Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:54 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Anggota Rela wanita ditahan disyaki subahat rompak JPJ

Posted: 05 Jul 2016 06:46 AM PDT

 
Wanita itu berkhidmat sebagai anggota Rela di JPJ kira-kira tiga tahun lalu dan merupakan saksi utama kes rompakan terbabit.


polis_rela_600


PETALING JAYA: Seorang wanita yang berkhidmat sebagai anggota Rela ditahan kerana disyaki bersubahat dengan dua perompak yang melarikan RM754,000 dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang dipetik China Press mengesahkan wanita itu ditahan selepas polis merekodkan keterangannya semalam.

Menurutnya, wanita itu berkhidmat sebagai anggota Rela di JPJ kira-kira tiga tahun lalu dan merupakan saksi utama kes rompakan terbabit.

Sementara itu, Oriental Daily memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa sebagai berkata, dua anggota Rela ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Seorang daripada suspek itu adalah wanita berusia 41 tahun terbabit dan kedua-duanya akan direman selama dua hari.

Dalam kejadian jam 5.40 petang Isnin itu, kedua-dua suspek bertopi keledar memasuki pejabat JPJ di Jalan Genting Kelang, Setapak melalui pintu belakang.

Perompak bertindak mengacukan parang ke arah seorang petugas wanita sebelum merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil ketika proses pengiraan wang hasil pendapatan harian dilakukan dua pegawai awam.

Kerajaan negeri perlu dinasihati pakar, kata pendakwah

Posted: 05 Jul 2016 06:43 AM PDT

 
Pengerusi yayasan Islam mencadangkan perlantikan penasihat agama Islam dari kalangan pakar untuk menasihati menteri besar dan ketua menteri melawan salah maklumat


An-Nahdhoh-Mutalib-Maaro-lim


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri dinasihatkan supaya melantik penasihat khas berkenaan Islam bagi melawan naratif yang mencetuskan salah faham terhadap agama Islam, terutamanya daripada propaganda IS.

Pengerusi Yayasan An-Nahdhoh Mutalib Maarof berkata langkah ini perlu memandangkan peningkatan ancaman IS, serta isu lain berkenaan Islam yang mencetuskan pergeseran dalam hubungan antara agama di negara ini.

"Isu seperti hudud memerlukan penasihat khas dan berkelayakan, sama seperti seorang mufti.

"Penasihat ini memainkan peranan tetap menasihati kerajaan negeri.

"Kami bimbang dengan perkembangan semasa, saya dan kawan-kawan akan bantu dalam apa jua cara yang boleh," katanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Komtar hari ini.

Sebelum itu, Guan Eng menyerahkan sumbangan RM5,000 daripada kerajaan negeri kepada Yayasan An-Nahdhoh dan Maahad Ad-Da'wah Al-Islamiyyah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Guan Eng mengecam serangan berani mati di Madinah hari ini, dengan berkata serangan itu perbuatan yang keji, terutamanya di bulan Ramadan.

Masa sesuai saya letak jawatan, tunggu hukuman MT dan Lembaga Disiplin,kata Shahruddin

Posted: 05 Jul 2016 06:36 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Datuk Sharuddin Md Salleh Datuk Sharuddin Md Salleh Sah! Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh Datuk Dr Shahruddin Md Salleh telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta merta hari ini.

 Perkara ini dimaklumkan Dr Shahruddin sendiri kepada Malaysia Dateline apabila surat peletakan jawatannya telah di viralkan di media sosial dan whatsApp sejak awal pagi tadi. Surat bertarikh 4 Julai itu telah dihantar kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad.

Menurut Dr Shahruddin, peletakan jawatannya ini ekoran Umno Bahagian Pagoh sebulat suara telah menolak keputusan Majlis Tertinggi Umno kerana memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Jun lalu.

Justeru kata beliau, inilah masa yang sesuai beliau meletakan jawatan sementara menunggu tindakan oleh Lembaga Disiplin parti atau Majlis Tertinggi (MT) mengambil tindakan terhadap keputusannya itu.

"Adalah amat sesuai untuk saya letak jawatan sebagai naib ketua bahagian Pagoh sementara menunggu hukuman lembaga disiplin atau MT.

"Sama ada saya diberikan amaran atau dipecat sebagai ahli Umno kerana ingkar dan menolak keputusan Majlis Tertinggi kerana telah memecat ketua Umno Bahagian Pagoh (Muhyiddin)

"Ini kerana saya dalam Umno telah berhempas pulas habiskan masa dan waktu mencari orang untuk jadi ahli Umno tetapi MT mudah-mudah saja pecat ahli.

"Lebih baik masa tu saya berikan kepada membaca al-Quran dan mempelajari hal-hal agama dan bahasa arab Al-Quran," ujarnya ketika dihubungi.

Justeru beliau berkata bila telah letak jawatan banyak perkara boleh dilakukannya, bahkan akan meneruskan tugasnya sebagai Adun Jorak sehingga tempoh Pilihan Raya Umum akan datang berakhir.

Menurutnya lagi MT telah memperlakukan pemimpin nombor dua negara seperti 'sampah' dengan mengambil keputusan memecat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Beliau diperlakukan seperti sampah dan petualang sebagai orang nombor dua negara.

"Terpulanglah pada MT nak menghukum Umno Pagoh.

"Ramai Ketua Cawngan berkata pada saya, bila nak bertanding minta undi. Mereka nyatakan akan memperjuangkan suara hati ahli-ahli Umno tetapi bila dah dapat undi dan jadi ahli MT mereka pula menekan ahli dan tujuk kuku, pecat ahli.

"Sepatutnya adalah ahli MT yang berjumpa dengan ketua-ketua cawangan di Pagoh ni terangkan keadaan dan kita boleh berdebat jika ada perkara sesama sendiri tidak puas hati terhadap isu berbangkit," ujarnya ketika ditanya sama ada akan lebih ramai lagi ketua-ketua cawangan di bahagian Pagoh yang akan meletakan jawatan.

Shahruddin menegaskan lagi, semua ahli Umno di peringkat cawangan dan bahagian masih lagi sayangkan Umno tetapi mereka mahu pemimpin baru diperingkat atasan parti.

Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Muhyiddin di beberapa kementerian yang diterajui Muhyiddin sebelum ini.

Bagi Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Johor (GKCM) Solihin Badri ketika dihubungi Malaysia Dateline pula berkata, sewajarnya Adun Jorak, itu meletakan jawatan ekoran beliau secara peribadi rapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya sudah menjangka keputusan itu akhirnya akan dibuat kerana beliau antara penyokong kuat Tan Sri Muhyiddin sejak sekian lama di Pagoh," ujarnya.

Mengulas alasan yang diberi Shahruddin kononnya di sebabkan mahu memberi tumpuan untuk membaca, menulis dan mempelajari bahasa arab dan menghafal ayat-ayat Al Quraan, ia dianggap alasan yang digunakan untuk menjelaskan sebab utama beliau meletakan jawatan.

"Itu semua alasan. Apa yang jelas beliau adalah antara ahli Umno di peringkat bahagian yang tidak bersetuju dengan keputusan MT Umno memecat Tan Sri Muhyiddin," ujar Solihin sambil ketawa kecil apabila ditanya alasan yang diberikan oleh Sharuddin seperti yang tersebar di media sosial.

Sebelum itu pada 28 Jun lalu lima Ketua Cawangan di Bahagian Pagoh turut meletakkan jawatan antaranya ketua cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri;Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad dan Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.

Tangkapan warga emas bukti sikap toleransi semakin nipis

Posted: 05 Jul 2016 06:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tangkapan terhadap seorang warga emas kerana posting di kumpulan sembang WhatsApp memberi isyarat betapa longlainya kadar toleransi pentadbiran semasa terhadap perbezaan pendapat dan kebebasan bersuara, kata NGO Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) hari ini.

"Penindasan berterusan suara bercanggah hanya akan membawa kepada kekecewaan yang lebih besar dan bertentangan perbincangan awam terbuka yang diperjuangkan Cenbet," kata NGO itu dalam satu kenyataan media.

Tindakan terbaru itu, kata kumpulan berkenaan menimbulkan persoalan berhubung tindakan keterlaluan oleh pihak berkuasa sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ini termasuk mendakwa aktivis Bilqis Hijjas kerana melepaskan belon kuning pada acara yang dihadiri oleh perdana menteri, dan juga pendakwaan ke atas artis Fahmi Reza kerana lukisan karikatur perdana menteri sebagai badut.

"Penangkapan itu yang disusuli tahanan reman selama tiga hari terhadap warga emas yang menyiarkan gambar di kumpulan sembang WhatsApp itu adalah corak toleransi menjunam pihak berkuasa terhadap pandangan alternatif.

