Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:20 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Semua 13 wakil rakyat PAS S'gor tampil sokong Tuan Ibrahim

Posted: 18 Jul 2016 07:45 AM PDT


Tiga belas wakil rakyat PAS di Selangor tampil menyatakan sokongan terbuka terhadap tawaran 'gencatan senjata' pembangkang yang dibuat timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan parlimen (MP) itu menyatakan sokongan kepada Tuan Ibrahim dan naib presiden Datuk Iskandar Abd Samad, yang mendukung kenyataan itu, setelah penelitian dan perbincangan mendalam.

"Maka ADUN dan MP Pas Selangor akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat yang di sokong dan di tandatangani oleh kesemua ADUN dan MP Pas di Selangor," kata mereka dalam kenyataan bersama.

Dalam kenyataan itu, mereka risau terhadap perkembangan politik Selangor yang dimenangi bersama gabungan dengan PKR dan DAP pada 2008.

Mereka justeru, menuntut sebuah pendekatan atas nama "Pakatan Pembangkang" untuk mempertahankan Selangor selain, mencari pendekatan ke arah pertembungan satu lawan satu dengan BN.

"(Hendaklah) mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di Selangor dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang berbeza," menurut mereka.

Beberapa nama yang disenarai mengesahkan kesahihan kenyataan itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, yang namanya teratas dalam senarai itu, ketika dihubungi menegaskan ia tidak bermakna mereka menolak Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Betul (kenyataan itu), tetapi tidak bermakna kita tolak presiden," katanya.

Senarai 13 wakil rakyat itu adalah:
  1. Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang)
  2. Mohd Shafie Ngah (Bangi)
  3. Mohd Khairuddin Othman (Paya Jaras)
  4. Zaidy Bin Abdul Talib (Taman Templer)
  5. Mohd Haslin Hassan (Tanjong Sepat)
  6. Dr Abd Rani Osman (Meru)
  7. Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya)
  8. Dr Halimah Ali (Selat Klang)
  9. Hasbullah Mohd Ridzwan (Gombak Setia)
  10. Noor Hanim Ismail (Seri Serdang)
  11. Razaly Hassan (Dusun Tua)
  12. Sallehen Mukhyi (Sabak)
  13. Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)

TMJ: Rasuah 30 tahun FAM dalam 'pendrive' ini

Posted: 18 Jul 2016 07:45 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini mendakwa berlaku amalan rasuah berpanjangan dalam FAM, sehingga 30 tahun.

Beliau mendakwa mempunyai butiran lanjut, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengambilan duit kelab dan laporan audit yang didakwa "merepek"

"Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

"Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP ( Usahawan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia ) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek."

Dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT, Tunku Ismail menunjukkan satu 'pendrive' sambil melontarkan senyuman.

Susulan persaraan empat pemain JDT daripada skuad kebangsaan, beliau berkata, reaksi balas terhadap perkara itu seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama Harimau Malaysia.

Sebelum ini Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amirul Hadi Zainal dan S Kunanlan mengumumkan persaraan, yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenainya.

"Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda (pengkritik) harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'.

"Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja," katanya.

TMJ juga seakan memberi amaran kepada pengkritiknya supaya berhati-hati dengan memetik pesanan seorang pegawai askar kepadanya.

"Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi menembak'," kata lulusan sebuah akademi tentera di India itu.

Mengulas kontroversi itu, TMJ mengingatkan bahawa "duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja".

"(Duit rakyat) nukan untuk bola sepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan," kata Tunku Ismail.

Walaupun telah beberapa kali membuat dakwaan berkaitan, ini kali pertama TMJ mendakwa mempunyai bukti.

FAM akan hubungi TMJ

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan TMJ memiliki maklumat berkaitan aktiviti rasuah melibatkan badan induk bola sepak negara itu.

Katanya, sesiapa sahaja boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai maklumat mengenai rasuah.

"Sesiapa sahaja ada hak (laporkan) kepada SPRM, awak tak perlu tanya saya, " katanya ringkas ketika ditanya sama ada pihaknya melihat ada keperluan untuk TMJ melaporkan perkara itu kepada SPRM.

"Itu tak apalah nanti saya akan hubungi TMJ," pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

FAM juga menegaskan pihaknya tidak membenarkan budaya rasuah dalam persatuan itu kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut bertegas dalam menangani rasuah.

"Jawatankuasa Integriti juga ditubuhkan FAM untuk memantau bukan sahaja pasukan bola sepak, malah keseluruhan pentadbiran dan juga barisan kepimpinan," jelas Hamidin.

Pulau Pinang dilanda banjir kilat

Posted: 18 Jul 2016 07:42 AM PDT

Bernama    


Beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang dilanda banjir kilat hari ini berikutan hujan lebat yang berterusan.
Kawasan terlibat termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Balai ketibaan Lapangan Terbang berkenaan yang dinaiki air menyebabkan beberapa penerbangan dan pelepasan dalam negara terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata kawasan yang terjejas ialah kawasan awam iaitu ruangan balai ketibaan, lorong 1 tepi jalan, bahagian laluan servis udara dan ruang balai singgah.

Keadaan trafik juga terhenti berikutan air banjir telah melimpahi bulatan yang menghala ke terminal lapangan terbang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata jalan berkenaan telah tersumbat namun keadaan adalah terkawal.

"Walaupun hujan lebat, tiada kemalangan berlaku setakat ini," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, di Teluk Bahang, kira-kira 1,000 penduduk dari tiga kampung terjejas akibat banjir kilat dan setakat 6.30 petang tadi, sebanyak 15 keluarga, seorang Orang Kurang Upaya dan seorang kanak-kanak berusia setahun ditempatkan di Dewan Majlis Bandaraya Teluk Bahang.

Jabatan Pertahanan Awam Negeri turut membantu dengan menghantar tiga pacuan empat roda dan dua ambulans ke tempat kejadian banjir kilat.

Ketua operasinya Lt. Mohd Aizad Abdul Ghani berkata jabatan berkenaan akan meletakkan anggotanya dalam keadaan siap siaga sehingga semuanya pulih.

Sehingga 4.30 petang, banjir kilat mulai surut setelah hujan lebat mulai reda.

Bagaimanapun, penduduk dari Kampung Nelayan, Kampung Teluk Awak dan Kampung Desa Marina bimbang bahawa hujan akan turun kembali berikutan musim monsun telah bermula.

Ini adalah kali pertama Kampung Desa Marina dilanda banjir kilat manakala Kampung Nelayan dan Teluk Awak dilanda banjir buat kali ketiga.

Kira-kira 20 kereta dan 40 motosikal telah dipindahkan namun terdapat banyak juga kenderaan yang terperangkap di kampung berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang memaklumkan bahawa selain hujan lebat, terdapat kemungkinan bahawa sistem perparitan yang telah ketinggalan zaman, menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, hujan lebat yang mencecah sehingga 190 mm direkodkan di empangan Teluk Bahang.

Katanya, kejadian air pasang telah menyebabkan tebing sungai Teluk Awak pecah, sekali gus menyebabkan berlaku banjir kilat di Teluk Bahang.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, melahirkan kebimbangan bahawa kejadian banjir kilat disebabkan aktiviti penggondolan bukit di Bukit Teluk Bahang.

Pada masa sama, di Bayan Lepas, Relau dan Batu Maung, lebih 100 keluarga terjejas akibat banjir kilat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih mengumpul data mengenai berapa ramai yang terjejas.- Bernama


Kekal akhbar pilihan nombor 1

Posted: 18 Jul 2016 07:39 AM PDT

Kekal akhbar pilihan nombor 1
Konvoi, antara program diadakan team Sinar Harian Kelantan untuk berada lebih dekat dengan pembaca.
 
 


10 tahun usia Sinar Harian Kelantan yang pada awal kemunculannya, ia memaparkan ikon seorang lelaki botak yang membawa mesej 'Sinar banar'. Terkenal di serata pelosok kampung imej lelaki berkenaan ketika itu.

Edisi Kelantan dilancarkan serentak dengan edisi Terengganu dengan liputan melangkaui Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Gua Musang, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krai, Pasir Puteh Tanah Merah dan Jeli.

Alhamdulillah, onak ranjau melahirkan isu sulung nyata berbaloi. Sinar Harian kena dan tepat dengan selera orang Kelantan, menjadikan akhbar ini paling dicari-cari setiap pagi, buat peneman kala bersantai di kedai kopi.

Kelibat wartawannya ditunggu di setiap majlis, hinggakan banyak berlaku situasi, 'majlis tidak akan bermula selagi wartawan Sinar tak sampai' atau 'kita tunggu Sinar sampai, baru kita start deh'.Demikian kata pengacara majlis.

