Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kamu Yang Tidak Istiqamah, Kamu Suruh Bubar AMANAH!

Posted: 18 Jul 2016 09:36 PM PDT

Bubar AMANAH, pembangkang akan tenang, kata Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad agar tutup mulut dan membubarkan parti itu.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.

"Komen saya, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid boleh 'tutup mulut' atau AMANAH dibubarkan," katanya.


Khalid mencadangkan sedemikian jika PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai rahmatal-lil-'aalamin (rahmat ke seluruh alam).

Bercakap kepada Malaysiakini, Tuan Ibrahim menegaskan, saranan itu dibuat kerana menjangka AMANAH bakal berdepan masalah dalam pembahagian kerusi di kalangan blok pembangkang.

"Saya sebagaimana orang ramai melihat AMANAH akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) lalu," tambahnya.

Bagaimanapun, keadaan akan berlaku sebaliknya jika DAP atau PKR bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan itu, jelas Tuan Ibrahim lagi.

Jika tidak, sebab itu adalah lebih strategik dan baik untuk AMANAH diserapkan sahaja ke dalam parti pembangkang sedia ada, ujar beliau.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti politik dalam blok pembangkang semata mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

"Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' adalah antara sebab muncul pelbagai parti politik," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menegaskan beliau tiada mempunyai masalah untuk bekerja bersama Presiden PAS dan saf kepimpinan parti itu yang ada.

"Kami sangat bahagia, seronok dgn kemanisan ukuhwah sangat dirasai.

"Sikap hormat menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini," tambahnya.

Setelah melakukan u-turn terhadap saranannya sendiri, kini TITM menempelak Khalid Samad dan meminta AMANAH dibubarkan.

Ia menampakkan bahawa PAS kini tak mampu bersendirian dan gerun dengan kehebatan AMANAH, lantas meminta AMANAH dibubarkan.

Ini bukan kali pertama TITM melakukan u-turn setelah Haji Hadi menggunakan kuasa vetonya.

Petikan:

Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya:

Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 

Lepas tu merajuk, keluarkan madah.... bila dipuji kena sedia dikeji....
Read More / Baca Lagi >>

Cermin diri sebelum melabel ‘Freemason’, ‘liberal’

Posted: 18 Jul 2016 09:33 PM PDT

Anak bekas ketua menteri Sarawak setuju dengan pendekatan Nik Aziz bersikap terbuka.
xifu-naser-1
PETALING JAYA: Umat Islam tidak boleh melarikan diri daripada pengaruh asing dalam kehidupan seharian, kata pensyarah dan pendakwah, Abdul Naser Rahman Yaakub.
Menulis dalam kolumnya di Sinar Harian hari ini, anak kepada ketua menteri Sarawak yang pertama itu berkata semua pihak termasuk golongan yang sering dilabel "liberal" dan "freemason" terlibat dalam kehidupan seharian di zaman moden.
"Mahu tak mahu, kita kerjasama dengan Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi, Freemason, ahli maksiat, ahli korupsi, salafi, sufi, liberal.
"Bila kita sakit dan jumpa doktor, adakah kita minta doktor buktikan dulu bahawa dia bukan Freemason, barulah kita benarkan dia rawat kita?" soal beliau yang turut dikenali dengan panggilan Xifu Naser.
Naser mengulas sikap sesetengah tokoh dan pendakwah yang kerap menuduh seseorang itu berfahaman Freemason dan liberal.
Freemason merupakan organisasi dengan pengaruh luas di seluruh dunia, yang tidak berpaut kepada agama atau kefahaman politik dan terlibat dalam kerja kebajikan.
Naser berkata beliau senada dengan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Dr Maszlee Malik dan bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang membenarkan kerjasama dengan pelbagai pihak "selagi kita lebih bijak merancang strategi daripada mereka".
Nik Aziz ketika hayatnya dikenali dengan pendirian terbuka menjalinkan pakatan politik antara PAS dan parti berlainan ideologi.
Malah, tokoh PAS itu pernah menimbulkan kontroversi dengan kenyataan beliau yang berkata sanggup bekerjasama dengan "syaitan".
Read More / Baca Lagi >>

Siapa kafir harbi di Malaysia?

