Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:59 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


MASALAH AIR KEDAH: GOOI PERLU JUMPA AZMIN ALI DAN KHALID IBRAHIM...

Posted: 12 Jul 2016 09:20 PM PDT

Ahli Parlimen Alor Setar (PKR) Gooi Hsiao Leung
Macam yang kita sedia maklum, semalam MB Kedah buat mesyuarat khas pasai isu masalah air yang berlaku di Kedah masa Hari Raya baru-baru ni. DS Bashah tubuhkan task force khas untuk laksanakan pelan-pelan tindakan untuk atasi masalah ni melalui langkah-langkah yang diperkenalkan. Jika ada yang belum jelas, boleh klik kat sini untuk tahu langkah-langkah tu. 

Tapi pagi ni, Ahli Parlimen Alor Setar (PKR) Gooi Hsiao Leung buat satu sidang media memperlekeh langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan BN Negeri Kedah tu. 

Ada beberapa perkara yang dia bangkitkan dalam PC tu. Dia kata itu langkah-langkah lama yang sudah diambil dan kerajaan negeri takdak idea baru. 

Dia kata, apa yang Kerajaan BN Negeri Kedah buat tu langkah-langkah lama. Tapi dalam masa yang sama, dia mengaku 2 dari langkah-langkah tu langkah baru. Maksudnya memang ada lebih dari satu idea baru.


Kenapa perlu diketepikan langkah-langkah yang pernah diambil jika langkah tu mampu atasi masalah bekalan air? Contohnya macam tube well. Dia kata tube well tu dah dilaksanakan di Kedah oleh PAS dulu. 

Tapi dia tahu tak berapa banyak tube well yang ada di Kedah? Siapa sebenarnya yang bina tube well tu? Kalau dia nak tahu, tube well tu dah lama dah dibina di Kedah. Sebelum PAS perintah pun dah banyak dah tube well kat Kedah.

Siapa yang bina? Tube well di Kedah tu dah merata cerok dibina oleh RAKYAT KEDAH sendiri. Depa bina di kawasan yang paip SADA tak dapat dan belum masuk kat situ. Depa korek sendiri tube well tu gunakan kos sendiri. Ada yang bina tube well untuk dapatkan air mineral yang lebih berkualiti dari air yang diproses SADA. Yang tu normal, kat banyak negeri dah ada.

Dalam sidang media PAS Kedah baru ni pasai isu air, ada disebut pasai sebuah sekolah agama di Kg Padang Kerasak kat area Padang Terap yang dah guna tube well ni. Nak tahu siapa yang bina? Ia dibina atas inisiatif Jabatan Mineral dan Geosains dan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Sila rujuk kat sini dan cari jawapannya.

Gooi kata, masalah air di Kedah ni dah berpuluh tahun dah, dan Ahmad Bashah pun tahu tentang perkara ni. Saya tegaskan, isu air ni bukan kata DS Ahmad Bashah ja, sahabat baiknya Arwah Ustaz Azizan pun tahu sebab depa memang satu batch dulu...

PKR dan PAS pernah jadi sekutu masa Pakatan Rakyat perintah Kedah selama 5 tahun, ari 2008 sampai 2013. Jangan cakap time tu tak berlaku masalah ayaq dan rakyat tak merungut, nanti muntah saya dibuatnya. Ada sekali tu time banjir pun berlaku masalah ayaq di Kedah. 

Gooi pi mana time tu? Awat dia tak tolong arwah Ustaz Azizan? Time tu, BN berbesar hati bantu rakyat Kedah dengan menyalurkan bekalan air dan arwah Ustaz Azizan pula amat berterima kasih ataus bantuan dari BN time tu.. PKR buat apa? Sebok buat demo kat jalanraya?

Tak kisahlah langkah lama atau baru, kalau berkesan, kenapa perlu diketepikan? Ada banyak langkah-langkah, dasar dan polisi lama yang berkesan diguna pakai sebab ianya berkesan. Idea orang lama pun banyak juga yang terbukti berkesan, kenapa perlu dilupakan? Gooi tahu apa makna "PETUA ORANG TUA-TUA"?

Normal la kalau DS Bashah terkejut SADA dapat panggilan aduan sampai 2000 aduan dalam tempoh sehari. Sesiapa pun akan terkejut. Berapa ramai sangat operator SADA yang ada nak cater sampai 2000 panggilan aduan? 

Sebagai MB yang baru bertugas selama 5 bulan saja, dah tentu la DS Bashah bertindak untuk selesaikan masalah rakyat. Langkah mula ialah panggil meeting khas la. Sesiapa pun akan buat macam tu. Takkan la nak pi selesai isu ni tanpa berbincang dan dapat breifing sejelas-jelasnya tentang masalah yang berlaku?

