Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pakar ekonomi ‘garu kepala’ langkah BNM turunkan kadar faedah

Posted: 14 Jul 2016 08:41 PM PDT

Kebanyakan penganalisis ekonomi berkata ia pengumuman mengejutkan dan berbeza daripada sikap bekas gabenor.
BNM-Bloomberg
PETALING JAYA: Kebanyakan pakar ekonomi hanya "menggaru kepala" berikutan pengumuman gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim mengurangkan kadar faedah baru-baru ini, lapor Bloomberg.
Kaji selidik Bloomberg mendapati kesemua 18 penganalisis ekonomi kecuali satu terkejut dengan keputusan itu, yang dilihat nyata satu perubahan daripada dasar yang diamalkan bekas gabenor, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Mereka menyangka BNM akan memberikan isyarat jelas sebelum apa-apa langkah mengubah kadar faedah, seperti amalan sebelum ini.
Bank pusat itu membuat kejutan Rabu lalu apabila menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%, selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) selama dua hari.
Kali terakhir kadar diturunkan adalah pada 2009 dan pelarasan terakhir dibuat pada Julai 2014.
Ibrahim memberitahu Bernama, langkah itu berasaskan beberapa perkara termasuk inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan, iaitu pada 2-3% tahun ini berbanding 2.5-3.5%, dan dijangka terus stabil pada 2017.
OPR yang ditetapkan BNM digunakan untuk arah dasar kewangan, dan merupakan rujukan utama dalam penentuan kadar faedah pasaran yang lain. Ia berperanan sebagai alat isyarat mempamerkan teras dasar kewangan, dan sebagai kadar sasaran operasi mudah tunai harian bank pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Siapalah kami nasihatkan PAS pelan damai, kata Kadir

Posted: 14 Jul 2016 08:39 PM PDT

Ikatan tidak berhak menasihati PAS memandangkan parti Islam itu merupakan salah satu parti tunjang di negara, kata bekas menteri itu.
Abdul-Kadir-Sheikh-Fadzir_pas_600
KUALA LUMPUR: Satu-satunya parti yang bersekutu dengan PAS berkata ia tidak dimaklumkan mengenai pelawaan damai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Pakatan Harapan baru-baru ini.
Bagaimanapun, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheik Fadzir berkata beliau tidak berkecil hati.
"Saya rasa itu adalah selaras pendirian PAS sekarang iaitu untuk memainkan politik matang dan sejahtera serta tidak mahu main politik yang selalu menghentam sahaja," katanya sewaktu ditemui pada majlis Perkasa semalam.
Kadir juga berkata PAS sebuah parti tunjang di negara ini dan dirinya tidak berhak menasihati parti Islam itu.
"Politik di Malaysia dalam keadaan 'cair', kerana kadang-kadang untuk bersatu dalam parti politik itu kita kena tengok cara dia. Kalau caranya kasar, terlalu tidak berdisiplin, macam mana hendak berbaik.
"Jadi biarlah macam mana akhirnya blok ketiga ini akan terjadi, keadaan akan menentukan," ujarnya.
Kenyataan Tuan Ibrahim baru-baru ini menyeru parti pembangkang berhenti menyerang satu sama lain mendapat pelbagai reaksi dari pemimpin PKR, DAP dan Amanah.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyambut baik hasrat Tuan Ibrahim itu bahkan turut menawarkan meja rundingan untuk PAS.
Manakala, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pula menggesa Tuan Ibrahim dan pimpinan tertinggi PAS yang lain membuat ketetapan sebulat suara jika mahu berdamai.

Parti Dr M cuma sebahagian agenda 'pembangkang besar'

Posted: 14 Jul 2016 08:37 PM PDT

Penubuhan parti baru melibatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dilihat daripada aspek lebih luas, kata Pakatan Harapan.
Ketua setiausaha sekretariatnya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mereka bersama Mahathir sedang membincangkan keperluan mewujudkan platform pembangkang yang lebih besar.

Ia, kata Saifuddin, akan menggabungkan semua pihak yang menentang BN, termasuk pembangkang selain gabungan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ini, katanya, termasuk PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), NGO, individu tanpa parti seperti bekas pemimpin Umno yang dipecat serta Gabungan Rakyat Saksama (SAKSAMA).

SAKSAMA dianggotai tujuh parti pembangkang, termasuk Sabah dan Sarawak.
"Bentuk sebenar platform tersebut boleh lahir dalam beberapa cara," kata bekas timbalan menteri Umno itu.

