Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Saya tidak akan sertai politik – Gani Patail

Posted: 16 Jul 2016 09:09 PM PDT

Abdul Gani menyifatkan senarai nama yang tersebar itu sebagai palsu dan satu pembohongan.
gani-patail
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan pembabitannya dalam parti baharu bakal ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas namanya tersenarai antara barisan kepemimpinan tertinggi parti itu yang tersebar melalui media sosial semalam.
"Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.
"Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional," kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baharu yang dikatakan bakal dibentuk bekas perdana menteri itu antara lain menyenaraikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden, manakala bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai timbalannya.
Sementara naib presiden parti baharu itu terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan bendahari dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memegang jawatan setiausaha agung.
Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi yang turut dibarisi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Read More / Baca Lagi >>

PEMUDA JADI PENGECUT KERANA PEMIMPIN UTAMA LAGI PENGECUT?

Posted: 16 Jul 2016 09:06 PM PDT

"Malaysia kini sudah menjadi penakut dalam isu-isu membabitkan nasib dan masa depan umat Islam...tidak ada haluan sendiri. Ucapan pada sidang antarabangsa sudah longlai dan kaku.Inikah 'pejuang dan panglima' negara Islam kini? 
Orang Islam yang membunuh tidak kiralah kepada sesama Islam atau ke atas penganut agama lain dihukum dan digelar dengan berbagai nama.
Ada menggelar pengganas, pelampau, pembunuh, malah menyebut mereka sebagai 'setan'.
Bagaimana dengan penganut agama Buddha yang membunuh beribu-ribu rakyat beragama Islam di Myanmar, Thailand, China dan di beberapa negara lain?
Bagaimana dengan tindakan mereka membakar masjid dan rumah kediaman umat Islam? Bukankah mereka juga setan?
Adakah 'pelampau Islam' membakar gereja, kuil atau rumah ibadah lain sewenang-wenangnya seperti mana penganut Buddha membakar masjid?

Kita masih ingat bagaimana golongan muda di negara ini bersuara mengenai isu masjid Babri di India dan beberapa tempat lain, termasuk isu masjid Al-Aqsa. Namun kini? tanyalah diri sendiri.

Malah, perjuangan untuk Rohingya nampaknya banyak dilakukan oleh Barat, malah agensi berita Reuters - yang dilihat pro_Barat - pernah mengemukakan soalan, "Kenapa Tidak Ada Sesiapa Membantu Rohingya?"
Kita sedih dengan sikap negara-negara yang hanya menghukum pelampau Islam tetapi memejamkan mata kepada keganasan terhadap orang Islam,  tidak kiralah di mana juga.
Kita juga kesal kerana negara kita – Malaysia – kini sudah menjadi penakut dalam isu-isu membabitkan nasib dan masa depan umat Islam,  pada ketika pemimpin negara mengakui mereka 'pejuang dan panglima' negara Islam.
Malaysia hanya meminta Pertubuhan Islam (OIC) bertindak dalam isu Rohingya tetapi tidak menjadi penggerak atau pembuka langkah sebaliknya hanya mahu menjadi pengikut dan berlinadung di sebalik negara lain.
Kenapa terjadi begini? Apa posture dan strategi dasar luar kita?
Kita antara 34 negara Islam yang menyertai Arab Saudi untuk menentang keganasan Islam dan kerana itu mungkin kita dapat  balasan 'derma RM2.6 bilion'. Namun apa kesannya?

Siapa yang melakukan pengeboman kononnya menentang 'keganasan Islam' di Syria? Ini jawapannya...
Kini seolah-olah negara  tidak ada haluan sendiri dan ikut sahaja apa yang berlaku. Ucapan pada sidang antarabangsa pun sudah longlai dan kaku!
Prioriti Perdana Menteri sendiri terhadap kedudukan kita dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu, OIC, ASEAN, G-15, Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM), APEC, ASEM pun sudah kabur.
Malah, dasar luar kita kini ibarat berada dalam jerebu yang 'tidak berupaya memandang jauh'.
Kenapa kita tiba-tiba menjadi begitu lemah di persada antarabangsa berbanding kita juara ketika isu seperti  Bosnia-Herzegovina suatu ketika dahulu?
Berita Harian 2 September 1992
Kenapa kita tidak lagi berjuang untuk memajukan ekonomi negara Islam dan tidak lagi menjadi juara untuk pertubuhan ekonomi Islam seperti ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri?
Apa jadi dan kesannya  Forum Ekonomi Islam umpamanya perhimpunan WIEF ke 11 di Kuala Lumpur pada tahun lalu. Apa kesannya mengenai usaha memperkukuhkan lembaga kewangan Islam, pengembangan usaha mikro, kecil, dan menengah serta pembiayaan syariah untuk industri kecil dan menengah di negara-negara Islam?
Juga sejak pengunduran Dr Mahathir, apa jadi dengan pergerakan Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8)?  Cetusan kerajasama ini dibangkitkan oleh Dr Necmettin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki pada satu seminar "Kerjasama Dalam pembangunan" diadakan di Istanbul in pada Oktober 1996. 
Kenapa dan apa masalah dengan Malaysia kini?
Kenapa kita lemah membuat pendirian mengenai nasib umat Islam yang diserang bertalu-talu di Iraq, Syria, Lebanon, Libya, Yemen  serta beberapa negara lain di Afrika, sedangkan kita bukan sahaja membuktikan kita 'juara negara Islam' pada 1990-an - bersuara menentang kezaliman Barat pada Perang Teluk misalnya?
Read More / Baca Lagi >>

Wujud Satu Lagi Parti Pembangkang: Semuanya Gara2 Najib, 1MDB & Jho Low

Posted: 16 Jul 2016 08:55 PM PDT


Sampai Wujud Satu Lagi Parti Pembangkang: Semuanya Gara2 Najib, 1MDB & Jho LowSejak Tun Mahathir mengumumkan akan menubuhkan satu parti baru, saya perhatikan cai2 Najib tidak putus2 beri komen memperlekehkan hasrat Tun itu. Kelakar pun ada. Salahkah Tun Mahathir selaku seorang rakyat Malaysia, ingin menubuhkan sebuah parti politik ?

