Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:46 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


PAS Terlupa Hilang Deposit Di Sungai Acheh & Kota Damansara?

Posted: 24 Jul 2016 01:10 AM PDT

PRN Pulau Pinang: Peluang Pas terbatas

Penganalisis politik meramalkan peluang Pas untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang terbatas.

Menurut penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P Sivamurugan, ini kerana wujud persaingan antara BN dan dalam kalangan rakan pembangkang yang lain.

"Pas akan menghadapi kesukaran pada PRN Pulau Pinang. Ini kerana wujud persaingan yang bukan sahaja dengan Umno, malah dengan Amanah (Parti Amanah Negara).


"Melainkan ada kompromi (antara Pas dengan Amanah)," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Pendapatnya itu turut dibuktikan dengan rekod lampau Pas yang hanya meraih satu kerusi di Permatang Pasir pada Pilihan Raya Umum 2013.

"Melihat kepada peluang Pas, lebih baik bagi Pas untuk tumpu pada PRU 14 nanti sahaja.

"Tetapi sudah menjadi tradisi Pas untuk bertanding dan saya yakin Pas memang akan bertanding kali ini," katanya lagi. -SH


PAS letak calon di PRN P Pinang

PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, PAS mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.

"Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS tidak menolak untuk berkerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.

Katanya PAS sebelum ini telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa oleh PAS sejak awal penubuhannya.

"Kita (PAS) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar PAS, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

"PAS hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dahulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan oleh PAS, telah berkerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik," kata Abdul Hadi.
-Bernama


ULASAN GB

Apakah sebenarnya tujuan PAS bertanding di Pulau Pinang sedangkan PAS tidak mempunyai kekuatan di negeri tersebut?

Penganalisis politik ada yang berpendapat tujuan PAS itu hanyalah untuk mempastikan kekalahan Pakatan Harapan dan memberi laluan kemenangan kepada UMNO BN. Wallau 'alam.

Jika benar maka PAS yang akan menerima kesan buruk dari niatnya yang busuk itu.

Semenjak kebelakangan ini, tanpa golongan professional di dalamnya, ternyata perjuangan PAS lebih kepada nafsu dan emosi, bukan dengan ilmu dan strategi.

PAS ternyata akan menjadi "pemecah undi" pembangkang dengan mewujudkan pertandingan 3 penjuru.

Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti.

Apa yang berlaku di dalam pertandingan 3 penjuru itu? Perpecahan undi di kalangan komponen Pakatan Rakyat yang akhirnya memberi kemenangan kepada calon BN pada ketika itu.



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam PRN Pualau Pinang jika berlau, dan di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya.

Kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Itu jelas.

Tepat seperti mana kata Dr Mazlee di dalam video di atas, jika PAS ingin terus relevan di dalam politik Malaysia, PAS tidak mampu sendirian walaupun mereka mempunyai "siku dan lutut". Jika mereka menolak DAP dan AMANAH, langkah yang paling realistik untuk PAS ialah mereka menyertai BN.





FEATURED ADS


Tak Perlu Penafian Najib Sebagai MO1, Kerajaan Perlu Bertanggungjawab!

Posted: 23 Jul 2016 11:31 PM PDT

Siapa pun 'Malaysian Official 1', kerajaan mesti bertanggungjawab

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, berkata kerajaan tidak perlu berdolak-dalik terhadap pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, sebaliknya mesti bertanggungjawab kerana 1MDB adalah syarikat kerajaan Malaysia.

Ini katanya termasuklah melalui campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan kerajaan yang disifatkannya sebagai cubaan 'mengawal kerosakan' itu bagaimanapun tidak menjadikan kerajaan dilihat bersih sebaliknya seolah-olah mengesahkan segala pendedahan yang dibuat pelbagai pihak termasuk parti-parti pembangkang, portal Sarawak Report dan blog-blog politik sebelum ini.

"Siapapun Malaysian Official 1 itu, 1MDB tetap milik kerajaan Malaysia. Kerajaan kena bertanggungjawab, kena jawab, dan yang akhirnya pada saya, Yang di-Pertuan Agong kena ambil tindakan. Jangan beri amaran lagi, perlu desak Najib buat tindakan yang sepatutnya," tegasnya ketika dihubungi Roketkini.

Menurut Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu, pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang telah memalukan imej negara tersebut sekaligus menunjukkan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam penyiasatan kes 1MDB seolah-olah tidak berkelayakan atau bersekongkol dengan Najib.

"Maknanya seolah-olah agensi kita seperti polis kita, penyiasat, Peguam Negara kita, sama ada lemah atau tak berkelayakan atau tak bekerja atau bersekongkol dengan Najib," ujar beliau.

"Ini sudah sampai ke tahap kritikal, kalau kerajaan tak buat apa-apa, dia boleh tenggelam, dan siapa yang bersama dia baik Peguam Negara, baik polis, mungkin akan tenggelam bersama. Kita tak mahu negara kita tenggelam bersama dia,

"Dia nak tenggelam tak apa. Tapi rakyat tak nak tenggelam dengan dia,"
tegas Aziz.

