Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:21 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Masjidil Haram Sesak Pada Malam Kemuncak Ramadan

Posted: 02 Jul 2016 03:55 AM PDT

Oleh: RAIHANAH ABDULLAH 
 
 
 
 
MAKKAH: Lebih tiga juta umat Islam membanjiri Masjidil Haram pada malam 27 Ramadan yang disifatkan sebagai  kemuncak ibadat di Tanah Suci pada bulan mulia ini.

Hampir setiap ceruk dan sudut di laluan masuk Masjidil Haram dipenuhi jemaah tempatan dan luar negara.

Semua merebut peluang untuk mengikuti solat terawih dan qiamulail pada Jumaat malam. Imam Sheikh Abdul Rahman Sudais dan Bandar Balila mengimamkan qiamulail dan diakhiri dengan doa qunut yang menusuk hati.

Sebahagian besar jemaah yang berhimpun dan menghidupkan  10 malam terakhir di Tanah Suci Makkah adalah dari negara Arab, Mesir, Maghribi, Turki, Pakistan, India, Sudan dan Nigeria.



Pada malam 27 Ramadan juga ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan ibadat umrah, bersedekah dan melakukan pelbagai amalan sepanjang hari terutama selepas solat Jumaat.

Sesudah solat Asar, ramai yang mula bersedekah di kaki lima hotel dan berhampiran kawasan masjid.

Usai solat Maghrib, kawasan di dataran Kaabah dipenuhi umat Islam yang menunaikan tawaf umrah dan sunat.

Aras dua kawasan tawaf di dalam masjid turut dipenuhi jemaah bertawaf. Begitu juga suasana di bukit Safa dan Marwah yang dibanjiri jemaah untuk menyempurnakan ibadat umrah.



Secara kebetulan malam 27 Ramadan pada Jumaat sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau di sekitar laluan menuju ke masjid.

Masjidil Haram mula menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia terutama pada 10 malam terakhir Ramadan.

Malah, kawasan luar masjid , kaki lima hotel , lobi hotel dan semua tempat beli belah turut menjadi ruang solat berjemaah .

Rakyat Malaysia Mahu Ke Turki Dinasihat Hubungi Wisma Putra

Posted: 02 Jul 2016 03:48 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Antara mangsa yang terkorban dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul pada Selasa.
 
 
KEPALA BATAS:Rakyat Malaysia yang mahu ke Turki dinasihat supaya menghubungi Wisma Putra atau Kedutaan Malaysia di negara itu bagi mengetahui perkembangan semasa ekoran serangan keganasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul pada Selasa lepas.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan semasa di Turki, Wisma Putra turut membuka talian 24 jam, 03-88874570.

"Setakat ini kerajaan memang tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan ke Turki tetapi saya minta mereka yang mahu ke sana agar hubungi Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan semasa di negara berkenaan.

"Selain itu, saya minta orang ramai atau pelancong Malaysia yang berada di sana agar menghubungi Wisma Putra atau kedutaan kita di Turki bagi memaklumkan mereka berada di sana supaya sebarang tindakan boleh di ambil jika berlaku apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Reezal Merican yang juga anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan bersempena Ramadan dan Aidilfitri kepada 350 penerima daripada golongan memerlukan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal. Dilaporkan sekurang-kurangnya 41 terbunuh dan lebih 200 cedera dalam insiden serangan di lapangan terbang itu pada Selasa lepas.

Reezal Merican berkata pihak kementerian akan memantau situasi di negara itu secara berterusan dan memaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada atau menetap di luar negara agar berdaftar dengan Kedutaan Malaysia bagi memudahkan bantuan disalurkan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Katanya langkah itu juga perlu untuk memudahkan kementerian mengetahui kewujudan rakyat Malaysia di luar negara.

"Kalau tidak mendaftar secara datang terus ke pejabat, boleh mendaftar secara dalam talian di laman web kementerian atau hubungi sahaja Wisma Putra.

Jika apa-apa berlaku di negara luar, kami pihak kementerian boleh segera hubungi keluarga mereka di sini dan bantuan dapat disalurkan segera," katanya.-- Bernama

Pakatan Harapan P.Pinang Sokong Penuh Guan Eng Tak Perlu Letak Jawatan

Posted: 02 Jul 2016 03:45 AM PDT

MSTAR ONLINE



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menunduk sebagai tanda terima kasih kepada para penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang semasa Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman (tengah) dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow (kanan) mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), George Town, Sabtu. Sokongan moral ini dapat dilihat semasa Lim dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk didakwa atas tuduhan bersabit jual-beli sebuah banglo pada hari Khamis. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan Pulau Pinang pada Sabtu menzahirkan sokongan penuh dan sebulat suara bersetuju bahawa Lim Guan Eng, yang menghadapi dua pertuduhan kes rasuah, tidak perlu mengambil cuti dan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata Pakatan Harapan yang diterajui PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP mencapai persetujuan itu dalam mesyuarat pagi ini.

"Terdapat beberapa pendirian yang kami ambil berhubung keputusan ini, yang pertama jawatan yang disandang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekarang ini tidak ada sebarang hubungan ataupun pengaruh dalam badan kehakiman dan juga lain-lain institusi perundangan dan penguat kuasa negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

"Jadi tidak ada campur tangan politik," katanya dalam sidang akhbar di pejabat ketua menteri di sini Sabtu.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Lim, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Mansor berkata pihaknya juga yakin tuduhan yang dikenakan terhadap Lim adalah berkaitan politik dan satu inisiatif untuk mematikan kerjaya politik ketua menteri itu.

Mujahid pula berkata Amanah menyokong keputusan yang dibuat Pakatan Harapan dan turut menyifatkan pendakwaan terhadap Lim adalah bermotifkan politik.

Khamis lepas, Lim ,56, dihadapkan di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Setiausaha Agung DAP itu juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya (Lim).

Bagi pertuduhan pertama Lim didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
 

Sokong Pecat MP Pagoh – Umno Johor Kerajaan Boneka Najib dan Rosmah

Posted: 02 Jul 2016 03:41 AM PDT

najib-umno2

Oleh Mahdzir Ibrahim


Kenyataan Menteri Besar Johor, mewakili Umno Johor yang menyokong sepenuhnya pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan bahawa pengaruh Najib Tun Razak semakin mencengkam Johor.

Malah, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor yang juga Exco Datuk Md Jais Sarday mendakwa bahawa tidak terdapat rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua cawangan Umno di Johor berhubung perkara itu.

Ini jelas satu petanda bahawa suara rakyat akar umbi di Pagoh telah diabaikan apabila beliau hanya mengambil kira suara ahli parti dalam isu tersebut.

Sokongan Umno Johor atas pemecatan TSMY ini melenyapkan sama sekali slogan 'Progresif' yang diwar-warkan selama ini. Malah keputusan ini sebenarnya menguntungkan kita dan ini akan mencerahkan lagi peluang penentang pentadbiran Najib untuk bersatu dengan rakyat Bangsa Johor dalam menentang salahguna kuasa Najib Tun Razak berkaitan skandal kewangan terbesar dirantau asia.

Adalah mudah kita mengukur bahawa segala slogan-slogan indah oleh Menteri Besar Johor hanyalah untuk mengumpul sokongan buat Perdana Menteri yang penuh dengan skandal itu.