Belum confirm lagi, tapi kalau pun mereka yang Umno telah reject keluar dari parti seperti Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie ( digantung tapi Shafie sendiri pilih keluar ) dan ramai lagi ketua2 cawangan dan ahli2 yang tak sebulu dengan Najib, ikut sama menyertai parti baru yang Tun Mahathir mahu usahakan ..... apakah itu merupakan satu kesalahan di sisi undang2 ?

Menjadi hak setiap rakyat untuk bebas berpolitik dan menubuhkan parti politik ..... kan ? Kalau Najib dah tolak mereka ini keluar dari partinya, secara logiknya, jika mereka ingin terus aktif berpolitik, mereka akan samada sertai parti politik lain yang ada atau mereka akan tubuhkan parti politik yang baru yang sesuai dengan jiwa perjuangan mereka. Logik kan ?

So .... kenapa cai2 Najib melompat2 sakan sehari dua ini mengutuk sakan dan bersungguh2 memperkecilkan parti baru yang masih di peringkat perbincangan lagi ?

TAKUT ?

Kalau tak takut atau tak gentar dengan satu lagi cabaran baru .... kenapa duk meroyan tak sudah ?

Biar jerlah Tun Mahathir atau Muhyiddin atau siapapun kalau mereka nak tubuhkan satu parti politik baru. Salah ke ?

Kononnya takut Melayu berpecah ? Laaa.... kan Tun Mahathir dah takde pengaruh lagi ? Orang Melayu dah tak sokong Tun lagi, so ... tang mana yang boleh berpecah lagi ?

Mengaku jer lah ....Najib sudah goyang....

Sememangnya Tun Mahathir hebat !

Cai2 Najib yang duk melompat meroyan tu cuma jalankan tugas jer. Mereka cuma ikut arahan.

*************************

Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

Dari awal lagi, isunya adalah Najib. Dan dari awal lagi Najib mengelak dari perlu bertanggungjawab. Najib hanya tahu menyorok dibelakang Umno dan kerajaan. Diheretnya Umno dan kerajaan dalam masalah peribadinya, masalah yang boleh beliau sendiri selesaikan sekiranya beliau punya sedikit keberanian untuk bersemuka dengan rakyat dan menjawab sendiri pertanyaan2 dari rakyat.

Najib hanya berani berdepan dengan hadirin yang mampu dikawalnya saja .... entah berapa kali ntah Najib bersama orang2 Umno dalam perjumpaan tertutup tapi tidak pernah satu kali pun mahu bertemu rakyat untuk beri penjelasan yang sama.

Setiap kali lepas berjumpa dengan orang Umno, masing2 keluar dan dengan konfiden akan berkata, semuanya sudah diperjelaskan, semuanya OK. 1MDB tidak ada masalah.

Kenapa sekarang, selepas 1MDB terpaksa bergolok bergadai sebab hutang, aset2 semua diambilalih kerajaan, diheret ke mahkamah antarabangsa dek sebab hutang berpuluh bilion .... kenapa tidak ada lagi pertemuan tertutup dengan ahli2 Umno lagi ?

Kita nak juga dengar komen2 yang sama sekali lagi dari mereka yang beruntung dapat dengar penjelasan direct dari mulut Najib sendiri - Semua sudah diperjelaskan, 1MDB tidak ada masalah, semuanya fitnah media saja .....

ADA  BERANI  ? ? ?  NOTHING TO HIDE  ? ? Hahahaha .....  macamanalah ahli2 Umno masih boleh berbangga pegang keris dengan Presiden yang penakut macam Najib ....

Read More / Baca Lagi >>

Forum sees speakers clash over 'kafir harbi'

Posted: 16 Jul 2016 08:51 PM PDT


Our responsibility is to reach out to them (non Muslims) says MazleeOur responsibility is to reach out to them (non Muslims) says Mazlee
A forum yesterday on the "kafir harbi" controversy heard three panelists defending the Pahang mufti's use of the derogatory term, while an academic and an Amanah leader urged Muslim leaders to exercise restraint and wisdom.
"I'm worried that non-Muslims will be frightened and this was shown when some of them asked me if their blood was now considered legitimate," said Amanah vice-president Hasanuddin Mohd Yunus, who spoke at the forum "Kafir Harbi: Relevant or not?" organised by Ikram, at the Islamic Science University of Malaysia (USIM) in Nilai, Negeri Sembilan, last night.
The panel also included Umno Youth's main reference for Islam, Fathul Bari Mat Jahaya, Jakim officer Zamihan Mat Zin, senior fellow at Institute of Islamic Strategic Research Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Engku Ali and International Islamic University lecturer, Dr Maszlee Malik.
Pahang Mufti Datuk Abdul Rahman Osman recently said DAP and those against the PAS president's private member's bill to amend laws to allow heavier penalties under Shariah were "kafir harbi" (non-believers at war with Muslims).
The remark drew strong condemnations, including one from the Muslim Professionals Forum who said the term "kafir harbi" was archaic and not suitable in the present context.
Hasanuddin said it was not wise to take an antagonistic approach, saying if indeed DAP was proven as anti-Islam as charged by some quarters, the Muslims have a duty to explain to them.
Starkly contrasting with Hasanuddin were Fathul and Zamihan, both of whom defended the Pahang mufti's use of the term.
Zamihan said "kafir harbi" was still relevant and could still be used to describe those who fight Muslims, but added that it did not necessarily mean one should kill them if their approach was non-violent.
Read More / Baca Lagi >>

