Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:02 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SIAPA PENGKHIANAT - YANG MERAHSIAKAN ATAU YANG MENDEDAHKAN?

Posted: 11 Jul 2016 09:28 PM PDT

Untuk kali ketiganya Salleh Said Keruak bersuara lagi mengenai pendedahan bersiri Laporan Audit 1MDB oleh Sarawak Report, di sebalik semua menteri dan pemimpin UMNO yang lain nampaknya "sudah letih"  untuk terus membela dan mempertahankan syarikat pelaburan paling bermasalah yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak itu.

Kali pertama bersuara, Salleh meminta polis menyiasat bagaimana kebocoran itu boleh berlaku dan barangkali kerana tidak berapa puas hari disebabkan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar  mahu menentukan ketulenan laporan itu terlebih dahulu sebelum memulakan penyiasatan, beliau kemudian bersuara untuk kali kedua dengan mengatakan Sarawak Report cuba memperdaya orangramai berhubung pendedahannya itu.

Tidak puas hati lagi,  mungkin kerana Sarawak Report terus menerbitkan tulisannya mengenai laporan audit itu yang boleh dibaca dengan meluas walaupun laman pendedah maklumat itu disekat oleh SKMM, untuk kali yang ketiganya, Salleh menyifatkan pula pendedahan itu berupa suatu pengkhianatan kepada negara.

Dalam hal ini, hampir betullah apabila Sarawak Report memanggil Salleh sebagai "Minister for Fun". 

Bukan saja Sarawak Report, tetapi rasanya rakyat juga turut "terhibur"  dengan telatah dan kelakuannya yang bagaikan "cacing kepanasan" asalkan dapat menunjukkan dirinya sebagai pembela Najib nombor satu.

Salleh seolah-olah gagal melihat kebenaran itu daripada aspek yang yang luas dan menyeluruh. Baginya, asalkan ia dilakukan oleh Najib, semuanya adalah benar dan betul belaka.
Read More / Baca Lagi >>

Macam mana nak siasat maklumat OSA 1MDB?

Posted: 11 Jul 2016 08:44 PM PDT


Ini cerita lawak. Tapi apa nak dihairankan? Malaysia dah jadi bahan lawak satu dunia.
Sarawak Report lapor maklumat yang ia dakwa dari Laporan Pengauditan 1MDB oleh Ketua Juruaudit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Laporan itu dah diserahkan kepada Parlimen tapi dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi salah kalau dedahkan kepada umum.
Kalau betul maklumat Sarawak Report itu daripada laporan tersebut, ia sudah langgar OSA dan boleh disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum penjara mandatori sehingga dua tahun.
Boleh jadi masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, arah Ambrin menentukan kesahihan laporan audit 1MDB pada 4 Mac tahun lalu dia nak sabotaj atau lengahkan penyiasatan ke atas syarikat yang dia sendiri kemudikan.
Dia mungkin sangka Ambrin akan bagi cap jari kepada akaun tersebut maka dengan itu bebaslah dia daripada disyaki seleweng berbilion-bilion ringgit duit 1MDB.
Jadi apabila laporan Ambrin itu bukan saja tak dihebahkan malah dikunci pula di bawah OSA jelaslah ada benda besar yang Najib tak mahu rakyat jelata tahu.
Soalnya, trompet beliau yakni Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dah kata laporan Sarawak Report kena disiasat untuk sahkan betul atau tidak.
Pekung di dada Najib
Ketua Polis Negara Najib pula, Tan Sri Khalid Abu Bakar kata dia akan tanya Ambrin.
Tapi macam mana dia nak tanya dan macam mana Ambrin nak jawab pasal laporan itu dah jadi dokumen 'super' sulit bawah OSA?
Katakanlah Khalid tanya dan Ambrin sahkan laporan Sarawak Report tu betul. Kita yang baca laporan Sarawak Report walaupun Salleh Said cuba sekat tahulah bahawa maklumat itu benar. Dengan itu lagi banyaklah pekung di dada Najib terdedah.
Tapi Ambrin boleh kata dia tak boleh jawab pasal laporan itu sudah diOSAkan.
Masalahnya kita yang baca berita arahan Najib kepada Ambrin 4 Mac tahun lalu dan laporan Sarawak Report tiga hari lepas boleh buat kesimpulan bahawa bila laporan Ketua Juruaudit Negara itu diOSAkan maka tentulah ada rahsia besar yang Najib dan konco-konco beliau nak sembunyikan.
Nak tangkap dan siasat Sarawak Report pun tak boleh pasal ia beroperasi di United Kingdom. Bukan tak cuba tapi tak berjaya!
Tahun lalu Khalid cuba tangkap pengarang Sarawak Report , Claire Rewcastle-Brown, tapi gagal apabila Polis Antarabangsa (Interpol) kata tak ada sebab nak tanggap perempuan orang putih itu.
Syusyah kan?
Kalau betul maklumat Sarawak Report itu dari laporan Ketua Juruaudit Negara, ia dah jadi cerita kong-kalikong.
Kita rakyat jelata Malaysia yang tak layari Internet tak tahu tapi orang putih yang jauh beribu batu tahu.
Balik kepada cerita zaman dulu kala. Orang Melayu tak tahu apa-apa. Dok tak dok orang putih dah jajah satu Malaya.
Boleh lagi kusut kepala Salleh Said. Dia sekat Sarawak Report dan blog tapi rakyat jelata yang celik komputer boleh baca juga. Mereka lompat kawat duri yang dia pasang.
Terima kasih kepada pembahas yang kongsi maklumat macam mana nak lompat atau runtuhkan tembok yang Salleh Said dirikan.

Datuk A Kadir Jasin

Muhyiddin soal balas: Siapa yang khianat, menteri?

Posted: 11 Jul 2016 08:42 PM PDT

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menyoal menteri yang menganggap pembocoran maklumat kerajaan berkaitan 1MDB sebagai pengkhianatan.

"Siapakah pengkhianat sebenarnya?

