaysia tidak?

Posted: 20 Jul 2016 09:51 PM PDT

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat secara rasminya mengambil tindakan memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Peguam Negara AS Loretta E Lynch mengumumkan tindakan ini adalah untuk melucutkan dan mendapatkan kembali dana sebanyak USD1 bilion berkaitan dengan 'konspirasi antarabangsa' mengubah dana haram yang diperolehi daripada 1MDB.

Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?

Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi.

Cuma pelik bagaimana Jabatan Keadilan AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpangkalan di Malaysia tetapi tidak pihak berkuasa Malaysia.

Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?
Read More / Baca Lagi >>

Congratulations PM Najib!!. "Malaysia Boleh!" "Semua boleh!"

Posted: 20 Jul 2016 09:47 PM PDT

Last night was like the night of world cup final. Most Malaysian and international community were watching televisions and computers to see the sequences and trailing the goings-on on the 1MDB issue which has now become world news after the US Attorney General made her press conference on the massive seizure of properties owned by members of Najib's family and associates in New York through massive corruption and misappropriations of Malaysian public funds through 1MDB.
Just read and get yourself linked to all electronic and printed media throughout the world and you will never fail to get the updated news on how 1MDB's money were siphoned through banks and money institution worldwide. Swiss Attorney General and authorities from Luxemburg are joining in the open probe with the US Attorney General Loretta Lynch and every corner of the world is looking closely to the corruption affairs that involved 1MDB and the related companies and individuals since 2009.
The world is now awakened by the news of 1MDB and all news agencies and electronic media of the world are now giving special attention to the crime created by 1MDB since 2009. They detailed out how the corrupt conspirators milked the Malaysia Sovereign fund 1MDB since then and the way the funds were squandered and looted were frightening to like-minded person to digest. It's a real case of massive looting and stealing  which is beyond comprehension by the people responsible in 1MDB.
Now we know why PM Najib through his own admission that the trouble of 1MDB started with its failure to exercise Initial Public Offering (IPO). It was obvious that the need for 1MDB to float its companies was to get the public funds to cover all the monies squandered earlier and the failure to get the IPO done contributed greatly to the exposes of the heinous deeds of 1MDB that was led by its chairman of the investment committee, Mohd Najib Razak.
This blog is not able to upload every news reported in the international media as no printed and electronic media fails to cover the issues surrounding 1MDB. Just read New York Times, WSJ, Bangkok Post, all printed media in Britain as well as news print from Japan, Australia, United States and the rest of the world. Go to Reuters, AFP, Bloomberg, and NSK or just mention any news agency world-wide; you will not miss the news.
This was the real success of the slogan 'Malaysia Boleh!' Malaysia stands tall in the field of corruption. Malaysia is leading the world in this field. This case is rated to be the biggest scandal in the world history. Congratulations PM Najib!! Malaysia has made it!!

Next thing that Najib needs to do is to resign and retire. Just do that so that Tun Mahathir and the rest can put aside the idea of setting up a new party. Leave this country to a leader who can restart this nation anew. We need a total revamp of this beautiful nation again.

Singapura sita RM710 juta aset 1MDB

Posted: 20 Jul 2016 09:40 PM PDT

Tiga bank berurusan disiasat pihak berkuasa Singapura yang mendapati beberapa kelemahan kawal selia.
Monetary-Authority-of-Singapore
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sudah menyita aset bernilai S$240 juta (RM710 juta) susulan siasatan dana berkaitan 1MDB atas dakwaan pengubahan wang haram, yang mendapati "kelemahan" dalam beberapa bank utama di bandar raya itu.
"Aliran wang yang disiasat itu termasuk yang berkait Good Star Limited (Seychelles), Aabar Investments PJS Limited (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Seychelles), dan Tanore Finance Corp. (BVI)," kata kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Hal Ehwal Komersil.
MAS berkata ia sudah melakukan pemeriksaan ke atas Bank DBS, Standard Chartered dan UBS dan mendapati beberapa "kegagalan kawalan" dalam ketiga-tiga bank itu, di samping "kelemahan proses menerima penyimpan dan mengawal selia transaksi".
"Terdapat juga kelewatan tidak wajar mengesan dan melaporkan transaksi," kata kenyataan itu.