Wow, terima kasih pembaca budiman. Anda yang menjadikan kami seperti ini. Kekal nombor satu di Kelantan, dan semoga kami terus berada di puncak takhta tanpa sedikit pun rasa gayat.

SEBAIK edisi sulung menjengah pasaran dengan harga pengenalan hanya 50 sen senaskhah, 40,000 naskhah yang dicetak habis dijual dalam masa beberapa jam! Luar biasa sekali. Kejayaan ini sekali gus meyakinkan pengurusan, Sinar Karangkraf Sdn Bhd dan seluruh kakitangan untuk meningkatkan lagi usaha agar tidak menghampakan hasrat dan harapan pembaca di negeri ini.

Dari kampung terpencil hinggalah ke pekan dan bandar, penerimaan warga Kelantan terhadap akhbar ini amat-amat memberangsangkan. Baca sambil tersenyum puas, seolah-olah tidak percaya Kelantan sudah ada akhbar komuniti sendiri. Lepas ini, apa saja berita, apa saja aduan, cari saja Sinar Harian, insya-ALLAH bereh. Itu yang membuatkan pembaca semakin menyukai akhbar ini.

Lokaliti, cakna dan sangat kena dengan selera orang pantai timur. Sinar Harian bagaikan harapan baharu buat seluruh masyarakat Kelantan. Setiap pagi, Sinar Harian adalah pelengkap sarapan buat pembaca dan seisi keluarga. Akhbar berkonsep komuniti ini berjaya membawa suara dan rintihan serta membuka minda rakyat Kelantan yang dahagakan bahan bacaan yang dekat dengan mereka.

Dengan bermatlamatkan 'setiap orang mampu menjadi bahan cerita dan berita untuk dikongsi bersama pembaca,' Skuad Cakna yang terdiri daripada wartawan muda dan berkaliber sedia memikul amanah serta tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Mereka inilah yang akan memastikan setiap berita dari 11 daerah dipaparkan dengan tepat, terperinci dan cepat.

Skuad Cakna merupakan kumpulan wartawan dinamik yang sentiasa bergerak menghidu berita di kawasan masing-masing. Mereka ibarat wakil rakyat yang sedia menerima luahan penduduk tanpa mengira waktu.

Pendek kata, ada sahaja berita, info atau berlaku apa saja tragedi, hubungi saja Skuad Cakna, mereka akan tiba dengan kereta merah putih comel untuk melaporkan berita dari tempat anda.

Angkat isu dekat dengan pembaca

Apa saja berita baik politik, sukan, krisis istana, tragedi, isu-isu global, malah filem-filem hot di pawagam boleh menjadi isu muka depan untuk tatapan pembacanya yang tersendiri.

Pembaharuan ini memberi elemen kejutan buat pembaca, seterusnya menangkaphati mereka untuk terus tertanya-tanya, apa lagi yang ingin Sinar Harian sajikan untuk pembaca esok. Itulah kunci kekuatan yang menjadikan Sinar Harian, berbeza dengan medium berita yang lain.

Sekecil-kecil berita, masalah longkang tersumbat, ular masuk rumah hatta isu tahi lembu bertepek atas jalan pun, kami ambil cakna kerana kami tahu, berita sebeginilah yang mewakili hati penduduk di Kampung Lalat, di Kampung Pek Machang, juga warga Gua Musang dan Tumpat.

Mereka mahu buat aduan, mereka cari Sinar Harian. Mereka mahu buat kenduri kahwin pun, cari Sinar Harian. Hebat tak hebat penangan Sinar Harian.

Bukan sahaja isu-isu setempat, Sinar Harian Kelantan juga faham kehendak pembaca negeri ini yang majoritinya adalah penyokong tegar pasukan bola sepak Kelantan.

Jatuh bangun, ketawa dan air mata The Red Warriors, kami paparkannya dalam akhbar ini, sekurang-kurangnya tiga halaman sekiranya ada perlawanan.

Sebagai penaja juga, kami pastikan setiap isu mengenai TRW, dilaporkan sebaik mungkin. Isu pertukaran pemain, penajaan, jurulatih dan prestasi TRW, semuanya sudah cukup lengkap dalam
Sinar Harian menyebabkan penyokong Kelantan tidak perlu mencari sumber berita lain lagi.

Raih kepercayaan banyak pihak

10 tahun beroperasi dengan beberapa perubahan, rombakan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa, Alhamdulillah, Sinar Harian Kelantan juga mula meraih kepercayaan bukan sahaja pembaca, tetapi juga golongan profesional, ahli politik dan juga pengiklan.

Dari sudut politik, berita kami disifatkan lebih adil kerana memaparkan isu semua pihak, sama
ada pembangkang mahupun kerajaan. Itulah antara resipi kami untuk terus kekal diterima pembaca. Dengan slogan 'telus dan tulus', kami hanya melaporkan berita yang tepat dan daripada sumber yang sahih. Kerana itu jugalah, hubungan kami baik dengan majoriti ahli politik yang ada di Malaysia, kerana 'spin' atau putar belit berita untuk lariskan jualan, bukanlah cara kami.

Bermula dari detik pertama kali diterbitkan, Sinar Harian Kelantan kekal menjadi akhbar nombor satu di negeri ini. Melihat perkembangan ini juga, pihak pengiklan berlumba-lumba untuk memaparkan produk dan program mereka di dalam akhbar ini.

Daripada syarikat korporat hingga ke kedai-kedai kecil, semuanya ingin merebut peluang mengiklan produk kerana mereka percaya, akhbar komuniti ini adalah akhbar rakyat Kelantan yang mempunyai pengaruh jauh lebih kuat daripada akhbar lain.

Sesungguhnya, kami masih lagi belajar dan akan terus belajar. Proses pembelajaran yang panjang dan tidak akan terhenti demi memastikan akhbar yang anda beli, anda rasa puas dan berbaloi membacanya.

Kerja kami ibadah kami, insya-ALLAH sudah kami laksanakan sebaik mungkin. Itulah pegangan seluruh warga editorial, pengedaran dan percetakan Sinar Harian.

Tinggal berserah kepada Yang Satu untuk menentukan rezeki dan perjalanan kami, semoga terus lancar dan dipermudahkan.

Buat pembaca budiman, terima kasih dan teruskan sokongan tidak berbelah bahagi anda.

"Jange bereti sokong Sinar deh, kami saye demo terrr!"

INFO

EDITORIAL SINAR HARIAN EDISI KELANTAN:

EDITOR: Wan Suryana Ton Mohamad

PENOLONG EDITOR: Mohd Hazrizal Hanapiah

KETUA WARTAWAN: Mohd Zailani Abd Rahman

PEN KETUA WARTAWAN: Rosmiza Kasim

WARTAWAN BIRO: Habsah Ismail
Sapinah Ab Ghani
Rosalwani Che Soh
Murni Abdul Rashid
Adilla Sharinni Wahid
Siti Fatihah Awang

WARTAWAN SUKAN: Mazram Idzam Ridzal Mahmud

JURUGAMBAR: Jazaly Amry Jaafar

SKUAD:
BACHOK: Zaimatuljuwita Abdullah
TUMPAT: Rohana Ismail
PASIR MAS: Hazelen Liyana Kamarudin
RANTAU PANJANG: Noor Azlida Alimin
PASIR PUTEH: Norhasram Mohamad
MACHANG: Zumurni Hamzah
Kuala KRAI: Azura Mohamad
TANAH MERAH: Azman Che Man
GUA MUSANG: Akmaliah Razak


Difteria masih terkawal di Malaysia

Posted: 18 Jul 2016 07:25 AM PDT

SINAR HARIAN
 
 
S Subramaniam


PETALING JAYA - Penyakit difteria, yang dikesan di negara ini bulan lepas, masih dalam keadaan terkawal walaupun sudah mencatatkan 5 kematian daripada 15 kes yang dilaporkan sehingga kini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, ini kerana, sebanyak 95 peratus daripada rakyat Malaysia telah menjalani program imunisasi termasuk diberi vaksin difteria sejak kecil bagi perlindungan kesihatan lengkap.

"Hanya lima peratus sahaja yang masih belum menerima imunisasi perlindungan itu dan mempunyai kemungkinan dijangkiti penyakit tersebut.

"Kes terbaharu melibatkan seorang dewasa...kita melakukan siasatan terperinci untuk menyemak latar belakang mangsa sama ada dia pernah menerima imunisasi lengkap sebelum ini.

