Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:32 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Kami kena macam-macam tapi Uber, Grabcar tidak? soal pemandu teksi

Posted: 28 Jul 2016 08:54 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Pemandu teksi berdemonstrasi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta membantah pencelahan Uber dalam kes saman mereka terhadap SPAD.Pemandu teksi berdemonstrasi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta membantah pencelahan Uber dalam kes saman mereka terhadap SPAD.


Sikap kerajaan melalui badan atau agensi-agensi berkaitan pengangkutan awam membiarkan 'kereta sapu' Uber dan Grabcar berleluasa mengecewakan ramai pemandu teksi berdaftar.

Rata-rata mereka ditemui Malaysia Dateline di ibu negara hari ini berpendapat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) lebih baik dibubarkan kerana gagal menangani ancaman kemunculan 'teksi haram' itu sehingga menjejaskan pendapatan pemandu berdaftar.

Zahari JumriZahari JumriZahari Jumri, 36, berkata SPAD sejak diwujudkan pada 2010 bagi menggantikan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) lebih banyak menyusahkan hidup pemandu teksi.

"Sudah lama kami mendesak supaya Uber dan Grabcar ini diharamkan sebabnya mencurah pasir ke periuk nasi kami. Bagaimana SPAD boleh benarkan kereta persendirian membawa penumpang bagi tujuan memperoleh pendapatan?

"Paling kami tidak puas hati mereka yang guna aplikasi Uber dan Grabcar itu tidak pula tertakluk pada Akta SPAD, lain pula kami yang dikenakan macam-macam syarat termasuk pemeriksaan Puspakom dua kali setahun. Kan tidak adil namanya?" bidas beliau.

Sementara itu, Mohd Sham Jusoh, 43, berkata, beliau turut hairan dengan cara kerajaan berdepan bantahan ramai pemandu teksi terhadap aplikasi Uber dan Grabcar.
Mohd Sham JusohMohd Sham Jusoh
"Sudah tahu Uber dan Grabcar tidak sah mengikut undang-undang, mengapa tidak kerajaan gantung terlebih dahulu operasi kereta sapu itu selagi belum mencapai keputusan muktamad?

"Padahal mereka (Uber dan Grabcar) tidak berdaftar, tiada kad pemandu dan tiada lesen PSV (Kenderaan Pengangkutan Awam). Mereka guna kereta sendiri. Berbeza dengan kami, semua ada tapi malangnya kerajaan nampak tidak benar-benar membela kami," ujar Sham lagi.

Bagi Thangghvallu, 61, ancaman aplikasi Uber dan Grabcar kepada pemandu teksi semakin serius apabila sikap lepas tangan SPAD juga 'menjangkiti' pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

grab Thangghvallugrab Thangghvallu
"Polis kata isu ini di luar bidang kuasa. JPJ pun kata mereka tidak bertanggungjawab. Jadi, kalau begitu, negara ini macam tiada undang-undanglah sebab kereta sapu boleh sesuka hati menjalar di jalan raya," tegasnya.

Akibat operasi teksi haram Uber dan Grabcar itu, tambahnya lagi, pemandu teksi berdaftar termasuk golongan tua terpaksa terus memandu mencari penumpang sehingga larut malam sekaligus menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka.

Ketiga-tiganya yang ditemui di perkarangan parkir mahkamah, Jalan Duta, ibu negara hari ini antara kira-kira 500 pemandu teksi yang berkumpul sebagai bersolidariti terhadap 102 rakan mereka yang membantah permohonan Uber untuk menjadi pencelah dalam kes saman terhadap SPAD.

Umno akan berhati-hati isu dibangkit negara luar

Posted: 28 Jul 2016 08:42 AM PDT

SINAR HARIAN
Annuar Musa
Annuar Musa
 
 
KUALA LUMPUR – Umno akan lebih berhati-hati dalam meneliti setiap isu yan dibangkitkan khususnya dari negara-negara luar yang mempunyai rekod suka campur tangan dalam hal ehwal negara lain terutama negara Islam, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, komitmen terhadap dunia Islam, sikap berkecuali terhadap kuasa besar, keakraban dengan China dan Rusia, serta pendirian teguh dalam menyokong Palestin dan menolak Israel adalah antara punca negara ini sentiasa diintai negara tertentu.

Ini merupakan peluang yang ditunggu-tunggu mereka untuk masuk campur, lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini yang membabitkan rebutan kuasa di Laut China Selatan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam menangani episod terbaru berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini melibatkan Amerika Syarikat, Annuar berkata ia perlu diteliti daripada semua sudut.

"Kita perlu meneliti 'the big picture' daripada semua sudut agar kita tidak terburu-buru dan terperangkap dalam usaha sengaja "mencari salah" dengan niat tertentu bagi membina persepsi dan prasangka buruk," katanya.

Beliau berkata, Umno juga tidak akan sesekali memperkecilkan perlunya menjunjung amanah rakyat, menegakkan keadilan, menjunjung perlembagaan dan mengutamakan keluhuran undang-undang.

"Kita menyedari bahawa 1MDB adalah syarikat milik kerajaan dan dengan itu ia wajib 'accountable' kepada rakyat dan wajib tertakluk kepada segala peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Selain itu, dakwaan wang 1MDB 'hilang' atau 'dicuri' adalah sangat serius. Maka ia telah dan sedang disiasat mengikut undang-undang. Apakah benar ada kehilangan wang milik 1MDB? Berapa banyak dan siapa yang 'mencurinya"?..tetap disiasat," katanya.