Posted: 18 Jul 2016 09:32 PM PDT

Pada zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam di Malaysia tidak dikira sebagai kafir harbi.
kafir harbi
Oleh Nik Fatma Amirah Nik Muhamad
Pembahagian mengikut konvensyen politik
Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam pada zaman dulu dengan negara musuh. Kafir harbi merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka halal ditumpahkan kerana ia dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam.
Istilah ini muncul apabila berlakunya suasana politik yang mengklasifikasikan antara Darul Islam dan Darul Harb. Setelah berlakunya pembahagian ini, maka golongan bukan Islam juga dibahagikan mengikut pengklasifikasian politik.
Ini bermaksud mengikut pembahagian pada zaman dulu, jika mereka datang dari Darul Harb, mereka dinamakan kafir harbi, jika mereka masuk ke negara Islam dan mendapat perlindungan sementara dinamakan musta`min dan bagi yang mendiami negara Islam dan membayar jizyah dinamakan kafir zimmi dan jika bukan warga Muslim yang negaranya mempunyai hubungan damai dengan Darul Islam merupakan kafir mua`had. Konsep pembahagian tersebut secara jelas mengikut konvensyen politik yang ada pada zaman tersebut.
Pandangan ulama yang muktabar
Ulama muktabar kebanyakannya mempunyai pendapat masing-masing berkenaan peletakan istilah Darul Harb atau Darul Islam dan relevan atau tidak penggunaan istilah kafir harbi berdasarkan peletakan istilah tersebut. Ini jelas dikupas oleh Dr Abdullah Ben Bayyah, Sheikh Muhammad Abu Zahroh, Sheikh Dr Yusof al Qaradhawi, Sheikh Wahbah al-Zuhaily dan sebagainya.
Saya tertarik kupasan Dr Maszlee Malik dan Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad di dalam kertas kerja mereka yang bertajuk "Fiqh Muwathanah (Fiqh Kenegaraan): Spektrum Baru Politik Islam Moden" yang dibentangkan pada Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI 2015).
Mereka mengatakan karya fiqh klasik hasil karangan para ulama terdahulu berkaitan politik, kenegaraan dan hubungan luar banyak dipengaruhi konteks dan keadaan politik semasa. Sheikh Muhammad Abu Zahroh membentangkan semula dimensi baru pembahagian negara-negara di dunia mengikut Darul Islam dan Darul Harb. Menurut beliau dalam karya ulungnya berkaitan fiqh hubungan luar negara (al-`Alaqat al-Duwaliyah),Sheikh memberikan pembahagian baru yang selari dengan tuntutan zaman ini yang tidak lagi melihat negara bukan Islam sebagai Darul Harb ataupun secara literalnya "negara yang diperangi".
Logiknya, menurut Sheikh, pembahagian tersebut yang didasari kepada dalil berkaitan dengan jihad, sikap umat Islam terhadap musuh, isu kesetiaan orang Islam kepada umat dan bumi yang didiaminya dan juga isu kedaulatan tanah air adalah dicorakkan oleh peperangan yang menjadi `illah atau penyebab hukum.
Maka apabila `illah sesuatu hukum itu tiada, hukum tersebut juga hilang. `Illah peperangan sebagai asas hubungan di antara negara dan agama yang wujud pada zaman tersebut kini tiada. Maka istilah kafir harbi tidak tepat digunakan untuk konteks Malaysia mengikut pandangan ulama itu tadi.
Aplikasi perlu sesuai dengan konteks semasa
Di dalam kertas kerja sama, penulis juga mengupas tentang pandangan Dr Jasser Audah mengenai isu yang hampir sama iaitu isu jizyah. Beliau menegaskan hukum-hakam berkaitan politik yang dihasilkan ulama silam berdasarkan konteks semasa zaman tersebut. Apa yang penting kita perlu memahami konteks sejarah yang membawa kepada terhasilnya hukum tersebut agar kita tidak bersikap literalis dalam mengaplikasikannya dalam kerangka moden dan mengikut konteks dan waqi` semasa.
Realiti di Malaysia
Seperti yang kita fahami kafir harbi adalah mereka yang wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan. Dan pihak yang berhak mengeluarkan arahan dan perintah ialah pemerintah atau Ulil Amri bukannya masyarakat umum.
Pada zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam di Malaysia tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklasifikasian harbi atau dhimmi yang digunakan ulama silam juga diperbaiki ulama moden, memandangkan negara moden mempunyai konsep kewarganegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.
Realiti hari ini, kewarganegaraan bukan lagi dinilai melalui agama seseorang individu, tetapi kepada kerakyatan dan juga kesetiaan mereka kepada ruang geografi berdaulat yang mereka tinggal. Setiap individu yang menjadi warga kepada sesebuah negara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama dengan warga lain.
Ini dapat difahami melalui kupasan Fiqh Kewarganegaraan iaitu fiqh yang berkaitan warga sesebuah negara dan hubungannya dengan negara tersebut daripada perspektif Islam dan syariah. Ikatan kewarganegaraan yang ada ini menjadikan label kafir harbi itu tidak relevan untuk mereka.
Bahkan jika ada antara mereka yang melakukan penentangan terhadap Islam di dalam negara ini, mereka tidak digelar kafir harbi, tetapi digelar penjenayah yang harus dihukum melalui pelaksanaan undang-undang mahkamah kerana keterikatan mereka dengan prinsip kewarganegaraan itu tadi.
Saya tertarik kupasan Dr Maszlee semasa wacana kafir harbi pada 16 Julai 2016 berkenaan soalan yang ditanya hadirin tentang bagaimana dengan orang kafir yang tinggal di Malaysia dan membuat penentangan dan ejekan kepada agama Islam seperti yang dilakukan Alvin Tan yang mempermainkan Al-Quran.
Read More / Baca Lagi >>

