Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MCA, Gerakan bantah DAP guna duit derma ikat jamin LGE

Posted: 01 Jul 2016 10:36 PM PDT

Sebagai Ketua Menteri, Guan Eng mampu membayar wang ikat jamin itu sendiri.
Chong Sin Woon
PETALING JAYA: MCA dan Gerakan membidas kempen kutipan derma DAP untuk mengumpul dana RM1 juta bagi membayar ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak beretika memandangkan Guan Eng mampu membayar wang ikat jamin itu sendiri.
"Kes ini berkaitan rasuah dalam pembelian hartanah peribadi dan penyelewengan kuasa Guan Eng. Tindakan mengheret seluruh anggota DAP dalam isu ini menunjukkan beliau seorang pemimpin yang mementingkan diri.
"Guan Eng sanggup menggadaikan imej parti sendiri untuk agenda peribadi. Bahkan, salah guna dana parti untuk kempen RM1 juta ini adalah muslihat Guan Eng untuk membangkitkan kemarahan rakyat yang tidak bersalah," katanya kepada FMT, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berpendapat kutipan wang derma itu hanyalah kempen politik bertujuan untuk memainkan emosi rakyat.
"Itu nyata satu kempen politik yang bertujuan untuk memainkan emosi rakyat, mengalihkan fokus kes mahkamah yang membabitkan tuduhan rasuah Lim Guan Eng dan seterusnya mahu rakyat menjadi hakim yang menentukan Lim Guan Eng tidak bersalah," katanya.
Baginya, DAP sepatutnya mendapatkan bukti kukuh untuk membersihkan nama Guan Eng dan bukannya terus mempolitikkan isu ini.
Manakala, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pula mempersoal apakah yang akan berlaku kepada wang-wang dari penderma sekiranya wang jaminan dikembalikan.
"Saya rasa ini tidak wajar kerana ini adalah kes peribadi Guan Eng. Apa yang akan berlaku kepada duit tersebut apabila wang jaminan dikembalikan. Adakah ia akan dikembalikan kepada pihak penderma?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin nafi sertai Nothing to Hide 2.0 anjuran JMM

Posted: 01 Jul 2016 10:31 PM PDT

Muhyiddin Yassin
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menerima sebarang jemputan penganjur atau bersetuju dengan mana-mana pihak untuk menghadiri program 'Nothing to Hide 2.0', esok.
Pegawai Khasnya, Datuk Mohd Nardin Awang berkata, pihaknya percaya program tersebut palsu.
"Merujuk kepada hebahan program 'Nothing to Hide 2.0' pada Ahad, 3 Julai 2016 bertempat di Kelab Darul Ehsan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang kononnya melibatkan Tan Sri Muhyiddin sebagai tetamu jemputan adalah dimaklumkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang jemputan daripada penganjur atau menyatakan persetujuan kepada mana-mana pihak untuk menghadiri program tersebut.
"Pihak kami percaya program ini adalah palsu dan hebahan mengenainya dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab semata-mata bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan mencemarkan nama baik Tan Sri Muhyiddin," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Sebelumnya, hebahan mengenai program tersebut dilakukan secara meluas di media sosial oleh Facebook yang menggunakan nama JMM sejak beberapa hari lalu.
Hebahan itu mendakwa program tersebut sebagai majlis penerangan khas hak ehwal semasa dan selain nama Muhyiddin, nama Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut tercatat sebagai tetamu.
Sementara itu, Azwanddin ketika dihubungi sebentar tadi tidak mahu mengulas apa-apa sebaliknya beliau berjanji akan mengulas isu berkenaan kemudian.

Zam: Najib bijak eksplotasi rakyat

Posted: 01 Jul 2016 10:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Najib Razak bijak mengeksplotasi rakyat dengan kenaikan harga minyak menjelang Aidilfitri, kata bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin.
 
Seluruh negara kereta sesak untuk mengisi minyak, inilah peluang besar sekali setahun untuk mengeksplotasi rakyat yang berada dalam keadaan terpaksa, katanya.
 
Beliau berkata, meski harga minyak naik tetapi rakyat tidak mengelakkannya kerana semangat pulang ke kampung.
 
"Manakala perasaan kaki tangan kerajaan pula ditutup dengan pengumuman kenailkan gaji, gaji minuman swasta dan cuti tambahan pada 8 Julai," katanya.
 
Zainuddin yang dikenali dengan panggilan Zam berkata,  beliau mengingatkan rakyat supaya jangan lali di atas usaha memeras mereka untuk membantu kepincangan ekonomi negara.
 
Dan katanya, ini pendedahan keadaan ekonomi sebenar.
 