Annuar berkata, jika dakwaan itu benar, kerajaan akan menunaikan janji mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang terlibat menurut proses undang- undang.

Menurutnya isu 1MDB yang kini menjadi isu perundangan tidak perlu dipolitikkan dan sehubungan itu semua pihak harus bersabar supaya proses undang-undang berjalan tanpa gangguan. 

Dalam pada itu Annuar berkata Umno juga sedar wujudnya konspirasi diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita juga amat memahami keupayaan, pengalaman dan kepandaian Dr Mahathir  dalam selok-belok konspirasi menewaskan musuh politiknya.

"Dendam yang berpunca daripada jatuh anaknya, Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz) daripada kedudukan tinggi dalam Umno, terlalu mendalam, menyebabkan Dr Mahathir bersedia lakukan apa saja untuk mencapai hasratnya," katanya.

Sehubungan itu Annuar berkata Umno dan saf pimpinannya harus berwaspada untuk tidak terperangkap dalam 'grand design' Dr Mahathir untuk merampas kuasa dalam Umno dan kerajaan dengan apa cara sekalipun, walau secara tidak demokratik atau melibatkan kuasa luar.

"Kita percaya kaedah matlamat menghalalkan cara yang menjadi 'trademark' tindakan Dr Mahathir selama ini akan terus dipergunakannya," kata Annuar.  – Bernama


‘1MDB Officer 3′ sudah dikenalpasti

Posted: 28 Jul 2016 08:25 AM PDT

 
Bloomberg menamakan Jasmine Loo, yang dikehendaki Bank Negara untuk soal siasat, didakwa menerima AS$5 juta (RM20.27 juta) selepas penjualan bon 1MDB.


jasmin-loo_1mdb_600

LONDON: Salah seorang daripada mereka yang disebutkan dalam saman penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dikenalpasti sebagai Jasmine Loo, bekas ketua penasihat undang-undang untuk 1MDB.

Dia juga merupakan pengantara (liaison) 1MDB ke Goldman Sachs Group Inc, bank antarabangsa yang membantu 1MDB memungut AS$6 bilion AS$6 bilion (RM24.33 bilion), menurut laporan Bloomberg.

Memetik dokumen yang disediakan DoJ, laporan itu berkata selepas salah satu daripada penjualan lumayan yang dipimpin Goldman Sach, sejumlah AS$5 juta (RM20.27 juta) daripada wang yang dipungut untuk 1MDB disalurkan melalui beberapa syarikat kosong (shell companies) dan didakwa akhirnya dimasukkan dalam akaun bank Swiss miliknya.

"Pemerintah AS merujuk kepada pegawai berkenaan sebagai '1MDB Officer 3′. Menurut pihak yang maklum akan hal itu, pegawai itu adalah Jasmine Loo Ai Swan – seorang rakyat Malaysia yang mengaji undang-undang di United Kingdom dan bekerja untuk satu pemaju dari Malaysia dan satu syarikat minyak sebelum menyertai 1MDB," menurut laporan itu.

AS tidak menuduh Jasmine atau mana-mana individu melakukan jenayah dalam aduannya, yang mahu merampas aset-aset yang menurut Washington D.C "dilesapkan secara salah" daripada syarikat milik kerajaan itu.

Pada 2015, Bank Negara Malaysia memaparkan notis di laman sesawangnya menyatakan Jasmine dan seorang lagi bekas pegawai 1MDB dikehendaki untuk soal siasat.

Bloomberg berkata Jasmine tidak menjawab permohonan untuk mendapatkan ulasan yang dipohon selama beberapa bulan di Malaysia dan di pangsapuri yang dia miliki di daerah Flatiron, New York.

"Meskipun jumlahnya sederhana berbanding yang lain dalam skim itu, pindahan AS$5 juta (RM20.27 juta) yang didakwa itu ketara. Penerimanya bukan sahaja seorang peguam dan pengantara 1MDB dengan Goldman Sachs, tetapi juga satu-satunya orang dalam 1MDB yang DoJ sebut menerima sejumlah bayaran."

Pindahan wang itu, menurut pemerintah AS, adalah satu daripada berbelas pembayaran haram dalam skim yang dikawal Jho Low dan kesudahannya mengambil sejumlah AS$3.5 bilion (RM14.19 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad.

Laporan Bloomberg menaikkan beberapa butiran mengenai kerjaya Jasmine dan bagaimana peguam itu bekerjasama dengan Jho Low.

Ia menyebut mengenai tiga urusniaga bon yang diuruskan Goldman dan peranan yang dimainkan Jasmine dan lain-lain dan bagaimana sebahagian daripada dana yang didakwa dilencongkan ke akaun individu atau akaun syarikat syarikat kosong, termasuk orang yang disebut sebagai "Malaysian Official 1″.

Sebagai contoh, menurut laporan itu, 1MDB memungut sejumlah AS$1.56 bilion (RM6.32 bilion) daripada jualan bon pertama. Lebih daripada separuh diuntukkan bagi membeli sebuah syarikat penjana tenaga.

"Menurut pekeliling tawaran yang dikemukakan Goldman, baki AS$774 juta (RM3138 juta) ditetapkan untuk kegunaan 'serbaguna korporat (mungkin melibatkan pemerolehan di masa akan datang)'.

"Tetapi bukan itu yang berlaku. Sejumlah AS$577 juta (RM2339 juta) disalurkan ke sebuah syarikat kosong yang dikawal oleh sekutu Jho Low, menurut pendakwaraya."