"Bagaimana gambar yang dikongsi secara tertutup dalam kumpulan kecil itu di mana yang kononnya dipersendakan itu bukanpun ahli kumpulan boleh menjejaskan keselamatan negara memang sukar dibayangkan."

Ini, kata Cenbet, hanya memaparkan keremehan pemimpin negara negara hari ini.

Penulis berusia 76 tahun itu pertama kali ditangkap di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Jumaat lalu, dan dibawa ke mahkamah rendah Johor Baru, yang membenarkan tahanan reman tiga hari yang berakhir hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki itu memuat naik imej berkenaan di bawah nama 'Pa Ya' dalam kumpulan sembang WhatsApp 'Bicara Politik Melayu' yang bersifat jelik dengan tujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia.

Negara sedang tuju kehancuran kerana rasuah, kata Mahathir

Posted: 05 Jul 2016 06:18 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Negara menuju kehancuran kerana rasuah, kata Tun Dr Mahathir Negara menuju kehancuran kerana rasuah, kata Tun Dr Mahathir


Bekas perdana menteri yang paling lama memerintah, Tun Dr Mahahthir Mohamad menyifatkan, negara ini sedang menuju kehancuran kerana rasuah diperguna secara meluas untuk menguasai segala-galanya.

Dalam tulisan beliau dalam blognya, Mahathir berkata, dalam pilihanraya kecil baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik.

"Mereka tentu tahu mereka telah menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti.

"Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan," kata beliau yang dipercayai merujuk kepada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Bagi Mahathir, k emenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal.

"Di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum. Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram," katanya.

Katanya, punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram.

"Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram," katanya.

"Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah s.w.t. jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang telah kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan dimasa hadapan harus ingat pesanan dalam Al Quran berkenaan bertaubat," tulis beliau.

Katanya, rasuah adalah suatu jenayah yang keji dan kotor.

Ia merosakkan masyarakat, menindas yang miskin, menghalang kemajuan dan kesejahteraan, melemahkan dan mempermudahkan penjajahan oleh bangsa lain, katanya.

"Mereka yang cuba menghalalkan rasuah tetap termasuk dalam golongan penjenayah yang berdosa. Lebih buruk lagi ialah mereka yang tahu akan larangan agama terhadap rasuah namun mereka cuba halalkan rasuah. Dosa mereka tentu berlipatganda jika kerana mereka dakwa bahawa rasuah itu halal maka orang lain akan menerima rasuah.

"Amatlah menyedihkan apabila didapati yang teramai dari orang yang menyuap dan memakan rasuah ialah orang Islam. Sebabnya ialah kerana tidak ada tekanan oleh mereka yang bertanggungjawab mendidik akan haramnya rasuah dan pentingnya ia ditolak. Justeru itu ia tidak termasuk dalam nilai hidup yang dipegang sebagai sebahagian dari budaya orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya," katanya.

Bagi beliau, harapan masyarakat kepada undang-undang mencegah rasuah tidak mungkin berjaya sepenuhnya.

KPN didakwa gagal sekat militan IS tempatan

Posted: 05 Jul 2016 06:04 AM PDT

ARIF ATAN
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Kepimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilihat gagal menyekat kemasukan pengaruh militan IS ke Malaysia ekoran beberapa kejadian keganasan berlaku, kata Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrurazi Mokhtar.

Menurutnya, rakyat tambah terkejut apabila dua anggota polis berpangkat rendah turut ditahan selain 13 individu lagi yang dipercayai terjebak dengan aktiviti IS di negara ini.

"Ini kelemahan anggota polis di bawah pimpinan KPN (Ketua Polis Negara) sendiri," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas pengesahan Khalid semalam tentang wujudnya militan IS tempatan sebagai dalang dalam letupan di sebuah pusat hiburan di Puchong, 28 Jun, Fakhrulrazi berkata, insiden tersebut berlaku pada ketika tumpuan polis lebih kepada aktiviti pemimpin parti pembangkang.

"Dakwaan Khalid bahawa kumpulan IS tempatan diarah menyasarkan pemimpin kanan kerajaan termasuk Perdana Menteri, pegawai polis, hakim dan pusat hiburan amat menimbulkan kehairanan kepada rakyat Malaysia," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Khalid benar-benar serius menangani ancaman militan IS dengan tidak  menjadikan fokus polis untuk memantau penggunaan media sosial yang didakwa sebagai saluran kepada arahan serangan bagi kepentingan politik pihak tertentu.

"Kita tidak nafikan komitmen anggota polis keseluruhannya dalam usaha membanteras kegiatan pengganas di negara ini.

"Namun, sikap KPN sebelum ini yang terlalu menumpukan pemimpin dan aktivis politik parti pembangkang mengundang kekecewaan sebilangan rakyat Malaysia," jelasnya.

Beliau berkata, segenap lapisan rakyat termasuk di pihak Pakatan Harapan sama sekali menolak ekstremisme yang dibimbangi menjejaskan keamanan masyarakat. 

 "Kita menyokong sepenuhnya apa sahaja pendekatan dan langkah berkesan oleh pihak PDRM untuk memerangi ancaman militan daripada merebak ke negara ini," tambahnya lagi.

Phahrolrazi Tempelak G18 Gagal Bina Kekuatan Akar-Umbi PAN

Posted: 05 Jul 2016 06:04 AM PDT



Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menempelak kumpulan G18 yang dilihat masih gagal membina kekuatan akar umbi PAN di peringkat cawangan.


Kumpulan G18 adalah kumpulan bekas profesional PAS yang tidak memberi laluan kepada PASMA ketika kumpulan serpihan PAS itu mahu menubuhkan parti baharu tahun itu.

"Pada awalnya G18 itu pada peringkat penubuhan, dia melihat bahawa dia mempunyai kekuatan yang cukup tapi kami memberi pendapat bahawa dalam konteks parti politik kita perlu menerima semua pihak untuk menjadi besar.

"Semua pihak yang menyokong dia hendaklah dijemput untuk turut serta di dalam sesuatu parti politik jadi oleh sebab itu kita (PASMA) mengambil pendirian menyertai Amanah dan mereka bersetuju dan membuka ruang seluasnya pada NGO," kata Phahrolrazi ketika diwawancara Antarapos.

Pada 24 Jun tahun lalu, wakil kumpulan G18, Hanipa Maidin meminta PASMA memberi laluan kepada kumpulan bekas profesional PAS untuk menubuhkan parti baharu kerana PASMA tidak mempunyai daya tarikan yang cukup di peringkat akar umbi untuk berbuat demikian.

"Saya tidak kata (PASMA) tidak baik… tetapi secara realistiknya sejumlah ahli PAS masih sangsi mengenai PASMA.

"(Presiden PASMA) Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah seorang lelaki yang baik tetapi bagi mereka (akar umbi lihat) dia (sebagai) seorang pengacau dalam kemelut Kedah itu," kata Hanipa.

Pendapat Hanipa turut disokong oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

"Dari sudut reputasi dan trek rekod dalam lapangan politik, saya percaya kami ada lebih (tarikan) daripada apa yang ditawarkan PASMA," kata Khalid.

Namun selepas hampir setahun, kumpulan bekas profesional PAS diberi peluang memimpin parti baharu-PAN-parti itu hanya mampu membentuk kekuatan di peringkat pusat dan parlimen sahaja.

"Di peringkat nasional sudah selesai, di peringkat parlimen sudah hampir 150 parlimen ada mempunyai Amanah.

"Sekarang ini mereka terpaksa tubuh akar umbi peringkat cawangan setiap daerah mengundi mesti ada dan ini proses yang perlu dibuat dan tidak boleh lari.

"Ia (PAN) tidak ada kekuatan sendiri dan dengan kekuatan sendiri tidak cukup kuat kecuali dengan sokongan parti-parti PH yang lain,"kata Phahrolrazi

Sesi Roadshow Guan Eng Belum Tentu Boleh Yakinkan Rakyat – Penganalisis

Posted: 05 Jul 2016 06:01 AM PDT

Roadshow yang dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng belum tentu boleh menyakinkan rakyat berkaitan dengan pertuduhan rasuah yang dikenakannya kepadanya di mahkamah, kata Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.


"Bagi penyokong setia parti, sudah pasti Guan Eng tak bersalah. Namun bagi golongan atas pagar, sesi penerangan ini diadakan untuk mendekati mereka yang merasakan Guan Eng bersalah atau tidak. Mungkin yang jadi tumpuan adalah percaya atau tidak, atau beri keyakinan kepada mereka seolah-olah Guan Eng tidak bersalah," ujarnya.

