Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


JANGAN PERKECIL PERANAN DR MAHATHIR, ‘HUSAM’ DEMI ‘SELAMATKAN MALAYSIA’...

Posted: 13 Jul 2016 09:37 PM PDT


"UMNO dan BN perlu berwibawa untuk membawa reformasi pemikiran dan tindakan politik yang jauh meninggalkan perjuangan mereka yang 'kecewa'...berjuang untuk rakyat dengan membuktikan siapa 'yang dekat di hati rakyat dan benar-benar mengambil berat soal rakyat'."
Jangan cepat melatah atau membuat spekulasi awal kalaupun benar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan parti baru.
Lihat dan dengar dulu apa kata 'orang tua itu'. Membuat kenyataan secara pra-pengumuman menunjukkan sikap penakut dan perasaan bimbang dengan berita itu.
Bukan Dr Mahathir yang kata beliau mahu tubuh parti baharu.
Kenyataan datang daripada pengikut setia Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang  mendedahkan bahawa terdapat rancangan untuk menubuhkan sebuah parti baru yang mungkin diterajui oleh bekas perdana menteri itu.
Dengan mengatakan Dr Mahathir perlu menubuhkan sebuah parti baru kerana pembangkang menganggap dirinya sebagai liabiliti, ia tidak membawa apa-apa kesan pun kerana perjuangan Dr Mahathir adalah bagi tujuan 'Selamatkan Malaysia'.
Apapun, kita juga mahu tahu apa itu selamatkan Malaysia. Selamat daripada apa dan siapa? Bukan sekadar isu rasuh dan penyelewengan, juga bukan sekadar kempen Anti-Najib.
Yang penting apa perjuangan parti itu untuk membanteras jenayah, tembak-menembak,  keamanan negara dan sebagainya. Bagaimana dengan dasar luar kita, ke arah mana?

Semalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyambut baik langkah itu kerana ia cara yang sah untuk menentang kerajaan secara demokrasi> Namun,  anggota Majlis Tertinggi UMNO itu yakin parti baru itu akan mencatatkan prestasi lebih teruk daripada bekas parti serpihan Umno Semangat 46.
Ini berdasarkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkembar bulan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Maknanya, tubuhlah parti apa pun, ia tidak akan mengguris UMNO atau BN sedikit pun.
Namun, beberapa persoalan boleh dilihat dalam penubuhan parti baru ini (jika benar berlaku).
Pertama,  siapa menjadi tulang belakangnya
Ramai mengatakan ia berkisar sekitar 3M - Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.
Namun, mungkin daripada 3M itu ia menjadi 'HUSAM', iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Seri Shafie Afdal serta 3M yang akan menjadi tulang belakang parti baharu itu.
Malah, Tun Dr Mahathir mungkin akan membawa mereka yang berpengaruh seperti bekas Menteri Pengangkutan. Tun Dr Ling Liong Sik.
Walaupun Nazri secara berseloroh tetapi memperkecilkan keupayaan pemimpin berkenaan dengan mengatakan:  "Muhyiddin akan jadi timbalan, Mukhriz sebagai ketua pemuda, (bekas Ketua Wanita Umno) Rafidah Aziz sebagai ketua wanita dan Khairuddin jadi budak bancuh teh, " pengaruh mereka tetap ada.
DR Ling mungkin masih berpengaruh di kalangan masyarakat Cina.
Kedua, kemasukan pemimpin parti tradisi, termasuk PKR
Mungkin juga akan ada pemimpin dari parti UMNO, PAS dan parti-parti lain, tidak terkecuali, PKR akan tertarik dengan gerakan Dr Mahathir ini.
Memang benar parti baru ini akan menjadi 'rumah baru' kepada mereka yang 'marahkan UMNO' tetapi tidakkah ini akan merugikan BN dalam konteks mendapatkan undi dalam pilihan raya?
Kenapa tidak ada usaha untuk 'memujuk' mereka agar undi tidak hilang?
UMNO boleh berbangga dan bermegah mempunyai tiga juta ahli tetapi bagaimana dengan undi untuk BN?
Kalaupun mereka menyertai parti baru ini, yang nyata mereka akan tetap bersama berjuang dalam Pakatan Harapan yang akan menjadi semakin membesar hasil gabungan parti baru yang akan ditubuhkan ini.
Pada ketika pemimpin UMNO mengatakan pembangkang sedang menghadapi masalah, mereka juga perlu 'lihat cermin' dalam BN sendiri.
Husam Musa...tidak berminat?
Jangan perkecilkan pengaruh Husam, bukan sahaja di Kelantan tetapi di kalangan 'golongan muda'.
Di pihak UMNO dan BN, basih banyak isu yang perlu diselesaikan antara parti, termasuk dalam isu 'pemberontakan ketua cawangan UMNO' kesan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie, selain isu RUU 355, kuasa autonomi Sarawak serta pembahagian kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
UMNO juga berdepan dengan krisis sendiri seperti berlaku di Terengganu, selain perlu memantapkan kedudukannya di Kedah, Pahang, Perak dan Sabah.
Ketika ini yang dilihat sedikit tenang ialah di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Sokongan NGO Kepada 'Selamatkan Malaysia'
Mungkin mereka tidak menyertai parti baru ini atas apa juga alasan. Namun jika mereka menyokong dan bersimpati dengan gerakan Dr Mahathir dan kumpulan 'HUSAM' itu, akan menyebabkan keadaan yang tidak baik untuk UMNO/BN
Perlu diingat bahawa NGO terdiri daripada kumpulan pekerja, belia, pelajar institusi pengajian tinggi, kumpulan anak seni, penulis, penggerak masyarakat, wanita, puteri dan pemuda serta agamawan adalah kumpulan yang merasakan mereka juga perlu layanan baik.
Sejauh ini UMNO dan BN dilihat tidak mendekati golongan ini dan mereka dibiarkan 'bertaburan'. Sedangkan mereka adalah tenaga penggerak penting masyarakat dan kumpulan 'pengundi muda'.
Suara mereka bagaikan tidak didengari oleh UMNO dan Barisan Nasional. Bagaimana jika mereka menyokong parti baru ini dalam pilihan raya?
Kumpulan Majoriti Senyap dan Maklumat Internet
UMNO dan BN mengharapkan media arus perdana dan cyber-trooper mereka untuk memenangkan hati rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