'Non Muslims that live in a Muslim country are citizens, not kafir harbi' - Maszlee Malik

Posted: 16 Jul 2016 08:51 PM PDT

Fathul Bari: Pahang Mufti didn't mean kafirs can be killed

Posted: 16 Jul 2016 08:50 PM PDT

Tak salah guna ‘kafir harbi’ dulu, kini dan selamanya - Aswaja

Posted: 16 Jul 2016 08:50 PM PDT

Bekas pegawai KDN itu turut mengkritik Umno, PAS dan PKR kerana 'menghukum' mufti Pahang.
ikram
NILAI: Seorang agamawan kerajaan semalam mempertahankan penggunaan istilah "kafir harbi" oleh mana-mana pihak di negara ini, dengan berkata ia selari dengan ajaran Al-Quran.
"Istilah kafir harbi, dulu kini dan selamanya relevan digunakan, berdasarkan nas Al-Quran.
"Bila sebut kafir harbi, bukan bererti semuanya dihukum bunuh, ini menampakkan kelestarian Islam. Hukuman itu bergantung kepada tahap mereka memerangi Allah dan Rasul, mereka kena bunuh kalau mereka membunuh," kata bekas pegawai Kementerian Dalam Negeri yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin.
Zamihan yang kini bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata demikian pada forum "Istilah Kafir Harbi: Kekal relevan atau tidak?" di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) malam semalam, membincangkan kontroversi ditimbulkan Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman yang melabel mereka yang menentang undang-undang Islam sebagai "kafir harbi" dan wajib diperangi.
Turut berucap ialah agamawan Umno, Fathul Bari Mat Jahaya, Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Engku Ali dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik.
Zamihan berkata mufti Pahang itu tidak pernah menghalalkan darah pemimpin DAP, yang diserang sebagai musuh Islam.
"Saya hairan ustaz tidak kira dari Umno, PAS dan PKR, bila mufti keluar kenyataan, kita cepat komen, sepatutnya tanya dulu mufti betul atau tidak.
"Saya sendiri berjumpa mufti Pahang, dia tidak mengulas tentang pertumpahan darah, dia kata (mereka yang melawan undang-undang Islam), wajar ditentang dari sudut pemikiran, tindakan serta perbuatan berkaitan RUU 355," katanya merujuk Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen Mei lepas.
Dalam nada sama, Fathul Bari berkata memerangi kafir harbi seperti dimaksudkan mufti itu ialah melawan "ideologi bertentangan Islam" yang dibawa DAP.
Read More / Baca Lagi >>

‘Pengalaman rampasan kuasa Turki buatkan saya lebih hargai erti keamanan’

Posted: 16 Jul 2016 08:47 PM PDT

Prof Mohd Jailani dan penumpang lain terkandas selama 15 jam di Lapangan Terbang Ataturk ekoran serangan konco-konco dalam Angkatan Tentera Turki cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan Erdogan.
Prof-Mohd-Jailani-Mohd-Nor
SEPANG: "Pengalaman berdepan situasi genting ketika cubaan rampasan kuasa di Turki semalam membuatkan saya lebih menghargai erti keamanan," ujar Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Mohd Jailani Mohd Nor.
Katanya, berada dalam keadaan suasana tegang dengan bunyi tembakan bertalu-talu dari Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul adalah peristiwa paling genting yang pernah dialami sepanjang hidupnya.
Mohd Jailani berkata, tembakan bertalu-talu itu juga membuatnya berasa khuatir andai ada peluru sesat yang boleh mengenai sesiapa sahaja di situ.
"Saya pasrah dan hanya berserah pada Allah ketika itu. Jadi saya mengambil keputusan walau apapun yang terjadi saya akan tetap berlindung di lapangan terbang tersebut kerana saya merasakan ia adalah tempat yang paling selamat ketika itu," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba pada jam 5.10 pagi tadi menaiki pesawat Turkish Airlines (TK60) bersama 32 rakyat Malaysia.
Mohd Jailani berkata, beliau menaiki penerbangan dari Athens selepas menghadiri 'International Congress in Sound and Vibration' di Greece pada 10 hingga 14 Julai lepas dan transit di Istanbul sementara menunggu penerbangan pulang ke tanah air.
Beliau dan penumpang lain terkandas selama 15 jam di lapangan terbang berikutan serangan konco-konco dalam Angkatan Tentera Turki ketika cubaan menjatuhkan kerajaan pimpinan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.
Mohd Jailani berkata, ketika suasana kelam-kabut di lapangan terbang itu, semua rakyat Malaysia mengambil inisiatif berkumpul di Pintu 303 dan beliau cuba menenangkan diri.
"Ketika berkumpul sesama rakyat Malaysia kira-kira 40 orang di sana, kami saling menasihati agar pengalaman yang kami alami mampu membuatkan kita lebih menghargai keamanan yang ada di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

PENGAJARAN DRPD SOKONGAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN TURKI YANG DIPIMPIN OLEH ERDOGAN SELEPAS CUBAAN MERAMPAS KUASA

Posted: 16 Jul 2016 08:44 PM PDT

Foto Tarmizi Mohd Jam. 1) Nama partinya bukan Parti Islam.
2) Kepimpinan partinya bukan Ulamak.
3) Di dalam perlembagaan partinya tiada tertulis Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias.
4) Kerajaannya tidak memperjuangkan hudud ataupun ikon berjenama Islam seperti Fastaqim atau Istiqamah.

