Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:52 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


SPRM BARU?

Posted: 29 Jul 2016 06:04 AM PDT

shahbudindotcom

Seorang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, DZulkifli Ahmad dikatakan bakal dinamakan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi menggantikan Abu Kassim Mohamed.
 
 
 
 
Namanya dikatakan sudah dibentangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu lalu.

Jawatan Dzulkifli dalam Jabatan Peguam Negara ialah Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara.

Peguam Negara sekarang ialah Apandi Ali yang dilantik secara mengejut dalam kontroversi 1MDB pada Julai tahun lalu bagi menggantikan Abdul Gani Patail yang "dibersarakan" atas alasan kesihatan.

Dalam masa yang sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Mustafar Ali diberitakan turut akan dipindahkan untuk mengetuai sebuah jabatan kerajaan yang lain yang belum dinamakan.
 
 
 
 
Mustafar difahamkan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, petang ini.

Ini bermakna, bersekali dengan kemasukan Dzulkifli mengetuai SPRM, Mustafar juga dikeluarkan daripada agensi pencegahan rasuah negara itu.

Selepas Jabatan Peguam Negara "dirombak" dan berlaku beberapa pertukaran berikutan kemasukan Apandi pada Julai tahun lalu, kini nampaknya giliran SPRM pula bakal "dilembutkan" melalui perlantikan orang-orang baru di dalamnya.

Hmmmmm...


Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar

Posted: 29 Jul 2016 05:38 AM PDT

Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar
Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar


SHAH ALAM - Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di sini dilaporkan terbakar kira-kira setengah jam selepas jemaah selesai menunaikan Solat Jumaat di situ, petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, insiden berlaku berpunca daripada sebuah bilik kuliah di tingkat bawah masjid terbabit.

"Hanya bilik kuliah berkeluasan 6x9 meter terbakar 100 peratus.

"Tiada kemalangan jiwa dan api berjaya dikawal pada jam 2.47 petang," katanya.


Dzulkifli KP baharu SPRM, Mustafar ditukar

Posted: 29 Jul 2016 05:31 AM PDT

Datuk Mustafar Ali
Datuk Mustafar Ali
 
 
PUTRAJAYA - Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Manakala, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Seri Mustafar Ali ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Laporan DoJ: Tidak libatkan 1MDB‎

Posted: 29 Jul 2016 05:28 AM PDT

Laporan DoJ: Tidak libatkan 1MDB‎


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), minggu lalu tidak melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, tiada aset 1MDB yang disenaraikan untuk disita.

"Majlis Tertinggi ambil maklum hanya mereka tertentu dinamakan dalam laporan tersebut bererti secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan itu, tiada aset 1MDB dinamakan.

"1MDB juga tidak diminta apa-apa maklumat...DoJ tidak rujuk 1MDB maknanya mereka tak tuntut apa-apa penjelasan daripada 1MDB. (DoJ) tidak ambil kira pandangan pihak berkuasa Malaysia mahupun 1MDB," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini, hari ini.



Mahkamah Tinggi batal keputusan UM terhadap lima siswa

Posted: 29 Jul 2016 04:41 AM PDT

Hafiz Yatim


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan keputusan lembaga disiplin Universiti Malaya mengenakan denda atau menggantung lima pelajarnya kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tahun lalu.

Mereka ialah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan ahli jawatankuasanya Safwan Shamsuddin, Adam Fistivil Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim.

Hakim Mohd Yazid Mustafa, dalam membenarkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan lembaga itu, memutuskan bahawa prosiding tatatertib tidak dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar) 1997.

Ia juga memutuskan bahawa apabila lembaga disiplin UM bertemu dengan lembaga rayuan, ia dilakukan tanpa kehadiran pelajar berkenaan.

Kelima-lima mereka diwakili peguam New Sin Yew.

Universiti itu menggantung Fahmi selama dua semester dan denda RM600, manakala Safwan digantung selama satu semester dan didenda. Sementara pelajar lain hanya dikenakan denda.

AMANAH punca PKR tak setuju pilihan raya mengejut?

Posted: 29 Jul 2016 04:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


Keengganan DAP untuk 'merehatkan' Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dikatakan menjadi antara punca PKR masih enggan bersetuju dengan rancangan tersebut.

Menurut sumber yang dekat dalam perkara tersebut, PKR telah meletakkan beberapa syarat untuk pihaknya bersetuju dengan rancangan terbabit, walaupun sedar berisiko kehilangan beberapa kerusi jika pilihan raya itu diadakan.

"Demi menjaga keharmonian dalam hubungan antara PKR dan PAS, pimpinan utama PKR telah meminta DAP untuk 'merehatkan' AMANAH dari bertanding di kerusi PAS pada pilihan raya negeri itu.

"AMANAH wajar direhatkan kerana masih 'baru' dan perlu lebih berusaha untuk menempatkan namanya dalam persada politik negara dengan memberi laluan kepada PAS," jelasnya kepada Malaysiakini.

Semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, Pakatan Harapan mencari 'kemenangan bersama' jika kerajaan Pulau Pinang mengadakan pilihan raya mengejut.

Kata menteri besar Selangor itu, wujud pelbagai analisis dibuat mengenai cadangan berkenaan namun apa yang penting ialah selepas keputusan diambil, kejayaan dicapai atas nama Pakatan Harapan, selain hubungan dengan PAS.

"Kita telah belajar (daripada) pengalaman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan sudah tentulah ianya memberi mesej.

"Rakyat beri mesej kepada semua parti-parti politik, justeru kita perlukan masa untuk berbincang mencari apakah pilihan terbaik di Pulau Pinang," tambah Azmin.

Keperluan menjalin hubungan baik dengan PAS juga penting bagi mengelak 'tragedi' pertandingan tiga penjuru di kerusi N21 Sungai Acheh semasa pilihan raya umum ke-13 kembali berulang.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan sekiranya pilihan raya mengejut itu diadakan di Pulau Pinang.

"Ya sudah semestinya (menentang Pakatan Harapan). Kita tidak mempunyai pakatan dengan yang lain kecuali PKR," ujar Takiyuddin.

Mengulas lanjut, sumber itu menambah, pada masa yang sama, PKR turut mahu DAP menyerahkan satu kerusi dewan undangan negeri di sebelah pulau sebagai ganti rugi jika PKR kalah di salah satu kerusinya di seberang.

Justeru, jelasnya, DAP perlu akur dengan syarat-syarat ini setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui tidak akan mengadakan pilihan raya mengejut tanpa persetujuan bersama parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan.

Selain itu, PKR juga harus berbincang dengan PAS untuk mengelak pertandingan tiga penjuru jika DAP bersetuju untuk tidak meletakkan calon AMANAH pada pilihan raya tersebut.