"Ini bukan sesuatu yang baru kerana kes sama pernah berlaku melibatkan sekelompok penduduk dan ia telah pun kita atasi," katanya selepas merasmikan nama baharu Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah dijangkiti difteria stabil]

Sebelum ini, NPRA dikenali sebagai Makmal Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Semalam, seorang suri rumah dari Rembau, Negeri Sembilan disahkan positif difteria.

Daripada 15 kes yang dikesan sehingga kini, tiga kes dengan satu kematian dilaporkan di Melaka, Kedah (tujuh kes, satu kematian), Sabah (empat kes, tiga kematian) dan Negeri Sembilan satu kes.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Chong Chee Kheong menggesa ibu bapa supaya memastikan anak-anak berusia bawah tujuh tahun mendapatkan imunisasi 5 serangkai yang lengkap.

Katanya, langkah itu penting bagi meningkatkan imuniti tubuh seterusnya membendung difteria.

"Keutamaan kita adalah kanak-kanak. Namun, bagi mereka yang tidak pasti sama ada diberikan vaksin atau tidak, mereka boleh ke klinik kerajaan untuk mendapatkan pengesahan," katanya. - Bernama


TMJ mula dedah rahsia dalam 'pendrive'

Posted: 18 Jul 2016 07:22 AM PDT

TMJ
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
 

BELUM reda mengenai isu bersara, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mencetuskan tanda tanya dengan mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan aktiviti dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malah TMJ mendedahkan memiliki pendrive yang menyimpan maklumat termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers yang didakwa diperolehi menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur:-

Sesetengah maklumat di halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 yang telah dicetak dari sumber dalaman FAM dan salah satu organisasi tertinggi yang masih sayangkan bolasepak Malaysia

PASUKAN KEBANGSAAN

Masalah:

- Kekurangan kualiti kejurulatihan
- Kualiti pada jurulatih tidak memuaskan
- Terlalu banyak bereksperimen dalam pemilihan pemain - kekurangan perpaduan di kalangan pemain, jurulatih dan pasukan teknikal
- Jurulatih tempatan (merujuk kepada Ong Kim Swee) kurang pendedahan antarabangsa/kualiti kejurulatihan
- Jurulatih mempunyai idea yang berbeza/strategi-tiada falsafah asas
- Pemilihan pemain di tahap liga-diganggu oleh pegawai-pegawai atasan FAM
- Pemain muda tidak mempunyai pendedahan yang mencukupi
- Jurulatih-jurulatih di peringkat remaja yang tidak mempunyai kemampuan/kualiti untuk membangunkan pemain dengan cara yang holistik
- Sekolah adalah kilang untuk menghasilkan pemain-tiada padang bola sepak-tiada guru-guru yang berdedikasi di sekolah-80% guru adalah kaum wanita
- Kekurangan program akar umbi
- Perlawanan dimanipulasi dan masalah mengatur perlawanan tidak ditangani-FAM tidak mengambil berat tentang masalah mengatur perlawanan kerana sesetengah kakitangan di dalam FAM adalah sahabat kepada bekas pemain kebangsaan yang terlibat dalam mengatur perlawanan
- Perlu ada perancangan jangka panjang dan bukan perancangan jangka pendek.
- Jurulatih tempatan mempunyai masalah keegoan dan kurang pendidikan kejurulatihan
- Kem latihan untuk pasukan kebangsaan terlalu panjang

PENGURUSAN

Masalah:

- FAM menggunakan kaedah lama dalam pengurusan bolasepak, pentadbiran kekurangan kakitangan yang berkualiti
- FAM terlalu lambat dalam pembangunan
- Jurulatih tidak profesional, tidak mengikuti falsafah asas
- Terlalu banyak memberikan tumpuan kepada kejohanan AFF Suzuki/pertandingan Sukan SEA
- Tindakbalas lemah pengurusan berkaitan krisis media
- Terdapat perbelanjaan yang tidak diperlukan, tanpa sebarang analisis
- Gaji jurulatih tempatan dan jurulatih pasukan kebangsaan terlalu tinggi
- Tidak pernah mengambil serius skandal mengatur perlawanan
- Wang dalam FMLLP tidak digunakan dengan betul oleh kerana kepentingan hanya diberikan kepada pihak pengurusan bukan kepada kelab-kelab yang bertanding
- Tiada usaha daripada pihak pengurusan FAM untuk berkembang.


FAM mahu empat pemain beri penjelasan

Posted: 18 Jul 2016 07:18 AM PDT

SINAR HARIAN
Datuk Hamidin Mohd Amin
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika menjawab pertanyaan media pada sidang media bulanan skuad kebangsaan hari ini. - Foto Bernama
 

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mahu empat pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan baru-baru ini, mengemukakan surat menjelaskan tindakan mereka.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya ingin mengetahui sebab utama yang mendorong mereka mengambil keputusan itu secara serentak.

"Dalam masa terdekat juga, FAM akan menghantar surat rasmi melalui kelab mereka (JDT) untuk meminta pemain secara peribadi menulis surat persaraan daripada skuad kebangsaaan.

"Pengurusan FAM mahu jawapan yang lebih mendalam melalui surat rasmi yang akan mereka hantar mengenai alasan keengganan bermain untuk skuad kebangsaan," katanya pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di sini hari ini.

Katanya isu persaraan Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaaan pada 10 Ogos ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pintu skuad negara sentiasa terbuka]

"Pemain memang ada hak untuk bersara, cuma saya terkejut tindakan itu adalah ketika kemuncak prestasi mereka.

"Kita akan ikut prosedur iaitu hantar surat kepada pemain kerana ingin tahu sebab mereka enggan bermain untuk skuad kebangsaan dan selepas itu kita akan buat pengesahan dalam mesyuarat," katanya.

Pada 12 Julai lepas, Safiq yang juga kapten skuad kebangsaan serta Aidil Zafuan mengumumkan persaraan daripada mewakili negara sebelum dua lagi rakan sepasukannya, Kunanlan dan Amirulhadi mengikut jejak mereka dua hari selepas itu.

Hamidin berkata, setakat ini pengumuman berhubung tindakan mereka itu hanya dibuat melalui laman sosial Facebook dan bukannya menerusi surat rasmi.

Pada Sabtu lepas, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, antara faktor persaraan keempat-empat pemain itu adalah kurang latihan berintensiti tinggi sewaktu melaporkan diri untuk pasukan kebangsaan yang boleh menyebabkan berlaku kecederaan apabila mereka pulang ke pasukan masing-masing.

Faktor lain yang membuatkan empat pemain berkenaan bersara juga disebabkan hasrat untuk memberi peluang kepada pemain muda menyarung jersi kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata, calon bagi mengisi kekosongan sebagai pengurus pasukan Harimau Malaysia akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pada 15 Ogos ini.

"Saya ingin jelaskan setelah Datuk Sudarsono Osman meletak jawatan, saya hanya memangku jawatan itu atas dasar saya bersama jawatankuasa eksekutif," katanya. - Bernama


Pujian dan sanjungan Annuar kepada Tengku Razaleigh lewat 30 tahun

Posted: 18 Jul 2016 03:53 AM PDT


 
Oleh Mohd Sayuti Omar


Annuar Musa sekonyang-konyang memuji cara Tengku Razaleigh Hamzah berpolitik dengan menganggap ahli parlimen Gua Musang itu sebagai tokoh politik yang memberi hasil kerja terbaik dan berhemah tinggi yang perlu diteladani.

Kenyataan indah itu semuanya dibuat bertitik tolak daripada kenyataan Tengku Razaleigh yang berhasrat untuk tidak mengegakalkan kerusi parlimen Gua Musang dalam Peraum (pilihan raya umum) akan datang.

Lanjutan itu Ketua Penerangan Umno itu memuji Tengku Razaleigh sebagai seorang negarawan yang perlu dihormati dan diteladani. 

Pemerhati politik, termasuk juga lembu dan kerbau di Kelantan yang faham dan arif politik, tahu ke mana hujung jatuh dan maksud pujian dan sanjungan Annuar kepada Anak Raja Kelantan itu.

Pujian itu mempunyai serampang dua mata, satu segi menyatakan sanjungan kepada Tengku Razaleigh dan dalam masa sama mahu melastik Dr Mahathir Mohamad dengan harapan bapak Mukhriz itu tidak terus menganggu gugat kekuasaan Naji Razak yang kini menjadi pokok berhantu buatnya.

Annuar membandingkan kerja politik Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir kerana ingin gambarkan Dr Mahathir buruk perangai politiknya. Katanya, Tengku Razaleigh walaupun tidak berada dalam barisan kepimpinan parti, pernah tubuh parti Semangat 46, tetapi beliau tetap bersama Umno dan sedia bubar S46.