MAS tersungkur, AirAsia terus mara

Posted: 13 Jul 2016 09:33 PM PDT

MAS kini berada di kedudukan ke-34 di dunia manakala Air Asia mendahului kategori 'Tambang Rendah Penerbangan Terbaik Dunia'.
mas_airasia_win_600
PETALING JAYA: Malaysia Airlines Berhad (MAS) sungkur 10 tempat manakala AirAsia terus maju dua langkah dalam senarai Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2016.
Di sebalik pelbagai usaha pembaik pulihan yang dilakukan terhadap MAS baru-baru ini, syarikat penerbangan itu jatuh ke kedudukan 34, lapor New Straits Times.
Air Asia pula meningkat naik dari kedudukan ke-25 kepada 23 sekali gus mendahului kategori "Tambang Rendah Penerbangan Terbaik Dunia" menewaskan pesaingnya Virgin Amerika dan Norway yang kini berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing.
AirAsiaX menduduki tangga keenam serta memenangi "Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat Terbaik."
MAS, pada tahun lalu menerima Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Christoph Mueller yang membuat rombakan besar-besaran melibatkan $1.56 bilion yang termasuk membuang 6,000 kakitangannya serta menggugurkan laluan yang tidak menguntungkan.
Dalam temu bual pada awal tahun ini, Mueller mengesahkan syarikat penerbangan itu telah menunjukkan kemajuan dengan mencatat keuntungan pada bulan Februari, hasil bulanan positif yang pertama sejak beberapa tahun.
Bagaimanapun anugerah yang diumumkan pada Selasa di Farnborough Airshow menunjukkan sebaliknya.
Keputusan anugerah yang sama juga menyaksikan Emirates Airlines mendahului senarai mengambil alih kedudukan pemenang tahun lalu, Qatar Airways.
Singapore Airlines menurun daripada tempat kedua pada 2015, ke tempat ketiga.
Anugerah ini memberi tumpuan kepada pengguna industri penerbangan dunia dan turut dikenali sebagai Anugerah Pilihan Penumpang.
"Ia adalah tanda aras global kecemerlangan syarikat penerbangan dan penghargaan kualiti yang paling didambakan dalam industri.
Read More / Baca Lagi >>

Maruah siapa ditangan Jho Low?

Posted: 13 Jul 2016 09:32 PM PDT

Maruah siapa ditangan Jho Low?
Terjumpa video ini yang dimuatnaik lebih kurang 10 bulan yang lalu, pada Sept 2, 2015. Persoalan yang diutarakan didalam rakaman ini amat jelas tetapi kita masih ternanti-nanti akan penjelasan dari pihak yang terlibat.

Skandal derma dalam akaun peribadi dan 1MDB kini telah berkembang berlipat kali ganda dari setahun yang lalu. Jumlah wang yang disyaki hilang atau disonglap oleh orang-orang yang kita kenali juga telah bertambah mencecah puluhan billion ringgit.

Wayang kulit politik semakin rancak tetapi penjelasan akan perkara pokok masih belum ada. Siapa yang mencuri?

Kenyataan-kenyataan lawak jenaka bersifat putar belit dari balaci politik yang berniat untuk mengelirukan bukan penjelasan yang ditunggu rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu yang begitu mementingkan maruah bangsa.



Orang Melayu yang risau akan maruah dan harga diri bangsanya amat berharap agar pemimpin Melayu yang menghadapi siasatan antarabangsa berhubung tuduhan salahguna kuasa, pengubahan wang haram, pembohongan jenayah, mencuri, khianat dan beberapa kesalahan jenayah lain akan 'come clean' atau membersihkan diri dengan membiarkan dirinya disiasat dan diadili.

Orang Melayu yang benar-benar risau akan maruah serta harga diri bangsanya pasti mengharapkan agar pemimpin MELAYU, yang menyebabkan tercemarnya nama Melayu, membersihkan namanya menerusi proses perundangan yang termaktub dibawah perlembagaan negara.

Pemuda pemudi Melayu yang benar risau akan tercemarnya maruah bangsa dan negara yang pemerintahannya ditunjangi orang Melayu pasti gundah gulana dengan pelbagai siasatan antarabangsa yang amat memalukan.

Pemuda pemudi Melayu yang berpendidikan dan bermaruah dengan jatidiri yang masih utuh tahu akan punca skandal 1MDB yang kini hangat diseluruh dunia.

Melayu yang celik, yang benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara dan tidak mudah disogok pasti sedar akan malapetaka yang dibawa Melayu yang bergelar pemimpin. Semakin ramai Melayu yang celik dan mereka ini tidak mudah diperbodohkan dengan slogan dan sentimen membuta tuli.

Walau segala bentuk media perdana dikongkong, pembesar dan ilmuan dikunci mulut, yang tidak rela bersubahat diugut dan diaibkan, Melayu yang celik tahu antara yang haq dan batil.

Percubaan untuk mengelirukan rakyat, khususnya orang Melayu beragama Islam akan berterusan dengan hasutan membakar semangat bangsa dan penyalahgunaan agama demi kepentingan peribadi dan untuk melepaskan diri. Melayu yang celik tidak bodoh.