"Tahniah Najib (RazaK) kerana bijak mengeksplotasi rakyat," katanya.

RAKYAT SEDANG MEMPROTES

Posted: 01 Jul 2016 10:16 PM PDT

DAP Pulau Pinang akhirnya berjaya mengumpul jumlah kutipan melebihi RM1 juta dalam tempoh kurang daripada 24 jam bagi menampung jumlah wang jaminan yang dikenakan kepada Lim Guan Eng yang kini sedang didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah.

Hanya dalam tempoh 21 jam selepas tabung tersebut dilancarkan, jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan ialah sebanyak RM1,009,000.

Melalui kutipan yang sudah melebihi sasaran itu, tabung itu kini dihentikan dengan serta merta.
Jika seorang pemimpin UMNO dan BN didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah misalnya dan tiba-tiba mahu mewujudkan tabung untuk mengumpulkan wang jaminan, bolehkah dibayangkan apa yang akan mereka perolehi agaknya?

Wang atau maki hamun?

Dengan kejayaan mengumpul lebih RM1 juta dalam tempoh 21 jam,  ia barangkali menjadi tabung yang paling pantas mendapat respon sumbangan daripada orangramai.

Apakah simboliknya?

Simboliknya tidak lain ialah menunjukkan betapa rakyat daripada pelbagai kaum secara umumnya menolak penangkapan serta pendakwaan terhadap Lim Guan Eng yang tidak terlindung dapat ditafsir sebagai lebih bermotif politik berbanding menegakkan keadilan.

Jika keadilan benar-benar ingin ditegakkan, Najiblah yang seharusnya lebih dahulu diambil tindakan, bukan saja seperti kata seorang pegawai SPRM sebelum ini bahawa kesnya adalah "straighforward", tetapi juga kerana jumlah wangnya adalah begitu besar.
Read More / Baca Lagi >>

AWAS, JANGAN BELI BARANG2 DIBAWAH HARGA PASARAN...

Posted: 01 Jul 2016 10:15 PM PDT


 
Kecuali jika anda bernama Najib Razak!!

Amanah ajak Muhyiddin jadi ketua pembangkang

Posted: 01 Jul 2016 10:07 PM PDT

Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu untuk menjadi perdana menteri.
Mazlan Aliman
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang baharu Pakatan Harapan, menurut Amanah.
Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman mengakui, ada perbincangan dalam parti yang mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
"Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.
"Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.
"Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi perdana menteri," katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club, seperti yang dilapor MStar.
Dalam pada itu, Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan membayangkan Muhyiddin sebagai musuh yang menggerunkan ketika berada dalam Umno justeru, beliau yakin kerjasama dengannya akan membuahkan hasil terutama dalam mengalahkan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, apabila Anwar dipecat kira-kira 18 tahun lalu, bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, membuka pintu kepada beliau untuk menyertai pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

'Kalau berada dalam Umno, Lim dah hilang semua jawatannya' kata Noh Omar

Posted: 01 Jul 2016 10:06 PM PDT

Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berada dalam parti Umno, secara automatik semua jawatan yang disandang beliau akan hilang.
"Kalau dia (Lim) dalam Umno, (semua) jawatan dia dah hilang sebab kita kata jangan campur masalah peribadi dengan
parti," kata Noh yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata Umno tidak mahu terlibat dalam masalah yang dihadapi oleh pemimpinnya, dengan memetik contoh tuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
"Kita Umno menghormati undang-undang, bila seorang pemimpin kita didakwa di mahkamah, automatik akan digantung tetapi jika terbukti tak bersalah dia boleh kembali kepada parti," kata Noh dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.
Mohamad Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada September tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta untuk dirinya dan isterinya.
Pada bulan Mac, Mohamad Khir menjalani perintah parol selepas menjalani enam bulan hukumam penjara sebelum dia dibebaskan dua bulan kemudiannya.
Tetapi, menurut Noh, ianya berbeza dengan parti pembangkang.
"Pembangkang cakap lain, mana maruah dia? Bila kamu dah kena, tak mahu letak jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Tak tahan kritikan, jangan jadi ahli politik -Dr M

