Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:13 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


MAHFUZ TANYA, NAJIB ADA MASALAH PENDENGARAN KE?

Posted: 31 Jul 2016 03:44 PM PDT

Shahbudindotcom


Kenyataan Media Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

1. Khairul Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam sidang media di balai polis pada 26 july 2016 selepas beliau membuat laporan polis terhadap tiga Tan Sri menyatakan dengan jelas yang dia mewakili Pemuda Umno. Dalam erti kata lain *budak Khairul buat laporan polis terhadap tiga Tan Sri dalam pengetahuan dan pesetujuan Pemuda Umno serta dalam pengetahuan Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno*. Khairy Jamaludin adalah ahli mesyuarat MT Umno yang bertaraf Naib Presiden.

2. PM Najib kurang pendengaran ka sehingga berkata laporan polis yang budak Khairul buat atas sifat peribadi. Bukan atas nama Umno. *Najib jangan memperbodohkan rakyat. Najib dan Umno jangan cuba untuk memisah diri dari laporan polis yang budak khairul buat*.

3. Tolonglah mengaku yang budak Khairul buat *laporan polis atas restu Najib dan Umno untuk melindungi dan mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu perompak negara yang memiliki kekayaan hasil penyelewengan dan pencurian wang 1MDB* kepada isu kononnya ada pegawai dan bekas pegawai tinggi kerajaan nak guling PM Najib dan kerajaan Malaysia dengan menjual maklumat kepada Amerika Syarikat.

4. Persoalan yang timbul kenapa Najib sendiri yang bagi kenyataan dan tidak dua Naib Presiden. Kenapa Najib ambil masa hari ke 4 selepas laporan dibuat untuk buat kenyataan. Kenapa Khairy Jamaludin (KJ) Ketua Pemuda Umno hanya menyatakan tindakan laporan budak Khairul Naib ketua Pemuda Umno tiada kena mengena dengan Umno dan Pemuda Umno dan itu hal peribadi budak Khairul sehari selepas Najib. *Kenapa Khairi tidak menyatakan  pendirian selepas budak Khairul buat laporan Polis pada 26 July 2016*. Kenapa 30 July 2016 baru buat kenyataan. Kenapa tunggu Najib buat pendirian dahulu. Jelas *Pemuda Umno hanya jadi pak turut, tak ada telur*.

5. Pemuda Umno tidak membawa suara keberanian anak muda. Pemuda Umno tidak menghayati pepatah berani kerana benar. *Pemuda Umno berdiri atas takutkan dedak tidak melimpah ke mulut*. Umno dan Pemudanya takut dengan *gelombang kemarahan rakyat khususnya pegawai kerajaan yang merasai mereka tidak lagi dilindungi walaupun kerja betul yang mereka lakukan seperti yang dilakukan oleh tiga Tan Sri*.

6. Saya percaya rakyat khususnya pegawai dan kakitangan kerajaan tidak akan mempercayai helah Umno kononnya budak Khairul buat laporan polis atas sifat peribadinya. *Rakyat tetap mempercayai tanpa restu Umno budak Khairul tak akan berani buat laporan tersebut dengan membuat tuduhan jahat terhadap tiga Tan Sri yang telah berkhidmat dan menyumbang jasa yang besar pada Malaysia*.

#BeraniKeranaBenar
#TakutKeranaTakadatelur
#SelamatkanMalaysia.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5pm Taman Malewar KL
 
 

Ahmad Said: Pecat Saya Dan Terengganu Akan Berlaku Parlimen Tergantung

Posted: 31 Jul 2016 03:08 PM PDT

Oleh: SHARANPAL SINGH RANDHAWA
 
 
Ahmad Said.
 
 
KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung nasibnya dalam parti tetapi juga memberi amaran mengenai kesan yang bakal dihadap parti di negeri itu.

Perkara itu dibangkitkan Ahmad Said yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal selepas beliau mendengar pada mesyuarat MT pada Jumaat lalu terdapat anggota yang menggesa MT supaya memecat beliau berikutan kelantangannya mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan juga mengemukakan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman semasa mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu.

"Saya akan terima keputusan mereka dan jika ramai yang tidak mahu saya dalam parti maka saya akan berundur. Ia semua bergantung kepada keadaan.

"Bagaimanapun, jika mereka pecat saya daripada parti, mereka (Umno) mungkin perlu berdepan dengan akibatnya kerana keputusan ini akan memberi kesan kepada Umno di negeri ini. Akan berlaku parlimen tergantung dengan memecat saya," katanya.

Pada masa ini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi DUN, berbanding PAS dengan 14 kerusi dan satu oleh PKR.

"Jika mereka fikir mereka mahu meneruskan keputusan untuk pecat saya, mereka boleh melakukannya. Dan akan berlaku parlimen tergantung dan kemudian menteri besar perlu menghadap Sultan sama ada meletakkan jawatan atau membubarkannya," katanya kepada pemberita.

Ahmad Said, yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman berkata, keutamaan beliau pada masa ini adalah memberi tumpuan dengan berkhidmat untuk rakyat.

Saya Dipinjam Sementara Ke Jabatan Imigresen - Mustafar Ali

Posted: 31 Jul 2016 03:04 PM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
Mustafar Ali.
 
 
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali menegaskan bahawa perpindahannya ke Jabatan Imigresen hanyalah sementara.

"Saya masih lagi pegawai SPRM, cuma saya dipinjamkan sementara ke Jabatan Imigresen. Jadi, kita akan bersama-sama sebagai satu pasukan untuk memantapkan dan mengukuhkan organisasi yang saya terajui di luar sana," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia pada Ahad.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Jumaat mengumumkan Mustafar akan dipindahkan ke Jabatan Imigresen berkuat kuasa 1 Ogos, mengambil alih jawatan Ketua Pengarah daripada Datuk Seri Sakib Kusmi.

Mustafar berkata, beliau mahu bekerjasama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abu Kassim Mohammed.

"Macam dalam laporan akhbar, polis tahan 28 pegawai imigresen kerana terlibat dalam menyeludup masuk dan keluar warga asing ke negara ini. Perkara ini perlu dilihat dan sudah tentu, saya memerlukan bantuan daripada SPRM.

"Harapan saya di Jabatan Imigresen dengan menggabung jalinkan tindakan kita dalam misi dan visi yang satu," katanya.

Mustafar turut berkongsi pengumuman mengenai perpindahannya sebagai satu kejutan di kalangan para pegawainya memandangkan beliau telah bersama-sama dengan organisasi itu lebih 30 tahun.

"Saya lihat mereka bukan sebagai kawan tetapi sebagai keluarga saya. Kesedihan saya juga apabila ada pegawai-pegawai datang ke bilik saya, tiba-tiba mereka kata kenapa Datuk Seri tinggalkan SPRM dengan begitu mengejut dan sebagainya.

"Ramailah yang menangis apabila meninggalkan bilik saya. Malah yang lelaki pun tanpa segan silu, sambil berpelukan mengucapkan terima kasih menangis teresak-esak. Semalam, semasa ucapan, saya sebak sangat sehingga menitiskan air mata apabila lagu Basmi Rasuah dinyanyikan sebelum majlis bermula.

"Dalam bait-bait senikata lagu itu ada disebut bersama sepakat untuk membanteras rasuah misalnya, tetapi tiba-tiba saya tidak ada dalam SPRM tetapi berada di luar, memang terlalu sedih.

"Apa yang lebih penting masyarakat di luar sana sebagai pihak berkepentingan dan pelanggan jabatan itu perlu dididik supaya jangan lakukan sebarang bentuk penyelewengan atau menyimpang dari norma-norma kerja yang ada," katanya.

DAP sambut baik hasrat Shafie Apdal perjuangkan hak autonomi Sabah

Posted: 31 Jul 2016 02:59 PM PDT

tmp_12200-Screenshot_2016-07-04-15-16-412072663100

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP Sabah mengalu-alukan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang termasuk DAP dalam memperjuangkan hak autonomi dan pembaharuan institusi di Sabah.

Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong berkata perjuangan politik Shafie adalah selaras dengan matlamat DAP untuk memelihara kepentingan negeri itu agar tidak lagi dianaktirikan oleh kerajaan UMNO-BN seperti yang terjadi sebelum ini.

"DAP selama ini sentiasa berusaha keras untuk memastikan Sabah dan Sarawak dilayan sama rata dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan, malah antara parti yang paling tegas menuntut hak autonomi untuk kedua-dua negeri itu.

"Jadi, kami (DAP Sabah) benar-benar mahu bekerjasama dengan Shafie dan semua pihak yang setuju dengan objektif untuk membawa perubahan di Sabah," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Sandakan itu, beliau sebelum ini telah membentangkan usul dan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang setaraf dengan Semenanjung.

