Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MANA SATU PEMBOHONG....

Posted: 02 Jul 2016 06:07 PM PDT

Bank Dunia atau PANGLIMA PERANG ORANG ISLAM ??

KENAPA PERLU TAKUT DENGAN DERMA YANG DITERIMA GUN ENG?

Posted: 02 Jul 2016 06:03 PM PDT

Berikutan pendakwaan mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak cukup dengan mendesaknya agar meletakkan jawatan, pemimpin UMNO dan BN juga mengecam usaha DAP mengumpul sumbangan orangramai bagi menampung wang jaminan RM1 juta yang dikenakan keatasnya.

Selain ada yang mengatakan Guan Eng seharusnya menggunakan wang sendiri untuk membayar wang jaminan itu, seorang Ahli MT UMNO, Reezal Merican Naina Merican pula menyifatkan kutipan derma itu sebagai membebankan orangramai.

Di mana anaknya Reezal belajar kutipan derma sebagai membebankan orangramai?

Derma adalah sumbangan yang dibuat dengan seikhlas hati, ia boleh diberikan  dan boleh juga tidak dilakukan. Tiada paksaan kepada sesiapa untuk wajib atau mesti melakukannya.

Hanya mereka yang mampu, berkeupayaan dan ada keikhlasan saja akan menderma, sebaliknya yang tidak berkemampuan dan tiada keikhlasan, tidak perlu berbuat demikian.

Jadi, di mana logiknya sumbangan itu sebagai membebankan sedangkan orangramai sentiasa diberikan pilihan untuk menyumbang atau tidak?

Lagi pula, orang yang sedia menghulurkan derma kerana ada lebihan wang dalam poket, ia bukanlah suatu bentuk bebanan bagi mereka.

Sekali lagi, di mana datangnya ada yang terbeban apabila menderma?

Dan berikutan sumbangan lebih RM1 juta dapat dikumpulkan hanya dalam tempoh 21 hari, ia jelas membuktikan lebih ramai yang ikhlas hati untuk menghulurkan sumbangan serta sama sekali tidak terbeban dengan huluran yang mereka lakukan.

Reezal juga dipetik sebagai berkata, beberapa pemimpin BN yang didakwa di mahkamah tidak pula mengutip sumbangan orangramai untuk membayar wang jaminan mereka.

Hahaha...ini lagi hujah yang kelakar!
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan tentu jatuh, isunya siapa pengganti, kata Husam

Posted: 02 Jul 2016 06:00 PM PDT


Bukan saya usaha jatuhkan Pas Kelantan, itu keputusan mereka sendiri, kata HusamBukan saya usaha jatuhkan Pas Kelantan, itu keputusan mereka sendiri, kata Husam
"Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu," kata Adun Salor Datuk Husam Musa di majlis makan colek anjuran Amanah Kelantan malam tadi.
Menurut Husam kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dan kekalahan kebanyakan kerusi-kerusi Pas seluruh negara tidak dapat dielakkan apabila Pas memilih kembali menyendiri dan membuat blok ke 3 yang terasing dari pentas politik pilihan rakyat.
Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar katanya menunjukkan parti asal beliau itu akan kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi 'marginal' kawasan majoriti Melayu.
Orang ramai tidak melepaskan peluang berdialog dengan Datuk HusamOrang ramai tidak melepaskan peluang berdialog dengan Datuk Husam"Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).
"Saya adalah pengerusi "Road Map" Pas PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.
"Kini tanpa lonjakan sokongan luar Pas kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu Pas akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun," ujar beliau di perkarangan pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu..
Berkaitan Kelantan katanya, dengan mengasingkan diri dari 'mainstream' pakatan pembangkang tidak perlu penganalisa profesional untuk mengatakan Pas tentu kalah dalam PRU akan datang.
"Yang menjadi isu sekarang, kerajaan Pas yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa," soal beliau.
Umno katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

"TIBA MASA BOIKOT ASTRO", bagi mereka tahu kuasa pengguna..!!