Ditanya mengenai analisis pihak tertentu yang mengatakan BN akan menang besar jika pilihan raya diadakan sekarang, Aziz berkata sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan demikian.

"Kalau dia kata boleh menang kenapa pilihan raya yang dicadangkan di Pulau Pinang macam-macam dia kata? Kalau dia yakin masuklah (buat pilihan raya)," ujar beliau.


Skandal 1MDB: Tidak malukah Umno berketuakan Najib? soal Salahuddin

Ketika beberapa menteri kabinet bersungguh-sungguh membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak mempunyai kaitan dengan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) terhadap dana 1MDB yang disalurkan kepada tiga individu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bertanya kepada ahli dan pemimpin Umno, tidak malukah berketuakan Najib?

Ini kerana sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang bertanggung jawab meluluskan pelaburan 1MDB di luar negara, Najib dilihat tidak melakukan sebarang usaha untuk mengatasi kepincangan syarikat pelaburan kedua negara itu.

Malah dua daripada tiga individu yang disiasat Jabatan Kehakiman AS itu mempunyai kaitan rapat dengan beliau iaitu orang kepercayaannya yang mencetuskan ide penubuhan 1MDB, Jho Low dan anak tiri beliau sendiri, Riza Aziz.


Salahuddin menambah, kenyataan Najib bahawa kerajaannya selama ini tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang juga diragui kerana tiada sebarang usaha dibuat untuk mendakwa mereka yang terlibat malah laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Anggota kabinet Najib juga, tambah Salahuddin perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB kerana secara konsisten menafikan wujud salah laku dan penyelewengan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Tindakan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau selari dengan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa Singapura, Switzerland dan Hong Kong terhadap uusniaga 1MDB namun pentadbiran Najib khususnya Peguam Negara berpendapat syarikat tersebut bebas daripada sebarang salah laku.

Najib semalam berkata, kerajaannya memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman AS dan menyifatkan langkah itu selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.

Kerajaan juga, katanya akan memberi kerjasama penuh dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Najib tidak dilibatkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB kerana siasatan itu 'langsung tidak mengaitkan nama beliau'.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mendakwa 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Siasatan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau tiada kaitan dengan Najib.

"Apa yang disiasat adalah berkaitan 'money laundering' (pengubahan wang haram) ke atas tiga individu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Komunikasi Pasifik dan Asia (Paca) di Universiti Putra Malaysia di Serdang, semalam.

Menurut Salahuddin, adalah amat memalukan bagi Najib dan rakan kabinetnya untuk menafikan sebarang pembabitan terhadap penyelewengan dana 1MDB sedangkan ia membabitkan jumlah yang besar dan sudah menjadi bahan berita di peringkat global.

Lebih mengecewakan adalah sikap majoriti ahli Umno yang berdiam diri dengan skandal mega negara ini sedangkan ia telah mencemar nama negara di peringkat antarabangsa.
-MD



ULASAN GB

Yang disibukkan sekarangoleh "pegawai-pegawai kerajaan" ialah menafikan Najib sebagai MO1 seperti yang dicatatkan di dalam saman Jabatan Kehakiman AS.

Namun tiada sebarang usaha mereka untuk memberitahu rakyat siapa sebenarnya MO1 itu jika bukan Najib.

Pun begitu, katakanlah orang yang dimaksudkan itu bukan Najib, namun ia tidak bererti kerajaan boleh berlepas tangan KERANA ia membabitkan ""Pegawai Kerajaan Malaysia No 1". Jadi siapa pun dia, kerajaan Malaysia perlu bertindak untuk mengesan dan memberitahu siapa sebenarnya Pegawai Kerajaan Nombor 1 itu.

Lebih dari itu, kerajaan Malaysia hanya boleh membersihkan imejnya dengan membawa mereka-mereka yang disebutkan nama-namanya secara terang dan jelas ke muka pengadilan. Jho Low dan Riza Aziz tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Pihak polis perlu mengesan sehingga dapat kedua-dua manusia itu.

Seluruh dunia kini sedang mengikuti dan memperhatikan bagaimana KPN, Peguam Negara, menteri-menteri kabinet bertindak mengenai isu ini. Mereka melihat sama anda kompeten melaksanakan tugas atau membela dan bersubahat dengan isu yang memalukan ini.

Sebarang cover-up hanya akan memburukkan keadaan, bukan memulihkannya.

Tidak timbul soal campurtangan AS di dalam hal ehwal negara. Kenyataan Jabatan Kehakiman AS tersebut memang selari dengan kenyataan Ketua Jabatan Audit Negara sendiri, Tan Sri Ambrin Buang, yang menyatakan laporan auditnya mencukupi untuk siasatan lanjut 1MDB. Tetapi mengapa kenyataannya itu sengaja tidak diindahkan?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sebarang salahlaku tidak akan berupaya untuk bertahan lama. Sunnatullah akan tetap berlaku, setiap mereka yang melakukan kesalahan PASTI menerima hukumannya. Dan Allah menyatakan mengenai sunnatullah:

"Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali kali tidak akan menemukan perubahan bagi Sunnatullah itu" Al Fath:23



FEATURED ADS


Comments (0)