Selepas pungutan kedua, sejumlah AS$790 juta (RM3203 juta) lagi didakwa pergi ke syarikat kosong yang dikawal rakan Jho Low. Sejumlah AS$1.26 bilion (RM5.11 bilion) didakwa disalurkan ke satu syarikat kosong baharu yang ditubuhkan oleh rakan Jho Low daripada jualan bon ketiga dan terbesar, bernilai AS$2.7 bilion (RM10.95 bilion), menurut laporan itu.

Remaja Maut Terkena Kipas Enjin Bot Ketika Memancing

Posted: 28 Jul 2016 08:14 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
TUMPAT: Seorang remaja maut selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya dan terkena kipas enjin bot berkenaan ketika keluar memancing bersama seorang rakan di Pantai Geting di sini, malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasid berkata dalam kejadian  kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Mohammad Faiz Wahib, 18, bersama rakannya Mohd Azwa Mat Nor dipercayai gagal mengimbangi bot yang mereka naiki akibat angin kencang.

"Mohd Azwa berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki kembali bot terbabit manakala Mohammad Faiz tidak dapat menyelamatkan diri kerana mengalami kecederaan akibat terkena kipas enjin bot tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Zaharudin berkata Mohammad Faiz yang mengalami luka di bahagian telinga kanan, dahi dan kaki kiri, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.45 malam dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memancing memastikan keadaan laut tidak bergelora.

Mahkamah Benar Permohonan Pengarah NOW Batal Saman Jamil Khir

Posted: 28 Jul 2016 08:14 AM PDT


MSTAR ONLINE
 
 
Akmal Nasir
Akmal Nasir

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis membenarkan  permohonan Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir untuk membatalkan saman fitnah difailkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu dalam kamarnya atas alasan saman yang difailkan Jamil Khir adalah atas kapasitinya sebagai menteri dan bukan peribadi.

Peguam Razlan Hadri Zulkefli yang mewakili Akmal memberitahu media bahawa Nor Bee memerintahkan Jamil Khir untuk membayar kos sebanyak RM3,000 kepada Akmal.

Razlan berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman fitnah oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd yang memutuskan bahawa personaliti yang dikenali ramai yang memegang jawatan awam tidak boleh memfailkan saman fitnah atas kapasiti rasminya.


Peguam Adnan Seman yang mewakili Jamil Khir mengesahkan tentang keputusan mahkamah itu dan berkata akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan mengemukakan rayuan.

Pada 19 November 2015, Jamil Khir memfailkan saman itu terhadap Akmal berhubung dakwaan penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Beliau mendakwa Akmal memfitnahnya ketika memberi kenyataan kepada media dan di laman web menggunakan nama NOW pada 13 November 2015.

Jamil Khir mendakwa di antara kata-kata fitnah itu adalah berkenaan pembiayaan perjalanan ke luar negara, bermain golf dan lawatan ke pusat beli-belah membabitkan kos di antara RM410,978 hingga RM590,000.

Menteri itu juga mendakwa Akmal menerbitkan kata-kata fitnah itu tanpa pengesahan terlebih dahulu hingga ia membawa maksud beliau seolah-olah tidak amanah, ahli politik yang menyeleweng dana anak yatim serta menyalah guna kuasa.

Beliau menuntut perintah injunksi bagi menghalang defendan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya, ganti rugi am, teruk serta permohonan maaf dalam cara dan bentuk yang diluluskan olehnya sendiri.

UMNO-BN beri projek pada syarikat China tanpa tender terbuka untuk bayar hutang 1MDB

Posted: 28 Jul 2016 08:06 AM PDT

tony_pua


Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Rakyat sekali lagi terpaksa menanggung beban hutang 1MDB, kali ini melibatkan tipu muslihat kerajaan UMNO-BN dalam menganugerahkan kontrak Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) kepada China Communications Construction Company (CCCC).

Laman pendedah maklumat, Sarawak Report dalam laporannya dua hari lalu mendakwa kerajaan UMNO-BN bersubahat dengan kontraktor terbabit untuk menaikkan kos projek berkenaan daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB.

Kontrak itu juga didakwa diberikan kepada CCCC tanpa melalui proses tender terbuka.
Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee dalam satu kenyataan hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak megesahkan atau menafikan dakwaan serius terbabit.

"Malah, beliau perlu memberikan alasan yang paling munasabah terhadap tindakan kerajaan menganugerahkan tender berkenaan secara langsung kepada CCCC," katanya.

Menurut dokumen yang didedahkan Sarawak Report mengenai perkara itu, Tony Pua berkata, CCCC perlu mengarahkan sebuah syarikat yang bakal dilantiknya untuk membayar RM3.4 bilion kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) bagi hutang pendahuluan 1MDB.

Malah, katanya, CCCC juga didakwa perlu mengambil alih hutang anak-anak syarikat 1MDB berjumlah RM19.4 bilion termasuk faedah yang telah dijamin oleh IPIC setelah menandatangani kontrak ECRL bersama kerajaan UMNO-BN yang dijangka berlaku pada Disember tahun ini.

"Lebih menarik lagi, sebahagian daripada jumlah wang dari kos-lebihan akan digunakan untuk membeli saham besar dalam syarikat Low Taek Jho, Putrajaya Perdana Bhd dan Loh & Loh Corporation Bhd yang masing-masing bernilai AS$244 juta dan AS$71 juta.

"Di samping itu, terdapat pembayaran yang dicadangkan oleh CCCC kepada syarikat 'perundingan/strategik/perkhidmatan perhubungan' dan satu lagi 'syarikat yang dilantik' untuk jumlah AS$65 juta dan AS$200 juta," katanya sambil mendakwa bahawa pembayaran "misteri" itu dibuat bagi membayar komisyen pihak-pihak tertentu.