Apa yang hendak digambarkan Annuar ialah sikap Dr Mahathir hari ini yang hendak tubuh parti bagi menentang Najib Razak. Di sebalik itu dia mengharap nilai pemujaannya kepada Najib juga bertambah.

Hurai Annuar lagi tentang kebaikan Tengku Razaliegh, Tengku tidak menggunakan populartinya untuk berbuat kacau, tepatnya menganggu dan menyusahkan pentadbiran Najib. Walaupun Annuar tidak menyebut secara langsung dan jelas, tetapi maksud dan marfum (konotasi) itu dihalakan kepada Dr Mahathir yang kini sedang menggerakkan aktivitinya menjatuhkan Najib.

Dalam konteks politik tanggapan Annuar itu dianggap bijak, namun di segi agama ianya munafik. Kenapa kini dia baharu membuat penilaian adil dan bijak demikian antara Tengku Razaleigh dengan Dr Mahathir. Kenapa penilaian dan keistimewaan Tengku Razaleigh itu baharu nampak hari ini tetapi tidak dahulu?

Ertinya mata politik Annuar rabun ketika itu sampai tidak mengenali dan membezakan antara intan dan kaca, di antara kedua sosok itu. Dahulu dia hentam Tengku Razaleigh sampai menyulur" dan menyanjungi Dr Mahathir hingga ke langit biru dan hijau.

Orang masih ingat sejarah politik, semasa Tengku Razaleigh berlawan dengan Dr Mahathir merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, di mana Annuar waktu itu. Apa yang Annuar ucapkan dalam Dewan Merdeka kerana mempertahankan Dr Mahathir yang sedang diasak Tengku Razaleigh. Bukankah orang yang mencuplikan kisah klasik pembunuh Julius Casear oleh Marcus Junius Brutus ialah orang bernama Annuar bin Musa al Maraki?

Semua orang faham bila Annuar mencungkil kisah itu. Apa lagi apabila dia sendiri melafazkan bahawa dia bukan tidak sayangkan Tengku Razaleigh, (dalam menyokong Dr Mahathir) tetapi dia lebih menyayangi Umno.  Madah itulah juga dilafazkan oleh Brutus setelah dia membunuh Caeser; bukan dia tidak sayangkan Ceaser sahabatnya tetapi dia (Brutus) lebih sayangkan Rom.

Pun begitu tidak salah Annuar sanjung dan menghargai cara Tengku Razaleigh berpolitik. Tetapi ianya tidak memberi apa-apa makna lagi kerana pujian dan sanjungan atau dalam kata lain memahami hatibudi Tengku sudah terlewat 30 tahun.

Sekiranya Annuar memuji Tengku Razaliegh 30 tahun lalu mungkin keadaan berbeza. Mungkin Tengku Razaleigh sudah jadi PM, yang sudah tentu dengan apa diperjuangkan Tengku, idealismenya, Umno sendiri tidak terjadi seperti hari ini. Umno tidak diharamkan tahun 1987 atas restui Dr Mahathir kerana motif pengharamkan itu mengukuhkan kedudukannya.

Sayang Annuar baharu menyedarinya hari ini. Bagaimana pun Annuar boleh menebus dosa politik itu, kalau dia ikhlas dalam menyangjungi Tengku Razaleigh. Apa yang beliau harus lakukan, dia sendiri kena berundur secara terhormat daripada arena politik sebagai menunjukkan dia juga ada integriti seprerti Tengku Razaleigh. Usahlah bermimpi untuk menjadi jemaah menteri lagi.

Padanlah dia menjadi Ketua Umno Bahagian Ketereh. Serahlah jawatan itu kepada mereka yang lebih muda dan lebih berintegriti. Tidak ada guna kita bermada memuji orang lain, mengajar orang lain agar berbuat baik, tetapi kita sendiri liat untuk melakukannya. Inilah orang kata mulut cakap lain, hati pula metasdik hal lain. Keluarlah dari munafik politik.

PAS tak perlu jadi Erdogan

Posted: 18 Jul 2016 03:51 AM PDT


 
Oleh DR AZMAN IBRAHIM


Bila tengok rakyat Turki bangun mempertahankan kerajaan Erdogan dari kudeta tentera, maka ramailah yang bersuara supaya PAS juga berubah menjadi seperti parti AK pimpinan Erdogan. Dipertahankan oleh rakyat dengan darah dan nyawa. Katanya lebih baik jadi parti yang tidak bercakap Islam tetapi dipertahankan oleh rakyat daripada menjadi parti bernama Islam tetapi ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya.

Kalau ada lagi mana-mana kudeta yang berhasil ditumpaskan rakyat di mana-mana negara lain, orang seperti ini akan bercakap supaya PAS ikut stail parti yang memerintah negara tersebut pula.

Begitulah kelompok ini akan terus menjadi lalang tanpa identiti dan prinsip perjuangan. Pergi berjalan seminggu ke Turki, dia balik dengan berdegar-degar bawak idea orang Turki, pergi pula 5 hari ke Tunisia, dia balik dengan idea-idea made in Tunisia. Pergi ke Mesir, terpikat pula dengan cara Mesir!

Inilah antara ciri kegagalan kita memahami realiti perjuangan di bumi sendiri. Ianya munasabah kerana biasanya yang bersikap dan berpandangan sebegini ialah individu yang tak berpijak di alam nyata. Politik alam maya serta politik persepsi menjadi aqidah. Realiti masyarakat Turki nak diukur dengan orang Malaysia.

Dilaung-laungkan bahawa parti AK banyak mempelopori program-program kebajikan untuk rakyat maka kerana itu mereka disayangi rakyat. Saya sekadar nak test, "doh wat mari pitih sikit nak buat kebajikan dalam kampung. Ramai orang susah hok kita kena tolong. Demo gi bagi sendiri tak apa. Kita tolong susun program." Kena buah ni dia terus diam.

Dikatakan PAS adalah parti slogan manakala parti AK tak berslogan pun, tapi berusaha untuk melaksanakan Islam. Haha... Hanya orang buta dan pekak saja yang kata PAS hanya berslogan tanpa perlaksanaan.

Mereka tak jumpa dengan fakta bahawa PAS adalah antara parti Islam yang paling berpengalaman dalam dunia dan menjadi rujukan gerakan-gerakan Islam dari seluruh dunia.

Kalaulah mereka ada bersama ketika Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah di Rusila dulu dan melihat bagaimana pemimpin-pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia duduk di sekeliling Presiden PAS mengajukan persoalan tentang pelbagai permasalahan dunia lalu mendengar penjelasan Tuan Guru dengan penuh ketekunan.

PAS bukannya parti rigid yang menolak perubahan. Manusia memang perlu serta wajib berubah. Tetapi ada sesuatu yang tak mungkin diubah oleh PAS. Islam sebagai dasar perjuangan!

PAS nasihat Khalid Samad tutup mulut!

Posted: 18 Jul 2016 03:33 AM PDT

INTAN NUR IDAYU



page-16-left


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 'bahagia' bekerja di bawah pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan saf kepimpinan PAS sedia ada, bukannya seperti yang didakwa oleh Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad sebelum ini. 

"Saya tegaskan saya tiada masalah bekerja bersama Presiden dan saf kepimpinan PAS yang ada.

"Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukuhwah sangat dirasai. Sikap hormat-menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambah Tuan Ibrahim lagi, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid (Samad) boleh 'tutup mulut' atau parti Amanah dibubarkan.

"Saya sebagaimana orang ramai melihat P.A.N akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihanraya umum akan datang.

"Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihanraya kecil yang lalu. Kecuali DAP atau PKR sedia menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Tegas beliau lagi, negara ini tidak memerlukan banyak parti politik dalam blok pembangkang semata-mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

"Sebab itu elok serap sahaja dalam parti yang sedia ada. Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' lah antara sebab muncul pelbagai parti politik," selarnya.

Sebelum ini, Khalid Samad yang juga merupakan Ahli parlimen Shah Alam menasihatkan Tun Ibrahim supaya keluar dari PAS kerana pendirian pemimpin nombor dua dalam parti itu kini berbeza dengan pendirian parti berikutan daripada kenyataan Tuan Ibrahim pada 13 Julai lalu yang mendesak parti pembangkang fokus dalam menumpaskan Umno. 

"Pilihlah dari parti-parti yang ada di dalam Pakatan Harapan sebagai wadah baharu tuan-tuan untuk meneruskan perjuangan tuan-tuan selama ini. Yang penting adalah risalah dan perjuangan, bukan jemaah," dakwa Khalid Samad. 


