Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:44 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


AS dijangka sita berbilion dolar aset berkaitan 1MDB

Posted: 19 Jul 2016 09:54 PM PDT

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor dijangka menyita aset berbilion dolar yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Skala sitaan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu, lapor The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Memetik sumber, WSJ melaporkan, inisiatif bahagian aset Jabatan Keadilan AS dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset itu pada Rabu pagi (waktu tempatan).

Akhbar kewangan antarabangsa itu melaporkan sitaan akan melibatkan harta tanah dan aset lain yang dibeli dengan "wang yang didakwa disalah guna daripada dana Malaysia".

Isu 1MDB tanya IGP, kata Timbalan

Posted: 19 Jul 2016 09:18 PM PDT

Hari kedua Anwar Ibrahim hadir sebagai saksi Tian Chua

Posted: 19 Jul 2016 09:18 PM PDT

Khairuddin: Saya komited bebaskan Anwar, siapa PM ‘tunggu dulu’

Posted: 19 Jul 2016 08:56 PM PDT

Bekas pemimpin Umno itu bagaimanapun berkata terlalu awal menamakan perdana menteri bayangan.
Khairuddin Abu Hassan
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyatakan komitmen beliau membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan berkata ia akan hanya berlaku sekiranya pentadbiran sekarang ditumbangkan.
"Saya amat komited dalam daya usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim," katanya ketika diminta mengulas sama ada parti baharu yang bakal ditubuhkan seperti diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dapat menerima Anwar sebagai perdana menteri bayangan.
Khairuddin, yang merupakan bekas naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, bagaimanapun berkata masih sukar merancang masa depan Anwar selagi beliau masih dipenjarakan.
"Sekiranya Anwar berjaya dibebaskan barulah senang kita (pembangkang) nak rancang masa depan politik beliau," katanya kepada FMT.
Anwar yang beberapa kali dinamakan Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai perdana menteri bayangan sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya, kini menjalani hukuman lima tahun di Penjara Sungai Buloh, selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya pada 2008.
Susulan pengumuman sebuah parti baharu melibatkan PKR, DAP dan Amanah dengan sebuah lagi parti didokong Dr Mahathir baru-baru ini, timbul persoalan sama ada pembangkang akan menyenaraikan kabinet bayangan.
Khairuddin bersetuju kabinet bayangan penting bagi meyakinkan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu perlu manfaatkan rakyat, kata Anwar Ibrahim

Posted: 19 Jul 2016 08:49 PM PDT

Militan IS gembira jika lihat Turki jatuh, kata Dr Maszlee

Posted: 19 Jul 2016 08:49 PM PDT

Pas demo bantah kerajaan Selangor kerana benar konsert Selena Gomez

Posted: 19 Jul 2016 08:25 PM PDT

Selena gomez 2Dalam satu tindakan yang jarang berlaku, Pemuda, Muslimat dan Ulama Pas Selangor bergabung hari ini bagi membuat demo dan menyerahkan memorendum bagi membantah kerajaan negeri Selangor kerana membenarkan konsert Selena Gomez jam 2.30 petang di Bangunan SUK Selangor hari ini.
Mereka akan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada kerajaan negeri Selangor yang turut diwakili oleh wakil Pas sendiri.
Demo ini dikatakan tidak direstui oleh Badan Perhubungan Pas Selangor kerana pemimpin Pas turut berada dalam kerajaan negeri yang membuat keputusan membenarkan konsert itu.
Konsert "Salena Gomes - Revival Tour Live in Malaysia" akan diadakan di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam 25 Julai nanti.
Ia dikatakan mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas semua peraturan dipatuhi oleh pihak penganjur.
Serahan memorandum Bantahan Konsert Salena Gomes ini dipercayai ada kaitan dengan pertembungan dalaman Pas di Selangor sekarang.
Ia bermula sejak pilihan raya kecil Sungai Besar lagi apabila perwakilan ulama dari Selangor membantah pemilihan Dr Rani Othman sebagai calon Pas kerana beliau dianggap harumanis iaitu Pas (hijau) di luar tetapi Amanah (oren) di dalam.
Bantahan itu disuarakan ketika Muktamar Pas di Kota Bharu Jun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

8 ditahan, kes ejen hartanah ditembak mati selesai

Posted: 19 Jul 2016 08:18 PM PDT

Suspek yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita Cina, termasuk dalang berbangsa Cina dan penembak upahan berbangsa India.
police tembak
PETALING JAYA: Lapan suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan kes ejen hartanah wanita ditembak mati di Taman OUG, Jalan Klang Lama pada Hari Raya pertama lalu.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kes itu berjaya diselesaikan susulan penahanan lapan suspek di ibu negara dan Perak semalam.
"Syabas STAFFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tkap 8 org di KL dan Perak, rampas pistol semlm. #GoPDRMGo," tulisnya melalui Twitter beliau hari ini.
Menurut laporan Sin Chew Daily, suspek yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita Cina, termasuk dalang berbangsa Cina dan penembak upahan berbangsa India.
Sepucuk pistol yang digunakan untuk membunuh mangsa turut dirampas.
Datin Renyce Wong Siew Ling, 32, maut akibat ditembak mati dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat di Taman OUG, Jalan Klang Lama kira-kira jam 2.30 petang 6 Julai lalu.
Satu daripada lima das tembakan itu terkena leher mangsa, manakala anak perempuannya berusia 8 tahun yang berada di tempat duduk hadapan penumpang turut cedera dalam kejadian itu.