Read More / Baca Lagi >>

‘Tugas besar Amanah: kikis tanggapan hudud itu wajib’

Posted: 13 Jul 2016 09:31 PM PDT

Soalnya, apakah Amanah mempunyai kekuatan intelektual menepis tanggapan salah masyarakat Islam di Malaysia mengenai hudud
Ahmad Farouk Musa
PETALING JAYA: Sebagai parti yang membawa identiti "demokrat Islam", Parti Amanah Negara (Amanah) perlu jelas pendiriannya mengenai hudud, malah perlu mendidik umat Islam negara ini undang-undang itu bukan keutamaan Syariah dan agama.
"Fokus utama adalah mendidik masyarakat kerana sekarang ini rakyat obses dengan hudud. Mereka menganggap hudud salah satu aspek dan kehendak Syariah," kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, dalam satu temu bual dengan FMT.
"Jika Amanah boleh mendidik masyarakat ia (hudud) bukan suatu keperluan, dan berhujah kenapa dan mengapa ia perlu dilakukan, saya fikir Amanah akan berjaya," katanya.
Dr Farouk mempersoalkan sama ada parti yang kurang setahun ditubuhkan itu mempunyai kekuatan mendidik masyarakat tentang perkara sedemikian.
"Jika sekadar meletakkan 'maqasid syariah' sebagai objektif dan akhirnya tetap mahu melaksanakan syariah dan negara Islam, mereka tidak ada beza dengan PAS," kata Dr Farouk, pakar kardiotorasik dan pensyarah kanan di Universiti Monash, Sunway.
Ujarnya, seiring dengan imej yang cuba diketengahkannya, "Muslim demokrat", Amanah harus mencontohi Parti Ennahda di Tunisia atau setidaknya menjadi seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki.
"Apa yang perlu dilakukan Amanah untuk terus kekal pada masa hadapan dan relevan adalah bukan mempakejkan semula parti itu sebagai generasi kedua parti politik Islam, tetapi sebagai Muslim demokrat," jelasnya.
Katanya, ia tidak cukup dengan slogan "maqasid shariah" (keutamaan untuk keadilan sejagat) yang sering digunakan pemimpin Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Islam untuk orang berakal

Posted: 13 Jul 2016 09:29 PM PDT

Menjadikan alasan sesuatu riwayat itu benar kerana ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam Bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat.
Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya. Bahkan, banyak riwayat dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak sahih.

Dalam kitab-kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Tidak boleh semuanya dipercayai.

Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah-kisah itu. Benar seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
"Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan".

Katanya juga: "Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka.

"Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum Muslimin".( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Dalam kitab-kitab hadis banyak hadis yang palsu. Para ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima.

Bahkan para sarjana hadis telah bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit dari selainnya.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H):
"Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala.

"Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah".(Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, ms 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)

Dalam membaca bahan sejarah juga demikian. Bukan semua yang ada dalam buku sejarah itu boleh dipetik tanpa menyemak sanad dan matannya.

Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) sendiri mengingatkan hal ini pada mukadimah kitabnya:
"Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. "Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku".(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai' al-Turath al-'Arabi).
Manhaj sejarahwan Islam

Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah 'Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarahwan Islam terutamanya al-Tabari:
"Para ahli sejarah Islam telah menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan apa yang sahih daripada yang sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

TI-M: Sekarang masa terbaik ubah status laporan audit 1MDB

Posted: 13 Jul 2016 09:27 PM PDT

Ekoran pendedahan Sarawak Report mengenai apa yang didakwanya sebagai sebahagian daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, Transparency International-Malaysia (TI-M) merasakan sekarang adalah masa yang terbaik untuk mengubah status laporan berkenaan.
Justeru, Presiden TI-M, Akhbar Satar berpendapat, adalah aneh jika laporan tersebut terus dirahsiakan.
"Laporan audit itu menjelaskan beberapa kebenaran, jadi mengapa teragak-agak dan enggan membiarkan kebenaran terserlah?" tanya beliau.
Keadaan ini berlaku walaupun kerajaan berulang kali menafikan sebarang salah laku dalam skandal 1MDB dan menafikan dakwaan oleh pelbagai pihak sebelum ini sebagai tidak benar, kata Akhbar.
"Kelewatan dalam mengubah status laporan itu akan menyebabkan orang ramai membuat andaian sebarangan terhadap 1MDB termasuk isu-isu pengurusan kewangan syarikat, urus niaga yang meragukan dan amalan rasuah yang akhirnya mungkin tidak benar," katanya.
Dalam terus mempersoalkan sebab-musabab laporan itu diletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akhbar tertanya-tanya sama ada kerajaan mahu menyembunyikan sesuatu daripada orang ramai.
"Jika demikian, ia boleh dianggap sebagai penyalahgunaan OSA," katanya.
Mengubah status laporan berkenaan akan membolehkan kerajaan membuktikan kepada orang ramai ia adalah telus, bertanggungjawab dan tiada apa yang hendak disembunyikan, katanya.
"Lagipun, laporan audit ini adalah atas arahan Perdana Menteri sendiri yang mahukan Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB," kata Akhbar.