Eaglexpress sedia khidmat penerbangan jemaah umrah Malaysia

Posted: 29 Jul 2016 04:34 AM PDT

 DALIA ISMAIL
 
 
Osman menyampaikan cenderahati kepada rakan usahasama Al-Fajr Travel & Tours.Osman menyampaikan cenderahati kepada rakan usahasama Al-Fajr Travel & Tours.


Umat Islam yang mahu mengerjakan umrah tahun ini boleh mendapatkan alternatif dengan menggunakan penerbangan sewa khas dari Malaysia melalui pesawat Eaglexpress.

Pengerusi Eksekutif Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, dengan menawarkan perkhidmatan penerbangan ke Jeddah dan Madinah akan dapat mengurangkan jumlah penumpang jemaah umrah yang meningkat setiap tahun.

"Eaglexpress sejak dua tahun lalu telah bekerjasama dengan Alfajr Travel &Tours Sdn Bhd melalui konsain dengan kerajaan Arab Saudi yang membawa 50,000 jemaah umrah dalam dan luar negara.

"Kita mengunakan konsain Saudi Air dan Nas Air yang mengunakan khidmat sewa khas (charter) dengan pesawat dan krew Eaglexpress bagi tujuan membawa jemaah umrah dari Malaysia, negara Timur Tengah, Afrika dan Asia," ujarnya dalam majlis pelancaran Eaglexpress dan jamuan hari raya semalam.

Baru-baru ini Eaglexpress telah mengalami kerugian AS$30 juta setelah  tidak dapat beroperasi selama lima bulan ekoran tidak memiliki Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA) tetapi  dimaklumkan IOSA sudahpun diperoleh pada Mei lalu dan syarikat dibenarkan beroperasi semula.

Ia menjadikan Eaglexpress sebagai syarikat penerbangan ketiga di Malaysia memiliki IOSA selain Malaysia Airlines dan AirAsia X.

Sejak ditubuhkan pada 2012 Eaglexpress memiliki empat buah kapalterbang jenis Boeing 747, mempunyai 400 kakitangan pelbagai peringkat termasuk 36 juruterbang dan krew.

Haji Osman AhmadHaji Osman AhmadPengarah Urusan Alfajr Travel & Tour Osman Ahmad pula berkata, dijangkakan sebanyak 54 penerbangan akan diuruskan oleh syarikatnya untuk membawa sejumlah 25,000 jemaah umrah bermula pada November hingga Mei tahun hadapan melibatkan 54 penerbangan ke Jeddah dan Madinah.

"Setakat hari ini hampir separuh kerusi sudah ditempah dan kita menjangkakan tempahan akan berterusan sehingga akhir penerbangan dilakukan.

"Apa yang istimewanya menaiki Eaglexpress kita berikan kepada jemaah umrah potongan harga tiket," ujarnya.

Difahamkan bagi jemaah umrah dari Malaysia harga tiket bagi menaiki pesawat Eaglexpress adalah RM2,850 seorang pergi-balik sama ada dari KL ke Jeddah atau KL-Madinah.

Bagi penumpang yang membuat tempahan lima orang ke atas potongan harga tiket juga akan diberikan dan penumpang juga boleh membuat sebarang perubahan tarikh penerbangan dalam tempoh 48 jam.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputra Malaysia (Bumitra), Datuk Syed Mohd Razif Syed Yassin berkata,  industri perkhidmatan pesawat khusus bagi menunaikan umrah kini dimonopoli bukan Islam.

Datuk Syed Mohd Razif Syed YassinDatuk Syed Mohd Razif Syed YassinJusteru katanya, dengan kerjasama dilakukan oleh Eaglexpress dan Alfajr Travel and Tours akan mengurangkan peranan orang tengah untuk mengawal harga tiket penerbangan.

"Apa yang kita lihat di negara ini banyak syarikat penerbangan luar yang terbang ke Arab Saudi. Terdapat dua cara untuk menerbangkan jemaah umrah ke Arab Saudi iaitu melalui dua lapangan terbang di Jeddah atau Madinah. Satu lagi dengan menerbangkan jemaah melalui negara lain sebelum dapat meneruskan penerbangan ke Jeddah dan Madinah.

"Dalam dua situasi ini berlaku peranan orang tengah untuk mengenakan harga tiket yang lebih tinggi terhadap jemaah umrah dan agensi pengembaraan yang kerap kali tidak dapat menjual tiket dengan harga berpatutan sebaliknya terpaksa menjual harga tiket yang tinggi kerana berurusan dengan pihak kedua atau ketiga," ujarnya.

Bagi mana-mana agensi dan jemaah umrah yang mahu mendapatkan perkhidmatan pesawat Eaglexpress boleh mendapatkan harga tiket berpatutan yang diuruskan oleh Alfajr Travel & Tours Sdn.Bhd di talian 03-61277790/91/92 pada waktu pejabat.

AG, SPRM perlu segera siasat saman DOJ berkaitan 1MDB

Posted: 29 Jul 2016 04:31 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Wan Anwar Wan IbrahimWan Anwar Wan IbrahimBiro Undang-undang Parti Amanah Negara (Kanun) mendesak peguam negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita dan merampas aset berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Timbalan Pengerusi Kanun Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, ini termasuk mendedahkan identiti "Malaysian Official 1" yang dinamakan dalam saman tersebut.

"Tanggung jawab peguam negara yang juga pada masa yang sama merupakan pendakwa raya adalah untuk mengheret sesiapa sahaja yang telah didapati melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang berkaitan ke muka pengadilan lebih-lebih lagi apabila menyentuh kedaulatan dan reputasi negara.

"Kanun kesal dengan pendirian dan sikap peguam negara Malaysia yang masih berdolak-dalik untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap isu yang dikenal pasti sebagai skandal kewangan terburuk negara tersebut walaupun segala bukti telah disahkan oleh pihak Jabatan Keadilan AS," kata beliau dalam satu kenyataan.

DOJ, dalam saman untuk menyita aset yang diperoleh menggunakan dana 1MDB menyebut "Malaysian Official 1" didakwa menerima AS$781 juta wang yang disalah guna.

Malaysian Official 1 dirujuk sebagai "pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan autoriti dengan 1MDB".

Wan Anwar berkata, tindakan peguam negara AS merupakan tindakan yang tepat bagi melindungi kewibawaan sistem kewangan khususnya dan kedaulatan negara mereka umumnya dan wajar dicontohi peguam negara Malaysia.

"Peguam negara adalah sebenarnya bertanggungjawab penuh kepada rakyat dan bukannya penguasa-penguasa yang korup," katanya.