"Orang yang mendedahkan salah laku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat?

"Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara," katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak semalam memberi amaran keras susulan pembocoran maklumat berstatus sulit itu.
Mengulas dakwaan kebocoran ke tangan laman pembocor maklumat Sarawak Report, beliau berkata, keadaan membimbangkan kerana bukan hanya maklumat sulit dijual tetapi sebahagiannya didakwa diubah dan dipalsukan untuk mensensasikan isu.

Ingatan Muhyiddin buat PM yang 'lupa' janjinya

Posted: 11 Jul 2016 08:39 PM PDT

Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan bilion ringgit dalam urus niaga syarikat berkenaan.
Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan.
Ini termasuk kehilangan wang berjumlah AS$7 bilion (RM28 bilion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urus niaga 1MDB.
Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik.

Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan perdana menteri.
Perdana menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan.

Bagi yang mungkin terlupa akan janji perdana menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.
Beliau berkata, "adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan... sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB."
Kata Najib lagi, "Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi".
Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.
Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015.

Laporan interim terhadap pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.
Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat.

Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Harga naik kerana ayam sakit tekak?

Posted: 11 Jul 2016 08:08 PM PDT

Terdahulu, ada laporan menyatakan beribu-ribu ekor ayam mati akibat wabak tersebut sehingga menjejaskan 20 peratus pengeluaran ayam di seluruh negara.
kpdnkk_ayam_600
PETALING JAYA: Wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong yang menyerang ayam dikatakan antara punca harga bahan mentah itu naik pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan(KPDNKK) pula bertanggapan ia hanya spekulasi kerana belum ada sebab yang kukuh ekoran kenaikan harga ayam.
"Ia hanyalah spekulasi. Kita tidak pasti harga ayam naik sebab apa kerana pihak kita belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana peruncit berkenaan kenaikan harga ayam," kata Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmud lapor Bernama.
Apapun, kementerian bertegas pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana peruncit yang cuba mengaut keuntungan secara tidak munasabah apatah lagi sempena musim perayaan.
"Kita tunggu peruncit berikan fakta dan sebab mengapa mereka naikkan harga ayam. Kalau sengaja mereka naikkan, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka," katanya.
Sejak beberapa hari sepanjang minggu sambutan Hari Raya, pelbagai laporan diterima berhubung kenaikan mendadak harga ayam di seluruh negara.
Ayam didapati dijual pada harga RM10 sekilogram sejak Khamis lalu berbanding harga kawalan RM7.90.
"Buat masa ini KPDNKK sedang menunggu maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk mengesahkan perkara sama ada berlaku serangan penyakit kerongkong terhadap ayam-ayam," kata Ahmad Dahuri.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Kamarudin Mat Isa pula menafikan dakwaan Persatuan Penternak Ayam Selangor bahawa harga ayam naik disebabkan berlaku serangan wabak IB.
"Setakat bulan Julai ini, kami hanya mengesan enam insiden wabak IB dalam kalangan ayam komersial dan ayam kampung iaitu satu di Kedah dan lima di Perak. Jadi kematian ayam disebabkan wabak IB tidak setinggi seperti yang didakwa," katanya.
Terdahulu, persatuan tersebut dilapor mengakui beribu-ribu ekor ayam mati akibat wabak tersebut sehingga menjejaskan 20 peratus pengeluaran ayam di seluruh negara.
IB merupakan penyakit endemik yang disebabkan jangkitan virus yang boleh dikawal melalui suntikan vaksin.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin Cabar Najib Dan Keruak

Posted: 11 Jul 2016 07:55 PM PDT

This was sent to me by Datuk Khairuddin Abu Hassan. It is self explanatory. I have not edited anything.
SAYA CABAR NAJIB TUN RAZAK UNTUK BENTANGKAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA KEPADA KESELURUHAN RAKYAT SEKIRANYA TIADA UNSUR PENYELEWENGAN!!
Khairuddin Cabar Najib Dan Keruak
Najib tun razak jangan jadi bacul!! Kalau najib tun razak benar-benar berketurunan pahlawan bugis beliau harus mengambil pendekatan terbuka dan telus untuk membentangkan laporan ketua audit negara kepada keseluruhan rakyat di tanahair kita!!
Apa najib tun razak nak takut kerana selama ini beliau senantiasa mempertahankan kenyataannya bahawa tiada unsur salahlaku serta penyelewengan dalam kes skandal 1mdb!!
Dulu ketua audit negara kata status laporan ketua audit negara akan hilang status OSA apabila laporan PAC dibentangkan di parlimen!! Tetapi kenapa sehingga kini masih lagi mengklasifikasikan laporan ketua audit negara sebagai OSA??!!
Tolong bagi tahu menteri komunikasi dan multimedia malaysia yang amat bangang untuk sediakan satu slot 'air-time' penerangan melalui siaran rtm agar keseleruhan rakyat dapat mengetahui segala fakta-fakta dari laporan ketua audit negara!!
Saya cabar salleh tun said selaku menteri komunikasi dan multimedia untuk berdebat dengan saya melalui siaran terus menerus rtm mengenai tajuk kes skandal 1mdb ini!!
Kalau salleh tun said asyik 'menegak benang yang basah' dan hanya buat kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal mengenai kes skandal 1mdb; adalah lebih baik untuk beliau berdebat secara terbuka dengan saya dan biarkan 30 juta rakyat malaysia menghakimi siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong selama ini!!
Salleh tun said ini adalah pemimpin bangang kaki bodek minda lemah otak udang yang sanggup bersekongkol dengan unsur-unsur kemungkaran serta salahlaku rasuah demi untuk menjaga poket, perut dan pangkat beliau!!
Beliau ni cakap banyak tapi macam 'pot tin' kosong saja!! Kita ajak debat melalui siaran terus menerus program rtm sehingga kini tak berani pun!! Dia menteri nak takut apa untuk berdebat dengan rakyat marhein macam saya ni!!
Rakyat malaysia selaku pembayar cukai ingin mengetahui secara terperinci akan semua isi kandungan serta fakta-fakta di dalam laporan ketua audit negara!!
Kalau salleh tun said kata laporan oleh clare brown dari sarawak report tidak mempunyai asas kebenarannya; sudah tiba masa ketika yang sesuai untuk pihak kerajaan mengumumkan secara terbuka dan telus mengenai isi kandungan sebenar laporan ini!!
Orang tua-tua selalu kata berani kerana benar dan takut kerana salah!!
Read More / Baca Lagi >>

P'raya mengejut PP hanya ulangi kesilapan Pak Lah?