Posted: 02 Jul 2016 03:14 PM PDT

 "Astro Buat Hal Lagi" Mendapat Perhatian Netizen
Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?
RM120 penalti
RM80 penalti
RM88 bil bulanan
RM70 1 bulan notis.
1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.
Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni? Ni bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la.
Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?
Read More / Baca Lagi >>

KEMPEN TUTUP TV.....

Posted: 02 Jul 2016 07:47 AM PDT

BERHATI-HATI !!!..
Seorang munafik akan membuat ucapan Hari Raya pada malam Raya mahupun semasa Hari Raya melalui semua rangkaian TV di Malaysia..

Jika ia berlaku dan muncul di TV, anda sila tutup sebentar dari mendengar seorang yang munafik & kerap menipu rakyatnya.

Rating rangkaian TV akan turun ketika ucapan tanda protes rakyat terhadap seorang MUNAFIK..

Terima kasih kepada yg sama2 menyokong kempen protes ini..

Bila kobodohan mengatasi akal, inilah hasilnya..

Posted: 02 Jul 2016 07:44 AM PDT

Baru tau rupa2nya 'Pak Arab' bagi derma 2.6 bilion itu juga merupakan SATU BEBAN orang ramai !!!

NAJIB TAK BERANI MASUK KANDANG MAHKAMAH !!!

Posted: 02 Jul 2016 07:42 AM PDT

TU DIA !!!.. Patutler hingga skrg SPRM, polis & Peguam Negara tak berani nak heret Najib ke muka pegadilan, rupa2nya kalau Najib didakwa di mahkamah MAKA SEMUA JAWATAN NAJIB dalam Umno & kerajaan secara automatik AKAN DIGANTUNG !!!

NAMPAK TAK !!!.. Sebab itulah setiap kali mana2 dakwaan/ saman ke mahkamah yg melibatkan Najib, SUDAH PASTI Najib cuba utk membatalkannya...

NAMPAK TAK !!!.. Sebab itulah hingga kini NAJIB TAK BERANI MASUK KANDANG MAHKAMAH !!!

Derma Oh Derma..!!!

Posted: 02 Jul 2016 07:41 AM PDT

Inilah realitinya...
"Apabila kita ada 'thief', di Singapura kita panggil PENCURI. Di Malaysia mereka panggil PERDANA MENTERI. Jadi ia memang sangat berbeza." -Fakkah Fuzz

*pencuri = (Perdana Menteri)
Bila nak dimasukkan ke dlm Kamus Dewan edisi Kelima nanti ??!!

Jangan sampai tumpah darah, Salleh ingatkan Dr M

Posted: 02 Jul 2016 07:35 AM PDT

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan menindas para pengkritik.
Bekas perdana menteri itu mengeluh mereka yang tugasnya adalah untuk melindungi negara ini, telah menjadi penindas dan beliau sendiri telah disoal polis sebanyak empat lagi dengan ada satu lagi dijadualkan selepas hari raya
Mahathir mendakwa sedemikian dalam blognya.
Menurut Salleh, terdapat had kepada kritikan dan kesopanan serta kebenaran selain kesahihan harus ditegakkan.
"Memanggil seseorang sebagai anjing atau babi tidak boleh dikatakan sebagai mengkritik. Kami juga mempunyai undang-undang mengenai fitnah yang menjadikan ia satu jenayah kerana mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap seseorang," kata Salleh dalam blognya, hari ini.
Tambah beliau, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sangat 'rapuh' dan rusuhan begitu mudah untuk tercetus.
"Sebab itu kerajaan perlu mengawal apa yang boleh dan tidak boleh berkata jika mana-mana individu mengatakan sesuatu yang boleh mencetuskan pertumpahan darah," ujar Salleh lagi.
Beliau turut menuduh Mahathir kini mempercayai 'matlamat menghalalkan cara'.