Menjawab Khalid Samad

Posted: 18 Jul 2016 03:23 AM PDT


 
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man


Blok pembangkang akan tenang kalau Khalid (Samad) boleh 'tutup mulut' atau Parti Amanah Negara (P.A.N) dibubarkan. Saya sebagaimana orang ramai melihat P.A.N akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihanraya umum akan datang.

Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihanraya kecil yang lalu.
Kecuali DAP atau PKR sedia menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Sebab itu elok serap sahaja dalam parti yang sedia ada. Negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti dalam blok pembangkang semata-mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' lah antara sebab muncul pelbagai parti politik.

Saya tegaskan saya tiada masalah bekerja bersama Presiden dan saf kepimpinan PAS yang ada.

Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukuhwah sangat dirasai. Sikap hormat-menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini.

*  Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS

PAN Tidak Sambut Gencatan Senjata..Terus Serang PAS Lebih Keras

Posted: 18 Jul 2016 03:23 AM PDT




zokarnain


Saranan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak disambut, sebaliknya aktivis PAN terus menyerang parti Islam itu dengan kritikan yang lebih keras.

Penggerak PAN kawasan utara, Ustaz Zolkarnain Abidin menuduh pimpinan PAS telah mempedayakan ahli supaya hidup sederhana sedangkan pimpinan parti Islam itu hidup bermewah-mewah.

Berikut kenyataan media Ustaz Zolkarnain :

ORANG-ORANG BAWAH PAS DIPERDAYA, ORANG ATAS-ATAS SIBUK CARI TANAH, KUMPUL HARTA, HIDUP BERMEWAH-MEWAH – BEKAS ADUN PAS SANTAN, PERLIS

1. Solidariti untuk Turki. Selama ini aku betul-betul anggap semua pemimpin utama Pas, kehidupan mereka sangat sederhana. Tidak memandang dunia apatah lagi mengambil kesempatan untuk menimbun harta.

2. Mereka betul-betul berjuang dan berkorban untuk Islam. Fokus mereka ialah Islam dan rakyat. Aku anggap mereka tiada masa utk fikirkan keselesaan diri kerana mereka gigih memikirkan urusan umat dan Islam.

3. Kalau mereka ada kereta, sekadar untuk boleh bergerak ke sana sini. Kalau ada rumah, sekadar untuk tidak kena hujan. Kalau ada tanah sekadar untuk tanam lima enam pokok cabai.

4. Itulah kepercayaan dan baik sangka aku kepada mereka. Dalam usrah itulah juga yg ditekankan. Ada pengikut yg tiada harta sanggup jual ibu ayam sedang mengeram dan kelapa tumbuh utk sara aktiviti Pas.

5. Selepas kes saman seorang YDP Pas bahagian di Kelantan, terdedah Mustafa Ali dan Abdul Halim ada ribuan ekar tanah atas nama peribadi (bukan milik parti?), aku jadi meluat dan melugai.

6. Aku rasa selama ini pengikut Pas diperbodoh dan diperkuda oleh pemimpin mereka yg hidup mewah. Jihad, pengorbanan hanya lagu yg didendang utk melalikan mata dan hati pengikut supaya perangai sebenar mereka tertutup.

7. Mereka pakai kereta besar, beli plat istimewa, rumah agam tersergam, beli gelar datuk, umrah dan melancong sana-sini atas nama seminar perjuangan Islam dan sebagainya. Apabila balik ke kampong, berceramah, mereka pun kobarkan semangat pengikut supaya berderma utk perjuangan. Itulah realiti.

8. Ada yg lebih bijak. Tampil dgn gaya ulama yg zuhud, pakai serban, jubah di depan pengikut, tapi di belakang pengikut mereka bersedap-sedap, bersenang-senang dgn kemewahan hidup. Siap naik flight first class, tidur di hotel 5 bintang, makan di restoran high class. Pengikut pula makan di bawah khemah di belakang pentas ceramah.

9. Aku dengki? Aku bukan dengki tapi aku meluat dgn kepuraan-puraan kamu. Aku melugai dgn kehipokritan kamu. Aku jelak dgn tipudaya kamu. Faham ke lebai?

10. Solidariti untuk Erdogan dan Turki.

*  Ustaz Zolkarnain Abidin, MANTAN ADUN PAS SANTAN



Kadar parkir: Sekali lagi, naikkan harga jadi pilihan

Posted: 18 Jul 2016 03:16 AM PDT

 
Sekiranya gagal mengurangkan kesesakan atau menggalakkan perkongisan kereta, apakah DBKL akan menurunkan semula harga parkir?


Parking


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan kenaikan kadar bayaran tempat letak kereta sebanyak 150%.

Menurut DBKL, ia sebagai langkah mengawal kesesakan dalam bandar dan menggalakkan perkongsian kereta,

Persoalannya, sekiranya gagal mengurangkan kesesakan atau menggalakkan perkongisan kereta, apakah harga parkir diturunkan semula?

Di negara ini, perkara membabitkan elemen sosio-ekonomi dikaitkan dengan bayaran dan kenaikan harga.
  • Tol naik: kurangkan kesesakan.
  • Gula naik: kurangkan penyakit diabetes.
  • Elektrik naik: kurangkan penggunaan tenaga.
  • Rokok naik: kurangkan perokok.
  • Cukai lapangan terbang, tiket penerbangan naik: Galak pelancongan tempatan.
Memetik kata-kata Datuk Bandar, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz:

"Langkah berkenaan (naikkan harga parkir) satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar dan menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada mengaut keuntungan."

Katanya, keputusan itu mengambil kira sekitar 50,000 kereta baharu didaftarkan di Kuala Lumpur setiap bulan dan ia meningkatkan keperluan kadar tempat parkir.

Jadi, langkah ini kononnya dapat memberikan warga kota jalan yang lapang, malah Amin turut membuat perbandingan dengan jalan di musim cuti raya.

Biar betul DBKL?

Mampukah langkah ini kurangkan kenderaan?

Bercakap mengenai keselesaan membawa kenderaan sendiri, mengelak daripada hari yang terlampau panas, hujan lebat atau cuaca tidak menentu, memikirkan kadar keselamatan seperti kena ragut atau bagi yang bawa anak-anak, kes culik, keperluan berjalan dari satu tempat ke satu tempat secepat mungkin kerana tidak percaya dengan pengangkutan awam… Adakah peningkatan harga parkir mampu menemukan Datuk Bandar dengan motif asalnya?

Atau seperti kata seorang rakan, ia hanyalah cara "mengemaskini" dana?

Bagaimana pula dengan kenaikan harga gula, rokok dan tol, sudah menemui motif asal?

Jika tidak kenapa nak guna pendekatan "gagal" yang sama, kononnya bukan untuk mengaut keuntungan?

Tolonglah, saya sudah muak dengan perkataan "pemujukan" itu sedangkan niat sebenar jelas terpampang, iaitu tambah pendapatan!

Apakah kenaikan harga parkir di Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Sr Ismail dan Bangsar yang akan dikuatkuasa secara berperingkat dari sekarang sehingga 1 Ogos akan mengurangkan kenderaan (kesesakan)?

Mungkin pihak berkuasa, tidak kira DBKL atau mana-mana pihak yang menggunakan pendekatan "naik harga" perlu memikirkan cara lebih efektif dan berbeza selain asyik korek poket rakyat.

Seorang rakan penulis mengemukakan beberapa soalan ekoran langkah DBKL, antaranya mengapa tiada keseimbangan dalam menyediakan tempat parkir sedangkan pembangunan semakin hebat?

"Mana kertas kerja yg menunjukkan masalah trafik boleh diatasi dengan kenaikan tarif parkir? Andai kenaikan tarif tak mampu selesai masalah, adakah ianya bakal diturunkan atau kekal tinggi? Adakah inisiatif ini dipilih kerana lebih mudah membebankan rakyat berbanding menugaskan lebih ramai penguatkuasa untuk memastikan tiada masalah sivik jalanan seperti double parking dan sebagainya?" soalnya.

Turut dilaporkan, kadar di tempat letak kereta DBKL di luar pusat perniagaan di ibu kota, termasuk di Brickfields, Taman Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak juga dijangka meningkat.

Bila-bila masa di atas jalan di kota raya, saya bersua dengan penunggang motosikal yang membawa isteri dan dua anak, siap barang-barang digantung di kedua-dua pemegang, saya berdoa supaya mereka segera beli kereta.

"Kancil pun takpe, kereta lama pun tak apa. Macam mana keluarga ini pergi balik hari-hari menaiki motosikal di bandar raya ini? Kalau hujan, apa nasib mereka? Apa mereka buat dengan anak-anak ini?