Langkah 13 Adun Pas Selangor pratikal

Posted: 19 Jul 2016 08:02 PM PDT

Langkah 13 orang wakil rakyat Pas di Selangor yang membuat kenyataan menyokong pandangan Timbalan Presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man supaya gencatan senjata dilakukan di kalangan parti-parti pembangkang, mempunyai mesej tersendiri yang perlu difahami.
Langkah 13 Adun Pas Selangor pratikalWalaupun Tuan Ibrahim telah mengkhianati reputasi dirinya sendiri dengan pandangan itu, namun ia masih tetap "valid", pandangan beliau itu sesuatu pendekatan politik yang matang. Menyedari akan kematangan itulah maka 13 orang wakil rakyat Selangor yang diketuai oleh Pesuruhjayanya membuat kenyataan sokongan itu.
Pandangan Tuan Ibrahim itu disambut meriah oleh banyak pihak dan menereima ia satu formula terbaik untuk tumbangkan UBN. Bagaimana pun Tuan Ibrahim seakan menafi balik pandangan dan gesaan itu apabila presiden partinya tidak bersetuju dan tetap mahu bersendirian.
Permasalahan politik di Selangor khasnya yang akan dihadapi menjelang Piraum akan datang sangat difahami oleh Pas negeri itu. Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini memberi petunjuk jelas tentang masa depan dan peluang dan harapan Pas di Selangor.
Dari segi politik yang bersandarkan kepada egois dan keng, Pas boleh mendakwa keputusan dua Pirake itu tidak menjejaskan mereka. Pas khasnya Guru Hadi dan pengkaji politiknya boleh mengakui yang Pas masih kuat dan undi fudementalnya masih kekal. Tetapi hakikat sebenar apa bakal dirasai Pas dari petunjuk pirake itu ditean oleh Pas Selangor.
Dalam melihat kesan kepada dua Pirake itu, Pas Selangor adalah bahu yang memikul sementara orang lain termasuk pendolor Guru Hadi dan mereka yang disifatkan berada dalam perigi buta hanya mata memandang sahaja.
Kesimpulannya, tindakan 13 orang wakil rakyat itu satu langkah bijak yang perlu direalisasikan. Mereka usah peduli kepada sikap "ikan keli dalam besen" Tuan Ibrahim itu, tetapi cadangan beliau itu sesuatu yang sangat praktikal. 13 wakil rakyat itu tentu tidak mahu mereka menang sorak tetaoi kalan pertarungan. Maka itu mereka mengambil sikap penyokong pandngan Tuan Ibrahim.
Sokongan itu membawa makna Pas perlu bergabung dengan oposisi kalau mahu terus berada dsalam kerajaan di Selangor.
Bukan sahaj saya berpandangan (prejudis) kalau Pas bertanding secara bersendirian di Selangor, ia tidak akan menang satu kerusi pun, tetapi orang lain juga, para pengkaji. Sayang bagi Pas yang menguar-uarkan parti memperjuangkan Islam, kalau terlepas Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Percanggahan politik dan agama cetuskan ketegangan masyarakat - Dr Yusri

Posted: 19 Jul 2016 07:58 PM PDT

Dr Yusri MohamadDr Yusri MohamadCabaran umat Islam timbul apabila berlaku sensitiviti yang tinggi terhadap percanggahan politik dan agama yang boleh mencetuskan ketegangan masyarakat dalam negara ini, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Mohamad.
Beliau berkata, antara cabaran berkaitan perpaduan dalam masyarakat adalah perbezaan sentimen, kesan daripada pertembungan konflik yang timbul dalam pelbagai gelanggang.
"Antara gelanggang utama timbulkan sensitiviti yang tinggi ialah gelanggang politik.
"Apatah lagi kalau bergabung antara politik yang ada sifat agama lebih berpotensi berlaku ketegangan dalam isu agama yang berbangkit.
"Jika tidak ditangani sebaik mungkin boleh mencetuskan ketegangan sesama parti, organisasi dan individu terbabit," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian Perhimpunan Agamawan Kebangsaan dengan tema 'Agamawan Pemangkin Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara' di Hotel Bangi-Putrajaya di Bandar Baru Bangi pagi ini.
Justeru katanya kelompok ulama dan agamawan berperanan untuk membimbing sebahagian ahli-ahli politik dan masyarakat yang
bertindak mengeluarkan fatwa dan pandangan peribadi berbanding dikalangan ulama dan agamawan sendiri.
"Kitalah yang perlu lebih agresif untuk mencorakkan persepsi masyarakat dalam hal-hal sebegini.
"Persaingan politik kepartian dalam negara, sukar ditangani dalam gelanggang politik kepartian untuk elak konflik daripada berlaku.
"Ibarat gelanggang boxing (tinju), jika dah namanya boxing bila masuk gelanggang maka adat permainan tumbuk menumbuk.
"Siapa menumbuk kuat dialah lebih hebat, kalau dapat tumbangkan lawanlagi hebat..itu adat gelanggang boxing.
"Kalau pun lawan buat sesuatu yang betul jika lurus sangat memuji sahaja dan tidak menumbuk tidaklah cemerlang dalam gelanggang.
"Mungkin betul dalam gelanggang politik ada persamaan seperti mana dalam gelanggang boxing itu," ujarnya memberikan gambaran tentang persengketaan antara pemimpin politik.
Read More / Baca Lagi >>

RM5,000 untuk nyawa seorang manusia....