Laporan 1MDB hanya rahsia masa prosiding PAC

Posted: 13 Jul 2016 09:25 PM PDT

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengajukan soalan kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menjadikan laporan Audit Negara mengenai 1MDB sebagai rahsia.
Pua bertanya demikian kerana menurutnya, kedua-dua ketua audit negara dan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhasrat laporan itu diumumkan selepas dibincangkan oleh jawatankuasa berkenaan.
Semalam Puad berkata bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin silap untuk menyalahkan Najib berhubung klasifikasi laporan itu di bawah OSA, sedangkan ia adalah atas permintaan ketua audit negara sendiri.
"Saya ketawa kuat apabila saya membaca komen yang dibuat oleh Puad.
"Pertamanya, ketua audit negara hanya secara khusus meminta laporannya diklasifikasikan ketika ia sedang dibincangkan oleh PAC.
"Beliau memberitahu PAC bahawa terpulang kepada PAC untuk menyiarkan laporan ketua audit negara setelah siap laporan PAC sendiri," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin sendiri memberitahu media pada 7 Mac, bahawa laporan audit persekutuan mengenai 1MDB tidak akan lagi diklasifikasikan sebagai rahsia negara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) apabila PAC membentangkan hasil penemuannya di Parlimen."
"Oleh itu jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya tidak boleh dipersalahkan kerana enggan mengklasifikasikan semula laporan ketua audit negara itu, jadi siapa?" tanya Pua.
Beliau berkata laporan PAC dihasratkan untuk dibentangkan bersama-sama dengan laporan audit secara keseluruhan, dan oleh itu membuat banyak rujukan kepada maklumat di dalam dokumen berkenaan.
Oleh itu, kata Pua, kenyataan berasingan menteri Multimedia dan Komunikasi, Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa tidak ada keperluan untuk laporan ketua audit negara diakses oleh orang awam sedangkan laporan PAC telah pun dibentangkan, adalah "tidak masuk akal".
"Prosiding PAC bergantung hampir sepenuhnya kepada penemuan laporan ketua audit negara untuk perbincangannya, untuk membuat kesimpulannya dan cadangannya," katanya.
Malah, tambah Pua, apa yang anggota PAC faham ialah laporan ketua audit negara akan dibentangkan bersama dengan laporan PAC untuk memberikan gambaran yang lengkap dengan fakta dan angka yang terperinci kepada Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA BANDINGKAN PARTI BARU TUN M DENGAN SEMANGAT 46? MENGAPA TIDAK DENGAN PKR ATAU PAS?

Posted: 13 Jul 2016 09:23 PM PDT

Seperti terpercik nada kebimbangan serta kegusaran,  walaupun tidak dinyatakan secara langsung, apabila beberapa pemimpin UMNO memberikan reaksi berhubung  penubuhan parti politik baru oleh Tun Mahathir Mohamad yang dijangka dimuktamadkan dalam waktu terdekat ini.

Ismail Sabri Yaakob cuba mengingatkan Tun Mahathir mengenai nasib parti Semangat 46 yang tidak mampu bertahan lama dan akhirnya semua pimpinannya kembali semula ke pangkuan UMNO.

Nazri Aziz pula seolah-olah menyindir dengan menafsirkan bahawa hasrat menubuhkan parti baru itu menunjukkan Tun Mahathir tidak diterima untuk menyertai mana-mana parti pembangkang sedia ada.

Jika benar parti baru yang ditubuhkan oleh mana-mana bekas pemimpin UMNO tidak mampu bertahan lama, bukankah ia sesuatu yang seharusnya menggembirakan UMNO?

Sepatutnya, biarkan saja ia ditubuhkan dan tidak perlu diperingatkan apa-apa kerana akhirnya hanya menjadi suatu pemburuan cita-cita Tun Mahathir yang tidak kesampaian ke mana-mana.

Tetapi, benarkah semua parti baru yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO atau serpihan parti itu tidak mampu bertahan lama atau tidak berupaya menyaingi UMNO?
Bagaimana jika parti baru inisiatif Tun Mahathir yang turut disertai oleh bekas pemimpin UMNO lain yang dipecat dan kemudian bergabung dengan Pakatan Harapan, ia kemudian mampu menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang?

Kenapa sejarah Semangat 46 saja yang selalu diambil sebagai contoh untuk mengingatkan kegagalan menubuhkan parti-parti baru?

Apakah Tun Mahathir tidak sedar mengenai perkara itu?
Read More / Baca Lagi >>

Bimbang BN kembali, PAS Selangor sokong seruan damai

Posted: 13 Jul 2016 09:21 PM PDT

Iskandar mahu satu formula dicari bagi memastikan persefahaman pembangkang pada pilihan raya akan datang.
Iskandar Abdul Sama
PETALING JAYA: PAS Selangor menyokong gesaan timbalan presiden parti itu supaya pembangkang berhenti berbalah dan menumpukan usaha menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad turut bersetuju dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang BN akan meraih keuntungan sekiranya pembangkang terus bertelagah sesama sendiri dan gagal mencapai persefahaman pilihan raya bagi memastikan satu-lawan-satu dengan BN.
"Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan realiti politik tersebut.
Jika suasana hari ini berlarutan kemungkinan Barisan Nasional akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang," kata Iskandar, exco negeri Selangor yang juga naib presiden PAS.
Semalam, Tuan Ibrahim menyeru diadakan "gencatan serangan" di kalangan pembangkang supaya fokus dialihkan kepada menumbangkan BN.
"Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini.
"Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah arah TV3 bayar Nizar ganti rugi RM200,000