Posted: 11 Jul 2016 07:48 PM PDT

DAP mungkin akan beroleh undi simpati jika mengadakan pilihan raya tergempar dan memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai mangsa pendakwaan politik.

Bagaimanapun, adakah langkah itu benar-benar akan berjaya dan tidak tempang?

Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin berkata, pilihan raya mengejut boleh mendorong kemarahan pengundi menolak BN, kecuali di kalangan pengundi tegar Umno.

Pengarah Eksekutif t Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan pula berkata mungkin terdapat sedikit manfaat.

Bagaimanapun, bagaimana jika BN melakukan perkara sama jika terdapat pemimpinnya diheret ke mahkamah?

"Daripada aspek moral, DAP dan Pakatan Harapan, secara keseluruhan, akan sangat sedih jika Umno atau BN buat perkara sama jika seseorang pemimpin mereka disiasat pihak berkuasa," katanya.
Bagaimanapun, apa yang terjadi, kata Wan Saiful lagi, pendakwaan terhadap Lim tetap akan berlangsung seperti biasa.
Sementara itu, Ketua kluster politik, keselamatan dan antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Mohamed Mustafa Ishak pula memberi amaran bahaya mencampuradukkan politik dengan proses kehakiman.
Membandingkan dengan pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Mustafa berkata bekas perdana menteri itu telah membuat kesilapan dengan mengadakan pilihan raya mengejut pada 2008.

Kata Mustafa, ketika itu, beliau masih gagal memenuhi janji dan menyebabkan BN hampir tumbang.

Read More / Baca Lagi >>

PENGKRITIK 1MDB, NAJIB KECEWA APABILA ‘BALA BESAR 11 JULAI’ TIDAK MENJADI?

Posted: 11 Jul 2016 07:46 PM PDT

Semalam 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menyatakan persetujuannya terhadap permintaan timbang tara (RFA) yang difailkan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar).
Ramai yang menunggu kes ini kerana ia dianggap `BALA BESAR' sedang menanti kerajaan Malaysia, Kementerian Kewangan serta Perdana Menteri Malaysia.
Namun, ternyata BALA BESAR  itu tidak jadi 'membadai' dan lebih malang kepada penunggunya, bala itu ghaib entah ke mana.
Kesian sungguh kepada mereka yang berharap kes di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London ini boleh mendatangkan masalah segera kepada 1MDB dan kerajaan Barisan Nasional (BN)

Perdana Menteri boleh tidur lena, pengurusan 1MDB boleh tidur nyenyak dan pemimpin UMNO dan BN boleh meraya sakan. Tidak perlu risau!

Tidak ada apa yang akan 'membadai' dari London, sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika terdekat ini.

Cerita selepas ini letak di belakang, tunggu tba masanya. Bak kata pepatah Inggeris, 'I'll cross that bridge when I come to it.'
Walaupun demikian, kes ini sedikit sebanyak mencalarkkan maruah 1MDB dan kerajaan kerana ia disifatkan sebagai 'tingkah laku kerajaan dan MOF yang memburukkan lagi skandal peniuan yang kini disiasat oleh pelbagai pihak antarabangsa.
IPIC bertindak berikutan kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.
Kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 2015 (RNS Nombor 7064P), dikaitkan dengan pelbagai tuduhan salah laku dan penyelewengan 1MDB di serata dunia.
Pengkritik 1MDB melihat kes ini sebagai tambahan kepada masalah dan kemungkinan-kemungkinan beban yang akan ditanggung oleh kerajaan dan rakyat negara ini, apa lagi sekiranya IPIC menang dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.
Contohnya, PAS mahu kerajaan menjelaskan bagaimana ia bercadang membayar AS$6.5 bilion sekiranya 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF) gagal dalam kes timbang tara antarabangsa yang dikemukakan terhadap mereka oleh IPIC itu.
"Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?" soal Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) dalam satu kenyataan media.
Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan pertikaian melalui RFA dengan merujuk kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London, , langkah seterusnya ialah membuat persediaan untuk mesyuarat pengurusan kes  pada September.
IPIC dijangka akan mendaftar  kenyataan tuntutannya dan 1MDB pula kenyataan pembelaan diri,  sebelum kes dibicarakan, dijangka pertengahan tahun hadapan (2017).
Keadaan ini sudah pasti akan 'mengecewakan' pihak yang ingin melihat 1MDB berdepan dengan tuntutan besar dalam tempoh terdekat.
IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London pada 14 Jun lalu berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).
RFA dilaporkan amat prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak itu.
Demikian menurut IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, 14 Jun lalu.
IPIC bertindak berikutan kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima melalui tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.
Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA .
Read More / Baca Lagi >>

