Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:14 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


IS dan masa depan Malaysia

Posted: 16 Jul 2016 10:07 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Institusi pengajian tinggi, Kementerian Dalam Negeri, NGO dan ibu bapa perlu memainkan peranan bersama masyarakat untuk melindungi negara.





Oleh Datuk Akhbar Satar


Beberapa minggu lalu, serangan IS di Puchong mengubah landskap keselamatan di Malaysia. Sehingga minggu lalu, ramai rakyat Malaysia percaya serangan sedemikian tidak akan berlaku di negara ini kerana ancaman IS hanya berlaku di luar Malaysia.

Bagi pasukan keselamatan dan perisikan, serangan ini merupakan satu kejutan. Sasaran ternyata bukan di pusat bandar atau tempat sesak dikunjungi warga asing, sebaliknya lokasi yang tidak dapat dibayangkan. Ini menunjukkan penyokong atau pengganas IS membaca dan mengecilkan sasaran mereka dengan baik
.
Paling teruk serangan itu dilancarkan pada bulan Ramadan yang suci dan aman apabila orang ramai tidak mengharapkan serangan sedemikian boleh berlaku.

Sehubungan itu, IS secara rasminya mengisytiharkan perang terhadap Malaysia. Pasukan keselamatan dan perisikan boleh menjangkakan gelombangan seragangan di sini pada masa depan. Fatwa yang dikeluarkan IS di Syria menggesa penyokongnya dan pesimpati menyerang tempat-tempat seperti kelab malam kerana kelab sedemikian tidak menghormati kesucian bulan Ramadan. Tambahan, ia dinyatakan dalam Hadis 10 hari terakhir bulan Ramadan adalah paling berkat.

Serangan di Movida adalah sasaran mudah dan cubaan pertama yang kurang berisiko dan usaha untuk pengganas berbanding tempat-tempat berkawalan keselamatan ketat seperti KLCC, Bukit Bintang atau Putrajaya.

Usaha baik Cawangan Khas (Bahagian Counter Terrorism, E8) perlu dipuji. Selepas serangan itu, mereka dapat mengenal pasti suspek dengan maklumat terperinci. Ini mencerminkan dedikasi, komitmen dan kecekapan Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu itu. Cara berkesan untuk membendung pengganas di Malaysia adalah memberi perhatian terhadap pengikut tempatan kerana mereka boleh menjangkakan lebih banyak serangan pengganas berbahaya pada masa depan.

Seperti yang dilaporkan dalam media, kebanyakan pengganas IS adalah bekas penjenayah dan mereka yang mahu membersihkan dosa-dosa dengan melakukan tindakan jahat atas nama agama. Seterusnya ia adalah laluan melarikan diri bagi mendapatkan penebusan melalui penafsiran salah terhadap Jihad yang memberi mereka jalan pintas ke syurga.

Ancaman keganasan tidak boleh dipandang ringan. Memang diakui, ia amat mencabar bagi PDRM untuk mengawal keselamatan di semua tempat, terutamanya di luar Kuala Lumpur. Tugas ini hampir mustahil dicapai.

Oleh itu, institusi pengajian tinggi, Kementerian Dalam Negeri, NGO dan ibu bapa perlu memainkan peranan mereka bersama masyarakat untuk bekerja ke arah melindungi negara ini. Lagipun, kita semua pihak berkepentingan terhadap keamanan negara. Oleh itu, penting untuk kita bekerja bersama bagi melindungi dan memelihara aset berharga ini.

Sementara itu, kerja-kerja perisikan perlu ditingkatkan. Pemantauan secara tetap di laman media sosial seperti Facebook adalah penting kerana Facebook adalah peralatan mereka untuk merekrut terutamanya menyasarkan generasi muda, pengguna utama media sosial. Dalam erti kata lain, kita perlu meningkatkan kemampuan dari segi "perisikan media sosial" dalam mengesan dan menghalang pengganas daripada mengancam sosial di negara ini.

Sasaran IS sentiasa menumpukan tempat berorientasikan Barat. Serangan berinspirasikan Isis di Dhaka, Istabul, Baghdad dan Puchong dilihat sebagai satu anjakan strategi untuk menyerang negara-negara Islam.

Pakar keganasan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ahmad El-Muhammady menyatakan Malaysia dibangkitkan dua kali menerusi majalah bulanan dalam talian Isis ke-11, Dabiq: pertama kali berhubung pendirian negara ini terhadap Isis dan kali kedua apabila majalah disyorkan militan tempatan menyasarkan misi diplomatik di Malaysia.