Posted: 01 Jul 2016 10:02 PM PDT

Dr Mahathir mendakwa polis ketika ini digunakan untuk menahan dan memberi tekanan kepada masyarakat.
mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah terlepas daripada menerima pelbagai cacian dan gelaran yang menjatuhkan maruah dan martabat dirinya sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri, namun tidak pernah ambil sebarang tindakan terhadap semua itu.
"Saya digelar Firaun, mahazalim, diktator dan sebagainya. Saya tidak ambil apa-apa tindakan terhadap mereka, saya tidak mengancam mereka, saya tidak meminta polis menyoal mereka.
"Saya tidak menangkap, menahan dan caj mereka kerana menjadi seorang pengganas, mensabotaj sistem perbankan Malaysia dan mensabotaj ekonomi Malaysia," kata Dr Mahathir dalam muat naik terbaru di blognya, hari ini.
Bekas Perdana Menteri yang memerintah negara selama 22 tahun itu turut menyatakan, sepanjang keberadaanya, beliau tidak pernah sekalipun mengancam untuk mengambil tindakan saman malah langsung tidak pernah menyaman sesiapa.
Sebelum ini, Mahathir telah disiasat oleh pihak polis atas jenayah fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan ekoran mengeluarkan kenyataan yang menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan diktator Uganda, Idi Amin.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah dari tahun 1971 hingga 1979. Beliau dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan pembunuhan.
"Saya pernah dan sememangnya seorang ahli politik. Disumpah, dipanggil nama, dipertuduhkan rasuah atau nepotisme, diminta meletak jawatan, potret-potret saya diroboh.
"Semua ini sememangnya sudah dijangkakan. Jika tidak boleh tahan dengan ini, maka jangan jadi ahli politik," jelas Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Khir Toyo: Banglo saya lain, banglo Guan Eng lain

Posted: 01 Jul 2016 10:00 PM PDT

Kenyataan paling tepat untuk DAP ialah, seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan, 'Padan Muka'.
 Khir Toyo
PETALING JAYA: Dr Mohamad Khir Toyo menggesa Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes banglo yang dibelinya pada 2007 dengan harga RM3.5 juta dengan banglo yang dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada harga RM2.8 juta.
Ini kerana kedua-dua kes itu tidak sama memandangkan Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan serius.
"Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng.
"Saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, – "Padan Muka"," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menyifatkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Guan Eng sebagai keadilan setimpal (Poetic Justice).
Isu ini dibawa ke perhatian umum selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya mempersoalkan pembelian banglo yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town oleh Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta sedangkan harga pasarannya dianggarkan antara RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Susulan daripada itu, Lim telah dibawa ke Mahkamah Tinggi George Town oleh SPRM.
Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.
Read More / Baca Lagi >>

"BN MENANG RAKYAT SENANG"

Posted: 01 Jul 2016 07:33 PM PDT

Amacam.. mesti seronok kan balik kampung MINYAK NAIK..

JANGAN LUPA..
Pangkah lah lagi BN !!!

Kerana "BN MENANG RAKYAT SENANG"

Hanya Di Malaysia....

Posted: 01 Jul 2016 07:18 PM PDT

FAKTA..
Di S'pore..
Bersubhat dgn 'pencuri' ditahan & disiasat..

Di M'sia..
'Pencuri' sebenar masih bebas malah dibersihkan oleh Peguam Negara..

S'pore antara negara yang menyiasat isu berkaitan syarikat negara yang sarat hutang 1MDB.

Najib Razak banyak dikaitkan dengan penyelewengan dana rakyat melalui 1MDB.

Rentetan itu pihak berkuasa Kewangan S'pore telah mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung 1MDB supaya ditutup.

Ini kerana telah didapati bank itu melanggar akta pengubahan wang haram dan pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank yang melibatkan dana daripada 1MDB.

DAKWA KM LEPASKAN PM TRANSFORMASI BARU PERUNDANGAN NEGARA OLEH PEGUAM NEGARA.

Posted: 01 Jul 2016 02:28 PM PDT

1.Pendakwaan terhadap Ketua menteri P.Pinang adalah dibawah bidang kuasa Peguam Negara.Saya tidak mahu mengatakan tak boleh dakwa YAB Lim Guan Eng.Kerana saya tidak tahu apa hasil siasatan SPRM yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara.Bagi saya apabila pendakwaan telah dibuat maka terserahlah pada mahkamah untuk mengendalikan perbicaraan dan saya yakin pasukan peguambela Guan Eng mampu menghadapj kes tersebut.

2.Kes ini sebenarnya tidak pun membantu meredakan krisis keyakinan terhadap Najib.Sebaliknya kes pendakwaan terhadap KM P.Pinang akan menimbulkan pesepsi buruk terhadap Najib dan sistem perundangan negara.Bagi saya ini merupakan transformasi baru terhadap sistem perundangan negara untuk menutup kejahatan PM Najib maka dicetus suatu kes yang tak ada kes untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes Najib. Dakwa Ketua Menteri (KM) tutup fail kes Perdana Menteri (PM).Kes yang membabitkan PM Najib sama ada kes RM2.6 bilion atau RM42 juta kes SRC menunjukan bagai mana Peguam negara mengguna kuasanya untuk tidak mendakwa Najib. Tan Seri Apandi telah bertindak sebagai peguam kepada Najib bukan sebagai Peguam Negara.Tranformasi bodoh ini akan menguatkan asakan rakyat meminta Najib berundur dan tidak dilepaskan.