PRU14: Umno, DAP bakal menang besar

Posted: 11 Jul 2016 07:27 PM PDT

ISU Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah bersabit kesalahan rasuah bukanlah konsprasi politik bahkan tidak sedikit pun membawa faedah dari segi politik kepada Gerakan.
Sebaliknya, Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong meramalkan DAP berada dalam keadaan terbaik dan bakal memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU akan datang.
Ketika ditemubual oleh beberapa akhbar Cina, Mah berkata, hasil keputusan PRN Sarawak dan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada mulanya menunjukkan ada tanda-tanda pengundi Cina kembali member sokongan kepada BN.
"PRN Sarawak dan kedua-dua PRK memberikan semangat yang tinggi kepada BN dan Gerakan setelah BN memperolehi kemenangan yang menggalakan. Bagaimana pun, apabila timbul isu Guan Eng yang didakwa di mahkamah, pengundi Cina kini seperti kembali semula kepada DAP," katanya.
Mah berkata, Guan Eng yang menghadapi dakwaan di mahkamah tidak membawa sebarang keuntungan kepada Gerakan sebaliknya menjejaskan peluang kepada partinya untuk menang dalam PRU akan datang.
"Pulau Pinang adalah tapak yang penting bagi Gerakan. Kini sentimen rakyat Pulau Pinang tidak memihak kepada kami. Kami tidak memperolehi apa-apa kelebihan pun dari segi politik," kata Mah yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.
Mah berpendapat, PRU14 kemungkinan akan diadakan lebih awal dan sekiranya PRU14 diadakan sekarang, Umno dan DAP masing-masing akan mencapai keputusan yang memberangsangkan.
Namun, kata Mah, kemenangan besar yang dicapai oleh DAP pada PRU lalu tidak mampu menukar kerajaan seperti yang diidamkan parti pembangkang itu.
"Dalam PRU lalu, kira-kira 80 peratus pengundi Cina telah memberi sokongan kepada DAP sehingga parti itu mendapat 38 Ahli Parlimen dan Gerakan hanya dapat dua Ahli Parlimen.
"Apa DAP boleh buat setelah mendapat begitu ramai Ahli Parlimen? Kalaulah dapat 40 Ahli Parlimen sekalipun, apa DAP mampu lakukan?," tanya Mah yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti.
Mengenai peluang Gerakan dalam PRU14 di Pulau Pinang, Mah berharap pengundi di negeri itu dapat memberikan peluang kepada partinya bagi mengelakkan tiada wakil rakyat Gerakan di Pulau Pinang.
"Ketika kempen PRN di Sarawak baru-baru ini, DAP kata tidak boleh memberikan terlalu banyak kuasa kepada BN. DAP kata kepada pengundi Sarawak perlu sokong partinya untuk menghapuskan rasuah.
"Bagaimana pun, bila di Pulau Pinang, DAP pula cakap lain dengan berkata, "biarkan Gerakan dapat kosong kerusi di Pulau Pinang," kata Mah.
Read More / Baca Lagi >>

‘Pelik laporan audit 1MDB masih rahsia’

Posted: 11 Jul 2016 07:01 PM PDT

Boleh diterima laporan itu dirahsiakan sekiranya laporan PAC masih belum dibentangkan, kata peguam Hanif Khatri.
1mdb-1
PETALING JAYA: Seorang peguam kanan melahirkan rasa hairan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Mohd Hanif Khatri Abdulla berkata ia mungkin kerana laporan itu mendedahkan salah laku jenayah.
Katanya, sepatutnya ia tidak lagi dirahsiakan selepas hasil penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB selesai dan dibentangkan.
"Mungkin pada masa itu kita boleh terima kerana mendedahkan kandungan laporan audit pada masa PAC bersidang menjejaskan siasatan PAC.
"Tetapi di mana prejudisnya apabila PAC sudah sediakan laporan dan sebahagian laporan PAC sendiri merujuk kepada kandungan laporan Ketua Audit Negara.
"Bagaimanakah sekarang, laporan Ketua Audit Negara masih dikekalkan sebagai OSA?
"Bagi saya ini amat aneh sekali," katanya menerusi video dimuat naik ke Facebooknya semalam.
Laman Sarawak Report baru-baru ini mendedahkan apa yang didakwanya sebahagian salinan bocor laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
Sehubungan itu, Putrajaya menggesa polis menyiasat memastikan sama ada berlaku ketirisan dokumen rahsia di bawah OSA.
PAC mengadakan pendengaran mengenai kewangan dan pelaburan 1MDB tahun lalu, manakala Jabatan Audit Negara pula menjalankan siasatan ke atas kewangan 1MDB.
Laporan PAC mengenai 1MDB dibentangkan di Dewan Rakyat awal tahun ini, tetapi penemuan Ketua Audit Negara diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi dan tidak dibentangkan bersama laporan itu.

Theresa May PM baharu Britain

Posted: 11 Jul 2016 07:00 PM PDT

May merupakan perdana menteri wanita kedua Britain selepas Margaret Thatcher.
Theresa-MayLONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Theresa May akan memulakan tugas sebagai perdana menteri esok, selepas seterunya Andrea Leadsom mengundur diri daripada merebut kerusi yang dikosongkan David Cameron itu.
May, 59, menggantikan Cameron yang mengumumkan peletakan jawatannya sejurus selepas pungutan suara Britain memutuskan negara itu keluar dari Kesatuan Eropah, bulan lalu.
May dari Parti Konservatif merupakan perdana menteri wanita kedua negara itu, selepas Margaret Thatcher yang memimpin kerajaan selama 21 tahun.
May yang menyokong pengunduran Britain dari EU, atau Brexit, bertegas akan memastikan negara itu mematuhi keputusan pungutan suara 23 Jun itu.
"Brexit adalah Brexit, dan kami akan pastikan ia berjaya," katanya.
Cameron dijangka mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang terakhir hari ini, sebelum menjawab soalan di Parlimen dan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ratu Elizabeth.
"Petang Rabu, kita akan melihat perdana menteri baharu di dalam bangunan di belakang saya ini," kata Cameron di hadapan rumah kediaman rasmi perdana menteri di 10, Downing Street.