R Paneir Selvam, pensyarah dalam bidang keganasan dari Universiti HELP percaya dasar-dasar semasa Malaysia boleh menjadi konduit untuk IS melancarkan serangan kerana Malaysia berdepan masalah sosial dan ekonomi. Jika ini berlaku ia boleh melumpuhkan negara keseluruhan.

Peranan proaktif jabatan agama atau agensi-agensi berkaitan lain dan usaha ini perlu dipertingkatkan supaya anak-anak muda, termasuk mereka yang belajar di madrasah tidak terpedaya dengan pengambilan ahli baru IS.

Agensi berkaitan perlu dibantu untuk terus membendung serangan IS. Menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk melindungi kedaulatan negara ini daripada IS.

Datuk Akhbar Satar adalah Presiden Transparency International (TI) Malaysia.

Negara kekurangan 900 doktor pakar kecemasan

Posted: 16 Jul 2016 10:07 PM PDT

 
Diikutkan, setiap tahun lebih 200 pemohon akan menghantar pemohonan untuk belajar menjadi doktor pakar tetapi daripada jumlah itu, hanya 60 doktor yang akan dipilih.
 
 
Dr Hilmi Yahaya


ALOR SETAR: Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan bagi tampung jumlah pesakit yang semakin bertambah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat hanya 300 doktor pakar kecemasan di seluruh negara dan jumlah itu jauh lebih kecil berbanding jumlah pesakit yang perlu dirawat di hospital.

"Kita sasarkan untuk melahirkan 900 doktor pakar kecemasan tetapi jumlah itu sukar dicapai dalam masa terdekat kerana setiap tahun hanya 60 doktor sahaja yang berjaya dipilih berikutan jumlah kuota yang sedikit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Heart Wars First Malaysia Mass Costume CPR di Aman Central, hari ini.

Masalah itu kata Hilmi, disebabkan setakat ini hanya tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan kursus dalam bidang tersebut.

"Jika diikutkan, setiap tahun lebih 200 pemohon akan menghantar pemohonan untuk belajar menjadi doktor pakar tetapi daripada jumlah itu, hanya 60 doktor yang akan dipilih," katanya.

"Saya berharap lebih banyak universiti-universiti negara dapat mewujudkan kursus yang bertepatan bagi membolehkan kita mencapai sasaran melahirkan 900 doktor pakar kecemasan dalam masa yang lebih cepat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menyokong sekiranya Kementerian Pendidikan ingin mewajibkan pelajar untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit atau wabak yang berbahaya.

"Sehingga kini tiada undang-undang yang mewajibkan ibu bapa untuk memberikan suntikan imunisasi kepada anak-anak, namun sekiranya pihak Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk mewajibkan suntikan vaksin tersebut, kita sentiasa menyokong usaha mereka," katanya.

Terdahulu, Hilmi ketika merasmikan program tersebut berharap lebih ramai masyarakat dapat mempelajari cara untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) bagi membantu pesakit yang dalam kesusahan.

"Kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain sekiranya kita mempunyai ilmu berkaitan memberi bantuan CPR yang betul dan usaha menyampaikan ilmu CPR perlu diteruskan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar seawal sekolah rendah lagi," katanya.

Pada program hari ini, seramai 500 peserta telah menyertai cara memberi bantuan CPR dengan memakai kostum watak adiwira seperti Batman, Superman, dan Star Wars.

Program yang buat julung kali diadakan di Malaysia itu berjaya dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Records.

Tiga bulan telah berlalu, apa khabar siasatan laporan PAC, soal Kit Siang

Posted: 16 Jul 2016 09:54 PM PDT

lim kit siang
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP mempersoal sikap terkial-kial Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mengesahkan kesahihan maklumat yang dipercayai sebagai laporan Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didedahkan Sarawak Report.

Khalid seperti yang dilaporkan media pada Sabtu lalu berjanji akan merujuk Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambirin Buang bagi mengesahkan kesahihan laporan berkenaan yang kini dikategorikan sebagai rahsia kerajaan.

Sedangkan, pada Mac lalu, Khalid telah mengumumkan bahawa siasatan secara terperinci akan dilaksanakan oleh kumpulan penyiasat yang diketuai oleh beliau sendiri bagi meneliti dan menyiasat laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB.

Persoalan ini dilontarkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memandangkan laporan PAC bergantung penuh kepada laporan yang diserahkan Ketua Audit Negara.

"Justeru, bagaimana harus Ketua Polis Negara menjelaskan kegagalan pihaknya untuk mempunyai salinan laporan Ketua Audit berhubung 1MDB setelah lebih dari tiga bulan siasatan dilakukan terhadap laporan PAC?"

