Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:58 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


TMJ Sanggup Dipenjara Jika Tindakannya Dianggap Satu Jenayah

Posted: 31 Jul 2016 01:33 AM PDT

TMJ mahu terus suarakan pandangan, sanggup dipenjara jika ia satu jenayah

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pemimpin di negara ini untuk memainkan peranan mereka dengan berkhidmat untuk masyarakat dengan penuh integriti, dedikasi dan berbakti.

Beliau mahu terus berjuang dan menyuarakan pandangan serta sanggup dipenjarakan sekiranya tindakan itu adalah satu jenayah.
"Apa sahaja pandangan yang diberikan bukanlah satu pandangan peribadi, bukan untuk menentang mana-mana pihak.

"Jika saya tidak dapat menegur pemimpin negara ini, apa tujuan saya berada di sini,"
kata Tunku Ismail dalam temubual ekslusif dalam rancangan Obviously Harith Iskander (OHI) pada Sabtu.

Tunku Ismail turut menegaskan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merupakan contoh terbaik baginya .

"Ayahanda dengan kebijaksanaannya, bagaimana baginda berinteraksi dan mengambil berat tentang rakyat telah memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan perkara yang sama.

"Prinsip dan polisi baginda bukan untuk dirinya tetapi untuk anak-anak, cucu dan generasi seterusnya," kata Tunku Ismail.

Beliau berharap ahli kerabat diraja yang lain juga mengetahui peranan masing-masing, iaitu untuk menyuarakan pendapat bagi kebaikan masyarakat.

Baginya, kedudukan ahli kerabat diraja bukan untuk menentang mana-mana sistem, tetapi untuk berkongsi pandangan demi kebaikan masa depan negara. -astroawani


ULASAN GB

GB sudah ulas semalam. Petikan:

Najib boleh menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menutup sekandal 1MDB. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan mengatasi segala kuasa yang ada pada makhluk Tuhan dan kebenaran itu akan tetap terbongkar juga...

Walaupun ada rakyat Malaysia yang diperdaya dengan menggunakan "dedak" dengan prinsip Najib "cash is king" untuk mendapatkan sokongan, namun ia tidak akan mempunyai apa-apa makna apabila nanti, sampai masanya kebenaran itu terdedah.


Namun di dalam sepanjang zaman, akan tetap ada kumpulan yang akan bangun berjuang menegakkan keadilan. Apabila semua ruang di dalam negara di tutup, apabila rakyat biasa bersuara... mereka ditekan, dipenjara, dipecat, ditukar dan disejukbekukan dan lain-lain tindakan tidak berperikemanusian, Tuhan akan tetap datangkan bantuanNya dengan pelbagai cara.

Selepas skandal 1MDB dan Najib didedahkan oleh DoJ AS, kini di dalam negara muncul seorang putera raja - TMJ - yang mahu terus berjuang dan menyuarakan pandangan serta sanggup dipenjarakan sekiranya tindakan itu adalah satu jenayah.

Tahniah dan syabas TMJ.

Ini mengingatkan GB mengenai satu potong hadith yang diriawayatkan oleh Muslim:


لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك. 
Maksudnya: "Akan tetap ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa menyatakan kebenaran yang mana orang yang menghina mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga datangnya arahan Allah (hari kiamat), namun mereka akan tetap berkeadaan demikian" [Riwayat Muslim].


Semuga TMJ berjaya dan akan sentiasa bersama rakyat marhaen memperjuangan kebenaran dan keadilan.



FEATURED ADS


Satu Dunia Dah Tahu Skandal 1MDB, Najib Boleh Kata 1MDB Tidak Terlibat

Posted: 30 Jul 2016 07:15 PM PDT

1MDB 'bertaburan' dalam dokumen DOJ, kata Lim pada Najib

Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) adalah "mengejutkan" kerana dana tersebut disebut dalam keseluruhan dokumen mahkamah, kata DAP.

"Malah tanpa 1MDB, saman DOJ sebanyak 136 halaman tidak boleh berdiri dengan sendirinya dan akan runtuh.


"'1MDB' adalah bertaburan di seluruh laporan 136 muka surat itu, dan dalam 20 muka surat pertama, terdapat lebih daripada 130 rujukan.

"Maka bagaimanakah Najib boleh mengatakan bahawa 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam laporan DOJ itu?" kata pemimpin DAP Lim Kit Siang dalam ucapannya di majlis makan malam di Johor Bahru malam tadi.


Najib yang juga presiden Umno dilaporkan berkata pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur bahawa 1MDB tidak mempunyai aset di Amerika Syarikat dan tidak dinamakan secara langsung dalam laporan itu.


"Najib tidak harus memperbodohkan rakyat Malaysia," kata Lim yang juga ahli parlimen Gelang Patah. -mk


VIDEO BERKAITAN




ULASAN GB

Najib boleh menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menutup sekandal 1MDB. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan mengatasi segala kuasa yang ada pada makhluk Tuhan dan kebenaran itu akan tetap terbongkar juga...

Walaupun ada rakyat Malaysia yang diperdaya dengan menggunakan "dedak" dengan prinsip Najib "cash is king" untuk mendapatkan sokongan, namun ia tidak akan mempunyai apa-apa makna apabila nanti, sampai masanya kebenaran itu terdedah.

GB ingin mengingatkan satu kisah di dalam Al-Quran tentang Abu Lahab yang "pelahap" dan isterinya yang suka "menderem":



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa
2. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
3. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
4. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.
5. Yang di lehernya ada tali dari sabut.





FEATURED ADS


Comments (0)