Tentera Indonesia sedia gempur Abu Sayyaf

Posted: 11 Jul 2016 06:57 PM PDT

Filipina sudah memberi lampu hijau kepada tentera Indonesia memasuki wilayahnya.
Jen-Gatot-Nurmantyo
PETALING JAYA: Indonesia sudah bersedia menghantar tentera dalam operasi menyelamatkan 10 rakyatnya yang diculik kumpulan bersenjata di Filipina, walaupun belum ada perjanjian jelas dengan Manila mengenai kaedah operasi tersebut.
Panglima Tentera Indonesia Jen Gatot Nurmantyo berkata pasukannya bersedia membantu Filipina dan Malaysia menyelamatkan tebusan daripada kumpulan Abu Sayyaf, lapor Jakarta Post.
Gatot berkata Filipina sudah memberi lampu hijau kepada tentera Indonesia memasuki wilayahnya.
Bagaimanapun, perincian operasi akan diputuskan kemudian.
Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dijangka bertemu rakan sejawatnya dari Filipina dan Malaysia hari ini bagi membincangkan kawalan keselamatan laut bersama.
Kebenaran bagi tentera Indonesia terlibat sama dalam operasi ketenteraan di Filipina juga akan diputuskan pada mesyuarat hari ini, kata Gatot.
Sabtu lepas, tiga warga Indonesia diculik di perairan Sabah ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan.
Ia merupakan kejadian kedua dalam tempoh kurang sebulan sejak penculikan tujuh rakyat Indonesia oleh dua kumpulan bersenjata dan dipercayai dikurung di sebuah pulau.

Timb Pengerusi PAC: Biar polis siasat kesahihan laporan Sarawak Report

Posted: 11 Jul 2016 06:53 PM PDT

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw menyerahkan kepada pihak berkuasa mengenai siasatan kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiarkan portal berpangkalan di London, Sarawak Report.
Beliau berharap siasatan itu kelak akan membawa keadilan berhubung kesahihan sebahagian kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
"Sekarang Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sumber laporan Sarawak Report. Kita pun tidak tahu sama ada sahih atau tidak laporan itu.
"Justeru, kita berharap wujudnya kedaulatan undang-undang ," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bagi memastikan sama ada benar atau tidak dokumen itu yang terdapat dalam laporan Audit Negara dan diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Menurut Seng Giaw, laporan Ketua Audit Negara kebiasaannya akan diumumkan.
Bagaimanapun, beliau percaya, ada pihak yang berusaha untuk mendapatkan laporan terbabit, meskipun belum disiarkan oleh Ketua Audit Negara.
Sementara itu, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin ketika dihubungi,  enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan tersebut.

Situasi di Perak seperti 2008, BN diambang kejatuhan?

Posted: 11 Jul 2016 06:34 PM PDT

Tindakan beberapa pimpinan BN Perak melepaskan jawatan di peringkat negeri merupakan bukti bahawa parti keramat itu di ambang kejatuhan.
Setiausaha Pemuda Amanah Perak, Safarizal Saleh berkata, peletakan jawatan Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Speakar DUN Negeri, Datuk Seri SK Devamany adalah petunjuk bahawa parti itu tidak dapat diselamatkan lagi.
Situasi di Perak seperti 2008, BN diambang kejatuhan?"Pemuda Amanah Perak melihat kekalutan yang sedang berlaku terhadap kepimpinan BN seperti peletakan jawatan Husni dan Devamany telah merencatkan BN Perak.
"Kedua-dua tokoh besar ini sanggup meninggalkan tugas besar mereka di Perak dan dalam masa sama menunjukkan krisis keyakinan rakyat kepada BN yang berada diambang kejatuhan seperti pernah berlaku pada 2008 lalu," katanya dalam kenyataan.
Akhir Jun lalu, Husni telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi BN Perak, Bendahari UMNO, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Menteri Kewangan Kedua.
Devamany yang juga Timbalan Presiden MIC pula melepaskan jawatan Speaker DUN Perak, susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas lanjut, rombakan dan perubahan tersebut amat memeranjatkan sekaligus menunjukkan betapa parahnya krisis kepimpinan dalam BN ketika ini.
"Persoalannya mengapa BN tidak mampu tunggu sehingga tamat tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 untuk melakukan perubahan, seolah-olah sudah kesuntukan masa untuk tetap melakukannya?," tegas beliau.

Kurikulum dan pentaksiran perlu seiring

Posted: 11 Jul 2016 06:22 PM PDT

Kini ramai ibu bapa melibatkan diri memastikan kerja rumah yang dibawa balik dari sekolah disemak sendiri oleh mereka.
sesi-pembelajaran
Oleh Azizi Ahmad
Ibu bapa, pendidik dan komuniti Malaysia sudah banyak kali menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing mengenai perkembangan pendidikan daripada peringkat awal kanak-kanak sehinggalah ke universiti.
Ramai menyuarakan sistem pendidikan sedia ada tidak dilaksanakan dan dijalankan dengan betul, telus, selaras dan sempurna. Dalam erti kata lain terdapat banyak kelemahan dan kekurangan yang melibatkan tenaga, usaha, masa dan kos.
Namun semuanya disangkal pihak atasan pendidikan dengan mengeluarkan kenyataan tahap pendidikan negara adalah antara terbaik dan terhebat di dunia bahkan ada negara lain mengakui dan menjadikan sistem pendidikan negara sebagai model untuk digunakan di negara mereka.
Para ibu bapa, pendidik dan guru turut menyoal jika apa yang dikatakan sebagai salah satu sistem pendidikan terbaik di dunia mengapakah cadangan menyusun semula silibus persekolahan pendidikan rendah dan menengah akan dijalankan tahun depan.
Sekiranya sistem pendidikan asas tidak dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan telus, tidak ada gunanya penyusunan semula sukatan pelajaran yang akan memberi manfaat kepada sesiapa saja.
Bahkan, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia Hashim Adnan pernah mengatakan 'cadangan penyusunan semula silibus adalah bencana kerana cadangan perubahan yang ingin dilaksanakan tersebut adalah keterlaluan'.
Kini ramai ibu bapa di negara ini melibatkan diri secara tidak langsung dengan memastikan kerja rumah yang dibawa balik dari sekolah disemak sendiri oleh mereka.
Kebiasaannya ibu bapa akan menyemak kerja rumah anak masing-masing selepas makan malam. Ini kemajuan yang memberangsangkan dan transformasi dalam sistem pendidikan.
Ketika ini, ibu bapa akan melihat kerja rumah anak dan akan turut membantu memahami dan membuat kerja diberikan, yang biasanya dalam bentuk lembaran kerja, (dan ada secara online) sambil melihat modul disediakan.
Tidak dinafikan ia melibatkan ibu bapa berkemampuan namun bagi yang tidak mampu untuk menyediakan kemudahan Internet tentu sekali usaha ini tidak akan menampakkan kesan.
Persoalannya, mengapa kerja dan usaha tambahan diperlukan di sini? Adakah kurikulum dan silibus mahukannya begitu? Dan tentunya bukan semua daripada 400,000 hingga 500,000 bilangan ibu bapa yang gembira dengan apa berlaku.
Pelaksanaan kaedah ini dikatakan sudah pun dimulakan dan meningkat mengikut peringkat umur persekolahan melalui kurikulum yang disediakan.
Namun semua ini menjadi semakin kontroversi, terutama apabila keputusan skor ujian atau keputusan pentaksiran kebangsaan dikeluarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Tol LPT2 sepanjang 184 km bermula Jumaat ini