Posted: 19 Jul 2016 07:08 PM PDT

Sepucuk Glock automatik dijual pada harga RM2,000 di pasaran gelap dan bayaran untuk seorang penembak upahan sekitar RM5,000.
mati-ditembak-die-shot-gun
Tahap keselamatan di Malaysia kian membimbangkan apabila satu demi satu kes tembakan dilaporkan setiap bulan sejak Mac lalu.
Sehingga kini, sebahagian besar kes tembakan itu nampaknya bermotifkan dendam.
Tetapi, kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi mengekang individu "bermasalah" daripada mengamuk dan melakukan tembakan rambang seperti yang sering berlaku di Amerika.
Menurut laporan media, sebanyak 233 kes penggunaan senjata api untuk membunuh direkodkan di negara ini dari 2013 hingga April 2016.
Sejak bulan lalu sehingga 7 Julai lalu saja, sebanyak tujuh kes tembakan berlaku di seluruh negara dengan kebanyakan mangsa terbunuh.
Sin Chew Daily melaporkan, sepucuk Glock automatik dijual pada harga RM2,000 di pasaran gelap dan kebanyakan senjata api yang digunakan dalam kes tembakan di negara ini diperoleh daripada pasaran gelap.
Manakala melalui saluran sah, harga Glock tidak lebih RM5,000 dan sebutir peluru pula kurang daripada RM2.
Bayaran untuk seorang penembak upahan pula sekitar RM5,000 dengan kebanyakan mereka berasal dari Thailand, Indonesia dan Filipina yang mungkin terdiri daripada penagih dadah atau lelaki bujang yang amat memerlukan wang.
Selepas misi penembak upahan itu selesai, pistol yang digunakan akan "dikitar semula" dengan dijual dalam pasaran gelap.
Kes tembakan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini menyebabkan jumlah pengawal peribadi bersenjata di negara ini tidak cukup menampung permintaan semakin meningkat daripada kalangan peniaga Cina dan golongan berada kerana permohonan mendapatkan permit memiliki senjata mengambil masa yang sangat lama.
Menurut sebuah syarikat perkhidmatan pengawal peribadi, upah bagi mendapatkan khidmat pengawal peribadi tidak bersenjata kira-kira RM4,000 sebulan, manakala yang dilengkapi senjata api pula mencecah RM9,000 sebulan.
Golongan kaya biasanya akan mengupah seorang hingga dua pengawal peribadi bersenjata untuk melindungi keselamatan diri dan keluarga mereka.
Selepas kematian seorang ejen hartanah wanita yang ditembak dua lelaki bermotosikal di Taman OUG, Jalan Klang Lama di ibu negara pada Hari Raya pertama, negara dikejutkan dengan kematian empat sekeluarga yang ditembak saudara sendiri yang juga penagih dadah berpistol di Batu Maung, Bayan Lepas pada 13 Julai lalu.
Tidak sampai seminggu, seorang pemandu teksi merompak pelanggan sendiri dalam teksinya berdekatan pusat beli-belah Subang Parade, pagi semalam dengan "menayang" pistol dan pisau sehingga menyebabkan mangsa cedera di telinga dan kerugian lebih RM1,500.
Malaysia yang dulunya aman kini tidak lagi tenteram dan selamat, sebaliknya ibarat negara koboi di mana sesiapa saja boleh memiliki senjata dan menembak sesuka hati.
Read More / Baca Lagi >>

Caj parkir naik, ada pengguna rasa 'terkepung'