BICARA SEGERA.

3.Saya menyarankan untuk perbicaraan ini tidak perlu ditangguh terlalu lama.Perbicaraan mesti disegerakan kerana kes ini membabitkan kepentingan negeri dan rakyat.Banyak urusan akan terganggu termasuk pelaburan asing dan ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan P.Pinang.

4.Perbicaraan segera diperlukan bagi mengelak daripada ketidakadilan terhadap tertuduh dimana kemungkinan berlakunya perbicaraan media (trial by media bukanhnya trial by court of law).Bagi mengelak ini semua Mahkamah perlu segerakan perbicaraan dan tidak dilihat mahkamah juga terlibat dalam konspirasi dakwa KM  lindungi PM.

5.Saya cabar Tan Seri Apandi Peguam Negara sendiri yang mengendalikan kes pendakwaan terhadap Guan Eng bukan hanya hadir diawal pendakwwan sahaja. ini bagi membolehkan pasukan peguambela mempersoalkan keredibiliti dan integriti beliau dihadapan hakim.

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
#DakwaPM

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Terima sokongan ramai, Guan Eng terharu dipeluk lelaki berkopiah

Posted: 01 Jul 2016 02:25 PM PDT


lgemahkamah
KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Solidariti yang ditunjukkan rakyat pelbagai kaum terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berhimpun di luar pagar Mahkamah Tinggi di George Town semalam jelas membuktikan bahawa mereka amat menghargai dan mengingati pemimpin dan kerajaan yang bersih.
"Saya berasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat walaupun mereka (pihak kerajaan) cuba untuk memburuk-burukkan nama saya.
"Mereka (rakyat) nampak pembangunan yang ada di sana (Pulau Pinang) dan juga dapat melihat pelbagai kebajikan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri kepada rakyat di negeri ini
"Ramai rakan-rakan yang bukan ahli hadir memberikan sokongan, mereka sangat beremosi, bila saya berjalan keluar seorang wanita bertudung berteriak memberi kata-kata semangat kepada saya dan menangis.
"Malah saya juga terkejut apabila seorang lelaki berkopiah, dia lihat saya kemudian peluk dan menangis, saya amat terharu," ujar Setiausaha Agung DAP itu pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.
Selain itu, dalam sidang media yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahannya semalaman di pejabat agensi berkenaan.
"Adakah saya akan lari? Adakah saya tidak akan hadir ke Mahkamah? Itu yang sebenarnya Barisan Nasional mahukan dan saya percaya rakyat sedar ketidakadilan cara penangkapan dilakukan terhadap saya," tambahnya.

Urus tadbir Pulau Pinang diakui bersih, dapat pujian Transparency International

Posted: 01 Jul 2016 02:24 PM PDT


pc2
KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan telah berkali-kali diakui pelbagai pihak di dalam dan di luar negara sebagai negeri yang mempunyai urus tadbir paling 'bersih' di Malaysia, ujar Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Bagaimanapun, beliau yang sekian lama menolak rasuah dalam mentadbir negeri berkenaan pula ditahan dan dituduh melakukan rasuah.
"Semua sedia maklum bahawa kami (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) mempunyai pentadbiran yang paling bersih di Malaysia. Kami dipuji oleh Transparency International. Negeri lain yang mana menerima pujian sedemikian?
"Dan setiap tahun laporan Ketua Audit Negara telah menamakan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mempunyai urus tadbir paling baik.
"Namun, pemimpinnya kini pula didakwa atas tuduhan rasuah, walaupun tidak ada bentuk faedah pun yang dapat dibuktikan daripada tuduhan berkenaan," ujar Guan Eng pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.
Transparency International merupakan pertubuhan dunia yang mengepalai gerakan membasmi rasuah, mengeluarkan indeks rasuah yang menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan merit.