Malah, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Chan Foong Hin juga pernah membentangkan rang undang-undang persendirian bagi mengembalikan perkongsian sama rata Sabah di negara ini.

"Walaupun ahli-ahli Parlimen dan DUN DAP lantang menyuarakan hak Sabah dan Sarawak, ia tidak mendapat sokongan dari wakil-wakil BN. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa BN tidak ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan dua negeri itu," tegasnya.

Sehubungan itu, Stephen menggesa semua parti politik yang senada dengan perjuangan tersebut untuk bekerjasama bagi menjatuhkan kerajaan BN berikutan ia adalah satu-satunya cara bagi membawa perubahan menyeluruh di Sabah dan Sarawak.

"Sebagai wakil rakyat dari Sabah, kita harus meletakkan kepentingan rakyat Sabah sebagai matlamat utama agar mereka tidak lagi dilayan secara tidak adil oleh kerajaan BN," ujarnya.

Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO sebelum ini mengumumkan keluar dari parti itu setelah keahliannya digantung kerana lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipalit pelbagai skandal kewangan.

Ahli Parlimen Semporna itu bagaimanapun berkata beliau mahu terus berjuang untuk memelihara kepentingan rakyat Sabah di peringkat nasional. – Roketkini.com


Akaun palsu #respectmypm bukti Najib terdesak raih sokongan

Posted: 31 Jul 2016 02:56 PM PDT

rara2

oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Kerajaan UMNO-BN yang ditadbir Datuk Seri Najib Razak seolah-olah kemaruk sokongan sehingga sanggup menggunakan gambar individu yang telah meninggal dunia untuk mencipta akaun laman sosial palsu bagi mengampu Perdana Menteri itu.

Kegiatan tidak bertanggungjawab berkenaan didedahkan portal berita tempatan semalam. Laporan itu mendakwa akaun Facebook tersebut digunakan untuk menulis kemaskini memuji pentadbiran Menteri Kewangan terbabit dengan hastag #RespectMyPM #BelieveinPM.

Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura (Rara) berkata, tindakan seumpama itu tidak harus dipandang remeh kerana adalah menyalahi undang-undang sekiranya didapati ada pihak yang melakukan pencurian identiti untuk tujuan-tujuan tertentu.

"Malah, dari segi politiknya, ini adalah usaha terdesak Najib yang didakwa ramai pihak sebagai 'Malaysian Official 1' untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau masih lagi disokong.

"Kempen dan modus operandi seperti ini hanyalah untuk mengaburi kita dan masyarakat dunia semata-mata," katanya kepada Roketkini.com.

Hastag berbaur sokongan terhadap Najib itu timbul selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengeluarkan tuntutan mahkamah terhadap 1MDB ekoran penyelewengan dana. "Malaysia Official 1" antara individu yang terlibat dan dipercayai merujuk kepada Najib.

Dalam pada itu, Rara yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor berkata jika benar sokongan terhadap Najib begitu kuat, satu referendum nasional harus diadakan bagi membolehkan rakyat menzahirkan sokongan mereka.

"Jika tidak, ia hanya membuktikan bahawa sokongan yang ditunjukkan melalui akaun-akaun palsu berkenaan hanyalah propaganda murahan UMNO-BN untuk meraih sokongan terdesak," katanya. – Roketkini.com

DAP tidak teruskan pilihan raya negeri kerana pegang prinsip rundingan kolektif

Posted: 31 Jul 2016 02:52 PM PDT

pakatan harapan copy

ROKETKINI.COM


DAP tidak akan meneruskan rancangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan mengadakan pilihan raya negeri. Keputusan ini dibuat setelah melakukan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin parti dan negeri Pulau Pinang selepas Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali memberitahu saya semalam bahawa kepimpinan PKR tidak setuju dengan cadangan mengadakan pilihan raya awal.

Datuk Seri Azmin, Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifudin Nasution telah berjumpa dengan saya dan Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow di Pulau Pinang pada 20.7.2016 untuk mendengar sebab-sebab kami mahu mengadakan pilihan raya negeri.

Kami telah menjelaskan bahawa ia merupakan strategi yang proaktif, bukan sahaja untuk membenarkan rakyat membuat keputusan sama ada saya perlu terus menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang semasa didakwa dengan tuduhan rasuah yang direka-reka atau tidak, tetapi apa yang lebih penting adalah 'memberi' hukuman kepada apa yang didedahkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat semasa mengemukakan saman untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion yang dicuri oleh 1MDB dari rakyat Malaysia.

Tidak salah untuk mengembalikan mandat kepada rakyat kerana ia merupakan elemen terpenting dalam demokrasi. Untuk tidak berasa takut mengembalikan semula mandat kepada rakyat bagi membuat keputusan tentang pendedahan skandal 1MDB serta pemerintahan, kredibiliti dan kesahihan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh saya, adalah strategi yang betul apabila BN menentang pilihan raya negeri ini diadakan. Tidak ada sebab untuk BN menentangnya apabila mereka membuat perkara yang sama di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Semasa pertemuan pada 20 Julai, kebimbangan yang wajar tentang pilihan raya negeri itu telah dibangkitkan, bahawa PKR berisiko kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP. Satu cadangan telah dibuat bahawa DAP memberi satu atau dua kerusi negeri yang sedia ada di Pulau Pinang kepada PKR agar cadangan mengadakan pilihan raya negeri itu lebih diterima oleh PKR. Walau bagaimanapun, kami diberitahu ia tidak dapat dilaksanakan.

Memandangkan PKR tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, DAP tidak akan meneruskan hasratnya untuk mengadakan pilihan raya negeri. Walaupun Amanah bersetuju dengan DAP, kita telah mengumumkan bahawa DAP akan hanya membuat keputusan tersebut jika mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan.

DAP berpegang kepada proses rundingan secara kolektif. Walaupun dikritik secara tidak adil, kita akan berpegang kepada janji dan prinsip amanah sebagai asas menjalinkan hubungan lebih erat dalam Pakatan Harapan. Tidak seperti BN yang kleptokrat, pemimpin-pemimpin DAP adalah demokrat yang berusaha untuk membina dan mengukuhkan kepercayaan bersama.

Pulau Pinang Sebagai Negeri Keusahawanan dan Berkebajikan

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan kini harus memberi fokus dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai model urus tadbir yang baik dan kepimpinan yang bersih untuk membangunkan Pulau Pinang agar menjadi sebuah negara keusahawanan dan berkebajikan. Ini berlawanan dengan kapitalisme kroni dan rasuah BN.
Walaupun tidak mempunyai sumber semula jadi dan ketandusan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, Pulau Pinang telah berjaya membangun dengan berbekalkan urus tadbir yang baik, membina bakat sumber manusia serta bergantung kepada sektor swasta dan masyarakat sivil dalam rangka kerja Kerjasama Awam-Swasta (PPP). Dengan kerajaan negeri memperuntukkan wang modal atau pembiayaan penuh projek/inisiatif, kita mengalu-alukan sektor swasta melaburkan dana atau kepakaran dalam pembangunan berterusan.

Walaupun dibiayai secara awam, banyak projek/inisiatif ini dijalankan oleh sektor swasta atau masyarakat sivil, dengan minimum atau tidak ada campur tangan dari kerajaan negeri. Projek Penang Science Cafe yang bernilai RM20 juta untuk memberi kelas percuma kepada kanak-kanak dalam sains aplikasi dan robotik, Tech Dome di Pulau Pinang yang bernilai RM28 juta untuk meningkatkan minat dalam sains dan teknologi, skim Latihan Dual Vokasional German bernilai RM6 milion yang menawarkan kursus diploma lanjutan 42 bulan di mana para pelajar boleh mengetahui lebih lanjut tentang pekerjaan di kilang-kilang yang diiktiraf termasuk di German, perpustakaan digital Pulau Pinang bernilai RM3 juta yang baru, dan juga Festival George Town tahunan menunjukkan kejayaan model negeri keusahawanan Pulau Pinang.

Pulau Pinang juga merupakan negeri berkebajikan yang tidak mengabaikan masyarakat miskin dan tidak bernasib baik. Sejak 2008, lebih RM400 juta telah diperuntukkan untuk sekolah, warga emas, bayi baru lahir, ibu tunggal, orang kurang upaya, suri rumah, pemandu teksi, nelayan, penarik beca, serta pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti.