"Apa yang perlu diutamakan ialah wujudnya satu blok pembangkang yang besar, bersatu dan kuat
supaya berlaku apa yang diingini rakyat, iaitu perlawanan 'satu-lawan-satu' antara pembangkang melawan BN (diperoleh)."
Saifuddin juga berkata, Pakatan Harapan memahami dinamika tertentu yang mungkin memerlukan parti baru ditubuhkan, seperti dalam kes Sabah.
Sabah menyaksikan seorang naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal digantung oleh Majlis Tertinggi Umno. Sebagai tanda protes, belau mengumumkan keluar parti.

"Contohnya, Sabah punya dinamika politik yang unik. Justeru, sekiranya Datuk Seri Shafie menubuhkan parti baru, kami memahaminya.

"Apa yang penting ialah Pakatan Harapan bekerjasama dengannya di Sabah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

BN akan kekal berkuasa jika PH pinggirkan Pas, kata IRF

Posted: 14 Jul 2016 08:34 PM PDT


Selagi Pas berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang.Selagi Pas berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang.Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya Pakatan Harapan meminggirkan Pas, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF)Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.
Beliau  berkata demikian kerana hingga ke saat ini, Pas mempunyai penyokong komited dan tegar.
"Tidak ada mana-mana penyokong parti di Malaysia yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong Pas.
"Mana ada orang akan panjat pokok kelapa untuk pasang bendera melainkan penyokong Pasdan mereka tidak lakukan itu demi wang," katanya seperti dilapor FMT.
Datuk Dr Ahmad Farouk Musa Datuk Dr Ahmad Farouk Musa  Farouk menjelaskan selagi pergelutan kerusi berlaku antara PH dan Pas, selagi itulah blok pembangkang tidak mampu menewaskan BN.
"Jika dilihat secara praktikal, tidak. Mustahil Amanah mampu membawa perubahan dalam PRU14.
"Bagi saya Umno akan terus kekal berkuasa dalam PRU14. Walaupun ia diadakan sekarang atau dua tahun lagi.
"Masa terlalu suntuk, dan selagi Pas berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menyeru "gencatan serangan" dilakukan supaya fokus dialihkan kepada musuh sebenar iaitu BN.
Kenyataan itu disambut baik pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang bersedia menyediakan ruang perbincangan meja bulat buat semua parti-parti pembangkang yang komited kepada agenda perubahan termasuk Pas.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin dari Amanah dan DAP berhati-hati dengan kenyataan Tuan Ibrahim, sebaliknya mahu pendirian rasmi yang jelas yang turut melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sekutu PAS tak maklum isu 'gencatan senjata'

Posted: 14 Jul 2016 07:23 PM PDT

Ketika pembangkang dalam Pakatan Harapan meneliti baik buruk tawaran 'gencatan senjata' PAS, sekutu parti Islam itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu berhubung cadangan itu.
Gandingan PAS dalam 'Blok Ketiga' pembangkang, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mengakui tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bagaimanapun berkata, beliau tidak berkecil hati dan berkata PAS mempunyai pertimbangannya tersendiri.

"Saya rasa itu adalah selaras pendirian PAS sekarang iaitu untuk memainkan politik matang dan sejahtera serta tidak mahu main politik yang selalu menghentam sahaja," katanya.

Beliau merujuk kepada saranan politik matang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu sebelum ini.
Kadir berkata demikian kepada Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita sewaktu ditemui di ibu negara semalam.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Politik 'cair'

Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' dibuat di kemudian hari.
Terdahulu, perbalahan berterusan PAS dan DAP menyebabkan gabungan mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan baru dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Manakala PAS memilih bekerjasama dengan parti kecil IKATAN yang digerakkan Kadir, bekas pemimpin Umno.

Read More / Baca Lagi >>

Pas perlu bekerjasama dengan PH dan parti baharu elak hilang Kelantan

Posted: 14 Jul 2016 07:17 PM PDT


Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Pas tidak mempunyai pilihan lain bagi menghadapi pilihan raya selain bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan parti baharu yang bakal diwujudkan oleh bekas pemimpin Umno bagi mempertahankan Kelantan.
Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya Pas mengambil pendekatan enggan bekerjasama dan bersendirian, nasib Kelantan bakal terlepas ke tangan pihak lain.
"Kalau Pas bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga penjuru. Ini bermakna bahawa Pas bakal kehilangan Kelantan.
"Saya bukan Tuhan yang tahu tentang masa depan Pas tetapi dalam pilihan raya kita ada analisa. Sebab itu Pas tidak sertai semua kerusi pada PRN Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang," katanya ketika ditemui selepas sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam lapor  portal Sinar Harian.
Mengulas penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mahfuz berkata: "Semua yang hadir hari ini (semalam) adalah dari kalangan mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat. Bagi bekas pemimpin Umno, mereka perlu satu parti baharu bagi menghimpunkan pengikut-pengikut mereka.
"Parti baharu ini perlu bekerjasama dengan parti-parti sedia ada bagi tujuan mengalahkan BN," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Senario PRU-14.....