‘Guan Eng rasuah tukar syarat tanah, tapi syarat masih pertanian’ – Kit Siang

Posted: 01 Jul 2016 01:22 PM PDT

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyampaikan ucapan tahniah atas usaha Peguam Negara, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang dengan jayanya merangka dan mengecaj Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Orang kuat parti itu juga menyifatkan pertuduhan terhadap Guan Eng sebagai bersejarah dan pertama seumpamanya di dunia.
'Guan Eng rasuah tukar syarat tanah, tapi syarat masih pertanian' - Kit Siang
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Peguam Negara, kerana beliau telah merangka tuduhan yang mungkin paling tidak masuk akal dalam sejarah pendakwaan bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.
"Guan Eng dituduh menukar, meluluskan penukaran tanah pertanian kepada tanah kediaman.
"Tetapi kini, (tanah tersebut) masih tanah pertanian. Dan ia boleh menjadi subjek pendakwaan dalam usaha untuk menghapuskan Ketua Menteri. Ia tidak munasabah," katanya kepada pemberita di Town Hall, Jalan Padang Kota Lama di sini semalam.
Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan salah guna kuasa, menggunakan kedudukannya untuk membeli banglo di bawah nilai pasaran.
Beliau juga dituduh mengubah status tanah pertanian demi memberi manfaat kepada syarikat bekas tuan tanah itu.
Guan Eng berkata, ia transaksi yang tranparen tanpa apa-apa nikmat sebagai balasan.
Sementara itu, Kit Siang menggelar pertuduhan terhadap Guan Eng sebagai satu percubaan menganiaya orang yang tidak bersalah, manakala mereka yang merasuah pula disembunyikan terang-terang.
"Nampaknya mereka yang berkuasa tidak mahu menghapuskan rasuah, malah membenarkan rasuah 'bermaharajalela' (dalam kalangan pemerintah tertinggi) di negara ini.
"Pergilah ke seluruh dunia, persepsi mengenai rasuah di Malaysia semakin serius, semua orang tahu mengenai derma dan skandal dana negara.
"Mereka bertanya, jika kita serius menangani rasuah … dan kita pula berkata 'tindakan sedang diambil'," kata Kit Siang.
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga: Jika PM bercuti baru tanya saya pasal Lim

Posted: 01 Jul 2016 01:20 PM PDT

Susulan dua pertuduhan rasuah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kini berdepan desakan supaya beliau bercuti atau mengosongkan jawatan disandangnya dalam kerajaan negeri.

Ditanya pendiriannya berhubung perkara itu, bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan berkata:
"Tanya saya balik lepas perdana menteri buat (perkara sama)."

Beliau merujuk kepada sikap Datuk Seri Najib Razak berdepan desakan supaya beliau bercuti sehingga siasatan terhadapnya selesai.

"Dalam sebuah demokrasi sebenar, PM patut jadi orang pertama bercuti ketika berdepan dakwaan serius salah laku kewangan kerana tindakan terus menjadi menteri kewangan dan PM tidak dapat dipertahankan.
"Tetapi apa yang kita ada bukan demokrasi tetapi pemerintahan diktator/kleptokrasi.
"PM enggan ikut perkara ini sebaliknya campur tangan secara langsung dengan siasatan terhadapnya," katanya.
Najib sudah berulang kali menafikan dakwaan salah guna dana awam untuk tujuan peribadi dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah membersihkannya daripada sebarang salah laku.
Lim semalam didakwa bawah dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi George Town bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu dibuat susulan kelulusannya terhadap permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar sebidang tanah daripada status pertanian kepada perumahan.
Beliau juga berdepan kes pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon, bawah harga pasaran RM4.27 juta.

Muhyiddin dipelawa sertai Amanah untuk selamatkan negara

Posted: 01 Jul 2016 01:14 PM PDT


Pemimpin Amanah Johor mempamerkan kenyataan media mempelawa Muhyiddin menyertai parti itu.Pemimpin Amanah Johor mempamerkan kenyataan media mempelawa Muhyiddin menyertai parti itu.
Setelah beberapa pihak khususnya ahli akademik menyarankan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Si Muhyiddin Yassin menyertai Amanah bagi meneruskan perjuangan politiknya, Amanah Negeri Johor hari ini secara terbuka menawarkan bekas pemimpin Umno itu untuk menyertai parti tersebut.
Dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi tadi, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, Amanah negeri menyediakan platform kepada Muhyiddin untuk bergerak dan sedia menjelaskan isu berkaitan penyelewengan dalam negara khususnya 1MDB.
"Amanah Johor bersimpati dengan Tan Sri Muhyidin dan Dato' Seri Mukhriz yang digugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah.
"Amanah Johor memuji ketegasan dan pendirian Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Datuk Seri Shafei Afdal dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion (yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri). Mereka rela kehilangan jawatan demi kepentingan negara.
"Amanah Johor mengalu alukan kemasukan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika mereka mahu menyertai Parti Amanah Negara," ujar Aminolhuda.
Amanah Johor juga, tambah beliau bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) bagi menentang korupsi dan kezaliman.
Menurut Aminolhuda, perjuangan memerangi penyelewengan dan rasuah perlu melangkaui batasan kepartian dan kaum demi untuk menyelamatkan negara.
Baru-baru ini PKR Johor turut mempelawa Muhyiddin menyertai parti itu.