Sementara itu, Presiden Badan Peguam Malaysia Steven Thiru berkata peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu menarik diri daripada menjalankan kuasanya sebagai pendakwa raya di bawah Perkara 145 (3) kerana beliau mempamerkan sikap seorang pembuat keputusan yang tidak berkecuali.

Beliau berhujah pembelaan Apandi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan DOJ adalah tidak wajar.

"Peguam Negara telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang jelas dan konflik kepentingan yang tidak dapat dipertahankan.

"Dia hilang kelayakan dan oleh itu mesti menarik diri serta-merta daripada menjalankan kuasa pendakwaan sebagai pendakwa raya di bawah Perkara 145 (3) sekiranya terdapat sebarang cadangan lagi untuk pendakwaan atas tuduhan-tuduhan ini, kerana dia tidak dilihat sebagai pembuat keputusan yang neutral," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Apandi sebelum ini berkata tiada pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan menggelapkan dana daripada 1MDB.

Apandi juga menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan dan sindiran terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku dalam kes  sivil yang difailkan oleh DOJ.

"Peguam negara ingin jelaskan bahawa tiada dalam tuntutan sivil difailkan oleh DOJ AS yang perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku," katanya.

Amanah setuju PRN Pulau Pinang, dedah Khalid Samad

Posted: 29 Jul 2016 04:24 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Khalid SamadKhalid Samad


Selepas lama berdiam diri, Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini secara rasmi menyatakan pendirian bersetuju dengan hasrat DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada masa terdekat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata persetujuan itu bagaimanapun perlu dibuat atas nama PH setelah mendengar pandangan setiap parti komponen yang pastinya berbeza.

Mengakui Amanah sebagai sebuah parti baharu yang masih belum dikenali, Khalid berkata pilihan raya adalah salah satu medium terbaik untuk memperkenal dan menonjolkan parti.

"Ramai yang tidak mengikuti perkembangan politik, khususnya berhubung perpecahan Pas dan pembentukan Amanah. Pimpinan Amanah seperti Haji Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub disangka  masih bersama Pas.

"Amat perlu untuk ditonjolkan kehadiran dan dasar-dasar perjuangan Amanah dan seterusnya PH. Tiada cara yang lebih berkesan untuk mencapai matlamat itu selain semasa pilihan raya," kata beliau sambil menegaskan keputusan itu dibuat pada mesyuarat parti itu 25 Julai lalu.

Di Pulau Pinang, Amanah kata Khalid tidak mempunyai sebarang kerusi dan jika menyertai PRN, parti itu berpeluang untuk menang sekalipun tipis.

"Dengan kata lain, Amanah bagaikan "nothing to lose and everything to gain" dalam pilihan raya nanti. Atas sebab itu tidak ada keperluan bagi Amanah membantah cadangan PRN tersebut," katanya lagi.

Selain Amanah, PRN Pulau Pinang ini juga kata Khalid, akan memberi peluang untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Harapan adalah gabungan parti politik yang telah bersatu secara kukuh dan mantap yang gagal dibuktikan semasa PRN Sarawak.

Katanya, walaupun PH bertindak lebih cermat dan mantap semasa Sungai Besar dan Kuala Kangsar tetapi masih banyak boleh diperkuatkan.

Sementara itu kata Khalid, BN sedang berusaha untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Harapan, dengan terbaru pendakwaan terhadap Lim Guan Eng atas alasan diada-adakan.

"BN akan melakukan berbagai tipu-helah dan manipulasi untuk menentukan matlamat mereka akan tercapai. Pakatan Harapan perlu bertindak pantas, sebelum segala perancangan BN selesai dilaksanakan, untuk Pulau Pinang terus kekal bawah Pakatan Harapan," katanya lagi.

Mengulas pertembungan tiga penjuru dengan Pas, Khalid berkata hakikat ini harus diterima kerana situasi serupa akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti selagi Pas tidak mahu berubah.

"Adalah lebih baik realiti ini dihadapi sekarang supaya rakyat memahami 'fahaman baharu' yang dianuti Pas.

"Implikasi fahaman baharu ini akan juga semakin difahami Pas dan dengan itu adalah diharap mereka akan berubah pendirian," katanya.

Rafizi tawar diri audit 1MDB secara percuma

Posted: 29 Jul 2016 04:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menawarkan diri untuk menyertai pasukan audit baru yang akan dilantik bagi menjalankan audit terhadap 1MDB.

Ahli parlimen Pandan itu berkata beliau adalah seorang akauntan bertauliah yang berdaftar dengan Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

"Saya juga menyatakan kesediaan saya untuk berkhidmat secara percuma," katanya dalam satu kenyataan media.

Jika lembaga pengarah 1MDB yakin tiada salah laku, Rafizi berkata cara yang paling mudah untuk meyakinkan rakyat adalah dengan melantik beliau dalam pasukan audit yang baru.

"Saya akan menulis secara rasmi kepada Tan Sri Irwan Siregar, pengerusi lembaga pengarah 1MDB mengenai perkara ini," katanya.

Awal hari ini, Irwan yang juga ketua setiausaha perbendaharaan berkata pengumuman akan dibuat tidak lama lagi mengenai juruaudit baru 1MDB.

1MDB baru-baru ini mendedahkan bahawa juruauditnya sekarang, Deloitte Malaysia akan menamatkan khidmatnya.

Firma itu berkata, penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan sehingga dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ditentukan di mahkamah.

Ini kemudian diulangi oleh Deloitte, yang berkata audit berkenaan akan menerima kesan berikutan tindakan undang-undang DOJ.

DOJ Rabu lalu memfailkan dua tindakan undang-undang untuk merampas lebih AS$ 1 bilion aset yang dikatakan telah dibeli menggunakan dana 1MDB.

Deloitte adalah firma audit ketiga menamatkan khidmat dengan 1MDB sejak penubuhannya pada 2009.

Shukri Abdull: Naib ketua Pemuda Umno tak berilmu

Posted: 29 Jul 2016 04:20 AM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengambil kesempatan menyampaikan salam perpisahannya dengan mengkritik pemimpin Pemuda Umno.

Kritikan itu dibuat selepas Naib Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mendakwa ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkonspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.
"Individu yang membuat laporan terhadap Tan Sri (Abu Kassim) adalah individu yang tidak berilmu, tidak boleh membezakan perjuangan (menentang) rasuah kerana sayangkan negara," katanya.
Shukri berkata demikian dalam ucapan di Majlis Paluan Berundur di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Majlis itu dibuat susulan Abu Kassim, Shukri dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali meninggalkan SPRM.
Khairul Azwan sebelum ini membuat laporan polis mendakwa terdapat komplot melibatkan Abu Kassim bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail.
Beliau mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki menyalurkan maklumat sulit berkaitan 1MDB kepada agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS), tanpa kebenaran.
Sementara itu, majlis perpisahan yang berlangsung hari ini dihadiri kira-kira 1,000 orang kakitangan SPRM.

