Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:53 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Surendran: Mengapa larang banduan bersentuhan dengan keluarga?

Posted: 10 Jul 2016 06:57 PM PDT

Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 tidak melarang hubungan terus semasa lawatan penjara, kata peguam PKR itu.
n-surendran-banduan-keluarga
PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan peraturan Jabatan Penjara yang melarang banduan bersentuhan dan mengadakan komunikasi secara terus dengan ahli keluarga yang melawat mereka di penjara.
"Menafikan sentuhan fizikal di antara banduan dan keluarga mereka merupakan sesuatu yang tidak wajar, keras dan menyebabkan trauma psikologi.
"Ia mendatangkan kesan buruk terhadap kedua-dua banduan dan keluarga mereka, terutama golongan muda," kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.
Surendran, yang juga seorang peguam, berkata larangan sedemikian tidak mempunyai asas perundangan.
Katanya, Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 juga tidak melarang hubungan terus semasa lawatan penjara.
Surendran mengulas program Pautan Ramadan di Penjara Kajang pada pagi Hari Raya pertama Rabu lalu, yang membenarkan seramai 50 banduan terpilih mendekatkan diri dengan ahli keluarga termasuk bersentuhan dan makan bersama.
"Salah seorang banduan dilaporkan tidak memeluk ibunya yang berkerusi roda selama enam tahun!" katanya.
Ahli keluarga biasanya hanya dibenarkan berkomunikasi dengan banduan melalui telefon dan dipisahkan dengan dinding kaca.
Surendran berkata Malaysia perlu mencontohi sistem penjara di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia yang membenarkan hubungan terus ahli keluarga yang melawat banduan.
Beliau berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu membenarkan hubungan terus semasa lawatan penjara demi keadilan dan peri kemanusiaan.

Kembalikan kedudukan Sarawak sebagai 'wilayah' bukan 'negeri'

Posted: 10 Jul 2016 06:56 PM PDT


Kedudukan Sarawak dalam Malaysia masih menjadi perbahasan pemimpin politik negeri.Kedudukan Sarawak dalam Malaysia masih menjadi perbahasan pemimpin politik negeri.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen meminta kerajaan BN memfailkan rang undang-undang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan supaya Sarawak dapat kembali kepada kedudukan asalnya sebagai sebuah wilayah.
Menurutnya, DAP bersedia menyokong pindaan berkenaan dan bersama Ahli Parlimen BN dan PKR, ia memerlukan lebih daripada majoriti dua pertiga meminda perlembagaan berkenaan.
"Kami dalam DAP sudah menjelaskan pendirian kami malah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sudah membuat pendirian bahawa DAP akan menyokong pindaan kepada perlembagaan bagi mengembalikan kedudukan Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan negeri dalam Malaysia.
"BN mempunyai 122 Ahli Parlimen (28 adalah dari Sarawak) manakala DAP mempunyai 38 Ahli Parlimen. Saya percaya PKR juga menyokongnya dan ini bermakna kita akan ada lebih daripada dua pertiga untuk meminda perlembagaan.
"Maka itu tidak perlu lagi bercakap, lakukan di dalam Parlimen," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Petra Jaya, dekat sini semalam.
Chong juga Ahli Parlimen Bandar Kuching mengulas mengenai seruan Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk merujuk kepada Sarawak sebagai sebuah wilayah dalam Malaysia dan bukan negeri di dalam persekutuan apabila berunding dengan kerajaan persekutuan mengenai penurunan kuasa.
"Pada mulanya di dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan asal, ia telah diperuntukkan bahawa Malaysia terdiri daripada empat wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.
"Bagaimanapun pada 1976, pindaan perlembagaan telah dibuat di mana klausa tersebut telah dipinda kepada 'Malaysia terdiri daripada 13 negeri iaitu…termasuk Sabah dan Sarawak dan satu wilayah'.
"Di sanalah status Sarawak sebagai sebuah wilayah telah diturunkan kepada negeri," kata Chong.
Manakala Karim juga ketika ditemu bual mengenai perkara itu menyifatkan saranan untuk merujuk kepada Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan negeri sebagai 'sangat subjektif'.
Sambil menyatakan perkara itu agak sensitif, beliau berkata ia adalah lebih penting untuk memberi tumpuan kepada hak Sarawak kerana ia adalah salah satu daripada pihak yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963.
"Tidak seperti negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu di Semenanjung Malaysia, mereka menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 sebagai satu entiti manakala Sarawak menandatanganinya sebagai satu lagi entiti, Sabah entiti lain selain Singapura.
Read More / Baca Lagi >>

Bangladesh haramkan saluran TV Zakir Naik

Posted: 10 Jul 2016 06:53 PM PDT

Dhaka juga akan memantau kandungan khutbah Jumaat bagi memastikan tiada ucapan provokasi dibuat.
zakir-naik-peace-tv
Kerajaan Bangladesh semalam mengharamkan saluran televisyen Peace TV yang dikendalikan Zakir Naik, susulan laporan ucapan "provokatif" pendakwah India itu memberikan inspirasi kepada beberapa anggota militan IS melancarkan serangan pengganas di sebuah restoran di Dhaka baru-baru ini.
Times of India melaporkan keputusan pengharaman Peace TV Bangla itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankuasa kabinet undang-undang dipengerusikan Menteri Industri, AAmir Hossain Amu.
Ia turut dihadiri beberapa menteri dan pegawai kanan keselamatan.
Mesyuarat turut membuat keputusan memantau kandungan khutbah Jumaat bagi memastikan tiada ucapan provokasi dibuat, kata Amu.
Ucapan Zakir menjadi tumpuan selepas didakwa menggalakkan militan IS yang menyerang sebuah kafe di Dhaka pada 1 Julai, menyebabkan 22 orang, kebanyakannya warga asing, terbunuh.
Zakir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terhadap beliau, dan memuat naik video mengutuk keganasan militan IS.
Katanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh mewajarkan pembunuhan orang tidak bersalah sebagai ajaran Islam.
"Al-Quran yang suci, Islam dan saya sendiri mengecam semua tindakan terrorisme yang melibatkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah," kata Zakir.
Sebelum ini, dilaporkan pengganas IS yang terlibat serang Dhaka turut mengikuti media sosial Zakir.
Zakir mempunyai lebih 14 juta pengikut di Facebook, dan lebih 200 ribu pengikut di Youtube.