DOJ kesan tiga tahap pengubahan wang haram melalui 1MDB

Posted: 20 Jul 2016 09:35 PM PDT

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memperincikan dalam saman mereka apa yang digambarkan sebagai 'tiga tahap' pengubahan wang haram melalui dana bermasalah negara 1MDB.
Peringkat pertama dipanggil 'fasa Good Star',  peringkat kedua dikenali  'fasa Aabar BVI' dan peringkat ketiga adalah 'fasa Tanore'.
Di peringkat Good Star, DOJ berkata lebih AS$ 1 bilion secara curang dipesongkan daripada 1MDB.
"Antara 2009 dan 2011, di bawah alasan pelaburan usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International, sebuah syarikat minyak Saudi swasta, pegawai-pegawai 1MDB dan lain-lain menguruskan pemindahan lebih AS$ 1 bilion daripada 1MDB ke akaun bank Switzerland yang dipegang atas nama Good Star Limited," menurut tuntutan itu.
Salah satu cara pegawai 1MDB mencapai lencongan dana ini adalah dengan memberikan maklumat palsu kepada bank-bank mengenai pemilikan Good Star, katanya.
"Berbeza dengan representasi yang dibuat oleh pegawai-pegawai 1MDB, akaun Good Star itu secara benefisial tidak dimiliki oleh PetroSaudi atau usaha sama itu, tetapi oleh Low Taek Jho, atau Jho Low, seorang rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kedudukan rasmi dengan 1MDB, tetapi terlibat dalam pembentukannya," katanya.
Low katanya telah 'mencuci' lebih daripada AS$ 400 juta daripada dana yang disalahgunakan dari 1MDB melalui Good Star ke Amerika Syarikat, dan selepas itu dana tersebut digunakan untuk "kepuasan peribadi" Low dan rakan-rakannya.
Peringkat seterusnya adalah Aabar BVI, di mana DOJ mendakwa kira-kira AS$ 1,367 bilion telah disalahgunakan daripada 1MDB.
Jumlah itu adalah sebahagian daripada hasil 1MDB yang diperoleh melalui dua tawaran bon berasingan dan ditanggung oleh Goldman Sachs International pada tahun 2012, menurut tuntutan mahkamah.
Bon ini telah dijamin oleh 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), katanya.
"Sebaik sahaja selepas 1MDB menerima hasil pengeluaran kedua-dua bon, pegawai-pegawai 1MDB menyebabkan sebahagian besar daripada hasil - kira-kira AS$ 1,367 bilion, satu jumlah yang bersamaan lebih 40 peratus daripada jumlah hasil yang bersih yang diperoleh - untuk dipindahkan ke akaun bank Switzerland milik entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI)," tuntutan mahkamah dibaca.
Aabar BVI telah dicipta dan dinamakan untuk memberi gambaran bahawa ia dikaitkan dengan Aabar Investments PJS (Aabar), anak syarikat IPIC, walaupun pada hakikatnya tiada hubungan antara Aabar BVI dengan Aabar atau IPIC, katanya.
"Akaun bank Switzerland yang dimiliki oleh Aabar BVI telah digunakan untuk mengepam hasil daripada jualan bon 2012 untuk faedah peribadi pegawai-pegawai di IPIC, Aabar dan 1MDB dan rakan mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Rakyat Malaysia ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi'