"Seminggu telah berlalu, sudahkah Khalid mengesahkan daripada Ambrin sama ada laporan AG berkaitan 1MDB berkenaan adalah laporan yang sahih, lebih-lebih lagi laporan AG berkenaan telah pun di disiarkan oleh Sarawak Report di dalam laman webnya.

"Mengapa polis tidak mempunyai salinan laporan AG berkaitan 1MDB untuk membolehkan polis sendiri mengesahkan kesahihan laporan yang didedahkan Sarawak Report berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sarawak Report mendedahkan laporan penuh apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit berhubung syarikat sarat hutang milik penuh Kementerian Kewangan tersebut.

Bagaimanapun, laporan itu tidak dapat didedahkan kerana diklasifikasikan rahsia mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dalam pada itu, Kit Siang turut berteka-teki dengan keengganan polis mengambil sebarang tindakan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi berikutan tuduhan "penyelewengan, pengubahan wang haram dan kesalahan rasuah" yang dipercayai akan mengheret sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ia dihapuskan, Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) 1MDB menetapkan bahawa Perdana Menteri merupakan pihak terpenting dalam meluluskan segala dokumen berkaitan 1MDB.
Justeru, segala kegagalan 1MDB tertakluk kepada kuasa yang dimilik Najib, walaupun beliau menafikannya. – Roketkini.com

Nancy Shukri ‘turun pangkat’ tamparan hebat buat BN Sarawak

Posted: 16 Jul 2016 09:52 PM PDT

teresa_nancyturunpangkat

Roketkini.com
 

KUALA LUMPUR: Putrajaya berhutang penjelasan kepada orang ramai, terutama rakyat Sarawak berhubung pemindahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berasal dari Bumi Kenyalang kepada portfolio yang kurang penting.

Terkejut dengan keputusan kerajaan itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata ia jelas menunjukkan bahawa Nancy telah 'diturunkan pangkat' kerana sejak kebelakangan ini, beliau tampak enggan mengikut aliran politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Bukankah 'penurunan pangkat' Nancy ini satu tamparan hebat buat menteri-menteri Sarawak?

"Malah, ia juga satu penghinaan kepada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) selepas kemenangan besar BN Sarawak yang diketuai oleh Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem dalam pilihanraya negeri yang lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Naib Pengerusi DAP itu, apa yang berlaku kepada Nancy membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di peringkat pusat tidak menghargai usaha keras PBB dalam pilihanraya baru-baru ini.

"Penyerahan lebih kuasa autonomi kepada BN Sarawak yang dijanjikan hanyalah satu sandiwara dan tidak mungkin menjadi kenyataan.

"Hal yang terjadi kepada Nancy itu adalah bukti rakyat Sarawak tidak akan dapat melihat apa-apa perubahan ketara," katanya.

Semalam, Putrajaya mengumumkan jawatan menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) yang dipegang Nancy sebelum ini diserahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Nancy pula ditugaskan menyelia Agensi Inovasi Malaysia, Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Agensi Nuklear Malaysia.

Semasa rombakan kabinet pada 27 Jun lalu, Najib Razak memaklumkan bahawa akan berlaku perubahan portfolio untuk menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Azalina masih bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen. – Roketkini.com


Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai

Posted: 16 Jul 2016 09:46 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai ini. Gambar Tun Dr Mahathir di rumah terbukanya 2012 lalu.Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai ini. Gambar Tun Dr Mahathir di rumah terbukanya 2012 lalu.


Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau akan mengadakan majlis rumah terbuka 24 Julai minggu depan sebagaimana yang disebarkan oleh media sosial.

Menurut firma guaman Tetuan Syed Iskandar Syed Jaafar, pihaknya diarahkan untuk membuat penafian mengenai majlis tersebut.

"Adalah dengan ini yang firma kami di arahkan pejabat YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memaklumkan bahawa tiada sebarang rumah terbuka oleh YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad akan di anjurkan pada tarikh 24hb Julai 2016 dan semua pihak di minta mengambil maklum.

"Makluman ini ialah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta kesulitan yang mungkin berlaku jika berita ini diterima sebagai benar," kata kenyataan itu.

PKR belum buat keputusan sertai pakatan baharu

Posted: 16 Jul 2016 09:25 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: PKR belum membuat keputusan berhubung kerjasama dengan cadangan parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PKR juga belum mengadakan perbincangan serius mengenai pelawaan bekas Perdana Menteri membentuk pakatan pembangkang baharu. 
 
