Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:06 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Beranikah Arul Kanda mengaku 1MDB memang mangsa penipuan

Posted: 23 Jul 2016 10:42 PM PDT

image

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Adakah pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersedia untuk akhirnya mengakui bahawa syarikat milik penuh kerajaan Barisan Nasional itu telah menjadi sebahagian daripada mangsa penipuan berbilion dolar AS di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee hari ini berkata, saman sivil yang dikemukakan Badan Kehakiman Amerika Syarikat Jumaat lalu untuk merampas aset bernilai hampir AS$1 bilion itu turut disertai dengan dokumen yang mendedahkan kesemua transaksi haram yang membabitkan syarikat yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009 itu.

Oleh itu, menurutnya, 1MDB yang diuruskan Arul Kanda tidak harus memberikan alasan bahawa syarikat terbabit "bukanlah pihak yang dinamakan dalam saman sivil terbabit, tidak mempunyai aset di Amerika Syarikat, malah tidak memperoleh faedah daripada pelbagai transaksi seperti yang dinyatakan dalam saman berkenaan".

"Atau adakah Arul Kanda dan pasukannya masih tidak sedar bahawa berbilion dolar telah hilang (dari kantung 1MDB)? Mengapalah begitu sukar untuk eksekutif yang bijak pandai ini untuk memikirkan jika wang itu telah hilang atau sebaliknya?" Soal Tony Pua mengenai perkara itu dalam satu kenyataan.

"Atau, lebih masuk akal, Arul Kanda dan pasukannya adalah konspirator yang bersubahat di dalam seluruh penipuan. Adakah dia melakukannya untuk menutup penipuan yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia sendiri yang didakwa telah menggelapkan lebih daripada AS$700 juta ke dalam akaun peribadinya?" soalnya lagi.

Sebelum ini, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa bahawa dokumen mahkamah AS itu menunjukkan terdapat tiga transaksi pembayaran telah dibuat ke atas akaun peribadi Najib, dengan jumlah terbanyak iaitu AS$681 juta telah dipindahkan antara 21 hingga 25 Mac 2013, sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Malah, beliau turut menjelaskan terdapat dua bayaran lain berjumlah AS$50 juta ke dalam akaun Najib sebelum ini, iaitu pemindahan sebanyak AS$20 juta antara 23 Feb hingga 13 Jun 2011, dan AS$30 juta antara bulan Mei hingga Disember 2012.

Sehubungan itu, Tony menggesa supaya Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Irwan Serigar menjaga kepentingan pembayar cukai di negara ini dengan mengambil tindakan segera memecat kesemua pegawai tinggi 1MDB bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

"Irwan juga harus menyatakan secara terbuka, jika 1MDB sebenarnya telah menjadi mangsa penipuan dan mencari jalan supaya hasil yang dicuri disalurkan semula kepada negara," katanya.

Jika itu juga gagal dilaksanakan Pengerusi syarikat terbabit, menurut Tony Pua, Irwan sendiri harus meletakkan jawatannya. – Roketkini.com


Restu Anwar pada parti baru Mahathir akan bawa reformasi lebih besar

Posted: 23 Jul 2016 10:33 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PKR mendakwa keterbukaan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap idea penubuhan parti baru tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu usaha membawa agenda reformasi yang lebih besar.
 
Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Md Akin menyambut baik reaksi pemimpin nombor satu parti itu sambil menegaskan Anwar merestui kerjasama yang akan dijalin parti itu dengan pihak Mahathir.
 
"Saya fikir dari awal lagi Anwar sentiasa konsisten dengan agenda reformasi dan perubahan. Sebab itu saya beranggapan kenyataan terkini beliau tentunya dibuat dalam aspek mengangkat agenda reformasi itu kerana pada hemat dan pandangan beliau.
 
"Dari apa yang kita faham bahawa parti baru yang mungkin digagaskan oleh Muhyiddin dan pasukannya yang dipecat dari Umno, tentu komited untuk membawa agenda perubahan dan reformasi institusi termasuk ikhtiar untuk menukar kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Lembah Pantai, di Bangsar, malam tadi.
 
Mahathir pada minggu lalu mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti baru dan akan menjadi sebahagian komponen dalam gagasan pembangkang demi mendepani Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun menyatakan tidak terlibat secara langsung dalam struktur parti itu, sebaliknya dikatakan bakal didokong oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam pengumuman berkenaan dan menyambut baik idea terbaru Mahathir itu, sebagaimana sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat sebelum ini yang digerakkan untuk menyingkir kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
 
Anwar, dalam reaksinya terhadap parti baru Mahathir itu menyatakan bahawa beliau terbuka dalam sebarang kerjasama asalkan ia membawa manfaat kepada rakyat.
 
Namun berbeza dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilihat seolah-olah menjarakkan diri dalam penglibatannya bersama usaha Mahathir, walaupun memberitahu partinya mengalu-alukan kerjama memulihkan tata keloka pentadbiran negara.
 
Iskandar bagaimanapun mengambil sikap berbeza dengan Wan Azizah apabila menyifatkan kerjasama sedemikian bukanlah satu masalah buat PKR.
 
"Saya tidak nampak kerjaasama itu sebagai satu masalah sebab dari segi pendirian PKR tidak pernah membuat keputusan tiada kerjasama dengan mana-mana pihak.
 
"Misalnya mengapa kita bersetuju untuk hadir dan menandatangani Deklarasi Rakyat sebab ada agenda jelas untuk membaa reformasi institusi. Sesiapa yang bersama kita alu-alukan tidak kisah parti yang baru, yang sedia ada atau parti yang hendak bangkit semula," ujar Ahli Parlimen Bukit Katil itu lagi.
 
 
 

4 maut bot karam di perairan Kota Tinggi

Posted: 23 Jul 2016 10:31 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KOTA TINGGI: Empat maut, manakala 33 yang lain terselamat selepas bot dinaiki karam dalam kejadian kira-kira 80 meter dari Pesisir Pantai Batu Layar di sini, malam tadi. 
 
Komander Operasi Azlan Mohd Sobri dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, berkata empat yang maut itu membabitkan tiga wanita dan seorang lelaki. 
 