Sebak, Shukri pesan 'SPRM bukan tempat pengecut'

Posted: 29 Jul 2016 04:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


Suasana sedih menyelubungi majlis perpisahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Ia bermula apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meninggalkan pesanan terakhir pada "anak-anak buahnya".
Shukri mengambil kesempatan mengingatkan mereka supaya menjalankan tanggungjawab dengan berani demi melawan barah rasuah dalam negara.
"Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.
"Peliharalah kebebasan SPRM mencegah rasuah, bukan satu kerja yang mudah banyak cabaran dan dugaan, hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah," katanya yang membuatkan dewan suram.

Ketika ucapan itu, kedengaran esakan kakitangan SPRM sambil tunduk dan mengelap air mata.
Shukri akan meninggalkan suruhanjaya itu bersama dua lagi pegawai kanan suruhanjaya itu, iaitu rakan sejawatnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali dan ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam ucapan itu Shukri turut memberi nasihat kepada ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya supaya jujur dalam menjalankan tugas kerana akhirnya mereka akan menerima hukuman di akhirat.
"Nasihat saya, kepada para hakim jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak, siapa pun terlibat kerana satu hari nanti kita akan bertemu Hakim yang adil, yang akan jatuhkan hukuman pada kita.
"Pada waktu itu semua termasuk saya akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, menjadi peguam bela ke atas diri kita sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi.
"Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.
"Utamakan rakyat berkhidmat lah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti, ingatlah satu hari nanti rakyat akan jadi saksi bila bertemu pencipta kita.
"Pada masa itu tidak jawatan tidak ada pengaruh, tidak ada konspirasi, tidak ada kuasa yang boleh membantu tuan-tuan untuk mengubah keputusan yang telah dibuat oleh pencipta kita," katanya dengan nada sebak.

Rakyat keliru, peguam negara atau peguam Perdana Menteri? soal Mahfuz

Posted: 28 Jul 2016 05:20 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali digesa membuka semula siasatan berkenaan penyelewengan dana 1Malaysia Development BerhadPeguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali digesa membuka semula siasatan berkenaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad


Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali digesa membuka semula siasatan berkenaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ditutup pada 13 Oktober tahun lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Apandi perlu berbuat demikian memandangkan Amerika Syarikat (AS) melalui Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) telah memfailkan permohonan rampasan sivil terhadap sejumlah aset mencecah lebih AS$1 bilion.

"Kes ini berkaitan dengan jenayah pengubahan wang haram. Kalau Peguam Negara tidak bersedia untuk bertindak, lebih wajar beliau melepaskan jawatan yang disandangnya.

"Saya melihat Peguam Negara hari ini tidak lagi peguam kepada negara sebaliknya menjadi peguam kepada Perdana Menteri untuk melindungi mereka yang terlibat dalam jenayah seperti disenaraikan DOJ," tegasnya selepas menyerahkan memorandum di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Apandi perlu mengambil tindakan tegas atau memberi jaminan untuk melihat semula keputusan berhubung pengaliran dana 1MDB.

"Kita minta supaya Peguam Negara tidak harus duduk diam sebaliknya memberi komitmen tinggi dalam perkara ini.

"Beri tumpuan untuk mendakwa mereka yang terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram.

"Bantu kedua-dua pihak dalam usaha membanteras jenayah khususnya berkongsi bukti (dengan AS).
Peguam Negara boleh memanfaatkan segala bukti dan mulakan prosedur siasatan," jelasnya lagi.

Peguam Negara AS, Loretta E Lynch pada 20 Julai lalu mengumumkan tindakan undang-undang untuk merampas semula aset miliknya yang berkaitan dengan 1MDB.

Anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz; ahli perniagaan Jho Low dan Eric Tan Kim Loong antara nama dalam senarai saman tersebut.

Turut disebut lebih 30 kali dalam dokumen sebanyak 136 halaman itu ialah individu yang digelar 'Malaysian Official 1' yang didakwa menerima sebanyak AS$731 juta dari 1MDB melalui akaun bank miliknya.

Laporan Polis Khairul Azwa bin Harun, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia – Suatu Tinjauan

Posted: 28 Jul 2016 05:15 PM PDT

ZULHAZMI SHARIFF
 
 
1MDB mengheret semakin banyak mangsa1MDB mengheret semakin banyak mangsa


No. Report : CHOWKIT/005870/16
Tarikh : 26/07/2016
Waktu : 1314 PM
SAYA KHAIRUL AZWAN BIN HARUN (NO. K/P : 761019-08-5697) SEMASA BERADA DI PEJABAT DI ALAMAT TINGKAT 28, MENARA DATO' ONN, PWTC, KL MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN BERIKUT :
1) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED (BEKAS PESURUHJAYA SPRM)
2) TAN SRI ZETTI AKHTAR AZIZ (BEKAS GABENOR BANK NEGARA)
3) TAN SRI ABDUL GANI PATAIL (BEKAS PEGUAM NEGARA)
ADA SECARA BERSEORANGAN DAN/ATAU BERSAMA TERLIBAT DALAM SATU KONSPIRASI UNTUK MENGGULINGKAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB SERTA KERAJAAN MALAYSIA YANG SAH. MEKANISMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESIAPA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :
1) MEMBERI MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI-AGENSI DI AMERIKA SYARIKAT TERMASUK FBI
2) MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA
3) SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT.
PERKARA YANG SAYA LAPORKAN DI SINI BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA. SEKIAN LAPORAN SAYA.

ULASAN

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Saudara Khairul Azwan telah membuat suatu laporan polis yang cukup serius pada 26/07/2016 yang mendakwa tiga (3) orang yang dinamakan sebagai memberikan maklumat sulit kepada agensi asing untuk menggulingkan Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia yang sah.

Atas laporan polis ini, pihak polis boleh membuka kertas siasatan di bawah Bahagian 6 Kanun Keseksaan iaitu Kesalahan terhadap Negara yang mana ianya adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA.

Ketiga-tiga penama yang dinamakan di dalam laporan polis tersebut boleh ditangkap dan ditahan oleh Polis di bawah SOSMA selama tidak lebih 29 hari bagi tujuan siasatan.

Laporan Polis Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga penama terlibat dalam suatu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia.

Ketiga-tiga penama didakwa telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI.

Dengan jelas disebutkan bahawa ketiga-tiga penama telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI yang mana maklumat dan dokumen tersebut diberikan tanpa kebenaran pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara.

Dokumen dan maklumat juga didakwa direka, dipalsukan serta diputar belit.