Posted: 14 Jul 2016 07:14 PM PDT

Keputusan PRU-13, Bn 133 lawan 89, walaupun undi popular tidak berpihak kepada Bn. Pada PRU itu, belum ada isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Pada PRU itu, Tun Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin, Datuk Shafie dan Dato Seri Mukhriz masih bersama Bn.
Pada PRU-14, situasi berbeda. Pembangkang dikemudi Tun Dr Mahathir, bersama parti-parti pembangkang. 
Pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir, sepertimana kenyataan beliau semalam, sebaik sahaja selesai mesyuarat antara pemimpin pembangkang, bagi membincangkan penubuhan parti baru, bahawa matalamat mereka adalah menggantikan kerajaan Bn pada PRU-14. Menurut beliau, hanya melalui kesepakatan melawan Bn satu lawan satu, Bn boleh ditumbangkan. Untuk sementara, halangan utama pembangkang untuk mencapai kesepakatan satu lawan satu adalah parti Pas. Tetapi, mereka, telah mengambil maklum, parti islam itu, hanya berimpak di kawasan majoriti kaum melayu.
Parti pembangkang, mahu menumpukan kemenangan mereka di Semenanjung, kerana kedudukan yang hampir seimbang seperti mana rekod PRU-12 dan PRU-13. Pada PRU-13, di Semenanjung Bn menang 83 daripada 165 kawasan Parlimen, atau 83:82, Sementara di Sabah dan Sarawak termasuk WP Labuan, daripada 57 kawasan Parlimen, Bn menang 50, iaitu 27 di Sarawak dan 23 di Sabah.
Di atas kertas, memang sukar bagi parti pembangkang menebusi Sabah dan Sarawak, atas sebab itu, mereka memberi tumpuan di Semenanjung. Kalau melihat rekod keputusan PRU-13, terdapatnya 37 kawasan parlimen di Semenanjung yang dimenangi Bn antara 3000-400 undi. Jika Tun Dr Mahathir, TS Muhyiddin dan Dato Mukhriz ada impak, selain impak 1MDB, wang derma Rm2.6bilion serta peningkatan sara hidup akibat GST, tidak mustahil, kawasan marjinal tersebut, setidak-tidaknya separuh berpihak kepada pembangkang. Jika demikian, maka kemungkian besar akan berlaku komposisi baru di Semenanjung, daripada 165 kerusi, Bn menang 70, manakala pembangkang 95.
Bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan, maka sangat bergantung kepada Sabah dan Sarawak. Melihat kepada ratio di Semenanjung itu, maka Bn perlu mendapat paling sedikit 42 kerusi daripada Sabah dan Sarawak, sementara pembangkang pula hanya 17, bagi membolehkan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. PRU-13, di Sarawak pembangkang menang 4 kerusi daripada 31, manakala di Sabah, 3 daripada 26. Mengingat keputusan PRN Sarawak pada Mei, status quo akan dipertahankan, namun di Sabah, ada perubahan sedikit, akibat pergolakan dalaman pada parti Umno. Kalaulah, parti pembangkang di Sabah bersepakat dan mampu mengemukakan calon tunggal bagi setiap kawasan melawan Bn, maka senarionya jauh berbeza dengan keputusan PRU-13.
Di Sabah, apa yang pasti akan dipertahankan pembangkang adalah parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Penempang. Kawasan terancam adalah Sepanggar, Tuaran, Kota Marudu, Beaufort, Batu Sapi, Silam, Semporna, Keningau, Tenom, Kudat, Ranau dan Pensiangan. Memang, dipihak Bn, tidak akan mengakui, bahawa semua kawasan-kawasan tersebut terancam, akan tetapi berasaskan sentimen di lapangan, sebelumpun berlaku pergolakan dalaman pada parti Umno, kawasan-kawasan itu telah bertukar mode, kepada keadaan tahun 1985, kecuali Silam dan Semporna. Namun, akibat tindakan Shafie, maka kini dua kawasan parlimen tersebut termasuk pada kawasan yang akan bakal menentukan kerajaan Persekutuan selepas PRU-14.
Read More / Baca Lagi >>

