Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:47 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Lebih Baik TITM Tutup Mulut Atau Isytihar Keluar PAS

Posted: 29 Jul 2016 01:00 AM PDT

AMANAH ingatkan PAS jangan cuba pecahkan HARAPAN

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu akan menentang sebarang usaha, termasuk PAS, untuk memecahkan Pakatan Harapan.

Mujahid berkata demikian dalam konteks pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang yang dicadangkan oleh DAP untuk mendapatkan mandat baru selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah.


Mujahid berkata kenyataan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba "menganggu" urusan HARAPAN.

Dalam satu kenyataan, Mujahid yang juga naib presiden AMANAH berkata, Tuan Ibrahim tidak ada hak untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik bagi timbalan presiden PAS memberi tumpuan untuk mengenal pasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan AMANAH dengan sekutunya dalam HARAPAN.

Jika PAS telah mengenal pasti musuh politik yang sebenar, kata Mujahid, parti itu pastinya akan bersama dengan HARAPAN dan tidak akan membuang masa untuk pecahkan HARAPAN dengan menyerang AMANAH.

Pada 26 Julai, Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa PAS akan mempunyai "kerjasama bersyarat" dengan PKR sekiranya PRN mengejut diadakan di Pulau Pinang.

Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu Sin Chew Daily bahawa parti itu merancang untuk bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi.

Akhbar itu melaporkan selain enam kerusi tersebut, PAS bercadang bertanding dia dua atau tiga kerusi yang parti itu pinjamkan kepada PKR.

"Jika AMANAH bertanding di kerusi PAS, kita akan bertanding di kerusi DAP dan PKR," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Beliau juga dipetik sebagai berkata PAS tidak akan "mengganggu" dan mewujudkan pertandingan tiga penjuru sekiranya AMANAH tidak melakukan perkara yang sama.

"AMANAH sebagai anggota Pakatan Harapan, kita melihat PKR sebagai mewakili ketiga-tiga parti Pakatan dalam rundingan.

"Tetapi mereka tidak boleh membenarkan AMANAH untuk bertanding, jika mereka berbuat demikian, ia bertentangan dengan syarat kita," Tuan Ibrahim dilaporkan berkata.

Mujahid mengingatkan PAS bahawa parti itu adalah komponen HARAPAN dan akan kekal begitu walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Mujahid mengingatkan bahawa sejak HARAPAN ditubuhkan, PAS tidak mempunyai peranan dalam membina pakatan itu walaupun ia telah dijemput untuk berbuat demikian.

PAS memutuskan untuk membentuk blok ketiga dan tidak menyertai HARAPAN, kata Mujahid mengingatkan bekas rakan-rakannya.

HARAPAN, katanya, telah melalui pelbagai cabaran walaupun belum berusia satu tahun.

Namun, kata beliau, pihaknya tetap komited dalam menggabungkan kuasa pembangkang untuk menghadapi BN dan Umno, selepas PAS mengambil keputusan untuk berpisah dengan DAP. -mk



ULASAN GB

Kenyataan-kenyataan pimpinan PAS semuanya sudah tidak boleh pakai.

Setiap kali mereka bersuara, setiap kali itulah ianya akan di"uturn" oleh presidennya, Hj Abdul hadi Awang.

TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".


Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:


Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya:



Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 


Jika sebelum ini TITM meminta pemimpin AMANAH tutup mulut, kini TITM terpaksa menjilat semula ludahnya apabila sebenarnya beliaulah yang kena tutup mulut kerana kenyataan-kenyataannya jelas tidak laku dan tidak mendapat sokongan dan restu dari presidennya sendiri.

Adalah terlebih baik TITM yang tutup mulut atau isytiharkan saja keluar PAS lantarannya.





FEATURED ADS


Kamu Yang Melampau Kamu Tuduh Orang Lain!

Posted: 28 Jul 2016 11:27 PM PDT

Kalau benci pun jangan melampau sangat'

SHAH ALAM – Pas mengingatkan mana-mana pihak yang menuduh parti Islam itu membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak menabur fitnah.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, parti itu hanya mengingatkan sahaja kerana tidak mahu AS menjadikan isu pendedahan DOJ itu sebagai alasan untuk melakukan sesuatu kepada negara ini.

"Tak habis-habis hendak fitnah kepada Pas. Terbaru kata Pas bela (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat.


"Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu.

"Pas hanya mengingatkan sahaja. Siapa tidak kenal AS terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi.

"Di Syria, atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, DAP mendakwa Pas membela Najib selepas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan sebarang tuduhan mahupun dakwaan terhadap Perdana Menteri perlu disertakan dengan bukti dan saksi yang adil.

Menyentuh soal pendedahan DOJ mengenai dua rakyat Malaysia, Riza Aziz dan Jho Low, Idris menyarankan agar tindakan diambil ke atas mereka.

"Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti.

"Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab," katanya.

Rabu lalu, DOJ dilaporkan cuba mendapatkan kembali 17 aset bernilai lebih RM4 bilion melibatkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan melalui dana 1MDB.

ULASAN GB

Siapa yang melampau sebenarnya ni?

Siapa yang buat kenyataan keluar PAS boleh jejas akidah?


Siapa yang membuat komplot dan konspirasi menyingkirkan golongan professional dari PAS dengan menggunakan CAI semasa muktamar PAS yang lalu?


Idris berkata: "Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu."

Siapa yang hilang rasional sebenarnya sehinggakan orang yang keluar parti dianggap pengkhianat sedangkan Perlembagaan PAS sendiri mengizinkan ahli-ahlinya meninggalkan parti?



Malah siapa yang bertindak ganas dan agresif serta hilang akal jika bukan dari kumpulan ulamak sendiri? Contohnya di dalam kes Ustaz Miqdad Zakaria yang menyertai AMANAH diugut oleh ahli PAS:


Siapa yang sering berbuat fitnah (bila dah benci sangat DAP), jika bukan dari kumpulan ulamak sendiri, dua-dua pesuruhjaya PAS negeri?



Mengapa kamu, wahai Idris tidak mahu menegur kedua-dua pemimpin PAS di atas yang menabur dan berkongsi fitnah sesuka hati?

Siapa yang berlagak dan perasan serba tahu jika bukan kumpulan kamu sehingga mengetahui ada nombor ahli PAS bakal ahli syurga?


Ada banyak lagi kenyataan-kenyataan "ulamak PAS" yang mempunyai ketiga-tiga ciri yang Idris sebutkan itu. Namun ruang di blog saya ini tidak mencukupi untuk dipaparkan kesemuanya itu.

Mereka yang menyertai AMANAH tidak membenci ulama. Malah kami juga dipimpin dan dibimbing oleh ulama-ulama, tetapi bukan ulama-ulama seperti ulama-ulama di dalam PAS yang cakapnya tak serupa bikin.

Tiada siapa yang menghina ulama PAS kecuali ulama PAS itu sendiri membuat perkara-perkara yang menyebabkan mereka dihina dan dibenci.

Menyentuh mengenai siasatan DoJ Amerika Syarikat pula, ia bukan soal campurtangan. tetapi soal pihak berkuasa di negara ini yang sudah hilang kuasa dan peranannya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan apabila mereka yang  berani tiba-tiba dipecat, ditukar atau disejuk-bekukan.

Apabila ruang di dalam negara ini sudah tidak memungkinkan kebenaran dan keadilan itu ditegakkan, maka Tuhan mendatangkan pihak luar untuk melakukannya bagi pihak kita.

Salah siapa bila hal itu berlaku?




FEATURED ADS


Comments (0)