Posted: 19 Jul 2016 06:48 PM PDT

Pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa terbeban dengan kenaikan kadar caj letak kereta.
Ia ekoran tindakan DBKL menaikkan kadar caj parkir sehingga 150 peratus di beberapa kawasan termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.
Dengan peningkatan caj parkir, terdapat juga pengguna yang merasa 'terkepung' dengan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi termasuk kadar tol serta harga minyak petrol yang meningkat.
Seorang pengurus bank di Taman Tun Dr Ismail Mohd Haizal Yakub, 41, berkata, pihak berkuasa tempatan sepatutnya memberikan notis terlebih dahulu dan tidak menaikkan caj secara tiba-tiba.
Malah, beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kenaikan caj tersebut yang dianggap turut menjejaskan perbelanjaan seharian.
"Sedikit sebanyak kenaikan caj parking ini akan beri kesan seperti kami yang parkir di sini sehari suntuk. Terang-terang ia naik 150 peratus dan ia hanya untuk belanja parkir sahaja.
"Dengan kadar tol lagi. Ia sedikit sebanyak jejaskan perbelanjaan harian. Saya rasa bukan semua orang boleh naik bas, ada yang perlu bawa kereta. Jadi alasan itu (supaya guna pengangkutan awam) macam tak kena," katanya kepada Malaysiakini.
Rata-rata pengguna yang ditemui Malaysiakini menggunakan kawasan letak kereta di Taman Tun Dr Ismail, Bangsar dan Bukit Damansara.
Seorang lagi pengguna, Awang Mokhtar, 35, mempersoalkan kenaikan caj tersebut yang dianggap sebagai tidak relevan memandangkan sistem parkir yang sedia ada masih lagi lemah.
"Atas dasar apa mereka nak naikkan caj mahal? Adakah tempat itu eksklusif? Adakah keselamatan kereta akan terjamin? Apa rasionalnya?
"Matlamat tak halalkan cara. Ada yang guna parkir untuk aktiviti harian. Ada yang bekerja yang wajib menggunakan kereta," katanya yang turut berpendapat bahawa tindakan DBKL yang menaikkan caj tersebut akan menyebabkan orang ramai meletakkan kereta secara haram di ibu negara berleluasa.
Wan Saiful Azman, 41, pula berpendapat kenaikan caj parkir tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandaraya.
Beliau yang bekerja sebagai pemandu peribadi itu berkata, apa yang perlu dilakukan pihak DBKL ialah memperbaiki sistem parkir serta menyediakan parkir yang secukupnya.
"Kadang-kadang ada orang yang mempunyai keperluan untuk bawa kereta. Tak semestinya mereka boleh naik pengangkutan awam.
"Saya ini pemandu dan sangat faham, ia menyukarkan. Saya rasa menaikkan caj tidak akan selesaikan masalah. Kawasan parkir kurang, lepas tu naikkan harga. Macam tak sesuai," katanya.
Seorang lagi pemandu, Syed Shah Hafiz Syed Umar, 39, berkata, tindakan menaikkan harga tidak relevan dan ia membebankan rakyat.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, sekiranya pihak DBKL ingin menaikkan harga, pihak berkuasa tempatan itu perlu menyediakan ruang parkir bagi memastikan tiada parkir haram.
"Parkir kurang kemudian menaikkan harga, tak relevan. Nak naik harga boleh tapi parkir kena lebih juga. Biar seimbang. Tetapi kenaikan ini membebankan rakyat. Dah lah kos sara hidup semua tinggi, semua harga mahal," katanya.
'Setuju tetapi bersyarat'
Bagaimanapun, terdapat juga pengguna yang bersetuju dengan kenaikan caj parkir tersebut tetapi bersyarat.
Farizul Hafiz, 23, berkata, beliau bersetuju dengan kenaikan caj parkir yang dibuat DBKL tetapi pada masa sama meminta supaya sistem pengangkutan awam ditambah baik.
Beliau turut mencadangkan supaya disediakan pas parkir kenderaan bagi mereka yang perlu menggunakan kereta.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Orang angkuh Allah bayar tunai, kata Pas kepada DAP

Posted: 19 Jul 2016 06:11 PM PDT


Idris AhmadIdris AhmadPas menyifatkan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang adalah 'pembalasan tunai' daripada Allah di atas keangkuhan kerajaan DAP negeri itu yang lantang mengkritik Kelantan sebelum ini.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata banjir adalah ketentuan Allah yang mempunyai hikmah tersendiri dan tidak boleh menyalahkan kelemahan pentadbiran manusia semata-mata.
"Jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir seolah-olah macam tidak ada kerajaan. Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir di penghujung tahun 2014.

"Orang angkuh selalunya Allah balas secara "cash" untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh. Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima," coretnya di facebook.

Ianya sebagai reaksi balas terhadap kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang sejak semalam ekoran hujan lebat.
Kawasan terlibat termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Pelanduk terlupa jerat........Melayu oh Melayu??