Kami memperuntukkan 12% dari bajet tahunan untuk pertolongan secara wang tunai, malah, menjamin pendapatan isi rumah bulanan minimum sebanyak RM790 dengan menambah pendapatan mereka yang kurang daripada RM790. Dalam erti kata lain, jika pendapatan isi rumah bulanan anda adalah RM600 sebulan, kerajaan akan membayar RM190 setiap bulan. Mungkin inilah sebab mengapa pekali Gini tentang ketidaksamaan pendapatan di Pulau Pinang telah berkurang daripada 0.42 pada 2009 kepada 0.364 pada 2014, satu peningkatan lebih 13% dalam masa 5 tahun, jika dibandingkan dengan purata negara sebanyak 0.401.

Program perumahan awam dan berpatutan kita sebanyak 22,512 unit, telah menarik minat yang meluas seperti yang ditunjukkan oleh sambutan hangat orang ramai ke ekspo perumahan mampu milik di Prangin Mall sejak dua hari lalu.

Negeri keusahawanan dan berkebajikan hanya dapat dicapai kerana kita merekodkan lebihan bajet tahunan melalui pentadbiran bersih. Pentadbiran CAT Pulau Pinang dalam Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan telah membenarkan rizab kita meningkat daripada RM850 juta kepada hampir RM1.6 bilion dalam 8 tahun. Hutang negeri Pulau Pinang telah dikurangkan sebanyak 90% kepada hanya RM69 juta – yang terendah di Malaysia. Malah, kadar pengangguran Pulau Pinang sebanyak 1.5% menawarkan pelbagai jenis peluang pekerjaan.

Lebih banyak usaha akar umbi perlu dibuat supaya rakyat dimaklumkan dengan dasar-dasar baik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang bekerja keras untuk kepentingan rakyat dan bukan kroni. Hanya dengan cara itu kita akan yakin untuk menghadapi pilihan raya akan datang serta tidak takut kehilangan kerusi. Kita mesti menang bukan kerana kegagalan, salah guna kuasa dan rasuah oleh BN, tetapi disebabkan kekuatan kerja keras kita sendiri dalam mewujudkan sebuah negeri keusahawanan dan berkebajikan.

*Kenyataan media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 31 Julai 2016


Ketua Imigresen baru digesa hancurkan sindiket dalaman

Posted: 31 Jul 2016 02:48 PM PDT

LABUAN, March 10 -- Heavy commercial trucks lining up for load inspection at the Labuan Road Transport Department inspection zone today. The Labuan Road Transport Department is strictly monitoring the movement of heavy commercial trucks allegedly transporting overload construction materials. --fotoBERNAMA (2016) COPYRIGHT RESERVED

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Ketua Pengarah Imigresen yang baru, Datuk Seri Mustafar Ali digesa membersihkan jabatan itu daripada sindiket dalaman melibatkan aktiviti penyeludupan manusia dan kemasukan pendatang asing secara haram ke negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, Mustafar turut menggalas tugas berat untuk menghentikan amalan memberi kontrak pembekalan perkhidmatan jabatan itu kepada segelintir kontraktor swasta yang rapat dengan parti pemerintah tanpa tender terbuka.

Beliau menjelaskan dalam tempoh sebulan pertama sebagai Ketua Pengarah, Mustafar harus:
  • Mengkaji semula semua kontrak vendor swasta sejak Januari tahun lalu dan mengamalkan pemberian tender terbuka untuk kontrak-kontrak selepas ini
  • Memulakan siasatan tahap tinggi yang diketuai oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bersama SPRM dan polis bagi menghapuskan sindiket penyeludupan manusia
  • Menyokong saranan pembangkang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi membersihkan seluruh jabatan
"Pengalaman Mustafar dalam membanteras rasuah sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM sebelum ini akan sangat membantu dalam membersihkan Jabatan Imigresen.

"Namun, apa yang saya bimbang ialah tangan Mustafar 'terikat' oleh pemimpin-pemimpin politik. SPRM mempunyai reputasi membersihkan nama Najib dari skandal RM2.6 bilion sebelum ini," ujarnya.

Steven menambah, jika Mustafar mengambil keputusan untuk menjalankan tugas secara amanah tanpa menjaga kepentingan mana-mana individu, seluruh pihak termasuk parti pembangkang akan menyokong penuh usahanya.

Baru-baru ini, beliau telah mendedahkan pelbagai masalah melibatkan Jabatan Imigresen termasuk kemasukan pendatang asing secara haram yang didalangi 'orang dalam' dan pemberian tender kepada pihak-pihak berkepentingan secara tertutup. – Roketkini.com


Umno pecat saya? Tiada masalah, kata Ahmad Said

Posted: 31 Jul 2016 07:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pasrah jika beliau dipecat dari Umno ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujar Ahmad Said, beliau menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kedudukan keanggotaannya dalam parti itu selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat.

Beliau yang merupakan ketua Umno Kemaman berkata, sekiranya Majlis Tertinggi ingin memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti, memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, pemecatannya, jika berlaku akan memberi kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan dalam dewan undangan negeri (DUN) Terengganu kerana akan mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang iaitu 16-16.

"Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan memberi kesan kepada kedudukan dalam Dun.

"Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah pihak," jelasnya yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kijal.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek 30 unit rumah kedai Umno Bahagian Kemaman yang bernilai RM45 juta yang dibangunkan dengan kerjasama Rayhar Properties Sdn Bhd (Rayhar) di Kampung Dusun Nyior, semalam.

Dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin, ada segelintir pihak yang juga ahli Umno menggesa pucuk pimpinan Umno memecat segera Ahmad Said ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang DUN yang lalu.

Baru-baru ini, Ahmad Said menolak pelantikan jawatan sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.

Rombakan dan penstrukturan semula yang diumumkan Ahmad Razif selepas mesyuarat exco negeri semalam melibatkan pertambahan dan pertukaran tugas dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.

"Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) di Kuala Terengganu.

Kit Siang: Tiga sebab Dzulkifli tak layak terajui SPRM

Posted: 31 Jul 2016 06:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyenaraikan tiga sebab utama atas tindakan beliau tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Menurut ahli parlimen Gelang Patah itu, pertamanya, Dzulkifli terlalu 'junior' untuk mengepalai suruhanjaya tersebut kerana beliau perlu dinaikkan pangkat kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A tingkat tertinggi untuk dilantik untuk mengetuai SPRM.

Kedua pula ialah pelantikannya sangat tidak wajar ketika negara sedang berdepan perhatian negatif antarabangsa ekoran saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat membabitkan aset bernilai AS$1 bilion yang berkait rapat dengan 1MDB.

"Dzulkifli memainkan peranan penting dalam membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion dengan terbukti, duduk bersebelahan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali ketika sidang akhbar mengumumkan tidak ada pertuduhan ke atas Najib pada 26 Jan yang lalu," ujar beliau.

Sebab ketiga ialah tahap kelayakan Dzulkifli untuk jawatan nombor satu suruhanjaya itu padahal beliau dan Apandi gagal untuk mengenal pasti 'Malaysian Official 1" yang dinamakan sebanyak 36 kali dalam saman DOJ itu, kata beliau.

Justeru, rakyat negara ini perlu bertanya sama ada individu yang tidak mengetahui 'Malaysian Official 1' sebagai layak dan sesuai untuk mengetuai agensi anti-rasuah di negara ini, tambah Lim.

Lim berkata demikian semasa majlis makan malam anjuran DAP cawangan Sri Kembangan semalam.

Dzulkifli, yang merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara diumumkan sebagai pengganti Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021 oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kata Ali.

Masyarakat sivil bimbang pelantikan ketua baru SPRM

Posted: 31 Jul 2016 06:19 AM PDT

Geraldine Tong 


Pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru adalah membimbangkan memandangkan peranannya dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan berhubung 1MDB, kata Datuk Ambiga Sreenevasan.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata pelantikan itu bermaksud SPRM mungkin tidak akan membuka semula fail ke atas Najib dan kaitannya dengan cabang pelaburan negara yang bermasalah itu.

"Pelantikan Dzulkifli menjadi perhatian. Dia berada dalam pasukan AGC (Jabatan Peguam Negara) yang membersihkan perdana menteri daripada semua dakwaan berkaitan dengan 1MDB dan SRC (International) dan ternyata bahawa dia telah dipilih untuk sebab ini.

"Ia akan kelihatan bahawa fail-fail ini sekarang akan kekal tertutup rapat di SPRM walaupun berdepan tindakan DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat)," kata Ambiga kepada Malaysiakini hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam itu merujuk kepada tindakan undang-undang DOJ yang difailkan minggu lalu untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan dana disalahgunakan daripada 1MDB.