Siapa tiga penama tersebut?

Penama yang disebut di dalam laporan polis Khairul Azwan ialah :

a) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Bekas Pesuruhjaya SPRM)

b) Tan Sri Zetti Akhtar Aziz (Bekas Gabenor Bank Negara)

c) Tan Sri Abdul Gani Patail (Bekas Peguam Negara)

Ketiga-tiga penama ini merupakan ahli jawatankuasa siasatan khas berkaitan 1MDB yang telah ditubuhkan suatu ketika dulu sebelum ianya dibubarkan. Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Persoalan yang timbul daripada laporan polis tersebut ialah kenapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak terlibat atau tidak dimasukkan bersama tiga yang lain sedangkan KPN juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB?

Jika diperhatikan tiga penama yang disebut, mereka semua ialah "bekas". Bekas Pesuruhjaya SPRM, bekas Gabenor Bank Negara dan bekas Peguam Negara. Adakah jika Tan Sri Khalid Abu Bakar juga bekas
Ketua Polis, nama beliau juga akan dimasukkan?

Menberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI

Ketiga-tiga penama tersebut dituduh terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang sah dengan memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI.

Laporan ini dibuat semestinya ekoran tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) mengumumkan tindakan mereka memfailkan tindakan untuk membekukan dan merampas aset di Amerika Syarikat milik orang-orang tertentu yang didakwa dimiliki dan/atau diperolehi melalui dana awam iaitu 1MDB. Laporan oleh DoJ jelas mengemukakan bukti-bukti dokumentasi bagaimana dana 1MDB diselewengkan.
Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga penama telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada FBI.
Persoalannya ialah :

a) Bagaimana Khairul Azwan tahu bahawa maklumat dan dokumen yang ada dalam pegangan FBI itu maklumat sulit kerajaan yang telah diberikan oleh tiga penama tersebut?

b) Bagaimana Khairul Azwan tahu ada maklumat sulit dan dokumen Kerajaan telah diserahkan kepada agensi asing termasuk FBI?

c) Bagaimana Kahirul Azwan tahu maklumat tersebut adalah maklumat sulit dan dokumen rahsia?
Siapa Kairul Azwan?

Khairul Azwan hanya Naib Ketua Pemuda Umno yang tiada sebarang jawatan di dalam Kerajaan mahu pun agensi Kerajaan atau pihak berkuasa Kerajaan. Jika Khairul Azwan yang hanya manusia biasa tanpa sebarang jawatan di dalam Kerajaan tahu rahsia Kerajaan, ini sudah pelik.

Kenapa Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB tidak tahu hal ini? Bukankah sepatutnya KPN lebih tahu? Adakah KPN sendiri mebocorkan maklumat ini kepada Khairul Azwan?

Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen ini telah diberikan kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah oleh pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan termasuk Jabatan Peguam Negara

Laporan Khairul Azwan menyatakan bahawa ketiga-tiga penama tersebut telah memberikan maklumat dan dokumen kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah oleh pihak berkuasa Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara. Hahhhh kelakar. Ironinya salah seorang yang dinamakan di dalam laporan polis Khairul ialah Tan Sri Abdul Gani Patai, bekas Peguam Negara.

Khairul Azwan mendakwa maklumat dan dokumen tersebut (jika benar ianya dokumen rahsia dan sulit) diserahkan kepada agensi asing tanpa kelulusan pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara.

Persoalannya ialah dalam laporan polis Khairul tidak pula menyatakan BILA ketiga-tiga penama tersebut memberikan maklumat dan dokumen kepada agensi asing? BILA??

Jika maklumat diberikan ketika Abdul Gani masih Peguam Negara, maka tuduhan bahawa pemberian dokumen tanpa kebenaran Jabatan Peguam Negara adalah kelakar kerana Gani Patail adalah Peguam Negara. Jika Abdul Gani memberikan maklumat semasa beliau masih Peguam Negara, maka tuduhan tersebut kelakar.

Sebahagian besar daripada maklumat tersebut adalah direka, dipalsukan serta diputarbelit untuk mencapai tujuan-tujuan jahat

Khairul mendakwa dalam laporan polisnya bahawa sebahagian besar maklumat tersebut adalah direka, dipalsukan dan diputar belit.

Persoalannya ialah :

a) Bagaimana Khairul Azwan tahu maklumat tersebut direka, dipalsukan dan diputar belit?

b) Adakah Khairul mempunyai maklumat lain yang asli dan tulen sehingga mampu mendakwa maklumat yang ada pada FBI adalah palsu, rekaan dan putar belit?

c) Jika Khairul Azwan mempunyai dokumen dan/atau maklumat lain yang asli lagi tulen, bagaimana Khairul Azwan perolehi dokumen sulit lagi rahsia?

d) Jika Khairul Azwan mempunyai dokumen rahsia kerajaan, ianya merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan pihak polis harus mengambil tindakan terhadap Khairul Azwan.

Ambil perhatian bahawa Khairul Azwan di akhir laporan polisnya berkata "PERKARA YANG SAYA LAPORKAN DI SINI BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS". Ini jelas bahawa Khairul Azwan mempunyai maklumat dan dokumen rahsia sulit Kerajaan yang beliau tidak sewajarnya ketahui dan perolehi.

Jelas bahawa Khairul Azwan terlebih dahulu melakukan kesalahan memiliki maklumat dan dokumen rahsia Kerajaan tanpa kebenaran yang sah yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Cadangan

Bagi meredakan sedikit kekeliruan, dicadangkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang melepaskan Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB daripada kekangan Akta Rahsia Rasmi. Tan Sri Ambrin dalam keterangannya di Mahkamah dalam perbicaraan terhadap YB Rafizi Ramli berkata beliau diberikuasa oleh Perdana Menteri mengklasifikasikan Laporan Audit berkaitan 1MDB sebagai rahsia rasmi atas alasan untuk tidak mahu ianya menggangu siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1MDB.
Sekarang Laporan PAC sudah dibentangkan justeru tiada keperluan lagi Laporan Audit tersebut dirahsiakan.

Adalah lebih baik Laporan Audit tersebut diangkat sebagai dokumen awam seperti mana Laporan PAC.
Kesimpulan

a) Laporan polis Khairul Azwan membuka lebih banyak persoalan malah ianya juga memberikan gambaran jelas tentang apa yang sedang melanda Malaysia.

b) Dengan laporan polis Khairul Azwan, Malaysia ditunjukkan bahawa Malaysia Official No 1 yang disebut oleh DoJ ialah Perdana Menteri Malaysia. Jika bukan kenapa Khairul Azwan dakwa bahawa ketiga-tiga penama di dalam laporan polis beliau terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia?

c) Laporan Khairul Azwan menjelaskan bahawa maklumat dan dokumen yang selama ini didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ), Sarawak Report (SR) dan terkini oleh FBI dan DoJ adalah benar justeru Khairul dakwa ianya palsu dan direka.