Posted: 20 Jul 2016 09:27 PM PDT

Dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, kata penyiasat Amerika Syarikat.
"Dana dicuri atas alasan bahawa ia adalah pelaburan 1MDB dalam penerokaan minyak.
"Atas kertas AS$1 bilion adalah untuk hak sumber, namun (ia) digunakan untuk kekayaan peribadi ... (termasuk) hutang perjudian di kasino Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London, jutaan dalam hartanah termasuk jet Bombardier bernilai AS$35 juta," kata Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung aduan awam dibuat oleh jabatan itu untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.
"Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar-besaran (dalam) satu skim yang hampir berlaku di seluruh dunia," katanya.
Aset-aset lain yang disenaraikan oleh jabatan itu untuk diambil tindakan undang-undang yang difailkan hari ini termasuk:
  • Karya seni dari Claude Monet dan Vincent Van Gogh;
  • Pelaburan AS$250 juta dalam Parklane Hotel, New York;
  • Pelaburan A$176,000,000 dalam EMI Music;
  • Nilai hartanah AS$100 juta di Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat lain, termasuk sebuah rumah agam di Beverly Hills, sebuah kondominium di New York dan rumah di United Kingdom; dan
  • Kutipan hasil filem 'The Wolf of Wall Street' yang haknya dimiliki Red Granite.

Rasmi – wang 1MDB telah dicuri

Posted: 20 Jul 2016 09:25 PM PDT

Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Loretta Lynch telah menjadikannya rasmi semalam.

Kata-katanya jelas. Sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion milik rakyat Malaysia telah dicuri.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan AS (DOJ), dan Perkhidmatan Hasil Dalaman (agensi hasil cukai AS) telah mengetuai siasatan sangat teliti selama setahun.

Mereka membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia telah dirompak. Wang rakyat dialihkan – dicuri – daripada dana kerajaan 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang haram.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB selama ini? Siapa curi wang itu? Ke mana ia pergi? Siapa bertanggungjawab benarkan perkara ini berlaku?

Inilah persoalan-persoalan yang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS.

Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membentuk dan mengetuai 1MDB, dan taikun ranggi Low Taek Jho atua leboh dikenali sebagai Jho Low, bekerja di belakang tabir.
Laporan Jabatan Keadilan AS menyenaraikan tiga lagi pegawai-pegawai 1MDB yang terlibat dalam penipuan ini.

Sementara nama mereka tidak disebut, jawatan mereka (CEO, dan lain-lain) dan terma-terma perkhidmatan disenaraikan.

Jadi, mudah untuk mengetahui siapa lagi pegawai-pegawai itu.
Dalam sidang media Lynch, beliau menggunakan istilan "dicuri" berkali-kali.

Lynch juga menyebut "pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan sekutu-sekutu mereka" terlibat dalam pengubahan wang haram, sebuah jenayah antarabangsa.

Beliau juga menyebut nama "Aziz" beberapa kali. "Aziz" dikatakan antara yang terlibat dalam kecurian daripada rakyat Malaysia dan pengalihan wang daripada 1MDB.

Diperincikan juga bagaimana "Aziz" menggunakan wang yang diperoleh melalui pengubahan wang haram untuk tujuan peribadi – membeli harta tanah di New York, London dan Los Angeles – dan malah membikin filem Hollywood.

Berdasarkan pemfailan Jabatan Keadilan dengan mahkamah, kita dengan jelas maklum bahawa "Aziz" ialah anak tiri Najib. Mereka menyebut Aziz dengan nama penuhnya Riza Aziz.

Pemfailan jabatan itu juga merujuk Riza Aziz sebagai mempunyai hubungan keluarga dengan 'Malaysia Official 1', yang juga dikaitkan dengan skandal ini.

Peranan Malaysia Official 1 ini telah digariskan dalam pemfailkan Jabtan Keadilan.