Katanya, beliau juga sangat mengambil berat mengenai SPRM sekarang apabila tiga pegawai atasannya meninggalkan agensi itu hampir serentak.

Pendahulu Dzulkifli, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali telah berjaya mengukuhkan suruhanjaya itu, katanya.

Mereka bekerja dengan baik bersama masyarakat sivil dalam perjuangan mereka menentang rasuah, katanya.

Beliau juga mempersoalkan rasional tidak melantik Mustafar, yang dikatakan adalah "calon yang ketara" memandangkan beliau telah berkhidmat dengan SPRM selama kira-kira 35 tahun.



Umno ibarat kereta buruk yang tak boleh dibaiki, kata Muhyiddin

Posted: 31 Jul 2016 06:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


Berbicara mengenai rancangan parti baru, bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyamakan parti pemerintah tersebut sebagai 'kereta rosak yang perlu diganti'.

"Umno sekarang seperti kereta buruk, bila baiki rosak lagi, jadi kita tukar kereta baru lah," ujar beliau, memetik laporan Sinar Harian, hari ini.

"Nak baiki macam mana lagi Umno ini? Nak pinda perlembagaan? " tanya beliau.

Menurut Muhyiddin, beliau bersama-sama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengerusikan jawatankuasa perlembagaan parti, namun, tiada apa yang telah berubah.

"Tapi tak berubah, macam itu lah juga Umno, lebih lagi bila presiden partinya menjadi seorang yang amat tak bertanggungjawab," jelasnya, menurut laporan akhbar berbahasa Melayu itu.

Umno akhirnya memecat Muhyiddin bulan lalu selepas dia berulang kali mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Terdahulu, beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dalam tindakan drastik yang turut menyaksikan tempat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digantikan dan pasukan petugas khas menyiasat 1MDB dibubarkan.

Sejak pemecatannya dari parti pemerintah, Muhyiddin bersama-sama dengan Mahathir telah beralih platform kepada pakatan pembangkang untuk menangani Barisan Nasional.

Semalam, Muhyiddin menyertai bekas musuhnya, PKR untuk memulakan kempen menjelaskan kepada umum mengenai skandal 1MDB bagi meningkatkan kefahaman awam mengenainya.

Dakwaan TMJ terhadap Felda, menteri jawab dengan lakonan

Posted: 31 Jul 2016 06:19 AM PDT

HARAKAHDAILY





Apabila wawancara Tuanku Ismail yang membidas Felda kerana menyalahgunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu, dan mempersoalkan keperluan agensi kerajaan sepertinya menubuhkan pasukan bola sepak dan penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin tersebar melalui laman Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Lantas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjawab 'Felda tidak pernah lari dari landasan asal'. Beliau berkata Felda digalakkan mencari pendapatan bagi membolehkan ia berdikari dan menampung perbelanjaan mereka.

"Felda tidak pernah lari pun daripada landasan asalnya. Felda daripada asalnya, menyusun semula masyarakat, memberikan tanah kepada orang Melayu yang tidak ada tanah untuk tingkatkan pendapatan mereka dan sebagainya.

"Bukan bermakna Felda itu berniaga, ia lari daripada tujuan asal. Felda satu ketika dahulu, sewaktu ditubuhkan, mendapat bantuan, sokongan kewangan daripada kerajaan," petikan ucapan Menteri ini disiarkan oleh media web feldavoice.http://www.feldavoice.com/2016/07/28/felda-tidak-pernah-lari-dari-landasan-asal-ismail-sabri-jawab-tuduhan-tmj/

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini seolah-olah menafikan seribu macam permasalahan yang sudah melanda Felda sejak Tan Sri Isa Abdul Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda oleh Perdana Menteri pada 2011.

Terbaharu, peneroka di seluruh negara dikejutkan dengan kegagalan pihak Felda membayar duit hasil jualan BTB  mereka dan lebih parah masalah ini sudah menular di beberapa negeri dan tanah rancangan Felda. Sehingga hari ini menteri terbabit tidak pula memberi penjelasan mengapa perkara ini berlaku.

Saya pernah membangkitan keluhan kontraktor-kontarktor Felda beberapa minggu lalu, mereka tidak menerima bayaran tuntutan kerja mereka sejak beberapa bulan lalu. Sehingga kini Tan Sri Isa Samad membisu. Banyak perkara pelik dan pemborosan yang melibatkan kewangan Felda dilaporkan sejak 2011 hingga kini.

Penyenaraian FGV di papan utama bursa saham pada 2012 sesungguhnya telah mengubah segalanya. Tranformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri benar-benar sudah mengubah Felda dari sejak penubuhannya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB), syarikat milik penuh Federal Land Development Authority (FELDA) akan disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Penyenaraian ini dijangka mampu menjana dana sebesar RM6 bilion. Bagi menjayakan impian ini, FGV perlu menguasai kedudukan kukuh dalam Felda. Peneroka seluruh negara tidak sedar penyingkiran Koperasi Permodalan Felda (KPF) dari Felda Holdings adalah satu kesilapan besar. KPF yang menguasai ekuiti 51 peratus pegangan kepentingan di dalam FHB, manakala baki 49 peratus dikuasai badan-badan kerajaan. Ke mana hasil dari dana penyenaraian ini?

KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad ( FHB ) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.

Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangan saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka Felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61 sesaham.

Peneroka Felda digambarkan saham ini akan membawa mereka menjadi golongan rakyat yang berpendapatan tinggi. Perdana Menteri sendiri mengungkapkannya dalam membawa Felda ke arah tranformasi dan mampu mengubah kehidupan warga peneroka Felda.

Saham FGV yang diniagakan dengan nilai IPO RM4.45 seunit menjunam dengan teruk sehingga kini. Dengan harga semasa tidak melepasi RM1.90 pada suku kedua tahun ini, menambahkan lagi kebimbangan  peneroka Felda terhadap nasib mereka, walaupun hanya memiliki hanya 2.2 peratus keseluruhan saham FVG yang di keluarkan. Peneroka Felda hanya diperuntukkan 800 unit saham sahaja.

Peneroka Felda berhutang dengan bank perdagangan RM3,560 tidak termasuk faedah dan mengalami kerugian semasa RM2,080 pada pada 27 Julai 2016, apabila urusniaga ditutup dengan nilai semasa RM1.85 seunit. Lebih malang lagi peneroka terpaksa membayar pinjaman kepada Felda RM50 setiap bulan untuk melunaskan pinjaman pembelian saham sebanyak 800 unit. Kerajaan telah mengumumkan Felda telah mengambil alih hutang peneroka dari bank setelah setahun pinjaman ini dibuat.

Bagaimana pula kerugian syarikat, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain yang memiliki saham FGV dan sudah pastinya mereka membuat pelaburan yang besar dan kini sedang menanggung kerugian akibat kejatuhan nilai semasa saham FGV ini yang terpaksa dikeluarkan dari senaraian utama di papan bursa.

Penjualan aset Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)  di luar negara, FGV telah menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT-ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.

Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV, sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.

Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT-ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta).

Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT-ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.

Pada 11 Ogos lalu, bekas Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa berminat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari, FGV telah mengumumkan penjualan ini.

Ketika peneroka Felda berhadapan dengan kejatuhan harga komuditi sawit dan getah, Felda telah mengumunkan projek penerokaan dalam segmen penginapan di luar negara melibatkan kos RM373.4 juta.

Bilik yang berharga hampir RM1 juta berhampiran Wembly Stadium London didakwa mampu membawa Felda mencapai matlamat menambah pendapatan kepada syarikat dalam langkah strategik Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC).

Ini hanya sebahagian permasalah yang melanda Felda. Peliknya menteri ini tidak menyedari masalah hutang yang sedang melingkari peneroka Felda waktu ini. Berjayakah kita jika peneroka Felda meninggal dunia dengan hutang puluh ribu bahkan ada sebahagian mencecah ratus ribu? Hutang yang ditinggalkan ini bakal diwarisi generasi seterusnya. Apakah dasar Felda ada menyatakan peneroka akan mati dengan hutang ratusan ribu? Apa benar masih berada di landasan sebenar?

Hentikanlah lakonan ini, kami mengharapkan menteri dapat menyelami isu sebenar, bukan berkata ikut skip. Kami tidak nafikan penubuhan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1960 membawa kejayaan memberi tanah kepada 112,635 peneroka dan ditempatkan di 317 buah rancangan.

* Naraza Muda, Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat


Harga Petrol Kekal, Diesel Naik 10 Sen

Posted: 31 Jul 2016 06:15 AM PDT


Oleh: DINA MURAD 
 
 
ron95




PETALING JAYA: Harga bahan api bagi petrol RON95 dan RON97 kekal tidak berubah pada Ogos.