Sekarang rahsia telah terbongkar

Posted: 28 Jul 2016 05:11 PM PDT

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
 
 
Apabila pencuri adalah pengawas polis dan agensi pendakwa, hanya campur tangan asing sahaja yang boleh membawa keadilan.Apabila pencuri adalah pengawas polis dan agensi pendakwa, hanya campur tangan asing sahaja yang boleh membawa keadilan.


Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengambil tindakan untuk merampas aset individu-individu yang dinamakan yang disyaki mencuri wang hak milik 1MDB dan Kerajaan Malaysia.

Secara keseluruhannya 17 aset telah disenaraikan. Ini termasuk harta, pelaburan, pesawat udara, kapal layar, syarikat-syarikat, lukisan dan filem-filem. Jumlahnya bernilai USD1 bilion. Dokumen sepanjang 136 halaman itu menunjukkan secara terperinci cara wang itu disalurkan melalui pelaburan penipuan dalam syarikat-syarikat palsu, melalui pelbagai bank dan individu-individu serta berakhir dalam akaun MALAYSIAN OFFICIAL 1.

Siapakah Malaysian Official 1 yang disebut 36 kali dalam laporan ini. Beliau digambarkan sebagai "seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB. Sepanjang keseluruhan masa berkaitan dengan aduan itu, Malaysian Official 1 adalah "pegawai awam" sebagai istilah yang digunakan dalam 18 USC – 1956 (c) (7) (B) (iv) dan "penjawat awam" sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia."

Dalam para 39 laporan tersebut "Malaysian Official 1 memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB. Malaysian Official 1 mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan kepada, dan penarikan balik daripada, Lembaga Pengarah 1MDB dan Kumpulan Pengurusan Kanan 1MDB. Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB, termasuk pelaburan yang mungkin memberi kesan kepada jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia, memerlukan kelulusan Malaysian Official 1."

Para 102 laporan menyatakan bahawa Malaysian Official 1 adalah benefisiari muktamad AmPrivate Banking – Akaun MR adalah akaun sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira USD681 juta pada Mac 2013. Seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 263 di bawah, Peguam Negara Malaysia telah secara terbuka menyatakan bahawa akaun yang menerima bayaran $681 milion itu dipunyai oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Tidak mungkin akaun dan jumlah USD681 juta dimiliki oleh dua orang yang berbeza.

Para 28 menyatakan "Malaysian Official 1″ adalah seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB."

Para 29 "Riza Shahriz bin Abdul Aziz ("Aziz"), seorang warganegara Malaysia, adalah saudara kepada Malaysian Official 1 dan seorang kawan LOW. Beliau adalah pengasas bersama Red Granite Pictures, iaitu studio pengeluaran dan pengedaran filem Hollywood, pada tahun 2010."

Dalam Para 39 Malaysian Official 1 mengambil alih kedudukan berkuasa dengan 1MDB dan lain-lain.
Saya tidak tahu mengapa pegawai-pegawai Amerika yang menulis laporan segan memberi nama sebenar Malaysian Official 1 pada hal dengan rela hati menyebut nama-nama pesalah lain, iaitu Riza Aziz, Jho Low dan Khadim Abdullah. Jika ini adalah kerana bukan peringkatnya untuk membuat tuduhan jenayah, maka mana-mana nama pun tidak patut disebut.

Sekarang Najib dan penyokong-penyokong bodoh beliau mengatakan bahawa Najib tidak terlibat oleh sebab namanya tidak disebut. Najib sendiri berkata, "Biarkan proses undang-undang berjalan bagi mereka yang nama mereka disebut oleh US DOJ." Jelas sekali bahawa beliau menganggap proses undang-undang itu tidak mengandungi siasatan berhubung peranannya sendiri di dalam mencuri wang milik 1MDB.

Namun rujukan kepada Malaysian Official 1 bertepatan dengan apa yang diketahui dan yang diakui oleh Najib sebagai mempunyai kaitan dengan beliau. Ini termasuk rujukan kepada USD681 juta dalam akaun Malaysian Official 1, rujukan kepada kuasa Malaysian Official 1 atas Kerajaan dan 1MDB yang bertepatan dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB.
Dan begitulah seterusnya dengan 30 penerangan lain mengenai hal kuasa dan peranan Malaysian Official 1 serentak dengan peranan Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia dan
Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Walaupun terdapat penerangan terperinci dalam laporan DOJ bagaimana wang 1MDB telah dipindahkan melalui pelbagai syarikat, termasuk Good Star, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low dan bank-bank di beberapa negara dan akhirnya menjelma dalam akaun Malaysian Official 1 di Ambank, Peguam Negara menegaskan bahawa tidak ada bukti bahawa wang daripada 1MDB telah disalah gunakan.

Di bawah 11 pada Para 14 laporan DOJ "Fasa The Good Star: Lebih daripada $1 bilion disalah gunakan daripada 1MDB."

Para 40, cara bagaimana $1 bilion wang 1MDB telah dilaburkan dalam Petro Saudi diperincikan.
Para 41 menjelaskan bahawa Jho Low dan rakan-rakannya menyebabkan $700 juta daripada $1 bilion bertujuan untuk dilaburkan dalam Petro Saudi, dihantar ke satu akaun di RBS Coutts Bank di Zurich yang dipegang atas nama Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low.

Para 42 menyatakan bahawa "di antara bulan Mei dan Oktober 2011", kira-kira $330 juta dana tambahan telah dihantar atas arahan pegawai 1MDB ke akaun Good Star yang kononnya mempunyai kaitan dengan suatu perjanjian pembiayaan antara 1MDB dan 1MDB-Petro Saudi JV.

Mungkin Peguam Negara Malaysia dapat menjelaskan mengapa pelaburan 1MDB sebanyak $1 bilion harus pergi ke dalam akaun Good Star dalam RBS Coutts Bank di Zurich. Atau adakah beliau akan menafikan bahawa ini berlaku? Dalam kes ini beliau patut menunjukkan bukti bahawa ianya tidak berlaku. Semata-mata dengan berkata ianya tidak benar tidak mencukupi. Kata-kata Peguam Negara tidak mempunyai sebarang kredibiliti sama sekali. Dakwaan bahawa tidak ada bukti salah laku Najib dalam semua laporan-laporan yang dikemukakan kepadanya adalah seandai mempercayai air mata tangisan buaya. Dakwaan Peguam Negara bahawa Najib telah mengembalikan RM2.3 bilion daripada RM2.6 bilion yang diberikan oleh seorang Raja Arab Saudi yang telah meninggal dunia mempunyai kredibiliti yang sama. Tiada dokumen pemindahan dan tiada resit telah dipamerkan.