Read More / Baca Lagi >>

Ke mana hilang? Akhbar Malaysia tidak lapor AS sita aset 1MDB

Posted: 20 Jul 2016 09:20 PM PDT

Kesemua akhbar harian utama di Malaysia gagal melaporkan berita itu walaupun mendapat liputan luas media antarabangsa.
1mdb-skandal
PETALING JAYA: Walaupun media antarabangsa melaporkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mahu menyita aset berkaitan 1MDB, berita itu langsung tidak dilaporkan akhbar tempatan hari ini.
Tinjauan FMT mendapati kesemua akhbar utama berbahasa Melayu dan Inggeris gagal melaporkan berita itu walaupun ia mendapat liputan meluas agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan AFP. Beberapa akhbar terkemuka termasuk New York Times juga memuatkan laporan itu.
Akhbar New Straits Times (NST), The Star, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak melaporkan berita itu.
Begitu juga Sinar Harian dan Malay Mail yang turut memalapkan laporan itu dalam halamannya hari ini.
NST memuatkan berita langkah mewajibkan vaksinasi di muka depannya, manakala Malay Mail, The Star dan Utusan kesemuanya memainkan berita spekulasi pilihan raya mengejut Pulau Pinang yang tidak menjadi.
Satu-satunya akhbar yang melaporkan berita itu ialah akhbar berbahasa Cina, China Press, itu pun di muka lima.
Memalukan
Mengulas kegagalan melaporkan berita itu, bekas pengarang kanan NST, Mustapha Kamil membidas editor akhbar tempatan kerana "terlepas sebuah berita besar".
"Bagaimana kamu hendak bersemuka dengan wartawan, pengiklan dan seterusnya orang awam? Siapa yang bohong sekarang?" kata Mustapha yang meletakkan jawatan baru-baru ini kerana kesal dengan NST yang cuba menutup laporan mengenai 1MDB.
"Ini masa sesuai menulis surat peletakan jawatan anda," tambah Mustapha yang menganggap institusi media di negara ini sudah terkubur.
Semalam, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi yang terbesar negara itu membabitkan entiti luar.
Saman yang difailkan di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang "terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB".
Ia turut menamakan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, kerana dituduh menggunakan dana 1MDB sebanyak RM256 juta.
Dalam kenyataan pagi ini, setiausaha akhbar perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin berkata kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh dalam sebarang penyiasatan membabitkan 1MDB.

Najib digesa berterus-terang isu 1MDB sekarang

Posted: 20 Jul 2016 09:19 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak digesa untuk berterus-terang berhubung skandal 1MDB berikutan pengumuman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bahawa ia akan mengambil tindakan undang-undang untuk merampas aset yang dikaitkan dengan dana pelaburan negara itu.
"Perdana Menteri kini perlu berterus terang tentang perkara ini yang tidak dapat disembunyikan lagi.
"Beliau juga tidak boleh lagi berpura-pura yang skandal ini tidak memalukan negara," kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini.
DOJ memfailkan saman untuk melucutkan hak sivil di Los Angeles kerana mahu merampas hartanah bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB.
Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang disalahgunakan dan aset lain yang terlibat termasuk rumah agam dan mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem 'The Wolf of Wall Street'.
Azmin menegaskan bahawa DOJ berkata pegawai-pegawai 1MDB memperlakukan dana pelaburan negara seperti "akaun bank peribadi" mereka dan "menyonglap berbilion dollar dari rakyat Malaysia".
"Akhirnya, setelah sekian lama cuba menyembunyikan ibu segala skandal kewangan di Malaysia ini, kebenaran berkaitan 1MDB akhirnya terbongkar jua.
"Ia mengesahkan dengan jelas bahawa sememangnya wujud satu konspirasi untuk menipu dan membersihkan berilion dolar wang pembayar cukai yang disonglap mereka yang rapat dengan pemerintah tertinggi negara," katanya.
Walaupun beliau mengakui bahawa nama Najib tidak disebut dalam saman itu, namun ia khusus menamakan anak tirinya Riza Aziz, rakan keluarga dan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, serta dua pegawai kerajaan Abu Dhabi.
Azmin berkata, beliau sentiasa menegaskan bahawa keputusan Najib memecat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu, kemudiannya menggantikan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail serta pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat akitif dalam penyiasatan 1MDB memberi petunjuk jelas akan konspirasi untuk menutup skandal ini.
"Mengambil kira perkembangan terbaru ini, Perdana Menteri tidak dapat lagi mengunci mulutnya dan perlu menjelaskan kepada negara tentang skandal ini," katanya.

Dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika terhadap 1MDB, Najib perlu kosongkan kerusi PM

Posted: 20 Jul 2016 09:17 PM PDT

Najib perlu kosongkan kerusi PM ekoran dakwaan Jabatan Negara Amerika terhadap 1MDB.Najib perlu kosongkan kerusi PM ekoran dakwaan Jabatan Negara Amerika terhadap 1MDB.
Datuk Seri Najib Razak perlu mengosongkan jawatan sebagai perdana menteri segera dan negara menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dakwaan dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB.
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, ini adalah jalan terbaik untuk kepentingan negara, maruah Najib selaku insan dan hak setiap warga negara Malaysia.
"(Kerajaan perlu) menubuhkan suruhanjaya bebas di mana anggotanya tidak ditentukan oleh YAB dan mengemablikan semua wang dan aset yang terlibat dengan 1MDB serta meminta maaf dari seluruh rakyat," kata Adun Salor, Kelantan itu.
Bagi Husam, kenyataan oleh Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch, Penolong Peguam Negara bahagian jenayah, Leslie Caldwell, Pendakwa Amerika untuk daerah pusat Keefe, Ilene Decker dan Andrew Mc Cabe serta Ketua Jabatan Siasatan Hasil Dalam Negeri. Mr Webber awal malam tadi amat mengejutkan.
"YAB telah dirujuk sebagai Malaysia Official 1 di dalam dokumen berkaitan yang difailkan," kata Husam dalam kenyataan itu.
Pegawai Amerika juga menggunakan perkataan 'A close relative of a senior 1MDB official' sebagai antara penerima faedah dari penyelewengan ini, kata Husam.
Sementara itu, 1MDB dalam kenyataan berkata,  1MDB bukan pihak terlibat dalam saman sivil itu.
Mereka juga tidak mempunyai sebarang aset di Amerika dan tidak juga mendapat apa-apa faedah dari pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman itu.
"Lagi pun, 1MDB tidak tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika atau agen-agen asing berkaitan dengan penyiasatan mereka," kata jurucakap itu dalam satu kenyataannya pagi ini.

Siapakah 'Malaysian Official 1' dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika?

Posted: 20 Jul 2016 09:17 PM PDT


Semalam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memohon untuk merampas harta yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Semalam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memohon untuk merampas harta yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Firma pelaburan negara 1MDB, berkata ia tidak mendapat sebarang manfaat dari mana-mana transaksi yang disenaraikan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli menggunakan dana yang didakwa disalurkan dari 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang itu di Los Angeles semalam untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion yang mana penyiasat AS percaya telah "ditipu" daripada rakyat Malaysia.
"1MDB menekankan bahawa ia bukan satu pihak dalam saman sivil itu, tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat, atau ia mendapat manfaat dari pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu.
"Tambahan pula, 1MDB tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain yang berkaitan dengan siasatan mereka.
"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak kuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut dan nasihat dari pihak berkuasa tempatan berkaitan yang sah," katanya dalam satu kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.
Semalam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, secara lansung dalam saman mereka memohon untuk merampas harta yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya, jabatan itu hanya merujuk 'pegawai atasan Malaysia' sebagai 'individu berkaitan'.
Saman yang difailkan di Los Angeles menyebut 'Malaysian Official 1' yang juga memegang satu jawatan yang berkuasa di dalam 1MDB seperti dilapor The Wall Street Journal.
Najib yang juga Menteri Kewangan adalah Penasihat Eksekutif 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat itu.
1MDB kini menanggung beban hutang sehingga RM50 bilion, tetapi kerajaan telah membuat keputusan untuk mengambil alih syarikat itu dan tanggungjawabnya.
Isu itu menjadi panas apabila RM2.6 bilion dikesan masuk ke akaun peribadi Najib yang didakwa sebagai 'derma' dari keluarga diraja Arab Saudi.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Najib ialah orang yang terbabit secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Anak Tiri Najib Disebut Dalam Kes RM4 bilion