Khutbah raya, Ideas dan Sultan Selangor

Posted: 18 Jul 2016 09:31 PM PDT

Seperti yang telah kita dengar Menteri Udang telah mula membuat bising: mengkritik khutbah
bermakna mengkritik MAIS dan mengkritik MAIS ertinya menyinggung Sultan.
Ini bukan kali pertama tokoh mulut murai itu menyeret institusi raja ke kancah politik.
Sewaktu krisis menteri besar pada 2014 dahulu dia dan kumpulannya menaikkan kain pemidang di seluruh Selangor; menyokong Sultan.
Aneh, ketua kerajaan yang hendak ditukar ketua negeri pula yang seret.
Fenomena sedemikian menimbulkan tanggapan bahawa institusi raja bagaikan bola dan mereka
yang kuat dan ada kuasa menentukan ke mana bola itu hendak ditendang
Sejak dilantik menjadi menteri semula, menteri yang pernah dikait dengan skandal projek udang itu jelas hendak menunjukkan taringnya kepada ahli parlimen PKR Penampang yang menyinggung isu khutbah Aidilfitri yang menyentuh RUU yang disebut di parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa bulan lalu.
RUU berkenaan hendak meminda bidang kuasa mahkamah syariah.
Logik yang dipakai oleh menteri dari Tanjong Karang itu betul. Tetapi sama ada keputusan tentang khutbah itu benar-benar dibuat oleh Sultan secara peribadi tidaklah dapat dipastikan.
Sebab itu alasan YB dari Sabah itu yang berkata bahawa dia tidak menyebut langsung sultan dalam posting facebooknya boleh diterima.
Dan sebenarnya kalau menteri berkenaan konsisten dan benar-benar setia dengan sultan dia tidak
boleh mengkritik atau mengengkari apa juga dasar dan arahan dari menteri besar Selangor, apalagi dalam keadaan pemegang jawatan itu memang dilantik oleh sultan tanpa mengendahkan
perlembagaan negeri!
Mengikut amalan dan tafsiran yang betul menteri besar sepatutnya diberikan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila pemegang sebelumnya, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim, meletakkan jawatan setelah kehilangan sokongan majoriti dalam DUN Selangor.
Berbalik kepada khutbah Aidilfitri pada pagi 6 Julai itu saya sendiri pun berasa kejanggalannya. Tetapi tidaklah sampai ke tahap bangun dan meninggalkan masjid seperti yang dilakukan olen Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan pemikir Ideasitu.
Read More / Baca Lagi >>

BILA PEMUDA UMNO NAK BERDEMO?