Secara tidak langsung bermakna beliau:

1. Bersetuju dengan Najib bahawa Gst tidak membebankan rakyat.
2. Bersetuju dengan 'Politik Dedak' – Cash is King
3. Bersetuju dengan salahguna kuasa Najib Tun Razak, bahawa tidak wujud skandal 1MDB.
4. Bersetuju bahawa Rosmah Mansur sesuka hati menggunakan harta rakyat untuk tujuan peribadi
5. Bersetuju agar Najib mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri

Fakta-fakta ini menjadikan kerajaan BN Johor sebagai kerajaan boneka Najib dan Rosmah. Ini melengkapkan asas-asas perjuangan Bangsa Johor untuk menolak kerajaan boneka ini.

Justeru itu, saya menjemput seluruh Bangsa Johor tidak kira bangsa dan agama untuk bersatu dan bekerja bersama-sama demi memastikan kerajaan boneka Najib ini ditewaskan dalam pilihanraya yang akan datang.

Tidak ada gunanya memakan dedak jika kerajaan yang ada, hanya akan menjadi alat untuk Najib dan Rosmah bermaharajalela menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan mereka.

Harus kita ingat, setiap sen yang dibelanjakan oleh Najib dan Rosmah kepada anda sebagai dedak, ia adalah dari titik peluh semua rakyat dan tindakan ini dihalalkan oleh kerajaan boneka Najib yang sedang dipimpin oleh Umno Johor. – Roketkini.com

*Mahdzir Ibrahim ialah Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Johor


‘Peguam Negara harus ikut kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Perdana Menteri’ – Ambiga

Posted: 02 Jul 2016 03:35 AM PDT

ambiga

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, Ambigia Sreenevasan mempersoal dwi-standard Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Najib daripada skandal 1MDB, namun mengambil tindakan pantas terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
 
"Peguam Negara harus bertindak mengikut kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Perdana Menteri dan pengikutnya," tegas Ambiga. 

Ditanya tentang sama ada Guan Eng perlu bercuti dari jawatan, Ambiga menjawab dengan mempersoal kegagalan Datuk Seri Najib Razak yang enggan mengambil cuti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika siasatan terhadapnya masih dijalankan.

"Tanya kembali soalan itu apabila Perdana Menteri sudah melakukannya (bercuti daripada jawatan)," katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Menurut Ambiga, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seorang Perdana Menteri yang didakwa terpalit dengan skandal kewangan yang seserius itu wajar berundur daripada menguruskan hal ehwal negara.

"Bagaimanapun, apa yang kita ada hari ini bukanlah demokrasi sebaliknya sebuah bentuk amalan diktaktor.

"Perdana Menteri tidak mahu mengikut undang-undang dan sebaliknya melanggar lebih banyak undang-undang dengan mengganggu perjalanan siasatan terhadapnya," katanya.

Dalam perkara berkaitan, Ambigia berkata terdapat kemungkinan wujud muslihat politik untuk mendakwa pemimpin-pemimpin pembangkang dan mendesak supaya mereka berundur. – Roketkini.com


Saudi perkenal gelang elektronik untuk jemaah haji

Posted: 02 Jul 2016 03:22 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
RIYADH: Arab Saudi memperkenalkan pemakaian gelang elektronik kepada jemaah haji tahun ini sebagai langkah keselamatan bagi memantau pergerakan kumpulan itu.
 
Perkara tersebut susulan beberapa tragedi berdarah pada musim haji tahun lalu yang menyaksikan lebih 700 jemaah terbunuh akibat bersesak-sesak di Mina dan insiden kren tumbang di Masjidilharam.
 
Menurut Saudi Press Agency seperti lapor Al Jazeera, gelang elektronik itu dilengkapi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang boleh menentukan lokasi setiap jemaah.
 
Selain itu, gelang tersebut juga memuatkan maklumat peribadi dan kesihatan jemaah serta membantu kerajaan Arab Saudi mengenal pasti identiti seseorang.
 
Gelang elektronik yang kalis air itu juga dapat memberi maklumat kepada jemaah tentang waktu solat serta garis panduan menunaikan haji dalam pelbagai bahasa.
 
Setiap tahun, jutaan penganut Islam menunaikan haji di Mekah dan Madinah.
 
Tahun lalu, sebanyak 769 jemaah terkorban dalami insiden rempuhan di Mina, manakala 111 lagi maut dalam insiden kren tumbang di Masjidilharam.
 
Sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan Arab Saudi juga memasang hampir 1,000 unit kamera litar tertutup di sekitar Mas­jidilharam untuk memantau pergerakan jemaah.
 
 

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan di Dhaka

Posted: 02 Jul 2016 03:16 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan tembakan di Dhaka, Bangladesh malam tadi, demikian menurut Wisma Putra.
 
Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk serangan yang meragut tiga nyawa dan mencederakan 30 orang itu.
 
"Kira-kira 20 rakyat pelbagai negara terutama Itali menjadi tebusan oleh sembilan lelaki bersenjata dalam serangan di Holey Artisan Bakery Cafe yang popular dalam kalangan pelancong di Dhaka.
 
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan terus memantau perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.
 
Sehubungan itu, Malaysia menggesa kerajaan Bangladesh memperhebatkan usaha membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan dan juga meneruskan usaha membebaskan tebusan.
 
Dalam kejadian malam tadi, penyerang bersenjata menyerbu sebuah restoran yang popular di kalangan pelancong di ibu kota Bangladesh, dan menahan kira-kira 20 pengunjung serta berbalas tembakan dengan polis. 
 
Antara yang dijadikan tebusan adalah tujuh warga Itali.
 
Militan IS mendakwa bertanggungjawab menyerang restoran itu, yang menyaksikan dua pegawai polis maut.
 
 

Kementerian Pendidikan cadang wajibkan suntikan vaksin kepada semua pelajar

Posted: 02 Jul 2016 03:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan bercadang untuk mewajibkan suntikan vaksin ke atas semua pelajar selewat-lewatnya tahun depan, kata menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
 
Ujar Mahdzir, pihaknya masih menunggu laporan penuh berkaitan suntikan vaksin dalam melindungi pelajar daripada wabak penyakit.
 
"Kita akan mewujudkan pasukan khas dianggotai pihak berkepentingan termasuk pakar perubatan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertukar pandangan dan pendapat sebelum dibentangkan ke Kabinet. 
 
"Saya berpendapat suntikan vaksin perlu diwajibkan tetapi kita ikut prosedur dan menunggu laporan lengkap Kementerian Kesihatan selepas hari raya. 
 
"Kalau boleh, saya mahu ia diwajibkan tahun ini atau paling lewat awal tahun depan," katanya selepas majlis sumbangan hadiah peringkat Parlimen Padang Terap di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan perbincangan antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengenai suntikan vaksin kepada pelajar.
 
 
 
Baru-baru ini terdapat beberapa kes kematian dilaporkan membabitkan kanak-kanak yang dijangkiti difteria, dipercayai akibat tidak mendapat suntikan imunisasi vaksin.
 
 

Bundle RM1, minyak wangi percuma, taktik bazaar Masjid India

Posted: 02 Jul 2016 02:59 AM PDT

 
Keputusan untuk menjual pakaian terpakai dengan harga murah dilakukan atas niat bersedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan.
 