Posted: 20 Jul 2016 09:16 PM PDT


Tuntutan mahkamah oleh kerajaan Amerika Syarikat menamakan Riza Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai "individu berkenaan" dalam kes 1MDB.
Demikian menurut berita kilat Reuters yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas jam 8.09 malam tadi. (Berita seterusnya di sini).
Riza adalah anak Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mandor dengan suami pertamanya. Dia adalah penerbit filem yang tinggal di Amerika.
Berita kilat itu mengesahkan laporan terdahulu oleh akhbar New York Times (NYT) bahawa Riza, Jho Low dan bekas pegawai kerajaan Abu Dhabi, Mohamed Badawy al-Husseiny, akan disabitkan dalam satu tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat. (Baca di sini).
Kes itu dijangka melibatkan rampasan harta bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dipercayai dibeli dengan wang yang disyaki dicuri daripada 1MDB.
Laporan Reuters mengatakan sebanyak AS$3.5 bilion dicuri daripada 1MDB.

NYT, dalam laporannya berkata wang itu disembunyikan dalam bentuk hartanah, karya seni dan barang-barang berharga lain.
Duit itu disonglap daripada 1MDB dan dipindahkan di sekeliling dunia secara rahsia menggunakan syarikat kosong (shell company), kata Jabatan Keadilan Amerika.
Agensi kerajaan pusat Amerika itu memohon kebenaran merampas aset-aset tersebut melalui satu unit bernama "Kleptocracy Asset Recovery Initiative" yang tugasnya mendapatkan semula harta yang dicuri oleh pihak berkuasa.
Jabatan Keadilan Amerika menyipatkan penyonglapan duit 1MDB sebagai pencurian oleh pemerintah (kleptokrasi).
Ini adalah kes terbesar seumpamanya yang pernah digerakkan oleh jabatan tersebut.
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kemungkinan yang paling ditakuti oleh Mohd Najib adalah tindakan undang-undang ke atas Riza dan Jho Low.

Timb Presiden PAS mahu ulama turut serta siasat 1MDB

Posted: 20 Jul 2016 09:15 PM PDT

Timbalan presiden PAS turut mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa AS menjumpai bukti salah laku sedangkan penyiasat Malaysia membersihkan 1MDB daripada sebarang tuduhan.
Tuan-Ibrahim_-1mdb_600
PETALING JAYA: PAS hari ini menuntut ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan 1MDB, dan mahu ia turut disertai ulama "yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam".
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengulas perkembangan terkini di Amerika Syarikat di mana Jabatan Kehakiman negara itu mengorak langkah menyita aset 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), berkata siasatan perlu menumpukan sama ada berlaku strategi dan jangkaan pelaburan yang salah.
"Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza," katanya dalam satu kenyataan.
Saman yang difailkan Jabatan Kehakiman di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang "terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB".
Ia turut menamakan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, kerana dituduh menggunakan dana 1MDB sebanyak RM256 juta.
Riza mengetuai syarikat filem yang menerbitkan "The Wolf of Wall Street" yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
Syarikat itu dituduh menggunakan RM256 juta dana haram yang dikeluarkan daripada 1MDB bagi pembikinan filem yang dicalonkan Oscar itu.
"Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?" tanya Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim turut mempersoalkan bagaimana penyiasat Amerika Syarikat menemui bukti salah laku walaupun beberapa agensi Malaysia yang melakukan penyiasatan sebelum ini enggan mengheret sesiapa ke mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Majlis Raja-raja harus menasihati PM letak jawatan, kata Khairuddin

