Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:01 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] 1MDB: Najib Sudah Tak Boleh Lari... -updated

Posted: 21 Jul 2016 01:40 AM PDT

Siapakah 'Malaysian Official 1' dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika?

Firma pelaburan negara 1MDB, berkata ia tidak mendapat sebarang manfaat dari mana-mana transaksi yang disenaraikan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli menggunakan dana yang didakwa disalurkan dari 1MDB.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang itu di Los Angeles semalam untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion yang mana penyiasat AS percaya telah "ditipu" daripada rakyat Malaysia.

"1MDB menekankan bahawa ia bukan satu pihak dalam saman sivil itu, tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat, atau ia mendapat manfaat dari pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu.


"Tambahan pula, 1MDB tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain yang berkaitan dengan siasatan mereka.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak kuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut dan nasihat dari pihak berkuasa tempatan berkaitan yang sah," katanya dalam satu kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Semalam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, secara lansung dalam saman mereka memohon untuk merampas harta yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, jabatan itu hanya merujuk 'pegawai atasan Malaysia' sebagai 'individu berkaitan'.

Saman yang difailkan di Los Angeles menyebut 'Malaysian Official 1' yang juga memegang satu jawatan yang berkuasa di dalam 1MDB seperti dilapor The Wall Street Journal.

Najib yang juga Menteri Kewangan adalah Penasihat Eksekutif 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat itu.

1MDB kini menanggung beban hutang sehingga RM50 bilion, tetapi kerajaan telah membuat keputusan untuk mengambil alih syarikat itu dan tanggungjawabnya.

Isu itu menjadi panas apabila RM2.6 bilion dikesan masuk ke akaun peribadi Najib yang didakwa sebagai 'derma' dari keluarga diraja Arab Saudi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Najib ialah orang yang terbabit secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang.

Sementara itu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E Lynch pada sidang medianya semalam ditanya sama ada wujud pengaturan untuk tidak menamakan Najib di dalam saman itu.

"Perjanjian kami hanya ke atas draf aduan sebagaimana kami lakukan dalam urusan berkaitan pelucutan hak.

"Saya tidak mempunyai komen terhadap mana-mana individu yang tidak dinamakan setakat ini," katanya pada sidang media Jabatan Kehakiman di Washington DC seperti dipetik dari portal berita tempatan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, Najib yang terbabit secara langsung dengan 1MDB, perlu dikenakan tindakan kerana beliau juga adalah penasihat agensi itu.

Katanya, Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan menjadi penasihat kepada 1MDB telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.

"Najib tidak menjalankan tanggungan fiduciary dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu kesalahan besar walaupun laporan PAC menuding jari ke arah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Hilmi sepenuhnya.

"Sementara tindakan terhadap Shahrol perlu diambil, tindakan terhadap penasihat 1MDB yang mewakili kerajaan tidak boleh diketepikan," katanya.


NAJIB KIAN TERKEPUNG DENGAN TINDAKAN PENYITAAN AMERIKA

SAH DAN SAHIH - Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita berpuluh-puluh hartanah yang dikaitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dana 1MDB.

Nilai hartanah yang akan disita bernilai kira-kira AS$1 bilion atau lebih RM4,000 juta, manakala dana 1MDB yang dipercayai diselewengkan dalam penyiasatan AS adalah berjumlah AS$3.5 bilion atau kira-kira RM14,000 juta.

Tindakan undang-undang yang difailkan menyebut, kesalahan itu didakwa berlaku dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu, termasuk dari Malaysia dan rakan sekutunya yang berkomplot untuk menipu bagi memindahkan berbilion ringgit wang kepunyaaan 1MDB.

Antara nama yang disebut dalam penyitaan hartanah itu ialah anak tiri Najib, Riza Aziz, tangan penting dalam menguruskan pelaburan 1MDB, Jho Low dan Khadem Al-Qubaishi serta Mohamed Badawy Al-Husseiny daripada Abu Dhabi.

Bagaimanapun, tiada nama Najib disebut dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadilan itu.

Meskipun tiada nama Najib disebut atau dikaitkan dalam tindakan undang-undang oleh Jabatan Kehakiman AS itu, tetapi dengan adanya nama Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz terpampang nyata, bagaimanakah Najib mahu memisahkan dirinya daripada semua skandal itu?


Jho Low, melalui pengesahan oleh Bank Negara adalah pemilik Good Star Ltd yang melalui syarikat itu telah dipindahkan wang 1MDB sebanyak AS$1.03 bilion atau lebih RM4,000 juta.

Riza pula, anak Rosmah daripada perkahwinan terdahulu, secara tiba-tiba mampu menerbitkan filem dengan kos ratusan juta di Hollywood serta membeli dua hartanah mewah di AS dan satu lagi di London.

Tidak sekadar merupakan pencatur dalam pelaburan 1MDB sejak ditubuhkan, Jho Low juga pernah bercuti di atas kapal mewah yang turut disertai Najib dan keluarganya.

Jho Low dan Riza juga difahamkan telah berkawan lama sejak mereka sama-sama belajar di universiti di AS lagi.

Sekurang-kurangnya dari segi moral dan logik akal, Najib sedang "terkepung" dengan adanya nama Jho Low dan Riza Aziz disebut dalam tindakan undang-undang oleh Jabatan Keadilan AS itu.

Terlalu sukar dan hampir tidak mungkin untuk Najib membebaskan dirinya daripada apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Dan ini baru permulaan, mungkin lebih banyak tindakan lain akan menyusul selepas ini.


Begitu juga dengan tujuh negara lain yang turut sama sedang menyiasat 1MDB, beberapa kejutan lagi pasti akan terus "mempopularkan" Malaysia di mata dunia. -shahbuddindotcom.




ULASAN GB

Sepertimana yang GB selalu ungkapkan, hukumkebenaran dan keadilan akan tetap terus berjalan.

Najib boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada pada untuk mengelak dan menutup skandal 1MDB. Banyak orang telah dipecatnya. Dan ada berita menyatakan yang telah ada berlakunya "kematian" dengan skandal ini. Kita tidak menuduh sesiapa, tetapi ia berlaku di dalam masa yang serentak sewaktu siasatan 1MDB sedang rancak dilakukan.

Hukum Allah bukan sekadar hudud kerana ada hukum Allah yang tak perlu di bawa di Parlimen - iaitu hukum sunnatullah - yang berjalan sendiri sesuai dengan qudrat, iradat dan ilmu Allah.

Ia terbentang luas di seluruh alam sepanjang zaman. Ia adalah ayat manzurah yang bukan untuk dibaca dengan lidah tetapi dilihat dengan mata hati yang mengenal Allah.

Pusing dan belok macamana pun sesuatu kejahatan dan kemungkaran, tetapi ia tidak boleh terlepas dari hukum Allah tersebut. Golden Rules kata ahli filsafat, "sunnatullah" kata umat Islam, "hukum karma" kata penganut Hindu dan secara umumnya GB namakan ia "hukum kebenaran dan keadilan".

Sebagai penutup GB tertarik ulasan Din Merican ini:

You are so desperate that you must seek the endorsement of PAS newly minted spiritual leader Dato Harun Din (and hadi Awang -GB) in an attempt to regain your credibility and win back our trust. It is too late in the day for that. Your payback time has come and you must now bear the consequences of your devious schemes. You can fool some people (the ulul albabs) some of the time, but not all people (Malaysians) all the time.





FEATURED ADS
IKLANKAN PRODUK PERKHIDMATAN ANDA DI SINI
Tempat terhad

Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html

Comments (0)