Sokong Guan Eng: Tiada demo, DAP rancang jelajah seluruh negara

Posted: 01 Jul 2016 05:18 AM PDT

Jelajah ceramah 'Sokong, Simpati dan Solidariti untuk Lim Guan Eng' mahu menjelaskan kepada rakyat dakwaan rasuah bertujuan menggugat kestabilan kerajaan Pulau Pinang
dap_prote_sprm_6001
KUALA LUMPUR: Tiada rancangan untuk menganjurkan tunjuk perasaan jalanan membantah dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kata DAP.
Keputusan itu diambil meskipun sokongan meluas rakyat Pulau Pinang yang berhimpun di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada malam Guen Eng ditangkap.
"Saya nampak wanita Melayu berpelukan dan menangis. Saya nampak lelaki Melayu berkopiah berpelukan dan menangis. Tak pernah saya saksikan sesuatu seperti ini.
"Kita tak anjurkan perhimpunan itu. Mereka datang atas kehendak sendiri kerana mereka tahu kerajaan negeri ini kerajaan yang bersih. Mereka tahu bagaimana rasanya hidup ditadbir kerajaan bersih.
"Jadi, walaupun kami tak panggil mana-mana orang untuk turun ke jalanraya dan menunjuk perasaan, jangan pandang rendah kespontanan orang awam," kata Guan Eng di ibu pejabat DAP Pusat hari ini.
Jawatankuasa Kerja Pusat DAP memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa kebangsaan untuk menganjurkan jelajah "Sokong, Simpati dan Solidariti untuk Lim Guan Eng" ke seluruh negara.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata jelajah itu mahu menjelaskan kepada rakyat dakwaan terhadapnya cubaan untuk menggugat kestabilan kerajaaan Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Cucuk sarang IS: Khalid enggan komen

Posted: 01 Jul 2016 05:15 AM PDT

Ketua Polis Negara berkata pihaknya mempunyai pandangan berbeza dalam menangani kumpulan pengganas IS.
igp.isPETALING JAYA: Pihak polis mempunyai cara dan pandangan tersendiri dalam menangani kumpulan pengganas IS, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau mengulas kenyataan seorang pengkaji keganasan seperti dilaporkan FMT hari ini, yang bimbang cabaran Khalid kepada pejuang IS supaya pulang ke tanah air, boleh membangkitkan provokasi.
"Kita hormati pandangan dia tetapi kami ada pandangan kami," katanya ringkas menerusi Whatsapp kepada FMT, hari ini.
Pensyarah kajian jenayah di Universiti Help, R Paneir Selvam, berkata pihak berkuasa perlu mengelak mengeluarkan kenyataan cuai, dan memberi contoh kenyataan Khalid yang mencabar anggota IS warga Malaysia di luar negara supaya pulang sekiranya berani.
"Ancaman kumpulan pengganas, terutamanya IS, tidak boleh diambil ringan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat mereka," kata Paneir yang merupakan pengerusi Persatuan Penyelidik Dasar dan Undang-Undang.
Ia susulan ugutan dari tiga pejuang IS warga Malaysia di Syria, yang mengancam menyerang Bukit Aman.

Muhyiddin masih lagi relevan dalam politik negara

Posted: 01 Jul 2016 05:14 AM PDT

Muhyiddin masih lagi relevan dalam politik negara
Aminolhuda (duduk,dua,kanan) bersama sebahagian pimpinan Amanah negeri pada sidang media berkenaan.
JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menganggap bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih relevan berada di dalam arena politik negara.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya turut mengalu-alukan pemimpin berkenaan untuk menyertai Amanah atau Pakatan Harapan bagi menguatkan jentera pentadbiran pembangkang.
"Muhyiddin merupakan seorang pemimpin  yang baik dan berintegriti, malah beliau juga lantang bersuara dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan nasib rakyat dari terus dimanipulasi kerajaan korupsi.
"Beliau juga merupakan seseorang yang berpengaruh malah mempunyai pengalaman yang luas mengenai situasi politik yang sedang berlaku," katanya pada sidang media di Kelab Akhbar Cina, di sini.
Aminolhuda berkata, pihaknya turut berpendapat bahawa Muhyiddin juga merupakan calon yang sesuai bagi memegang jawatan ketua pakatan harapan yang baharu memandangkan pengaruhnya yang besar di dalam negara.
"Muhyiddin disingkirkan oleh Umno bukan  disebabkan dia tidak menunjukkan potensi yang baik tetapi disebabkan keberaniannya mempersoal Najib mengenai isu IMDB.
"Dalam masa yang sama, situasi sekarang kami memerlukan pemimpin yang berada di lapangan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pemimpin kini sukar untuk berjuang kerana langkahnya terbatas.
"Perbincangan inj telah dilakukan bersama pihak Amanah Nasional dan mereka juga berpendapat bahawa usaha berkenaan merupakan salah satu langkah yang progresif yang boleh diambil bagi memperkuat jentera Pakatan Harapan," katanya.