Namun rakyat turun dan sanggup bertarung nyawa. Jadi di manakah kekuatan partinya sehingga ribuan rakyat turun melawan tentera yang bersenjata lengkap? Antaranya:
1) Partinya mementingkan kesejahteraan negara.
2) Partinya mengutamakan kebajikan rakyat.
3) Partinya menunjukkan contoh yang baik di dalam urus tadbir negara.
Apa pula kejayaan Turki semenjak Erdogan dan partinya memerintah?
1) Yang terbesar ialah keyakinan rakyat ke atas kerajaan pimpinannya sehingga dapat menggagalkan cubaan tentera merampas kuasa.
2) Akhlak Islam semakin diterima berbanding sebelumnya seperti Ahli Parlimen dan pelajar dibenarkan bertudung, jemaah Masjid semakin ramai, pengajian Islam yang sebenarnya digalakkan tanpa label label Islam.
3) Ekonomi Turki semakin kukuh dan mantap.
4) Nama Turki semakin gah di dunia.
5) Turki disegani kawan dan lawan.
Jadi di manakah kata-kata yang baru dikatakan kelmarin bahawa Islam mesti ditegakkan atas prinsip yang jelas, parti mesti bernama Islam, perlembagaan mesti tertulis Alquran, Assunnah, Ijmaq dan Qias, berkerjasama hanya di dalam sempadan Islam yang difahaminya itu dan kemenangan akhirat lebih utama dari kemenangan ke Putrajaya?
Kerangka politik Islam di Malaysia perlukan seorang atau sekumpulan pemimpin yang boleh membawa Islam ke tengah masyarakat dalam bentuk praktikal dan bukan sekadar retorik.

Temui DAP, jangan cepat hukum, kata Amanah

Posted: 16 Jul 2016 06:19 PM PDT

Amanah berkata label seperti 'kafir harbi' hanya bertujuan menakut-nakutkan dan menjauhkan bukan Islam.
ulama
NILAI: Umat Islam tidak sepatutnya cepat menjatuhkan hukum kepada DAP walaupun ia menentang Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibentangkan PAS baru-baru ini, kata Amanah.
Sebaliknya, Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus berkata mereka boleh mendidik DAP sekiranya terbukti parti itu berpotensi menjadi musuh Islam.
"Kita boleh didik (DAP) sebab mereka terikat dengan perlembagaan Malaysia," katanya antara panel forum "Istilah Kafir Harbi: Kekal Relevan atau tidak" di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) malam tadi.
Turut berucap ialah agamawan Umno, Fathul Bari May Jahaya, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Engku Ali dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik.
Forum itu membincangkan kontroversi ditimbulkan Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman baru-baru ini, yang melabel mereka yang menentang undang-undang Islam sebagai "kafir harbi" dan wajib diperangi.
Hasanuddin kata penggunaan label itu akan menjauhkan bukan Islam dari Islam.
"Kalau mufti (Pahang) berkata begitu, walaupun niat dia lain, saya takut orang bukan Islam takut dan ini terbukti ada di kalangan mereka bertanya kepada saya, halal ke darah mereka (dibunuh).
"Maka sebab itu kita perlu memberi penjelasan kepada mereka dengan kasih sayang, kita bukan nak kata mufti salah tetapi kita nak perbetulkan supaya bukan Islam itu tidak lari daripada kita. Kita ajak mereka (DAP) bergaduh ini sangat tidak cerdik," katanya, yang sempat menambah pendapat beliau itu akan disalah takrif sebagai "liberal".
Hasanuddin berkata mereka yang tidak pernah bersemuka dengan pemimpin DAP seperti Zamihan, Engku Ahmad dan Fathul Bari berbuat perlu berbuat demikian bagi mendapat gambaran sebenar dan bukannya melemparkan pandangan negatif terhadap mereka.
Read More / Baca Lagi >>

PARTI BARU TUN M MEMBERI KELEGAAN KEPADA NAJIB

Posted: 16 Jul 2016 06:14 PM PDT

Dengan sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad mahu menubuhkan sebuah parti politik baru, ia secara tidak langsung merupakan sesuatu yang dapat melegakan hati serta perasaan Najib Razak. 

Najib kini tidak perlu bimbang lagi mengenai kemungkinan beliau dijatuhkan sebagai Perdana Menteri sebelum tempoh penggalnya berakhir.

Melalui parti baru ini, ia tidak lagi bertujuan untuk menjatuhkan Najib semata-mata, sebaliknya untuk menukar sebuah kerajaan. Sehingga tibanya tarikh PRU 14, Najib tidak perlu bimbang apa-apa mengenai jawatan Perdana Menterinya. Jawatannya boleh dikira sudah selamat sehingga tibanya tarikh pilihanraya diumumkan.

Yang perlu dipertahankan Najib sekarang ialah kejatuhan sebuah kerajaan. Walaupun paling bermasalah, ia sudah menjadi beban kepada BN. Jika pengundi merasakan Najib dan segala masalah yang dibawanya adalah beban kepada kerajaan, maka menukar kerajaan adalah satu-satunya pilihan yang tinggal untuk dilakukan.

Dalam pilihanraya umum, kemungkinan hanya Najib dapat dijatuhkan, tetapi kerajaan BN terus dikekalkan adalah sesuatu yang paling tipis dapat dilakukan. Lebih mudah menjatuhkan Najib dengan cara menjatuhkan BN sekali.