Posted: 11 Jul 2016 06:20 PM PDT

Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor di Pahang hingga ke Kampung Gemuroh di Terengganu akan berkuatkuasa mulai jam 00.01 pagi, 15 Julai 2016.
"Keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 selepas sambutan hari raya Aidilfitri dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat," kata satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Perhubungan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
LPT2 telah dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Januari 2015.
"Kerajaan katanya, telah melantik Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT 2 Sdn. Bhd.) sebuah syarikat milik penuh Pojek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) untuk melaksanakan melaksanakan operasi, penyenggaraan, dan kutipan tol di lebuhraya tersebut." katanya.
Menurut kenyataan itu lagi terdapat sepuluh plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 berkenaan.

Orang nombor satu SPRM perlu sokongan meluas, kata badan pemikir

Posted: 11 Jul 2016 06:18 PM PDT

Ketua SPRM perlu ada integriti yang tinggi kerana tiada gunanya memilih seorang yang mempunyai rekod perkhidmatan tercemar atau diragui integritinya.
ramon-sprm
KUALA LUMPUR: Pendapat dan pandangan orang ramai perlu diperoleh berhubung pelantikan ketua pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan beliau mendapat sokongan meluas dalam usaha memerangi rasuah dengan lebih berkesan.
Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam di Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata sekiranya pandangan dan pertimbangan meluas orang ramai tidak dapat diperoleh ketika ini, pihak berkenaan perlu merujuk kepada jawatankuasa khas mengenai pencegahan rasuah Parlimen bagi mendapatkan kelulusannya.
"Jawatankuasa khas ini mempunyai tiga anggota Parlimen daripada kerajaan, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang dan ia dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara.
"Oleh itu, kewibawaannya amat tinggi dan ia perlu dirujuk sepenuhnya selain memberi pandangannya secara terbuka tentang pemilihan yang dibuat supaya rakyat lebih yakin terhadap ketua pesuruhjaya baharu SPRM," katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan mengundurkan diri pada 1 Ogos manakala timbalan beliau Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan bersara pada 3 Okt ini.
Navaratnam juga mengesyorkan beberapa kriteria yang perlu dipertimbang kerajaan untuk memilih ketua pesuruhjaya baharu SPRM termasuk individu berkenaan perlulah dilantik daripada kalangan warga SPRM sendiri dan bukannya dari luar.
Menurutnya orang dalam SPRM itu mestilah memiliki pengalaman luas, kecekapan, pengetahuan tentang operasi di peringkat lapangan dan mempunyai dedikasi tinggi setelah sekian lama terlibat dengan tugas memerangi rasuah.
Beliau berkata individu itu perlu memiliki kejujuran dan integriti yang tinggi kerana tiada gunanya memilih seorang ketua pesuruhjaya baharu tetapi mempunyai rekod perkhidmatan tercemar atau diragui integritinya.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi persoal kedudukan TH akibat petisyen muflis ke atas TH Heavy Engineering

Posted: 11 Jul 2016 06:17 PM PDT

Rafizi persoal kedudukan Tabung Haji selepas TH Heavy Engineering di petisyen muflisRafizi persoal kedudukan Tabung Haji selepas TH Heavy Engineering di petisyen muflis
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memulakan gelanggang lepas sambutan raya dengan mempersoalkan tentang petisyen muflis ke atas Tabung Haji Heavy Engineering yang diserahkan semasa cuti hari raya baru-baru ini.
"Cuti raya berakhir dan saya telah pulun berehat sepenuhnya dan In Sha Allah esok mula bertugas sepenuhnya.
"Perkara pertama yang saya akan tumpukan ialah kedudukan Tabung Haji berikutan beberapa perkembangan terkini yang ada risiko kewangan besar kepadanya bermula dengan petisyen muflis ke atas Tabung Haji Heavy Engineering yang diserahkan semasa cuti hari raya tempoh hari. Ada beberapa perkara lagi yang perlu pemantauan segera," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga akan tumpukan kepada soal pembiayaan pendidikan tinggi dan pendidikan secara umum.
"Selain itu, saya akan beri perhatian kepada isu-isu bersabit peluang pekerjaan yang adil kepada rakyat termasuk soal gaji yang adil," katanya.
Skandal 1MDB katanya, keliahatan tidak akan ke mana-mana walaupun lebih banyak pendedahan telah dibuat.
"Masa yang sibuk dan semoga kita diberi kekuatan untuk terus memilih jalan yang bebas dari rasuah dan penindasan walaupun ramai yang melihat itu jalan yang sia-sia," katanya.
Kata beliau, hakim kita bukanlah manusia tetapi Allah SWT yang menguji kita dengan semua perkara ini.
"Selamat kembali bergelumang dengan susah payah hidup di Malaysia yang kaya tetapi caca merba," ujarnya.