Pas boleh menang di Kelantan PRU14 ...??

Posted: 01 Jul 2016 05:12 AM PDT

Pas
KOTA BHARU – Pas dijangka tidak akan menghadapi banyak masalah untuk terus memerintah di Kelantan, berpandukan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang mana memperlihatkan Parti Amanah Negara (Amanah) gagal dapat sokongan kuat pengundi Melayu.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, pengundi bukan Melayu yang menjadi penyumbang utama kepada undi calon Amanah di dua PRK berkenaan adalah sangat kecil di Kelantan.
"Jadi berdasarkan faktor ini dapat diandaikan bahawa Amanah tidak akan mampu memecahkan dengan signifikan undi Pas. Berdasarkan kecenderungan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga, isu nasional seperti 1MDB tidak akan menjadi pertimbangan utama para pengundi berbanding isu tempatan.
"Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Seri Shafie Apdal dari Umno juga tidak dijangka memberi kesan kepada perimbangan kuasa di Kelantan.
"Bagaimanapun, berbanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang Pas bukan menjadi kerajaan negeri, pemimpin Umno dan Amanah mempunyai lambakan isu tempatan yang boleh digunakan ke atas Pas di Kelantan," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Jawapan Mahathir bila PM umum dana YKP dihentikan

Posted: 01 Jul 2016 05:09 AM PDT


Dr Mahathir

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan tetap bekerja di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) walaupun kerajaan memutuskan untuk menghentikan segala bentuk sumbangan termasuk berhenti membayar gaji kakitangan kerajaan yang diberi untuknya.
Menurutnya, mana-mana penyokong YKP yang berasa takut 'rapat' dengannya kerana bimbang diganggu, mereka boleh berhenti menyokong institut itu.
"Kami perlu berhentikan penyelidikan yang dilakukan di perpustakaan dan arkib kami dan juga (hentikan) kempen kami untuk menjadi pembunuhan orang dan kemusnahan negara-negara melalui perang suatu jenayah.
"Tetapi, tak apa. Saya hanya mahu orang ramai tahu apa sebenarnya Yayasan Kepimpinan Perdana ini," katanya melalui catatan di blognya, semalam.
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan menghentikan segala bentuk sumbangan sama ada peruntukan kewangan, penyelenggaraan mahupun kakitangan yang diberikan kepada YKP selepas mendapati YKP disalahgunakan sebagai pusat untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan.
Sebelumnya, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menggesa kerajaan supaya menarik balik peruntukan YKP yang diterajui Mahathir kerana bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri.
Dalam catatan sama, Mahathir berkata, beliau sering ke pejabat meskipun telah bersara susulan banyak pihak datang bertemunya meminta pertolongan.
"Oleh kerana saya berada di dalam bangunan ini, macam-macam jenis orang datang berjumpa dengan saya, secara bersendirian atau berkumpulan. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan, mereka meminta pertolongan saya. Saya tidak pernah menutup pintu saya kepada sesiapa. Sebab itu selepas bersara saya masih pergi ke pejabat seolah-olah saya masih bekerja.
Read More / Baca Lagi >>