"Berdasarkan maklumat setakat ini, bot dinaiki 37 penumpang warga Indonesia dengan yang terselamat membabitkan 25 lelaki dan lapan perempuan," katanya di sini, pagi ini. 
 
Katanya, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar bersama anggota keselamatan lain membantu operasi sejurus menerima panggilan pada jam 11.07 malam. 
 
Turut membantu ialah 12 anggota polis, 29 askar, tiga petugas hospital dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 
 
Katanya, operasi pencarian masih dijalankan.
 
 

Perkembangan terkini 1MDB : Rakyat perlu lebih prihatin

Posted: 23 Jul 2016 10:18 PM PDT

 DR MOHD FAIZ NA'AMAN
 
 
Kenyataan media berkenaan skandal 1MDB dari pihak kerajaan AS tersebut disiarkan secara langsung melalui satu sidang media khas pada malam 20 Julai lalu.Kenyataan media berkenaan skandal 1MDB dari pihak kerajaan AS tersebut disiarkan secara langsung melalui satu sidang media khas pada malam 20 Julai lalu.



Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa Perkasa, memandang serius dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengenai 1MDB seperti yang siarkan oleh rangkaian-rangkaian berita terkenal seluruh dunia pada 20 Julai lalu.

Kerajaan Amerika Syarikat mahu menyita aset bernilai lebih USD1 billion dari 1MDB sebagai hasil dari penyalahgunaan dana bernilai USD3.5 billion oleh 1MDB.

Kerajaan AS mendakwa bahawa USD1 billion dari 1MDB tersebut telah dialir ke dalam bidang perhotelan, hartanah mewah seperti kawasan Manhattan, Beverly Hills dan London.

Ia turut digunakan untuk mendanai karya seni lukisan, jet peribadi dan filem dari Hollywood arahan anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz yang bertajuk "Wolf of Wall Street".

Kenyataan media berkenaan skandal 1MDB dari pihak kerajaan AS tersebut disiarkan secara langsung melalui satu sidang media khas.

Dakwaan secara terbuka oleh salah satu agensi kerajaan negara asing seperti AS ini boleh mencemarkan maruah serta reputasi Malaysia di pentas dunia lebih-lebih lagi jika tiada sebarang usaha serius diambil bagi membuktikan semua dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata.

Sejak dari awal lagi pihak Perkasa menyokong agar Datuk Seri Mohd Najib Razak menyaman mana-mana pihak termasuk portal berita luar negara yang cuba mengaitkan nama beliau dalam dakwaan skandal 1MDB tersebut.

Dalam masa yang sama Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa Perkasa tetap istiqomah dalam mendesak supaya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal 1MDB ini dari pelbagai sudut dengan lebih adil, terbuka dan bebas.

Pihak Perkasa juga mahu agar laporan audit terhadap 1MDB tidak diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) supaya rakyat negara ini mengetahui kebenarannya.

Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) USA, Andrew Mc Cabe ketika membuat kenyataan media telah berkata "rakyat Malaysia ditipu dalam skala yang besar".

Dan penyitaan aset 1MDB oleh pihak Unit Anti Korupsi Jabatan Keadilan USA tersebut merupakan yang terbesar dalam sejarah negara tersebut.

Penyitaan aset 1MDB tersebut secara tidak langsung bagaikan menyita aset negara Malaysia di luar negara kerana 1MDB merupakan syarikat pelaburan yang dinaungi kerajaan Malaysia yang melibatkan dana negara (wang rakyat Malaysia) yang digunakan oleh 1MDB tersebut kononnya untuk aktiviti pelaburan.

Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertindak tegas bagi menghalang sebarang bentuk penggadaian aset negara kepada pihak asing walaupun aset tersebut tidak berada dalam negara. Ini kerana sebarang penggadaian aset 1MDB oleh kuasa asing hanya akan merugikan ekonomi negara dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Para pegawai penyiasat dari AS  juga mengakui bahawa siasatan mereka terhadap skandal 1MDB ini turut dibantu oleh SPRM yang dikatakan telah menunjukkan "tahap keberanian luar biasa" untuk bersama menyiasat skandal tersebut.

Pihak pendakwaraya dari AS menambah bahawa setebal 130 muka surat telah dihasilkan bagi memberi gambaran jelas mengenai penipuan yang melibatkan 1MDB sejak dari awal penubuhan syarikat tersebut dalam tahun 2009. Laporan itu juga menyatakan bahawa dalam tahun 2009-2011, sebanyak USD1 billion  telah dialirkan ke syarikat di Seychelles bernama Good Star Ltd yang dimiliki oleh Jho Low, usahawan kewangan yang juga orang kepercayaan kepada PM Malaysia selaku ahli lembaga penasihat 1MDB.

Laporan tersebut menambah Jho Low terlibat dalam urusan pembelian aset mewah di AS melibatkan sebahagian dana dari 1MDB bernilai USD1 juta. Manakala sebahagian lagi dana 1MDB dikatakan mengalir kepada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui seorang Putera Arab Saudi.

Kenyataan terbaru dari pihak Kerajaan AS ini sekali lagi membuktikan bahawa dakwaan bekas PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir tentang wujudnya salahlaku serta korupsi dalam 1MDB mempunyai asasnya.

Dalam masa yang sama Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa Perkasa hairan bagaimana Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin seolah-olah tidak menjumpai sebarang bukti salahlaku serius bagi membolehkan individu-individu yang terlibat dengan skandal 1MDB tersebut diheret ke muka pengadilan.

Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa Perkasa  juga menyeru rakyat Malaysia agar prihatin dengan isu yang melibatkan 1MDB ini kerana ia melibatkan kepentingan ekonomi negara jangka panjang, lebih-lebih lagi setelah terdapatnya dakwaan bahawa 1MDB menggunakan khidmat syarikat milik Yahudi Jerman, Goldman Sachs Group Inc untuk mendapatkan dana tambahan melalui bon bagi menyelamatkan syarikat pelaburan terkait Kerajaan Malaysia tersebut.