Kos tinggi berbanding dua projek sebelumnya

Dalam pada itu, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut membandingkan kos projek ECRL dengan dua lagi projek pengangkutan awam yang lain pada tahun 2003 dan 2015.

"Sebagai perbandingan, projek trek-berkembar Ipoh-Padang Besar sepanjang 329km telah dianugerahkan kepada konsortium MMC-Gamuda dengan nilai RM14.5 bilion pada 2003.

"Baru-baru ini pada Disember 2015, projek Gemas-Johor Bahru link sepanjang 179 km telah dianugerahkan kepada China Railway Engineering Corporation dengan jumlah RM7.1 bilion.

"Secara purata, kos projek-projek berkenaan masing-masing hanya RM44 juta dan RM39.8 juta bagi setiap kilometer," ujarnya.

Oleh itu, mengambil kira projek ECRL yang melibatkan 620 km dan memakan kos RM60 bilion, Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata ia bermakna kos bagi setiap kilometer adalah RM96.8 bilion iaitu 120 peratus dan 143 peratus lebih tinggi daripada kedua-dua projek berkenaan. – Roketkini.com

Pegawai Kanan Bank Maut Jatuh Dari Menara Southern Bank

Posted: 28 Jul 2016 06:20 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan bank menemui ajal kerana terjatuh dari tingkat lima Menara Southern Bank di Bukit Damansara di sini pada Khamis.

Dalam kejadian pada 11 pagi itu, Timbalan Presiden CIMB cawangan Plaza Damansara Soh Ming Sang, 42, ditemukan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Shahrul Othman Mansor.

Beliau berkata satu pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM) tiba di tempat kejadian pada kira-kira 11.40 pagi dan mengesahkan So meninggal dunia.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah terlibat," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat. -Bernama

MH370: Maklumat Simulator Tidak Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Kehilangan Pesawat

Posted: 28 Jul 2016 06:14 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia mengemukakan pandangannya terhadap laporan media baru-baru ini berhubung siasatan FBI ke atas simulator penerbangan di rumah juruterbang pesawat MH370.

Laporan itu mencadangkan bahawa beliau merancang laluan ke selatan Lautan Hindi dan kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu adalah pembunuhan/bunuh diri yang sengaja dirancang.

Senario seperti ini bukanlah baharu dan pernah dilaporkan media sebelum ini, kata JACC dalam laporan operasi.

"Maklumat simulator menunjukkan hanya kemungkinan perancangan. Ia tidak  mendedahkan apa yang berlaku pada malam kehilangan pesawat berkenaan, atau pun di mana pesawat itu dikesan.

"Bagi tujuan menetapkan kawasan pencarian di bawah laut, fakta dan analisis berkaitan paling hampir sepadan dengan senario di mana tidak berlaku campurtangan juruterbang dalam peringkat seterusnya penerbangan itu," menurut laporan berkenaan.

Pesawat MH370 bersama 239 orang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

JACC berkata keterangan terbaik yang diperoleh berhubung lokasi pesawat itu adalah berdasarkan apa yang diketahui daripada komunikasi satelit terakhir dengan pesawat berkenaan.

"Komunikasi satelit terakhir dengan pesawat itu menunjukkan kemungkinan besar ia sedang dalam kadar penurunan yang tinggi di kawasan yang dikenali sebagai lengkok ke-7. Ini sememangnya konsensus Kumpulan Kerja Strategi Pencarian," menurut laporan itu.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Malaysia, China dan Australia akan menangguh dan bukan menamatkan pencarian MH370 yang hilang itu sebaik sahaja selesai meliputi kawasan keutamaan pencarian seluas 120,000 km persegi.

Sehingga kini, pencarian meliputi kawasan lebih 110,000 km persegi.

Pilihan Raya Mengejut Hanya Memihak Kepada Umno - Nurul Izzah

Posted: 28 Jul 2016 06:12 AM PDT

Oleh: AKIL YUNUS 
 
 
Nurul Izzah Anwar
 
 
PETALING JAYA: Semua pembangkang berdepan risiko kehilangan kerusi jika pilihan raya negeri diadakan di Pulau Pinang, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Sebenarnya sekarang, kami semua berdepan risiko itu. Dengan kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru, secara teorinya, tiada siapa yang akan menang kecuali Umno," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Ditanya mengapa PKR enggan bersetuju dengan sekutunya, DAP dan Amanah untuk mengadakan pilihan raya negeri, Nurul Izzah mengulangi pendirian parti bahawa kebimbangan yang dibangkitkan oleh masyarakat madani perlu diambil kira.

"Tumpuan kami sekarang adalah untuk memastikan bahawa perbincangan dalaman berlaku pada tahap maksimum dan perbincangan awam dikurangkan ke tahap minimum," katanya yang jelas merujuk kepada posting Facebook Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang meluahkan kekecewaannya dalam politik terhadap individu yang dipanggil 'rakan'.

"Kadang kala, anda tertanya-tanya jenis rakan yang anda miliki. Apabila mereka berada dalam krisis, anda menyokong mereka.

"Kemudian pada suatu ketika di mana kami akan menghargai sokongan mereka, mereka membocorkan segala-galanya kepada media terlebih dahulu, meninggalkan anda dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Atau mengumumkan kepada seluruh dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami terlebih dahulu," kata Pua dalam kenyataannya petang Rabu.