 
 
Bundle


KUALA LUMPUR: Tatkala para peniaga mula memenuhi pinggiran Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi menjual pakaian keluaran terbaru sempena sambutan Aidilfitri, seorang peniaga memilih sebaliknya.

Ramli Ahmad, 48, memilih untuk menjual pakaian terpakai (bundle) dengan harga yang sangat murah iaitu RM1 sehelai sebagai strategi perniagaannya.

Katanya, keputusan untuk menjual pakaian terpakai dengan harga murah itu juga dilakukan atas niat bersedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Ini kerana, katanya, sambutan hari raya tidak seharusnya disambut mereka yang berkemampuan saja, tetapi ia sepatutnya disambut setiap golongan termasuk gelandangan.

"Sambutan sangat menggalakkan, sebab kita tidak jual pakaian 'reject', tetapi pakaian terpakai gred yang baik.

"Kebanyakan pelanggan bukannya berpendapatan rendah saja, berpendapatan sederhana dan yang mampu pun datang juga.

"Saya perhatikan juga peminta sedekah dapat duit derma daripada orang ramai seperti wang seringgit terus datang ke sini mencari baju atau seluar," katanya ketika ditemui FMT.

Ramli berkata walaupun menjual pakaian tersebut dengan harga murah, beliau dan rakan kongsinya masih mendapat keuntungan.

"Benda (pakaian terpakai) ini kita dapat terlalu murah, jadi barang banyak. Kita tidak mahu pegang stok terlalu lama, kita keluarkan semua stok, secepat mungkin.

"Jual RM1 masih untung, siapa meniaga tidak mahu untung kerana konsep kita sambil beraya, sambil bantu gelandangan," katanya.

Minyak-wangi

Sementara itu, peniaga minyak wangi Shahrul Amir Ridhuan, 26, memilih untuk menggunakan suara anak kecilnya yang berusia dua tahun sebagai taktik melariskan barang jualannya.

Katanya, suara anaknya itu bukan saja menarik perhatian orang ramai, tetapi ia juga jadi alternatif kerana jika menggunakan suara sendiri pada bulan Ramadhan, tekak mudah haus.

"Saya buat ini kerana jika nak panggil orang datang gerai, kita mudah haus maklumlah sekarang ini bulan puasa," katanya ketika ditemui FMT.

Shahrul yang menyambung perniagaan bapanya berkata beliau satu-satunya peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang menjual minyak wangi dari Pulau Langkawi.

"Ini tahun ke-8 saya meniaga di sini, dan kami merupakan satu-satunya peniaga yang menjual minyak wangi.

"Minyak wangi saya jual bukannya yang murah seperti orang jual di tepi jalan, kerana kita ambil di Pulau Langkawi, ia bebas cukai. Itu sebabnya kita boleh jual dengan harga murah," katanya.

Beliau menjual sebotol minyak wangi pelbagai jenama dengan harga RM10, dan jika membeli dua botol minyak wangi, pelanggan akan dapat sebotol lagi secara percuma.

"Kita kalau dah ada baju raya cantik-cantik, takkan nak biarkan badan berbau, jadi sebab itu saya menjual minyak wangi," katanya.

Bagaimanapun, Shahrul berkata perniagaannya pada tahun ini sedikit merosot kerana sudah ada persaingan.

"Sebelum ini orang ramai akan ke sini jika musim perayaan, tetapi disebabkan ada jualan selama 72 jam di PWTC, orang ramai sudah berpecah ke dua lokasi," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

MCA, Gerakan bantah DAP memperguna duit rakyat

Posted: 02 Jul 2016 02:52 AM PDT

 
Sebagai Ketua Menteri, Guan Eng mampu membayar wang ikat jamin itu sendiri.


Chong Sin Woon


PETALING JAYA: MCA dan Gerakan membidas kempen kutipan derma DAP untuk mengumpul dana RM1 juta bagi membayar ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak beretika memandangkan Guan Eng mampu membayar wang ikat jamin itu sendiri.

"Kes ini berkaitan rasuah dalam pembelian hartanah peribadi dan penyelewengan kuasa Guan Eng. Tindakan mengheret seluruh anggota DAP dalam isu ini menunjukkan beliau seorang pemimpin yang mementingkan diri.

"Guan Eng sanggup menggadaikan imej parti sendiri untuk agenda peribadi. Bahkan, salah guna dana parti untuk kempen RM1 juta ini adalah muslihat Guan Eng untuk membangkitkan kemarahan rakyat yang tidak bersalah," katanya kepada FMT, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berpendapat kutipan wang derma itu hanyalah kempen politik bertujuan untuk memainkan emosi rakyat.

"Itu nyata satu kempen politik yang bertujuan untuk memainkan emosi rakyat, mengalihkan fokus kes mahkamah yang membabitkan tuduhan rasuah Lim Guan Eng dan seterusnya mahu rakyat menjadi hakim yang menentukan Lim Guan Eng tidak bersalah," katanya.

Baginya, DAP sepatutnya mendapatkan bukti kukuh untuk membersihkan nama Guan Eng dan bukannya terus mempolitikkan isu ini.

Manakala, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pula mempersoal apakah yang akan berlaku kepada wang-wang dari penderma sekiranya wang jaminan dikembalikan.

"Saya rasa ini tidak wajar kerana ini adalah kes peribadi Guan Eng. Apa yang akan berlaku kepada duit tersebut apabila wang jaminan dikembalikan. Adakah ia akan dikembalikan kepada pihak penderma?" soalnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Guan Eng dengan seorang penjamin.

Manakala, ahli pernigaan Phang Li Khoon yang turut dituduh bersama Gaun Eng pula dikenakan jaminan RM200,000.

Semalam, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata sebanyak RM1,009,000 berjaya dikutip sejak kempen derma awam itu dilancarkan.

Derma capai sasaran, rakyat tetap mendeposit wang

Posted: 02 Jul 2016 02:49 AM PDT

 
"Saya yakin ia sebuah program yang sangat baik untuk menunjukkan sokongan kepada Guan Eng dan menterjemah kemarahan mereka."


lim-guan-eng_derma_600


KUALA LUMPUR: Walaupun derma RM1 juta wang ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencapai sasaran, penduduk kawasan Puchong tetap mahu menyumbang RM10 dalam kempen yang dianjurkan oleh DAP itu.

Ini kerana, mereka yakin dana yang berlebihan akan disalurkan kepada 'Kempen Sokong, Simpati dan Solidariti Lim Guan Eng' yang diumumkan oleh Setiausaha Kebangsaannya, Anthony Loke Siew Fook semalam.

Wakil penduduk, Yap Chee Meng berkata walaupun diberitahu sasaran (kutipan derma) telah dicapai, peserta program tetap mahu menunjukkan sokongan.

Manakala, Lena Ng seorang pereka grafik bebas membawa dua anaknya ke kempen derma yang diadakan di Puchong Jaya supaya mereka belajar memahami hak selaku rakyat Malaysia.

"Saya menjelaskan apa yang sepatutnya menjadi hak dan apa yang sepatutnya menjadi salah. Perkara yang betul untuk dilakukan adalah untuk membantu orang yang memerlukan.

"Itu cara saya menjelaskan kepada mereka dan bukannya menggunakan aspek politik."