Mesti berlindung di mana-mana sehingga hujan berhenti. Bagaimana jika ada yang sakit?"

Itu persoalan yang timbul.

Saya yang naik kereta Kelisa sangat kenal situasi ini, saya sendiri pernah laluinya.

Bayangkan kalau mereka ini miliki kereta, apakah kesan kenaikan harga parkir kepada golongan seperti mereka?

Walaupun majoriti warga kota dari kelas sederhana, mereka pasti akan memilih untuk membayar demi keselesaan berbanding niat "murni" DBKL itu.

Lagipun, kalau ke sesuatu tempat atas urusan kerja, lazimnya kakitangan boleh buat tuntutan semula wang.

Kita tunggu dan lihat sama ada kenaikan harga parkir di kawasan penempatan dan perumahan di KL memberi kesan terhadap kesesakan jalan atau kesan kepada kos sara hidup.

RUU Hudud: PAS Sudah Sedia

Posted: 18 Jul 2016 03:04 AM PDT


Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
 
KUALA LUMPUR: PAS sudah bersedia untuk membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud apabila persidangan Dewan Rakyat disambung semula, kata presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita telah bersedia untuk membahaskannya sejak tahun 1957. Kita sudah sedia membahaskan Rang Undang-undang itu," kata Abdul Hadi ketika ditanya mengenai perkata ini, dalam satu sidang media, malam Ahad.

Abdul Hadi, yang bercakap selepas menghadiri majlis Hari Raya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berkata kumpulan NGO itu juga telah menunjukkan bahawa Rang Undang-undang ini dikehendaki oleh umat Islam di seluruh Malaysia.

"Kita perlu menaik taraf status Mahkamah Syariah dalam Perlembagaan Malaysia yang ditinggalkan oleh British; di mana ia meletakkan Mahkamah Syariah di peringkat yang lebih rendah berbanding Mahkamah Majistret.

"Perkara ini sendiri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan," kata Abdul Hadi.

Beliau menekankan bahawa, walaupun Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Syariah yang mempunyai status yang rendah tidak mencerminkan perkara ini.

"Umat Islam mempunyai hak untuk menggesa undang-undang Syariah. Orang bukan Islam ada hak untuk mengamalkan agama mereka, dan umat Islam mempunyai hak untuk agama mereka," kata Abdul Hadi.
 
 

Waris Mangsa MH17 Minta Kerajaan Bertindak Lebih Agresif

Posted: 18 Jul 2016 03:02 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
SHAH ALAM: Waris mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terus menuntut keadilan berikutan masih tiada keputusan konkrit mengenai dalang yang menembak jatuh pesawat itu di timur Ukraine selepas dua tahun tragedi berlaku.

Sehubungan itu, sekumpulan waris pada ulang tahun kedua nahas itu pada Ahad meminta kerajaan supaya mengambil tindakan lebih agresif berhubung insiden MH17.

Mariyam Yusoff, 47, berkata, tiada keputusan yang dibuat berhubung pihak seharusnya bertanggungjawab menyebabkan nahas yang berlaku seolah-olah dipandang sepi.

Isteri kepada juruterbang MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin ini memberitahu, kes tersebut perlu disegerakan demi menegakkan keadilan.

"Dah dua tahun kami menunggu, tak tahu apa cerita. Senyap sepi, seolah-olah tak jadi apa-apa. Dah dua tahun ini, saya harapkan keadilan untuk suami saya dan waris-waris MH17.

"Kita nak tahu siapa tembak, sebab apa. Saya hanya mahu keadilan untuk semua mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis tahlil sempena ulang tahun kedua tragedi MH17 di kediamannya di Alam Impian di sini, Ahad.

Ibu tunggal kepada Wan Yunus Uzair, 13, dan Wan Yusuf Irfan, 11, berkata, waris sukar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab tanpa keputusan konkrit.

"Kalau kita nak saman, nak saman siapa? Kita tak tahu siapa. Ukraine ke Rusia ke," kata Mariyam sambil menambah tanpa keputusan itu juga menyukarkan waris membuat tuntutan berhubung pampasan insurans.

Sehubungan itu, Mariyam meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar rintihan waris dan menyelami perasaan mangsa MH17 supaya mempercepatkan tindakan yang sewajarnya.

Sementara itu, Mohamed Affendi Khairuddin, 45, berkata, setakat ini waris hanya dikhabarkan mengenai jaminan daripada kerajaan untuk mendapatkan keadilan berhubung nahas MH17.

Suami kepada Ketua Pramugari MH17, Allahyarham Mastura Mustafa mendakwa, pihak kerajaan tidak menghubungi waris berhubung perkembangan berkaitan.

"Ia sekadar jaminan sahaja, tetapi kami tidak dipanggil untuk berbincang atau mengetahui perkembangan selanjutnya mengenai apakah yang kerajaan akan buat. Kami kecewa," katanya sambil menambah pihaknya bersama enam lagi waris mangsa MH17 merancang untuk mengambil tindakan undang-undang dalam waktu terdekat.

Mohamed Affendi memberitahu, tujuh waris membabitkan lima anak kapal dan dua penumpang mahu membuat tuntutan terhadap MAS kerana menerbangkan pesawat MH17 di zon konflik di timur Ukraine sehingga menyebabkan ia ditembak jatuh.

Pesawat jenis Boeing B777 itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Pada Ahad, Perdana Menteri berkata, Malaysia terus memperjuangkan keadilan mengenai nahas MH17 melalui saluran undang-undang antarabangsa.

"Dua tahun lepas, Penerbangan MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Ia suatu perbuatan jenayah yang menimbulkan kemarahan dunia dan menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya maut.

"Kami tidak akan sekali-kali melupakan penumpang dan anak kapal berkenaan, juga kepiluan yang dirasai keluarga mangsa. Doa dan harapan kami mengiringi mereka dalam melalui hari-hari yang amat menyedihkan itu," kata Najib dalam catatan melalui akaun Facebook dan Twitter beliau pada Ahad.

Pada Sabtu pula, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia berharap akan menerima rumusan awal laporan penyelidikan forensik mengenai MH17 oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT), yang dianggotai Australia, Brazil, Belgium, Belanda dan Ukraine, menjelang akhir tahun ini, termasuk jenis senjata yang digunakan dan maklumat penting lain secara terperinci.

Pesawat malang itu ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan dilanda ketegangan di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Tahun lepas, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra mengesahkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu permukaan ke udara Buk di ruang udara timur Ukraine.

Laporan itu dikeluarkan selepas pasukan penyiasat bersama dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia menjalankan siasatan selama 15 bulan.

Pawagam Di Kelantan Dibuka Semula Jika Syarat Dipatuhi

Posted: 18 Jul 2016 02:56 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
 
 
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Kelantan bersikap terbuka terhadap kemungkinan pawagam di negeri ini akan dibuka semula.

Walau bagaimanapun, bakal pengendali mesti mematuhi syarat-syarat dan garis panduan ketat yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Kota Baru, kata Kelantan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Kami akan menimbang sebarang permohonan jika pihak yang berminat sanggup mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh jabatan pelesenan," katanya.

Dilaporkan, antara syarat-syarat yang dikenakan termasuklah pengasingan mengikut jantina dan larangan tayangan pada waktu solat malam.

Nik Amar berkata demikian sebagai mengulas memorandum yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Kelantan terhadap percubaan untuk membuka semula panggung wayang di negeri ini.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari melahirkan kebimbangan tindakan ini hanya akan menggalakkan gejala sosial.

Selepas PAS berjaya merampas kuasa di negeri itu pada tahun 1990, panggung wayang di negeri ini ditutup atas alasan ia melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan 1998.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata operasi pawagam di Kelantan perlu disertai dengan syarat-syarat yang ketat.

Sebelum ini, Setiausaha MCA Kelantan Datuk Lua Choon Hann menyifatkan syarat seperti itu sebagai 'menggelikan hati', menyatakan bahawa keluarga Islam juga akan terjejas kerana pasangan suami isteri, adik-beradik dan ibu bapa dan anak-anak mereka perlu diasingkan tempat duduk mengikut jantina.
 
 

Parti Baharu: PAS Ambil Pendekatan Tunggu Dan Lihat

Posted: 18 Jul 2016 02:54 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Ahmad Yakob.
 
 
KOTA BARU: PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung penubuhan parti baharu yang akan diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu menghormati tindakan Dr Mahathir menubuhkan parti baharu, namun masih terlalu awal untuknya membuat sebarang keputusan bagi menjalin hubungan dengan parti itu.