SELEPAS WUJUD GABUNGAN BAHARU, MASANYA UNTUK PAS MEMILIH PENDIRIAN

Posted: 14 Jul 2016 07:09 PM PDT

Segala-galanya kini menjadi semakin terang dan nyata. Beberapa rumusan yang dicapai dalam blok pembangkang di pertemuan yang diadakan  di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam mengesahkan lagi  harapan perubahan yang selama ini begitu ditunggu-tunggu.

Antaranya keputusan itu ialah:-

- sebuah parti politik baharu untuk menyaingi UMNO bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Tidak penting sama ada Tun Mahathir menjadi penerajunya atau tidak, tetapi beliau akan menjadi penggerak penting ke arah kejayaannya.

- gabungan pakatan pembangkang melibatkan empat parti iaitu parti politik baharu inisiatif Tun Mahathir yang bakal ditubuhkan, PKR, DAP dan Amanah akan menjadi pesaing BN dalam pilihanraya umum akan datang.

- setuju untuk mengenepikan sebarang perbezaan demi menjayakan pertandingan satu lawan satu menentang BN. Dalam erti kata lain, mengalahkan BN adalah juga bertujuan untuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

- masih menganggap Pas berada dalam blok pembangkang dan bersetuju dengan idea genjatan senjata yang dilontarkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selagi Pas juga tidak menyerang mereka.

Dengan keputusan-keputusan tersebut, antara yang penting selepas ini ialah perlunya Pas membuat keputusan tentang pilihan yang seharusnya mereka ambil dalam pilihanraya umum akan datang.

Dengan adanya gabungan baharu ini, Pas tidak relevan lagi untuk terus bersendirian dan tidak memihak kepada mana-mana gabungan sepertimana yang ingin dilakukannya sekarang. 

Bertanding bersendirian hanya menampilkan Pas sebagai pengacau semata-mata.

Tidak mustahil pula dengan terus bersendirian akan membuatkan Pas terus terpencil, diketepikan dan mati di tengah-tengah, umpama kancil yang tersepit apabila gajah sama gajah mula bertarung.
Read More / Baca Lagi >>

Dasar Islam PAS: Jalan keluar kemelut negara....

Posted: 14 Jul 2016 07:02 PM PDT

Timbalan Presiden PAS mempertahankan dasar Islam yang diperjuangkan PAS dan berkata ia menjamin negara daripada kemelut yang melanda sekarang.
Tuan-Ibrahim_pas_cina_600Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Esok, 15 Julai 2016, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) akan mula dikenakan bayaran tol. Satu lagi mekanisme untuk mengambil duit daripada rakyat tanpa segan pilu, sepertimana GST.
Sejurus pengumuman tol akan dikuatkuasa di LPT2 dibuat, ramai yang mengeluh, di kedai kopi, di sosial media dan mengeluarkan kenyataan mencemuh tindakan kerajaan dengan pelbagai alasan.
Apakah keluhan dan kenyataan mengkritik dapat menghindarkan rakyat daripada membayar tol? Sudah tentu tidak. Tiba waktunya nanti, rakyat yang mampu mahupun tidak mampu tetap perlu membayar tol di LPT2.
Kemelut yang melanda negara adalah kesan langsung bilamana sistem negara tidak diurus dengan sistem yang diturunkan oleh Pencipta manusia Allah Azza wa Jalla.
Hari ini, ekonomi kapitalis yang dipaksakan ke atas negara demi menjaga kepentingan golongan pemodal telah melahirkan jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin. Akibatnya, harta hanya berlegar di kalangan golongan kaya dan berkuasa sehingga golongan ini dapat menjual beli kuasa hari ini sehingga memincangkan sistem demokrasi yang ada.
Demikian juga sistem perundangan yang digubal di Barat telah dipaksa ke atas negara selepas era penjajahan sehingga kini.
Persoalannya apakah ada jalan keluar dari kemelut yang ada?
Sebagaimana isu tol, jikalau kita ingin melihat adanya satu hari rakyat bebas daripada kisah duka membayar tol, maka haruslah kita melakukan perkara yang menjurus ke arah itu, dan bukan sebaliknya.
Antara arahnya ialah menukar sistem kerajaan yang sedia ada. Jika tidak, maka bolehlah kita terus sekadar mengeluh melihat rakyat menderita membayar tol dari generasi ke generasi.
Islam menitikberatkan keadilan. Keadilan dan keharmonian adalah ketetapan Allah bagi ciptaan-Nya.
Allah berfirman dalam Al-Quran: "Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang menegakan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong untuk kamu berbuat tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Maidah , 5:8)
Read More / Baca Lagi >>