Pandian turut berpendapat penganjuran roadshow seumpama itu tidak lebih sebagai cubaan menagih simpati.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim pula berpendapat Guan Eng tidak perlu mengadakan roadshow tetapi menjawab segala pertuduhan yang dikenakan kepadanya di mahkamah.

"Dalam situasi Guan Eng ini sebagai ketua menteri dia sepatutnya hormati undang-undang. Ada undang-undang bukan kita sebuah negara yang tidak ada undang-undang," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Usul keempat Pandikar bukan ditolak tapi ditangguhkan, kata Azalina Othman

Posted: 05 Jul 2016 05:54 AM PDT

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Usul keempat yang dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memperkasakan Parlimen bukannya ditolak tetapi ditangguhkan, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
 
Usul keempat itu adalah penubuhan Jawatankuasa Pemilihan yang dianggotai (wakil rakyat) BN dan pembangkang untuk membincang dan meneliti rang undang-undang (RUU).
 
"Jawatankuasa itu bukan ditolak tetapi ditangguhkan, saya selaku menteri yang bertanggungjawab telah mengadakan lawatan ke Australia dan Kanada bagi mengkaji dan membuat perbandingan berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilihan. 
 
"Saya juga dijangka akan ke United Kingdom  bagi tujuan yang sama," ujarnya menerusi emel kepada Antarapos.
 
Pandikar sebelum ini mengejutkan banyak pihak selepas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker namun menarik balik surat rasminya selepas yakin dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersetuju untuk melakukan pemerkasaan Parlimen.
 
Azalina dalam reaksinya menyatakan penghargaannya kepada Pandikar kerana mengilhamkan reformasi dan menjadi speaker yang berkesan dalam menaiktaraf mutu dan kualiti Dewan Rakyat.
 
Ia berikutan tindakan Pandikar mengusulkan empat cadangan untuk menambahbaik institusi itu agar tidak lagi diperlekehkan mana-mana pihak dan dilihat bebas daripada campurtangan kerajaan.
 
Kerajaan sebelum ini mengumumkan meluluskan tiga daripada empat usul yang dikemukakan Pandikar.
 
Usul berkenaan adalah Pindaan bersabit pertanyaan-pertanyaan jawab lisan dipercayai membabitkan tambahan 30 minit diberikan kepada menteri-menteri bagi menjawab soalan-soalan sesama ahli Parlimen.
 
Selain itu, pewujudan Kamar Khas (Special Chamber) iaitu penubuhan Dewan kedua (atau) satu Parlimen mini.
 
Pandikar sebelum ini memberitahu pewujudan kamar ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen mengemukakan isu yang tertakluk di bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18 bagi mengelakkan pembaziran masa dan setia persoalan (yang dikemukakan) dijawab.
 
Kerajaan juga meluluskan usul untuk mewujudkan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri merujuk kepada tempoh masa untuk ahli Parlimen mengemukakan soalan bagi sesi jawapan lisan yang sebelum ini diperuntukan 10 hari telah dilanjut kepada 14 hari.
 
"Kerajaan dari dahulu begitu komited untuk menambah baik perjalanan Parlimen, sebab itu kita menyokong Reformasi Parlimen tersebut.  
 
"Kerjasama antara kerajaan dan pembangkang juga sudah berlaku seperti dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Jawatankuasa Dewan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan lain-lain," kata Azalina.
 
Azalina dalam pada itu menyatakan beliau berpuas hati dengan standart perbahasan di Parlimen buat masa ini.
 
"Setakat ini perbahasan berjalan dengan baik. Bagaimanapun, adakalanya saya sedikit kesal apabila ada diantara ahli-ahli Parlimen yang salah guna ruang perbahasan dengan membuat serangan-serangan yang tidak berasas.  
 
"Reformasi Parlimen sudah bermula pada penggal yang lalu dengan memasukkan beberapa elemen baru yang mana memberi lebih banyak ruang untuk ahli-ahli parlimen membawa isu-isu rakyat. Bagaimanapun saya berharap ruang  itu digunakan dengan baik supaya tidak membazir masa," ujarnya.
 
Azalina dilantik menjadi menteri yang menyelia perjalanan Dewan Rakyat pada Julai 2015.
 
Terdahulu, Azalina memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan pada 2004 hingga 2008 dan Menteri Pelancongan pada 2008 hingga awal 2010.
 
 

PAS perlu berhati-hati dekati Umno BN

Posted: 05 Jul 2016 05:47 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jika PAS tidak berhati-hati dalam usaha mendekati Umno-BN parti itu boleh kehilangan sokongan penyokongnya di kemudian hari, demikian kata Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
 
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata langkah PAS berbaik-baik dengan Umno-BN mungkin akan memberikan kesan yang tidak diduga kepada parti itu.
 
"PAS kena berhati-hati supaya masyarakat tidak akan pandang ini mahu kerjasama atau ada agenda lain. Jadi pandangan orang bahawa PAS cenderung kepada Umno-BN tidak dapat dielakkan kerana ada kenyataan-kenyataan begitu," katanya.
 
Bercakap kepada Antarapos, Mohd Azmi atau dikenali dengan panggilan Cikgu Azmi berkata, kepimpinan PAS terutamanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seharusnya bijak membuat percaturan demi survival parti seperti 'menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'.
 
Jelasnya segala kenyataan yang dibawa Hadi sebelum ini mencerminkan bahawa parti itu mahu kembali kepada Umno-BN setelah bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat tahun lalu.
 
"Percaturan politik ini barangkali orang politik lebih tahu macam mana, apabila buat kenyataan begini kesannya bagaimana. Saya kira mereka (PAS) kena bijak untuk tidak sampai mengelirukan dan menjadikan masyarakat bebal dengan politik. Masyarakat letih dengan kenyataan begini," katanya lagi.
 
Sebelum ini Hadi berkata PAS kini menggunapakai pendekatan budaya politik matang dan sejahtera dalam memperjuangkan politik Islam.
 
Hadi juga pernah sepentas dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia tahun lalu dengan pakaian sedondon yang dilihat sebagai bibit-bibit permulaan kepada kerjasama antara PAS dan Umno-BN.
 
Kemesraan ini boleh dilihat dari dua sisi, saya kira pembangkang lain boleh buat begitu. Sejak dulu tidaklah sampai mereka tidak mahu hadir. Yang lebih penting dari segi kenyataan yang menyebabkan masyarakat tafsir, dengan PAS menjadi penasihat, tidak lagi mahu menyerang (Umno BN). 
 
"Kenyataan ini yang menyebabkan PAS sudah lembut dan mirip (mesra) kepada Umno-BN, kenyataan itu harus ditunjukkan dengan lebih konsisten," dakwa Cikgu Azmi.
 
 

Kes bunuh aktivis PKR selesai, kata IGP

Posted: 05 Jul 2016 05:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kes pembunuhan aktivis PKR, Bill Kayong berjaya diselesaikan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam tweet hari ini, beliau memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak berhubung kejayaan dalam menangkap suspek yang didakwa membunuh Kayong itu.

"Penembak ditangkap dan dan senjata pembunuhan dijumpai," katanya.

Motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan isu tanah adat (NCR). Polis Sarawak dijangka mendedahkan butirannya lebih lama lagi.

Kayong terkenal sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat kaum pribumi dan juga adalah calon PKR bagi kerusi Bekenu semasa pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu.

Beliau telah ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya pada pagi 21 Jun Senjata pembunuhan dilaporkan adalah sepucuk senapang patah.

Pada 30 Jun dan 1 Julai, pihak polis menahan enam orang yang berumur di antara 22 dan 41 untuk disoal siasat berhubung pembunuhan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor dalam satu kenyataan media berkata enam suspek, termasuk seorang wanita ditahan dalam kes berkenaan.

"Suspek telah menunjukkan tempat dia menyembunyikan senapang patah yang dipercayai telah digunakan untuk menembak Bill Anak Kayong.

"Senapang patah tersebut dan beberapa butir peluru senapang patah termasuk satu kelongsong yang telah digunakan telah dirampas dari tempat yang ditunjukkan oleh suspek.

"Dengan tangkapan ini dan rampasan senapang patah, kita yakin kes pembunuhan Bill Anak Kayong berjaya diselesaikan," katanya.

Pengganas dalam serangan Dhaka ikut Zakir Naik

Posted: 05 Jul 2016 05:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


Laporan berita mendakwa dua pengganas yang terbabit dalam pembunuhan 20 tebusan di Dhaka, Bangladesh, adalah pengikut media sosial pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik dan dua perekrut yang dipercayai anggota kumpulan militan Negara Islam (IS).