(*)  Penulis Dr. Muhammad Faiz Bin Na'aman adalah Setiausaha Biro Integriti, Anti-Rasuah & Salahgunakuasa,merangkap Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Papar jemaah haji ditaja 1MDB, media dikuasai kerajaan cuba sorok Malaysian Official 1

Posted: 23 Jul 2016 10:15 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
Najib RazakNajib Razak


Media perdana yang dikuasai kerajaan Umno-BN sejak kelmarin dilihat cuba menyembunyikan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk merampas 17 aset yang dikaitkan dengan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaharu, berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nasional 1 melaporkan kegembiraan jemaah haji di Masjid Tanah, Melaka yang ditaja oleh 1MDB.

Laporan berita pukul 1 petang itu menyebut 1MDB membiayai 10 jemaah haji di sekitar Parlimen tersebut.
Untuk rekod, syarikat pelaburan negara sarat hutang itu sejak 2009 menaja seramai 2,300 jemaah haji membabitkan perbelanjaan sebanyak RM28.2 setakat 2014 lalu.

Program Khas Haji secara tahunan itu disertai imam dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Bahkan, dilihat sebagai "rasuah 'Islamik" bagi pengkritik, 1MDB sejak 2011 turut menaja sepenuhnya pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru dengan jumlah keseluruhannya menelan kos sebanyak RM20 juta.

Sementara itu, walaupun #MalaysianOfficial1 hangat diperkatakan di media sosial, segmen "Trending" yang mengisi berita di Astro Awani malam tadi mungkin terlepas pandang kontroversi 'Malaysian Official 1 yang menerima wang 1MDB sebanyak AS$731 juta.

Paparan slot itu hanya menguar-uarkan fenomena filem 'Kabali' di India diikuti 'demam' Pokemon Go di Jepun serta insiden sepakan gol sendiri yang lucu.

Terdahulu, dalam berita _Astro Awani_ pukul 11 pagi semalam melaporkan pelbagai statistik seperti lebih 1,000 belia ditangkap kerana rasuah serta seramai 69 peratus penghidap HIV adalah Melayu.
Beza akhbar Cina

Dalam hal berkaitan, pemerhatian Malaysia Dateline mendapati akhbar berbahasa Cina semalam meletakkan isu permohonan rampasan sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS bagi memperoleh semula lebih AS$1 bilion itu di paparan utama akhbar masing-masing.

Gambar Peguam Negara AS, Loretta E Lynch; Low Taek Jho atau Jho Low, imej 1MDB serta bendera Amerika mengisi sepenuhnya halaman depan akhbar Guang Ming Daily, Sin Chew Daily dan China Press.

Namun, muka depan tiga akhbar berbahasa Melayu yang dikuasai rejim Umno-BN pada hari sama tidak menyiarkan kes pemindahan wang haram terbesar dalam sejarah AS bahkan bagi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin mungkin juga terbesar di dunia itu.

Ketiga-tiga akhbar tersebut meskipun memaparkan berita jenayah di muka depan tetapi pelakunya dilihat rakyat bawahan yang statusnya tidak seperti kes berprofil tinggi berkaitan kelas elit seperti Malaysian Official 1.

Paparan muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk besar, "Kerani jadi dalang" merujuk kepada kes samun membabitkan RM754,000 di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 4 Julai lalu.

Sementara itu, muka depan _Harian Metro_ tampil dengan imej tangan bergari tetapi bukanlah berkaitan dengan Malaysian Official 1.

Laporan bertajuk "Artis projek Bunian" itu tentang kes seorang pelakon dan pelawak popular yang menipu ahli perniagaan dengan tawaran projek pembinan lebuh raya.

Muka depan akhbar Kosmo semalam pula bertajuk, "Pergaduhan berdarah suami isteri" berkisar tentang dua kes di Johor dan Sabah yang kemudiannya menyaksikan masing-masing isteri seorang penganggur dan suami seorang anggota polis maut selepas bertengkar.

Jabatan Kehakiman Amerika ‘kantoikan’ 1MDB bayar hutang judi di Las Vegas

Posted: 23 Jul 2016 10:10 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mohd Ariff SabriMohd Ariff Sabri


Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media semalam bakal memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng.

Berikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan.

Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri.

Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku 'pejuang Melayu dan Islam' amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin.

"Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah.

"Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir.



"Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!" katanya ketika dihubungi Roketkini.


Menurutnya adalah amat ironi, sebagai negara bukan Islam, Amerika bertegas dengan tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat kepada ketua-ketua negara mencuri wang rakyat di negara mereka.

"Saya melihat ini sebagai kutukan keaatas Malaysia. Malaysia ialah negara 'si pencuri'. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara 'kafir'," katanya.

Dalam perkara yang sama Ariff berkata persoalan yang timbul saat ini ialah bagaimana pentadbiran Najib mempertahankan dirinya sendiri.

"Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi?

"Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasathiyah dan penganjur maqasid syar'iah?" soal Ariff.

P' raya negeri: DAP tunggu kata putus PKR

Posted: 23 Jul 2016 09:54 PM PDT

MALAYSIAKINI


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu sedang menunggu persetujuan daripada PKR berhubung cadangan mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.

Bercakap kepada media hari ini Lim membayangkan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat apabila kedua-dua pihak mencapai persefahaman mengenainya.

"DAP berpendapat kami perlu mengadakan pilihan raya negeri.

"Seperti yang saya katakan ia bukan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng tak boleh diselamatkan.

"Tetapi ia adalah untuk menyelamatkan Malaysia, dan menyelamatkan Pulau Pinang," katanya di George Town, hari ini.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang sedang berdepan pendakwaan kes rasuah di mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan tuduhan pengezonan semula sebidang tanah pertanian menjadi komersial.

ADUN Air Puteh itu juga didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn yang dikatakan lebih rendah daripada nilai pasaran.

Penjual banglo itu Phang Li Khoon juga didakwa di mahkamah. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sendiri mengendalikan kes Lim.

Ada dua pilihan

Menurut Lim dia menjangkakan akan dipenjara selepas disabitkan kesalahan di mahkamah.

"DAP bersikap jelas berhubung isu pilihan raya negeri dan apa yang diperlukan kini adalah persetujuan bersama daripada PKR (serta Parti Amanah Negara).

"Kami mengadakan mesyuarat para Ahad. Kita tunggu pengumuman mengenainya," kata Lim dilapor Bernama selepas majlis perasmian sebuah simposium.