Posted: 19 Jul 2016 06:00 PM PDT

Bila rancangan Malayan Union makin dicabar oleh orang Melayu, British beralih kepada plan seterusnya. Memang British mempunyai banyak plan dan pakar dalam putar alam bagi mengekalkan penjajahan mereka. Maka dengan itu lahirlah UMNO, pertubuhan yang dipenuhi oleh golongan elitis Melayu, dilatih untuk mengambilalih peranan British.
Kebanyakan pemimpin UMNO dikala itu adalah cikgu-cikgu, pegawai-pegawai Malayan Civil Service dan anak-anak bangsawan Melayu. Maka Melayu yg telah diInggeriskan ini senang mengikut telunjuk British untuk menjaga kepentingan British. Mungkin istilah dedak tidak wujud pada zaman sebelum merdeka. Tapi bagi setengah-setengah orang Melayu, hanya dengan berpakaian topi putih kolonial dan berkot 'cendol' (bush jacket), itu sudah cukup untuk menunjuk riak mereka sebagai elitis dikala itu.
Sikap riak inilah yang melahirkan kebencian terutama daripada golongan cendiakawan di dalam dan di luar UMNO. Peristiwa pertukaran kepimpinan UMNO daripada Dato Onn kepada Almarhum Tunku dan kekalahan Parti Negara pada PRU tahun 1952 memperlihatkan golongan pertengahan amat benci dengan sikap hidung tinggi golongan elitis Melayu ini.
Peristiwa tatkala menjelang pilihanraya umum yang pertama dalam sejarah Malaysia ini nampaknya akan berulang kembali. Memang sifat sejarah begitu. Cuma orang yang selalu lupa. Sepertimana Melayu dan sepertimana juga pelanduk. Mungkin sedikit berbeza latar belakangnya. Namun kesombongan golongan elitis yang memerintah pada waktu tersebut adalah elemen yg sama dengan masa sekarang.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa UMNO tidak boleh dijarah oleh bangsa lain. UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO. Hilang UMNO, hilanglah kuasa politik Melayu. Satu khurafat yang telah tertanam kuat dalam benak Melayu sama seperti kuatnya pokok-pokok angsana di tepi Taman Tasik Taiping. Walaupun dah berusia tua.
Ada beberapa cubaan 'kudeta' didalam UMNO, contohnya pada zaman hujung pemerintahan Almarhum Tunku, pada zaman Tun Mahathir dan pada zaman Tun Abdullah. Tetapi UMNO tetap utuh walaupun ada luka bercalar. Ini kerana 'kudeta' tersebut hanyalah berkaitan bagaimana UMNO harus dipimpin.
Tapi sekarang UMNO menghadapi krisis kepercayaan kepada pemimpinnya. Yang menentang pula bukan hanya terdiri daripada golongan yang ingin mengambilalih kepimpinan, tentangan terbuka juga wujud daripada peringkat akar umbi akibat kebobrakan yang ketara barisan pemimpin tertinggi mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Mustahil Mahathir mahu bawa slogan “Bebaskan Anwar”

Posted: 19 Jul 2016 05:55 PM PDT

Satu dunia tahu bahawa orang yang bertanggungjawab menyumbatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepenjara atas kesalahan liwat adalah Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah Perdana Menteri Menteri Malaysia dan Anwar merupakan timbalannya.
Kejayaan Mahathir membuktikan kesalahan Anwar pada tahun 1998 itu terus mencatat sejarah hitam buat keluarga Anwar yang membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
PKR yang ditubuhkan tak lain tak bukan untuk mencari keadilan bagi Anwar dan misi utamanya adalah membebaskannya daripada hukuman penjara yang disifatkan oleh Wan Azizah dan keluarganya sebagai komplot terancang untuk menjatuhkan Anwar.
Kempen membebaskan Anwar diadakan berterusan sejak mula dipenjara hinggalah ke hari ini dan turut mendapat sokongan komponen parti pembangkang lain termasuklah Pas, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Anwar pula secara automatik dilantik sebagai pemimpin de facto blok pembangkang dan agenda membebaskannya adalah antara yang terwajib dalam perjuangan pakatan pembangkang atas nama Pakatan Harapan (PH) yang asalnya dipanggil Pakatan Rakyat sebelum Pas menarik diri untuk bergerak secara solo.
Sepanjang Anwar dipenjara, Mahathir yang dicaci dan dihina rakyat tetap bersahaja dan sentiasa tersenyum kerana Anwar gagal membebaskan dirinya walaupun dengan pelbagai bantahan yang dibuat rakyat melalui gabungan pembangkang.
Apa dalam fikiran Mahathir tidak siapa tahu tetapi tindakan terkininya yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan sebuah parti baharu daripada blok pembangkang telah menimbulkan banyak persoalan.
Adakah Mahathir akan bersama Wan Azizah untuk membawa sepanduk membebaskan Anwar daripada penjara selepas dia sendiri yang menyumbat Anwar ke dalam penjara? Apa agaknya alasan Mahathir untuk tidak membawa sepanduk bebaskan Anwar bersama PKR dan sekutunya dalam PH?
Bagaimana pula dengan Wan Azizah dan anak-anaknya untuk menerima kembali Mahathir yang mereka cukup benci selama ini?
Melihat kepada keadaan semasa, mungkin agal mustahil untuk melihat Mahathir bergabung dengan PKR untuk membebaskan Anwar kerana dia tahu Anwar bersalah tanpa perlu dipersoalkan lagi.
Read More / Baca Lagi >>

'Imam Mahdi' pula muncul di Perak, MB minta siasat

Posted: 19 Jul 2016 05:37 PM PDT

Kerajaan Negeri Perak meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan berhubung sebuah kumpulan ajaran sesat di negeri ini, yang dikatakan sedang mengembangkan pengaruhnya ke seluruh negara.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kumpulan itu.
"Bagaimanapun, kita minta pihak berkuasa supaya memantau perkembangan ini...sekiranya wujud (kumpulan ajaran sesat itu), ambil tindakan," katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri memandang serius perkara itu.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Lembaga Air Perak, hari ini.
Zambry mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Sabtu lepas yang melaporkan kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi, yang bercadang mewujudkan kumpulan bersenjata digelar Tentera Mahdi.
Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan sedang mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan pengaruh seorang ulama untuk menarik lebih ramai orang awam untuk menyertai kumpulan itu.
Kumpulan itu didakwa mengumpulkan senjata untuk berperang dan mereka dikatakan sedang bersiap sedia untuk berbaiah dengan Imam Mahdi di Mekah, Arab Saudi.
Akhbar berkenaan turut melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta pihak polis supaya segera mengambil tindakan undang-undang bagi membendung ajaran sesat berkenaan daripada terus berkembang.
Dalam perkembangan lain, Zambry mengulangi harapan agar kerajaan Persekutuan dapat menimbang cadangan kerajaan negeri untuk membina terowong laluan air dari Sungai Perak ke Kolam Takungan Empangan Bukit Merah.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Pas jangan mudah buruk sangka rakan sendiri