Rakyat saksi kemajuan Pulau Pinang

Posted: 02 Jul 2016 07:31 AM PDT

Oleh Lim Guan Eng

Apabila BN dan menteri BN melancarkan "pendedahan" secara besar- besaran untuk kononnya ia sebagai skandal rasuah kerana membeli rumah banglo dengan harga murah, mereka mengaitkan dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis seluas 1 ekar untuk projek hospital dan mereka mendakwa tanah itu untuk golongan miskin.


Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang banyak kali mengulanginya ia kerajaan BN sebelum ini yang ingin membangunkan tanah Taman Manggis secara komersial dan ia tiada kaitan dengan pembelian rumah banglo saya kerana tanah Taman Manggis dijual kepada pembida paling tinggi melalui tender terbuka yang kompetitif, BN masih meneruskan konspirasi dan serangan politik mereka.

Kedua-dua tuduhan rasuah terhadap saya akhirnya mendedahkan konspirasi politik BN dan pemimpinnya, terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bukan saja pengecut dan pembohong, tetapi juga munafik.

Tiada sebarang tuduhan rasuah ke atas saya berhubung Taman Manggis. Walaupun cuba untuk memperbesarkan dan mengugut supaya berdebat secara terbuka oleh Rahman yang akhirnya pengecut untuk melakukannya, tiada langsung hasil siasatan tanah Taman Manggis yang sekali gus membuktikan pembohongan BN.

Sebaliknya, saya didakwa kesalahan rasuah yang tidak wujud dan sama sekali tidak melibatkan penjualan tanah Taman Manggis kepada KLIDC. Saya berdepan dengan seluruh jentera kerajaan persekutuan BN yang mahu memenjarakan saya selama 20 tahun untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud kerana meluluskan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan yang mana ia masih kekal sebagai tanah pertanian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menolak pengezonan semula kepada tanah perumahan dan tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian.

Apakah faedah atau rasuah kepada pemilik tanah, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) apabila tiada sebarang faedah kerana tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian? Apabila MBPP menolak kebenaran merancang pada 1 Disember 2015, MESB tidak dibenarkan membayar yuran pengezonan semula untuk ia dizonkan kepada perumahan.
Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diketuai oleh saya tidak campur tangan untuk mengarahkan MBPP supaya mengezonkan tanah tersebut kepada tanah perumahan.
Read More / Baca Lagi >>

‘Peguam Negara harus ikut kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Perdana Menteri’ – Ambiga

Posted: 02 Jul 2016 07:28 AM PDT


KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Presiden Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, Ambigia Sreenevasan mempersoal dwi-standard Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Najib daripada skandal 1MDB, namun mengambil tindakan pantas terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
ambiga"Peguam Negara harus bertindak mengikut kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Perdana Menteri dan pengikutnya," tegas Ambiga.
Ditanya tentang sama ada Guan Eng perlu bercuti dari jawatan, Ambiga menjawab dengan mempersoal kegagalan Datuk Seri Najib Razak yang enggan mengambil cuti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika siasatan terhadapnya masih dijalankan.
"Tanya kembali soalan itu apabila Perdana Menteri sudah melakukannya (bercuti daripada jawatan)," katanya seperti dilaporkan media hari ini.
Menurut Ambiga, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seorang Perdana Menteri yang didakwa terpalit dengan skandal kewangan yang seserius itu wajar berundur daripada menguruskan hal ehwal negara.
"Bagaimanapun, apa yang kita ada hari ini bukanlah demokrasi sebaliknya sebuah bentuk amalan diktaktor.
"Perdana Menteri tidak mahu mengikut undang-undang dan sebaliknya melanggar lebih banyak undang-undang dengan mengganggu perjalanan siasatan terhadapnya," katanya.
Dalam perkara berkaitan, Ambigia berkata terdapat kemungkinan wujud muslihat politik untuk mendakwa pemimpin-pemimpin pembangkang dan mendesak supaya mereka berundur.