Mencuri wang adalah satu jenayah. Semata-mata merampas wang yang dicuri tidak membatalkan jenayah itu. Satu-satunya urutan logik untuk menyita wang yang dicuri adalah membuat pertuduhan jenayah terhadap pencuri. Bagaimanakah DOJ dari Amerika Syarikat akan mengenakan tuduhan terhadap Malaysia Official 1 tanpa menyebut namanya?

Rakyat Malaysia mahu menebus semula nama baik mereka. Mereka tidak mahu dipimpin oleh seorang pemimpin yang disyaki kleptokrasi mencuri berbilion-bilion wang Kerajaan. Mereka sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana Malaysian Official 1 mengawal Peguam Negara dan polis – agensi-agensi penguatkuasaan. Mereka tidak boleh menyingkirkannya melalui undi tidak percaya kerana beliau mengawal majoriti Ahli-ahli Parlimen melalui langkah-langkah yang haram.

Suka atau tidak, mereka terpaksa bergantung kepada tindakan oleh negara-negara asing. Jika Amerika Syarikat benar-benar percaya dengan membasmi rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan negara mereka, mereka sepatutnya tidak segan untuk menyebut nama dan membiarkan proses undang- undang berlaku.

Apabila pencuri adalah pengawas polis dan agensi pendakwa, hanya campur tangan asing sahaja yang boleh membawa keadilan.

Tangislah negara ku yang tersayang.

Isteri pelakon ditahan polis disyaki terbabit penyeludupan manusia

Posted: 28 Jul 2016 05:04 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Isteri kepada seorang pelakon terkenal merupakan antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis.Isteri kepada seorang pelakon terkenal merupakan antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis.

Isteri kepada seorang pelakon terkenal merupakan antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis dalam operasi khas Selasa lalu di Putrajaya, kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka termasuk wanita berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Mereka disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Noor Rashid berkata polis tidak menolak kemungkinan terdapat pegawai kanan imigresen yang terlibat dalam kes itu.

Beliau berkata siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat.

Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Sebelum itu polis belum mendapat maklumat berhubung dakwaan isteri pelakon yang dikatakan itu adalah isteri  kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly antara 15 kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan  petang semalam di Putrajaya seperti laporan sebuah portal hiburan hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan, beliau tidak tahu menahu tentang dakwaan itu.
"Mana awak tahu? Saya pun tidak tahu lagi," katanya pendek pada sidang media selepas merasmikan merasmikan majlis penutup Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) ke-36 di sini petang semalam.
Khalid diminta mengulas laporan portal hiburan semalam yang mendakwa isteri pelakon tersebut ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam di pejabatnya dalam operasi khas.

Kami digelar 'Anwarinas' kerana pertahan prinsip Pakatan Rakyat

Posted: 28 Jul 2016 05:02 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pakatan Harapan itubuhkan bagi mengantikan Pakatan RakyatPakatan Harapan itubuhkan bagi mengantikan Pakatan Rakyat


Hampir kesemua bekas pemimpin Pas yang kini menyertai Amanah komited mempertahankan prinsip dan keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat sehingga mereka digelar 'Anwarinas' dan tersingkir daripada parti itu.

Mengimbau kembali konflik dalaman Pas sehingga berkuburnya Pakatan Rakyat, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, komitmen beliau dan rakan-rakannya dalam Pas untuk mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat mengakibatkan mereka dipandang serong sebahagian anggota Pas.

"Ketika di dalam Pas, sekumpulan pemimpin mereka diberi pelbagai gelaran hanya kerana cuba mempertahankan keutuhan Pakatan Rakyat pada setiap kali mesyuarat parti itu.

"Antara gelaran yang diberikan kepada mereka adalah 'Anwarinas'. Gelaran itu diberikan apabila kumpulan ini mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah," ujarnya.

Menurut Mohamad, sebahagian pemimpin Pas tidak menyukai keputusan ini lalu gelaran 'Anwarinas' terus berkumandang setiap kali menjelang muktamar Pas.

"Paling parah pada Muktamar Pas 2015, apabila sekumpulan yang mempertahan Pakatan Rakyat dan mempertahan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kumpulan ini sekaligus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat," ujar beliau.

Kumpulan yang disingkirkan daripada Pas ini, jelas beliau kemudian menubuhkan Amanah untuk terus mendokong kerjasama politik parti-parti pembangkang bagi kebaikan rakyat.

"Kumpulan ini adalah termasuk saya dan pimpinan Amanah yang lain. Maka Pakatan Harapan muncul," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Mohamad dipercayai mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab dakwaan segelintir pemimpin Keadilan yang mempertikaikan penubuhan Pakatan Harapan kerana masih menaruh kepercayaan terhadap Pas dan yakin Pakatan Rakyat boleh 'diselamatkan'.

Mohamad SabuMohamad SabuMohamad menambah, beliau dan rakan-rakannya dalam Amanah bertekad untuk terus maju bersama Pakatan Harapan dan berazam untuk bekerja kuat demi menempatkan Amanah dalam arena politik Malaysia tanpa mengemis atau meminta-minta.

"Kami akan pertahankan kewibawaan dan kekuatan solidariti bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

"Walaupun kami yang menjadi mangsa kerana mempertahankan konsep Pakatan Rakyat, namun kami tetap bersabar.

"Kami akan terus bekerja untuk menjayakan kerjasama parti-parti politik atas kepentingan bersama menghadapi BN," ujarnya.

Mohamad menambah kata, Amanah berazam mencorak politik baru bagi menyelamatkan negara yang sedang kecundang akibat rasuah dan salah guna kuasa.

"Rekod paling nyata apabila berlaku pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh akibat keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Maka kekekosongan itu telah diputuskan oleh PKR dan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat pada waktu itu bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah akan bertanding.

"Ketika itu sebahagian pimpinan Pas memboikot PRK tersebut. Malah Pemuda Pas membuat tunjuk perasan menentang pencalonan Wan Azizah dengan diberi perlindungan oleh pemimpin Pas," imbas beliau.

Namun beliau dan akan-rakan yang kini bersama Amanah turun berhempas pulas bagi memastikan Dr Wan Azizah menang dan kemudian dipilih sebagai ketua pembangkang.

"Pengorbanan ini bukan untuk diungkit, tetapi bagi mengorak sejarah bagaimana Amanah akhirnya lahir dan berada di arena politik Malaysia," ujarnya.

Baru-baru ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Lateefah Koya mempertikaikan penubuhan Pakatan Harapan yang kononnya dibuat secara tergesa-gesa dan mempersoalkan tindakan DAP yang mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berkubur.