Ditanya sama ada pengumuman pilihan raya akan dibuat Lim berkata ada kemungkinan ia akan dilakukan bagi memberitahu keputusan pihaknya.

Rabu lalu Lim berkata DAP tidak akan membuat keputusan sepihak berhubung cadangan mengadakan pilihan raya negeri sebaliknya terus berbincang dengan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy, dilaporkan berkata DAP menyenarai pendek dua pilihan sebagai tindak balas terhadap pertuduhan rasuah ke atas Lim.

Satu daripadanya, kata Ramasamy, adalah mengadakan pilihan raya negeri untuk mengukur sokongan rakyat terhadap pendakwaan berkenaan.

Satu lagi pilihan adalah menunggu pilihan raya umum diputuskan Pusat. Mengikut penggal sekarang pilihan raya umum ke-14 mesti diadakan menjelang Ogos 2018.

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 daripadanya, manakala 10 lagi dimiliki PKR dan PAS satu. Selebihnya adalah milik BN.

PAS letak calon di PRN P Pinang

Posted: 23 Jul 2016 09:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, PAS mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.

"Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS tidak menolak untuk berkerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.

Katanya PAS sebelum ini telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa oleh PAS sejak awal penubuhannya.

"Kita (PAS) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar PAS, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

"PAS hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dahulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan oleh PAS, telah berkerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik," kata Abdul Hadi.-Bernama

Puad dakwa Muhyiddin berbohong

Posted: 23 Jul 2016 08:22 PM PDT

Mohd Puad Zarkashi   


Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum membuat kenyataan kerana mahu melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu dan melihat apakah lagi pembohongan yang ingin beliau lakukan.

Sebelum ini, terbukti beberapa kenyataan beliau berkaitan 1MDB bukan saja ternyata dangkal tetapi sarat dengan pembohongan.

Kenyataan terbaru beliau berkaitan Jabatan Kehakiman AS menunjukkan bahawa beliau tidak memahami proses undang-undang yang sedang berlaku dan masih mahu membohongi rakyat.

Pertamanya, Muhyiddin berbohong apabila menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil serius mengenai kenyataan Jabatan Kehakiman AS ini. Jelas perdana menteri dalam kenyataannya telah menegaskan bahawa kerajaan Malaysia memandang serius dakwaan Jabatan Kehakiman AS ini dan akan memberikan kerjasama penuh jika diminta.

Bagaimanapun, pendirian Malaysia adalah jelas bahawa proses undang-undang mesti dihormati. Biarlah tindakan saman sivil ini melalui proses yang sepatutnya dan setiap pihak yang dinamakan wajar diberi peluang membela diri dalam perbicaraan yang adil sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Kedua, Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa bahawa tindakan saman sivil ini adalah "bukti penipuan pihak yang dinamakan dan mereka mencuri duit 1MDB."

Muhyiddin gagal memahami kenapa Jabatan Kehakiman AS tidak mendakwa semua penama yang terbabit dan merampas setiap aset yang disenaraikan, sebaliknya hanya membuat saman sivil.

Tiada bukti wang hilang

Sebenarnya perkara ini telah diulas oleh ramai pengamal undang-undang dan mereka menjelaskan bahawa antara sebab utama kenapa Jabatan Kehakiman AS tidak membuat pendakwaan dan merampas aset-aset ini adalah kerana ia tidak mempunyai bukti kukuh.

Kes ini juga sedikit pelik kerana tindakan dibuat bersandarkan aduan Sarawak Report dan individu tertentu tentang kecurian. Bagaimanapun sejak hari pertama lagi, pihak yang didakwa menjadi mangsa kecurian ini, iaitu 1MDB telah menafikan bahawa wang mereka telah dicuri dan mereka telah membuktikannya dengan dokuken-dokumen berkaitan dan penyata kewangan diaudit.

Muhyiddin mendakwa terdapat kehilangan berbilion ringgit dari 1MDB sedangkan pada waktu yang sama 1MDB berulang kali menyatakan bahawa tiada bukti wang dalam kawalannya yang hilang.

Jika ada pertikaian sekalipun, ia hanya melibatkan wang yang berada di dalam kawalan syarikat IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi yang kini menjadi kes arbitrari.

Ketiga, Muhyiddin mendakwa apa yang terkandung dalam laporan Jabatan Kehakiman adalah "penemuan pasukan penyiasat AS",
sedangkan ia bukan penemuan sebaliknya hanya syak wasangka berdasarkan aduan yang dilaporkan kepada mereka.

Atas sebab itu sehingga kini Jabatan Kehakiman AS tidak mampu untuk membuat pendakwaan menggunakan prosiding jenayah biasa dan tiada sebarang pihak dalam kalangan penama yang didakwa.

Keempat, pelik apabila Muhyiddin mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas MALAYSIAN OFFICIAL 1, Reza Aziz, Jho Lo dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan Peguam Negara AS hanya berdasarkan kenyataan Jabatan Kehakiman AS.

Soalan yang perlu ditanya kepada Muhyiddin adalah apakah asas untuk kerajaan mengambil tindakan? Jabatan Kehakiman AS sendiri belum benar-benar pasti mengenai dakwaan mereka kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Dalam saman sivil ini tiada penama-penama yang didakwa atas kesalahan jenayah. Bagaimanakah Muhyiddin pula mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera semata-mata kerana kenyataan Jabatan Kehakiman AS ini? Adakah kemahuan Muhyiddin ini masuk akal dan mengikut lunas undang-undang?

Kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS ini sama sekali berbeza dengan kes skandal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dalam kes Lim Guan Eng, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan beliau terlibat dalam salah laku.

Bukan saja siasatan telah dibuat malah Lim Guan Eng juga telah didakwa di mahkamah. Tidak pernah pula kita mendengar Muhyiddin bercakap mengenai hal yang lebih nyata seperti ini. Sikap double standard dan berdendam Muhyiddin amat jelas dalam hal ini.


MOHD PUAD ZARKASHI anggota Majlis Tertinggi Umno

Pemuda Gerakan: Adalah jelas siapa 'Malaysian Official 1', tapi...