ADUN Kinrara Ng Sze Han memuji sokongan yang diberikan oleh penduduk Puchong, menyifatkannya sebagai satu inisiatif bermakna.

"Mereka menjemput saya pagi ini untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Guan Eng. Secara peribadi, saya yakin ia sebuah program yang sangat baik untuk menunjukkan sokongan kepada Guan Eng dan menterjemah kemarahan mereka."

"Hakikat bahawa mereka sanggup meluangkan masa, mencari tempat letak kereta dan berjalan ke sini untuk mendeposit RM10 bermakna bahawa mereka sangat serius menyokong Guan Eng," katanya.

Khamis lalu, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari melancarkan kempen RM10 untuk mengutip derma ikat jamin Guan Eng yang berjumlah RM1 juta.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menjelaskan bahawa RM890,000 telah dikeluarkan dari akaun DAP Pulau Pinang manakala baki RM110,00 datang dari ibu pejabat DAP Pusat.

Khamis lalu, Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana membenarkan pengezonan semula sebidang tanah milik syarikat ahli perniagaan Phang Li Khoon, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB); dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli sebidang hartanah di bawah nilai pasaran.

KPDNKK: Tidak salah menggunakan tanda harga satu sen

Posted: 02 Jul 2016 02:44 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Isu duit syiling satu sen yang kini tidak digunakan lagi adalah sesuatu polisi yang dibuat oleh BNM dan ia tidak kena mengena dengan KPDNKK. 


Hamzah-Zainudin_bajet_price_1600


LARUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganggap penggunaan tanda harga barangan yang memaparkan syiling satu sen tidak menjadi satu kesalahan namun akan berbincang semula dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ini kerana tidak ada akta yang melarang penggunaan syiling satu sen pada harga barang.

"Isu duit syiling satu sen yang kini tidak digunakan lagi adalah sesuatu polisi yang dibuat oleh BNM dan ia tidak kena mengena dengan KPDNKK.

"Walau bagaimanapun oleh kerana terlampau banyak rungutan dalam kalangan pengguna terutama di pasar raya, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk berbincang semula dengan BNM tentang isu syiling satu sen ini," katanya dalam sidang media selepas Program Tadarus al-Quran di Masjid al-Karauwi di Batu Kurau dekat sini, hari ini.

Seramai 600 wanita menyertai program tadarus bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Beliau mengulas lanjut laporan sebuah akhbar tempatan berhubung KPDNKK dan BNM masih buntu untuk menyelesaikan isu tanda harga yang membabitkan nilai satu sen dan bundar kepada sen terdekat berikutan syiling satu sen sudah tidak ada di pasaran.

Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata penggunaan syiling itu juga akan dikira dalam cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut beliau, isu berkenaan timbul kerana pengguna tidak dapat menerima apabila pasar raya meletakkan tanda harga syiling satu sen pada barangan mereka.

"Bagaimanapun saya akan berbincang dengan BNM untuk selesaikan isu ini dan saya tidak boleh umumkan sehingga perbincangan diadakan," katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata beliau telah meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya memastikan bekalan tomato mencukupi menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Katanya, ini kerana terdapat aduan bahawa bekalan tomato tidak mencukupi di pasar kerana pemborong menghantar ke luar negara.

"Saya harap kementerian berkenaan melihat isu ini supaya dapat tentukan bekalan tomato mencukupi di pasaran," katanya sambil menambah bekalan barangan keperluan lain termasuk ayam dan daging adalah mencukupi di pasaran.– Bernama

Amanah sokong Muhyiddin jadi ketua pembangkang

Posted: 01 Jul 2016 10:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
JOHOR BAHRU: Amanah menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru bagi Pakatan Harapan (PH).
 
Ujar Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman, terdapat perbincangan dalam parti yang mencadangkan mengenai pelantikan berkenaan ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
 
"Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.
 
"Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.
 
"Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi perdana menteri," katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club di sini, semalam. 
 
Dalam pada itu, Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata pihak pembangkang harus berkerjasama dengan bekas Timbalan Presiden Umno itu dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN). 
 
Muhyiddin dipecat daripada Umno atas kesalahan disiplin pada 24 Jun lalu ekoran berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti. 
 
Turut dipecat, mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahliannya sehingga jawatankuasa disiplin parti menjelaskan hasil laporan mereka berkaitan pelanggaran disiplin Shafie. 
 
 

K'jaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai pada penjawat awam

Posted: 01 Jul 2016 10:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


Kerajaan Johor bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 10 Julai ini kepada penjawat awam negeri ini jika hari raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan perkara berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama media Johor di kediaman beliau di Saujana di Johor Bahru malam tadi.

"Berhubung cuti peristiwa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa.

Oleh itu, cuti yang jatuh pada hari Jumaat, 8 Julai akan dibawa kepada Ahad, 10 Julai," kata beliau.

Cuti hujung minggu di Johor adalah pada Jumaat dan Sabtu sejak 2014 dan berikutan itu, cuti pada Jumaat depan (8 Julai) akan dibawa ke Ahad depan (10 Julai).

Kerajaan Persekutuan baru-baru ini bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada penjawat awam jika Aidifitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, bagaimanapun berkata, pelepasan itu tidak terpakai jika Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.- Bernama

Zaman Umno keturunan dan perjuangan sudah berlalu

Posted: 01 Jul 2016 10:40 PM PDT

 A KADIR JASIN
 
 
Surat Setiausaha Agung Umno menerima pengunduran A Kadir Jasin dari Umno.Surat Setiausaha Agung Umno menerima pengunduran A Kadir Jasin dari Umno.


Mohon keizinan membuat satu lagi catatan peribadi yang sedikit sebanyak mencerminkan pergolakan politik tanah air kita dan pilihan yang wajib kita lakukan demi kelangsungan (survival) Malaysia.

Hari ini, 29 Jun 2016 genaplah setahun saya menarik diri secara rasmi daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau nama Inggerisnya United Malays National Organisation (Umno).

Saya keluar hampir setahun lebih awal daripada bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri pada awal Mac lalu dan pembuangan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 24 Jun.

Saya menjadi ahli berkartu (card-carrying member) Umno lebih tiga dekad. Saya lahir dan membesar dalam keluarga Umno. Arwah ayah saya menyertai Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946 dan pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian.

Umno ini bukan Umno saya lagi

Tetapi menjelang pertengahan tahun lepas, saya berasa amat yakin dengan kata-kata ayah saya sebelum dia meninggal dunia tujuh tahun lalu. Katanya: "Umno hari ini bukan Umno aku lagi."

Tidak berapa lama sebelum dia meninggal, dia juga memberhentikan langganan Utusan Malaysia. Utusan Melayu (jawi) dan kemudiannya Utusan Malaysia adalah bacaan wajib keluarga kami.

Alasan pemberhentian langganan Utusan Malaysia adalah ia "bukan surat khabar aku lagi." Dia membaca Berita Harian sebagai pilihan kedua hanyalah ketika saya menjadi pengarangnya.

Kopi, rokok dan Utusan Melayu/Utusan Malaysia adalah permulaan harinya untuk berpuluh tahun lamanya. Dia berhenti merokok dan membaca Utusan, tetapi terus meminum kopi. Dia juga tidak keluar Umno secara rasmi seperti saya.