Posted: 20 Jul 2016 09:14 PM PDT

Mesyuarat Majlis Raja Raja didesak untuk  mempertimbangkan  konflik membabitkan perdana menteri dengan skandal 1MDB yang memburukkan imej negara untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.Mesyuarat Majlis Raja Raja didesak untuk mempertimbangkan konflik membabitkan perdana menteri dengan skandal 1MDB yang memburukkan imej negara untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.
Majlis RajaRaja Melayu diminta untuk bertindak menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk meletak jawatan secara serta merta ekoran saman Jabatan Penguam Negara AS terhadap individu yang dikaitkan dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang pernah secara langsung terbabit mendedahkan skandal 1MDB pada 2014 lalu, pernah didakwa di bawah Akta Sosma dan dipenjarakan selama dua bulan, menyatakan ketegasannya agar permohonan beliau mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu untuk mengambil pendirian tegas terhadap perdana menteri.
"Tiada apa-apa alasan lagi bagi Najib kecuali meletak semua jawatan dalam kerajaan dan politiknya kerana beliau adalah tokoh pemimpin paling korup yang tidak layak lagi untuk memimpin negara malaysia yang tercinta ini.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan "Dengan pengumuman dan kenyataan dari Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta E. Lynch telah membuktikan kepada terdapat bukti-bukti sahih penyelewengan berbilion-bilion ringgit di dalam kes syarikat 1MDB.
"Najib selaku perdana menteri, menteri kewangan 1 dan pengerusi lembaga penasihat syarikat 1mdb pada waktu itu harus letak semua jawatannya dalam kadar segera
"Beliau mesti bertanggungjawab di dalam semua penyelewengan yang berlaku pada syarikat 1MDB yang telah melibatkan jumlah yang begitu besar dan amat merugikan kerajaan serta rakyat, "ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin yang juga Ahli Jawantakuasa Sekretariat Deklarasi Rakyat turut mempersoalkan kewibawaan Ketua Polis Negara, Peguan Negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan perkembangan terbaru daripada Jabatan Peguan Negara AS ini.
"Saya minta mereka itu tolong beri penjelasan kenapa mereka lambat bertindak dalam kes skandal 1MDB ini?
Read More / Baca Lagi >>

Dana 1MDB diselewengkan dakwa Jabatan Kehakiman AS

Posted: 20 Jul 2016 09:13 PM PDT


Andrew Mc CabeAndrew Mc CabeDana syarikat pelaburan negara yang diselubungi kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng turut dibelanjakan untuk bayaran perjudian, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman yang difailkan untuk menyita aset milik beberapa individu dan syarikat.
Selain itu dokumen saman yang difailkan di Los Angeles turut menyatakan dana berkenaan dibelanjakan untuk membeli aset defendan, selain membiayai gaya hidup mewah mereka yang turut berkonspirasi dalam penyelewengan itu.
Ini termasuk pembelian lukisan dan barang kemas, hartanah mewah dan membayar selebriti terkenal bagi menghadiri parti.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz -; ahli perniagaan Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Dokumen itu turut menyatakan aset milik defendan adalah sebahagian daripada hasil lebih AS$3.5 bilion yang diselewengkan dari 1MDB dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Penggunaan wang yang dilencongkan daripada dana 1MDB untuk kepentingan peribadi oleh mereka yang turut berkonspirasi serta sekutu mereka adalah tidak konsisten dengan tujuan 1MDB mengumpul dana dan 1MDB mahupun kerajaan Malaysia tidak menyedari apa-apa pulangan ke atas pembelian ini dan perbelanjaannya.
Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe, pada sidang media di Washington DC semalam, berkata wang yang dicuri itu adalah membabitkan pelaburan 1MDB yang didakwa digunakan untuk penerokaan minyak.
"Di atas kertas AS$1 bilion digunakan untuk kajian, sebaliknya digunakan untuk peribadi, termasuk membayar hutang perjudian di kasino di Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London serta aset bernilai jutaan dolar, termasuk jet peribadi bernilai AS35 juta," katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala yang sangat besar.

Comments (0)