Posted: 23 Jul 2016 08:16 PM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata, beliau percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah diberi "nasihat yang salah" mengenai 1MDB, yang membawa kepada saman sivil pelucuthakan difailkan.

"Terdapat banyak laporan dan kenyataan menyindir dalam media sosial tentang siapakah 'Malaysian Official 1' (dinamakan dalam dokumen mahkamah Amerika). Saya percaya jawapannya adalah jelas.

"Saya percaya niat Najib adalah baik, tetapi entah bagaimana dimanipulasi oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan diri.

"Mungkin PM juga telah diberi nasihat yang salah," kata Yong dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata saman sivil itu untuk mendapatkan semula lebih AS$1 bilion aset - yang didakwa dalam saman sivil itu, dibeli dengan dana yang digelapkan dari 1MDB - "mesti mempunyai asas dan bukti yang kukuh".

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya bagi perdana menteri untuk menjelaskan secara terbuka, siapa yang berbuat demikian kepadanya - sama ada ahli keluarganya atau rakan-rakan baiknya.

Saman sivil itu difail Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa diperolehi melalui penyalahgunaan dana dari 1MDB.

Saman itu menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai 'Jho Low', dan pegawai kerajaan Abu Dhabi - Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Saman itu juga kerap merujuk kepada 'Malaysian Official 1' yang identitinya menjadi topik hangat sejak berita itu disiarkan.

14 suspek anggota IS ditahan

Posted: 23 Jul 2016 08:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


Cawangan Khas Bahagian Counter Terrorism Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 14 individu disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas IS.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua individu terbabit ditahan ketika operasi dilancarkan antara 14 hingga 20 Julai lalu di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah dan Sabah.

Menurut Khalid, salah seorang suspek mengaku telah berkomunikasi dengan pengganas IS untuk melakukan serangan di negara ini.

Katanya, suspek yang ditangkap disyaki menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan di Malaysia.

Menurut beliau salah seorang suspek turut mengaku berkongsi maklumat mengenai kaedah membuat bahan letupan IED (improvised explosive devide) dengan anggota lain IS melalui aplikasi Telegram.

Malah katanya suspek juga mengakui menerima arahan daripada Muhammad Wanndy untuk menghasilkan IED dan melancarkan serangan di Lembah Klang.

"Bagi tujuan tersebut, Muhammad Wanndy akan membekalkan sepucuk pistol kepada suspek melalui orang perantaraan sebagai persediaan untuk mempertahankan diri sekiranya ditangkap polis.

"Suspek berusia 49 tahun yang ditangkap di Kedah merupakan anggota kanan kumpulan pengganas IS yang aktif merekrut anggota baru melalui usrah-usrah sulit di sekitar Sik, Kedah," kata Khalid dalam kenyataan medianya hari ini.

Muhammad Wanndy merupakan pengganas IS warganegara Malaysia yang berada di Syria. Beliau kini aktif merekrut kader baru di negara ini.

Selain itu, seorang suspek wanita berusia 43 tahun yang ditangkap di Perak pula aktif mempromosikan kumpulan pengganas IS dan merancang menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan IS dengan bantuan Dr Mahmud Ahmad - anggota IS Malaysia yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf.

"Hasil penggeledahan pihak polis berjaya merampas satu IED seberat satu kilogram yang telah siap diadun untuk digunakan dalam serangan yang dirancang ke atas pucuk pimpinan PDRM," katanya lagi.

Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawa Bab VIA - kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Janji Jamal - KL 'merah' sambut BERSIH

Posted: 23 Jul 2016 08:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


Jika BERSIH 5 diadakan, seorang pemimpin Umno berjanji akan membawakan Himpunan Baju Merah versi kedua untuk berdepan dengan mereka.

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berkata jika ia berlaku dianggarkan lebih 300,000 orang akan turun dan "memerahkan Kuala Lumpur" pada hari berkenaan.

"Perhimpunan itu akan diadakan pada tarikh dan waktu sama dengan program BERSIH," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Jamal juga berkata orang ramai perlu bangkit menyokong Datuk Seri Najib Razak seperti rakyat Turki mempertahankan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang berdepan cubaan rampasan kuasa minggu lalu.

Semalam Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menyatakan kumpulan itu sedang mempertimbangkan cadangan mengadakan perhimpunan massa ekoran saman sivil dikemukakan pihak berkuasa AS ke atas 1MDB.

Kata pemimpin badan reformasi pilihan raya itu sekarang adalah masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan, namun mengakui ia masih di peringkat perbincangan.

Setakat ini sudah empat siri himpunan BERSIH diadakan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kata Jamal kenyataan dibuatnya itu tidak membuktikan apa-apa, sebaliknya berpendapat BERSIH 5 tidak sepatutnya diadakan.

Dia kemudian menganggap Maria, bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "dajjal".

Jamal turut mencabar tokoh terbabit mengadakan perhimpunan berkenaan untuk membuktikan mereka memiliki sokongan orang ramai.

"Keputusan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar (pada bulan lalu) membuktikan Dr Mahathir tidak memiliki sokongan seperti yang didakwanya.

Sementara itu Jamal berkata dia percaya Dr Mahathir adalah orang yang ada di belakang saman sivil Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB.

Guan Eng berhak buat penjelasan, kata peguam

Posted: 23 Jul 2016 08:00 PM PDT

MALAYSIAKINI


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali diminta tidak "mengugut" Lim Guan Eng kerana bercakap kepada umum mengenai kes mahkamahnya.

Peguam Gobind Singh Deo berkata sebagai ketua menteri Pulau Pinang Lim berhak menjelaskan pendiriannya kepada orang ramai.

Gobind yang juga peguam bela Lim berkata ADUN Air Puteh itu adalah ketua menteri dan wujud keperluan untuknya memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa dia minta dibicarakan atas tuduhan rasuah, serta alasan mengaku tidak bersalah.

"Saya menyeru peguam negara berhenti mengugut anak guam saya, jika tidak saya tidak akan teragak-agak memulakan prosiding ke atasnya di mahkamah tinggi Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pagi tadi Apandi Ali membuat kenyataan mengingatkan Lim supaya derhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi.

Kata Apandi, ia adalah peringatan terakhir berikutan tindakan setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak hari beliau dihadapkan ke mahkamah.

"Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya.

"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.

"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya.

Dalam perbicaraan itu Apandi mengetuai sendiri pasukan pendakwaan ke atas Lim.

Mengenai kenyataan bahawa Apandi sudah memberi peringatan kepada Lim memalui peguam ketua menteri itu, Gobind menafikannya.

"Saya cabar beliau kemukakan bukti mengenainya. Saya tidak bercakap dengannya sejak hari anak guam saya didakwa dan dia tidak pernah menyatakan kebimbangan kepada saya secara peribadi sehinggalah kenyataan dibuatnya kepada media hari ini," kata Gobind.

Dia turut mengingatkan Apandi supaya bertindak sesuai dengan jawatannya.

"Beliau mesti ingat peranannya sekarang ialah pendakwa awam yang mengendalikan kes di mahkamah tinggi, dan saya mengetuai pasukan peguam bela ketua menteri.

"Ada peraturan terpakai untuk pegawai undang-undang. Jika anda ada masalah anda patut bangkitkannya kepada peguam di pihak satu lagi, dan jika ada pertikaian, ada cara ia boleh diatasi dengan wajar," katanya.

Sebenarnya Afdlin pun suka dalang 1MDB ditahan

Posted: 23 Jul 2016 07:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


"Aku pun sakit kena bayar GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tiap hari," kata selebriti popular Afdlin Shauki dipercayai ditujukan kepada pengkritiknya.

Ia adalah susulan kemas kini status dibuat pelakon, pengarah dan ahli usahawan itu mengenai perlunya rakyat negara ini berhati-hati berurusan dengan AS.

Kata Afdlin, kenyataan dibuatnya pada 21 Julai lalu mungkin tidak begitu jelas untuk menyatakan pendiriannya.

Justeru sehari kemudian dia membuat penjelasan lanjut.

Kata usahawan Pelikat Pants itu dia - seperti kebanyakan orang lain - turut gembira jika pesalah yang terlibat dalam skandal 1MDB ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

"Saya gembira kalau aset negara (yang diperoleh melalui dana 1MDB seperti didakwa pihak berkuasa AS) dipulangkan kembali kepada rakyat," katanya.

Bagaimanapun dia mengingatkan supaya semua pihak berhati-hati berurusan dengan AS kerana "sejarah dan fakta" menunjukkan negara itu banyak kali memberi informasi yang tidak betul apabila mahukan sesuatu.
Malaysiakini pada Khamis menyiarkan laporan mengenai pendirian Afdlin berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS bagi menyita pelbagai harta tanah serta aset didakwa diperolehi melalui penyelewengan dana agensi pelaburan milik kerajaan, 1MDB.

Porak-peranda kerana AS

Beberapa nama disebut dalam laporan DOJ berkenaan, termasuk anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, serta hartawan muda kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low.

Riza adalah pengerusi syarikat Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street yang menampilkan Leonardo DiCaprio sebagai pelakon utama.

Bagaiamanapun Red Granite menafikan firma itu menggunakan dana yang dicuri daripada 1MDB untuk menghasilkan filem berkenaan.

Pihak berkuasa Singapura dan Switzerland turut bertindak menyita pelbagai aset didakwa diperoleh melalui penggunaan wang 1MDB.

Di sebalik misteri individu dirujuk dokumen DOJ sebagai "Malaysian Official 1" Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang 1MDB digelapkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula berkata 1MDB sendiri berkata wangnya tidak hilang atau dicuri daripada firma berkenaan.
Kata Afdlin, sukar untuknya mempercayai bulat-bulat apa yang didakwa oleh agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) negara berkenaan.

Dia kemudian mengaitkan pendirian itu dengan tindakan tentera AS mengebom Aleppo di Syria sehingga mengorbankan ramai orang tidak bersalah.

Afdlin yang pernah melawat mangsa perang Syria berkata rantau Timur Tengah menjadi porak-peranda kerana campur tangan AS.

Katanya, apa yang dimahukan adalah apa "yang terbaik" untuk negara ini.

"Aku pun sakit kena bayar GST tiap hari. Tapi aku dah pergi tengok dengan mata sendiri kehancuran sebuah negara makmur jika kita bagi ruang AS memasuki sini.

"Tiada yang percuma dalam hidup, terutama berurusan dengan AS, betul tak?" katanya.

Dia kemudian menyertakan status itu dengan gambar calon presiden AS daripada parti Republikan, Donald Trump.


Rumah unik 'tersorok' di sebalik pencakar langit

Posted: 23 Jul 2016 07:48 PM PDT

SINAR HARIAN
Rumah unik 'tersorok' di sebalik pencakar langit
 

KETIKA melalui sekitar Jalan Stonor di Kuala Lumpur, ‎pasti ramai yang tidak menyedari kewujudan sebuah rumah Melayu tradisional yang tersergam indah di situ.

'Bersembunyi' di sebalik bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur, warga kota sebenarnya tidak perlu pergi jauh untuk menghayati warisan seni bina rumah Melayu lama yang unik di Rumah Penghulu Abu Seman yang terletak berhadapan Hotel Royale Chulan.

Pengurus Komunikasi Badan Warisan Malaysia (BWM) Melanie Anthony berkata rumah yang dibina sekitar tahun 1910 itu merupakan kediaman Bekas Ketua Desa, Abu Seman Nayan di Kampung Sungai Kecil, Bagan Samak, Kedah.

"Namun ia kemudiannya menjadi rumah terbiar disebabkan tiada waris. Ia ditemui pada 1995 dan BWM mengambil inisiatif untuk memelihara dan memindahkannya ke sini (Jalan Stonor).

"Usaha pemuliharaan dan pembinaan semula mengambil tempoh setahun setengah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Melanie berkata usaha restorasi itu ternyata tidak mudah dan memerlukan kepakaran tinggi tambahan pula ketika ia dijumpai, rumah yang menggabungkan seni bina masyarakat Kedah, Perak, Thailand dan China itu rata-rata telah reput.

Ulasnya, seni bina rumah itu juga unik jika dibandingkan rekaan rumah Melayu lain, misalnya mempunyai ukiran kayu bermotifkan haiwan dan unsur dari tamadun China.