NAFSU LAIN MANA NASIHATNYA?

Posted: 11 Jul 2016 06:16 PM PDT


Nafsu makan sajakah yang perlu dikawal?

Nafsu lain bagaimana pula?

Nafsu terhadap duit, nafsu membeli-belah, nafsu bermewah, nafsu membazir, nafsu beg tangan dan nafsu jet adalah antara cabang nafsu yang jauh lebih merbahaya serta memudaratkan berbanding nafsu makan ketika Aidil Fitri.

Kenapa tak beri nasihat sama mengenainya?

Tentu ramai yang lebih teruja jika Najib, selain memberi nasihat agar rakyat mengawal nafsu makan, turut sama dapat memberi nasihat mengenai kawalan terhadap nafsu-nafsu yang lain itu.

Janganlah berpilih-pilih memberi nasihat!!

Selepas Batu Sapi, Umno Beluran bakal ucap selamat tinggal

Posted: 11 Jul 2016 07:31 AM PDT


Mohd Shafie ApdalMohd Shafie Apdal
Keputusan ahli Umno Sabah beramai-ramai meninggalkan parti itu ekoran pengumuman bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga anggota Parlimen Semporna, minggu lalu bertindak keluar parti.
Menurut sumber, tindakan ahli Umno di Beluran yang merupakan salah satu daripada 25 bahagian keseluruhannya di Sabah dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya minggu depan.
Difahamkan keputusan tersebut turut didorong rasa tidak puas hati pemimpin tempatan di Beluran terhadap penguasaan individu dari Kalabakan dalam projek membina jalan raya yang dikatakan bernilai RM30 juta.
Mengulas gelombang pengisytiharan keluar ahli Umno Sabah itu, Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berkata, fenomena tersebut mengulangi sejarah kejatuhan parti Berjaya yang tumbang di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985.
"Ini adalah permulaan kepada mitos yang Sabah kononnya adalah deposit tetap kepada Umno-BN. 'Fixed deposit' kini sudah bertukar menjadi 'fake deposit' atau deposit yang sudah tamat tempoh," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau memberitahu melalui maklumat daripada beberapa pimpinan Umno tempatan, teori domino yang bakal menyaksikan satu demi satu Bahagian Umno Sabah keluar parti bukan satu perkara mustahil.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno Kelantan dicabar bawa kereta sendiri pulang berhari raya

Posted: 11 Jul 2016 07:30 AM PDT


Sazmi Miah mencabar pemimpin pemimpin Umno mencuba sekali untuk merasai sukarnya penderitaan rakyatSazmi Miah mencabar pemimpin pemimpin Umno mencuba sekali untuk merasai sukarnya penderitaan rakyat
Bekas orang Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah mencabar pembesar-pembesar Umno Kelantan pulang berhari raya dari Kuala Lumpur ke Kelantan dengan memandu sendiri kereta masing-masing.
"Tak aci pakai drebar (pemandu), kalau nak bawa reporter boleh," tulis beliau pada status facebooknya.
Beliau yang memandu sendiri pulang beraya berkata terpaksa mengambil masa 12 jam dari Machang ke Kuala Lumpur berbanding tahun lepas 10 jam.
"Saya ingin bertanya Tok Pa (Datuk Mustapha Muhamad), Jazle (Datuk Jazlan), Nuar (Datuk Annuar Musa) dan pemimpin Umno lain berapa kali mereka merasai bawa kereta sendiri balik beraya di Kelantan," katanya.
Kalau hanya selalu "kot atah sokmo' (naik kapal terbang) katanya, tak payah bercakap besar berkenaan kesengsaraan rakyat yang terpaksa menempuh perjalanan ada yang sampai 20 jam.
Beliau mencabar pemimpin-pemimpin ini mencuba sekali untuk merasai sukarnya penderitaan rakyat.
"Kena cuba sekali barulah tahu garam tu rasanya masin atau pahit.
"Ini tidak hanya dengar orang lain saja merasa garam masin kita pun kata masin, ada yang kata pahit kita pun kata pahit," tulis belaiu dalam loghat Kelantan.
Beliau mencabar untuk para pemimpin ini pulang berhari raya tahun depan dengan memandu sendiri.
"Berayo tahun depe, bawak sendiri kereta, kelik rayo kelate, pastu kelik semula kolupo," katanya.

Badan Peguam: 'Pramatang' untuk Lim bercuti

Posted: 11 Jul 2016 07:29 AM PDT

Badan Peguam Malaysia hari ini berkata ia adalah "pramatang" untuk mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu mengosongkan pejabat sementara menunggu perbicaraan terhadap tuduhan rasuahnya.
Presidennya, Steven Thiru berkata ini bergantung bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan itu dan sama ada terdapat risiko Lim mengganggu bukti berkenaan ketika berada di pejabatnya.
"Dalam menghadapi pendakwaan, bukti-bukti adalah tidak menentu dan ia akan menjadi terlalu awal pada peringkat ini untuk secara tegas menyimpulkan sama ada Lim perlu kekal di pejabatnya," katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai contoh, beliau berkata, dokumen rasmi boleh disahkan dengan mengenalpasti saksi-saksi yang relevan dan mengurangkan risiko.
"Bagaimanapun, risiko tidak boleh diabaikan jika terdapat keperluan untuk keterangan saksi lisan - bebas atau sebagai tambahan kepada bukti yang terkandung di dalam dokumen-dokumen rasmi - dan para saksi yang berkaitan di bawahnya," katanya.
Beliau berkata tiada keperluan undang-undang bagi Lim untuk mengambil cuti, tetapi terdapat kes di mana penjawat awam berbuat demikian apabila dituduh dengan kesalahan jenayah untuk mengelakkan pengubahan bukti.
Lim pada 30 Jun didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kanun Keseksaan atas dakwaan rasuah berhubung pembelian sebuah rumah.