Najib wajib dedah laporan audit 1MDB, kata Azmin

Posted: 14 Jul 2016 06:58 PM PDT

Azmin berkata gagal mengubah status rahsia laporan audit 1MDB akan hanya mengiyakan tuduhan cubaan melindungi pemimpin terlibat skandal 1MDB.
azmin 1mdb
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menggesa Putrajaya segera mengubah status rahsia laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
"Kita perlu ingat bahawa mendedahkan kebenaran di sebalik skandal 1MDB yang maha besar ini bukannya satu permainan politik. Ia adalah satu tanggungjawab yang wajib dipikul semua pemimpin dalam kerajaan atau pembangkang," kata Azmin.
Portal Sarawak Report baru-baru ini menerbitkan laporan audit yang dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu, dengan mendakwa kehilangan dana dan pengeluaran wang mencecah AS$7 bilion dari syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Ia disusuli dengan gesaan beberapa pemimpin kerajaan supaya dalang di sebalik kebocoran dokuman itu diambil tindakan.
Azmin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengubah status rahsia itu demi "ketelusan, kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik".
"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengukuhkan lagi anggapan tentang kewujudan konspirasi peringkat tertinggi untuk melindungi skandal 1MDB," katanya.
Katanya, ugutan mendakwa mereka yang membocorkan laporan itu hanya menunjukkan sikap angkuh kerajaan.
"Ketelusan adalah ibarat cahaya matahari, yang diyakini ramai sebagai pencegah kuman terbaik bagi melawan penyakit rasuah serta urus niaga yang meragukan," kata Azmin.

PERKASA: Tak malu ke parti Islam gaduh sama sendiri?

Posted: 14 Jul 2016 06:55 PM PDT

Ketika banyak pihak heboh membicarakan tawaran 'gencatan senjata' PAS, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mempunyai sudut pandang lain dalam isu itu.
Beliau melihat, sejak awal lagi, pembangkang tidak harus bertelagah sesama sendiri, terutamanya dua parti berteraskan Islam – PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Saya sendiri rasa tak senang hati, saya bukan ahli PAS mahupun AMANAH.
"AMANAH dulu adalah orang PAS dan mereka berjuang atas nama Islam. Asas utama Islam adalah silaturahim, kita tak boleh memutuskan hubungan silaturahim.
"Parti lain yang tidak bercakap atau guna dasar Islam, bila bergaduh sesama sendiri tidaklah sampai ke peringkat mereka bergaduh seperti PAS dan AMANAH, tak rasa malu ke?

"Ini teguran ikhlas dari saya," ujarnya kesal dalam wawancara bersama Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur semalam.
Bekas anggota parlimen Pasir Mas itu mengulas kenyataan tawaran 'gencatan senjata' sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin.
Tanggungjawab dua pihak
Tuan Ibrahim berkata, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing dalam menumbangkan BN.
Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' dibuat di kemudian hari.
Ibrahim Ali meletakkan tanggungjawab membetulkan perkara itu di bahu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan AMANAH.

Read More / Baca Lagi >>

Goldman Sachs: Bank Yahudi Pujaan Hati Najib & 1MDB ... & Umno

Posted: 14 Jul 2016 06:52 PM PDT

 Goldman Sachs: Bank Yahudi Pujaan Hati Najib & 1MDB ... & UmnoKita kalau buat pinjaman bank untuk modal perniagaan, kita akan diminta serahkan satu kertas kerja di mana antara lain, kita diminta terangkan apa kegunaan pinjaman yang dipinta itu. Kalau minta 1 juta, maka kita akan senaraikan tujuannya untuk apa. Contohnya, nak beli barangan niaga, nak besarkan operasi syarikat dan sebagainya sesuai dengan jumlah 1 juta yang dipohon itu.

Bank kalau berpuashati syrat2 dipenuhi dan yakin dengan kemampuan projek yang disebutkan itu, akan keluarkan dana 1 juta. Bank berharap dengan bantuan modal itu, bisness kita akan maju dan kita mampu bayar balik pinjaman beserta bunganya. Dan bank juga berharap kita akan jadi pelanggannya yang bagus ..... demi masa depan bersama yang lebih cerah. Kita pun seronoklah dapat 1 juta ......