"Seni bina di rumah ini juga banyak menggambarkan Penghulu Abu Seman, iaitu seorang yang kaya dan berkuasa pada waktu itu kerana mengikut kajian ukiran melambangkan status penghuni, bumbung juga diperbuat daripada tanah liat dan bukannya atap nipah seperti kebiasaan," katanya.

Turut membezakan ia daripada seni bina rumah Melayu lain ialah kewujudan balai yang digunakan untuk tujuan pentadbiran dan tempat perbincangan dengan penduduk kampung dan kesemua seni bina itu dikekalkan keasliannya.

"Selain warna asal rumah itu dikekalkan rona coklat gelap seperti asal, hiasan dalamannya juga turut disuntik elemen tradisional sepenuhnya agar pengunjung boleh benar-benar merasai suasana kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu.

"Di kawasan kampung pun sudah sukar untuk menemui rumah kampung asli seperti ini kerana sudah ramai beralih pada rumah batu yang moden jadi diharap melalui usaha ini, warisan dan sejarah terdahulu tidak luput begitu sahaja," katanya.

Menurut Melanie selain menjadi tarikan pelancong dan pelajar jurusan seni bina, rumah itu juga turut menjadi pilihan mengadakan majlis keraian seperti majlis perkahwinan malah ramai juga memanfaatkannya sebagai tempat bergambar.

Pengunjung boleh menyertai lawatan berpandu berdurasi kira-kira sejam yang dijalankan dua kali sehari iaitu pada 11 pagi dan 3 petang setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum. - Bernama


Selepas 40 tahun Najib ubah legasi bapanya

Posted: 23 Jul 2016 07:37 PM PDT

Zikri Kamarulzaman





Datuk Seri Najib Razak meraikan hari lahir ke-63 hari ini dan pada masa sama ia adalah detik bersejarah kerana sudah 40 tahun beliau berada dalam politik.

Najib memulakan kerjaya politiknya apabila dipilih mempertahankan kerusi parlimen Pekan yang kosong selepas bapanya allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 1976.

Beliau kemudian menjadi ketua pemuda Umno pada 1987 sebelum perlahan-lahan meniti anak tangga setapak demi setapak menjadi perdana menteri dan presiden Umno pada 2009.

Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata legasi Abdul Razak itu berjaya mengubah kemerosotan Umno dengan "mengubah amalan demokrasi pelbagai parti Malaysia menjadi sebuah negara pilihan raya satu parti".

Namun tidak seperti bapanya legasi Najib dalam Umno tidak begitu mengagumkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan (gambar) berkata Najib adalah perdana menteri yang "ragu-ragu" tetapi tetapi idealistik, yang berjanji untuk membawa perpaduan melalui "1Malaysia".

Melalui tindakan popular Najib menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), selain berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan dan membayangkan era baru dengan kerajaan tidak lagi bertindak sebagai pihak yang serba tahu, sebaliknya akan mendengar suara rakyat.

Bagaimanapun kata Wan Saiful rancangan Najib menjadikan Malaysia progresif digagalkan apabila dia terlupa bahawa tindakan itu perlu dilakukan bersama partinya.

"Mana-mana pemimpin yang mahu mengubah negara perlu mengubah partinya terlebih dulu.
"Saya fikir Najib terlupa dia perlu membawa parti bersama-samanya.

"Dia kemudian menyedari gagal meyakinkan penyokong tegar Umno bahawa mereka perlu mengubah pemikiran masing-masing," katanya.

Tekanan jadi kian kuat

Keadaan itu kata Wan Saiful menggagalkan usaha reformasi Najib kerana dia juga meyakinkan penyokong parti utama BN untuk mengikuti kepemimpinannya.

Sebaliknya, kata Wan Saiful, keadaan itu berakhir dengan Najib terpaksa mengikut apa yang dikehendaki pihak bawahannya.

Di sebalik usaha Najib, detik perubahan itu tiba apabila penyokong Umno dilihat menghukum perdana menteri kerana cubaan reformasinya dengan memberi undi popular kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2013.

Dengan kepimpinannya goyah tahun berikutnya menyaksikan perubahan dramatik pendirian Najib, terutama ketika perhimpunan agung Umno apabila dia memungkiri janji menghapuskan Akta Hasutan.

Sebaliknya Najib mengumumkan rancangannya untuk mengukuhkan peruntukan itu seperti diperjuangkan ahli partinya.

Kemudian tekanan semakin memuncak dengan skandal 1MDB, termasuk daripada timbalan Najib ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru Najib terpaksa menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menunjukkan kekuatan.
"Beliau dengan segera mengubah persepsi rakyat (bahawa dia seorang yang ragu-ragu) dengan melakukan rombakan kabinet drastik pada tahun lepas, selain membuat perubahan pada pelbagai institusi termasuk Jabatan Peguam Negara," kata Wan Saiful.

Muhyiddin pula dipecat daripada jawatan sebagai timbalan perdana menteri, manakala Tan Sri Abdul Gani Patain yang mengetuai siasatan terhadap 1MDB digantikan dengan tokoh baru yang dilihat mesra kepada kerajaan.

Malaysia pandang serius saman sivil DOJ

Posted: 23 Jul 2016 07:37 PM PDT

SINAR HARIAN


Zahid
Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucutan hak sivil yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha DOJ Amerika Syarikat dalam memerangi rasuah antarabangsa dan menggesa semua pihak terlibat supaya memberi kerjasama sepenuhnya supaya proses undang-undang dapat dilaksanakan.  

Katanya Malaysia, sebagai anggota bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat global, menghormati proses perundangan bagi bidang kuasa yang berbeza dan kekal komited sepenuhnya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ini adalah selaras dengan komitmen kami untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, terutamanya dari segi ketelusan dan akauntabiliti.

"Dalam kapasiti saya sebagai Menteri Dalam Negeri, saya boleh mengesahkan bahawa siasatan itu masih dijalankan dalam negara oleh pihak berkuasa yang berkaitan terutamanya Polis DiRaja Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

DOJ Amerika Syarikat telah menfailkan saman sivil itu bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.    