Ketua Biro Undang-Undang PKR Latheefa Koya tanpa menyatakan nama sesiapa, kemudian membuat posting di Facebooknya menulis mempersoalkan siapa yang membuat keputusan sebelah pihak sebelum ini dengan mengumumkan pilihan raya mengejut.

"Atau..siapa yang mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat secara sebelah pihak?

"Atau…siapa yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan – semua itu kepada media sebelum keputusan dimuktamadkan?" kata Latheefa.

Mengulas mengenai 'perang' sesama rakannya Nurul Izzah berkata Pua adalah 'rakan yang baik' yang sangat dihormati dan dijaga.

"Dia sentiasa ada untuk saya ketika susah dan senang dan saya sentiasa memilih memihak kepada persahabatan dan itulah yang paling penting kita perlu lindungi," tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai ini.
 
 

Tindakan Pemuda Umno ‘bongkar’ rahsia Najib, 1MDB – PAS

Posted: 28 Jul 2016 05:57 AM PDT

INTAN NUR IDAYU


1MDB-Najib-PAS-UMNO


KUALA LUMPUR: PAS percaya lebih banyak 'rahsia' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan terbongkar ekoran daripada laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan baru-baru ini yang mendakwa kononnya wujud konspirasi untuk guling Najib menggunakan 1MDB.

Menurut Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, walaupun laporan polis yang dibuat oleh Azwan itu menjadi bahan ketawa rakyat di negara ini kerana menamakan tiga orang individu yang terkenal dengan jasa mereka kepada negara, tetapi bagi Idris ia adalah satu tindakan yang mengampu Najib.

"Ini petanda sokong membawa rebah. Kalau pun hendak mengampu jangan terlajak sangat. Kalau hendak jet tayar kereta, jangan jet tinggi sangat, nanti terbalik kereta," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian merujuk kepada tindakan Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Gebenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada Selasa lalu dengan mendakwa ketiga-tiga individu ini mendedahkan maklumat mengenai 1MDB kepada Amerika Syarikat dengan tujuan untuk menjatuhkan Najib.

Tegas Idris, tindakan Azwan ini sama seperti menjolok sarang tebuan kerana beliau percaya sebagai bekas kakitangan kerajaan yang berpengalaman, mereka tidak takut untuk berdepan dengan pergi ke mahkamah dan memberitahu perkara sebenar.

"Walau pun mereka berhenti dengan penuh misteri dan menjadi tanda tanya di kalangan rakyat. Apakah akan terbongkar banyak perkara apabila mereka menjawab tuduhan yang berat di dalam mahkamah nanti.

"Sama-sama kita tunggu episod seterusnya," kata pemimpin PAS itu.

Baru-baru ini, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan tuntutan sivil hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dikaitkan dengan syarikat 1MDB.

Difahamkan, saman itu telah menamakan Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong, serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam dakwaan penyelewengan dana tersebut.

Dokumen 136 halaman itu turut mendakwa sebanyak AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik Malaysian Official 1. Namun, ia tidak menyatakan siapakah Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu.

Sebaliknya, ia hanya menyatakan Malaysian Official 1 sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang turut memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.


K’jaan negeri punyai prerogatif adakan PR mengejut – Guan Eng

Posted: 28 Jul 2016 05:50 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


lim-Guan_Eng_-484x320


BATU KAWAN: Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mempunyai prerogatif untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini, tanpa perlu mengadakan persidangan tergembar Dewan Undangan Negeri, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata menurut perlembagan negeri, kerajaan Pakatan yang ada sekarang, mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya awal dan ini tiada kena- mengena dengan Barisan Nasional (BN).

"BN sudah melakukannya banyak kali, (mengadakan) pilihan raya umum awal pada 1978, 1982 dan 1986 kerana, menurut Perlembagaan Persekutuan, ia berhak berbuat demikian dan, di Pulau Pinang, kami hanya perlu mendapatkan restu Yang Dipertua Negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan galeri jualan Aspen Group di Bandar Cassia di sini.

Lim berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Mohd Farid Saad daripada BN semalam bahawa persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri perlu diadakan bagi membincangkan cadangan pilihan raya mengejut itu.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata cadangan itu bukan perkara baharu kerana BN pernah melakukannya di peringkat persekutuan, dan ia tiada kena-mengena dengan parti pembangkang di negeri ini sekiranya kerajaan negeri ingin mengadakan pilihan raya awal.

Lim juga mencadangkan agar Mohd Farid mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri atau ketua menteri sekiranya beliau tidak berpuas hati tentang perkara itu.

"Kami hanya membincangkanya dalam kalangan (rakan) gabungan Pakatan, tidak dengan pembangkang di negeri ini," katanya.

Selasa lepas, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Lim.

Satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Lim, satu lagi ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Ogos 2018.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, 19 daripadanya disandang DAP; PKR (10); BN (10) dan PAS satu.  — Bernama


Dua murid dicemari merkuri, termometer pecah di makmal sains

Posted: 28 Jul 2016 05:48 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


Merkuri Tumpah


KEPALA BATAS: Dua murid lelaki tahun lima dikuarantin selepas tercemar dengan merkuri daripada termometer yang jatuh dan pecah di makmal sains Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, di sini hari ini.

Kedua-dua murid itu mendakwa terpegang merkuri selepas termometer tersebut pecah dan mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan daripada sekolah tersebut berhubung kejadian itu pada pukul 11.27 pagi, kata Komander Operasi Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Zulkhuari Abdul Rahman.