Bagaimana kalau ada bank yang terlebih baik, tolong buatkan kertas kerja untuk kita lagi ? Siap buat pengiraan bagai tentang barangan yang kita perlukan, kemudian tolong uruskan dengan penjamin lagi.... semua bank yang buat ! Kita goyang kaki je ..... siap semua, kita sain, dapat duit dan boleh mulakan bisness ..... peeeergh !


Kenapa baik sangat ? Kenapa kita yang dipilihnya ? Manager bank takde anak beranak sanak saudara jiran ke yang boleh dia tolong terlebih dahulu ? Kenapa kita yang tidak kenal pun dengan manager bank itu yang mahu ditolong ? Wujud ke bank sebaik itu ?

Wujud beb ! Memang ada bank sebaik itu. Tak percaya tanya Najib.


Nama bank itu Goldman Sachs, sebuah bank Yahudi berpusat di Amerika. Yahudi ? ? Ya .... bank Yahudi ! TAKBIR !!! Siapa kata Yahudi jahat ? Tengok..... punyalah baik bank Yahudi ni, semuanya dia tolong uruskan buat 1MDB ketika nak buat pinjaman masa nak beli IPP dulu.

Harga belian IPP pun dia yang tolong congakkan selaku perunding kewangan. Rundingan dengan penjamin pun dia yang uruskan. Najib cuma sain jer. Peeeergh ! HIDUP YAHUDI !! Teriak orang Umno .....ngan orang Pas.

Tapi caj bank Yahudi ni tinggi sikitlah sebab dia yang uruskan semuanya. Dari jumlah pinjaman USD3.5 bil, Yahudi ni ambil USD302.50 juta atau 8.6%. Kos kewangan ini ditolak siap.

Takperlah kot .... masih ada dekat USD3.2 bil lagi. Bilion tuh ! Sapa nak bagi pinjam senang2 macam tu ? HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno ...... dan orang Pas.

So, Najib pun berlengganglah pergi bank nak sain kontrek sambil memuji2 bank Yahudi itu .....

TAPI ..... kata bank Yahudi itu, memanglah kita bagi USD3.2 bil sesudah tolak caj kewangan. Tapi kena tolak USD1.367 bil ( 39.1% )sebab nak bagi deposit kepada penjamin. Tanpa penjamin, 1MDB takkan layak nak dapat pinjaman sebanyak itu. Nama 1MDB hampeh ...

Maknanya, dari amaun 3.5 bil yang dipinjam, 1MDB hanya dapat 1.83 bil jer ( 52.3% ). Kalau guna contoh awal di atas tadi, kita buat pinjaman 1 juta, kita hanya terima 520 000 jer.

Pulak ..... TAPI, kata bank Yahudi itu lagi, namanya pun deposit, 1MDB boleh dapat balik !

Ooooooh.... OKlah kalau macam tu. Meh sini aku sain, kata Najib. HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno  ..... dan orang Pas.

TAPI ..... apa lagi ? 1MDB kena bagi option kepada penjamin untuk beli saham IPP yang 1MDB cadang nak beli tu. Bukan free, penjamin kena bayarlah ..... Oooooo OK, meh sini kontrek tu, aku nak sain.

Baik betul bank Yahudi itu kan ...... Punyalah orang Yahudi nak tolong sebuah negara Islam seperti Malaysia. Siapa sangka .... HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno ..... dan orang Pas.

Dipendekkan cerita, antara syarat nak senaraikan Edra, syarikat yang 1MDB tubuhkan untuk jaga IPP yang dibeli itu, tidak boleh ada sebarang tuntutan ke atas pemilikan Edra. Memang dari awal lagi plan nya nak senaraikan ( IPO ) Edra. So, kenalah dilupuskan Option yang diberikan kepada penjamin itu .....

Pulak .... kalau dah tahu dari awal lagi nak IPO, kenapa setuju dengan Option ? Entahlah .... masa nak sain tu mungkin tak terfikir ke tahap itu lagi. Duit nak masyuuuuuk, tak fikir panjang dah.

1MDB telah bayar USD1.968 bilion untuk tebus Option itu iaitu sebanyak 3 kali pembayaran - bulan Mei 2014 (USD250 juta), September 2014 (USD725 juta) dan Disember 2014 (USD993 juta).