Akhbar Bahasa Inggeris Bangladesh, The Daily melaporkan bahawa seorang daripada mereka Rohan Imtiaz menulis di Facebook tahun lalu memetik Zakir menggesa semua umat Islam untuk menjadi pengganas.

Penceramah bebas itu berkunjung ke Malaysia pada April lalu walaupun menerima banyak tentangan daripada pelbagai pihak.

Beliau juga dianugerahkan sebuah pulau oleh kerajaan negeri Terengganu untuk menubuhkan cawangan tempatan atau pusat penyelidikan serantau Asia Tenggara untuk Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diterajuinya.

Walaupun mendapat bantahan daripada kumpulan Hindu dan MIC, Zakir dibenarkan untuk menyampaikan ceramahnya tetapi topik untuk membandingkan Islam dan Hindu telah diarahkan supaya diubah.

Ketika itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan warga India sebagai "lelaki yang sangat bijak."

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjemput beliau untuk sarapan pagi di kediamannya dan melahirkan harapan bahawa pendakwah itu akan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan.

Begitu juga, PAS memuat naik gambar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpelukan dengan Zakir dalam apa yang disifatkan sebagai "perjumpaan bersejarah".

Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua daripada mereka yang terlibat dalam serangan ke atas sebuah restoran di Dhaka belajar di universiti Monash di Sunway, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mereka adalah penyerang ataupun mangsa.

Seorang lagi pengganas dalam serangan itu, Nibras Islam, dilaporkan pernah menjadi pengikut perekrut IS yang disyaki iaitu, Anjem Choudary dan Shami Witness di Twitter pada 2014.

Seorang warga British, berketurunan Pakistan, Anjem yang berusia 49 tahun itu kini berdepan dengan perbicaraan di England atas dakwaan melanggar undang-undang anti-keganasan British.

Sementara itu, Shami Witness adalah nama di Twitter bagi Mehdi Biswas yang berusia 24 tahun dan berasal dari India. Dia juga menghadapi perbicaraan kerana menjalankan propaganda untuk IS.

Penganas itu lazimnya memenggal kepala tebusan mereka, termasuk rakyat Itali dan Jepun sehingga mati.

Menurut laporan, pengganas berkenaan dikatakan dari keluarga berada, manakala Rohan adalah anak kepada seorang ahli politik dari parti pemerintah Bangladesh Awami League.

Komando Bangladesh telah membunuh sekurang-kurangnya enam daripada pengganas berkenaan.


Kes bunuh aktivis PKR selesai, kata IGP

Posted: 05 Jul 2016 04:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kes pembunuhan aktivis PKR, Bill Kayong berjaya diselesaikan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam tweet hari ini, beliau memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak berhubung kejayaan dalam menangkap suspek yang didakwa membunuh Kayong itu.

"Penembak ditangkap dan dan senjata pembunuhan dijumpai," katanya.

Motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan isu tanah adat (NCR). Polis Sarawak dijangka mendedahkan butirannya lebih lama lagi.

Kayong terkenal sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat kaum pribumi dan juga adalah calon PKR bagi kerusi Bekenu semasa pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu.

Beliau telah ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya pada pagi 21 Jun Senjata pembunuhan dilaporkan adalah sepucuk senapang patah.

Pada 30 Jun dan 1 Julai, pihak polis menahan enam orang yang berumur di antara 22 dan 41 untuk disoal siasat berhubung pembunuhan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor dalam satu kenyataan media berkata enam suspek, termasuk seorang wanita ditahan dalam kes berkenaan.

"Suspek telah menunjukkan tempat dia menyembunyikan senapang patah yang dipercayai telah digunakan untuk menembak Bill Anak Kayong.

"Senapang patah tersebut dan beberapa butir peluru senapang patah termasuk satu kelongsong yang telah digunakan telah dirampas dari tempat yang ditunjukkan oleh suspek.

"Dengan tangkapan ini dan rampasan senapang patah, kita yakin kes pembunuhan Bill Anak Kayong berjaya diselesaikan," katanya.



Kelantan tidak isytihar cuti 10 Julai

Posted: 05 Jul 2016 04:14 AM PDT

SINAR HARIAN
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob


KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menganggap cuti Hari Raya Aidilfitri selama empat hari di negeri ini sudah mencukupi bagi memberi peluang kepada anak perantauan berurusan di pejabat pada hari berikutnya iaitu Ahad, 10 Julai.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, empat hari cuti iaitu dua hari cuti raya dan dua hari lagi cuti mingguan sudah mencukupi.

"Saya merasakan hari Ahad itu kita berilah peluang kepada anak-anak di perantauan berurusan di pejabat kerajaan selepas balik sekali sekala ke kampung halaman.

"Kita melihat kepentingan anak perantauan untuk apa-apa urusan pejabat," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pesara dan penghulu di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi mengenai keputusan beberapa negeri seperti Kedah, Terengganu, Johor yang memberi cuti peristiwa pada 10 Julai berikutan sambutan Aidilfitri.

Mengenai majlis penyampaian sumbangan itu, Ahmad berkata sebanyak 791 penghulu menerima RM250 setiap seorang sebagai sumbangan Aidilfitri manakala 69 pesara penghulu turut menerima RM100 bagi setiap tahun mereka berkhidmat.

Katanya bekas penghulu yang berkhidmat selama 24 tahun layak menerima sumbangan sebanyak RM2,400.

Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa simpati ke atas keluarga mangsa kemalangan jalan raya yang meragut tujuh nyawa di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kira-kira pukul 1.20 pagi hari ini.

Beliau berkata pemilik kenderaan berat sepatutnya lebih mengutamakan keselamatan dan berhemah terhadap pengguna kenderaan ringan bagi mengelak kemalangan sehingga mengorbankan banyak nyawa di saat umat Islam mahu menyambut hari gembira Aidilfitri.

Tujuh yang maut itu daripada sebuah keluarga yang kesemuanya menaiki sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu, bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Kuala Krai. - Bernama


Kafir harbi: Mereka salah faham kenyataan saya

Posted: 05 Jul 2016 04:12 AM PDT

Kafir harbi: Mereka salah faham kenyataan saya
Abdul Rahman mendapat sokongan daripada NGO Islam negeri ini yang hadir di Pejabat Mufti Pahang.


PEKAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menganggap sebarang isu berkaitan kenyataannya berhubung kafir harbi adalah salah faham kerana tidak memahami maksud sebenar.

Abdul Rahman berkata, walaupun umat Islam perlu menentang orang kafir harbi namun  tidak bermakna kita menggunakan kekerasan dan berperang.

Sebaliknya, perlu berlawan  dengan berhemah, hujah yang tepat, perangi dengan bijaksana dan berakhlak mulia.

"Justeru, saya anggap mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya adalah mereka yang tidak faham maksud tersirat dan jangan sempitkan fikiran kita.

"Sebagai umat Islam, kita memperjuangkan agama, bukan mencari perbalahan dan memecahbelahkan antara satu sama lain," katanya kepada media selepas perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Jabatan Mufti Pahang di sini, semalam.

Pada perjumpaan itu, sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pahang menyatakan sokongan padu kepada beliau  yang dikecam DAP ekoran kenyataan berhubung sesiapa yang berfikiran seperti DAP adalah tergolong dalam kafir harbi.

Yang Dipertua Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) Pahang , Yunan Abdul Samad yang mewakili NGO itu berkata, sokongan dibuat kerana kenyataan Mufti Pahang adalah benar.

"Itu adalah tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk menyampaikan agama Islam. Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada mufti atas keprihatinan dan keberanian beliau dalam menyatakan pandangan," katanya.

Selain Aswaja,  NGO yang menyatakan sokongan berdiri teguh di belakang Abdul Rahman ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Sukarelawan al-Quran Pahang, Persatuan Veteran Tentera Pahang, Persatuan Perubatan Islam Pahang, Majlis Ta'lim Pahang dan Institusi Pendidikan Islam Pahang.

Berdasarkan laporan media baru-baru ini, Abdul Rahman dipetik sebagai berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam.

Namun, kenyataan itu mendapatkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

Malah polis negeri telah mengambil keterangan daripada beliau berkaitan istilah kafir harbi.


PKR anggap partinya 'pengikat' DAP-PAS-Amanah

Posted: 05 Jul 2016 12:02 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR adalah 'pengikat' antara parti pembangkang iaitu DAP-PAS-Amanah walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah berpecah dan kini menubuhkan Pakatan Harapan (PH).
 
Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sekiranya peranan yang dimainkan parti ini kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tidak mustahil pakatan itu mampu mengekalkan prestasi yang pernah diraih pada 2008 dan 2013.
 