Kit Siang mahu buat jelajah, dengar pendapat rakyat tentang kedudukan Guan Eng

Posted: 02 Jul 2016 07:27 AM PDT


KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berhasrat untuk membuat lawatan ke seluruh negara bagi mendengar sendiri pandangan masyarakat mengenai kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, susulan perbicaraan kes yang dihadapi Setiausaha Agung DAP itu.
lim kit siang ceramahWalaupun DAP telah sebulat suara meluluskan resolusi menyokong kepimpinan Guan Eng, Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini tetap mahu mendengar pandangan rakyat mengenai keputusan itu.
"Parti mempunyai hak untuk membuat keputusan terhadap hal berkenaan, namun saya akan tetap mengadakan lawatan untuk mendengar pandangan masyarakat mengenai sama ada Guan Eng patut letak jawatan atau bercuti," katanya.
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semalam sebulat suara memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung parti itu memandangkan dua dakwaan rasuah yang dikenakan terhadapnya bermotif politik semata-mata.
Menurut Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, kedua-dua dakwaan rasuah ke atas Guan Eng tersebut, masing-masing di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 di bawah Kanun Keseksaan, adalah tidak berasas, berniat jahat dan merupakan penganiayaan politik.
"Oleh itu, tidak ada sebab mengapa Guan Eng perlu bercuti dari jawatannya sebagai Setiausaha Agung atau Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tidak wujud konflik kepentingan dan beliau tidak mempunyai kuasa mempengaruhi atau mengawal proses pendakwaan," katanya.

'DAP kutip sumbangan awam kerana tiada derma dari Arab Saudi'

Posted: 02 Jul 2016 07:25 AM PDT

DAP terpaksa mengutip derma dari orang awam untuk membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana parti itu masih bergantung kepada dana daripada orang ramai.
"Sebagai parti yang masih bergantung kepada sumbangan dan derma daripada orang ramai, dana dicairkan sebanyak RM1 juta bukan melibatkan tanggungan yuran yang kecil," kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Steven Sim dalam catatan Facebook, hari ini.
Beliau berkata, walaupun DAP menjadi kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2008, parti itu masih bergantung kepada sumbangan orang ramai kerana tidak menyalah gunakan dana awam untuk kepentingan parti.
"Wang negeri adalah wang rakyat, bukan wang parti dan DAP sangat tegas dalam hal ini," jelasnya sambil menambah parti itu tidak pernah menggunakan satu sen pun dari dana keajaan negeri untuk kegunaan politik.
Merujuk kepada derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang kononnya diberikan oleh raja Arab Saudi, Sim berkata, DAP tidak mempunyai hubungan dengan penderma Arab yang boleh membantu.
"Oleh itu, biarlah BN ketawakan pemimpin dan ahli-ahli DAP kerana perlu menggunakan tin Milo untuk mengutip derma daripada orang ramai tetapi masih berpegang kepada prinsip-prinsip parti," tambahnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan aktivis Fahmi Reza yang menyatakan wang yang dibayar untuk ikat jamin akan dikembalikan.
"Adakah wang RM1 juta yang disumbangkan oleh orang ramai akan dibayar balik kepada setiap penderma selepas perbicaraan Lim berakhir?
"Jika tidak, apakah wang itu akan dimasukkan ke dalam satu tabung yang akan digunakan untuk membantu membayar ikat jamin aktivis lain pada masa akan datang?," tanya Fahmi.