Bagaimanapun, harga diesel akan dinaikkan sebanyak 10 sen.

Diesel berharga dari RM1.60 seliter kepada RM1.70 seliter.

Harga RON97 adalah RM2.10 seliter manakala RON95 pada RM1.75 seliter.

advertisement
Harga bahan api itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron, Datuk Alang Zari Ishak ketika dihubungi The Star.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan menerusi sistem apungan terurus sejak 1 Disember 2014 berikutan pemansuhan subsidi bahan api.

Pokemon Go boleh bantu mereka yang hadapi gangguan psikologi – Ahli Psikologi

Posted: 31 Jul 2016 06:03 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


A man wears a Pokemon-themed hat as he plays the augmented reality mobile game "Pokemon Go" by Nintendo in Bryant Park, New York City


KUALA LUMPUR: Pokemon Go, permainan realiti telefon pintar, yang secara beransur-ansur menawan dunia maya, boleh membantu mereka yang mengalami masalah gangguan psikologi, menurut seorang ahli psikologi terkemuka.

"Ia memberi beberapa faedah untuk semua jenis masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan," kata Dr Edward Chan, perunding psikologi utama di Pusat Psikologi Antarabangsa, di sini.

"Sebagai contoh, mereka yang mengalami kemurungan dapat melupakan pemikiran negatif apabila bermain permainan ini, yang secara tidak langsung mampu bangkit dan meneroka dunia luar," katanya.

Sejarah: Muktamar cadang PAS keluar BN

Posted: 31 Jul 2016 04:33 AM PDT

HARAKAHDAILY 


MUKTAMAR CADANG PAS KELUAR BN JIKA TIDAK DIHORMATI RAKAN PAKATAN (30 JULAI 1975)


PADA hari ini 30 Julai dalam tahun 1975, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-21 telah mencadangkan supaya PAS menarik diri dari Barisan Nasional (BN) jika rakan-rakan BN tidak menghormati PAS sebagai anggota BN. Selepas Pilihan Raya Umum 1974, PAS menuntut tambahan beberapa kerusi kabinet di samping mendesak perlaksanaan syariat dalam pemerintahan, sedangkan dalam pentadbiran kerajaan di peringkat bawah terdapat rungutan meluas bahawa Umno tidak menghormati PAS sebagai anggota BN. Dalam tempoh yang singkat selepas BN ditubuhkan, Pejabat Agung PAS telah menerima aduan yang bertubi-tubi dari ahli PAS berkait masalah hubungan dengan Umno.

PAS yang membentuk hubungan dengan Umno melalui penubuhan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1 Januari 1973, telah terlibat mengasaskan BN pada 1 Jun 1974 sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum 1974. Ketika merundingkan pembahagian kerusi dalam pilihan raya ini, Umno hanya memperuntukkan 14 kerusi Parlimen dan 51 kerusi DUN, sedangkan Umno mendapat masing-masing 61 dan 170 kerusi. Ahli-ahli PAS mempersoalkan sikap Umno yang menghormati peranan PAS dalam memperkukuhkan semula politik orang Melayu selepas tragedi 13 Mei 1969. Kesediaan PAS untuk menerima Umno sebagai sekutunya dianggap satu pengorbanan politik yang besar oleh PAS untuk menstabilkan semula politik negara.

Selepas Pilihan Raya Umum Kelima pada 24 Ogos 1974, PAS telah menuntut tambahan kerusi kabinet, tetapi hanya mendapat satu jawatan menteri, dua timbalan menteri dan satu setiausaha parlimen, sedangkan PAS pernah menuntut jawatan timbalan perdana menteri kedua. Sasaran PAS untuk melaksanakan syariat dalam pemerintahan juga kurang mendapat perhatian kerajaan, walaupun PAS telah cuba menerapkan Islam dalam pentadbiran. Sejak 24 April 1973, PAS telah membangkitkan isu perlaksanaan syariat di Dewan Rakyat dan mendesak kerajaan menjadikan ia sebagai satu agenda besar BN. Pada 8 April 1975, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi ketidakpuasan hati ahli-ahlinya, termasuk membawa isu ini Mesyuarat Setiausaha-setiausaha Agung Parti Komponen BN.

Ketika PAS mengadakan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-21 pada 29-30 Julai 1975, suara-suara tidak berpuas hati terhadap kerjasama BN telah kedengaran. Isu-isu agihan kerusi dalam pilihan raya, layanan tidak wajar Umno terhadap PAS, kedudukan politik orang Melayu serta kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan syariat Islam. Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Dato' Haji Hassan Adli Mohd Arshad telah mengemukakan 'Minority Report' kepada Muktamar Tahunan PAS sebagai penilaian terhadap penglibatan PAS dalam kerajaan. Berasaskan isu-isu yang berbangkit, Muktamar Tahunan PAS dalam menilai hasil penglibatan PAS dalam BN dan penghormatan Umno sebagai komponen penting BN, telah mencadangkan supaya PAS sahaja daripada BN jika berterusan.

* Mohd Fadli Ghani, Head, House of Resources, Pusat Penyelidikan PAS

PKR tidak yakin alasan DAP atau ragu kemampuan sendiri?

Posted: 31 Jul 2016 04:33 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic



[ULASAN] Mengapa PKR masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dan menganggapnya kurang wajar dan kurang bermanfaat kepada sistem demokrasi dan rakyat?

Adakah PKR sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri dan bimbang wibawa dan potensinya akan terdedah pada umum dan Pilihanraya Negeri (PRN) itu akan menjejaskan masa depan politiknya?

Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pimpinan tertinggi partinya telah membincangkan dengan terperinci persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.

"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut," katanya.


Sebelum mesyuarat kelmarinpun, PKR sudah memberi bayangan betapa ia sebenarnya tidak tertarik dengan kecenderungan DAP mengadakan pungutan suara atau referendum terhadap kepimpinan parti itu di Pulau Mutiara.

Perkara pertama yang dipertikaikan oleh PKR ialah, usul PRN ole DAP tidak boleh dibandingkan dengan beberapa inisiatif PKR mengadakan pilihanraya kecil (PRK) sebelum ini.  

Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perbandingan demikian tidak tepat kerana PRN - jika diadakan – membabitkan 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, serta memberi implikasi kepada lebih satu parti.

Katanya, ia berbeza dengan tiga PRK yang disebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilakukan oleh PKR kerana ia hanya memberi kesan langsung kepada PKR.

Menurut Fahmi, PRK Permatang Pauh pada 2008 dan 2015 dibuat kerana 'pendakwaan politik berterusan' ke atas Ketua Umum parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


PRK pada 2008 diadakan apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi membolehkan Anwar kembali ke parlimen selepas tempoh larangan ke atasnya - selama lima tahun - berakhir.


PRK Permatang Pauh kedua pula diadakan apabila Anwar dihukum penjara untuk kali kedua dan demi meletakkan Wan Azizah sebagai ahli parlimen semula.

Kata Fahmi PRK Penanti pada 2009 pula dibuat sebagai reaksi kepada permintaan DAP menggantikan Timbalan Ketua Menteri, Fairus Khairuddin dari PKR yang prestasinya dipertikaikan.

Menurutnya untuk PRK Kajang pula ada beberapa perbincangan dengan DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat dilakukan sebelum ia dibuat.

"Selepas kewajaran untuk PRK itu dibentangkan, pimpinan DAP memberi sokongan kepada langkah mengukuhkan pentadbiran di Selangor," katanya.

Bagaimanapun umum dapat menduga bahawa sikap PKR terhadap PRN Pulau Pinang ialah berasakan kebimbangan PKR sendiri bahawa ia akan 'tercicir' dalam usaha DAP membersih dan menggilap namanya melalui PRN berkenaan.

Berbeza dengan pilihanraya umum (PRU) 2013 kerjasama politik di antara komponen Pakatan Rakyat cukup utuh. Pengundi bukan Melayu yakin dengan PAS kerana termakan kempen DAP bahawa PAS boleh dipercayai.

Pengundi Melayu pula yakin dengan DAP yang sudah 'disamak' imejnya oleh kempen PKR dan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bahawa parti itu adalah 'lebih baik dan mulia' berbanding Umno.

Bagaimanapun kini DAP menjaja ke seluruh pelosok negara bahawa PAS adalah parti dolak dalik dan tidak boleh dipercayai. DAP menganggap cita-cita PAS melaksanakan hukum Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

DAP juga kurang menghormati PKR seperti yang dapat dilihat pada tindakan DAP 'menghukum" beberapa Adun PKR yang tidak menyokong pendiriannya dalam isu menambak laut untuk pembangunan.