Posted: 18 Jul 2016 09:28 PM PDT

Rata-rata pengguna kenderaan melahirkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan DBKL menaikkan kadar bayaran meletak kereta antara 100 hingga 200 peratus yang sudah dilaksanakan mulai sekarang dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Ogos depan.

Alasan DBKL bahawa kenaikan itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas, menggalakkan wargakota menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kereta dilihat tidak masuk akal kerana sistem pengangkutan awam kita masih jauh ketinggalan, tidak cekap dan belum menyeluruh ke banyak kawasan.
Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ternyata gagal melihat isu bayaran meletak kenderaan ini dalam skop yang lebih luas dan seolah-olah hanya mengikut telunjuk syarikat yang mengusahakan sistem bayaran tersebut.

Yang nyata, beban wargakota akan bertambah lagi dengan tindakan DBKL ini, khususnya mereka yang bekerja di kawasan-kawasan tesebut.
Soalnya, di mana Pemuda UMNO, khususnya Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dalam isu ini?

Tidak mahukah mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran atau menghantar memorandum bantahan kepada DBKL?
Bukankah ini masalah yang lebih dekat dengan rakyat berbanding isu duit raya atau dedak yang mereka berdemo sebelum ini?

MP dakwa wang parkir KL ke kantung yayasan menteri Umno

Posted: 18 Jul 2016 09:27 PM PDT

Anggota-anggota parlimen Pakatan Harapan di ibu kota hari ini bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mohd Amin Nordin bagi membantah kenaikan kadar tempat letak kereta di kawasan pusat perniagaan (CBD).

Anggota parlimen Cheras Tan Kok Wai berkata terdapat peranan sebuah yayasan yang diketuai seorang menteri dalam menguruskan tempat letak kereta.

"Kami difahamkan perniagaan ini dicadangkan oleh yayasan itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 'terpaksa' setuju," katanya kepada pemberita di Menara DBKL di ibu negara selepas pertemuan kira-kira sejam.

Tan juga mendakwa peningkatan kadar itu juga menjadi sumber kewangan yayasan itu.
Sedangkan, katanya lagi, yayasan itu tiada pengalaman menguruskan tempat letak kereta dan didakwa membuat penyumberan luar kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan Umno.

Yayasan kebajikan itu dikatakan dilantik menguruskan sistem letak kereta di Kuala Lumpur tahun lalu.

Malaysiakini telah menghubungi yayasan itu bagi mendapatkan reaksinya berkaitan dakwaan itu.
Sementara itu, anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, mereka telah menggesa Datuk Bandar membekukan peningkatan kadar yang sehingga 200 peratus itu.

Naib presiden PKR itu juga mahu sebuah perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan penjelasan berhubung kewajaran tarif baru itu.
Yayasan itu memperkenalkan sistem baru dan dikatakan maju yang dikenali sebagai City Car Park (CCP).
Read More / Baca Lagi >>

Semak dasar mudahkan pembelian rumah, Azmin kepada Gabenor Bank Negara

Posted: 18 Jul 2016 09:20 PM PDT

Azmin tempelak Noh Omar, konsep 'sewa beli' PPR sudah lama dilaksanakan di Selangor

Posted: 18 Jul 2016 09:19 PM PDT

Azmin alukan penubuhan parti baru, agenda perubahan diutamakan

Posted: 18 Jul 2016 09:18 PM PDT

Kami tidak diajak bincang kadar caj parkir oleh DBKL, kata Nurul Izzah

Posted: 18 Jul 2016 09:18 PM PDT

Cuba Ku Nan datang KL naik LRT, teksi dari Putrajaya - Teresa

Posted: 18 Jul 2016 09:17 PM PDT

Harapan lawmakers protest DBKL's new parking fees

Posted: 18 Jul 2016 09:17 PM PDT

20 sebab Najib tak layak jadi PM Malaysia (Versi 2)