Melayu dan Umno

Ramai orang Melayu menjadi ahli Umno kerana talian sejarah. Bagi mereka Umno adalah parti keturunan. Merekalah ahli sebenar (tulen/original) Umno.

Mereka menjadi ahli kerana altruisme. Mereka tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Bagi mereka, Umno adalah parti merdeka, parti pembela bangsa dan parti yang membawa pembangunan.

Hari ini, ramai ahli Umno adalah ahli rekrut. Ahli yang diheret masuk hinggakan ada yang tidak tahu pun yang mereka ahli Umno. Nama mereka didaftarkan oleh Ketua Cawangan dan yuran dibayar bagi pihak mereka.

Bilangan ahli keturunan semakin hari semakin kecil. Secara literal, Umno mati bersama kematian mereka. Boleh kata semua pendukung Umno dari generasi ayah saya sudah tidak ada lagi.

Ayah saya mewajibkan anak-anaknya balik mengundi menggunakan "petua" ("fatwa") derhaka kalau tidak balik mengundi. Tapi pada Pilihan Raya Umum 2008, dia tidak mengeluarkan lagi petua itu.

Adik saya yang tugasnya membawa ibu dan ayah saya mengundi memberitahu mereka tidak keluar mengundi pada pilihan raya Umum 2013.

Sejak beberapa hari lalu, berikutan pembuangan Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ramai bertanya pendapat saya mengenai kalau mereka juga perlu keluar Umno.

Saya kata, saya mungkin bukan orang paling sesuai menjawabnya kerana saya tidak berkecuali. Saya tidak berkecuali kerana saya telah mendahului mereka keluar Umno. Sentimen saya diwarnai oleh tindakan itu.

Biar Najib Tahu

Cuma saya kata, kalau hendak keluar eloklah buat secara rasmi macam saya buat supaya Presiden Umno, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, Mohd Najib Abdul Razak, tahu.

Biar Mohd Najib tahu kita keluar Umno. Dia tak peduli tak apa.

Saya mengutus surat penarikan diri kepada Ketua Cawangan saya dengan salinan kepada Ketua Bahagian dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia.

Saya nyatakan sebab-sebab saya tarik diri. Antaranya saya tidak dapat lagi menerima kepemimpinan Umno yang dikepalai Mohd Najib dan kalau saya kekal pun, saya akan menjadi duri dalam daging dengan kritikan-kritikan saya.

Dalam kes saya, Setiausaha Kerja Umno pusat, Datuk Rauf Yusoh mengesahkan penarikan diri saya dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan saya kepada parti selama ini.

Saya kata lagi, mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) boleh kembali semula ke pangkuan Umno jika keadaan berubah mengikut apa yang mereka idamkan.

Buat saat ini, apa yang boleh saya katakan adalah amat menyedihkan bahawa Umno yang berjaya memperbaiki kehidupan generasi ayah saya dan mengangkat generasi saya menjadi warga kelas menengah kini tidak lagi mampu menjamin kehidupan generasi anak dan cucu saya.

Bagi saya, era Umno sudah berlalu. Begitu juga PAS. Cara Umno dan PAS mengepung dan mengandangkan orang Melayu-Islam dengan menggembar-gemburkan sentimen bangsa dan agama tidak boleh diterima lagi.

Jika diteruskan ia akan mengepung orang Melayu-Islam dalam penjara minda yang semakin hari semakin sempit, mundur, jumud, tidak bertoleransi dan anti-kemajuan.

Kita perlu tabur angin perubahan supaya kita boleh melayari ombak perubahan.

Wallahu'alam.

Bersih 2.0 selar SPRM lakukan dakwaan terpilih terhadap Lim Guan Eng

Posted: 01 Jul 2016 10:34 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 Lim Guan Eng mahkamah 2Lim Guan Eng mahkamah 2 
Bersih 2.0 menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam sebagai satu pendakwaan terpilih, justeru tidak menonjolkan integriti yang sepatutnya dipegang teguh oleh SPRM.

Dalam satu kenyataan, organisasi itu berkata bahawa cara siasatan terhadap Setiausaha Agung DAP dan penahanan beliau adalah jauh lebih drastik daripada kes-kes lain, termasuk skandal 1MDB dan pemindahan wang RM2.67 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Siasatan ke ke atas kes-kes berkenaan masih belum selesai walaupun sudah lebih dari dua tahun," kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan semalam seperti dipetik.

Malah, kumpulan pemerhati pilihan raya itu mendakwa, penahanan Guan Eng dan kehadiran polis yang "menakut-nakutkan dan berat" di Komtar semalam adalah tidak wajar memandangkan beliau telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan SPRM ke atasnya.

"Kami turut mempunyai kebimbangan serius terhadap penangkapan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

"SPRM boleh sahaja mengeluarkan perintah untuk Ketua Menteri dan Phang untuk hadir di mahkamah tanpa perlu menahan mereka sedemikian rupa," jelasnya.

Pada masa sama, Bersih 2.0 menggesa badan kehakiman memaparkan kebebasan dan integriti penuh semasa berurusan dengan kes tersebut agar keadilan dapat diperolehi oleh semua pihak.

"Kenyataan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa penahanan Guan Eng itu menunjukkan DAP tidak bersih adalah tidak relevan memandangkan beliau telah menilai kes itu secara individu sebelum ia dibicarakan," katanya.

Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dengan jaminan berjumlah RM1 juta setelah didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 23 September depan untuk pengurusan kes.

Kerajaan perlu beri sebab naik turun harga minyak

Posted: 01 Jul 2016 10:31 PM PDT

 HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Kaedah apungan terurus harga minyak di negara ini perlu dijelaskan kepada rakyatKaedah apungan terurus harga minyak di negara ini perlu dijelaskan kepada rakyat


Kerajaan disaran membentangkan maklumat terperinci setiap kali berlakunya kenaikan atau penurunan harga petrol melalui apungan terurus setiap bulan bagi membuktikan kebertanggungjawaban dan ketelusan mereka.
Muhammad Shaani AbdullahMuhammad Shaani Abdullah
Ahli lembaga pemegang amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Muhammad Sa'ani Abdullah berkata, kegagalan kerajaan berbuat demikian menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat yang berterusan.

"Kerajaan perlu kaji semula kenaikan atau penurunan harga mengikut sistem apungan yang diputuskan setiap bulan. Tetapi sehingga kini kerajaan tidak memberi satu kertas yang menjelaskan kenapa harga minyak naik dan turun. Itu perlu ada dan ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat tentang tindakan dan keputusan kerajaan.

"Kalau kita cerita tentang kebertanggungjawaban dan ketelusan penjelasan ini harus disertakan bila harga dikaji semula. Kalau ini dijelaskan persoalan wajar atau tidak kenaikan harga minyak boleh difahami rakyat," katanya kepada Malaysia Dateline.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak 5 sen seliter berkuat kuasa tengah malam tadi.

Harga baru RON95 akan menjadi RM1.75 seliter manakala RON97 akan dijual pada harga RM2.10 seliter.

Bagi diesel pula, harga barunya adalah RM1.60.

Dalam pada itu, Sha'ani menyeru rakyat agar menjadi warganegara yang lebih peka dengan segala salah laku yang berlaku membabitkan pemimpin negara.