Posted: 19 Jul 2016 05:33 PM PDT

Pas
SHAH ALAM – Ahli Pas tidak sepatutnya mudah berburuk sangka dan tuduh menuduh rakan dalam parti.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Pas, Syed Ahmad Fadhli berkata, semua ahli Pas sepatutnya lebih bersederhana dalam setiap langkah perjuangan yang dibawa.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, ahli parti Islam itu tidak sepatutnya dengan mudah menilai dan menghukum orang lain atas sesuatu tindakan yang dilakukannya.

"Dalam jemaah, kita akan bertemu dengan 1001 ragam manusia, yang datangnya daripada pelbagai latar-belakang, taraf pendidikan, cara bertindak dan gaya berfikir. Mungkin ada yang jenis laju bertindak, ada pula yang jenis lebih suka diam memerhati, ada juga jenis yang lambat bergerak. Wujudnya  kerencaman dan kepelbagaian pendekatan.

"Janganlah berburuk sangka dengan sahabat sejemaah sehingga hilang nilai ukhuwah bagaikan kita pula menjadi pemegang cop untuk menuduh orang lain sebagai musuh dalam selimut dan munafik dalam perjuangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Meskipun berbeza, katanya, umat Islam Pas sepatutnya sedar dasar, hala tuju, matlamat dan tujuan yang boleh menyatukan semua ahli di bawah satu bumbung yang sama.

"Perbezaan itu adalah normal dalam berorganisasi, yang lebih utama ialah bagaimana hendak menguruskan perbezaan itu?

"Kunci utamanya ialah adab dan akhlak berjemaah. Kita boleh berbeza tetapi usah sampai menghina dan menggelar itu dan ini. Apabila berbeza sedikit, terus sahaja digelar orang lain itu munafik, liberal, hipokrit, fikrah celaru, ejen musuh.

"Usahlah semudah itu dalam menilai dan menghukum orang lain kerana mungkin pada saat itu, kita sendiri belum diuji dengan apa yang dikata," katanya lagi.

Parti baharu tak gugat Umno Terengganu

Posted: 19 Jul 2016 05:32 PM PDT

Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU - Umno Terengganu tidak akan tergugat meskipun dengan penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelak.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata Umno adalah sebuah parti yang kukuh dan yakin ia akan mendapat sokongan yang berterusan daripada setiap anggota parti termasuk di peringkat akar umbi.
"Ini bukan pertama kali berlaku dalam Umno. Dahulu pun masa Datuk Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara, Umno tetap teguh. Begitu juga dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Semangat 46.
"Pada saya parti serpihan (Umno) yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan ia tidak akan ke mana-mana kerana rakyat yang memberi sokongan yakin dengan Umno bahawa ia adalah relevan untuk dahulu, kini dan selamanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen radio Manis FM di sini hari ini.
Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.
Di KUALA LUMPUR, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) melihat hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, sebagai usaha sia-sia malah parti itu tidak akan kekal lama.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata penubuhan sesebuah parti perlu berasaskan kepada perjuangan dan bukan bersifat peribadi.
"Bagi saya kalau ada yang berjuang hanya untuk kepentingan peribadi berbentuk serangan peribadi ia tidak lama.
"Perjuangan mestilah berasaskan kepada ideologi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelajar Program Parlimen Mahasiswa Kali Kedua 2016 di sini hari ini.   
Read More / Baca Lagi >>

Kisah kejayaan Erdogan suburkan Islam di Turki

Posted: 19 Jul 2016 05:31 PM PDT


Kisah kejayaan Erdogan suburkan Islam di Turki

BUMI Turki, sebagaimana yang diketahui umum sudah sekian lama ditakluki oleh pegangan sekular sejak pengaruh Islam dan al-Quran dihapus secara sistematik dan perlahan-lahan oleh pengasas Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk ekoran kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah.
Sejak pengenalan negara Turki moden beracuan barat diperkenalkan oleh Kemal Ataturk pelbagai pengenalan undang-undang baru ‎berbentuk sekular di perkenalkan antaranya pemakaian tudung diharamkan, azan diubah daripada bahasa Arab kepada bahasa Turki, sekolah-sekolah agama ditutup dan pelbagai lagi.
‎Namun memetik laporan ilmFeed, Turki yang menjadi negara sekular untuk beberapa dekad kembali berubah selepas Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, mengambil alih tampuk pemerintahan Turki.
Selepas dilantik menjadi Presiden, Erdogan mula mengembalikan kejayaan Islam di Turki sepertimana ketika zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah Uthmaniah sebelum ini.
Menurut (The Atlantic), penguasaan Erdogan telah berjaya membumikan Islam di Turki, antaranya ketika zaman beliau sekitar 17 ribu masjid baharu telah dibangunkan  di antara tahun 2002 sehingga tahun 2013‎, sementara beberapa masjid peninggalan zaman Uthamaniah diperbaiki.
‎Dalam pada itu, pemerintahan Erdogan juga telah menarik balik pengharaman pemakaian tudung terhadap pekerja sektor awam, serta menghapuskan larangan pemakaian tudung di sekolah-sekolah.
Pada bulan November 2015, seorang hakim perempuan menggunakan hijab untuk pertama kalinya sepanjang sejarah (Al-Arabiya).
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya tergempar: Rundingan masih terbuka