"Bagi saya mana-mana parti pun boleh ditubuhkan di Malaysia sebab kita mengamalkan dasar demokrasi berparlimen. Beliau (Dr Mahathir) merasakan ada kekuatan (untuk tubuh parti baharu), apa salahnya.

"PAS ambil pendekatan tunggu dan lihat dasar, hala tuju dan perjuangan parti baharu itu (sebelum membuat keputusan lanjut)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri di perkarangan Jameiah al-Asriah, Jalan Tengku Petra Semerak di sini, Isnin.

Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada. - BERNAMA

PAS: Syawal tercemar kerana Selena Gomez seksi

Posted: 18 Jul 2016 02:47 AM PDT

 
Pemuda PAS berkata garis panduan Jakim perlu dirujuk sebelum membenarkan apa-apa konsert.



PAS,-Hafez-Sabri


PETALING JAYA: Pemuda PAS hari ini menggesa pihak berkuasa menyekat persembahan konsert bintang pop remaja Selena Gomez yang dijadualkan 25 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam, kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan surat rasmi bagi tujuan itu.

"Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan seksi ini adalah mencemarkan kemuliaan bulan Syawal yang sedang diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam dan menghidupkan lagi budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini," kata Hafez.

Beliau berkata kerajaan perlu merujuk Garis Panduan Hiburan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert.

Konsert Selena Gomez merupakan sebahagian siri jelajah The Revival Tour yang bermula di Amerika Syarikat Mei lalu.

Ia merupakan persembahan pertama bekas teman lelaki Justin Bieber itu. Sebelum ini, konsert Selena di Kuala Lumpur pada 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan.

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan kes hasutan Safwan Anang

Posted: 18 Jul 2016 02:45 AM PDT

 
Mahkamah perlukan masa meneliti kes dan tarikh keputusan akan dimaklumkan.


safwananang_18julai


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusan kes hasutan terhadap bekas pengerusi Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang.

"Perkara ini sangat teknikal kami perlukan masa untuk meneliti kes ini dan tarikh keputusan akan maklumkan kemudian," kata hakim Datuk Mohtarudin Baki.

Peguam Safwan, Ariff Azami menyambut baik keputusan itu dan menganggap ia sesuatu yang positif buat anak guamnya.

"Ini satu keputusan yang positif walaupun kita masih belum lagi mendapat kemenangan yang total.

"Bila kita sudah dapat satu tarikh yang diberikan pihak mahkamah kita mengharapkan keputusan akan memihak kepada kita, memihak kepada perjuangan anak muda dan juga kepada perjuangan demokrasi yang ada di negara kita," katanya.

Safawan dituduh membuat ucapan menghasut untuk menggalakkan orang ramai menggulingkan kerajaan yang sah melalui cara tidak sah.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara selepas didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dalam satu ucapan pada 13 Mei 2013, tetapi ia diubah kepada denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi.

Pendakwa raya mahu Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen.
Hadir memberi sokongan lepada Safwan hari ini ialah pemimpin pembangkang terdiri daripada Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Tian Chua serta wakil NGO.

Peniaga mahu mansuh akta tentang pencatuan sahaja

Posted: 18 Jul 2016 02:36 AM PDT

 
Kerajaan sepatutnya mewujudkan akta untuk menangkap peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati sehingga membebankan golongan miskin atau yang berpendapatan rendah.


pasar


PETALING JAYA: Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berpendapat Akta Pencatuan 2011 sebagai tidak lagi relevan selain menyusahkan peniaga khususnya peniaga kecil.

Jurucakap ACCCIM, Koong Lin Loong juga berkata ia menyokong kawalan harga  dan mencadangkan undang-undang mengenainya diperkasa.

"Dalam keadaan pasaran bebas, pelaksanaan Anti Pencatuan 2011 ini akan menakutkan peniaga kecil, manakala pelabur asing pula tidak berani masuk melabur di Malaysia.

"Pemansuhan Anti Pencatuan 2011 ini akan memberi keyakinan kepada peniaga luar negara masuk dalam Malaysia," katanya.

Sebaliknya Akta Kawalan Harga pula perlu, cuma kerajaan harus memperkasa akta itu bagi memberi perlindungan kepada kedua-dua pihak.

"Kita cadangkan kerajaan jangan mansuhkan Akta Kawalan Harga tetapi mewujudkan satu akta untuk menangkap peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati sehingga membebankan golongan miskin atau yang berpendapatan rendah," katanya.

Malah, akta kawalan harga dikatakan sudah cukup baik berdasarkan pelaksanaan tahun-tahun sebelum ini.

"Kawalan harga ayam dan telur pada musim raya juga baik dan tidak nampak apa keperluan untuk mansuhkan akta ini," katanya kepada FMT.

Lin Loong berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Hamzah Zainuddin tentang pertimbangkan kerajaan memansuh Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 selepas mengambil kira rungutan peniaga.

Kata Hamzah, kajian kementerian melibatkan mereka yang berkepentingan termasuk dewan perniagaan, persatuan pengguna, pihak industri dan pengguna sebelum memutuskan akta itu dimansuhkan atau sebaliknya, menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Hanafi Yusof pula menggesa kerajaan supaya mewujudkan keseimbangan dalam mengawal harga kepada peniaga.

DPMM tidak menyatakan sebarang pendirian mereka, namun berharap kerajaan meneliti usaha menentukan harga supaya pelaksanaannya memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

"Ia bukan soal setuju atau tidak akta ini dimansuhkan, tetapi cara mengawal harga. Jangan kawal sampai merugikan peniaga kerana kami juga mahu untung. Kalau merugikan, tentu tidak dapat mengembangkan perniagaan dan syarikat mereka," katanya.

Bagaimanapun beliau akui jika akta ini dimansuhkan, kerajaan juga perlu memastikan harga barangan yang dijual tidak sampai membebankan pengguna.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 digunakan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati, termasuk tindakan menyorokkan barangan harga kawalan serta menaikkan harga dengan alasan kekurangan bekalan.

Lagi dakwaan 9,000 pekerja asing perbaharui permit secara tidak sah

Posted: 18 Jul 2016 02:27 AM PDT

Slide1
Roketkini.com


BUKIT MERTAJAM: Merujuk laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan April lalu, sebanyak 9,000 permit pekerja asing telah diperbaharui secara tidak sah antara tahun 2013 dan 2014 melalui kaedah automatik dan tidak mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP).

Pembaharuan permit pekerja asing melalui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) itu dilakukan melalui MyEG yang merupakan platform perkhidmatan elektronik kerajaan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, berkata selain rekod buruk, MyEG juga telah dilantik untuk mendaftarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada September 2014 walaupun waktu sebenar untuk pendaftaran tersebut ialah setahun lebih lewat iaitu September 2015.

"Kedua-dua penasihat undang-undang bagi Jabatan Imigresen dan Jabatan Audit Neara berpandangan bahawa tindak-tanduk MyEG itu telah melanggar Akta Imigresen 1963.

"Kita tidak tahu jika terdapat perlanggaran lain yang dilakukan MyEG sepanjang 2015, setelah skop kuasanya diluaskan untuk memperbaharui permit kerja sementara dan telah melanjutkan sebanyak 1,318,872 permit dalam tahun tersebut," kata Steven.

Menurutnya, arahan supaya MyEG menghentikan pembaharuan automatik itu hanya dibuat pada 4 Mac 2016 lalu.

"Kita nak tahu adakah sebarang tindakan diambil terhadap MyEG kerana telah melanggar undang-undang imigresen yang telah membenarkan seramai 9,000 pekerja asing diperbaharui permit secara tidak sah?" soal Steven.

Kontrak RM29 juta dipersoalkan

Dalam perkara sama, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang telah membayar sebuah syarikat swasta kontrak sebanyak RM29.9 juta untuk membina sebuah sistem dalam talian yang telah menimbulkan beberapa persoalan.

Syarikat yang berjaya memperoleh kontrak itu ialah HeiTech Padu Bhd yang secara kebetulan merupakan pembekal kepada Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang terpalit kontroversi.

Sedangkan kata Steven, dalam sidang Parlimen April 2015 lalu, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berjanji bahawa kerajaan akan membangunkan sistem dalam taliannya sendiri untuk menguruskan permit pekerja dan bukannya bergantung kepada sistem MyEG.

"Mengapa aplikasi jutaan ringgit itu diasingkan dan seolah-olah untuk membiarkan MyEG mendapat lebih banyak keuntungan mudah menjadi orang tengah kepada pembaharuan permit kerja sementara (PLKS)?" soalnya.