Mempertahankan BN dalam PRU 14 pula bermakna pengundi atau rakyat bersetuju untuk terus memikul beban Najib bagi tempoh lima tahun yang seterusnya.  Mustahil juga BN terus dikekalkan tetapi tidak dibawa sekali beban yang berpunca daripada Najib itu.

Terserah kepada pengundi untuk memikir dan membuat pertimbangan mengenainya. Jika tidak mahu terus menerus menanggung beban Najib, tukarlah kerajaan dan kiranya sedia memikul lagi beban yang mungkin bertambah berat yang diakibatkan olehnya, teruslah memberi undi kepada BN.

Sebab itu kita boleh memahami jika Najib berasa lega dengan parti baru inisiatif Tun Mahathir ini yang bakal ditubuhkan bersama beberapa pemimpin yang dipecatnya  daripada UMNO.

Beliau kini telah berjaya menukar beban yang ditanggungnya menjadi beban UMNO dan BN. Dengan parti baru yang bertujuan untuk menyaingi dan mengalahkan BN, bukan lagi Najib saja yang perlu bimbang mengenainya, tetapi keseluruhan pemimpin UMNO dan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Parti Baharu: Kerja Umno jadi mudah - Annuar Musa

Posted: 16 Jul 2016 06:10 PM PDT


Annuar Musa

KOTA BHARU -  Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed merancang penubuhan parti baharu bagi menguatkan blok pembangkang memudahkan kerja Umno untuk mengenal pasti 'musuh politik' yang sebenar.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, perancangan Mahathir itu sangat dialu-alukan kerana sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen sudah termaktub dalam perlembagaan kebebasan untuk berpolitik asalkan penubuhan parti maenepati peraturan.
Menurutnya, rancangan Tun M menubuhkan parti dianggap lebih 'gentleman' berbanding berpolitik tanpa parti kerana ia lebih berperaturan dan semua pihak perlu menghormati.
"Terima kasih Tun M sebab dia isytihar secara berperaturan, berparti secara rasmi dan juga isytihar untuk tawan BN secara terbuka, itu lebih memudahkan kita.
"Malah ia satu perkembangan yang baik bagi amalan sistem berdemokrasi selain memudahkan untuk BN buat persiapan awal, kerana kita dah tahu nak lawan siapa pada pilihan raya nanti," katanya kepada media.
Tambahnya, menubuhkan parti baharu lebih baik daripada terus berada dalam Umno tetapi bersikap 'tikam belakang' dan berpura-pura 'sayang' kerana ia hanya memberi kesan buruk kepada perjuangan anak bangsa.
"Ini juga satu kejayaan buat Tun M kerana berjaya guna orang yang selama ini beliau telah tawan berkali-kali, berpuluh tahun PKR, DAP kalah kepada beliau dan kini kalah lagi sebab boleh duduk bawah Tun M dalam blok pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Gencatan serangan: Pas Selangor sokong Tuan Ibrahim

Posted: 16 Jul 2016 06:08 PM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Kesemua wakil rakyat Pas di negeri ini menyokong kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abd Samad agar parti pembangkang menumpukan usaha menumbangkan BN bukannya bertelagah sesama sendiri.
Melalui satu kenyataan bersama, 13 wakil rakyat meliputi Adun dan Ahli Parlimen Selangor berkata, pihaknya berpendirian agar pendekatan atas nama 'Pakatan Pembangkang' dicari untuk mempertahankan kemenangan di negeri ini yang telah dicapai semenjak 2008.
"Parti parti politik pro blok pembangkang berhenti menyerang antara satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap Umno dan BN Selangor.
"Mencari pendekatan terbaik untuk satu lawan satu menentang BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim mendapat perhatian semua parti politik pembangkang selepas mengeluarkan kenyataan mengajak parti pembangkang melaksanakan genjatan serangan dan menumpukan serangan kepada Umno-BN sahaja. Kenyataan itu kemudiannya disokong Iskandar.
Kesemua Adun dan ahli Parlimen Selangor itu juga berpendirian untuk menumpukan pembelaan kebajikan rakyat dan pembangunan di Selangor selain mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di negeri itu dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang berbeza.
Melalui kenyataan sama, kesemua Adun dan ahli Parlimen Selangor akan menyerahkan surat yang ditandatangani mereka kepada pimpinan pusat.

Anak Hadi Dibelasah Netizen Kerana Anggap Kudeta Turki "Permainan" Erdogan

Posted: 16 Jul 2016 05:59 PM PDT

Tatkala seluruh dunia Islam berdoa dan menyebelahi kepimpinan Erdogan di dalam menentang rancangan segelintir tentera Turki melakukan kudeta di negara itu, tiba-tiba terdapat beberapa kelompok dalam Parti Islam SeMalaysia cuba menganggap ia sebagai "permainan politik Erdogan" untuk melemahkan tentera Turki.

Salah seorangnya ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, iaitu anak kepada Presiden PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi yang memuatkan satu status di dalam facebooknya yang menyatakan "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik."



Beliau beranggapan bahawa "kudeta itu menjadi titik permulaan (turning point) politik Turki ke arah yang lebih baik" dengan membuat satu persangkaan buruk terhadap Erdogan di permulaan ayatnya  iaitu "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera".

Sikap yang sama dengan Khalil itu pada awalnya dikesan ditulis oleh PAS Putrajaya di dalam facebooknya.


Pandangan kedua-duanya itu mirip kepada pendapat-pendapat barat yang sentiasa memusuhi kerajaan Erdogan di Turki yang telah berjaya menyatukan rakyat Turki.


Malah laporan-laporan berita media massa dunia barat semalam juga memberikan liputan meluas kepada pihak tentera yang melakukan kudeta berkenaan, malah ada diantaranya yang telah dari awal menugumumkan bahawa Turki sudah berjaya dirampas oleh pihak tentera.