Erk ! Gostan balik, gostan balik ..... dari jumlah 3.5 bil yang dipinjam, tolak deposit 1MDB dapat USD1.83 bil. Lepas bayar Option USD1.968 bil, maknanya 1MDB terkurang 0.138 bil atau USD138 juta ?

Pinjam 3.5 bil tapi akhirnya kena keluar dari poket 138 juta ?  Mana duit nak buat modal niaga ? Hutang USD3.5 bilion + bunga itu tetap kena bayar balik !

Read More / Baca Lagi >>

‘Susah pinggirkan PAS yang ada penyokong sanggup panjat pokok’

Posted: 14 Jul 2016 06:49 PM PDT

Dr Farouk Musa berkata selagi PAS bukan sebahagian blok pembangkang, susah tewaskan BN pada PRU akan datang.
Dr Ahmad Farouk Musa
PETALING JAYA: Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya Pakatan Harapan meminggirkan PAS, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata demikian kerana hingga ke saat ini, PAS mempunyai penyokong komited dan tegar.
"Tidak ada mana-mana penyokong parti di Malaysia yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong PAS.
"Mana ada orang akan panjat pokok kelapa untuk pasang bendera melainkan penyokong PAS dan mereka tidak lakukan itu demi wang," katanya.
Dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini, Farouk menjelaskan selagi pergelutan kerusi berlaku antara PH dan PAS, selagi itulah blok pembangkang tidak mampu menewaskan BN.
"Jika dilihat secara praktikal, tidak. Mustahil Amanah mampu membawa perubahan dalam PRU14.
"Bagi saya Umno akan terus kekal berkuasa dalam PRU14. Walaupun ia diadakan sekarang atau dua tahun lagi.
"Masa terlalu suntuk, dan selagi PAS berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Superman’ DAP lega keluar parti

Posted: 14 Jul 2016 06:47 PM PDT

Kuan Yau berkata, demi 'gambaran besar' DAP, beliau memutuskan keluar parti.
ew Kuan Yau
PETALING JAYA: Ahli DAP yang terkenal dengan jolokan 'Superman' hari ini mengumumkan keluar parti, susulan kenyataannya menyokong Beijing menuntut Laut China Selatan yang dikecam pelbagai pihak.
Hew Kuan Yau menjelaskan, demi 'gambaran besar' DAP, beliau memutuskan keluar parti dan keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri, bukan paksaan atau tekanan mana-mana pihak dalam parti.
"Saya berpendapat ini adalah satu kelegaan (untuk diri saya)," tulisnya dalam catatan terbaru di Facebooknya malam ini.
Tegasnya, beliau menolak tawaran parti untuk menurunkan beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada Mei 2014.
Sebaliknya, beliau memilih untuk membantu calon DAP melalui ceramah sebagai cara paling berkesan bagi menyumbang ke arah kempen perubahan demokrasi di Malaysia.
Kuan Yau berkata, masalah timbul apabila musuh politik sering memutar belit kenyataannya dan menjadikan pandangan peribadinya sebagai pendirian DAP.
Tambahnya, desakan musuh politik supaya jawatankuasa disiplin parti mengambil tindakan terhadapnya turut menimbulkan masalah kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin yang tidak bersetuju dengan pandangan politik serta cara beliau berceramah.
"Untuk menyelesaikan masalah ini sekali harung, saya percaya keluar parti adalah pilihan terbaik," katanya yang berterima kasih kepada kesabaran dan bimbingan Kit Siang sejak beliau menyertai DAP pada usia 19 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Tunggu dan lihat sejauh mana parti baru akan pergi- Shafie

Posted: 14 Jul 2016 06:45 PM PDT

Bekas menteri Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, pengkritik bebas untuk bercakap perkara buruk mengenai parti baru yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Biarkan mereka kata apa yang mahu mereka kata, mereka mempunyai kebebasan untuk bercakap apa sahaja," katanya selepas menghadiri mesyuarat Deklarasi Rakyat dipengerusikan Mahathir di Putrajaya hari ini.
Shafie berkata beliau akan "tunggu dan lihat" sejauh mana parti baru itu boleh pergi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan memperlekeh yang dibuat oleh bekas rakan-rakannya dalam Umno terhadap parti baru ditubuhkan bekas -bekas pemimpin parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam mendakwa Mahathir dan bekas pemimpin Umno adalah liabiliti kepada pembangkang, dan oleh itu mereka dipaksa menubuhkan parti baru.
"Saya ucapkan yang terbaik dan semoga berjaya kepada beliau. Berambuslah sampah," Nazri dipetik sebagai berkata oleh portal berita Free Malaysia Today.
Shafie, yang dipecat daripada jawatan menteri, memutuskan untuk keluar daripada Umno selepas dikenakan penggantungan.
Read More / Baca Lagi >>