"Saya kira PKR adalah pengikat dan penghubung dikalangan parti pembangkang, saya ingat kalau berjaya diteruskan bermakna pencapaian yang kita dapat sejak 2008 dan 2013 itu akan diteruskan walaupun ada beberapa gangguan di sana sini. 
 
"Saya kira peranan yang dimainkan PKR itu adalah satu peranan yang amat relevan dalam keadaan politik sekarang ni," katanya secara eksklusif kepada Antarapos.
 
Selepas penubuhan PH, hanya PKR yang mempunyai hubungan baik dengan PAS dan parti komponennya yang lain (DAP dan Amanah) tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berbaik dengan parti itu.
 
Disebabkan kerjasama yang dingin itu pembangkang kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Mei lalu dan di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Jun.
 
Kekalahan itu akibat daripada kegagalan pembangkang mencapai kata sepakat dalam soal pembahagian kerusi hingga menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
 
Justeru Shaharuddin berkata PKR akan memastikan hubungan 'baik' antara parti pembangkang diperbaiki demi berdepan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) sekaligus merealisasikan harapan untuk menawan Putrajaya.     
 
"Pendirian PKR itu adalah memastikan perjalanan satu lawan satu itu, supaya apa yang berlaku pada 2008 dan 2013 itu dapat diteruskan.
 
"Kerana kita yakin bahawa dalam persaingan PRU satu lawan satu ini akan beri kelebihan kepada oposisi berbanding tiga penjuru sudah pasti ketiga-tiga pihak akan berhadapan dengan masalah yang besar," katanya. 
 
Mengulas mengenai inisiatif yang akan digunakan PKR dalam menjernihkan hubungan antara DAP, PAS dan Amanah, Shaharuddin berkata walaupun PAS enggan memberi kerjasama yang baik buat masa ini, namun perkara itu boleh diusahakan demi kebaikan rakyat.
 
"Memang kita masih dalam PH dan dalam waktu yang sama kita harus mengekalkan hubungan dengan PAS. Walaupun pemimpin-pemimpin PAS sudah nyatakan mereka tak boleh bergabung dengan Amanah dan DAP tapi itu pandangan parti masing-masing," ujar beliau.
 
 

JPJ Wangsa Maju dirompak, wang tunai hampir sejuta dilarikan

Posted: 04 Jul 2016 11:56 PM PDT

 
 
 
 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju kerugian hampir sejuta ringgit apabila wang tunai yang sedang dikira kakitangan selepas waktu pejabat dilarikan dua perompak hari ini.
 
Kejadian tidak dijangka itu berlaku semasa waktu operasi pejabat JPJ cawangan Wangsa Maju di Jalan Genting Klang, Setapak di sini petang tadi.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 5.42 petang, selepas waktu berurusan dengan pelanggan tamat dan dua pegawai awam sedang mengira wang hasil pendapatan harian di dalam bilik unit akaun.
 
"Tiba-tiba dua suspek lelaki memakai helmet memasuki melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
 
"Suspek terus menuju ke bilik urusetia penguatkuasaan dan mengacukan parang terhadap seorang pegawai awam perempuan yang berada di bilik itu.
 
"Kedua-dua suspek kemudian memasuki bilik unit hasil dan menuju ke kaunter dan merampas wang tunai RM754,000 daripada tiga pegawai awam yang sedang bertugas ketika itu dan melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini.
 
Tambah beliau seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu dan seorang lagi lelak berkulit hitam.
 
"Kes sedang di siasat dibawah Seksyen 395,397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan bersenjata.
 
"Polis telah menggerakkan pasukan untuk memburu suspek yang melarikan diri itu," katanya lagi. - MalaysiaGazette
 
 

Politik PKR, Amanah makin tepu kemaruk pemimpin kitar semula

Posted: 04 Jul 2016 11:54 PM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] Adakah tempoh 'asmara pandang pertama' di antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pakatan Harapan (PH) akan terencat apabila diselar oleh Solidariti anak muda (SAMM) yang amat sensitif soal nilai perjuangan?
 
SAMM dengan lantang menjerkah 'masalah komunikasi' di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang 'tergila-gilakan' Muhyiddin yang baru ditalak Umno sebagai Timbalan Presidennya.
 
Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memang amat sensitif soal nilai dan amalan budaya politik, SAMM menolak pandangan Amanah yang dilaporkan menyokong idea Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru.
 
Mahathir, Muhyiddin akan sertai Umno semula lepas misi jatuhkan Najib berhasil
 
Penyelaras Muda SAMM, Faisal Zainal berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipertimbangkan kerana Muhyiddin semasa berkhidmat dalam kerajaan, telah bertindak melakar dan menyokong dasar-dasar yang menindas rakyat.
 
"Antaranya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Belanjawan Negara yang menindas rakyat. 
 
"Soalnya, adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?," katanya dalam satu kenyataan.
 
Faisal menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Muhyiddin diangkat sebagai ketua pembangkang baru. Malah beliau tidak perlu dibawa masuk dalam 'rumah' perjuangan PH.
 
"Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. 
 
"Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai Umno semula, kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. 
 
"Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama," ujarnya lagi. 
 
Media dituduh salahlapor 
 
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Mazlan Aliman berkata, parti itu mahu Muhyiddin dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang baharu PH.
 
Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam parti untuk mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno itu ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
 
Bagaimanapun Mazlan kemudian tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa laporan tersebut jauh tersasar serta berniat jahat.
 
Penegasan itu diulangi oleh Pengarah Komunikasi Amanah,  Abdul Khalid Samad yang berkata, Mazlan Aliman sebenarnya bermaksud Amanah Johor sedia memberi platform untuk Muhyiddin bersuara.
 
"Ini memandangkan Muhyiddin ketika ini pemimpin yang tidak berparti. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan tidak ada kena mengena dengan soal Muhyiddin menjadi ketua pembangkang," katanya.
 
Malah kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.
 
Benar atau tidak Mazlan disalahlapor oleh akhbar, yang penting Muhyiddin tiba-tiba dilihat sebagai 'tenaga'  yang berpotensi menjana semangat baru mengukuhkan pembangkang. 
 
Bukan hanya Amanah, PKR juga alu-alukan Muhyiddin
 
PKR, misalnya, mengalu-alukan penyertaan Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekiranya mereka mahu meneruskan perjuangan politik mereka bersama pakatan pembangkang. 
 
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Datuk Saifuddin Abdullah berkata, gabungan itu menunggu masa yang sesuai bagi 'melamar'mereka. 
 
"Kita setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Saifuddin. Di dalam PKR sendiri, kita mengalu-alukan kemasukan dan bantuan sokongan daripada semua pihak yang boleh bersama dengan perjuangan parti.
 
"Satu 'boost' atau sokongan baik yang boleh beri lonjakan kepada perjuangan PH," katanya.
  
Malah Syed Ibrahim juga tidak menolak ada pihak di dalam PH sudah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dan Mukhriz bagi menyertai gabungan pembangkang itu.
 
"Secara tidak formal, ramai pihak sudah terlibat dan buat perbincangan. Sama ada menawarkan mereka ke dalam parti, belum lagi secara formal," katanya lagi.
   
Terkecuali DAP yang kini sibuk dengan ujian kewibawaan Setiausaha Agungnya menghadapi kes rasuahnya, PKR dan Amanah sebenarnya mendedahkan betapa mereka kurang yakin dengan daya dan mutu kepimpinan mereka sendiri. 
 
Bak kata SAMM, tidakkah mereka menyemak rekod Muhyiddin terlebih dahulu sebelum berebut-rebut cuba menangguk di air keroh dan sibuk mahu 'melamar' bekas timbalan perdana menteri itu. 
 
Pakatan Harapan tandus pemimpin pelapis?
 
Tidakkah mereka meneliti apakah kesannya 'campurtangan' bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen pilihan raya kecil Sungai Besar yang baru lalu yang tidak membantu peningkatan undi calon PH?
 
Sudah tandus atau tepu sangatkah strategi politik PKR dan Amanah hingga melihat personaliti yang bermasalah adab dalam Umno mahu dijunjung sebagai penjana semangat baru?
 
Lazimnya, pembangkang amat kritis terhadap wibawa dan personaliti Umno-BN. Bagaimanapun kini apabila ada bekas pemimpin Umno yang dipecat parti, mereka berebut-rebut untuk menjadikannya sumber kekuatan baru.
 
Jika ditakdirkan Muhyiddin mampu menyumbang satu kerusi untuk pembangkang, tidakkah itu menyerlahkan bahawa PH hanya memanfaatkan ahli politik asuhan Umno? Tidakkah itu merestui kaedah perkaderan politik Umno? 
 