10 kes tembak mati di Lembah Klang, apa sudah jadi?

Posted: 28 Jul 2016 04:56 PM PDT


 
Oleh KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN


Berdasarkan fakta kes yang didapati menerusi media, sekurang-kurangnya terdapat 10 kes tembak mati berlaku di Lembah Klang sejak dari bulan Januari hingga Julai 2016.

Apa sudah jadi? Tidakkah ini mencerminkan jenayah keganasan semakin menular dalam kalangan masyarakat bandar? Adakah kadar jenayah benar-benar menurun sehingga 20 peratus di Kuala Lumpur sepertimana didakwa sebelum ini?

Keadaan semasa telah memberikan gambaran sebenar meskipun kadar jenayah khususnya jenayah jalanan menurun, tetapi kes-kes jenayah keganasan semakin menjadi-jadi pada tahun ini. 

Lebih membimbangkan jenayah keganasan yang berlaku bersenjatakan pistol, di kawasan awam dan dilakukan pada waktu siang. Hal ini membuktikan fokus kerajaan (NKRA) dalam mengurangkan indeks jenayah negara dan meningkatkan kondusif selamat dalam kalangan masyarakat semakin gagal!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sangat bimbang jika jenayah-jenayah keganasan didalangi oleh kumpulan-kumpulan mafia. 

Sebanyak 49 jumlah kumpulan kongsi gelap telah didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri tahun lalu, dan 24 daripadanya sedang aktif menjalankan kegiatannya di Kuala Lumpur atau Lembah Klang. Secara purata, mereka mempunyai ahli berdaftar sekitar 20,000 orang. Apakah perasaan masyarakat apabila mengetahui keadaan ini?

DPPWP menggesa pihak polis agar dapat meningkatkan kawalan dan aktiviti membanteras sindiket kongsi gelap atau kumpulan mafia di seluruh negara. 

Kita tidak mahu negara yang disayangi ini dicemarkan oleh aktiviti-aktiviti ganas sehingga boleh menggugat keamanan masyarakat. 

Kira-kira 70% penduduk akan mendiami kawasan bandar di Malaysia kerana faktor sosio-ekonomi menjelang tahun 2020, dan proses perbandaran ini akan terbantut sekiranya masalah kebejatan jenayah akan terus membelenggu perasaan rakyat. 

DPPWP turut menggesa rakyat untuk bertekad menyokong pelaksanaan undang-undang jenayah Syari'ah di Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadar jenayah. 

Ini bukan hanya bersifat punitif (hukuman) semata-mata malah bersifat preventif (pencegahan). 

DPPWP meyakini maslahah di sebalik pelaksanaan ini dan kami berharap agar usaha ke arahnya boleh digemburkan,  secara berperingkat-peringkat daripada pelbagai pihak. -
 
*  Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
 
 

Khairy Gagal Untuk Meengawal Pemuda Umno

Posted: 28 Jul 2016 08:14 AM PDT


 
Oleh Zainudin Maidin


Semua maklum berita Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan  membuat aduan polis supaya tindakan diambil terhadap  Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Abu Kasim dan Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah tidak tersiar  di semua akhbar perdana  kawalan pemerintah.

Ketiga-tiga tokoh profesional negara yang sangat di hormati rakyat telah dihina oleh Khairul atau Pemuda UMNO dengan tuduhan berkonspirasi dengan agensi asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Tuduhan ini sangat berat yang mencalar nama baik mereka itu.
Penyiaran tidak berlaku mungkin atas arahan  kerana disedari bahawa mereka itu bukan berkonspirasi tetapi menjalankan tanggungjawab mereka kepada  agensi-agensi dunia  yang bertanggungjawab diatas keselamatan perjalanan kewangan antarabangsa.
Apa yang  dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda  UMNO itu adalah suatu lagi usaha untuk menolak polis ke tembok dengan keyakinan sebagai parti pemerintah, mereka boleh buat apa sahaja untuk membantu Datuk Seri Najib termasuk  melakukan fitnah.
Dari awal lagi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak bersekongkol dengan tindakan  ini kerana mungkin beliau tidak mahu terlihat bodoh, ignorance tentang udang-undang, kebudak- budakan, tetapi kepada umum khususnya kepada parti jelas Khairy  tidak dapat mengawal ahli jawatankuasanya, tidak dapat mencegah pemuda UMNO dari bertindak liar yang boleh menjatuhkan integriti parti.
Adakah beliau mempunyai  daya kepimpinan untuk terus memimpin  Pemuda UMNO atau Pemuda UMNO memerlukan seorang yang berani, tegas dan mempunyai kebijaksanaan politik untuk memimpin mereka?
 
 

Mahkamah Benar Permohonan Pengarah NOW Batal Saman Jamil Khir

Posted: 28 Jul 2016 08:14 AM PDT



MSTAR ONLINE
 
 
Akmal Nasir
Akmal Nasir

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis membenarkan  permohonan Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir untuk membatalkan saman fitnah difailkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu dalam kamarnya atas alasan saman yang difailkan Jamil Khir adalah atas kapasitinya sebagai menteri dan bukan peribadi.

Peguam Razlan Hadri Zulkefli yang mewakili Akmal memberitahu media bahawa Nor Bee memerintahkan Jamil Khir untuk membayar kos sebanyak RM3,000 kepada Akmal.

Razlan berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman fitnah oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd yang memutuskan bahawa personaliti yang dikenali ramai yang memegang jawatan awam tidak boleh memfailkan saman fitnah atas kapasiti rasminya.


Peguam Adnan Seman yang mewakili Jamil Khir mengesahkan tentang keputusan mahkamah itu dan berkata akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan mengemukakan rayuan.

Pada 19 November 2015, Jamil Khir memfailkan saman itu terhadap Akmal berhubung dakwaan penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Beliau mendakwa Akmal memfitnahnya ketika memberi kenyataan kepada media dan di laman web menggunakan nama NOW pada 13 November 2015.

Jamil Khir mendakwa di antara kata-kata fitnah itu adalah berkenaan pembiayaan perjalanan ke luar negara, bermain golf dan lawatan ke pusat beli-belah membabitkan kos di antara RM410,978 hingga RM590,000.

Menteri itu juga mendakwa Akmal menerbitkan kata-kata fitnah itu tanpa pengesahan terlebih dahulu hingga ia membawa maksud beliau seolah-olah tidak amanah, ahli politik yang menyeleweng dana anak yatim serta menyalah guna kuasa.

Beliau menuntut perintah injunksi bagi menghalang defendan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya, ganti rugi am, teruk serta permohonan maaf dalam cara dan bentuk yang diluluskan olehnya sendiri.

Comments (0)