Tanpa menolak kewajaran rakyat mempersoal tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, beliau berkata rakyat juga harus mempersoal rasuah dan salahguna kuasa membabitkan pemimpin negara.

"Memanglah harga minyak naik satu perkara yang membebankan rakyat tetapi kenapa jumlah lain yang lebih banyak kita tak persoal?

"Kes 1MDB, (derma) RM2.6 bilion misalnya kita tak persoal. Dari segi kenaikan harga minyak perlu soal tapi perlu juga bertindak sebagai warganegara yang persoal perkara lain seperti pembaziran,
penyalahgunaaan kuasa dalam peruntukan atau perbelanjaan kerajaan, rasuah dan sebagainya. Kita tidak harus berdiam diri," tegasnya.

Sementara itu beliau mengingatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barang menggunakan alasan kenaikan harga petrol.

Menurut beliau, pengguna perlu membuat aduan kepada pihak berwajib jika berlakunya kenaikan harga barang pada musim perayaan ini.

"Harga minyak naik hari ini, perayaan dalam empat hari lagi jadi kesan dia tak begitu cepat untuk peniaga menaikkan harga barang.

"Kami harapkan peniaga tidak mengambil kesempatan kerana barang yang keluar dari kilang sudah ada di kedai. Jadi barang itu tak ada kena mengena dengan harga minyak hari ini.

"Pengguna juga harus lebih peka, bila ada peniaga naikkan harga laporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil," katanya.

Panas terik Ramadan tidak luntur semangat peserta Himpunan Al-Quds

Posted: 01 Jul 2016 10:29 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
Foto WAN ZAHARI SALLEH
 
 
Presiden Mapim Azmi Abdul Hamid berucap di hadapan ratusan demonstran sebelum masuk ke kedutaan Amerika.Presiden Mapim Azmi Abdul Hamid berucap di hadapan ratusan demonstran sebelum masuk ke kedutaan Amerika.


Panas tengahari bulan Ramadan tidak melunturkan semangat ratusan umat Islam untuk berdemonstrasi menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Himpunan Solidariti Selamatkan Al-Quds itu berlangsung seusai solat Jumaat.

Para demonstran berarak dari Bangunan Tabung Haji sambil melaungkan slogan-slogan menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengecam Israel dan sekutunya.

Program anjuran Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) itu turut disertai Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) yang dipengerusikan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Abdul Ghani dan Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid  berucap sebelum dibenarkan masuk ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memorandum.

Hadir ketika perhimpunan berlangsung Presiden Amanah Mohamad Sabu yang berucap menyuntik semangat hadirin.

Wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Mapim turut berucap di hadapan bangunan kedutaan.

Sejak beberapa bulan lalu, rejim Israel semakin agresif merempuh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa dan sengaja mencabar kesabaran umat Islam apabila cuba menghalang penduduk Palestin masuk ke masjid pada bulan Ramadan ini.


Mohamad Sabu berucap menyuntik semangat hadirin. Mohamad Sabu berucap menyuntik semangat hadirin.
Berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika menunjukkan solidariti bersama umat Islam Palestin.Berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika menunjukkan solidariti bersama umat Islam Palestin.
Orang ramai berarak dari Bangunan Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.Orang ramai berarak dari Bangunan Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Setia mendengar ucapan di bawah panas terik matahari.Setia mendengar ucapan di bawah panas terik matahari.
Pelbagai sepanduk dibawa bagi melahirkan solidariti bersama rakyat Palestin.Pelbagai sepanduk dibawa bagi melahirkan solidariti bersama rakyat Palestin.
Anak-anak kecil ini tidak ketinggalan menyatakan simpati terhadap nasib rakyat Palestin yang dijajah Israel.Anak-anak kecil ini tidak ketinggalan menyatakan simpati terhadap nasib rakyat Palestin yang dijajah Israel.
Cikgu Azmi dan Ustaz Abdul Ghani melangkah masuk ke kedutaan bagi menyampaikan memorandum.Cikgu Azmi dan Ustaz Abdul Ghani melangkah masuk ke kedutaan bagi menyampaikan memorandum.
Bendera Israel dibakar demonstran tanda membantah kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin.Bendera Israel dibakar demonstran tanda membantah kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin.

Tabung derma awam jamin Guan Eng lepasi RM1 juta, ditutup serta-merta

Posted: 01 Jul 2016 10:25 PM PDT

 ZAINULFAQAR YAACOB
 
 
Program Berjalan Bersama Lim Guan Eng pagi Ahad ini.Program Berjalan Bersama Lim Guan Eng pagi Ahad ini.


Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow 2.30 petang tadi mengumumkan kempen kutipan derma RM1 juta wang jaminan untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng dihentikan serta-merta.

Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima sebanyak RM1,009,000 sejak kempen derma awam itu dilancarkan dalam tempoh 6.00 petang semalam hingga 2.00 petang tadi.

"Dalam tempoh 21 jam sasaran kutipan dicapai, menyamai RM51,000 bagi tiap-tiap jam.
"Saya ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana bukan orang Pulau Pinang sahaja yang melakukan pengorbanan ini demi bersama-sama Saudara Lim Guan Eng menentang rasuah di tanah air ini.
"Kita (DAP Pulau Pinang) boleh umum hentikan kempen ini kerana derma sudah capai sasaran," ujar Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota kepada pemberita di Wisma DAP dekat Jalan Rangoon.

Hadir sama Exco Pembangunan Pelancongan, Danny Law Heng Kiang yang juga Adun Batu Lanchang, Adun Air Itam merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri Wong Hon Wai, Adun Sungai Pinang Lim Siew Khim, Adun Jawi Soon Lip Chee dan Setiausaha DAP Negeri, Lim Hui Ying.

Pada sidang media sama, Hon Wai turut mengumumkan penganjuran program "Berjalan Bersama-sama Lim Guan Eng" dari Lebuh Pantai ke Beach Street pada Ahad, 3 Julai mulai jam 7.30 pagi.

Pada jam 10 pagi hari yang sama, katanya Majlis Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat akan berlangsung di Dewan Sri Pinang.

"Mereka yang ingin menyertai Gerakan Harapan Bersama Ketua Menteri pada Ahad ini disarankan memakai pakaian warna cerah atau warna lembut sebagai tanda solidariti," ujar Hon Wai.

Syarikat kontroversi Lynas berhentikan pekerja warga tempatan

Posted: 01 Jul 2016 10:23 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Papan tanda arah ke Lynas Malaysia Sdn Bhd.Papan tanda arah ke Lynas Malaysia Sdn Bhd.


Syarikat pemprosesan nadir bumi yang diselubungi kontroversi sejak awal beroperasi di negara ini, Lynas Malaysia Sdn Bhd kini berhadapan masalah apabila dilaporkan memberhentikan kakitangannya tanpa prosedur wajar.

Menerusi emelnya kepada Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Badan Perhubungan Umno Pahang,
Kementerian Sumber Manusia dan Pejabat Perdana Menteri, seorang kakitangan syarikat terbabit kesal kerana aduan yang dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) tentang pemberhentian pekerja Lynas tidak dijawab.

"Mohon perhatian dan tindakan segera YB oleh kerana aduan kepada KSM seperti dilampiran sehingga kini tiada tindakan susulan.