Posted: 18 Jul 2016 07:48 PM PDT

Untuk artikel '20 Sebab Najib Tidak Layak Menjadi PM' sebelum ini, di sini dinyatakan penjelasannya.
20 sebab Najib tak layak jadi PM Malaysia (Versi 2)
Pertama, kepada sesiapa yang mengatakan pelajar universiti tidak patut mengeluarkan pendapat, anda adalah orang yang menyokong kepada matinya demokrasi di Malaysia.
Kedua, ada yang mengatakan layak atau tidak, Najib sudah jadi PM Malaysia. Ya, memang benar Najib PM Malaysia. Persoalannya, adakah Najib masih dikatakan layak menjadi PM walaupun 20 sebab umum ini masih tidak dapat dijawab dengan benar hingga kini?
Ketiga, timbul persoalan adakah dengan hanya 20 sebab ini sahaja beliau terus dilabel tidak layak menjadi PM Malaysia? Sebaiknya, kita perlu melihat apa yang tersirat di sebalik 20 sebab ini.
Derida (1960) sarjana dari Perancis pernah mengatakan sesuatu idea itu perlu kita lihat apa yang tersirat di sebaliknya, bukan sekadar melihat teks semata-mata.
Daripada 20 sebab ini, kita boleh rangkumkan kepada 6 akar utama mengapa beliau dikatakan tidak layak menjadi PM Malaysia iaitu 1. Menyingkirkan orang yang ingin mengetahui kebenaran (sebab 2, 5, 13, 17, dan 18), 2. Najib tidak boleh ditegur (sebab 1, 6, 8, 9 dan 11), 3.
Lemah pengurusan kewangan (sebab 3, 10, 14, 15, dan 19), 4. Kedudukan sebagai pemimpin Islam (sebab 4), 5. Lemah dalam mempertahankan hak negara (sebab 7, 12 dan 16) dan 6. Sokongan rakyat semakin menurun (sebab 20).
Bagi isu menyingkirkan orang yang ingin mengetahui kebenaran, adakah dengan sebab ini beliau terus dilabel tidak layak menjadi PM Malaysia? Ya kerana ia melibatkan integriti seorang pemimpin.
Misalnya beliau menyingkir pihak-pihak yang ingin melakukan penyiasatan terhadap 1MDB.

Jika benar, apa yang perlu ditakutkan? Adakah layak beliau menjadi PM jika pihak yang ingin menyiasat kepincangan yang berlaku disingkirkan?
Seharusnya seorang ketua yang baik dan berintegriti mesti berani disoal siasat dan mampu mengemukakan bukti yang kukuh jika berada pada pihak yang benar (Mahathir 2016).
Bagi isu Najib tidak boleh ditegur, persoalan yang timbul adakah dengan sebab ini beliau terus dilabel tidak layak menjadi PM Malaysia? Jawapannya adalah ya kerana jika sikap ini berterusan, sebuah pasukan akan musnah dengan sikap sebegini.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-BN Tidak Gentar Penubuhan Parti Baru?