PKR dan DAP juga tidak menyembunyikan ketamakan masing-masing untuk membolot lebih banyak kerusi DUN Sarawak dalam PRN itu Mei lalu. Mereka sanggup bersilang senjata politik demi menunjukkan ego.

Mendepani isu PRN Pulau Pinang, PKR insaf kedudukan politiknya tidaklah seampuh 2013. Ketika itu pemimpin de facto mereka, Anwar Ibrahim ada di sisi dan bertindak sebagai 'penggawa' bagi Pakatan Rakyat.

PKR taat padanya. DAP juga menghormatinya, PAS kagum dengan kelincahan pencak politiknya. Kekaguman ini secara langsung atau tidak menyemai bibit perpecahan dalam PAS kemudian.

Apabila membandingkan dinamika Anwar dan pimpinan ulama PAS, ramai profesional PAS berasa 'ketinggalan' berbanding PKR yang berfikiran 'terbuka dan ke hadapan'. Maka berlakulah penghijrahan profesional ke parti Amanah.

Berlatarbelakangkan senario ini, PKR nampaknya kurang yakin pada diri sendiri dan ragu berhadapan dengan pengundi Pulau Pinang yang mungkin melihat PKR kini tidak begitu dinamik seperti di bawah pimpinan Anwar.

Tambahan pula, di kalangan pimpinan PKR, tidak semua berani dan bersedia 'bertentang mata' ketika berhujah berhubung soal halatuju parti. Iri hati dan ego masih kuat merasuk.

DAP pula melihat tidak ramai pemimpin PKR yang boleh mewarisi ciri kepemimpinan Anwar. Lantas tahap hormat dan kagum terhadap parti yang lahir sebagai pembeza pimpinan Melayu dengan pimpinan Umno, berkurangan.

Realitinya, PKR masih kurang pasti PAS akan menggerakkan penyokong akar umbinya di Pulau Pinang untuk menyokong calon-calon PKR dalam PRN ini.

Memang benar PAS parti pembangkang dan berseteru dengan Umno. Bagaimanapun jika PAS memilih meletakkan calon menentang PKR dan Amanah, sudah tentu nasib PKR terumbang ambing mempertahankan 10 kerusi DUNnya.

DAP sudah berjanji tidak akan membuat keputusan PRN secara unilateral. Ia akan merundingi dan mendapatkan konsensus daripada PKR dan Amanah.

Persoalannya, adakah tanpa persetujuan PKR, DAP mahu meneruskan PRN?.
Atau, sebagai jalan keluar mungkin DAP boleh menggunakan strategi PKR "menghidup dan membesarkan" imej Anwar ketika beliau difitnah politik?

DAP perlu memikirkan semula strategi PKR ini. Apapun bukankah Guan Eng sendiri mengakui bahawa beliau pasti akan dipenjara kerana mendakwa tuduhan kes rasuah terhadapnya bermotifkan politik.

Jika beliau dipenjara, Pulau Pinang akan bertukar Ketua Menteri. DAP boleh sahaja memilih pemimpin DAP lain menggantikannya. Namun jika beliau didapati tidak bersalah, beliau tentu boleh teruskan kerjaya Ketua Menteri.

Bagaimanapun jika PRN diadakan, ada kemungkinan negeri itu akan bertukar parti pemerintah. Atau, hanya DAP yang mengungguli DUN. PKR dan Amanah tentu akan semakin jauh hati. Ini masa DAP mempamerkan sisi ikhlasnya.  


SKMM akan sekat video Namewee

Posted: 31 Jul 2016 04:20 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat rakaman video ciptaan Namewee sekiranya terbukti menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. 
 
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata pihaknya akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi teknikal selepas siasatan dilakukan ke atas pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33. 
 
"Buat masa sekarang, biarlah polis menjalankan siasatan dulu dan sekiranya terbukti wujud elemen menghina mana-mana agama, kita (SKMM) akan membantu mengambil tindakan lanjut. 
 
"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan kemudahan internet hingga menimbulkan ketidakselesaan dikalangan masyarakat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 di UiTM Cawangan Merbok, di sini, hari ini. 
 
Baru-baru ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang membuat laporan polis berhubungan rakaman video yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. 
 
Dalam rakaman video berdurasi empat minit itu, Namewee dilihat menyanyi dan menari di beberapa rumah ibadah di sekitar negeri ini, termasuk didakwa masuk ke ruang solat masjid.
 
 

Siti Hasmah ditawar rasuah dua kali

Posted: 31 Jul 2016 04:14 AM PDT

 
Rasuah wujud sejak sekian lama, tetapi tidak pernah seteruk sekarang, kata Siti Hasmah.


hasmah-bribe-1


PUTRAJAYA: Isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tidak terkecuali daripada ditawarkan rasuah sepanjang zaman perkhidmatannya di hospital awam.

Siti Hasmah yang salah seorang pelopor kepada pembentukan parti baharu yang dicadangkan suaminya, berkongsi pengalaman beliau ditawar rasuah.

"Ketika itu, saya bekerja sebagai pegawai kerajaan di Kedah dan sepanjang pengalaman 18 tahun, saya telah ditawarkan rasuah dua kali," katanya sambil menambah, memerangi gejala rasuah adalah sebab utama Dr Mahathir membentuk partinya sendiri.

"Jika anda melihat keadaan sekitar, anda akan berasa sedih. Dan walaupun rasuah telah wujud untuk jangka masa yang lama, ia tidak pernah seteruk sekarang."

Bercakap dalam majlis sambutan Hari Raya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini, Siti Hasmah berkata rasuah pertama ditawarkan oleh seorang lelaki miskin dari "kampung" demi isterinya yang memerlukan pemindahan darah kerana komplikasi ketika melahirkan anak mereka.

"Saya sedang duduk di meja, menulis laporan mengenai kes itu. Dia menghampiri saya dan menyerahkan duit RM10 untuk 'membeli' darah (darah) untuk isterinya.

"Pada mulanya saya marah, kemudian saya fikir pasti seseorang dalam jabatan ini yang meyakinkannya supaya menawarkan rasuah. Jadi saya memberitahu lelaki itu menggunakan wang itu membeli makanan untuk isterinya."

Insiden kedua, tambah Siti Hasmah, adalah apabila dia telah berkhidmat di Jitra, Kedah.

"Seorang individu dari Kulim menulis surat, menawarkan RM50 jika saya mengambilnya berkerja di sana.
Saya membawa surat itu kepada jabatan rasuah yang mana kemudiannya mengarahkan saya supaya membalas dan meminta individu datang ke pejabat saya.

"Pegawai-pegawai rasuah merancang untuk menyerbu sebaik dia menawarkan saya rasuah. Laci saya dipasang perakam tetapi apabila individu itu datang berjumpa saya, dia langsung tidak menyebut tentang rasuah itu."

Siti Hasmah juga pernah mempersoalkan kesahihan surat itu dan tertanya-tanya jika ia hanya cubaan untuk menguji kejujuran beliau dalam menjalankan tugasnya.

Di akhir ucapan beliau menjelaskan betapa pentingnya keikhlasan dan rasa takut kepada Allah, dalam membasmi rasuah.

"Ia akan mengambil masa, tetapi jika kita melakukan perkara yang betul, Insya-Allah, dapat menyucikan negara daripada rasuah."

Pada bulan Februari yang lalu, kedua-dua Siti Hasmah dan Dr Mahathir meninggalkan Umno atas alasan parti di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menyokong amalan rasuah.

Awal bulan ini, Dr Mahathir mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti baharu demi memenuhi keperluan mereka yang tidak lagi menyokong Umno tetapi teragak-agak untuk menyertai pembangkang.

Turut hadir dalam majlis hari ini ialah anak pasangan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut disingkir sebagai Menteri Besar Kedah dan kemudian dipecat daripada Umno.

Perjuangan bangsa, agama halang ahli keluar Umno, dakwa Mukhriz

Posted: 31 Jul 2016 04:03 AM PDT

 
Bekas menteri besar Kedah itu mendakwa Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.


mukhriz-umn


PUTRAJAYA: Sesetengah ahli teragak-agak meninggalkan Umno kerana terikat dengan perjuangan bangsa dan agama oleh parti tu, dakwa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Saya bercakap dengan sebahagian daripada mereka, mereka tidak rasa boleh tinggalkan parti kerana mereka berada dalam Umno untuk (memperjuangkan) bangsa, agama dan negara.