Kita lihat apa yang parti baharu boleh tawarkan, kata Salleh

Posted: 14 Jul 2016 06:41 PM PDT


Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak "Kita lihat sahaja apa  parti baharu yang akan dibentuk dan pakatan baharu ini menawarkan kepada Malaysia," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Dalam blog terbaharu beliau bertajuk "Mahathir's last throw of the dice," Salleh berkata banyak parti dan pakatan baharu telah ditubuhkan dalam tempoh 65 tahun yang lalu sejak 1951.
"Ada sesetengah dapat bertahan sehingga sekarang sementara kebanyakannya telah berkubur.
" Kadang-kadang pengundi lebih suka kepada parti yang telah dicuba dan diuji daripada parti yang tidak diketahui dan belum diterokai,"katanya.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Pakatan pembangkang yang baharu itu turut disertai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebagai parti komponen.
Menurut Salleh, sebuah parti atau gabungan adalah semata-mata sebagai landasan atau jalan menuju ke akhir.
"Apa yang lebih penting ialah apa yang mereka harap untuk mencapai dan bagaimana mereka berharap untuk mencapainya.
"Senarai parti dan gabungan yang dibentuk dan kemudian berkubur begitu banyak sekali. Ia bukan setakat menubuhkan parti dan gabungan untuk memenangi pilihan raya," kata beliau.

Parti baharu: Kukuhkan peluang BN menang besar pilihan raya

Posted: 14 Jul 2016 06:39 PM PDT


Datuk Abdul Rahman Dahlan Datuk Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional (BN) menyifatkan pengumuman penubuhan parti baharu oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai proses demokrasi yang sihat.
Namun, Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia hanya akan melemahkan parti pembangkang dan mengukuhkan peluang BN untuk menang besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kami akan terus berjuang untuk prinsip dan perjuangan kita. Kami akan mempertahankan rekod kami.
"Kami sudah melalui tempoh sukar dan cabaran yang besar sebelum ini dan Alhamdulillah, kami mampu mengatasi setiap satu daripadanya," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Dr Mahathir semalam mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.
Pakatan pembangkang yang baharu itu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebagai ahlinya.
Abdul Rahman berkata BN akan mendekati orang ramai dan memberitahu mereka untuk tidak meletakkan kepercayaan kepada pakatan yang goyah dan diterajui seorang lelaki yang hanya mempunyai objektif untuk menjatuhkan perdana menteri sekarang, dengan apa cara sekalipun.
Beliau berkata gabungan itu tidak mempunyai agenda bersama untuk Malaysia.
"Apa yang mereka ada hanyalah 'hubungan bahaya' berdasarkan kekecewaan dan kegagalan yang amat sangat dalam memenangi hati rakyat. BN bercadang mematikan setiap langkah mereka.
"BN akan berdepan sesiapa sahaja, bila-bila masa dan di mana sahaja demi masa depan negara tercinta," katanya.

SEPERTI YANG DIJANGKA...

Posted: 14 Jul 2016 08:15 AM PDT


Ini kata Setiausaha Agung Pas....


Ini pula kata Ketua Dewan Ulama Pas...

Hmmm....nampaknya saranan baik Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai genjatan senjata dan perlunya menggembleng tenaga menumbangkan BN hanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Ramai Tahu Salah Tapi Susah Tolak Rasuah - Abu Kassim

Posted: 14 Jul 2016 08:11 AM PDT

Tubuh parti baru: Tunggu dan lihat, kata Shafie

Posted: 14 Jul 2016 08:09 AM PDT

Tidak terlewat untuk PAS pulihkan hubungan dengan Pakatan Harapan - Mahfuz

Posted: 14 Jul 2016 08:08 AM PDT

Tidak semestinya saya sebagai presiden, kata Tun M

Posted: 14 Jul 2016 08:06 AM PDT

Pakatan baru bukan untuk matlamat peribadi tegas Tun M

Posted: 14 Jul 2016 08:04 AM PDT


Jangan serang kami dan kami tidak serang, kata Tun M kepada PAS

Posted: 14 Jul 2016 08:03 AM PDT

Tun M Tak Terajui Parti Baharu

Posted: 14 Jul 2016 08:02 AM PDT

Comments (0)