Itu belum diambil kira soal Mukhriz yang turut sama dipecat oleh Umno. Menurut rekod, pencapaian politiknya tidaklah gah mana. Malah beliau gagal merebut jawatan Ketua Pemuda Umno walaupun bermodal beliau putera Mahathir. 
 
Jika PKR dan Amanah begitu terliur dengan reputasi Muhyiddin dan Mukhriz, bagaimana dengan program perkaderan politiknya sendiri. Tidakkah 'kemaruk' memiliki ahli politik kitar semula begini akan merendahkan martabat sendiri?
 
Rindu sangatkan PKR pada Anwar Ibrahim sehinggakan tergila-gila untuk merekrut Muhyiddin yang kebetulan pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri.
 
Tidakkah aura Muhyiddin dan Anwar adalah bak bumi dengan langit.
 
 

Siti Aisyah peluk Islam di Rumah Perlindungan Nur Hati

Posted: 04 Jul 2016 11:44 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
AMPANG: Derita dibuang keluarga kerana memilih untuk memeluk agama Islam, begitu perit buat Siti Aisyah Abdullah.
 
Ketika 'kehilangan' keluarga kandung sendiri yang menyisihkannya selepas mengetahui perkhabaran pengislaman dirinya bersama suami, Siti Aisyah bernasib baik kerana dipertemukan dengan seorang insan mulia.
 
Insan mulia yang digelar umi itulah yang membela nasib Siti Aisyah dan suami dengan memberikan mereka tempat berteduh di Rumah Perlindungan Nur Hati.  
 
Menceritakan kembali kisah pengislamannya, wanita kelahiran Serian, Sarawak ini berkata, beliau tertarik untuk mengenali apa itu Islam dengan erti kata sebenar-benarnya.
 
Niatnya dipermudahkan apabila dipertemukan dengan umi, yang juga pengasas Rumah Perlindungan Nur Hati menerusi seorang kenalan.
 
"Saya rasa macam nak kenal apa itu Islam, memang kita tahu Islam tapi kita tak tahu apa itu ikhlas, pahala, amal jariah.. Kita nak cari itu semua. Tempat inilah tempat yang saya cari. Ketenangan yang saya cari ada di rumah ini.
 
"Selepas sebulan memeluk agama Islam, baru saya beritahu kepada keluarga, mereka marah, maki hamun semua ada sebab tak terima," katanya ketika diwawancara Antarapos. 
 
Menjadi penghuni di rumah perlindungan ini sejak memeluk Islam hampir 10 tahun lalu, Siti Aisyah dapat merasakan perubahan ketara dalam dirinya.
 
Di rumah perlindungan itu yang menempatkan insan kurang bernasib baik yang kebanyakannya terdiri dari anak tidak sah taraf, Siti Aisyah belajar banyak perkara apatah lagi selepas melihat sendiri keikhlasan umi membesarkan anak-anak istimewa ini. 
 
"Sebelum saya kenal Islam, saya jenis cepat melenting tapi selepas kenal Islam saya tenang, rileks dan tak ada naik angin. Apa yang orang nak cakap pun saya tak kisah, saya buat ini kerana Allah.
 
"Umi ini seorang pengasih dan penyayang, ibu yang lebih mengetahui hati anak-anak. Kita pun nak ikut caranya yang sabar dan tenang, penyayang, pemurah, mementingkan kebersihan dan kecantikan. Kita pun nak ikut cara dia.
 
Suami Siti Aisyah dan seorang anak mereka turut berteduh di rumah perlindungan ini bersama 46 penghuni yang lain.
 
Wanita berusia 41 tahun ini berperanan sebagai sukarelawan dan tukang masak kepada semua penghuni di rumah perlindungan berkenaan. 
 
Menceritakan mengenai penerimaan keluarganya, Siti Aisyah berkata sehingga kini mereka masih belum dapat menerima hakikat pengislamannya itu.  
 
"Saya berdoa semoga mereka diberikan petunjuk dan hidayah," kata Siti Aisyah.
 
Mengakui kadangkala rindu untuk bertemu keluarga bertamu di hati, Siti Aisyah berkata dia tetap mengambil tahu dan sering bertanya khabar mengenai ibu bapa menerusi adiknya.  
 
Hampir sepuluh tahun tidak bertemu dengan keluarga kandung sendiri, Siti Aisyah berkata kesunyiannya terubat apabila melayani keletah penghuni kecil di rumah itu. 
 
Sambutan Aidilfitri di rumah itu ujar Siti Aisyah, sentiasa meriah tambahan pula kebanyakan penghuni yang pernah menghuni rumah perlindungan itu akan berkunjung untuk sama-sama merayakan hari lebaran itu.   
 
"Saya bersyukur dan berterima kasih kerana dipertemukan dengan umi. Kalau tidak, saya pun tak tahu di mana nak tinggal," ujarnya mengakhiri perbualan.
 
 

Lawak Najib 'pencuri', SENIMAN buat laporan polis

Posted: 04 Jul 2016 11:08 PM PDT

Zulaikha Zulkifli  


Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pelawak Singapura yang mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut setiausaha agungnya, Hafiz Nafiah, tindakan pelawak Fakkah Fuzz yang memperlekehkan perdana menteri Malaysia itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Hafiz turut meminta Jabatan Imigresen supaya mengambil tindakan tegas terhadap Fakkah dengan menyenarai-hitamkan pelawak itu daripada memasuki negara ini.

"Kita gesa imigresen sekat dan senarai-hitamkan pelawak ini.

"SENIMAN memandang serius perkara ini kerana ia boleh rosakkan hubungan diplomatik dua negara antara Singapura dan Malaysia.

"Malah ramai juga artis Singapura datang ke Malaysia untuk cari makan. Jadi, SENIMAN berpendapat, kalau nak buat nama di negara ini, buat dengan cara yang betul dan bukan publisiti murahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini.

Selain itu, Hafiz turut mengingatkan Fakkah bahawa selaku pelawak, beliau patut lebih sensitif terhadap isu-isu tertentu dan tidak membuat lawak yang 'ekstrim'.

"Pelawak tempatan pun tak ada keterlaluan ekstrim macam itu.

"Sebagai artis atau pelawak (tempatan) kita tak pernah memainkan nama pemimpin negara lain. Kenapa nak hentam pemimpin kita?" katanya lagi.

Baru-baru ini satu klip video memaparkan aksi Fakkah tersebar luas di media sosial yang memaparkannya bercerita mengenai 'perbezaan' penggunaan bahasa orang Melayu Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata: "Apabila kita ada thief, di Singapura kita panggil pencuri. Di Malaysia mereka panggil perdana menteri. Jadi ia memang sangat berbeza."

Berikutan itu Pemuda Umno Wilayah Persekutuan meminta Kementerian Dalam Negeri mengharamkan kemasukan Fakkah ke Malaysia.

Bagaimanapun, pelawak itu kemudiannya memohon maaf secara terbuka berhubung lawaknya itu.

Dalam kenyataan dibuatnya melui klip video, Fakkah berkata, dia tidak berniat jahat menuduh sesiapa terlibat dengan kesalahan sebaliknya apa yang dikatakannya hanya sebagai bahan gurauan.



PAS mahu PDRM redakan resah rakyat

Posted: 04 Jul 2016 10:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa meningkatkan dan menambah baik kawalan keselamatan negara ekoran berleluasanya elemen militan IS di negara ini.

Gesaan itu dibuat PAS berikutan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendedahkan dua daripada 15 orang yang ditangkap berhubung serangan IS di Puchong adalah anggota polis.

Kenyataan itu, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan terhadap PDRM.

"PAS berharap PDRM dapat mengambil penambahbaikan segera, memperbaiki segala kelemahan dalam pemantauan dan membuat persediaan terbaik agar pasukan keselamatan sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk IS daripada melakukan kerosakan kepada negara," katanya.

Dalam sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam polis mengesahkan terdapat pembabitan kumpulan IS dalam letupan bom di sebuah pusat hiburan di Puchong pada 28 Jun lalu.

Khalid berkata, ia adalah serangan pertama IS di negara ini dan pihaknya telah menahan 15 orang, termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan kes itu.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yang juga bekas pesuruhjaya PAS Pahang menyeru semua pihak agar bersatu mengekang elemen IS dan tidak saling menyalahkan antara satu sama lain.

"Sekarang waktu untuk bersatu padu dan saling mempercayai, dan bukan saling salah menyalahkan.
"PAS juga meminta orang ramai turut memainkan peranan dengan sentiasa menjaga keselamatan di tempat awam sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Ekoran kejadian di Puchong itu seorang lelaki dikenali sebagai Muhamad Wanndy Mohamad Jedi mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Pengakuannya dibuat pada laman Facebook melalui akaun yang dikaitkan dengan IS.