Posted: 19 Jul 2016 05:30 PM PDT


 Wan Azizah Wan Ismail

PETALING JAYA - PKR masih belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat bagi mengadakan pilihan raya tergempar di‎ Pulau Pinang, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di sini, malam tadi, Wan Azizah berkata parti itu bagaimanapun tidak menutup pintu perbincangan.
"Kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.
"Namun, pimpinan Keadilan bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," katanya.
DAP sebelum ini mengakui pilihan raya mengejut di negeri itu adalah satu daripada pilihan kepimpinan kerajaan negeri berkenaan selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
Semalam, media melaporkan Guan Eng bersama rombongan pemimpin DAP akan hadir pada mesyuarat itu bagi memberi taklimat mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut, namun mesyuarat tersebut berlangsung tanpa kehadiran Guan Eng.
Guan Eng, 56, baru-baru ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menolak kemungkinan mesyuarat mengenai pilihan raya tergempar itu diadakan dalam masa terdekat.
"Kami telah bincang dalam mesyuarat tadi. Memang ada cadangan untuk pilihan raya tersebut, tetapi kami perlukan penjelasan daripada kerajaan negeri," katanya yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Gombak.

Parti baharu beri kekuatan luar biasa kepada Umno

Posted: 19 Jul 2016 05:29 PM PDT

Parti baharu beri kekuatan luar biasa kepada UmnoKOTA BHARU – Hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang dalam menentang BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat akan memberikan kekuatan baru luar biasa kepada BN, terutamanya Umno.

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin berkata, trend parti pembangkang yang membuktikan apa yang dibawa oleh Umno dan BN berkesan dalam memartabatkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia tanpa membezakan mana-mana golongan.

"Penyatuan parti baru yang diketuai Tun Mahathir dilihat seperti ungkapan beliau sebelum ini. Mereka bersatu dengan tujuan yang samar, hanya untuk menurunkan Datuk Seri Najib, sama seperti dahulunya hanya untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak kepada satu usaha yang lebih besar dan konkrit dalam memajukan Malaysia dan rakyatnya. Hal ini kerana penyatuan ini hanya bersifat sementara dan akan tiba masanya terkubur begitu sahaja," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, usaha politik Mahathir dan golongan kecewa seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya dilihat sia-sia dan merosakkan imej mereka.

Beliau berkata, mereka tidak mampu untuk menangkis kenyataan bahawa BN masih lagi kuat di bawah kepimipinan Datuk Seri Najib dan terbukti dengan kemenangan besar di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Read More / Baca Lagi >>

Sasar Melayu? Iklan ‘along’ banjiri kawasan kejiranan elit

Posted: 19 Jul 2016 05:28 PM PDT

Poster 'along' seolah-olah mensasarkan orang Melayu, iaitu pasaran yang baru-baru ini didedahkan sebagai majoriti peminjam wang.
poster_ahlong_600
PETALING JAYA: Poster yang mengiklankan peminjam wang, sama ada berlesen atau tidak berlesen, semakin membanjiri kawasan perumahan di Lembah Klang.
Tinjauan FMT mendapati ia lebih ketara di kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu, termasuk di sesetengah kawasan dianggap kelas pertengahan dan elit di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Di Damansara, Sungai Penchala dan Taman Tun Dr Ismail, tiang lampu dipenuhi poster dan iklan pinjaman along merupakan pemandangan biasa.
Kebanyakan poster dipaku atau digantung di atas pokok.
Di TTDI, iklan along dilekat di tempat strategik seperti tiang elektrik, stesyen bas dan tong sampah
Seorang penduduk Damansara, Abdul Hadi Awang, 30, berkata, poster dan iklan pinjaman wang along boleh mempengaruhi orang Melayu meminjam along terutama mereka juga banyak meletakkannya di kawasannya majoriti orang Melayu.
"Saya berpendapat ini mungkin salah satu sebab orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berurusan dengan along.
Baru-baru ini, sebuah persatuan pengguna mendedahkan peminjam Melayu merupakan golongan paling banyak berurusan dengan along.
Read More / Baca Lagi >>