Akibat dari pandangan yang biadab itu, netizen telah bertali arus "membelasah" Khalil Hadi. Tuna-tuan boleh tatap sendiri (sila klik imej untuk membaca dgn lebih jelas): Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Turki memang luar biasa, kata Dr. Hatta

Posted: 16 Jul 2016 05:57 PM PDT


Media global cuba kelirukan suasana percubaan rampasan kuasa di Turki kata Dr. Hatta RamliMedia global cuba kelirukan suasana percubaan rampasan kuasa di Turki kata Dr. Hatta Ramli
Kejayaan rakyat dan kerajaan Turki yang menggagalkan rampasan kuasa segelintir tentera semalam memang detik sejarah dunia yang luar biasa, kata pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr, Hatta Ramli.
"Saya hampir gagal pejamkan mata bila mula mendapat berita tragedi rampasan kuasa," kata beliau ketika ditemui di majlis hari raya Amanah Kuala Krai di kampung Pahi.
Menurutnya berita awal memang merimaskan apabila pusat-pusat berita antarabangsa memberi gambaran lokasi-lokasi strategik Turki telah dikuasai perampas kuasa.
"Dengan gambaran presiden sedang bercuti di luar kota, keadaan pula dikatakan memihak pihak tentera yang melakukan kudeta," katanya.
Kemeriahan sambutan hari raya Amanah Kuala Krai turut dikongsi pimpinan negeri dan kawasan lainKemeriahan sambutan hari raya Amanah Kuala Krai turut dikongsi pimpinan negeri dan kawasan lain
Apa yang tidak disangka katanya ialah sokongan luarbiasa rakyat apabila diseru pemimpin untuk keluar menyatakan sokongan kepada kerajaan dipilih secara demokrasi.
"Hampir di semua lokasi penting seluruh negara, rakyat keluar berpusu-pusu menyatakan bantahan terhadap cubaan kudeta," katanya.
Suasana ini katanya mengingatkan kita kepada suasana Revolusi Khomeini di Iran dan Arab Spring di beberapa negara timur tengah beberapa tahun lalu.
Sementara itu Dr. Hatta yang meraikan tetamu di majlis hari raya Amanah yang diadakan di cawangan Amanah Pahi mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung sama ada dari kawasan berkenaan atau yang datang dari kawasan lain seluruh Kelantan.
Turut meraikan tetamu ialah Ketua Amanah kawasan Jeli, Ustaz Roslan Abdul Rahman.

Erdogan desak Amerika serah Fethullah Gullen

Posted: 16 Jul 2016 05:55 PM PDT

Erdogan bercakap kepada rakyat Turki selepas patahkan rancangan rampasan kuasa.Erdogan bercakap kepada rakyat Turki selepas patahkan rancangan rampasan kuasa.
Presiden Reccip Toyyib Erdogan mendesak rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Barrack Obama agar menyerahkan apa yang disifatkan oleh beliau sebagai pemimpin pengganas dan pemimpin rancangan rampasan kuasa yang gagal, Fethullah Gulen kepada Turki.
"Saya dengan ini meminta Presiden Amerika Obama untuk menyerahkan orang yang hidup di atas tanah seluas 400 ekar di Pennsylvania," kata Erdogan sebagaimana dilaporkan media berbahasa Inggeris Turki, Daily Sabah.
Bercakap kepada perhimpunan di Istanbul tentang usaha merampas kuasa oleh segelintir penyokong Gullen dalam tentera, Erdogan berkata, tindakan itu menyalahi undang-undang dan tindakan itu tidak mewakili tentera Turki.
"Tentera adalah milik seluruh rakyat Turki bukan badan selari (parallel structure)," kata Erdogan dipercayai merujuk kepada FETO atau kumpulan yang diasaskan oleh Fetullah Gulen, seorang ulama Turki yang mempunyai banyak rangkaian pusat pendidikan di seluruh dunia dan kini menetap di Amerika.

PERCUBAAN KUDETA DI TURKI - Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Posted: 16 Jul 2016 08:36 AM PDT


"Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, serta tahniah semestinya buat rakyat Turki, kerajaan dan presiden, serta majoriti tentera yang masih menghormati pilihan rakyat."
"Para perampas kuasa mendakwa mereka bersama aspirasi rakyat; akan tetapi apabila rakyat keluar untuk menuntut mereka kembali ke berek mereka, mereka gunakan peluru dan jet pejuang."
"Wahai perampas kuasa, sekiranya matlamat kamu tampuk pemerintahan, maka gunakanlah peti undi untuk berkempen dan bukannya kereta kebal."
"Wahai rakyat Turki, demi Allah, Dia tidak akan mengecewakan kalian kerana kalianlah yang banyak meringankan bebanan org lain, membantu mereka yang susah, memuliakan tetamu, membantu kebenaran, memilih kebebasan dan membantu golongan yang tertindas.
Segala puji bagi Allah, rakyat Turki telah keluar dari kancah rampasan kuasa ini dengan penuh keyakinan."
"Ya Allah, jadikan kami dalam kalangan kelompok-Mu yang menang, serta tentera-Mu yang tidak tertewaskan. Ya Allah, tinggikan buat kami kalimah Islam, dan naikkan buat kami panji Al-Quran."