"Tetapi, keadaan tidak sama lagi," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Bercakap di hadapan lebih 100 hadirin, Mukhriz berkata, amalan rasuah di Malaysia mencapai tahap "memalukan", justeru mereka yang mahu membetulkan keadaan itu boleh menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika anda mahu masa depan yang cerah untuk anak-anak dan cucu-cucu anda, sertailah kami.

"Jika anda fikir apa yang berlaku sekarang (rasuah dan penyalahgunaan kuasa) perlu dihentikan, jika anda mahu sebuah kerajaan yang integritinya tidak akan dipersoalkan dan seorang pemimpin yang tidak akan menggelapkan duit rakyat, maka sertailah kami," katanya.

Mukhriz berkata, Dr Mahathir sendiri akan menyerahkan dokumen diperlukan kepada Pendaftar Pertubuhan tidak lama lagi dan berharap tiada cubaan menghalang proses itu.

"Jika anda kata Malaysia sebuah negara demokratik, biarlah kami tubuhkan parti itu," katanya.

Ditanya jika mereka sudah berjumpa dengan parti lain dan NGO, beliau berkata: "Ya. Matlamat kami adalah menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami tidak berminat menjadi parti pembangkang," tambahnya.

Turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Bekas perdana menteri itu pada asalnya dijadualkan menghadiri rumah terbuka itu tetapi beliau perlu berehat di rumah kerana faktor kesihatan.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini keluar Umno pada Februari lalu bersama isterinya.

Mukhriz pula dipecat daripada parti itu pada 24 Jun lalu kerana bekerjasama dengan parti pembangkang dalam usaha menggulingkan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinannya.

Susulan itu, Dr Mahathir pada 14 Julai lalu mengumumkan sebuah parti baharu dalam perancangan untuk menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketum mampu jana pendapatan negara - Pengerusi Risda

Posted: 31 Jul 2016 04:00 AM PDT

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PADANG BESAR: Ketum berpotensi menyumbang pendapatan berbilion ringgit kepada negara, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin.
 
Beliau berkata, cadangan penanaman ketum secara terkawal yang dikemukakannya lebih kepada tujuan eksport kerana terdapat permintaan ketum dari syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat.
 
Jelasnya, syarikat-syarikat farmasi itu nampak kebaikan tanaman itu sebagai alternatif untuk perubatan moden kerana ketum didapati memiliki ramuan penting dalam pembuatan ubat bagi kegunaan musim sejuk.
 
"Mereka (negara lain) akan mempatenkan segalanya sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dan kita perlu bertindak pantas dalam isu ini," katanya yang dipetik Bernama ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Umno Padang Besar di Taman Beseri Indah, semalam.
 
Ini kerana, katanya, farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat banyak membuat penyelidikan mengenai tumbuhan itu, termasuk Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
 
"Sekolah Menengah Sains Tengku Mohamad Jiwa, Sungai Petani (Kedah) pula mendapat anugerah peringkat Asian kerana membuat kajian mengenai ketum.
 
"Masalah yang berlaku ialah terdapat segelintir orang yang mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain seperti ubat nyamuk dan ubat gegat untuk menjadikan peminumnya merasa khayal.
 
"Sejak zaman duhulu ketum digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit.
 
"Saya sudah kemukakan cadangan kepada kerajaan dan masyarakat. Sekarang terpulang, jika kita tolak, beberapa negara lain bersedia menanam ketum untuk memenuhi permintaan tersebut," katanya.
 
Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Besar berkata, Risda perlu mencari alternatif lain disebabkan harga getah yang tidak stabil dan ramai yang menentang cadangan penanaman ketum itu.
 
Cadangannya itu ditentang beberapa pihak termasuk Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang menegaskan pemilik tanah yang baru mendapat geran hak milik akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati menanam pokok ketum di tanah mereka.
 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut melarang pekebun kecil menanam ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.
 
 

Mahathir sendiri kemuka pendaftaran parti baru

Posted: 31 Jul 2016 03:58 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Parti pembangkang baru yang di pelopori Tun Dr Mahathir Mohammad akan memohon pendaftaran tidak lama lagi, kata anaknya Datuk Seri Mukhriz .
 
Beliau berkata Mahathir sendiri dijangka mengemukakan permohonan itu secara peribadi kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS). 
 
"Seboleh-boleh yang dipersetujui rakan-rakan yang lain, Mahathir sendiri yang akan hantar borang ke RoS.
 
"Maka kita berharap RoS akan memberi pertimbangan sewajarnya dan tidak ada kekangan sengaja dihalang sebab ini amalan demokrasi. Benarkan parti ini didaftar seperti biasa," katanya ketika ditemui media di Majlis Sambutan Hari Raya Kelab Che Det di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.
 
Mukhriz mengulas perkembangan parti baru yang dicadangkan bapanya sebagai usaha berterusan mengguling Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Parti baru itu juga dikatakan akan disertai bekas pemimpin Umno yang tidak sehaluan dengan Najib, seperti bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin;  dan bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
 
Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah ditanya apakah respon parti-parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain terhadap idea bapanya itu.
 
"Ada berbincang dengan parti politik lain sebab tujuan ditubuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
"Respon baik dan semuanya bersemangat dengan hal pendaftaran parti baru," dakwa Mukriz. 
 
Sementara itu dalam hal berlainan, Mukhriz juga menyatakan sokongannya terhadap usaha Muhyiddin bersama PKR mengadakan Jelajah 1MDB.
 
Dalam penampilan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin berkata mereka akan menumpukan usaha di kawasan bandar dan luar bandar.
 
 

PKR tak setuju PRN mengejut petanda DAP semakin hilang kuasa - Gerakan

Posted: 31 Jul 2016 03:56 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gerakan Pulau Pinang menyifatkan pembatalan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut di negeri itu menunjukkan DAP kini semakin kehilangan pengaruh walaupun mempunyai jumlah kerusi yang banyak.
 
Menurut Setiausahanya Hng Chee Wey, kegagalan DAP mempengaruhi PKR turut membuktikan bahawa parti itu hanya sekadar pemerintah yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
 
"Kita nampak dalam Langkah Kajang, walaupun dalam Pakatan (rakan) mereka bantah tetapi mereka tetap laksanakan.
 
"DAP berhasrat tinggi untuk laksanakan PRN mengejut ini tetapi tidak dapat persetujuan PKR, maka terpaksa untuk batalkan. DAP mungkin sudah kehilangan kuasa dalam PH, Jadi DAP sekarang hanyalah sebagai 'caretaker' saja tanpa kuasa," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, membatalkan hasrat meneruskan PRN mengejut di negeri itu, selepas tidak mendapat persetujuan rakan komponennya.
 
Guan Eng berkata, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam memaklumkan kepada beliau berhubung keputusan pucuk pimpinan parti itu.
 
Cadangan daripada DAP itu timbul ekoran Guan Eng terpalit tuduhan rasuah, apabila cuba menukar status tanah (zon pertanian kepada zon komersil) dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town.
 
Dalam pada itu Chee Wey menyambut baik pembatalan tersebut yang hanya merugikan rakyat Pulau Pinang demi menyelamatkan karier pihak tertentu.
 
"'Snap poll' ini mungkin atas sebab-sebab perseorangan saja bukan kebaikan (untuk) rakyat di Pulau Pinang. Ini hanya nak selamatkan satu parti atau orang tertentu saja," katanya lagi.
 
 

Tindakan batal PRN mengejut bukti DAP tak buat keputusan sendiri - Amanah

Posted: 31 Jul 2016 03:53 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan DAP Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut menunjukkan parti itu tidak bertindak sendirian, demikian menurut Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
 
"Amanah Pulau Pinang menganggap pengumuman Ketua Menteri bahawa tiada pilihanraya negeri mengejut adalah tanda komitmen DAP yang berjanji bahawa ia tidak akan mengumumkan PRN secara unilateral tanpa konsensus dari kedua-dua lagi rakannya," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada hari ini mengumumkan kerajaan negeri tidak akan meneruskan PRN selepas tidak mendapat persetujuan dari rakan komponennya, PKR.
 
Pendirian PKR itu disampaikan melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas parti itu sebelum ini mengambil pendirian tidak yakin dengan cadangan mengadakan pilihan raya berkenaan.
 
Sehubungan itu Guan Eng mengadakan rundingan bersama pimpinan DAP dan sepakat bahawa PRN itu tidak akan diteruskan.
 
Sebelum ini Guan Eng memaklumkan hasrat DAP mengadakan PRN mengejut disokong oleh Amanah.
 
Sementara itu Amanah membidas sikap PAS yang memperlekehkan sokongannya terhadap cadangan DAP, sementelah ia merupakan sebuah parti baru yang diserap masuk ke dalam Pakatan Harapan (PH).
 