Shafie belum putuskan hala tuju politik

Posted: 10 Jul 2016 06:47 PM PDT


Shafie ApdalShafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal belum memikirkan hala tuju kepimpinan politiknya selepas meninggalkan Umno Isnin lalu.
Demikian juga pada mana-mana tawaran yang mengajaknya menyertai parti pembangkang, beliau berkata, masih belum bersedia.
"Pada saat ini, saya belum ada apa-apa persediaan diri dari segi apa pun… yang penting untuk saya lihat keadaan ini (sokongan rakyat kepadanya)," katanya ketika ditemui Borneo Post selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan rumah beliau, di Semporna kelmarin.
Shafie mengulas tawaran Ketua Pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin yang mengalu-alukan beliau menyertai Pakatan Harapan atau mana-mana komponen parti pembangkang.
Beliau berkata, adalah penting baginya meneruskan perjuangannya kerana selama ini beliau bekerja membantu rakyat dan pembangunan negara.
Mengulas tentang sama ada beliau akan menarik balik keputusan beliau yang keluar parti seperti mana saranan pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Shafie menghormati saranan itu.
"Saya amat menghargai beliau sebagai rakan saya dalam perjuangan Umno dan saya pun telah memberi sumbangan kepada Umno tapi rasanya keadilan terhadap saya tidak telus," katanya.
Majlis itu dihadiri lebih 10,000 tetamu dari kalangan pemimpin dan rakyat dari dalam dan luar daerah.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Tanjung Chan Fong Hin, Adun Likas Junz Wong, Ahli Parlimen Sandakan Steven Wong dan Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong.

PERINGATAN dari ularmak besar negara..!!!

Posted: 10 Jul 2016 06:43 PM PDT


Klu korang tak pangkah BN dlm pilihanraya nanti abeslah akidah korang tak selamat..

Sifat2 munafik WAJIB ada pada pemimpin negara kita. Bohong & mungkir janji itu satu kemestian..

Posted: 10 Jul 2016 06:41 PM PDT

Hutang 1MDB pada akhir tahun 2015 RM40.4 bilion. TIBA-TIBA masuk tahun baru 2016 terus jadi RM50 bilion ??!!

Skandal 1MDB: Najib Takut Apa..???

Posted: 10 Jul 2016 06:39 PM PDT

Negara Bukan Islam : US, UK bentangkan laporan siasatan walau apapun, walau ia mengaibkan ketua kerajaan.

'Negara Islam' 1 Malaysia : Laporan Audit 1MDB terus dirahsiakan. Takut apa, Najib ??

Jika kamu benar, kamu tak akan takut sesuatu siasatan. Tapi jika kamu seorang PEMBOHONG, apa saja dan apa cara sekalipun kamu akan bendung...

JIKA kebocoran dokumen itu terbukti SAHIH, berani ker KPN & polis siasat sampai ke lubang cacing penyelewangan 1MDB itu !!!

Posted: 10 Jul 2016 06:36 PM PDT


Anggota 100 cawangan Sabah keluar Umno kerana Shafie

Posted: 10 Jul 2016 06:35 PM PDT

Seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap bekas naib presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pengumuman itu dibuat naib ketua Umno bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di Sandakan semalam, lapor Berita Harian.
Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Shafie sebelum ini tanpa dipanggil membela diri.
Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.
"Kami ambil keputusan ini kerana tidak setuju dengan tindakan MT Umno dan berikrar akan menyokong serta berjuang dengan Shafie," beliau dipetik sebagai berkata.
Shafie antara pemimpin lantang Umno yang terselamat daripada dipecat, seperti bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Beliau bagaimanapun kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Umno.
Sementara itu, ditanya sama ada perjuangan itu bersifat "Sabah untuk Sabah" atau menyeluruh, Pangiran Roslan berkata, ia berlandaskan "Sabah untuk Sabah".
"Penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin Umno peringkat Sabah terutama penyokong Shafie," katanya seperti dilaporkan harian itu.

Sanjeevan ditahan buat kali ke-7, kali ini bawah POCA

Posted: 10 Jul 2016 03:26 PM PDT

Aktivis anti-jenayah ditahan buat kali ketujuh dalam masa dua minggu
Sanjeevan_poca_600
KUALA LUMPUR: Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan ditahan buat kali ke tujuh, kali ini dibawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), menurut peguamnya.
S Prakash ketika dihubungi FMT berkata penahanan itu cukup membebankan buat aktivis berusia 32 tahun itu, tetapi "bagaimanapun, kami akan lalui prosedur dibawah POCA itu".
Polis dijangka membuat permohonan tahanan reman esok di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bawah Seksyen 4(1)(a) akta yang sama.
POCA membolehkan suspek jenayah ditahan tanpa bicara sehingga dua tahun.
Penahanan kali ke tujuh ini berlaku dalam tempoh dua minggu sejak mula ditahan 23 Jun lepas. Beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang sekitar 4.30 petang hari ini.
Bulan lalu, Sanjeevan mendakwa dia terima maklumat polis Bukit Aman sudah selesai menyiasatnya dibawah POCA, dan dia meramalkan akan ditahan dibawah akta itu.
Beliau percaya ia mungkin berkaitan dengan pendedahan pemerdagangan seks melibatkan sebuah spa di ibu negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pengorbanan Aidilfitri, jangan lupakan mereka di dalam sana