"Bantulah kami warga Kuantan dan Pahang khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang tertindas di tanah air sendiri oleh warga asing.

"Kami masih mempunyai anak isteri dan keluarga yang perlu ditanggung tatkala ekonomi merudum serta pasaran pekerjaan yang lembab, agak sukar memperoleh pekerjaan dengan segera.

"Maaf kerana terpaksa merahsiakan (fake) identiti atas faktor tertentu, namun saya merupakan salah seorang dari pekerja yang terlibat," kandungan emel itu dipetik.

Aduan kakitangan Lynas menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam didakwa tidak berjawabAduan kakitangan Lynas menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam didakwa tidak berjawab

Dalam laporan kepada KSM melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) bertarikh 21 Jun lalu, seorang kakitangan Lynas memohon siasatan terperinci dilakukan kementerian terhadap plan pemberhentian pekerja yang didakwa dilakukan secara tidak sah.

Ini membabitkan pemberhentian 24 jam tiga penyelia tempatan manakala semua pekerja bahagian makmal (lab) syarikat tersebut diberhentikan (dianggap kosong) dan perlu memohon semula jawatan dalam proses penstukturan semula.

"Malah jika ingin jawatan lain selain bahagian lab juga perlu memohon semula, bukan ditukar secara automatik.

"Difahamkan beberapa jawatan lab juga akan diisi oleh pekerja warga asing sedangkan pembubaran di atas dasar redundancy," lapor kakitangan terbabit.

Kementerian juga dimaklumkan bahawa 30 tenaga kerja tempatan terlibat dalam penstrukturan semula itu.
Lynas memiliki kilang memproses nadir bumi berharga RM700 juta di Gebeng, Kuantan.

Kilang itu menggunakan bahan mentah dari Mount Weld, Australia Barat bagi mengeluarkan produk nadir bumi.

Bantahan terhadap pembinaan kilang itu memuncak pada 2009 kerana nadir bumi yang diproses diyakini mempunyai bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan penduduk.

Mahathir teruskan operasi YKP, walaupun bantuan kerajaan dihentikan

Posted: 01 Jul 2016 10:20 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
YKP membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang GazaYKP membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang Gaza


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan tetap bekerja di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) walaupun kerajaan memutuskan untuk menghentikan segala bentuk sumbangan termasuk berhenti membayar gaji kakitangan kerajaan yang diberi untuknya.

Menurutnya, mana-mana penyokong YKP yang berasa takut 'rapat' dengannya kerana bimbang diganggu, mereka boleh berhenti menyokong institut itu.

"Kami perlu berhentikan penyelidikan yang dilakukan di perpustakaan dan arkib kami dan juga (hentikan) kempen kami untuk menjadi pembunuhan orang dan kemusnahan negara-negara melalui perang suatu jenayah.

"Tetapi, tak apa. Saya hanya mahu orang ramai tahu apa sebenarnya Yayasan Kepimpinan Perdana ini," katanya melalui catatan di blognya, seperti dilaporkan Sinar Harian

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan menghentikan segala bentuk sumbangan sama ada peruntukan kewangan, penyelenggaraan mahupun kakitangan yang diberikan kepada YKP selepas mendapati YKP disalahgunakan sebagai pusat untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan.

Sebelumnya, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menggesa kerajaan supaya menarik balik peruntukan YKP yang diterajui Mahathir kerana bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri.

Dalam catatan sama, Mahathir berkata, beliau sering ke pejabat meskipun telah bersara susulan banyak pihak datang bertemunya meminta pertolongan.

"Oleh kerana saya berada di dalam bangunan ini, macam-macam jenis orang datang berjumpa dengan saya, secara bersendirian atau berkumpulan. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan, mereka meminta pertolongan saya. Saya tidak pernah menutup pintu saya kepada sesiapa. Sebab itu selepas bersara saya masih pergi ke pejabat seolah-olah saya masih bekerja.

Peruntukan Yayasan Kepimpinan Perdana

"Sudah tentunya ada juga orang yang datang berjumpa dengan saya di tempat-tempat lain, dalam tiga pejabat yang lain dan juga di rumah saya. Tetapi oleh kerana sekarang saya telah meletakkan jawatan dari Proton dan Petronas, Yayasan Kepimpinan Perdana biasanyalah tempat yang saya bekerja," katanya.

Sebelumnya, beliau memberitahu serba sedikit asal usul yayasan tersebut sejak idea penubuhannya dilontarkan oleh beberapa ahli peniagaan dalam rangka memperingati 22 tahun khidmatnya sebagai perdana menteri di negara ini dan cadangan agar namanya diabadi pada bangunan itu.

"Sepanjang saya berada dalam kerajaan saya telah cuba untuk menghentikan amalan menamakan tempat-tempat awam dengan nama orang-orang yang masih hidup kecuali raja-raja. Selain itu, perlu menunggu sehingga mereka meninggal dunia sebelum nama mereka diberikan kepada tempat-tempat awam.

"Oleh kerana saya masih hidup pada masa cadangan dibuat, saya menolak cadangan itu. Sebaliknya saya juga tidak boleh mengabaikan sumbangan mereka sebelum saya terhadap pembangunan Malaysia. Maka itu saya mencadangkan agar mereka memperingati semua perdana menteri sebelumnya dan perdana menteri akan datang dengan menubuhkan sebuah institut untuk mengumpul semua dokumen yang berkaitan dengan dasar, strategi dan pelan yang dimulakan dan dilaksanakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.

"Oleh itu nama Yayasan Kepimpinan Perdana dipilih. Pengasas dan penaja yayasan membeli tanah, membina bangunan dan menyelenggarakannya. Kakitangan untuk arkib dan perpustakaan dan kakitangan sokongan dibayar gaji daripada dana yayasan melalui sumbangan oleh pihak penaja. Kerajaan telah menyewa ruang di yayasan dan beri saya beberapa kakitangan," katanya.

Katanya, di Perpustakaan Yayasan dikumpulkan maklumat mengenai kerja-kerja semua Perdana Menteri Malaysia sebagai perpustakaan rujukan yang tersedia untuk semua orang yang ingin belajar kisah pembangunan Malaysia dan sumbangan Perdana Menterinya.

Selain itu, yayasan turut mengumpul dokumen, ucapan dan tulisan-tulisan para Perdana Menteri serta berkempen menjenayahkan peperangan hingga wujudnya 'Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War' (KLFCW).

"Kami mengadakan persidangan yang disertai oleh pencinta keamanan tempatan dan juga dari Timur Tengah, Eropah, Amerika dan tempat lain di dunia. Kami masih terus dengan kempen ini.

"Yayasan juga terlibat dalam membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang Gaza. Dalam membantu negara-negara yang musnah akibat peperangan, kami telah menubuhkan Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Kami telah melakukan kerja-kerja amal di kalangan mereka. Dana dikumpul melalui sumbangan orang ramai dan kerajaan," katanya.

Kes tembak semakin berleluasa

Posted: 01 Jul 2016 10:16 PM PDT

obt
 

MUDAH mendapat senjata api. Itu antara punca utama semakin banyak kes tembak yang berlaku di seluruh negara akhir-akhir ini.

Pada bulan lalu, sekurang-kurangnya enam kes tembakan telah berlaku di sekitar Lembah Kelang dan Sarawak, kebanyakannya bermotifkan balas dendam.