Derma capai sasaran, rakyat tetap mendeposit wang

Posted: 02 Jul 2016 07:23 AM PDT

"Saya yakin ia sebuah program yang sangat baik untuk menunjukkan sokongan kepada Guan Eng dan menterjemah kemarahan mereka."
lim-guan-eng_derma_600
KUALA LUMPUR: Walaupun derma RM1 juta wang ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencapai sasaran, penduduk kawasan Puchong tetap mahu menyumbang RM10 dalam kempen yang dianjurkan oleh DAP itu.
Ini kerana, mereka yakin dana yang berlebihan akan disalurkan kepada 'Kempen Sokong, Simpati dan Solidariti Lim Guan Eng' yang diumumkan oleh Setiausaha Kebangsaannya, Anthony Loke Siew Fook semalam.
Wakil penduduk, Yap Chee Meng berkata walaupun diberitahu sasaran (kutipan derma) telah dicapai, peserta program tetap mahu menunjukkan sokongan.
Manakala, Lena Ng seorang pereka grafik bebas membawa dua anaknya ke kempen derma yang diadakan di Puchong Jaya supaya mereka belajar memahami hak selaku rakyat Malaysia.
"Saya menjelaskan apa yang sepatutnya menjadi hak dan apa yang sepatutnya menjadi salah. Perkara yang betul untuk dilakukan adalah untuk membantu orang yang memerlukan.
"Itu cara saya menjelaskan kepada mereka dan bukannya menggunakan aspek politik."
ADUN Kinrara Ng Sze Han memuji sokongan yang diberikan oleh penduduk Puchong, menyifatkannya sebagai satu inisiatif bermakna.
"Mereka menjemput saya pagi ini untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Guan Eng. Secara peribadi, saya yakin ia sebuah program yang sangat baik untuk menunjukkan sokongan kepada Guan Eng dan menterjemah kemarahan mereka."
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB - PELAKON PALING MANTAP DI MALAYSIA, KALAH ROSYAM NOR & AARON AZIZ DEK KEHEBATANNYA!!

Posted: 02 Jul 2016 07:21 AM PDT

Najib Razak sebenarnya bukan tidak sedar rakyat semakin menceceh mengenai dirinya dan tidak kurang yang terus menolaknya secara terang-terangan berikutan pelbagai isu yang melingkari dirinya yang dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Sebab itu akhir-akhir ini beliau dilihat semakin kerap cuba menonjolkan dirinya seolah-olah seorang pemimpin yang zuhud, baik hati, merendah diri, tidak berbeza dengan rakyat biasa serta tidak kekok menyantuni golongan miskin yang tidak berharta.

Di Facebook dan Twitter miliknya, gambar-gambar "lakonannya"  itu boleh disaksikan dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tidak lain yang diharapkan Najib, melainkan agar penonjolan berbagai watak baik yang "dilakonkan"  itu dapat membuatkan rakyat terlupa tentang skandal 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi, duit SRC International yang dibelanjakannya, kemewahan tanpa had, pembaziran merata-rata, penggunaan jet oleh isteri, pembelian hartanah mewah oleh anak tiri, pemecatan Peguam Negara, institusi awam yang penting dinodai dan seribu satu macam lainnya lagi.

Makin didedahkan onar dan kecurangannya, kita juga melihat semakin mantap "lakonan" sang Perdana Menteri ini. Boleh kalah Rosyam Nor atau Aaron Aziz dek kehebatannya!!

Tidak cukup dengan "lakonan"  membelikan pakaian raya untuk golongan miskin yang tahun-tahun sebelumnya hanya merupakan aturcara biasa untuk Wanita dan  Puteri UMNO atau mengucapkan selamat jalan untuk wargakota yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, malah ketika membayar zakat fitrah pun dijadikan "suatu persembahan"  juga oleh Najib.

Mari kita tonton satu demi satu watak "lakonan" Najib, di sebalik pelbagai onar dan seluruh dunia juga memperkatakan mengenai rasuah, penyonglapan dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Read More / Baca Lagi >>