Posted: 10 Jul 2016 06:58 AM PDT

Bagi kebanyakan kita yang terpaksa bertugas pada Aidilfitri pasti ia pengalaman yang amat memeritkan. Masakan tidak, ketika orang lain bergembira di samping keluarga, kita terpaksa berkorban bagi menjalankan tanggungjawab diamanahkan.
BEBAS ANWARNamun, jangan kita lupa ada insan lain yang melakukan pengorbanan lebih besar daripada itu. Ketika kita bergembira meraikan hari lebaran bersama insan tersayang, mereka terpaksa meraikannya di sebalik tembok penjara.
Mereka ini sanggup berkorban, terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta demi menjadikan Malaysia ini lebih baik. Mereka mengimpikan Aidilfitri dan perayaan lain lebih baik pada masa akan datang. Mereka ini mengimpikan hari raya generasi akan datang lebih bermakna untuk semua.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kali pertama beraya di penjara tetapi sudah hampir 10 kali beraya di dalam jeriji besi itu.
Kali pertama beliau beraya di penjara ketika aktif sebagai aktivis pelajar dan ditahan di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1974 hingga 1976.
Kemudiannya, pada 1999 hingga 2004, ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau sekali lagi dipenjarakan akibat fitnah lantaran sikapnya yang enggan berkompromi dengan aktiviti rasuah yang semakin berleluasa dalam kerajaan ketika itu.
Selepas dua kali dipenjarakan, Anwar kekal istiqamah dengan pendiriannya menentang kebatilan. Akibatnya, pada 2015 sekali lagi beliau dihumban di sebalik tirai besi di Penjara Sungai Buloh.
Selain Anwar, turut meraikan Aidilfitri kali ini di dalam penjara adalah bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri yang dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun. Beliau dipenjarakan sejak Mac lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Apa ataukah Siapa yang mahu diselamatkan Salleh Keruak?

Posted: 10 Jul 2016 06:54 AM PDT

1. Kenyataan Menteri Komunikasi dan Mutimedia DS Salleh Keruak adalah amat mengecewakan umum. Menuntut supaya satu siasatan segera dan mendalam dibuat olih pihak Polis tentang kebocoran Laporan Ketua Audit Negara (AG) tentang 1-MDB, yang didedahkan Sarawak Report (SR) beberapa hari lalu, menyerlahkan sifat sebuah kerajaan yang terpisah dari rakyatnya dan sangat angkuh.
2. Sementara tumpuan rakyat mahukan campurtangan Majlis Raja-Raja bagi membolihkan Laporan AG itu didiklasifikasikan dari status dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA, 1972), supaya membolihkan pelbagai 'pendedahan celaka' (damning expose') dari SR itu disahtentukan (verification), tumpuan tuntutan Salleh Keruak ternyata tersasar.
3. Menteri tersebut mungkin perlu diperingatkan bahawa OSA, antara lain, bertujuan untuk mengelakkan perlakuan jenayah dan bukan untuk melindungi jenayah. OSA bukan Akta atau Undang-undang untuk pertahankan atau menyimpan rahsia pihak yang salah khasnya bagi pemegang jawatan awam, samada untuk melindungi menteri hatta perdana menteri sendiri.
4. Persoalan yang dituntut rakyat ialah apakah perihal strategik atau keselamatan negara yang akan terjejas lalu perlu diletakkan Laporan AG tentang 1-MDB itu sebagai dokumen OSA?
5. Kalaulah Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) tentang 1MDB yang dibentangkan di Parlimen lalu, sudah cukup sarat dengan pelbagai salah-laku, urusniaga kontroversi, pelanggaran pelbagai peraturan dan ketidakpatuhan tadbir-urus (governance), maka perihal pendedahan lebih detail tentang Laporan AG itu seperti didedahkan SR kini, pastinya lebih panas dan menjahanamkan (damning).
6. Maka apakah yang sebenar-benarnya dihebohkan dan digusarkan Salleh Keruak itu? Bukankah beliau sepatutnya turut menuntut pengurusan 1MDB untuk bertangungjawab tentang kehilangan dana sebanyak US$6.7bilion (RM26bilion) itu? Apakah maksud Salleh mempertikaikan tentang kedaulatan, integriti atau maruah wibawa negara yang terjejas akibat pendedahan Laporan SR itu?
7. Bukankah negara telah hilang wibawa dan maruah rakyat tercalar di kacamata masyarakat antarabangsa, sejak 'skandal rompakan 1-MDB terdahsyat kurun ini' atau "1-MDB: The Heist of the Century" mula-mula diberi tumpuan dan jolokan oleh media Barat seumpama "The New York Time" seawal Februari 2015 ?
8. Tidak ada jalan dan cara lebih baik untuk membaikpulih integriti dan kedaulatan negara di kacamata dunia, kecuali dengan menambahbaik fungsi institusi-institusi kritikal semak-imbang negara seperti SPRM, Parlimen, Judisiari-Peguam Negara dan badan-badan penguatkuasa seperti PDRM, BNM dan SPR.
Read More / Baca Lagi >>