Gencatan serangan 13 wakil rakyat Pas tidak jejaskan BN Selangor

Posted: 19 Jul 2016 05:24 PM PDT


Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Mat Nazari Ahmad Dahlan berkata Umno-BN di negeri itu tidak terjejas walaupun 13 wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian gencatan serangan yang dicadangkan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Malah kata beliau lagi, BN Selangor bersedia pada tahap satu lawan satu sekiranya berlaku kerjasama politik antara Pas dan Pakatan Harapan di negeri itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Kemelut Pas dan Pakatan Harapan macam perangai budak setahun jagung.
"Pengalaman tidak boleh mengajar mereka. Pendirian mereka ikut mood.
"Rakyat sudah muak dan sangat faham akan permainan politik parti pembangkang sedemikian," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata, sama ada berlaku pertandingan satu lawan satu seperti yang direncanakan melalui gencatan serangan itu, bagi Umno-BN ujarnya akan terus mara ke hadapan.
" Sama ada mereka ambil pendirian mahu satu lawan satu atau berapa penjuru sekalipun, Umno-BN terus mara ke hadapan mengikut rancangan yang kita telah diatur.
"Kita sentiasa bersedia pada tahap satu lawan satu, kita sudah biasa dengan formula ini tiada masalah," ujarnya.
Beliau juga tidak menolak cadangan Tuan Ibrahim itu dibuat salah satu sebabnya berpunca daripada kekalahan Pas dan Pakatan Harapan pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangar yang lalu.
"Strategi dan pendekatan boleh berubah. Oleh sebab mereka dah terlanjur, sudah bergaduh berantakan dalam perebutan kerusi PRK jadi kena ada taktik baru untuk bersaudara semula.
"Itu pilihan dan cara mereka, Umno-BN tidak hairan," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

PKR belum diyakinkan untuk adakan pilihan raya P. Pinang

Posted: 19 Jul 2016 08:26 AM PDT

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu bahawa pihaknya belum lagi 'diyakinkan' untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Wan Azizah berkata pihaknya bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu berkenaan.
"Biro politik PKR berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.
"Namun pimpinan PKR bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," katanya tanpa mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat biro politik di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Kumpulan "Erdogan" Malaysia Dicemburui Pewala PAS

Posted: 19 Jul 2016 08:02 AM PDT

Malaysia perlu belajar daripada rakyat Turki

Rakyat Malaysia perlu belajar daripada kematangan politik rakyat turki dalam mempertahankan kerajaan pilihan mereka daripada sebarang cubaan rampasan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, rakyat Turki telah memperlihatkan bahawa kerajaan demokratik perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi.


"Malaysia harus ambil iktibar daripada insiden ini. Rakyat Turki telah menyatakan kecintaan kepada demokrasi dengan mahu segala proses perlu melalui saluran demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai pertemuan Pakatan Harapan dengan Duta Besar Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu di pejabat kedutaan itu di ibu negara petang ini.

Turut serta pada pertemuan itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anuar, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir, Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua Pemuda Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim dan Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.

Turut menyokong pandangan itu, Nurul Izzah dan juga Teresa yang masing-masing mahu kefahaman serupa dibina di Malaysia.

"Kita harus bina kefahaman ini untuk pertahan demokrasi di negara kita dan desak pilihan raya adil tanpa rasuah di Malaysia," kata Nurul Izzah.

"Saya kagum melihat rakyat dan seluruh parti politik Turki bersatu kutuk kudeta. Saya berharap budaya ini dikekalkan untuk pertahan sistem pemerintahan demokrasi," ujar Teresa.

Pertemuan 40 minit itu antara lain bagi menyatakan penolakan terhadap cubaan rampasan kuasa oleh segelintir kecil tentera dan mendokong kerajaan pilihan rakyat Turki pimpinan Recep Tayyib Erdogan. -MD




Pada satu ketika dahulu semasa berlaku pertembungan diantara kumpulan progresif dan konservatif dalam PAS, kumpulan profesional dalam PAS ini digelar kumpulan sebagai kumpulan Erdogan kerana pendekatan mereka yang sederhana dan moderat malah dituduh tidak islamik.


Sebagaimana pertembungan dalam PAS, Erdogan sendiri bertembung dengan kumpulan konservatif dalam parti asalnya iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan. Erdogan menubuhkan AKP manakala penyokong Erbakan menubuhkan Saadet, tulis Zulkifli Sulong.

Ketika berkunjung ke Turki, kumpulan profesional yang menyokong Erdogan dalam PAS akan menemui pemimpin AKP manakala kumpulan pro-ulama yang menyokong Erbakan akan menemui pemimpin parti Refah di Turki.

Setiap kali Pas ke Turki, Pas berjumpa Parti Refah, bukan AKP. Terbaru beberapa minggu lepas, Ust Hadi Awang pergi Turki, juga meminggirkan AKP. Bagi Pas, AKP ni Parti sekular, keluar dari jemaah Islam Refah.

Pas juga merendah2 kan Erdogan, iaitu pada 2008, ketika Agamawan ingin menjatuhkan golongan "Sekular & Profesional" dlm Pas, Pas menggelarkan pemimpin itu sebagai Kumpulan Erdogan & Anwaris. Ketua Erdogan ialah Husam Musa. Pas tak layak berbangga dgn AKP.

Parti Refah juga menggelarkan AKP sebagai Parti Pengkianat perjuangan Islam sebagaimana tuduhan Pas kepada Amanah hari ini! HDZ Ahmad.

Kumpulan PAS tak suka Erdogan sebab mereka lebih sokong Parti Saedat (sebelumnya bernama parti Refah -GB) yang perjuangannya macam PAS kat Malaysia, tulis Teuku Zacharyah Iskandar pula dalam laman sosial ketika berdebat dengan penyokong kepimpinan ulama.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)