Polis sedang memburu dua lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam insiden berkenaan.

Sekurang-kurangnya lapan cedera, termasuk seorang parah, kesan daripada letupan berkenaan yang dipercayai berpunca daripada sebutir bom tangan.

Kenapa Tidak Ada Yang Membela Mufti Pahang Ketika Beliau Ditohmah?

Posted: 04 Jul 2016 10:39 PM PDT




Oleh Muhammad Luttfi Abdul Khalid
 

SAYA hairan tidak ada suara yang membela dan mempertahankan Sahibus Samahah Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman daripada tohmahan kononnya beliau meng"kafir harbi"kan DAP melalui satu laporan portal Malaysiakini yang memetik laporan dari Utusan Malaysia.

Seteruk-teruk Malaysiakini, portal berita tersebut mengakui bahawa laporan Utusan Malaysia TIDAK menyebut bahawa lafaz Kafir Harbi diucapkan secara terang dan eksplisit oleh Mufti Pahang.

Jadi kenapa Mufti Pahang pula yang menjadi sasaran, dan bukannya laporan Utusan Malaysia?

Isu ini tidak akan meletup dan menjadi viral sekiranya tidak diulas oleh seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa, yang tanpa usul periksa atau menyelidiki kesahihan ungkapan itu yang dinisbahkan kepada mulut Sahibus Samahah Mufti Pahang, terus mempamerkan kesarjanaan beliau dengan sanggahan yang kelihatan serius dan bernilai akademik, kononnya secara tersirat seolah-olah menggambarkan Mufti Pahang sebagai pihak yang menyokong pertumpahan darah, keganasan, terrorisme dan ideologi ISIS yang menyeleweng.

Maka berduyun-duyunlah netizen segera tampil, termasuk beberapa pemimpin NGO Islamis liberal yang berorientasikan demokrat progresif yang turut "mengecam" pandangan Mufti Pahang, dengan mengulangi kesalahan pertama dalam wasilah penerimaan, pengesahan dan pemberitaan sesuatu isu iaitu tidak bertabayyun (membuat pengesahan/verification) daripada Mufti Pahang sendiri mengenai kalimat tersebut.

Disebabkan tohmahan yang secara tidak adil dinisbahkan kepada beliau, maka segala pandangan, penulisan, pendapat dan penuturan kajian pada pandangan saya, terus menjadi tidak bernilai, tempang, cacat, tercemar dan tak boleh pakai. Apa sahaja istilah atau hujah yang kamu semua lontarkan - hitam putih, kelabu, menguruskan kepelbagaian, perbezaan zaman Nabi dengan amalan demokrasi masa kini, fiqh watani ... becomes irrelevant.

Seperti biasa, isu ini sudah tentu akan diarak dan dijaja ke seluruh pelusuk alam oleh DAP, pembela-pembela, rakan karib, sekutu, rakan sejawat, cybertrooper dan para khadam kepada parti rasis cauvinis ini untuk mensasarkan Mufti Pahang secara peribadi, institusi Mufti dan secara tidak langsung Islam sendiri.

Lakonan drama air mata buaya (crocodile tears) oleh Lim Kit Siang turut melengkapkan senario membelasah Mufti Pahang dan apa yang berkait dengan Islam, termasuk tuntutan supaya beliau meminta maaf.

Kecuali segelintir sahaja daripada kalangan umat Islam yang membela beliau, Mufti Pahang dibiarkan berseorangan menghadapi kecaman, kritikan, "serangan" dan "hentaman", baik di media sosial mahupun media cetak.

[Perbincangan khusus sekitar istilah Kafir Harbi ini tidak akan disentuh di sini, sebab ia bukan fokus utama penulisan saya].

Saya tidak akan apologetik atau menyusun kalimat-kalimat yang mulus dan mesra-pembaca ketika saya katakan:

Pertama:

Kepada kumpulan Islamis liberal progresif - Ke manakah kamu semua telah campakkan slogan dan mantera Tabayyun! Tabayyun! apabila menerima sesuatu pemberitaan?

Bagaimana kamu semua boleh tiba-tiba memberi perhatian kepada perkara luaran (Form) apabila nama DAP dikaitkan dengan penentangan terhadap Islam daripada hakikat (Substance) dan sifat penentangan yang seringkali dipamerkan oleh parti rasis cauvinis itu?

Adakah kerana kamu ingin menjaga hati atau mempertahankan mereka, lantaran parti politik yang menjadi platform siasah kamu iaitu PAN adalah sekutu rapat mereka?

Atau adakah kerana kamu semua termakan budi dengan kerajaan DAP Pulau Pinang?

Di mana akhlak kamu ketika proses Tabayyun diketepikan, hingga tohmah terhinggap ke atas kewibawaan Mufti Pahang?

Shame on you!

Kedua:

Kepada para pemuda PAS dan UMNO, kenapa berdiam diri ketika Mufti Pahang ditohmah dan diserang dari segenap penjuru, dari DAP, MCA, Gerakan, daripada orang-orang yang dengki dan jahil, daripada hulubalang siber dan para penjilat mereka?

Adalah kerana kamu semua takut atau kehilangan punca untuk mempertahankan Mufti Pahang?

Atau takut kepada gabungan parti-parti politik Cina yang rasis dan cauvinis itu?

Kenapa kamu semua membiarkan Mufti Pahang bersendirian?

Bukankah beliau telah menyatakan kebenaran secara terang-terangan apa yang kamu enggan suarakan dengan lantang?

Kepentingan politik apakah dan siapakah yang kamu ingin pertahankan?

Mengapa kamu semua culas dan teragak-agak untuk menempelak dan menghentam DAP dan rakan seangkatannya sebaik-baik sahaja media membesarkan isu ini?

Di mana kejantanan dan semangat juang kamu semua?

Ketiga:

Kepada umat Islam, parti politik DAP (termasuk MCA dan Gerakan) dan yang seangkatan dengan mereka tidak akan ikhlas terhadap Islam. Sudah banyak kali umat menyaksikan berbagai-bagai bentuk penentangan terhadap Islam, institusinya dan umatnya yang datang daripada gerombolan ini, dari semasa ke semasa.

Apa sahaja isu yang melibatkan kepentingan dan kedaulatan umat Islam, merekalah antara yang terawal akan menunjukkan bantahan dan penentangan mereka.

Penentangan mereka dewasa ini bukan bersifat senjata, akan tetapi serangan mereka bersifat ideologi, pengaruh minda, mencanai pandangan umum, memecahbelahkan ukhuwwah, kesatuan dan kesepakatan umat, mengadu domba di kalangan Muslimin, menghancurkan kedaulatan umat, mengarus perdanakan agenda yang asing bagi Islam dan memesongkan tumpuan pemuda pemudi daripada ciri-ciri pembentukan jiwa pejuang yang akan mewarisi risalah Islam.

Kita perlu mengenali siapa musuh kita sebenarnya.

Serangan Berani Mati Di Luar Masjid Nabawi, Empat Terkorban

Posted: 04 Jul 2016 10:26 PM PDT

DETIK DAILY


 

RIYADHSekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan berani mati di Arab Saudi pada Isnin, selepas berlakunya dua serangan di tempat lain di rantau ini, sebelum berakhirnya Ramadan.

Tiada pihak yang serta-merta mengaku bertanggungjawab untuk ketiga-tiga serangan, dengan yang terbaharu dilancarkan di bahagian luar Masjid Nabawi di Madinah, menyebabkan empat anggota pasukan keselamatan terbunuh dan beberapa yang lain cedera.



Sejak akhir 2014, Arab Saudi telah dilanda serangan bom dan tembakan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS) tetapi beberapa serangan pada hari yang sama, yang terdahulu berlaku di Qatif dan Jeddah adalah luar biasa.

Masjid Nabawi yang terletak di bahagian barat, adalah salah sebuah tempat suci bagi umat Islam, di mana makam Nabi Muhammad SAW terletak di sini dan menarik jutaan pengunjung setiap tahun.

"Pasukan keselamatan telah mengesyaki seorang lelaki yang sedang menuju ke arah Masjid al-Nabawi dan lalu di kawasan letak kereta pelawat," kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

"Apabila mereka cuba menahannya, dia bertindak meletupkan dirinya dengan tali pinggang letupan yang dipakainya, menyebabkan dia dan empat anggota keselamatan lain maut," kata kenyataan itu, sambil menambah lima lagi mengalami kecederaan.