Parti baharu Tun M kuatkan lagi blok pembangkang - Che Ibrahim

Posted: 16 Jul 2016 08:01 AM PDT

Che Ibrahim Mohamed
KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik perancangan Tun Dr Mahathir Mohamed  bagi menubuhkan parti baharu untuk bersama menguatkan blok pembangkang bagi menentang BN pada PRU14.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, blok pembangkang seharusnya menggunakan cara seperti BN bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka dengan memanfaatkan peluang dan masa yang ada sebaik mungkin.
"Pembangkang juga perlu menggunakan kaedah yang sama seperti mana BN berjaya membentuk kekuatan mereka dengan menggabungkan pelbagai parti yang menyokong  pemerintah.
"Saya amat bersetuju dan berbangga bila Tun M mahu tubuh parti baru yang sepakat untuk berada dalam satu gabungan parti-parti pembangkang untuk menentang BN dalam PRU14," katanya.
Che Ibrahim berkata, kewujudan blok ketiga yang juga bersifat pembangkang hanya memberi keuntungan kepada BN, akan tetapi penubuhan banyak parti baharu adalah satu perkembangan baik bagi sebuah negara yang berdemokrasi.
"Apa yang tidak baiknya, bila parti-parti tersebut gagal mencapai kata sepakat antara blok pembangkang dan blok pemerintah," katanya.
Tambahnya, jika parti-parti pembangkang boleh menerima kewujudan parti seangkatan yang lain, pastinya ia boleh membina lebih kekuatan untuk meraih lebih sokongan.
"Parti-parti pembangkang ini pastinya semakin melengkapkan perjuangan lebih utuh dan menambah kekuatan bagi berhadapan dengan parti pemerintah," katanya.

Amzad berfikiran sempit – Kamarul Bahrin

Posted: 16 Jul 2016 07:58 AM PDT

Pemimpin PAS Terengganu sepatutnya patuh kepada seruan timbalan presiden, untuk berhenti menyerang sesama pembangkang.

PETALING JAYA: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membidas kenyataan Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang melabel Pengerusi AMANAH Terengganu sebagai individu yang suka mencari publisiti berbanding menjaga kebajikan awam.
Raja Kamarul berpendapat Amzad seorang yang berfikiran sempit membuat dakwaan tersebut hanya kerana beliau menghadiri majlis kesyukuran peniaga stesen bas Kuala Terengganu bersama Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
"Ini sangat menghairankan ramai pihak kerana PAS yang didakwa sebagai parti yang berdisiplin nampaknya tidak mengambil berat kenyataan timbalan presiden (Tuan Ibrahim).
Katanya, tujuan beliau menghadiri majlis itu pun selepas dijemput pihak peniaga stesen bas yang bersyukur dengan ubah suai-rombakan stesen bas telah di batalkan.
"Saya sebagai Ahli Parlimen menulis surat bantahan kepada pihak berkuasa.
"Sebagai wakil rakyat adalah untuk meraikan kemenangan rakyat iaitu peniaga-peniaga yang berjaya menyelamatkan bangunan stesen bas dan perniagaan mereka. Yang di raikan adalah kemenangan rakyat. Bukan kemenangan kerajaan atau pembangkang," jawab Raja Kamarul yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu dalam kenyataan kepada FMT.
Justeru beliau meminta pemimpin PAS itu supaya menghormati pandangan dan seruan pemimpin teringginya (Tuan Ibrahim) dan bukan berpolitik sehingga nasib rakyat terbiar.
Amzad sebelum ini memuat naik gambar Raja Kamarul memotong kek bersama Menteri Besar negeri itu dengan menyatakan ia sebagai satu aksi mencari publisiti.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim awal minggu ini menyeru parti pembangkang berdamai supaya tidak menghampakan rakyat yang mengharapkan perubahan. Seruan itu disambut baik pemimpin pembangkang yang lain.

Muhyiddin siap sedia gerakkan parti baharu

Posted: 16 Jul 2016 07:58 AM PDT


Tan Sri Muhyiddin YasinTan Sri Muhyiddin Yasin
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerima cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pembangkang sedia ada.
Bagaimanapun kata beliau penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain.
"Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau bersependapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Seri Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat,"katanya.
Menurut beliau perkembangan positif ini dan kesesediaan untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.
"Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul.
"Saya yakin Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 14 : Muhyiddin seru blok pembangkang kembali bersatu

Posted: 16 Jul 2016 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin yang dipecat dan dalam usaha untuk menubuhkan parti baru bersama mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, menyeru agar semua parti pembangkang di Malaysia bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Muhyiddin Yassin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, kesepekatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu menerajui Malaysia dengan lebih baik dalam membela nasib rakyat.

"Saya bersependapat dengan Anwar Ibrahim, Tuan Ibrahim Tuan Man, Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, bekas  pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara melihat tindakan Dr Mahathir membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno dan BN sebagai positif.

Beliau juga berpendapat bahawa adalah penting bagi parti-parti pembangkang untuk bersatu dan percaya parti baru seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu akan diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Oleh itu kata Muhyiddin, beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubah politik dan kerajaan yang amat dinanti oleh rakyat.

"Saya amat mengalu-alukan perkembangan positif ini dan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.

"Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang kini kekal sebagai Ahli Parlimen Pagoh (Bebas) selepas dilucutkan keahlian, turut bersetuju dan menyatakan sokongan terhadap penubuhan parti politik baru yang dicadangkan oleh Mahathir dalam usaha menentang BN.

Namun jelasnya, wadah penubuhan parti politik baru ini hanya akan berkesan sekiranya ianya dipersetujui secara konsensus oleh parti politik pembangkang yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Logiknya pertikaian cadangan PAS

Posted: 16 Jul 2016 05:39 AM PDT

BARU-BARU ini timbul cadangan yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tentang 'gencatan senjata' di antara parti-parti pembangkang.