Posted: 13 Jul 2016 09:20 PM PDT


Datuk Seri Mohamad Nizar JamaluddinDatuk Seri Mohamad Nizar JamaluddinMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) supaya membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana memfitnahnya berhubung laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni berkata, jumlah ganti rugi itu merangkumi ganti rugi teladan dan keterlaluan. Bagaimanapun tiada arahan mengenai kos.
Keputusan hari ini dibuat oleh Timbalan Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli.
Antara lain, Fitri memberitahu pemberita, jumlah ganti rugi itu juga mengambil kira status Nizar ketika itu sebagai bekas menteri besar.
Pada 26 Februari 2014, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan oleh Nizar dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini seperti dilaporkan.
Mahkamah Rayuan turut memerintahkan TV3 membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Nizar selain mengarahkan agar taksiran ganti rugi dibuat di Mahkamah Tinggi.
Nizar selaku pihak plaintif memfailkan saman berhubung penyiaran berita mengenai isu nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor yang dimenangi melalui proses bidaan berjumlah RM520,000.
Pada 12 April 2013, Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman RM50 juta oleh Nizar dengan alasan TV3 dan Penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah selaku pihak defendan berjaya membuktikan pembelaan mereka berdasarkan kewajaran dan ulasan saksama dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Nazri tidak mengenang budi, jangan angkuh, kata Khairuddin

Posted: 13 Jul 2016 09:19 PM PDT


Terlalu awal untuk  Nazri (kiri)  buat sebarang komen rambang dan jangan terlalu yakin, kata KhairuddinTerlalu awal untuk Nazri (kiri) buat sebarang komen rambang dan jangan terlalu yakin, kata KhairuddinAhli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dianggap sebagai seorang pemimpin yang tidak mengenang budi, apabila mendakwa sekiranya wujud parti baru disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad liabiliti kepada pembangkang.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ketika Nazri berkhidmat di bawah pemerintahan Dr. Mahathir tidak pernah beliau membantah terhadap bekas perdana menteri itu.
"Nazri Aziz manusia yang tak tahu kenang budi. Tun Dr Mahathir lah yang mengacukan karier politiknya.
"Saya hairan kenapa dulu tak mahu tegur Tun kalau mantan PM ini tidak betul? Kenapa selepas puluhan tahun baru nak kata Tun itu tak betul dan ini tak betul?" soalnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai akan wujud parti baru di bawah kepimpinan Dr Mahathir tetapi kewujudan parti baru itu dikatakan oleh Nazri sebagai liabiliti kerana pakatan pembangkang tidak sehaluan dengan gerakan yang diketuai Dr. Mahathir.
Bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Nazri juga dipetik membayangkan barisan kepimpinan parti baru itu kelak.
Katanya Mahathir akan menjadi presiden, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi timbalan. Manakala Datuk Seari Mukhriz adalah Ketua Pemuda,Tan Sri Rafidah Aziz Ketua Wanita, dan Khairuddin akan menjadi budak bancuh teh.
"Mulut Nazri aziz lebih pantas dari akalnya memikir. Dia angkuh dan  akan cakap melulu ikut sedap mulut saja tanpa berfikiran waras.
"Saya sendiri pun tak tahu menahu mengenai perancangan Tun nak tubuh parti baru tapi Nazri dah boleh buat pelbagai andaian rambang yang tidak berasas.
Read More / Baca Lagi >>

Pas diminta istiqamah mahu kompromi, jangan buat 'U-turn'

Posted: 13 Jul 2016 09:19 PM PDT


Tuan Ibrahim cadang genjatan senjataTuan Ibrahim cadang genjatan senjataTawaran Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar pembangkang membuat genjatan senjata dan bekerjasama semula dengan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional diterima dengan penuh kesyukuran namun timbul juga keraguan tentangnya oleh pemimpin Amanah.
Mereka bimbang, ia bukan sikap sebenar Pas tetapi hanya segelintir pemimpin Pas sahaja dan akan berlaku U-Turn semula selepas ajakan ini.
Ketua Komunikasi Amanah, Khalid Samad ketika mengulas meminta Pas menentukan siapa kawan dan siapa lawan dahulu dan bertanya apakah Pas akan istiqamah dengan keputusan itu.
"Sebelum membuat keputusan, kita nak tahu siapa musuh siapa kawan yang dimaksudkan dan kita minta Pas istiqamah dengan keputusan dan jangan buat U-turn pula nanti.
"Selepas itu kita boleh bincang. Jika tidak kita tidak ada masa nak layan," kata Khalid.

Doa siang dan malam
Bagi Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad, kenyataan Tuan Ibrahim ini sememangnya diharapkan menjadi sikap Pas dan istiqamah dengannya.
"Inilah yang saya doakan siang dan malam agar marhabbah di antara kita kembali bertaut walaupun di atas parti yang berbeza," kata  Dzulkefly kepada Malaysia Dateline.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah perlu jelas pendirian hudud dan demokrat Islam, kata IRF

Posted: 13 Jul 2016 09:18 PM PDT


Datuk Dr Ahmad Farouk MusaDatuk Dr Ahmad Farouk MusaParti Amanah Negara (Amanah) perlu jelas pendiriannya mengenai hudud, malah perlu mendidik umat Islam negara ini undang-undang itu bukan keutamaan syariah dan agama jika parti itu membawa identiti sebagai 'demokrat Islam'.
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, dalam satu temu bual dengan FMT seperti dilapor hari ini, mempersoalkan sama ada parti yang kurang setahun ditubuhkan itu mempunyai kekuatan mendidik masyarakat tentang perkara sedemikian.
"Fokus utama adalah mendidik masyarakat kerana sekarang ini rakyat obses dengan hudud. Mereka menganggap hudud salah satu aspek dan kehendak Syariah.
"Jika Amanah boleh mendidik masyarakat ia (hudud) bukan suatu keperluan, dan berhujah kenapa dan mengapa ia perlu dilakukan, saya fikir Amanah akan berjaya,"katanya.
"Jika sekadar meletakkan 'maqasid syariah' sebagai objektif dan akhirnya tetap mahu melaksanakan syariah dan negara Islam, mereka tidak ada beza dengan Pas," kata Dr Farouk, pakar kardiotorasik dan pensyarah kanan di Universiti Monash, Sunway.
Ujarnya lagi, seiring dengan imej yang cuba diketengahkan, "Muslim demokrat", Amanah harus mencontohi Parti Ennahda di Tunisia atau setidaknya menjadi seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki.
"Apa yang perlu dilakukan Amanah untuk terus kekal pada masa hadapan dan relevan adalah bukan mempakejkan semula parti itu sebagai generasi kedua parti politik Islam, tetapi sebagai Muslim demokrat," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Inilah Malaysia ku... Ditadbir oleh menteri2 yang bodoh lagi bangang..