"Kejadian tumpahan merkuri di atas lantai itu disedari pembantu makmal," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kawasan makmal sains itu dan bilik darjah berhampiran makmal berkenaan diarah dikosongkan bagi membolehkan kerja membersihkan merkuri dijalankan.

Operasi pembersihan nyah cemar yang dilakukan di makmal sains itu melibatkan prosedur dan bahan tertentu supaya ia selamat digunakan semula selepas ini, katanya.— Bernama


PKR tidak yakin alasan DAP atau ragu kemampuan sendiri?

Posted: 27 Jul 2016 10:34 PM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] Mengapa PKR masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dan menganggapnya kurang wajar dan kurang bermanfaat kepada sistem demokrasi dan rakyat?
 
Adakah PKR sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri dan bimbang wibawa dan potensinya akan terdedah pada umum dan Pilihanraya Negeri (PRN) itu akan menjejaskan masa depan politiknya? 
 
Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pimpinan tertinggi partinya telah membincangkan dengan terperinci persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.
 
"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut," katanya.
 
Sebelum mesyuarat kelmarinpun, PKR sudah memberi bayangan betapa ia sebenarnya tidak tertarik dengan kecenderungan DAP mengadakan pungutan suara atau referendum terhadap kepimpinan parti itu di Pulau Mutiara.
 
Perkara pertama yang dipertikaikan oleh PKR ialah, usul PRN ole DAP tidak boleh dibandingkan dengan beberapa inisiatif PKR mengadakan pilihanraya kecil (PRK) sebelum ini.   
 
Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perbandingan demikian tidak tepat kerana PRN - jika diadakan – membabitkan 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, serta memberi implikasi kepada lebih satu parti.
 
Katanya, ia berbeza dengan tiga PRK yang disebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilakukan oleh PKR kerana ia hanya memberi kesan langsung kepada PKR.
 
Menurut Fahmi, PRK Permatang Pauh pada 2008 dan 2015 dibuat kerana 'pendakwaan politik berterusan' ke atas Ketua Umum parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
PRK pada 2008 diadakan apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi membolehkan Anwar kembali ke parlimen selepas tempoh larangan ke atasnya - selama lima tahun - berakhir.
 
PRK Permatang Pauh kedua pula diadakan apabila Anwar dihukum penjara untuk kali kedua dan demi meletakkan Wan Azizah sebagai ahli parlimen semula.
 
Kata Fahmi PRK Penanti pada 2009 pula dibuat sebagai reaksi kepada permintaan DAP menggantikan Timbalan Ketua Menteri, Fairus Khairuddin dari PKR yang prestasinya dipertikaikan. 
 
Menurutnya untuk PRK Kajang pula ada beberapa perbincangan dengan DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat dilakukan sebelum ia dibuat.
 
"Selepas kewajaran untuk PRK itu dibentangkan, pimpinan DAP memberi sokongan kepada langkah mengukuhkan pentadbiran di Selangor," katanya.
 
Bagaimanapun umum dapat menduga bahawa sikap PKR terhadap PRN Pulau Pinang ialah berasakan kebimbangan PKR sendiri bahawa ia akan 'tercicir' dalam usaha DAP membersih dan menggilap namanya melalui PRN berkenaan. 
 
Berbeza dengan pilihanraya umum (PRU) 2013 kerjasama politik di antara komponen Pakatan Rakyat cukup utuh. Pengundi bukan Melayu yakin dengan PAS kerana termakan kempen DAP bahawa PAS boleh dipercayai. 
 
Pengundi Melayu pula yakin dengan DAP yang sudah 'disamak' imejnya oleh kempen PKR dan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bahawa parti itu adalah 'lebih baik dan mulia' berbanding Umno. 
 
Bagaimanapun kini DAP menjaja ke seluruh pelosok negara bahawa PAS adalah parti dolak dalik dan tidak boleh dipercayai. DAP menganggap cita-cita PAS melaksanakan hukum Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.
 
DAP juga kurang menghormati PKR seperti yang dapat dilihat pada tindakan DAP 'menghukum" beberapa Adun PKR yang tidak menyokong pendiriannya dalam isu menambak laut untuk pembangunan. 
 
PKR dan DAP juga tidak menyembunyikan ketamakan masing-masing untuk membolot lebih banyak kerusi DUN Sarawak dalam PRN itu Mei lalu. Mereka sanggup bersilang senjata politik demi menunjukkan ego.
 
Mendepani isu PRN Pulau Pinang, PKR insaf kedudukan politiknya tidaklah seampuh 2013. Ketika itu pemimpin de facto mereka, Anwar Ibrahim ada di sisi dan bertindak sebagai 'penggawa' bagi Pakatan Rakyat. 
 
PKR taat padanya. DAP juga menghormatinya, PAS kagum dengan kelincahan pencak politiknya. Kekaguman ini secara langsung atau tidak menyemai bibit perpecahan dalam PAS kemudian. 
 
Apabila membandingkan dinamika Anwar dan pimpinan ulama PAS, ramai profesional PAS berasa 'ketinggalan' berbanding PKR yang berfikiran 'terbuka dan ke hadapan'. Maka berlakulah penghijrahan profesional ke parti Amanah.
 
Berlatarbelakangkan senario ini, PKR nampaknya kurang yakin pada diri sendiri dan ragu berhadapan dengan pengundi Pulau Pinang yang mungkin melihat PKR kini tidak begitu dinamik seperti di bawah pimpinan Anwar. 
 