15 Jam terkurung di balik tirai besi SPRM

Posted: 10 Jul 2016 05:31 AM PDT

Pada 29 Jun 2016, ketika saya sedang sibuk mempengerusikan mesyuarat Exco, saya tiba-tiba dimaklumkan bahawa wartawan portal berita telah hadir di pejabat saya seawal jam 9 pagi. Saya hairan dan bertanya sendiri, bukankah sidang media saya dijadual pada 12.30 tengahari? Barangkali pegawai saya tersilap.
lgemahkamah-650x340Saya menemui wartawan tersebut untuk memberitahu bahawa beliau datang terlalu awal, tetapi sebaliknya beliau memberitahu saya bahawa ibu pejabatnya telah menerima maklumat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan datang mencari saya pada hari tersebut. Saya mungkin berhadapan masalah pada hari itu, katanya. Meski sedikit terkejut, pejabat saya masih aman tenteram waktu itu. Apabila katanya maklumat tersebut didapati daripada ibu pejabat SPRM di KL, saya terus menyedari bahawa apa yang bakal berlaku adalah sengaja diatur untuk memperlihatkan saya sebagai watak jahat, untuk memalukan dan mengaibkan saya di mata umum.
Sambil kian ramai pengamal media berkumpul di anjung pejabat, saya menyiapkan diri dan emosi untuk berdepan keadaan paling buruk. Bahkan, saya sudah bersedia untuk apa yang bakal terjadi sejak awal lagi, dan hanya menanti saat dan ketika ia berlangsung.
Masa terus berjalan dan setiap saat berlalu tanpa sebaran tindakan oleh pihak SPRM. Sewaktu sidang media saya pada jam 12.30 tengahari ketika topik terowong dasar laut dibincangkan, tiada siapa yang peduli. Kemudian datanglah khabar angin bahawa SPRM akan 'menyerang' pada jam 3 petang. Semakin ramai wartawan tiba di pejabat pada jam 3. Namun tiada pun bayang kehadian SPRM.
Pada jam 5 petang, Setiausaha Sulit saya, Puan Farida Hani memaklumkan bahawa beliau telah dihubungi pegawai SPRM. Mereka sedang dalam perjalanan untuk menemui saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka boleh menunggu sehingga selesai mesyuarat exco sebelum berjumpa dengan saya.
SATU NEGARA, DUA SISTEM – TINDAKAN SENGAJA UNTUK MENGAIBKAN
Setibanya mereka di pejabat, saya masih mempengerusikan mesyuarat exco. Mereka menunggu di bilik yang biasanya diadakan sidang media. Apabila mesyuarat saya selesai, mereka datang kepada saya. Mereka tunjukkan Waran Tangkap dan memberitahu bahawa saya akan berhadapan dua pertuduhan dan bakal bermalam di lokap SPRM.
Peguam-peguam saya begitu marah apabila pegawai SPRM menyebut bahawa saya akan bermalam di lokap SPRM. Adakah mereka risau bahawa saya akan melarikan diri di tengah malam? Kalau saya melarikan diri, bukankah itu lebih baik untuk BN? Saya tidak melakukan sebarang kesalahan, dan saya melawan pertuduhan terhadap saya di Mahkamah.
Ketika bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo ditangkap, beliau tidak perlu pun bermalam di lokap. Kenapa layanan berbeza dikenakan atas pertuduhan yang sama? Adakah negara sedang berhadapan keadaan double standard di ana wujud dua sistem dalam sebuah negara? Jelas sekali, tujuan utama tindakan ini adalah untuk memburukkan dan mengaibkan saya.
Setelah bertemu dengan pegawai-pegawai SPRM, saya kembali ke bilik mesyuarat exco dan meminta pendapat rakan-rakan mengenai kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi. Pada masa yang sama, saya menasihati mereka agar terus tabah dan komited ke arah penyampaian dasar-dasar kerajaan seandainya terjadi sebarang kejadian tidak diingini ke atas saya. Sekiranya perlu, mesyuarat tergempar majlis mesyuarat kerajaan negeri akan diadakan.
Pada ketika itu, Adun-Adun beragama Islam daripada Pakatan Harapan yang sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya telah menawarkan untuk pulang berhadapan cabaran ini bersama saya. Panggilan telefon daripada rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan; Azmin Ali, Kak Wan dan Mat Sabu turut saya terima.
PERTAHANKAN KUBU KITA!
Sebelum saya meninggalkan pejabat bersama pegawai-pegawai SPRM, Saudara Chow Kon Yeow adalah rakan setugas pertama yang memeluk dan berjabat tangan dengan saya. Anggota exco yang lain kemudian turut serta dan memeluk saya tanda sokongan dan memberi semangat. Ramai yang menitiskan air mata.
Saya tidak menangis. Saya sedar bahawa pada saat dan ketika itu, saya mesti terus tabah, lebih tabah berbanding yang lain. Saya beritahu Chow, "Pertahanan kubu kita".
Saya mengikut pegawai SPRM, menaiki tangga ke tingkat 29 dan kemudian menaiki lif ke tempat letak kereta. (Laluan ini dipilih pegawai SPRM untuk mengelak pihak media). Ramai wartawan, bagaimanapun telah menunggu di kawasan letak kereta VIP. Ironinya, itulah kali pertama saya mendapat 'keistimewaan' diiringi kenderaan polis ketika meninggalkan Komtar, malah mereka turut meletakkan sekatan jalanraya dengan tujuan untuk menahan saya.
Kemudian saya dapat tahu bahawa beberapa anggota parti yang risau turut menunggang motosikal berkuasa tinggi mereka untuk menyertai konvoi polis yang membawa saya ke pejabat SPRM. Saya lihat penyokong yang telah menanti di pintu masuk SPRM. Ada yang menangis ketika melihat saya keluar dari kereta.
Sebaik saya memasuki bangunan SPRM, saya melihat Cik Phang Li Koon yang juga telah ditahan lebih awal. Kami berdua berdiri di pintu masuk dan berbual sekitar lima minit sebelum kami masing-masing dibawa ke bilik berbeza untuk memberi keterangan.
Tidak lama kemudian, isteri, peguam dan anak saya pun tiba. Sesi soaljawab berlangsung sehingga jam 7 malam apabila pegawai SPRM beragama Islam bersiap untuk berbuka puasa. Pada sekitar 7.30 malam, saya diberikan makanan berupa nasi campur. Saya hanya makan beberapa suap kerana tidak ada selera. Saya kemudiannya diberitahu bahawa adik saya Hui Ying cuba menghantarkan makanan tetapi tidak dibenarkan.
DI DALAM LOKAP – PENGALAMAN BARU
Sesi soaljawab bersambung pada jam 8.45 malam dan berterusan sehingga jam 12 tengah malam. Sepanjang tempoh ini, saya dapat mendengar laungan sayup-sayup dari luar bangunan SPRM. Saya dapat merasakan sokongan rakyat Pulau Pinang bersama saya. Saya ternyata tidak sendirian dalam perlawanan ini. Pegawai SPRM juga ada beritahu saya bahawa situasi di luar agak tegang, tetapi sehingga ke tahap bagaimana, saya tidak tahu dan tidak dimaklumkan.
Kali ini, sikap kumpulan pegawai SPRM yang sama, datang jauh dari Putrajaya nampaknya positif. Mereka menyedari bahawa saya memberi kerjasama penuh dan tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan. Isteri saya membawakan sepersalinan pakaian bersih untuk dipakai esok hari apabila dihadapkan ke mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Taib sokong Husam, negara perlukan muafakat baru