Posted: 13 Jul 2016 08:43 AM PDT

MENTERI : Kalau ayam naik harga, jangan beli ayam TAPI BELI DAGING PULA.

MENTERI : Kalau ayam naik harga, UBAH SELERA KEPADA MENU LAIN.

KPDNKK : Ayam naik harga KERANA SAKIT KERONGKONG

Kalau lepas ni harga daging lembu atau kambing naik, rakyat dah tahu dah kenapa. Terima kasih pak2 menteri & KPDNKK.

Nafsu makan sajakah yang perlu dikawal ?

Posted: 13 Jul 2016 08:41 AM PDT


'NAFSU LAIN' bagaimana pula ?

'NAFSU terhadap duit, 'NAFSU membeli-belah, 'NAFSU laki-bini bermewah, 'NAFSU membazir, 'NAFSU beg tangan dan 'NAFSU jet adalah antara cabang nafsu yang jauh lebih merbahaya serta memudaratkan berbanding nafsu makan ketika Aidil Fitri.

Kenapa tak beri nasihat sama mengenainya?

Janganlah berpilih-pilih memberi nasihat !!

Pemimpin MELAYU-Umno paling jujur mengaku makan dedak..

Posted: 13 Jul 2016 08:39 AM PDT


Bila 'ISLAM' dijadikan benteng selindung bagi penyamun & penyangak...

Posted: 13 Jul 2016 08:36 AM PDT


JANGAN CURI DUIT ORANG !!!

Posted: 13 Jul 2016 08:35 AM PDT

INGAT pesan Perdana Menteri paling bersih dari rasuah..

Pembangkang perlu insaf, perjuangan sebenar untuk selamatkan Malaysia - Azmin

Posted: 13 Jul 2016 08:16 AM PDT

Azmin berkata, PKR boleh menyediakan ruang perbincangan buat semua parti pembangkang, badan bukan kerajaan dan individu yang komited kepada agenda perubahan, termasuk PAS.
azmin-pakatan-harapan
PETALING JAYA: Semua parti pembangkang perlu kembali ke meja rundingan bagi merangka sekurang-kurangnya satu pakatan kerjasama menjelang pilihan raya umum akan datang untuk menentang Umno-BN.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, perpecahan di kalangan pembangkang hanya akan menguntungkan Umno-BN sebagaimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.
"Kita harus insaf bahawa perjuangan kita yang sebenar adalah untuk menyelamatkan Malaysia dan musuh kita yang sebenar adalah Umno-BN.
"Sekiranya kita gagal, kita akan mengkhianati harapan diberikan rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kepentingan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk tujuan itu, PKR menawarkan diri bagi menyediakan ruang perbincangan buat semua parti pembangkang, badan bukan kerajaan dan individu yang komited kepada agenda perubahan, termasuk PAS.
Menteri Besar Selangor itu menyambut baik saranan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama sendiri dan kembali bersatu menentang musuh pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

SETUJUKAH HADI AWANG DAN HARON DIN DENGAN GENJATAN SENJATA? ATAU SAMPAI MASANYA TUAN IBRAHIM JADI PRESIDEN PAS?

Posted: 13 Jul 2016 08:14 AM PDT

Menjelang penubuhan sebuah parti politik baru oleh Tun Mahathir Mohamad yang dijangka akan diputuskan dalam waktu terdekat ini dan seterusnya akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, saranan Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti-parti pembangkang melakukan genjatan senjata sesama sendiri dan menggembleng tenaga untuk menumbangkan BN, memang sesuatu yang tepat pada masanya.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas itu jelas menggambarkan kefahamannya yang sebenar mengenai peranan parti-parti pembangkang ketika berhadapan dengan permasalahan yang semakin kronik dalam negara yang dipimpin oleh Najib Razak sekarang ini.

Keinginan bersatu dan menggembleng tenaga menumbangkan BN itu juga adalah  hasrat sebenar majoriti ahli-ahli Pas di seluruh pelusuk negara yang telah ditarbiahkan sejak sekian lama.
Lantaran itu, tidak mengejutkan lontaran idea Tuan Ibrahim itu pantas mendapat sokongan daripada PKR dan DAP, bahkan jika ia benar-benar merupakan hasrat rasmi Pas, Amanah juga pasti tiada halangan untuk seia sekata dengannya.

Apa pun, Tuan Ibrahim kini seolah-olah sedang menunjuk jalan sebenar yang harus dilalui oleh Pas dalam mengisi perjuangannya.

Jika genjatan senjata ini merupakan langkah permulaan kepada saling bermuhasabah di kalangan semua parti-parti pembangkang, ditambah dengan kehadiran parti baru yang diterajui oleh Tun Mahathir dan kemudian dapat menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh untuk melawan BN, ia pasti sesuatu yang bermakna untuk rakyat serta negara dan barangkali ucapan "bye bye"  sudah boleh diucapkan kepada Najib dan semua menteri-menteri 1MDB yang ada sekarang.

Cuma persoalannya, di sebalik saranan baik Tuan Ibrahim itu, beliau hanyalah pemimpin nombor dua dalam Pas dan bukan penentu kata putus parti itu?
Read More / Baca Lagi >>

Sivamurugan Pandian: Pakatan Rakyat boleh wujud semula?