Tambahan pula, di kalangan pimpinan PKR, tidak semua berani dan bersedia 'bertentang mata' ketika berhujah berhubung soal halatuju parti. Iri hati dan ego masih kuat merasuk. 
 
DAP pula melihat tidak ramai pemimpin PKR yang boleh mewarisi ciri kepemimpinan Anwar. Lantas tahap hormat dan kagum terhadap parti yang lahir sebagai pembeza pimpinan Melayu dengan pimpinan Umno, berkurangan.
 
Realitinya, PKR masih kurang pasti PAS akan menggerakkan penyokong akar umbinya di Pulau Pinang untuk menyokong calon-calon PKR dalam PRN ini. 
 
Memang benar PAS parti pembangkang dan berseteru dengan Umno. Bagaimanapun jika PAS memilih meletakkan calon menentang PKR dan Amanah, sudah tentu nasib PKR terumbang ambing mempertahankan 10 kerusi DUNnya.
 
DAP sudah berjanji tidak akan membuat keputusan PRN secara unilateral. Ia akan merundingi dan mendapatkan konsensus daripada PKR dan Amanah. 
 
Persoalannya, adakah tanpa persetujuan PKR, DAP mahu meneruskan PRN?. Atau, sebagai jalan keluar mungkin DAP boleh menggunakan strategi PKR "menghidup dan membesarkan" imej Anwar ketika beliau difitnah politik?
 
DAP perlu memikirkan semula strategi PKR ini. Apapun bukankah Guan Eng sendiri mengakui bahawa beliau pasti akan dipenjara kerana mendakwa tuduhan kes rasuah terhadapnya bermotifkan politik.
 
Jika beliau dipenjara, Pulau Pinang akan bertukar Ketua Menteri. DAP boleh sahaja memilih pemimpin DAP lain menggantikannya. Namun jika beliau didapati tidak bersalah, beliau tentu boleh teruskan kerjaya Ketua Menteri.
 
Bagaimanapun jika PRN diadakan, ada kemungkinan negeri itu akan bertukar parti pemerintah. Atau, hanya DAP yang mengungguli DUN. PKR dan Amanah tentu akan semakin jauh hati. Ini masa DAP mempamerkan sisi ikhlasnya

MH370 menjunam ke laut, kelajuan hampir 400/kmj

Posted: 27 Jul 2016 10:25 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
PERTH: Penyiasat kemalangan dari Australia mendedahkan kepada AirlineRatings.com bahawa data menunjukkan MH370 mungkin menurun pada tahap sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit dalam detik-detik sebelum ia jatuh ke dalam laut bersama-sama 239 orang penumpang dan anak kapal. 
 
Dalam temu bual beliau yang pertama selepas mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood memberitahu AirlineRatings.com di Perth, Australia Barat, bahawa komunikasi satelit automatik dengan Boeing 777 pada minit-minit terakhirnya menunjukkan bahawa kadar penurunan pesawat itu meningkat secara mendadak daripada kira-kira 5,400 kaki (1200 meter) seminit sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit. 
 
Peningkatan besar itu menunjukkan bahawa tidak ada sesiapa sedang mengendalikan pesawat itu, kata beliau. 
 
Wawancara eksklusif dengan AirlineRatings.com itu diadakan selepas beberapa media memetik satu laporan FBI yang dibuat dua tahun lalu mengenai satu program simulator penerbangan yang dimiliki oleh juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah di komputer di rumahnya yang mendakwa beliau telah meluncurkan pesawat Boeing 777 itu dalam satu pendaratan ke dalam air yang terkawal dan bahawa ATSB sedang membuat pencarian di tempat yang salah. 
 
Hood juga memberitahu AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu bukan sesuatu yang baharu. 
 
"Kami telah mengetahui mengenai laporan FBI itu selama dua tahun dan ia telah dilaporkan secara meluas di dalam media pada masa itu. Ia bukan satu perkara baharu." Namun Hood menegaskan kepada AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu hanya "berkemungkinan menunjukkan terdapat perancangan dan mungkin niat, tetapi ia tidak memberitahu kita di mana pesawat itu berada. 
 
"MH370 hilang dalam keadaan penuh misteri pada 8 Mac 2014, selepas perhubungan dari pesawat itu terputus semasa apa yang sepatutnya adalah satu penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing. 
 
Bagaimanapun Hood masih yakin untuk menemui MH370 pada bulan-bulan akan datang. 
 
Ketua Pengarang AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas berkata, pendedahan baharu oleh ATSB ini "menjelaskan lebih banyak maklumat mengenai saat-saat akhir tragedi MH370 itu." 
 
"Adalah amat penting bahawa ATSB, bagi pihak pasukan pencarian pelbagai negara itu, melenyapkan spekulasi yang merosakkan tentang apa yang mungkin atau tidak mungkin berlaku pada MH370," kata Thomas. 
 
Wawancara lengkap AirlineRatings.com bersama Encik Hood boleh diperoleh di Http://www.airlineratings.com/news.php?s&id>739. AirlineRatings.com ditubuhkan pada 2013 dan satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia. 
 
Laman web itu mentakrifkan tahap keselamatan bagi 450 daripada syarikat penerbangan yang terbesar di dunia.
 
 

Siapa yang suka buat pengumuman bersendirian, soal Latheefa kepada DAP

Posted: 27 Jul 2016 10:18 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Keputusan PKR yang enggan bersetuju dengan cadangan DAP berhubung pilihan raya negeri di Pulau Pinang, mengundang pertikaman lidah di antara pemimpin kedua-dua parti berkenaan.
 