Syarikat kontroversi Lynas berhentikan pekerja warga tempatan

Posted: 01 Jul 2016 03:41 AM PDT


Papan tanda arah ke Lynas Malaysia Sdn Bhd.Papan tanda arah ke Lynas Malaysia Sdn Bhd.
Syarikat pemprosesan nadir bumi yang diselubungi kontroversi sejak awal beroperasi di negara ini, Lynas Malaysia Sdn Bhd kini berhadapan masalah apabila dilaporkan memberhentikan kakitangannya tanpa prosedur wajar.
Menerusi emelnya kepada Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Badan Perhubungan Umno Pahang, Kementerian Sumber Manusia dan Pejabat Perdana Menteri, seorang kakitangan syarikat terbabit kesal kerana aduan yang dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) tentang pemberhentian pekerja Lynas tidak dijawab.
"Mohon perhatian dan tindakan segera YB oleh kerana aduan kepada KSM seperti dilampiran sehingga kini tiada tindakan susulan.
"Bantulah kami warga Kuantan dan Pahang khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang tertindas di tanah air sendiri oleh warga asing.
"Kami masih mempunyai anak isteri dan keluarga yang perlu ditanggung tatkala ekonomi merudum serta pasaran pekerjaan yang lembab, agak sukar memperoleh pekerjaan dengan segera.
"Maaf kerana terpaksa merahsiakan (fake) identiti atas faktor tertentu, namun saya merupakan salah seorang dari pekerja yang terlibat," kandungan emel itu dipetik.
Aduan kakitangan Lynas menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam didakwa tidak berjawabAduan kakitangan Lynas menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam didakwa tidak berjawab
Dalam laporan kepada KSM melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) bertarikh 21 Jun lalu, seorang kakitangan Lynas memohon siasatan terperinci dilakukan kementerian terhadap plan pemberhentian pekerja yang didakwa dilakukan secara tidak sah.
Ini membabitkan pemberhentian 24 jam tiga penyelia tempatan manakala semua pekerja bahagian makmal (lab) syarikat tersebut diberhentikan (dianggap kosong) dan perlu memohon semula jawatan dalam proses penstukturan semula.
Read More / Baca Lagi >>

Tempat duduk Muhyiddin di Dewan Rakyat berubah

Posted: 01 Jul 2016 03:38 AM PDT

Susulan dipecat daripada Umno, Muhyiddin mungkin diletakkan di blok sama dengan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu blok wakil rakyat bebas.
Ismail-Mohamed_muhyiddin_600
TEMERLOH: Tempat duduk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Dewan Rakyat akan dipindahkan ke kawasan blok bebas pada penggal persidangan Oktober ini ekoran pemecatannya daripada Umno.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata Muhyiddin dicadang diletakkan di blok sama dengan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Bagaimanapun keputusan pertukaran tempat duduk itu akan ditentukan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, katanya.
"Pada masa ini pembahagian kedudukan wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga iaitu blok BN, blok pembangkang dan blok bebas.
"Kelazimannya mana-mana wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada sesuatu parti akan diletakkan di kawasan blok bebas," katanya kepada pemberita pada majlis penutup tadarus Al-Quran bagi peserta lelaki kawasan Parlimen Kuala Krau di Masjid An-Nur di sini hari ini.
Turut hadir Adun Jenderak dan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Pahang Senator Norehan Abu Bakar.
Ismail yang juga ahli Parlimen Kuala Krau berkata tempat duduk Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih kekal memandangkan beliau hanya digantung daripada parti.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir daripada Umno berkuat kuasa serta merta kerana melanggar disiplin parti.

Zaid: Jika didakwa, ikat jamin Najib mungkin RM1 bilion

Posted: 01 Jul 2016 03:36 AM PDT

Walaupun perdana menteri kemungkinan besar tidak akan didakwa di mahkamah, Datuk Zaid Ibrahim membuat spekulasi berkaitan jumlah ikat jamin jika perkara itu benar-benar berlaku.
Beliau cuba membandingkan jumlah ikan jamin RM1 juta yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dianggap amat tinggi.
Menjelaskan keadaan itu, Zaid berkata trend itu bermula dengan kes bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa terlibat kesalahan melibatkan nilai beberapa juta ringgit.

"Walaupun mungkin tidak akan didakwa, Najib akan menarik ikat jamin, berdasar prinsip diguna pakai oleh mahkamah," katanya sambil menyifatkan perkara itu "betul-betul gila".

"Jumlah ikat jamin tidak patut bergantung kepada jumlah wang diambil oleh tertuduh," katanya di Twitter.

Datuk Seri Najib Razak sudah berulang kali menafikan dakwaan salah guna dana awam untuk tujuan peribadi.
Anggota parlimen Pekan sebaliknya mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah membersihkannya daripada sebarang salah laku.
Bagaimanapun ia tidak mampu memadamkan serangan berterusan dalam kes kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Sementara itu, dalam kes Lim, Zahid berkata jumlah 100,000 sudah cukup untuk ikat jamin Lim.

"Ia hanya untuk pastikan dia hadir mahkamah. Lim sebagai penyandang ketua menteri sudah tentu akan hadir perbicaraan.

"Beliau tidak akan lari ke mana-mana," katanya.

Lim semalam didakwa bawah dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi George Town bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu dibuat susulan kelulusannya terhadap permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar sebidang tanah daripada status pertanian kepada perumahan.
Beliau juga berdepan kes pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon, bawah harga pasaran RM4.27 juta.
DAP semalam mencairkan dana mereka untuk membayar ikat jamin Lim.
Mereka juga berjaya mengumpul lebih RM1 juta tidak sampai 24 jam kempen kutipan dana bagi menampung kos ikat jamin yang dimulakan petang semalam.

Comments (0)