China Press menemu bual seorang pegawai kanan polis yang memberitahu, disebabkan senjata api ini semakin berleluasa,  sesiapa pun termasuk ahli kongsi gelap dan perompak akan menggunakannya untuk tujuan membunuh dan merompak.

Pegawai polis yang enggan dikenali itu berkata, apabila seseorang itu memperoleh sepucuk pistol, perasaannya akan semakin berani untuk membunuh, merompak ataupun lakukan ugutan.

"Kini apa yang lebih menakutkan ialah sesiapa sahaja pun boleh memegang pistol untuk membunuh. Kalau terima upah, mereka sanggup membunuh tanpa peri kemanusiaan.

"Namun ada di antara mereka ini tidak pernah dilatih menggunakan pistol. Sebab itulah terdapat kes di mana walaupun ada penembak yang telah melepaskan 10 das tembakan, namun orang yang hendak dibunuhnya masih selamat," katanya.

Selain itu, katanya, ada juga kes berselisih faham kecil tetapi sampai ada yang mengeluarkan pistol untuk mencederakan orang yang didendaminya.

Sebelum itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksana 'Ops Cantas' bagi membendung kejadian tembakan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Katanya, kejadian tembakan tersebut mendatangkan kegusaran kepada masyarakat umum yang berasa seolah-olah negara kita seakan negara cowboy.

Musa dilaporkan turut meminta polis memperkasakan kembali Ops Cantas Kongsi Gelap susulan insiden kes tembak yang semakin banyak.

Katanya, kejadian tembakan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, selain menggugat ketenteraman awam di negara ini.

"Saya berharap pihak polis dapat jalankan Ops Cantas kembali. Berkemungkinan kejadian kes-kes tembak ini berlaku kerana wujudnya salah faham antara mereka (kumpulan kongsi gelap)," katanya.

Beliau menyarankan pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan di sempadan negara bagi menyekat penyeludupan senjata api ke negara ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihak polis menahan seramai 646 individu dalam Ops Cantas di seluruh negara sejak 1 Januari lalu sehingga kelmarin. Kesemua mereka telah diambil tindakan di bawah Poca dan dikenakan Perintah Tahanan dan Sekatan Kediaman.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, selepas melakukan siasatan, adalah didapati kebanyakan kes tembakan yang berlaku mempunyai kaitan dengan tindakan balas dendam,. Bagaimana pun keadaannya masih terkawal.

Beliau meminta orang ramai jangan terlalu bimbang kerana polis Selangor sentiasa berjaga-jaga terhadap kes berkenaan.

Antara kes-kes tembakan yang berlaku sepanjang bulan Jun lalu:

15 Jun - Seorang ahli perniagaan ditemui mati ditembak di dalam kenderaannya dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau, Shah Alam. Mangsa dikenali Gooi Tan Hock, 43, ditemui mati dengan enam kesan tembakan di badan.

21 Jun - Setiausaha PKR Cabang Miri dan bekas calon Dun Bekenu, Bill Kayong, ditemui mati ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

21 Jun - Dua lelaki dipercayai adik-beradik cedera dalam kejadian tembak di Jalan Besar Sunway, Batu Caves. Mereka berusia 30 dan 34 tahun, masing-masing mengalami kecederaan di telinga kanan dan pipi kiri serta kepala.

29 Jun - Seorang pengurus besar syarikat swasta cedera parah ditembak individu yang menaiki motosikal ketika memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan dekat Desa Petaling. Mangsa lelaki berusia 40 tahun itu terkena lima das tembakan daripada enam das tembakan yang dilepaskan oleh suspek dalam kejadian jam 8.40 pagi itu.


Khir Toyo sifatkan pendakwaan Lim sebagai 'poetic justice'.

Posted: 01 Jul 2016 10:06 PM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo menyifatkan pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai "poetic justice' (keadilan setimpal).

"Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka.

"Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan - 'padan muka'," kata Khir dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihatkan Lim berhenti membandingkan kes beliau dengan kes bekas menteri besar Selangor itu.

Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada September tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta untuk dirinya dan isterinya.

Pada bulan Mac, Khir menjalani perintah parol selepas menjalani enam bulan hukumam penjara sebelum dia dibebaskan dua bulan kemudiannya.

Lim, dalam satu kenyataan selepas didakwa minggu ini, berkata, "terdapat percubaan untuk menyamakan kes saya dengan kes bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo. Ini sama sekali adalah salah".

Sultan Johor menang bida nombor F1 1

Posted: 01 Jul 2016 09:51 PM PDT

SINAR HARIAN
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


PUTRAJAYA - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan‎ Iskandar memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan F1, nombor baharu bagi Putrajaya.

Baginda membida nombor kenderaan itu dengan nilai RM836,660. Keputusan bidaan nombor pendaftaran siri F berkenaan ditampal di Bahagian Pelesenan Kenderaan, Aras 3, Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Keputusan itu menyenaraikan "DYMM Sultan Ibrahim" sebagai pemenang nombor pendaftaran F1.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan sebelum ini, menyatakan menerima sebanyak 11,683 tempahan bagi nombor pendaftaran siri F.

Nombor pendaftaran siri F dibuka untuk tempahan pada 1 Jun lepas dan ditutup pada 12 tengah hari, 14 Jun.

Menurut JPJ, jumlah tempahan siri F itu merupakan kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.

Sultan Johor sebelum ini, juga berjaya membida nombor kenderaan W1N bernilai RM748,000 pada 2014 dan WWW1 dengan bidaan RM520,000 pada 2012. - Bernama


'Kenapa salahkan Tun Mahathir?'

Posted: 01 Jul 2016 09:42 PM PDT

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


SHAH ALAM - Bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mempersoalkan tindakan sebilangan pihak yang menyalahkan bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamaddalam memperkasakan sistem pengangkutan di negara ini.

Menurut Syed Saddiq, sekiranya ada pihak menyalahkan masa lalu untuk keadaan yang berlaku pada masa kini, maka tidak mustahil rakyat negara ini akan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kegagalan Malaysia untuk tahun 2066 akan datang.

"Tun M letak jawatan pada tahun 2003, sekarang 2016 dan 13 tahun Malaysia tidak diperintah olehnya, tetapi tetap nak salahkan beliau.

"Tun M telah memperkasakan sistem pengangkutan awam melalui rangkaian sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), teksi murah dan sebagainya tapi tetap nak salahkan beliau,"katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mengingatkan setiap pihak agar dapat bermuhasabah diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain.

 Katanya, walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan (91-95 dan 2000-2008), hal berkaitan keselamatan sempadan negara masih tidak selesai dan ia sentiasa dicerobohi oleh pengganas malah isu skandal pembelian kapal selam Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis turut berlaku ketika pentadbiran beliau.

"Najib juga pernah menjadi Menteri Besar Pahang pada tahun 1982-1986 namun sehingga sekarang negeri itu dilanda pelbagai skandal seperti bauksit yang melibatkan wang, kesihatan dan keselamatan rakyat.

"Jika orang tetap menyalahkan masa lalu untuk keadaan masa kini, ini bermakna 50 tahun akan datang, rakyat Malaysia akan menyalahkan Najib mengenai kegagalan Malaysia pada 2066,"katanya.


Comments (0)