Posted: 10 Jul 2016 05:21 AM PDT

Mat Taib dan Husam sepakat, Malaysia perlukan muafakat baru.Mat Taib dan Husam sepakat, Malaysia perlukan muafakat baru.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib setuju dengan pandangan Datuk Husam Musa mengenai New Politics atau Politik Baru di Malaysia bahawa rakyat negara ini perlukan muafakat baru.
Bagi bekas naib presiden Umno itu berpendapatan, dengan memilih parti lama tidak banyak yang boleh diubah walaupun hasrat untuk berubah ada.
"Saya melihat untuk Malaysia menjadi lebih dinamik dan maju di masa hadapan rakyat hendaklah berani berubah untuk memilih parti baru untuk mentadbir negara dengan mendepankan tokoh-tokoh muda untuk menerajui negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Husam, bekas naib presiden Pas yang popular tetapi dipecat oleh parti itu dalam ucapannya di Kota Bharu semalam berkata, rakyat Malaysia pada masa akan datang ada dua pilihan dalam memilih parti mana yang akan mentadbir negara ini.
Satu kekal dengan Barisan Nasional atau kedua memilih gabungan parti-parti baru seperti Pakatan Harapan.
Memilih BN bererti memilih parti yang sedia ada yang sudah lama memerintah, katanya.
Ada pihak suka memilih parti yang lama yang sudah dikenali sejak dari dahulu.
Ada pihak terutama golongan muda mahu berubah dan lebih berminat kepada pimpinan baru dengan aspirasi baru.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan Sarawak Report: Mahfuz tanya mana PM, Ambrin

Posted: 10 Jul 2016 03:58 AM PDT

Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tidak tampil menafikan laporan terkini Sarawak Report mengenai 1MDB.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, cukup mudah untuk menentukan sama ada dokumen yang berkaitan laporan ketua audit negara berhubung 1MDB adalah palsu atau sahih.
"Hingga kini tiada apa-apa penafian daripada Najib mahu pun ketua audit negara yang mengatakan pendedahan Sarawak Report tentang laporan siasatan 1MDB itu adalah palsu.
"Yang ada hanyalah kenyataan Menteri Komunikasi dan multimedia Datuk Seri Saleh Said Keruak yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan bagaimana kebocoran dokumen rahsia rasmi diperoleh Sarawak Report," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS berkata sepatutnya Ambrin boleh mengesahkan laporan diterbit Sarawak Report itu benar atau tidak selepas membaca mengenainya.
"Jika laporan itu palsu tak timbul dah macam mana laporan boleh bocor. Najib boleh saja ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana memfitnah," tegas Mahfuz.
Jelasnya lagi, sekiranya laporan itu benar pihak Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara boleh memulakan langkah mengheret Najib yang juga menteri kewangan ke muka pengadilan.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak Report fokus perjanjian 2012 1MDB

Posted: 10 Jul 2016 03:54 AM PDT

Dalam pendedahan hari keempat berturut-turut megenai laporan sulit ketua audit negara mengenai 1MDB, Sarawak Report meneliti perjanjian pembelian tenaga pada 2012 membabitkan nilai AS$3.5 bilion dengan Goldman Sachs.
Laman sesawang berpangkalan di London itu semalam menerbitkan apa didakwa mereka sebagai ringkasan eksekutif laporan disediakan Tan Sri Ambrin Buang.
Ia turut memasukkan petikan diterjemahkan daripada seksyen 5 ringkasan berkenaan.
Sarawak Report mengaitkan seksyen itu dengan berbilion-bilion dana daripada perjanjian pembelian tenaga oleh 1MDB itu kepada syarikat Aabar.
Ia juga dikaitkan dengan usaha sama sebelum itu dengan PetroSaudi yang didakwa berlaku penyaluran wang kepada syarikat Jho Low, Good Star.
Bagaimanapun Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen diterbitkan Sarawak Report itu adalah sahih atau sebaliknya, selain tidak boleh melaporkan kandungannya disebabkan sekatan undang-undang.
Pada 1 Julai lalu The Wall Street Journal melaporkan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) menafikan anak syarikatnya Aabar Investments PJS dijamin mendapat "unit dana" 1MDB di Kepulauan Cayman.
Namun 1MDB dalam kenyataan pada 12 April berkata ia hanya membuat pembayaran kepada Aabar BVI selepas berkomunikasi dengan eksekutif di IPIC, dan yakin kedudukan undang-undang 1MDB dalam perkara itu.
IPIC sejak itu memulakan tindakan undang-undang ke atas 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia serta membuat tuntutan sebanyak AS$6.5 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Keputusan muktamad dalam tangan Parlimen