Posted: 18 Jul 2016 07:44 PM PDT

PARA pembesar Umno/Barisan Nasional serta peniup trompet mereka sepakat bahawa tidak ada apa yang hendak dibimbangkan daripada pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sebuah parti baru akan ditubuhkan.
Umno-BN Tidak Gentar Penubuhan Parti Baru?
Itulah gambaran yang saya peroleh daripada membaca laporan media arus perdana (MAP) dan omongan media sosial pro-Umno/BN.
Anehnya, sambil mendabik dada berkata mereka tidak gentar, mereka bagaikan hilang akal mengutuk cadangan itu dengan menggunakan istilah dan label seperti "menganjingkan", merugikan rakyat, longgokan sampah, memecahbelahkan Melayu, Dr Mahathir ganti Anwar sebagai ketua pembangkang, pakatan baru tidak selesaikan masalah pembangkang, DAP takut parti baru dan macam-macam lagi.
Kalau parti baru yang dicadangkan itu akan gagal dan Umno/BN tidak terancam, kenapa macam orang mabuk todi kutuk dan maki hamun?
Tumpukanlah perhatian dan tenaga tuan-tuan dan puan-puan menyokong dan menguar-uarkan ketulusan dan kemulusan Umno/BN. Tak perlulah habiskan masa dan tenaga buat bermacam-macam kutukan dan fitnah terhadap cadangan itu.
Atau mereka sebenarnya tahu parti baru dan pakatan yang akan disertainya berkeupayaan melemahkan lagi Umno/BN yang sudah sememangnya lemah sejak Pilihan Raya Umum 2013?
Kalau mereka tidak takut, mengapakah mereka mengeluarkan senarai palsu kepemimpinan parti itu dan memulakan kempen fitnah ke atas orang yang pada jangkaan mereka akan menerajui parti itu?
Pada PRU 2013 Umno belum berpecah-belah. Skandal penyelewengan 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pengalihan duit SRC International belum terdedah. Dr Mahathir masih menyokong (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak. Dia berkempen dan bantu Umno/BN rampas baik Kedah. Ekonomi belum merudum. Subsidi masih ada dan GST belum dikenakan.
Itu pun Umno/BN menang ngam-ngam saja. Hilang majoriti dua pertiga dan kalah undi popular. Najib salahkan tsunami Cina. Tapi Melayu pun ramai tak undi parti dia.
Sekarang Umno telah berpecah-belah. Pemimpin yang kritik Najib disingkir. Dr Mahathir berhenti jadi ahli. Skandal 1MDB meledak. Hutangnya melambung kepada RM50 bilion. Bukan RM42 bilion lagi seperti Dr Mahathir dakwa. "Derma Arab" RM2.6 bilion masuk akaun peribadi Najib. Ekonomi merudum. GST dilaksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

Exclusive: Turkish president describes night of coup attempt

Posted: 18 Jul 2016 07:33 PM PDT

Tuan Ibrahim perlu sedar pendirian PAS sudah berbeza, kata Khalid Samad

Posted: 18 Jul 2016 07:32 PM PDT

Tony Pua: Tak perlu ulas lagi jika PAS masih tiada pendirian

Posted: 18 Jul 2016 07:32 PM PDT

Ridhuan Tee yang 'ultra kiasu', kata MCA

Posted: 18 Jul 2016 07:30 PM PDT

Menipu & putar belit itu sudah jadi darah daging mereka..

Posted: 18 Jul 2016 07:29 PM PDT

Kalau kepala besar Umno pon dah kaki belit, tak heranlah ia menular membiak di bawahnya..

APA PERSAMAAN MIC & UMNO ??

Posted: 18 Jul 2016 07:28 PM PDT

Spt biasa bila tiba PRU13 mulalah pelbagai jenis dedak2 ditabur BN..

Apa ada hal.. kena tipu pemerintah 1000 kali pon takper.. Nak wat camner.. bila pilihanraya korang tetap pangkah BN. BN menang juga...

ITULAH HAKIKATNYA RAKYAT MALAYSIA...

Najib tak bodoh TAPI PENGUNDI BN YANG BODOH sebenarnya..!!

APA PERSAMAAN FAM & UMNO ??!!!

Posted: 18 Jul 2016 07:27 PM PDT

Tahniah Tuanku berani bersuara demi bola sepak negara.