OSA lindungi elit bukan negara, kata peguam Dr M

Posted: 11 Jul 2016 05:16 AM PDT

Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah disalahgunakan untuk melindungi golongan elit dan bukan negara, kata peguam Haniff Khatri.
Haniff, yang bertindak selaku peguam kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menganggap kebocoran maklumat di bawah OSA sebagai pengkhianatan.
Ini merujuk kepada laporan ketua audit negara mengenai 1MDB yang diklasifikasikan sulit dan diterbitkan oleh laman pembocor maklumat Sarawak Report.
Haniff berkata dalam hal ini, laporan itu memetik laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenai 1MDB yang telah diumumkan.
Oleh itu tidak ada kebimbangan ia menjejaskan siasatan PAC ke atas 1MDB atau menjejaskan keselamatan awam.
"1MDB dimiliki oleh Perbendaharaan, yang menjawab kepada rakyat, jadi ia kepentingan negara dan rakyat untuk tahu mengenai laporan audit itu secara terperinci.
"Salah satu sebab yang mungkin laporan itu masih diklasifikasikan sulit adalah seseorang berpangkat tinggi terbabit dalam jenayah kes 1MDB - dan kita tidak boleh menolak persepsi ini," katanya dalam Facebook.
Salleh semalam mengeluarkan amaran terhadap kebocoran maklumat kerajaan yang ditumpukan oleh Sarawak Report berhubung laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB.
"Ia adalah membimbangkan bukan sahaja maklumat sulit telah dijual tetapi sesetengahya telah diubah atau dipalsukan dalam usaha untuk mensensasikan isu ini," dakwa Salleh dalam satu kenyataan di blog beliau malam tadi.
"Persoalan utama adalah apa lagi dan bahkan lebih banyak maklumat telah dijual yang kita tidak sedari. Dan ini yang meletakkan keselamatan negara dalam risiko dan ini adalah tidak lain daripada perbuatan khianat," katanya.

Isu aurat: Zaid lawan hukum Islam, bawa pemikiran liberal

Posted: 11 Jul 2016 05:12 AM PDT

Rakyat Kelantan mahu Islam, majoriti setuju arahan wajibkan tutup aurat, kalau tidak mereka tidak sokong PAS.
zaid-ibrahim-tutup-aurat
PETALING JAYA: Pemimpin PAS Kelantan membidas kenyataan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan usaha kerajaan negeri itu mewajibkan pekerja wanita menutup aurat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata usaha PAS Kelantan itu selaras dengan kehendak syariah Islam di mana wanita tidak dibenarkan mendedahkan aurat kepada masyarakat umum.
"Arahan menutup aurat ini kita lakukan sejak 1990, sekarang kita ingin memperkasakan dalam bentuk yang lebih harmoni.
"Sehingga kini tidak ada bantahan dibuat berhubung perkara itu. Kebanyakan menyambut baik, malah bukan Islam turut menyokong usaha kerajaan di bawah bidang kuasa PBT melibatkan premis berlesen itu," katanya kepada FMT.
Selain itu, katanya beliau mengalu-alukan Zaid datang ke Kelantan untuk berbincang dan mereka sedia berhujah berhubung isu itu.
Fattah pada masa sama turut membidas dakwaan Zaid kononnya Kelantan lebih mengutamakan isu menutup aurat berbanding isu lain, sekali gus mencabar beliau memberi bukti masalah lain yang tidak mendapat perhatian kerajaan negeri.
"Saya minta beliau sebut isu apa yang kita (kerajaan negeri Kelantan) tidak ketengahkan. Kita jaga semua, kita nak rakyat negeri ini selamat di dunia dan akhirat.
"Selagi kita boleh jaga rakyat kita jaga dan antara tempat yang kita boleh jaga ialah tempat berlesen," katanya.
Zaid sebelum ini berkata langkah Kelantan mewajibkan pekerja wanita Islam di restoran makanan segera dan pasar malam memakai baju berlengan panjang dan menutup aurat menunjukkan pentadbiran PAS di negeri itu terdesak.
Beliau juga menyifatkan peraturan itu tidak adil dan menyeru rakyat negeri itu membantah usaha tersebut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Nik Mazian Nik Mohamad berkata bantahan Zaid menunjukkan beliau sendiri melawan undang-undang Islam dan seakan-akan membawa pemikiran liberal.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya negeri bazir wang rakyat – Umno

Posted: 11 Jul 2016 05:11 AM PDT

Zainal Abidin berkata, kes dihadapi Guan Eng hanya melibatkan dakwaan salah laku ketua menteri itu sendiri, bukannya kerajaan negeri.
Penang-Umno-Chief-Zainal-Abidin-Osman
GEORGE TOWN: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan berikutan pertuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan tidak wajar dan pembaziran wang rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, kes dihadapi Guan Eng hanya melibatkan dakwaan salah laku ketua menteri itu sendiri, bukannya kerajaan negeri.
"Adalah tidak wajar berjuta-juta ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk mengadakan referendum hanya kerana Lim tidak mahu bercuti atau melepaskan jawatan ketua menteri walaupun sedang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.
"Kenapa Lim dan kerajaan negeri perlu mengheret rakyat dalam kes rasuah yang sedang dihadapi Lim sedangkan ruang dan peluang luas telah disediakan sistem kehakiman dan mahkamah negara untuk beliau membuktikan yang beliau tidak bersalah?" katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Zainal Abidin berkata demikian berikutan laporan di media sosial kerajaan DAP Pulau Pinang sedang mempertimbang cadangan membubarkan DUN ekoran tuduhan rasuah terhadap ketua menteri.
Zainal Abidin turut menyifatkan cadangan itu sebagai muslihat politik DAP dan Pakatan Harapan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kes rasuah itu.
"Pembubaran DUN lebih awal biasanya dilakukan oleh seorang ketua menteri yang sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap dirinya.
"Apakah ada kemungkinan Lim merasakan yang beliau sudah hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli DUN daripada Pakatan dan perlu membubarkan DUN?," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)