Posted: 10 Jul 2016 03:47 AM PDT

Pemimpin DAP itu menyangkal pandangan Salleh Said Keruak bahawa laporan PAC laporan muktamad berkenaan 1MDB
Salleh Said Keruak
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak diingatkan keputusan muktamad berhubung laporan siasatan keatas 1Malaysia Development Bhd dalam tangan Parlimen.
Pemimpin DAP Lim Kit Siang menyangkal Salleh yang berkata laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara merupakan laporan muktamad keatas 1MDB.
Kit Siang menjelaskan PAC sekadar jawatankuasa Dewan Rakyat yang diberi tanggungjawab untuk menyiasat hal ehwal 1MDB.
"Keputusan muktamad samada laporan PAC memuaskan dan lengkap perlu melalui resolusi terlebih dahulu selepas ia dibahaskan melalui suatu usul untuk menerima atau menolak laporan tersebut," katanya.
PAC menjalankan pendengaran keatas kewangan dan pelaburan 1MDB tahun lalu, manakala Jabatan Audit Negara menjalankan siasatan keatas kewangan 1MDB.
Laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat awal tahun ini, tetapi penemuan Ketua Audit Negara dirahsiakan sebagai rahsia rasmi dan tidak dibentangkan bersama laporan itu.
Kit Siang berkat Salleh tersilap kerana menuduh Sarawak Report sebagai portal yang mengelirukan orang awam dengan menyiarkan petikan dokumen yang didakwa laporan Ketua Audit Negara kepada PAC.
Read More / Baca Lagi >>

Sentimen pengundi kembali ke DAP kerana kes LGE - Gerakan

Posted: 10 Jul 2016 03:46 AM PDT

Jika pilihan raya diadakan sekarang ini, Umno dan DAP akan menang besar, kata Presiden Gerakan
Mah Siew Keong
PETALING JAYA: Presiden Gerakan Mah Siew Keong percaya sentimen pengundi kembali kepada DAP ekoran kes banglo Lim Guan Eng, dengan kemenangan besar menanti Umno dan DAP sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.
Siew Keong dipetik berkata pengundi menyokong BN dalam pilihan raya baru-baru ini tetapi pengundi akan beralih kepada DAP disebabkan kes Ketua Menteri Pulau Pinang yang didakwa atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.
BN meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu dan dua pilihan raya kecil pada Jun, merampas lima kerusi DAP di Sarawak dan mengekalkan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Penganalisis politik berpendapat kemenangan BN itu berpunca daripada peralihan sokongan pengundi Cina.
Seandainya pilihan raya diadakan sekarang, Umno dan DAP akan meraih kemenangan besar jika dilihat pada sentimen pengundi semasa, kata Siew Keong ketika diwawancara China Press Daily.
Beliau mengeluh "sentimen tidak menyebelahi kita, terutamanya kepada (Gerakan) Pulau Pinang, yang tersepit sekarang ini".
Gerakan memerintah Pulau Pinang lebih empat dekad daripada 1969 hingga 2008, ketika Pakatan Rakyat merampas negeri-negeri pantai Barat Pulau Pinang, Perak dan Selangor, serta meletakkan PAS berkuasa di Kelantan dan Kedah.
"Saya tak boleh agak sentimen tahun depan, tetapi dengan sentimen sekarang ini…Umno dan DAP akan menang," katanya.

Perikatan pembangkang baharu memanfaatkan BN

Posted: 10 Jul 2016 01:18 AM PDT

Penganalisis politik tidak yakini prospek Gabungan Rakyat Saksama, tetapi percaya mereka boleh pecahkan undi yang akhirnya akan memberi manfaat kepada BN.
Prof Awang Azman
Barisan Nasional akan menerima manfaat daripada pembentukan sebuah pakatan pembangkang baharu, kata penganalisis politik.
Mengulas laporan media, penganalisis politik di Universiti Malaya Prof Awang Azman akui penggabungan parti-parti pembangkang Sabah dan Sarawak merupakan langkah yang wajar.
"Bagaimanapun, mereka tidak akan mampu pecahkan hegemoni BN di Sabah dan Sarawak, kecuali bergabung tenaga dengan DAP dan PKR," katanya kepada FMT.
Katanya, gabungan tujuh parti itu, iaitu Parti Reformasi Negeri (Star); Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (Sapu); Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru); Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama); Parti Kebangsaan Sabah (PKS); Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat (PAP), terdiri daripada parti-parti yang sangat kecil.
Lantas, gabungan itu tidak akan mampu memberi saingan sengit walaupun mereka berjaya merekrut seorang pemimpin Malaysia Timur yang kuat, seperti bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.
Bagaimanapun, Saksama boleh memecahkan undi Pakatan Harapan, dan sebarang perpecahan undi akan hanya beri manfaat kepada BN. Awang berkata PH sewajarnya memulakan perbincangan dengan Saksama bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak Prof Madya Jeniri Amir tidak yakini Saksama akan memberi impak yang besar.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan terpedaya peras ugut Push-Pocket – KPN