Contoh Tun M dulu masa krisis mata wang pun beliau panggil meeting khas jugak. Kalau berlaku apa-apa yang luar jangkaan terutama yang libatkan rakyat, dah tentu la Ketua Kerajaan akan buat apa yang dilakukan Tun M, Pak Lah, Najib, MB Kedah dan mana-mana MB pun. Itu tindakan normal, bukannya pakai hentam rodong nak pi selesai tanpa usul periksa.

41,000 isi rumah semalam tu dari jumlah 566,121 isi rumah. Peratusnya hanya lebih kurang 7.3% saja dari keseluruhan seluruh negeri Kedah. bukan 73% pun. Tapi DS Bashah tetap pandang serius dan mahu masalah ni diselesaikan secara menyeluruh dan tak berulang lagi pada masa akan datang. Itulah sebab meeting tu dibuat dan task force tu ditubuhkan.

Dia kata Kerajaan BN Negeri Kedah tak tahu the real reason berlakunya masalah air di Kedah? Statement apa ni? Kalau taktau punca, macamana nak buat langkah-langkah tu? Gooi ingat langkah-langkah tu sengaja dibuat?

Dah tentulah banyak pihak terlibat dalam meeting khas tu semalam. Gooi hadir tak? Kalau ada wakil rakyat pembangkang yang hadir semalam, kenapa Gooi tak hadir? Hang pi mana? Gooi tak concern ke tentang masalah air di Parlimen Alor Setar? Dalam meeting tu, dah tentu la dikenalpasti punca-punca masalah air ni... takkan itu pun nak dipersoal? Logik la sikit...

Langkah-langkah yang diambil tu tak sama pun dengan langkah yang diambil untuk tangani masalah air di Selangor. Kenapa tak sama? Sebab punca masalah air di Kedah tak sama dengan punca masalah air di Selangor. Faham tak Gooi?

Gooi... sandiwara apa Gooi..? Kalau rumah DS Ahmad Bashah dan keluarga, rumah Exco-Exco pun hadapi masalah air, nak sandiwara apa lagi? Apa Gooi ingat sikap DS Ahmad Bashah ni macam Anwar Berahim yang suka bersandiwara tu ke? Ingat sejarah "arsenik" dan "balut leher" tak Gooi?

Tak umum bila masalah air ni akan selesai? Tu dia laaa.. tak mai meeting semalam. Kalau mai, dah tentu Gooi tahu jawapannya. Gooi.. yang diumum tu jangka pendek, maksudnya akan cuba diselesaikan secepat mungkin la.. 

Jangka panjang Gooi tau tak apa yang dah berjalan? Gooi pernah dengar "Jeniang Transfer" dak? Gooi tau dak ada loji air yang sedang dibina dan akan dibina? Cuba pi cari kat area Pokok Sena tu Gooi. Tau dak berapa juta RM geran yang diluluskan Kerajaan Pusat untuk atasi masalah NRW di Kedah?

Apa? Gooi nak pemimpin pembangkang dalam task force tu? Alahhh.. tak payah laaa. Menyebok ja dok dalam tu. Cuba tengok perangai Tony Pua bila dibawa masuk dalam PAC. Bukan membantu sangat pun, merumitkan keadaan ada la... orang nak selesaikan masalah rakyat, depa pulak sebok berpolitik 24 jam.. buang karan jaaa...

Gooi tau tak sapa yang pantau keberkesanan task force tu? Rakyat laaaa.. kalau tak berkesan, confirm rakyat Kedah akan hingaq punya.. jangan underestimate kemampuan rakyat Kedah ni Gooi.. kalau Gooi tak buat kerja, tak berkesan jadi wakil rakyat, jangan marah kalau "dipencenkan" rakyat nanti...

Macam ni la Gooi... Apa kata Gooi pi jumpa dengan Azmin Ali dulu. Cuba pi nasihat Azmin dulu. Cuba Gooi cermin dulu apa yang performance PKR dalam menangani krisis air kat Selangor. Apa yang berlaku di Selangor tu dah tahap KRISIS dah, kat Kedah ni hanya layak dipanggil MASALAH saja...clear dak Gooi?

Gooi perlu buat kajian lagi pasai isu air ni dan bandingkan apa yang berlaku di Kedah dan Selangor. Maksud saya, BN dan PKR. Cuba pi tanya Azmin tengok berapa lama dia gariskan masa untuk selesaikan krisis air di Selangor. Tu sejak 1998 lagi tu.. pi jumpa dengan Khalid Berahim, ex-MB Selangor yang PKR gulingkan tu... 

Gooi pernah dengaq "Loji Langat 2" dan "sumber air baru dari Pahang"? Cuba Gooi pi kaji dulu tahap serius krisis air kat sana dan bandingkan dengan apa yang berlaku di Kedah ni...

Apapun, saya ucapkan terima kasih pada Gooi atas pandangan dia tu. At least, kita boleh lihat sendiri tahao IQ pemimpin PKR kat Kedah ni.. Takpa.. "okay" dah tu... Heh!

Comments (0)