Kabinet bayangan teras kejayaan pembangkang, kata pengkaji Singapura

Posted: 18 Jul 2016 07:18 PM PDT

Pembangkang kehilangan Anwar sebagai faktor penyatu dan Dr Mahathir mungkin jawapannya.
lim-kit-siang_mahathir_600_1
PETALING JAYA: Gabungan pembangkang perlu mengumumkan kabinet bayangan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya umum diadakan awal, lapor The Straits Times Singapura memetik seorang pengkaji politik Malaysia berpusat di Singapura.
Norshahril Saat, felo Institut Yusof Ishak di Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS), juga berkata pemimpin veteran seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin DAP Lim Kit Siang boleh memberi panduan, tetapi perlu memberi laluan kepada golongan muda.
Norshahril berkata kabinet bayangan merupakan cabaran buat pakatan pembangkang di Malaysia, tetapi penting bagi menunjukkan ia serius mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional (BN).
"Ia demi kepentingan pengundi supaya mereka tahu siapa akan dilantik perdana menteri sekiranya BN jatuh," katanya.
Minggu lalu, Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang akan melibatkan parti dalam Pakatan Harapan dan sebuah parti baharu diketuai bekas pemimpin Umno.
Bagaimanapun, Norshahril mengingatkan perlunya sebarang gabungan politik baharu mengelak pemimpin sudah berusia mengemudi parti.
"Rakyat Malaysia mahukan pembaharuan kepimpinan politik dan bukan melihat ia didominasi orang lama," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Teksi vs Uber/GrabCar, sampai bila?

Posted: 18 Jul 2016 07:03 PM PDT

Pemandu teksi perlu bertukar jadi pemandu Uber atau GrabCar, tetapi kalau masih mahu setia dengan teksi, bersiap sedialah menerima buruk baiknya.
taxi_uber_grabcar_600
Mengapa pemandu teksi marah sangat pada pemandu Uber dan GrabCar, dan tidak sudah-sudah menuduh rezeki mereka dicuri?
Marah benar pemandu teksi sehinggakan sanggup berlagak gengster membelasah pemandu Uber dan GrabCar. Sudahlah begitu, asyik nak berdemonstrasi saja sampai menyesakkan jalan raya di ibu kota, seterusnya menyusahkan orang lain.
Tidakkah mereka terfikir tindakan semberono seumpama itu akan menghalau penumpang lebih jauh daripada perkhidmatan teksi kerana rasa menyampah, meluat.
Dalam zaman ikat perut seperti sekarang, semua orang tak pedulikan semua orang. Apa yang penting, perut sendiri. Hidup kena ikut arus perubahan, terutama jika perubahan itu membolehkan kita sebagai rakyat biasa berjimat duit, masa dan tenaga.
Penumpang tidak peduli jika pemandu teksi kena bayar lesen PSV, insurans, fi harian kepada syarikat konsesi atau kos pemeriksaan Puspakom setiap enam bulan. Kerana apa yang penting ialah mereka dapat tiba ke destinasi dalam keadaan selamat, pengalaman perjalanan menggembirakan dan paling utama, harga tambang amat berpatutan.
Ada banyak sebab kenapa perkhidmatan Uber/GrabCar menjadi pilihan pengguna berbanding teksi. Antaranya ialah ia mudah kerana hanya perlu mencari pemandu menggunakan aplikasi di telefon pintar. Klik klik, terus sampai pemandu di mana pun kita berada.
Sebab lain, ia banyak promosi menawarkan diskaun harga tambang. Pemandunya juga tidak pernah menolak penumpang, tidak kisah ke mana pun, dihantar juga. Tambahan lagi, mereka guna aplikasi Waze untuk mudah mencari laluan terpantas ke destinasi.
Daripada segi keselamatan, ia boleh dikatakan selamat kerana maklumat pemandu dan penumpang semua sudah pun diketahui. Faktor paling penting ialah tambangnya berpatutan, dan tiada caj tambahan dikenakan selepas tengah malam.
Nilai tambah perkhidmatan ini ialah keretanya kemas, baharu, bersih dan wangi serta layanan pemandu kepada penumpang juga memuaskan. Segala-galanya perlu dipastikan elok untuk menyambut penumpang kerana syarikat akan menyenaraihitamkan pemandu yang melanggar peraturan.
Read More / Baca Lagi >>