Posted: 10 Jul 2016 01:16 AM PDT

Modus operandi push-pocket ini adalah memasukkan barang tertentu seperti telefon bimbit atau dompet ke dalam poket mangsa tanpa disedarinya di tempat-tempat sesak.
khalid-push-pocket
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik 'Push-Pocket', satu bentuk jenayah peras ugut.
Modus operandi push-pocket ini adalah memasukkan barang tertentu seperti telefon bimbit atau dompet ke dalam poket mangsa tanpa disedarinya di tempat-tempat sesak.
Pemeras ugut ini kemudian bersama seorang 'saksi' akan mendekati mangsa dan menuduhnya mencuri barang miliknya sambil membuat kecoh.
Suspek seterusnya menawarkan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes itu jika mangsa membayar sejumlah wang, atau kes itu diadukan kepada polis.
Sesetengah mangsa yang ketakutan setuju membuat bayaran.
Kisah mengenai modus operandi ini menjadi viral di laman sosial dan dikatakan warga asing yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan mereka yang berada di stesen LRT sering menjadi mangsa.
Di lapangan terbang suspek selalunya meletakkan barang-barang miliknya ke dalam troli bagasi mangsa tanpa disedari mangsa.
Khalid menasihatkan mangsa agar tidak takut malah membiarkan pemeras ugut itu mengadu kepada polis dan ikut sama ke balai polis berdekatan.
Read More / Baca Lagi >>

Pemberian RM500, hanya janji palsu PRK?

Posted: 10 Jul 2016 01:11 AM PDT


Risda
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pas (Latas) mendakwa, selepas hampir sebulan diumumkan pemberian bantuan khas (one off RM500) kepada penoreh dan pekebun kecil getah kerajaan sehingga kini ternyata masih gagal melunaskan janji itu.
Pengerusi Latas Pas, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, oleh itu benarlah jangkaan pihaknya, sebelum ini bahawa pengumuman pemberian bantuan khas itu, hanyalah bersifat rasuah politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu.
"Selain gagal membayar one off RM500 ini,terdapat juga aduan pekebun getah bahawa bantuan tanaman semula getah yang telah diluluskan selepas pemeriksaan juga tidak dibayar oleh Risda. Kerajaan juga masih gagal membayar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melalui LGM selepas 7 bulan tuntutan dibuat oleh penoreh," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, Pengerusi Risda yang juga Ahli Parlimen Padang Besar (BN) Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan dalam akhbar semalam bahawa Risda sedang mencari jalan penyelesaian akibat kelewatan ini kerana berlaku masalah dalam tuntutan one off antara pekebun dan penoreh getah.
Katanya lagi, Risda memiliki rekod berhubung hal itu kerana bayaran seumpama ini pernah dilakukan pada tahun 2014. Risda juga memiliki data-data daripada bancian yang dijalankan tahun yang sama.
"Tuduhan yang dibuat kepada penoreh ini sangat serius, seolah-olah pihak kerajaan sentiasa betul, cekap dan efisien- rakyat yang menjadi penoreh sentiasa bermasalah dan tidak jujur," ujarnya.
Katanya oleh itu, Latas mendesak pihak kerajaan segera melunaskan janji pembayaran tersebut kepada penoreh tanpa sebarang dalih dan alasan lagi.

'Jangan hina saya, PRU14 tidak lama lagi...' - Shafie Apdal

Posted: 10 Jul 2016 12:53 AM PDT

Mohd Shafie Apdal
 "Ada yang beri respons bila saya keluar daripada Umno tiada kesan walau sedikit pun kepada kawasan Semporna dan kawasan-kawasan lain di negeri Sabah," demikian luah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung pengunduran beliau daripada Umno.
Namun ujarnya, janganlah beliau dikutuk sebegitu rupa, kerana ada  lagi cabaran untuk Umno pada tahun-tahun mendatang.
"Janganlah hina saya sampai macam tu sekali. Pilihan Raya Umum (PRU) 14 pun sudah tidak lama lagi," katanya dalam Facebooknya hari ini.
Sebelum itu pada empat Julai lalu, Shafie telah mengumumkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno.
Jelas Shafie, walaupun  telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.
"Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.
"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya ketika berucap dalam program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno (MT) memutuskan agar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir‎ dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Shafie pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu turut berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Isu air Kelantan: Perlukah tukar kerajaan negeri?