Serangan Najib kini menekan pemimpin dan penyokong PH, kata Saifuddin

Posted: 02 Jul 2016 07:18 AM PDT


Saifuddin AbdullahSaifuddin Abdullah
Terkini tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Lim Guan Eng seolah-olah terdapat serangan daripada kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadap pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang sejak akhir-akhir ini.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa, beberapa peristiwa yang telah berlaku sepanjang bulan Ramadan ini, memberi isyarat kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, telah memberikan tekanan dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang pada Khamis lalu.
" Ada satu gerakan 'offensive' oleh PM sepanjang bulan Ramadhan berturu-turut tindakannya bermula dengan memecat dan mengantung pemimpin Umno, menghentikan peruntukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dan terkini mendakwa Lim Guan Eng.
"Kes Lim Guan Eng ini sebahagian daripada proses serangan yang mana kami lihat mereka menjadi mangsa perundangan yang terpilih," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau ditemui selepas menghadiri bengkel 'Preparatory Seminar and Workshop on Gearing up for Redelineation' anjuran Majlis Peguam hari ini.
Pada 23 Jun Pergerakan Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menghentikan apa sahaja bantuan kerajaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta Yayasan Kepimpinan Perdana kerana tindakan Tun Mahathir yang memburukkan kerajaan serta Perdana Menteri.
Pada 26 Jun Majlis Tertinggi Umno telah mengambil keputusan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta mengantung jawatan parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pada 29 Jun Setiausaha DAP pula ditahan SPRM.Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dengan jaminan berjumlah RM1 juta setelah didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 23 September depan untuk pengurusan kes.
Saifuddin turut berkata, keputusan Guan Eng untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri sementara kesnya disiasat, tidak menjejaskan amalan persepakatan dalam Majlis Presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng perlu letak jawatan buktikan prinsip DAP, kata ketua Puteri

Posted: 02 Jul 2016 07:17 AM PDT

Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata apa yang berlaku ke atas DAP sekarang seumpama meludah dan terkena ke muka sendiri.
ermieyati_lim-guan-eng_600
MELAKA: Lim Guan Eng diminta berundur dari jawatannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang sebagai menepati prinsip cekap, telus dan akauntabiliti yang kononnya diamalkan serta dilaungkan oleh parti DAP.
Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pendiriannya untuk kekal sebagai ketua menteri walaupun didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa jelas menunjukkan slogan DAP itu hanyalah sekadar retorik politik.
"Apa yang berlaku ke atas DAP sekarang ini (Guan Eng), seumpama meludah dan terkena ke muka sendiri.
"Isu ketidaktelusan kerajaan BN yang sebelum ini hebat diperkatakan sehingga menjadi salah satu inti pati dalam berkempen sebenarnya adalah bagi mengaburi mata rakyat terhadap tindakan songsang DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, demi sebuah maruah dan menunjukkan DAP sangat cekap, telus, berintegriti, amanah dan telus, Guan Eng harus berundur daripada jawatannya.
"Kelantangan Guan Eng selama ini menerusi slogan CAT (Cekap, Telus, Akauntabiliti) tidak lebih seperti muslihat bagi mengaburi rakyat dan diumpamakan 'cakap tidak serupa bikin'.
" Ini hanya (permainan) wayang DAP semata-mata," kata Mas Ermieyati.
Read More / Baca Lagi >>

Mazlan nafi mahu Muhyiddin jadi ketua Pakatan Harapan ganti Anwar

Posted: 02 Jul 2016 07:17 AM PDT


Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah
Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional Mazlan Aliman menafikan laporan The Star bahawa parti itu bersetuju untuk memilih bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua Pakatan Harapan yang baru.
Menyifatkan laporan tersebut jauh tersasar daripada apa yang diperkatakannya, Mazlan meminta The Star membetulkan laporan tersebut dan jika akhbar berkenaan enggan berbuat demikian beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

"Laporan itu tidak betul sama sekali dan jauh tersasar daripada apa yang saya katakan.

"Saya katakan laporan tersebut jelas berniat jahat dan mahu memporak perandakan Pakatan Harapan," katanya kepada Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga naib pengerusi Amanah Johor berkata, beliau didatangi pemberita selepas sidang media parti itu semalam dan diminta mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang mahu Muhyiddin menjadi ketua Pakatan Harapan.