"Amanah juga mengambil serius semasa proses perundingan berlaku bahawa ada sesetengah pihak yang memandang rendah keberadaan Parti Amanah dalam suasana parti kami berhadapan dengan berbagai 'serangan' dan 'ugutan' dari PAS.
 
"Amanah mengharapkan tiada lagi sindiran sinis kononnya Amanah parti baharu kerana masa untuk persediaan PRU masih ada dan segala pandangan sinis ini perlu diselesaikan untuk PH menjadi kukoh termasuk hubungan dengan parti PAS," tegas Mujahid lagi.
 
Sebelum ini, DAP berkeras mahu mengadakan PRN selepas Guan Eng terpalit tuduhan rasuah, apabila cuba menukar status tanah (zon pertanian kepada zon komersil) dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town.  
 
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1.
 
 

Isu Karbi : Aktivis PAS Jawab Fitnah Jahat Pegawai Khas Guan Eng

Posted: 31 Jul 2016 03:43 AM PDT

 

 



Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman menjawab fitnah jahat pembantu khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad berkaitan dengan isu Karbi.


Menurutnya, program ke Krabi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan adalah lawatan rasmi terhadap Gabenor Wilayah Krabi, Thailand.

Tambahnya, antara perkara yang telah dibincangkan bersama di antara Kelantan-Krabi, adalah industri pelancongan, ekonomi dan pembangunan produk halal yang menekankan aspek kualiti dan bebas maksiat.

"Kos penganjuran tidak jauh beza seperti yang pernah dianjurkan di Selangor dan Pulau Pinang. Program di luar Negeri adalah amalan biasa sektor swasta dan awam khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan hubungan 2 hala, ekonomi dan pelaburan.

"Jangan lupa adanya Pesta Bogel di Pulau Pinang satu ketika dahulu (2014). Delegasi Kerajaan Pulau Pinang juga pernah ke Adelaide Australia atas urusan ekonomi dan pelaburan pada tahun ini.

"Mejar Zaidi DAP tidak suka amar makruf nahi mungkar yang diwajibkan atas seluruh Umat Islam agaknya? Khususnya yang berkaitan dengan Konsert Selena Gomez?," soal Huzir di laman Facebooknya.

Huzir berkata demikian ketika menjawab kenyataan Zaidi yang menyindir isu Karbi yang dikaitkan dengan isu Selena Gomez.

mejar zaidi

"Janganlah kerana kebencian kamu terhadap PAS, maka kamu bersikap tidak adil. Sesungguhnya bersikap adil itu lebih dekat kepada takwa wahai Mejar Zaidi.

"Cukup-cukuplah dalam melontarkan fitnah serta kata-kata nista, maki hamun, kejian terhadap saudara seIslam kamu sendiri walaupun kini kamu bersama DAP.

"Selaku pegawai kepada Guan Eng, mudah-mudahan kamu tidak memalukan Guan Eng kerana tidak menyiasat hujung pangkal atau latar bbelakang program sebelum melemparkan fitnah sekeji ini,"kata Huzir lagi.

mejar zaidi1

BAGAIMANA UNTUK BERITAHU ORANG KAMPUNG MENGENAI SKANDAL 1MDB DALAM BAHASA PALING MUDAH?

Posted: 31 Jul 2016 01:59 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Muhyiddin Yassin bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR bagi mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB dalam bahasa paling mudah kepada orangramai.

Persetujuan itu diumumkan dalam suatu sidang akhbar di Subang Jaya pada tengahari Sabtu dengan dihadiri Muhyiddin sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.

Menurut Muhyiddin, penjelasan dalam bahasa yang mudah meliputi kawasan bandar dan luar bandar itu adalah penting supaya rakyat mendapat gambaran sebenar dan faham beban 1MDB kepada negara.

Ini kerana, katanya, isu melibatkan skandal 1MD bukan saja menjadi bualan dalam negara, bahkan juga sehingga ke luar negara.

Saya sokong inisiatif yang dicadangkan ini, malah perlu dipertingkatkan lagi. Kalau rakyat tidak disedarkan mengenai kuasa mereka dalam menentukan masa depan negara, sampai bila pun mereka tidak akan sedar, ujar Muhyiddin dalam ucapannya.

Bagaimana untuk menggambarkan skandal 1MDB ini dalam bahasa paling mudah untuk difahami, khususnya kepada orang-orang kampung dengan matlamat akhirnya supaya mereka akan menolak UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak?

Jika diimbas pelbagai isu yang timbul yang berpunca daripada 1MDB daripada awal sehinggalah kepada Jabatan Kehakiman AS mengambil tindakan di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi (harta curi) baru-baru ini, bahasa paling mudah untuk menggambarkannya ialah syarikat itu merupakan lubuk pencurian terhebat, bukan saja dalam negara, tetapi juga di dunia.

Untuk aktiviti pelaburan dan menambah pendapatan negara, sebenarnya tidak perlu sama sekali ditubuhkan 1MDB kerana kita sudah pun mempunyai Khazanah Nasional yang telah ditubuhkan sejak sekian lama?

Kenapa perlu ditubuhkan sebuah syarikat lain untuk menjalankan aktiviti pelaburan juga?

Jawapannya tentu saja ialah kerana Khazanah tidak boleh dipergunakan sesuka hati sepertimana 1MDB dioperasikan, lebih-lebih bukan saja Najib meletakkan dirinya sebagai pemberi kata putus dalam urusan perniagaan dan pelaburannya, malah melalui 1MDB jugalah diletakkan Jho Low untuk mencatur segala-galanya.

Semua itu tidak mungkin dapat dilakukan melalui Khazanah.

Melalui 1MDB, ia digunakan untuk meminjam secara besar-besaran atau menjual bon bagi membiayai aktiviti pelaburannya. Walaupun terikat dengan komisen yang tinggi, 1MDB juga diberikan tanah kerajaan TRX dengan harga RM60 sekaki, meskipun harga pasaran mencecah RM3,000 sekaki. Tanah di tapak TUDM Sungai Besi juga diberikan kepada 1MDB dengan harga yang tidak didedahkan.

Daripada sebahagian wang penjualan bon itulah yang menurut Jabatan Kehakiman AS munculnya komplot pencurian berkali-kali dengan cara melencongkan sebahagian wang yang asasnya diperolehi  melalui pinjaman dan penjualan bon.

Pembeli utama bon 1MDB  ialah syarikat seperti Tabung Haji manakala pemberi pinjaman ialah KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen. Bermakna, akhirnya wang rakyat juga digunakan tetapi dengan cara penuh berhelah.

Tanah harga murah itu secara mudahnya ialah untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh 1MDB yang termasuk di dalamnya wang yang dilencongkan atau dicuri itu. Usaha lain untuk membayar hutang-hutangnya ialah dengan menyenaraikan 1MDB di bursa saham, tetapi tergendala akhirnya kerana terlebih dahulu terdedah satu demi satu "pekung"  tentang aktiviti yang dijalankannya.

Melalui pencurian wang tersebut, ia bukan saja digunakan untuk kekayaan peribadi beberapa orang tertentu dan membeli hartanah mewah, lukisan mahal, membuat filem, berjudi, bersiar-siar dengan kapal, dimasukkan ke dalam akuan bank peribadi Malaysian Official 1 sebagaimana yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS dan sebagainya, bahkan di pihak 1MDB pula dilakukan tajaan menunaikan haji dalam kouta tertentu serta program-program sosial.

Ia merupakan aktiviti licik untuk mengaburi pencurian yang dilakukan. Ia seperti menggunakan wang rompakan untuk sedekah membaiki masjid atau meletakkan RM50 wang curi dalam Surah Yassin dalam majlis tahlil yang diadakan pada malam Jumaat.

Adakah wajib 1MDB membuat tajaan haji sedangkan ia sendiri berhutang keliling pinggang dan tidak pernah mengutip keuntungan dalam operasi perniagaannya?

Jadi, bahasa paling mudah yang mungkin boleh digunakan untuk menjelaskan kepada orangramai mengenai skandal 1MDB, termasuk orang kampung ialah ia merupakan lubuk pencurian berlapis-lapis yang kemudian cuba dikaburi daripada pandangan umum dengan aktiviti sosial dan keagamaan yang dijalankannya. 

Sebab itu juga, program memakai jubah dan "ya hanana" kelihatan begitu menonjol dan aktif ketika ini berbanding era Tun Mahathir mahu pun Tun Abdullah Badawi.
 
 
 
 

Comments (1)

Aku Widya Okta, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman reliabl yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui email:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (widyaokta750@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.