Posted: 13 Jul 2016 05:35 AM PDT

 Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM - Sukar mendapat sokongan pengundi Melayu tanpa Pas, mungkin menjadi penyebab DAP menyatakan keterbukaan bekerjasama dengan parti Islam itu untuk mewujudkan kembali Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, keikhlasan DAP dapat dilihat bergantung kepada pihak mana yang perlu 'berkorban'.
"Mungkin DAP ada agenda sendiri apabila mendapati tanpa Pas sukar untuk mereka mendapat sokongan pengundi Melayu.
"DAP juga berharap dapat kukuhkan kedudukan untuk bentuk kerjasama yang jauh lebih baik. Tapi, ia bergantung kepada pihak mana yang perlu 'berkompromi'," katanya.
Beliau berkata, sukar untuk melihat DAP dan Pas duduk semeja, melainkan wujud kerjasama atau kolaborasi dalam dua gabungan berlainan.
"Mungkin satu gabungan antara DAP, PKR dan Amanah dan satu satu lagi gabungan antara PKR dan Pas.
"Untuk berada dalam pakatan sama, agak mustahil kerana pemimpin utama Pas dah kata, kerusi adalah maruah, tak boleh dikorbankan dan perjuangan parti mereka perlu dihormati," katanya.
Menurutnya, sebelum ini Pas berkompromi dengan bergerak lebih kepada pembentukan negara berkepentingan, bukan negara Islam seperti diinginkan.
"Kita lihat Pas sudah berkompromi. Tapi selepas 2013, terjadinya percakaran antara pemimpin atasan kedua-dua parti.
"Jadi untuk kembali semula kerjasama seperti sebelum ini, siapa yang sanggup untuk berkompromi dan berkorban semata-mata untuk lahirkan satu blok yang jauh lebih baik?" katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, gabungan Pakatan Harapan akan berterusan hingga PRU14, namun selepas PRU, keadaan akan berubah jika Pas masih tiada dalam pakatan tersebut.
"Jika Pas buat keputusan terus bertanding sendirian, lambat laun Pas Selangor juga kena ikut keputusan tersebut.
"Jadi kalau Pakatan Harapan bentuk kerajaan, Pas tidak akan ada dalam kerajaan," katanya.
Menurutnya, setakat ni agak sukar untuk Pas dan DAP bekerjasama semula tetapi mereka punya masa untuk merubah pendirian.
"Pakatan Harapan memerlukan Pas dalam parti gabungan kerana itu DAP berpendapat PR harus diwujudkan semula.

DAP: Baling 'wang neraka' maksud ugutan bunuh

Posted: 13 Jul 2016 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan membaling 'wang neraka' bukan sahaja merupakan satu tindakan yang tidak menghormati adat resam masyarakat Cina, malah merupakan satu tindakan 'intimidasi jenayah' kerana ia membawa maksud ugutan untuk membunuh seseorang, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook.

Oleh itu, beliau mendesak supaya pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya bertindak dengan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur demontrasi ganas yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Ketua Gerakan Merah Ali Tinju.

Jelasnya lagi, tindakan yang dilakukan kumpulan tersebut turut mengancam keselamatan pemimpin-pemimpin DAP dan kakitangan Ibu Pejabat DAP memandangkan  ini merupakan insiden kali kedua selepas Razlan mungugut untuk membakar bangunan Ibu Pejabat DAP pada tahun 2014, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa yang diambil terhadap beliau.

"DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan demonstrasi ganas dan berunsur ugutan yang dilakukan oleh ahli-ahli Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP semalam.

"Demonstrasi tersebut yang diketuai oleh Mohd Razlan bukan sahaja berunsur ugutan tetapi menggunakan pendekatan melampau dengan membaling 'wang neraka' ke arah wakil DAP (kakitangan Ibu Pejabat DAP, Chu Yoon Ming) yang menerima memorandum daripada mereka.

"Tindakan membaling 'wang neraka' bukan sahaja merupakan satu tindakan yang tidak menghormati adat resam masyarakat Cina, malah merupakan satu tindakan 'intimidasi jenayah' kerana ia membawa maksud ugutan untuk membunuh seseorang.

Beliau berkata demikian selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju hari ini.

Semalam, seramai 200 ahli Umno Wilayah Persekutuan dan Gerakan Merah merempuh anggota polis untuk memasuki perkarangan Ibu Pejabat DAP bagi menyatakan bantahan terhadap Ahli Parlimen Taiping (DAP) Nga Kor Ming yang memuat naik gambar pemberian duit raya sebagai 'Dedak' di media sosial minggu lalu.

Gerakan yang diketuai Mohd Razlan, mula berarak sejauh satu kilometer dari Ibu Pejabat Umno Cheras menuju ke Pejabat DAP di Jalan Pudu.
Read More / Baca Lagi >>

YDP Rantau Panjang Saman Syarikat PAS ?

Posted: 13 Jul 2016 05:29 AM PDT

Oleh Husam Musa


Pagi ini saya di Mahkamah Tinggi KB - untuk menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.
Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum ini, saya dituduh memberikan keterangan secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya.

'Mahkamah' parti telah mencampuri Mahkmah keadilan?

Saya bercadang memaklumkan perkara ini kepada YA Hakim.

YA Hakim, atas sesuatu urusan, menangguhkan pendengaran kepada jam 3 petang ini.
Sementara kes ini didengar pagi ini, Mahkamah yang sama mendengar dua kes yang tidak kurang menarik.

Satu, kes YDP Pas Rantau Panjang, Abe Tah memfailkan injunksi ke atas syarikat Galeri Tani yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.