Jelas beliau, dengan mengenakan caj sebanyak RM35 bagi setiap transaksi, MyEG dengan mudah mendapat RM46.2 juta pada 2015.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Wan Junaidi berbohong pada April 2014 dengan berkata kerajaan akan membina aplikasinya sendiri sedangkan system tersebut sudah tersedia lima bulan lebih awal pada November 2014. – Roketkini.com

Laporan palsu terhadap Guan Eng, The Star berkemungkinan disaman

Posted: 18 Jul 2016 02:24 AM PDT

Lim Guan Eng

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan terhadap akhbar yang dikawal BN, The Star ekoran laporan palsu dan mengelirukan yang diterbitkan dalam salah satu artikelnya hari ini.

Artikel berjudul 'Snap election ini Penang?' yang ditulis Joceline Tan itu cuba memberi gambaran jahat Guan Eng sebagai melakukan kesalahan dalam isu penjualan tanah di Taman Manggis.

Namun, apa yang diuar-uarkan media BN itu tidak berasas kerana tidak ada sebarang pendakwaan rasuah terhadap Adun Air Putih itu berhubung penjualan tanah di Taman Manggis.

"Jelas ini satu percubaan BN untuk mereka-reka sejarah dengan menggambarkan saya bersalah melakukan rasuah meskipun Cik Phang tidak mendapat sebarang manfaat.

"Dalam perkara lain, BN seolah-olah menganggap mereka yang mendapat keuntungan dan kelebihan berbilion US dolar pula tidak bersalah dan bebas dari rasuah ," katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Agung DAP itu berkata sepanjang empat bulan lalu media cetak dan elektronik kawalan BN bersungguh-sungguh secara sistematik melemparkan dakwaan tidak berasas konon wujudnya umsur rasuah dalam isu penjualan tanah Taman Manggis meskipun ia dijalankan secara tender terbuka.

"Sebaliknya dakwaan rasuah yang telah difailkan terhadap saya adalah perkara yang tidak berkaitan yang mana penjual rumah saya itu didakwa mendapat manfaat daripada pelingkungan semula tanahnya daripada status pertanian kepada perumahan.

"Sehingga kini tanah Cik Phang kekal sebagai pertanian berikutan penolakan permohonannya oleh pihak berkuasa tempatan," jelas Guan Eng.

Menurutnya, ini bukan kali pertama Joceline Tane dan The Star memfitnahnya.

"Pada 2012, saya telah memfailkan saman fitnah terhadap The Star dan kes itu selesai apabila mereka mengemukakan permohonan maaf secara terbuka pada 27 Oktober 2013," ujar beliau.

Dalam kes terbabit, The Star menarik semula kandungan yang tidak benar terhadap Lim Guan Eng dan memohon maaf secara ikhlas bagi sebarang tuduhan yang mengaibkan beliau. – Roketkini.com


Kenaikan melampau 150 peratus caj letak kereta di Kuala Lumpur, siapa untung?

Posted: 18 Jul 2016 02:22 AM PDT

limlipeng_M1

 Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disaran supaya menunggu projek Mass Rapid Transit (MRT) siap dan beroperasi sepenuhnya sebelum mengambil langkah menaikkan kadar caj tempat letak kereta di seluruh lokasi di ibu kota.

Menurut Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, impak pembinaan MRT yang dijangka akan mengurangkan masalah lalulintas teruk di ibu kota wajar diteliti sebelum apa-apa keputusan mengenai kenaikan tersebut diputuskan pihak DBKL.

"DBKL sepatutnya menunggu sehingga projek MRT siap dan beroperasi buat seketika sebelum kenaikan harga caj tempat letak kereta dilaksanakan kerana projek tersebut berkemungkinan besar mengurangkan kesesakan lalulintas di ibu kota," katanya kepada Roketkini.com

Beliau berkata demikian mengulas tindakan DBKL yang menaikkan kadar caj tempat letak kereta miliknya di beberapa lokasi tumpuan di ibu kota sebanyak 150 peratus berkuatkuasa hari ini.

Kenaikan RM2.00 bagi jam pertama daripada RM0.80 sebelumnya itu melibatkan lokasi-lokasi tumpuan komersial antaranya Bukit Bintang, Bangsar, Bukit Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Desa Hartamas dan Solaris Mont Kiara.

Manakala kawasan di luar Pusat Bandar dan Pinggir Bandar masing-masing akan mengalami kenaikan sebanyak 200 peratus dan 100 peratus berkuatkuasa 1 Ogos.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dilaporkan berkata meskipun keputusan itu dilihat tidak popular, kenaikan seumpama itu wajar dilaksanakan kononnya untuk mengatasi kesesakan trafik di Kuala Lumpur.

Menyifatkan ia sebagai tidak munasabah, Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, tindakan DBKL itu jelas membebankan rakyat, malah bakal mencetuskan situasi di mana peniaga di sekitar kawasan yang terlibat menaikkan harga barangan.

"Kalau mahu naikkan caj dengan alasan bahawa caj berkenaan sudah lama tidak dinaikkan, naiklah dengan kadar 20 peratus dan bukannya 200 peratus. Kadar kenaikan seumpama itu adalah terlalu drastik dan membebankan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yang ternyata kesal dengan tindakan DBKL itu turut mempersoalkan jika wujud campur tangan pihak yang berkepentingan dalam langkah kenaikan drastik terbabit, sekaligus mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab menjawab dakwaannya itu.

"Adakah kenaikan harga caj tempat letak kereta di KL ini melibatkan kepentingan kroni UMNO? Sekiranya tidak, mengapa kerajaan tidak berbincang dengan wakil dari pelbagai pihak masyarakat rakyat sebelum ia ditentukan?

"Saya desak ahli ahli panel penasihat DBKL khususnya dari parti MCA, Gerakan dan MIC sama ada mereka bersetuju dengan kenaikan harga ini. Saya juga nak tahu keputusan siapa ini? Menteri Wilayah Persekutuan atau Datuk Bandar?" soalnya. – Roketkini.com


Lelaki maut bertembung treler

Posted: 17 Jul 2016 11:33 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GOMBAK: Seorang lelaki, 51, maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan treler membawa muatan pasir di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Batu Caves menunju Plaza Tol Gombak, di sini, jam 8.45 pagi tadi.
 
Pemangku Penyelia Bomba Selayang, Harashid Rusli berkata, kemalangan turut menyebabkan anak lelaki mangsa cedera sementara mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian
 
 
 
Beliau berkata, siasatan awal mendapati treler yang dipandu dari arah Plaza Tol Gombak menunju Batu Caves, di sini, dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan empat kenderaan lain.
 
"Pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan dan mayat akan dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat," katanya di lokasi kejadian.
 
Difahamkan kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira 5 kilometer dari arah Batu Caves.
 
 

Lebih separuh Umno Sabah bakal ucap selamat tinggal

Posted: 17 Jul 2016 11:24 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
Umno Saah sedang retakUmno Saah sedang retak


Sebanyak 13 Bahagian Umno Sabah akan membuat keputusan pada masa terdekat untuk meninggalkan parti itu selama-lamanya.

Ahli Jawatankuasa Umno Kota Belut, Joseph P Andau dalam pendedahannya itu berkata, Umno Sabah sedang kucar-kacir ekoran pemecatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden parti tersebut.

"Selebihnya (12 Bahagian Umno Sabah) adalah mereka orang kesetiaan Musa Aman (Pengerusi Umno Sabah juga Ketua Menteri Sabah) dan Najib Razak," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Joesph, kewibawaan pemimpin seperti Shafie Apdal yang disifatkannya mewarisi karisma Allahyarham Ketua Menteri Sabah ketiga (1967 - 1975), Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah sukar ditandingi.

"Jika adapun, pemimpin-pemimpin Umno di Sabah hanya layak digelar pemimpin 'sontoloyo gatel pak loso' (bebal dan pak turut). Mereka hanya pandai membodek mengampu dan angkat kaki si Najib itu saja kebolehan mereka yang ada.

"Diharap Musa Aman, Salleh Kepala Burung Keruak (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah), Abdul Rahman Dahalan (Pengarah Komunikasi Strategik BN) jangan cakap takbur nanti jadi kufur sekarang mereka susah nak tidur malam kerana asyik memikirkan kedudukan Umno di Sabah yang bakal lenyap" bidasnya.

Bukan sahaja Umno, Joesph turut memberitahu Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO-PBRS juga dijangka meninggalkan BN kerana dikatakan akan menyertai DAP, PKR dan AMANAH pada Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membantu menumbangkan Umno-BN di Sabah.

"Sementara suku-suku bangsa Bajau-Suluk-Cina Kadazan-Dusun dan Murut akan bangkit menolak Umno-BN daripada terus menjadi kerajaan yang bersifat kuku besi dan diktator," tambahnya lagi.

Comments (0)