'Gencatan senjata' ini bermaksud parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak lagi menggunakan pendekatan saling menyerang antara satu sama lain, sebaliknya lebih menumpukan cara yang tepat untuk menewaskan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai musuh politik utama.

Cadangan ini kemudiannya didokong penuh oleh ulama parti itu menerusi Ketua Dewan Ulama parti itu, Dr Mahfodz Mohamed selain Naib Presiden Iskandar Abdul Samad.

Selain itu beberapa pemimpin daripada PKR iatu Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden parti.

Ini sudah tentu lahir daripada kesedaran kekalahan yang diterima oleh PAS pada Pilihan Raya Negeri  (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, di mana BN dilihat menerima manfaat yang lebih atas pertelingkahan sesama sendiri parti pembangkang.

Namun begitu, bagaimana pula dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) melihat cadangan ini?

Walaupun Amanah menyifatkannya sebagai cadangan yang bernas dan bakal membuahkan manfaat kepada parti pembangkang, namun dalam masa yang sama parti itu menyerang PAS yang disifatkan sebagai tidak ikhlas menyatakan niat kerana parti itu turut dilihat cenderung kepada Umno-BN.

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Khalid Samad selaku Pengarah Komunikasi parti  Amanah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu ibarat ‘sampah yang berkumpul’ - Shahrir Samad

Posted: 16 Jul 2016 05:35 AM PDT

Shahrir berpendapat, parti baharu itu mungkin boleh mencetuskan senario politik baru tetapi tidak mampu mengugat BN.
Tan Sri Shahrir Samad
PETALING JAYA: Parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri disifatkan "macam sampah yang berkumpul".
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad yang dipetik Oriental Daily sebagai berkata, DAP selama ini berusaha mencari "formula" untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.
Menurutnya, antara usaha itu termasuk bergabung dengan PKR pimpinan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2013 yang bakal berganding dengan parti baharu akan ditubuhkan tidak lama lagi.
"Kem pembangkang hanya oportunis, tiada prinsip dan ideologi politik. Penggabungan mereka macam sampah yang berkumpul, ia mempunyai arah tuju sama tetapi berasal daripada kategori sampah tidak sama," katanya ketika menghadiri sebuah majlis rumah terbuka Hari Raya di Johor Bahru, hari ini.
Khamis lalu, Dr Mahathir mengumumkan sebuah parti politik baharu yang turut dipersetujui parti pembangkang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak semestinya mengetuai parti baharu itu yang akan membentuk pakatan pembangkang lebih besar untuk menawan Putrajaya pada PRU14.
Shahrir berpendapat, parti baharu itu mungkin boleh mencetuskan senario politik baru tetapi tidak mampu mengugat BN.
Read More / Baca Lagi >>

PKR belum muktamadkan bekerjasama dengan Dr M

Posted: 16 Jul 2016 05:33 AM PDT

Walaupun dikatakan sudah mendapat sokongan semua parti pembangkang untuk bekerjasama dengan parti baharu ditubuh Tun Dr Mahathir Mohamad, PKR sebaliknya masih belum membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka hanya akan tunggu dan lihat sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama dengan parti Dr M tersebut.
Kenyataan Wan Azizah perkara ini mungkin beliau masih tidak dapat melupakan insiden hitam dimana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi mangsa politik kepada bekas perdana menteri tersebut.
"Setakat ini, kita hanya ambil pendekatan tunggu dan lihat dulu. Kita hendak tahu juga siapa pemimpin parti baharu itu, kerana apa yang difahamkan, Tun (Dr Mahathir) tidak mahu jadi presidennya.
"Kita juga perlu menilai apa matlamat parti baharu itu. Kalau ada persamaan, mungkin kita boleh kerjasama," katanya semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat pada Sabtu.
Beliau mengulas pembentukan pakatan baharu dan cadangan penubuhan parti politik baharu, yang diumumkan Dr Mahathir, Khamis lalu.
Dr Mahathir mengumumkan akan membentuk sebuah parti baru melibatkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Wan Azizah tidak hadir semasa pertemuan antara Dr Mahathir dengan parti pembangkang dan kumpulan NGO di pejabatnya, Yayasan Kepimpinan Perdana.

Parti baru Dr M tamparan buat DAP, PKR dan AMANAH - Pemuda Umno

Posted: 16 Jul 2016 05:32 AM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO melihat hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, sebagai tanda ketidakyakinan beliau terhadap parti-parti pembangkang sedia ada.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata kegagalan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, menyebabkan Dr Mahathir terpaksa menubuhkan parti baharu dan tidak boleh bergantung harap kepada parti pembangkang yang lain.
"Kalau beliau yakin dengan rakan-rakan pembangkang beliau yang baharu ini iaitu DAP, PKR dan Amanah, tak perlu beliau tubuhkan parti baharu.
"Ini bagi saya satu tamparan buat DAP, PKR dan Amanah sampai negarawan usia 90 tahun terpaksa keluar daripada persaraan dunia politik untuk tubuhkan parti sendiri," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Gadong, Rembau hari ini, yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu.
Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.
Di Larut, Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir secara tidak langsung mendedahkan matlamat bekas anggota UMNO itu yang selama ini kononnya berjuang demi parti.
Hamzah berkata penyertaan bekas anggota UMNO dalam parti baharu tersebut jelas menunjukkan mereka merupakan individu yang gilakan kuasa.
"Kami tidak mahu musang yang berbulu ayam dalam parti. Bila Tun Mahathir buat parti baharu, kita nampak dengan jelas siapa yang nak sangat kuasa.
"Sebelum ini mereka beriya kata penyertaan dalam UMNO adalah atas nama perjuangan, tapi sekarang siapa yang tamak nak kuasa," kata Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)