"Pemberita itu bawa pandangan itu kepada saya dan saya katakan memang ada pandangan dari pihak luar.

"Tapi siapa Amanah Johor untuk buat keputusan? Soal memilih ketua terserah kepada Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tidak timbul isu saya katakan kami mahu Muhyiddin jadi ketua.

"Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah untuk sama-sama memperjuangkan isu-siu integriti dan sabagainya," jelasnya.

Read More / Baca Lagi >>

Jika mahu 'satu lawan satu' hormati hak PAS - Zuhdi

Posted: 02 Jul 2016 07:12 AM PDT

Dr Khir: Henti Banding Kes Saya Dengan Guan Eng

Posted: 02 Jul 2016 07:12 AM PDT

Ibrahim Ali: Let the people judge Guan Eng

Posted: 02 Jul 2016 07:11 AM PDT

Patut lebih takut dengan 'Melayu Harbi', kata mantan Pemikir JASA

Posted: 02 Jul 2016 07:10 AM PDT

Mat Sabu jangan tipu, tegur Noh

Posted: 02 Jul 2016 07:10 AM PDT

Pelindung telah menjadi penindas, keluh Dr M

Posted: 01 Jul 2016 10:57 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluh bahawa mereka yang tugasnya adalah untuk melindungi negara ini, telah menjadi penindas.
Katanya, beliau telah disoal polis sebanyak empat lagi, dan menurutnya terdapat satu lagi dijadualkan selepas hari raya.
"Saya pasti, akan ada satu lagi soal siasat polis selepas ini diterbitkan," tulis beliau di blognya hari ini.
Katanya, polis adalah untuk melindungi kita, rakyat, daripada penjenayah.
Tetapi, dakwanya, kini polis sedang digunakan untuk mengganggu dan memberi tekanan terhadap kita, sambil beliau bertanya "adakah ini betul atau salah."
Dengan menyasarkan bekas partinya Umno, Mahathir secara ironinya memetik patriot Amerika yang telah berkata, "Negara saya semoga ia sentiasa betul, tetapi itu negara saya betul atau salah."
"Di Malaysia ia seolah-olah kita kami percaya pada 'parti saya, bos saya, semoga mereka sentiasa betul, tetapi itu parti saya, bos saya betul atau salah'.
"Kita melihat perbuatan yang salah dilakukan atas nama profesionalisme dan disiplin. Pelindung telah menjadi penindas," tulis Mahathir.
Walaupun tidak mengulas lanjut, beliau mungkin merujuk kepada pemecatan anaknya Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menurut Umno adalah hal tatatertib.

Terus terang dedah kepincangan skandal 1MDB

Posted: 01 Jul 2016 10:55 PM PDT

Kerajaan Persekutuan dinasihatkan berterus terang terhadap beberapa dakwaan pernah dibangkitkan mengenai firma dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa perlu 'berbicara manis' mengenai soal ketelusan.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata pembangkang sudah membangkitkan pelbagai dakwaan sebelum ini malah ia turut diperkatakan di luar negara namun masih gagal dijawab sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Isu ketelusuan bukan soal janji mulut sahaja, tidak ada tindakan yang konkrit ditunjukkan bagi menangani isu ini dengan ikhlas.
1MDB-470x270"Kita tidak perlu tunggu penggal (pemerintahan) habis. Kalau betul dia harus mengakui perkara sebenar berlaku dan mula mengambil tindakan kepada pihak terlibat termasuk orang dekat dengan Perdana Menteri malah Perdana Menteri sendiri perlu jawab dakwaan yang ada sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan II baru, Datuk Johari Abdul Ghani yang menyebut mahu menjadikan 1MDB sebagai salah satu keutamaannya dan berjanji untuk menyelesaikan masalah itu secara telus.
Johari dilaporkan berkata, beliau mencuba terbaik menyelesaikannya secara profesional dan telus serta bergerak ke hadapan demi membangunkan negara.

Comments (0)