Dua letupan lain berlaku di bandar Laut Merah, Jeddah berdekatan stesen saluran berita Al-Arabiya yang menunjukkan imej api yang marak di tempat letak kereta dengan sekurang-kurangnya satu mayat dapat dilihat.

Dua pegawai keselamatan cedera dalam pengeboman di Jeddah, kata kementerian dalam negeri.

Penduduk Qatif berkata bahagian badan ditemui berhampiran sebuah masjid kumpulan Syiah dan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan ia adalah pengeboman berani mati sambil menjelaskan bahawa 'bahagian badan tiga orang telah ditemui' di lokasi itu tetapi identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Kementerian itu berkata, serangan maut di Madinah berlaku ketika solat Mahgrib selepas umat Islam berbuka puasa.

'Mohd. Shafie banyak jasa tetapi saya sayang UMNO '

Posted: 04 Jul 2016 10:20 PM PDT

 
 
Mohd. Shafie Apdal
Mohd. Shafie Apdal
 
 
"Memang banyak jasa Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal terhadap saya selama terlibat dalam UMNO tetapi perjuangan saya bukan kerana jasanya. Saya tak akan lupa segala budi baiknya namun untuk bersamanya keluar daripada parti UMNO, saya minta maaf."

Itu luahan seorang ketua Puteri UMNO sebuah bahagian di Sabah yang enggan namanya disiarkan tetapi meminta supaya luahan hatinya disiarkan di MalaysiaGazette agar bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah itu faham pendiriannya dan juga ramai lagi rakan-rakan sejawatannya.

Jelasnya, dia amat kecewa apabila Mohd. Shafie mengambil keputusan keluar daripada UMNO kerana pada jangkaannya, Mohd. Shafie akan meneruskan perjuangannya selagi belum dipecat daripada parti.
"Saya akan sentiasa menyokongnya jika dia masih di dalam UMNO malah sejak dia digugurkan daripada kabinet, saya menangis ketika menyambutnya pulang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Tawau.

Dia minta kami yang menyokongnya supaya bertenang kerana katanya setiap yang berlaku ada hikmahnya tetapi hari ini lain pula jadinya.

"Saya faham dan dapat rasakan kekecewaannya tetapi keluar daripada parti bukanlah jalan penyelesaiannya malah akan menambahkan lagi kekusutan," ujarnya.

Katanya lagi, Mohd. Shafie mungkin kesal apabila orang-orang yang telah dibantu selama dia menjadi menteri tidak mahu bersamanya untuk keluar daripada UMNO.

"Perasaan saya sekarang umpama pepatah diluah mati emak, ditelan mati bapa. Saya sayang dan amat menghormatinya tetapi perjuangan saya bukan untuk dia seorang. Saya menyertai UMNO kerana memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan saya telah diamanahkan untuk membela nasib bangsa di tempat saya.

"Tidak terfikir langsung untuk melukakan hatinya tetapi hati dan naluri saya telah bulat bersama UMNO sejak dulu, kini dan selamanya," katanya.

Tambahnya lagi, buat masa ini, dia tidak mahu berjumpa Shafie yang mungkin juga tidak mahu bertemu dengannya tetapi dia tetap mendoakan yang terbaik buat lelaki yang telah banyak membantunya itu.

"Harapan saya cuma satu iaitu beliau tidak akan menyertai mana-mana parti pembangkang demi membalas dendam terhadap UMNO. Kalau boleh, saya mohon agar beliau tidak terlibat lagi dalam dunia politik sebaliknya menceburi bidang perniagaan.

"Yang sudah tu sudahlah kerana itu semua adalah takdir yang telah ditentukan oleh yang maha Esa sejak azali," ujarnya.--MalaysiaGazette


Kuih raya Sungai Besar dapat sambutan setiap kali raya

Posted: 04 Jul 2016 10:13 PM PDT

 
 
ABDUL RAHMAN menunjukkan kuih raya yang dijual di kedainya di Sungai Besar, Selangor.
ABDUL RAHMAN menunjukkan kuih raya yang dijual di kedainya di Sungai Besar, Selangor.


"Berniaga ada pasang surutnya terutama kuih muih untuk hidangan hari raya. Bila tiba musim raya, adalah rezeki tambahan."

Ringkas permulaan bicara Abdul Rahman Ahmad, peniaga kuih dan kerepek antara yang cukup popular di Sungai Besar, Selangor, Berusia 50 tahun, ayah kepada empat cahayamata itu memberitahu perniagaan yang diusahakan adalah kesinambungan perniagaan keluarga sejak 20 tahun lalu. 

Bermula secara kecil-kecilan dengan sedikit modal yang diperoleh daripada pinjaman bank, kini perniagaan yang diusahakan telah mampu membayar gaji pekerja untuk mempelbagaikan kuih muih bagi memenuhi citarasa pelanggan.

"Bulan puasa sahaja saya buat lebih sedikit daripada hari-hari biasa kerana permintaan agak tinggi daripada ejen-ejen yang biasa membuat tempahan. Ada yang datang dari luar Sungai Besar untuk membuat tempahan kuih yang kebanyakannya adalah peniaga-peniaga kecil. 

"Saya jual pada harga rendah supaya agen-agen ini dapat menjual semula pada harga lebih sedikit tetapi menguntungkan," katanya sambil menunjukkan beberapa jenis kuih yang telah sedia untuk dijual.


SAMPRIT DAHLIA antara kuih raya tradisional yang dibuat dan dijual di kedai Abdul Rahman di Sungai Besar, Selangor. 

Menurut Abdul Rahman, hampir semua kuih yang dijual adalah buatan sendiri yang dimasak di ruang khas di belakang rumahnya.

"Biasanya, kuih-muih yang saya buat cepat dibeli pelanggan dan boleh dikatakan semua yang ada di kedai ini adalah kuih yang baharu keluar dari dapur. Kuih-muih yang saya buat boleh bertahan selama tiga bulan daripada tarikh pengeluaran tetapi biasanya dalam tempoh tidak sampai sebulan semuanya habis dijual," ujarnya.

Jelas Abdul Rahman, ada juga kedai yang menjual kuih-muih pada harga yang sangat rendah sehingga menjejaskan perniagaannya walaupun tidak banyak.

"Memang ada peniaga yang jual murah tetapi saya nasihatkan agar berhati-hati ketika membeli kerana setiap yang murah itu pasti ada kekurangannya. Saya bukan hendak memburukkan sesiapa kerana itu adalah rezeki masing-masing tetapi berhati-hatilah kalau membeli kuih-muih yang murah.

"Salah satu sebabnya, bahan yang digunakan untuk semua kuih adalah sama untuk menjimatkan kos dan rasanya tidak kelainan walaupun rupanya amat menarik," katanya sambil tersenyum.

Bercakap tentang pinjaman, walaupun ada tawaran daripada pihak bank, Abdul Rahman merasakan keuntungan yang diperoleh selama ini sudah mencukupi.


MAKMUR, kuih tradisional yang mendapat sambutan pembeli. 

"Satu perkara yang saya sematkan dalam diri adalah menjauhi hutang. Cukuplah sekali saya buat pinjaman sebagai modal memulakan perniagaan. Saya tak suka berhutang sekiranya tiada keperluan. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini sudah memadai dan jika saya mahu besarkan perniagaan, Insya Allah saya sudah mampu membiayainya biar pun tidak sebanyak mana.

"Kumpul sedikit demi sedikit sampai cukup untuk membiayai kos penambahan perniagaan yang diperlukan dan buatlah ikut kemampuan kita," jelasnya.

Bagi menambahkan koleksi kuih-muih yang dijual, Abdul Rahman turut menerima hasil pengeluaran penduduk setempat.

"Ada banyak juga yang saya tidak mampu buat, jadi saya mintalah penduduk yang membuat kuih-muih menjualnya di kedai saya. Satu perkara yang perlu saya beri perhatian adalah kualiti kuih muih yang dihantar penduduk kerana saya tidak boleh terima aduan daripada pembeli," tegasnya.

Abdul Rahman juga tidak pernah meletak jenama pada kuih muih yang dibuat kerana mahu memberi peluang kepada ejen-ejennya untuk memberi jenama sendiri.

"Terserah kepada agen untuk letak jenama mereka sendiri dan saya tidak pernah bertanya kerana itu hak masing-masing. Apa yang penting, kuih muih saya ini habis terjual," katanya.

Sehubungan itu kata Abdul Rahman, sesiapa yang berminat untuk membeli kuih muih yang dibuatnya, bolehlah menghubunginya terus di talian 012-626 6464 atau 017-646 4636.

"Kalau teringin nak rasa, datanglah ke Sungai Besar," ujarnya.--MalaysiaGazette


Comments (0)