"Setakat ini, kita hanya ambil pendekatan tunggu dan lihat dulu. Kita hendak tahu juga siapa pemimpin parti baharu itu, kerana apa yang difahamkan, Tun (Dr Mahathir) tidak mahu jadi presidennya. 
 
"Kita juga perlu menilai apa matlamat parti baharu itu. Kalau ada persamaan, mungkin kita boleh kerjasama," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat di sini, hari ini. 
 
Beliau mengulas pembentukan pakatan baharu dan cadangan penubuhan parti politik baharu, yang diumumkan Dr Mahathir, Khamis lalu.
 
 

Umno yakin penyokong parti bijak buat pilihan

Posted: 16 Jul 2016 09:15 PM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno tidak menafikan bekas pemimpinnya yang sudah meninggalkan parti mempunyai sokongan yang kuat di kawasan masing-masing.
 
Namun menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, sokongan kuat itu hanya ada ketika mereka mempunyai jawatan di dalam Umno.
 
Malah beliau yakin penyokong pemimpin tersebut pasti akan membuat pertimbangan untuk terus setia bersama Umno.
 
"Memang setiap pemimpin Umno itu ada pengikut cuma ada pengikut yang menyokong sewaktu jawatan dalam Umno tapi bila sudah hilang jawatan seperti Umno bila sesiapa jadi pemimpin kita sokong seperti yang terjadi juga pada Tun M.
 
"Bila tidak jadi presiden kita tidak semestinya ikut dia dan itu adalah setiakawan Umno dan dalam Umno kita setia pada parti dan bila setia pada parti kita akan setia pimpinan yang kita lantik sendiri.
 
"Tan Sri Muhyiddin dia Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Seri Syafie Apdal, Ketua Bahagia Umno di Semporna Sabah memang lumrah mereka mesti ada pengikut dan penyokong setia tapi dalam jangka masa ini ahli-ahli ini akan berfikir dan membuat pertimbangan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bakal menubuhkan parti baru yang terdiri ahlinya daripada bekas pemimpin Umno.
 
Antaranya bekas pemimpin Umno yang terlibat adalah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Datuk Seri Syafie Apdal.
 
Tun Mahathir sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah parti baru yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan, PAS dan pertubuhan masyarakat sivil untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.
 
Mengulas mengenai cadangan penubuhan parti baru itu, Ehsanuddin berkata parti yang tertubuh itu hanya kerana rasa tidak puas hati sesetengah pihak kepada kerajaan sekarang.
 
Katanya, jika hanya ditubuhkan atas dasar tidak puas hati parti itu pasti tidak akan bertahan lama sepeti mana yang pernah berlaku sebelum ini.
 
"Jadi bila ramai yang tidak puas hati tubuh parti baru namun bila parti baru itu telah digerakkan agenda tidak puas hati tidak boleh bertahan lama.
 
"Seperti Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan tidak puas hati bagi membela nasib orang Melayu, nasib bangsa dan setelah berpuluh tahun Umno terbukti sebuah parti yang berkesan.
 
"Akhirnya mereka ini juga akan kembali bertaut kepada Umno jadi bagi saya penubuhan parti ini tidak akan memberi kesan tetapi mungkin sementara sahaja ada kesan sedikit," ujarnya.
 
 

Pemuda PAS kutuk rampasan kuasa, campur tangan asing di Turki

Posted: 16 Jul 2016 06:52 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemuda PAS menolak cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera di Turki yang bertujuan untuk merampas serta menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya.
 
"DPPM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini yang jelas bercanggah dengan nilai dan prinsip demokrasi serta merampas kebebasan rakyat Turki yang memilih kerajaan dengan telus dalam pilihanraya umum, menimbulkan kekacauan serta ketidakstabilan politik di dalam negara," kata Timbalan Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abd Hadi, dalam satu kenyataan media hari ini.
 
Khalil turut memuji tindakan parti-parti pembangkang yang berdiri teguh dan bersatu hati menggagalkan cubaan rampasan kuasa ini dengan mengetepikan pertikaian sesama mereka demi kepentingan negara.
 
"DPPM berharap semua pihak termasuk pemerintah, tentera, parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan lain serta rakyat Turki sendiri mengambil pengajaran daripada episod cubaan rampasan kuasa ini dan terus berusaha membina Turki yang lebih demokratik dan meletakkan rakyat terbanyak sebagai kepentingan utama.
 
"Semoga Turki lebih selamat dan umat Islam serta seluruh rakyat Turki bersatu hati mendepani sebarang cabaran," ujar beliau lagi.
 
 

Comments (0)