Ahmad Zahid menegaskan bahawa mana-mana individu atau syarikat Malaysia yang didapati terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang di mana-mana sahaja di dunia, bakal berdepan dengan tindakan perundangan.

Menurutnya kerajaan Malaysia komited menyelesaikan isu itu sepenuhnya dan keutamaan diberikan kepada usaha menegakkan keadilan bagi memastikan kepentingan rakyat dilindungi sepenuhnya.

"Apa yang lebih penting ialah kita tidak boleh membiarkan diri kita terjejas dengan tindakan undang-undang itu.

"Rakyat Malaysia perlu terus bersatu dan memberi tumpuan dalam menghadapi cabaran yang mendepani negara kita sama ada di tanah air atau di luar negara.

Saya yakin, kita dapat mengatasi masalah 1MDB tidak lama lagi," katanya.- Bernama


Awas FBI dan Peguam Negara AS!

Posted: 23 Jul 2016 07:31 PM PDT

bendera amerika syarikat
 

JENDELA segera dunia bagi saya ialah CNN, BBC, Aljazeera dan CCTV, masing-masing bertapak di AS, UK, Qatar dan China. Pada hampir jam 6.30 pagi Jumaat 22 Julai 2016, dua hari lalu, CNN memberitakan AS$1 bilion telah dirampas oleh Kerajaan AS daripada pemilikan 1MDB di AS, sedangkan BBC pula lantang mengatakan sebanyak AS$177 juta dirampas oleh pihak berkuasa Singapura ekoran daripada penyiasatan salah laku kewangan dalam 1MDB di Singapura.

Pada 21 Julai sebelumnya, media sosial bertemasya dengan siaran TV terhadap persidangan akhbar berkenaan salah laku kewangan dalam 1MDB oleh pihak-pihak tertentu yang diberikan oleh Loretta Lynch, Peguam Negara AS, di Jabatan Keadilan AS, Washington DC. Bersama beliau ialah seorang pegawai kanan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS (IRS), Timbalan Pengarah FBI, Penolong Peguam Negara AS dan seorang pegawai tinggi di Pejabat Peguam Negeri, California. Apabila semuanya dikaupkan, maka ia menerbitkan satu gambaran yang bizarre, atau amat luar biasa.
 
Sesuai dengan tajuk berita CNN, 'Kerajaan AS: Bilion-bilion dicuri daripada rakyat Malaysia', Lynch memerikan bagaimana wang begitu banyak bergerak dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah, Switzerland, British Virgin Island dan tempat-tempat tertentu sebelum memasuki sistem kewangan AS. Nama penuh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri DS Najib, dan Jho Low dinamakan sebagai pihak-pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Disebutkan bahawa wang yang tiba di AS digunakan untuk membuat filem 'The Wolf of Wall Street' yang mengaup kutipan kira-kira AS$550 juta di seluruh dunia, membeli apartmen mahal-mewah di kota New York dan London, sebuah mansion (sedang didirikan di Los Angeles), karya seni lukis Monet yang mahal. Dikatakan juga pembayaran hutang perjudian di Las Vegas.

Secara pasti Lynch dan mereka yang bersama beliau itu menamakan 'Pegawai Malaysia 1', 'Pegawai Malaysia 2', 'Pegawai Malaysia 3' dan seterusnya yang dikatakan terlibat dalam salah laku kewangan 1MDB di Kuala Lumpur. Di AS, memberikan nama samaran untuk maksud orang yang sudah dikenal pasti sebelum tuduhan rasmi dibuat adalah amalan biasa. Tujuannya ialah untuk memastikan tumpuan kepada kes yang dikendalikan tidak berpindah kepada orang yang akan dituduh. Ini adalah proses kematangan tindakan undang-undang dari negara demokrasi terulung di dunia.

Paling rapat pemerian siapa 'Pegawai Malaysia 1' itu ialah frasa ini dalam laporan rasmi AS di sisi Peguam Negara AS itu:  1. Beliau ialah seorang yang berkuasa ke atas 1MDB. 2. Beliau ialah bersaudara (relative) dengan Riza Aziz.

Rakyat Malaysia tentunya kagum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Malaysia bahawa 'kita akan memberikan kerjasama' kepada mana-mana pihak yang bertauliah dalam perkara 1MDB yang dirujukkan oleh Peguam Negara AS Lynch itu.

Bagaimanapun, apabila AS dan Singapura masing-masing sudah diumumkan bertindak merampas wang begitu banyak, ia dengan sendirinya berupa satu pengakuan bahawa segala maklumat yang relevan sudah didapati dan, berdasarkan maklumat itu, keputusan sudah dicapai. AS dan Singapura dengan itu bagaikan berkata: "Semua maklumat relevan sudah kami dapati. Kerjasama seterusnya dihargai. Namun maklumat yang ada sudah mencukupi."

Perlu ditegaskan bahawa Peguam Negara AS ialah pegawai tertinggi penguat kuasa undang-undang AS di samping bertindak sebagai peguam nombor 1 AS. Pelantikan beliau dibuat melalui proses pencalonan oleh Presiden AS dan Senat menentukan secara mutlak sama ada beliau disahkan sebagai Peguam Negara atau tidak. Selepas mengikuti politik AS begitu lama, saya amat menghayati betapa seru dan ketatnya untuk seseorang penjawat tinggi Kerajaan AS disahkan oleh Senat.

Bila AS melalui Peguam Negara, FBI dan IRS (badan kutipan hasil negara) bertindak, tidak siapa yang boleh bersikap enteng. Bila tak ada, tak ada; bila ada, macam tsunami. Negara lain boleh diserang. Ketua negara lain, seperti Presiden Panama Manuel Noriega, boleh ditangkap dan dipenjara seumur hidup atas gara-gara wang kotor di AS. Penyangak wang dan peniaga karut AS seperti Marc Rich diburu, lari keluar negeri hingga mati. Bekas Presiden Chile Augusto Pinochet ditangkap di London pada tahun 1998 kerana salah laku hak asasi manusia, dan mati lima tahun kemudian. Kesemua mereka ialah rakan AS pada satu masa dulu. Mereka  menjadi musuh AS dan ditangkap apabila keadaan memaksa.

 * Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat dan ahli Kabinet


Comments (0)