Terbaru, Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya membidas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, dengan mempersoalkan siapakah pihak pertama mendedahkan mengenai pilihan raya mengejut tersebut.
 
"Pertamanya betulkan kenyataan anda, siapa secara bersendirian umumkan pilihan raya mengejut? Siapa secara sendirian mengumumkan terkuburnya pakatan rakyat? Siapa yang umum pembentukan pakatan harapan kepada media sebelum keputusan muktamad?
 
"Jangan menjerit sewaktu terjun dan kemudian mengharapkan kami menjelaskan berapa tinggi," katanya dalam catatan Facebooknya yang dipetik daripada portal online The Star.
 
Sindiran Latheefa itu dipercayai ditujukan selepas Pua meluahkan kekecewaannya dan pada masa sama bertindak menyindir rakan politik yang tidak membantu di kala DAP memerlukan sokongan.
 
Semalam, Pua menulis: "Kadang kala anda terfikir apakah jenis sahabat yang anda miliki. Apabila mereka dilanda krisis, anda menyokong mereka tanpa soal, walau apapun bahana yang datang," katanya dalam satu posting di akaun Facebooknya petang tadi.
 
"Kemudian apabila giliran anda pula memerlukan sokongan, mereka menceritakannya di media dahulu, menyebabkan anda terdedah.
 
"Atau mengumumkanya secara terbuka ke seluruh dunia, sebelum memberitahu anda dahulu," demikian luah Pua menerusi Facebook. 
 
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada malam Selasa memutuskan  bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang. 
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat tersebut membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya, dan membuat keputusan berkenaan selepas mengambil kira pendapat masyarakat umum.
 
Rakan ketiga dalam Pakatan Harapan, Amanah pula menyatakan ia menyokong syor DAP mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.
 
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP sanggup memberi ruang sewajarnya kepada PKR untuk mencapai keputusan tetapi ia tidak boleh ditangguh terlalu lama

Rayer bebas tuduhan menghasut 'Umno celaka'

Posted: 27 Jul 2016 10:11 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: ADUN Seri Delima, RSN Rayer dibebaskan daripada tuduhan mengasut berhubung kenyataan 'Umno celaka' yang dikeluarkannya dua tahun lalu.
 
Hakim Mahkamah Sesyen, Ibrahim Osman berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Rayer.
 
Ibrahim berkata mahkamah tidak diyakinkan bahawa kenyataan Rayer itu berbentuk hasutan, justeru ia dilindungi oleh kekebalan seorang wakil rakyat.
 
"Mahkamah mendapati bahawa ucapan tertuduh tidak merujuk mana-mana kaum atau segolongan orang malah secara jelas hanya merujuk kepada individu-individu secara spesifik iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shabudin Yahaya.
 
"Umno adalah sebuah parti politik yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan sama seperti pertubuhan lain seperti DAP, PAS, PKR dan lain-lain.
 
"Kenyataan terhadap sesebuah parti politik itu tidak boleh disifatkan sebagai perkataan kepada sesuatu kaum tertentu atau golongan yang tertentu.
 
"Mahkamah berpandangan bahawa kenyataan terhadap sesuatu kaum mestilah jelas ataupun tersurat bukannya secara tersirat. Jika mahkamah ini menerima sesebuah parti politik sebagai khusus untuk kaum yang tertentu sahaja, perkara sedemikian sudah tentu akan memberi kesan negatif dan boleh membawa implikasi yang tidak sihat," katanya.
 
Pada 27 Ogos 2014, Rayer mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu ketika sesi perbahasan di dalam DUN Pulau Pinang, pada pukul 9.30 pagi, 20 Mei 2014.
 
Wakil rakyat itu menghadapi pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim dan Farah Aimy Zainul Anwar manakala Rayer diwakili oleh barisan peguam diketuai Gobind Singh Deo.
 
 

Lelaki maut ditembak baru dua minggu tukar kereta baru selepas sedar diekori - Rakan

Posted: 27 Jul 2016 10:10 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Lelaki yang maut selepas ditembak lebih 10 das semalam, baru dua minggu menukar kereta setelah mendapati ada pihak mengekorinya.
 
Rakan mangsa yang mendedahkan perkara itu berkata, mangsa yang merupakan pengurup wang sebelum ini menggunakan kereta Toyota Camry.
 
"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya.
 
"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.
 
Dalam kejadian 3.35 petang semalam, mangsa maut serta selepas ditembak 18 das dari jarak dekat, dengan 10 das mengenai badan mangsa. 
 
Rakaman litar tertutup CCTV memperlihatkan dua lelaki yang membonceng motosikal melepaskan tembakan dari arah kiri dan kanan kereta dipandu mangsa yang ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang.  
 
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
 
Seorang saksi kejadian berkata bunyi tembakan bertalu-talu yang didengari ketika kejadian disangkakannya bunyi mercun.
 
"Saya ingatkan hanya bunyi orang main mercun, tak sangka pula ia datang dari tembakan yang bertalu-talu," kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai sebagai Sazwan.
 
Sazwan berkata beliau dan dua rakan sedang minum petang di gerai berhampiran tempat kejadian.
 
Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus selepas itu orang ramai bergegas mengerumuni kereta mangsa.
 
"Saya terkejut apabila mendekati kereta itu, terdapat banyak kesan tembakan. Saya nampak pemandu kereta seorang lelaki dah terkulai dengan kesan tembakan pada badannya," katanya.
 
Beliau berkata tiada penumpang dalam kereta berkenaan.
 
Katanya sejurus kejadian, orang awam menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.
 
 

Comments (0)