Posted: 10 Jul 2016 12:50 AM PDT


Isu warna air terus berlarutan di KelantanIsu warna air terus berlarutan di Kelantan
Ia ibarat menceraikan isteri yang solehah hanya kerana kopi bancuhannya tidak sedap. Bukan kerana tidak pernah dihidangkan air minuman, bukan kerana kopi itu pahit, ia hanya kurang enak. Yang lainnya bagus belaka. Menguruskan rumahtangga, amanah dan harta suami dikawal rapi, pendidikan anak anak terbaik, bahkan sang isteri adalah seorang hamba Allah yang sejati. Taat kepada suruhan agama, ikut segala sunnah nabi, patuh kepada suami, pendek kata ia solehah. Namun mahu diceraikan hanya kerana perkara yang kecil.
Itu perumpamaan paling tepat yang boleh kita katakan kepada mereka yang mahu menukar kerajaan negeri hanya kerana isu air yang masih bermasalah di negeri ini. Bukan kerana tiada air langsung, bukan kerana tidak efisien, cuma ada masalah. Itupun bukan sepanjang tahun masalah ini timbul, ia jarang jarang sahaja. Dan ia telah, sedang dan akan diperbaiki dari masa ke semasa. Setakat yang kami kenal pasti masalah berkaitan air di Kelantan terdapat 3 juzuk yang besar. Ia berkaitan air yang keruh, bekalan air yang terputus dan rasa air yang payau.
Ini masalah yang biasa dihadapi disemua negeri dalam Malaysia. Apabila kita menyebut bahawa Perak, Johor, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan lain lainya, juga mengalami masalah seperti negeri ini, itu tidak membawa makna bahawa Kelantan berada dalam sindrom penafian pada setiap masa. Ia cuma satu tuntutan kepada kita agar berlaku adil kepada situasi yang sedang Kelantan alami pada hari ini. Kisah Pak Pandir yang menyebut "bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain pun mati juga", tidak kami maksudkan apabila membandingkan masalah Kelantan dengan negeri negeri lain.
Ada netizen yang pro kepada Umno marah apabila kami membawa contoh-contoh masalah air dari negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional. Sedangkan ia adalah satu realiti dan ajakan supaya semua orang berpijak nyata di bumi apabila bercakap mengenai isu air. Jika Kelantan yang dinafikan geran oleh Kerajaan Pusat dan dimanipulasi pula tempoh masa dan jumlah peruntukannya, mampu untuk menguruskan bekalan air dengan segala kepayahan, maka kenapa pula negeri lain yang diperintah BN dengan segala kelengkapan dan kekuatan kewangan, tetapi masih wujud masalah yang sama seperti di Kelantan? Apakah alasan anda?
Banyak juga individu yang menyalahkan kerajaan negeri secara perse apabila bercakap mengenai isu air ini. Antara hujah yang popular adalah;
i- "Kenapa nak harapkan kerajaan Pusat?"
ii- "25 tahun memerintah Kelantan, takkan belum selesai?"
iii- "Kalau Kerajaan Pusat tak bantu pun, kenapa Kerajaan Negeri tak mahu selesaikan sendiri? Tidur sahaja"
iv- "Rakyat tak kisah siapa pun perintah, janji air jernih"
v- "Kau nak sangat perintah Kelantan, pandai pandailah uruskan air"
vi- "dah tak mampu uruskan air, serah je balik Kelantan pada UMNO"
Read More / Baca Lagi >>

Dedah laporan audit tulen 1MDB, henti Sarawak Report perdaya rakyat kata PAS

Posted: 10 Jul 2016 12:48 AM PDT

Menggunakan laporan audit yang tulen, kerajaan boleh menunjukkan di mana silapnya laporan Sarawak Report dan bagaimana rakyat sedang diperdaya.
tuan-ibrahim-sarawka-report-1mdb
PETALING JAYA: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak digesa mendedahkan laporan sebenar 1MDB oleh Ketua Audit Negara bagi menghentikan isu itu daripada terus diputar belit Sarawak Report.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian supaya ia menghalang portal Sarawak Report daripada terus memperdaya rakyat dengan laporan yang kurang tepat melibatkan anak syarikat kerajaan penuh kontroversi itu.
"PAS mendesak laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang tulen didedahkan segera, memandangkan sekatan akses terhadap Sarawak Report ternyata gagal membendung portal ini daripada memperdaya rakyat Malaysia.
"Menggunakan laporan audit yang tulen, kerajaan melalui media-medianya boleh menunjukkan kesilapan laporan Sarawak Report dan bagaimana rakyat sedang diperdaya, seperti yang dituduh oleh Dr Salleh," katanya menerusi kenyataan hari ini.
PAS juga bersetuju dengan pendirian Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang meminta rakyat tidak terpengaruh dengan laporan Sarawak Report mengenai 1MDB kerana laporan lengkap mengenai agensi pelaburan milik kerajaan itu adalah seperti disiapkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Kata Salleh, laporan PAC adalah laporan muktamad siasatan ke atas 1MDB, bukannya Ketua Audit Negara, malah pendengaran ke atas syarikat milik kerajaan itu dijalankan PAC.
Laporan Ketua Audit Negara adalah satu daripada pelbagai sumber yang digunakan PAC untuk menyediakan laporan 1MDB, katanya menjawab dakwaan Sarawak Report yang kononnya memiliki salinan laporan yang mengandungi kebenaran mengenai 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Parti picisan bentuk perikatan baharu lawan BN

Posted: 10 Jul 2016 12:46 AM PDT

Tujuh parti dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung bentuk perikatan menghadapi pilihan raya umum akan datang
saksama-1
PETALING JAYA: Enam parti politik picisan di Sabah dan Sarwak serta satu dari Semenanjung dilaporkan menjalin kerjasama dalam satu bentuk perikatan untuk mencabar dominasi Barisan Nasional.
Perikatan baharu itu, yang dijangka dinamakan Gabungan Rakyat Saksama atau ringkasnya Saksama, dibentuk sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang Julai 2018.
Komponen Saksama terdiri daripada Parti Reformasi Negeri (Star), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (Sapu), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru), Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan daripada Semenanjung, Parti Alternatif Rakyat (PAP).
Presiden Star Lina soo mengumumkan perikatan baharu itu dalam satu sidang media di Kuching, menurut Star Online.
Beliau berkata perikatan itu ditubuhkan ekoran kegagalan parti-parti pembangkang mencabar BN, dan menambah Pakatan Harapan kini berpecah.
Lina berkata Presiden Bersama Philip Among mengerakkan perikatan baharu itu bulan lepas. Lebih ramai parti dijangka menyertai perikatan ini.
Beliau menambah mereka sudah memohon ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk didaftarkan sebagai perikatan yang sah.
"Kami akan menjadi kekuatan politik alternatif kepada Barisan Nasional," katanya.

Comments (0)