Seingat saya, antara pemilik Galeri Tani ialah Dato Abdul Halim A Rahman, bekas TMB Kelantan dan Dato Mustafa Ali, bekas SUA Pas.

Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan ekar.

Katanya, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.

Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan?

Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?

Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?

Kalau Mokhtar Senik memeningkan diri dengan pejabat Adun Salor yang sememang dari asal lagi milik persendirian bekas Adun Semangat 46, mungkin elok ditanya kedudukan Galeri Tani yang nilainya lebih mahal.

Adakah Pas akan memecat Abe Tah kerana mendakwa orang kuat Pas?

Kedua, kes KPK menyaman kontraktornya sejumlah RM 3 juta. Kontraktor berkenaan menyaman balas KPK atas dakwaan gagal membayar kerja-kerja kontrak berjumlah RM 12 juta.
Read More / Baca Lagi >>

DAP ucap terima kasih kepada pihak polis, mohon tindakan tegas terhadap provokasi ganas

Posted: 13 Jul 2016 05:25 AM PDT


KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Pihak polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap tindakan ganas berbaur ugutan melampau yang dilakukan individu tertentu dalam kekecohan yang berlaku di perkarangan Ibu Pejabat DAP semalam.
reportDalam perhimpunan itu, kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii itu bukan sahaja bertindak kasar terhadap polis malah bertindak melakukan provokasi perkauman dengan membaling "wang neraka" ke arah wakil DAP yang menerima memorandum daripada kumpulan itu.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook, berkata kegagalan polis melakukan pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan itu akan menyebabkan kumpulan tersebut semakin berani untuk bertindak diluar batasan undang-undang.
Malah katanya ini bukan kali pertama demonstrasi ganas dilakukan oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP.
"Pada tahun 2014, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan juga bertindak ganas dan mengugut untuk membakar bangunan Ibu Pejabat DAP," ujar beliau.
Bagaimanapun kata Anthony, walaupun Mohd Razlan dan enam orang lagi ditahan polis untuk siasatan, tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadap tertuduh sehingga kini.
"Ramai pemimpin Pakatan Harapan termasuk saya sendiri telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman walaupun semua demonstrasi yang dianjur atau disertai oleh kami adalah demonstrasi aman dan langsung tidak ada sebarang ugutan.
"Kekebalan pihak UMNO dalam perkara ini hanya akan menguatkan persepsi umum bahawa terdapat 'double standard' dalam penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan terpilih di negara kita," kata Anthony yang turut mengucapkan penghargaan kepada polis yang bertindak pantas mengawal keadaan semalam.
Satu laporan polis telah dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap individu yang bertindak liar dan ganas dalam perhimpunan semalam oleh pegawai Ibu Pejabat DAP Chu Yoon Ming berikutan ancaman yang diterima.
Laporan polis itu menyebut, selain ditengking dengan kata-kata kesat, beliau telah dibaling dengan "wang neraka" dan kata-kata "Mati DAP".
Read More / Baca Lagi >>

DAP tak mahu Umno ‘mati’, cukup sekadar mampu muhasabah

Posted: 13 Jul 2016 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: DAP sama sekali tidak mahu 'Umno mati' tetapi mahu parti itu bermuhasabah dan berubah supaya Malaysia mampu menjadi negara demokratik yang normal dan baik.
Ia bagaimanapun hanya mampu berlaku jika Umno ditewaskan dalam pilihanraya sekurang-kurangnya sekali, sekaligus membetulkan semula halatuju  Malaysia daripada menjadi negara yang gagal kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
"DAP tak pernah minta 'Umno mati'. Saya tidak pernah dengar sesiapa atau parti politik mahupun sebarang organisasi yang mahu Umno jadi begitu," kata beliau mengulas insiden ganas di perkarangan Ibu Pejabat DAP semalam.
Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya 100 individu diketuai Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii telah berhimpun di perkarangan Ibu Pejabat DAP dekat sini untuk menghantar memorandum, namun keadaan bertukar liar apabila beberapa individu membuat provokasi berbaur ugutan.
Menurut Kit Siang, jika Umno tewas, ia mampu bertahan dan memperbaharui dirinya daripada pihak yang hanya menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin Umno dan kroni sahaja, kepada parti yang benar-benar menjaga kebajikan orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
"Saya tidak percaya bahawa Umno begitu lemah sehingga boleh menyebabkan mereka lenyap jika tewas dan terpaksa keluar dari Putrajaya dalam pilihanraya nanti," katanya.
Kenyataan ini terbukti berdasarkan pengalaman pertukaran kuasa yang telah dilalui oleh parti-parti politik di banyak negara setelah berdekad-dekad memegang tampuk pemerintahan yang akhirnya menjadi pemacu kepada pengembangan dan pertumbuhan negara tersebut seperti Taiwan, Korea Selatan dan India.
Mengetahui hakikat itu, pemimpin-pemimpin Umno terpaksa menggunakan penipuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu dengan mengatakan kuasa orang Melayu akan terhapus dan Melayu akan merempat di negara sendiri jika Umno tewas.
"Realitinya, apa yang pasti, orang Melayu samasekali tidak akan kehilangan kuasa politik walau apapun yang berlaku terhadap Najib dan Umno dalam pilihanraya akan datang," tegasnya.
Merujuk kepada statistik populasi di Malaysia tahun 2010, populasi kaum Melayu meningkat sebanyak 55.07 peratus, Cina berkurangan sebanyak 24.34 peratus, kaum India mencatat penurunan 7.35 peratus, Bumiputera bukan Melayu kekal pada 11.94 peratus manakala 1.3 peratus etnik lain.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)