Shahidan mahu Tun Mahathir fikir dua kali sebelum tubuh parti Melayu baharu

Posted: 18 Jul 2016 06:56 PM PDT

Shahidan anggap keputusan bekas Perdana Menteri itu merugikan rakyatShahidan anggap keputusan bekas Perdana Menteri itu merugikan rakyat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mahu Tun Dr Mahathir Mohamad berfikir dua kali sebelum menubuhkan parti baharu yang bertujuan menjatuhkan seorang pemimpin dan sebuah parti yang banyak berjasa kepada rakyat.
Keputusan bekas Perdana Menteri itu katanya, hanya merugikan rakyat negara ini.
"Tun kata nak jatuhkan pemimpin tetapi tindakan beliau dilihat 'di luar kebiasaan' kerana keputusan tersebut bukan sahaja hendak melanggar UMNO, malah mengheret sama rakyat pelbagai kaum.
"Biasanya penduduk pelbagai kaum disatukan atas dasar kasih sayang, bukan dengan kebencian," ulas Shahidan mengenai cadangan penubuhan parti baharu yang menggabungkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu.
Beliau ditemui pada program SEA-TVET 2016, iaitu pertukaran pelajar Kolej Vokasional (KV) Kedah/Perlis dan wilayah-wilayah Selatan Thai membabitkan Satun, Pattani dan Yala.
Sebanyak 97 pelajar dari tiga wilayah yang menyertai program itu ditempatkan di dua KV di Perlis dan enam KV di Kedah selama dua minggu untuk bertukar-tukar kemahiran dalam usaha mengantarabangsakan program vokasional.
Di PUTRAJAYA, Menteri Sumber Asli Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata memang tiada halangan untuk sesiapa sahaja menubuhkan parti baharu sejajar dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Anggota Parlimen Santubong, Sarawak dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, bagaimanapun, parti baharu itu perlu mempunyai visi yang jelas dan ada kapasiti serta stabil untuk terus wujud.
"Semasa berkhidmat sebagai timbalan menteri di Kementerian Dalam Negeri, saya melihat banyak senarai permohonan penubuhan parti politik baharu di seluruh Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Datuk Bandar akui kadar parkir tinggi tak selesai kesesakan

Posted: 18 Jul 2016 06:55 PM PDT

Ini kerana pengguna di KL tidak 'makan saman' dan sanggup membayar caj tinggi demi membawa kereta ke tempat kerja.
mohd-amin-nordin-adbul-aziz_kl_parking_600
KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz mengakui kenaikan kadar tempat letak kereta di beberapa pusat perniagaan di ibu kota tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan kenderaan dalam bandar.
Bagaimanapun, Amin berkata kenaikan itu diharap mengelakkan kesesakan lebih teruk sehingga Kuala Lumpur menerima nasib seperti Jakarta.
"Kalau kita tidak naikkan kadar tempat letak kereta, agak orang Kuala Lumpur akan disiplin tak? Jadi kamu mesti tahu, orang yang keluar-masuk Kuala Lumpur, 3.5 juta kenderaan.
"Tujuh peratus semua single (seorang) driver. Jadi bila seorang itu dan setiap bulan 50,000 kenderaan bertambah, apa akan jadi pada Kuala Lumpur?" katanya kepada FMT.
"Dalam masa lima tahun akan datang, kesesakan sekrang ini akan dua kali ganda daripada sekarang. Akan jadi macam Jakarta."
Kadar tempat letak kereta di kawasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dinaikkan hingga 150%.
Jika sebelum ini caj 80 sen dikenakan bagi satu jam pertama, kini kadarnya ialah RM2, sementara jam kedua dan seterusnya mengenakan caj RM3.
Kawasan terbabit ialah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Sr Ismail dan Bangsar.
Kenaikan kadar itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat dari sekarang sehingga 1 Ogos.
Amin berkata langkah berkenaan "satu-satunya cara" mengurangkan kesesakan dalam bandar dan menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada mengaut keuntungan.
Mengulas lanjut, Amin berkata kenaikan kadar tempat letak kereta itu juga bagi mengajar pengguna menggunakan kenderaan awam.
Beliau mendakwa pengguna di Kuala Lumpur ini tidak "makan saman" dan sanggup membayar caj tinggi demi membawa kereta ke tempat kerja.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)