Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:22 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Dr M senaraikan bagaimana PM pengaruhi siasatan 1MDB

Posted: 01 Jul 2016 05:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan kuasa besar Datuk Seri Najib Razak yang mempengaruhi siasatan terhadap 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri.

Mahathir, bersama bekas anggota Umno Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin, berbuat demikian sebagai balasan terhadap pembelaan Najib dalam saman pelanggaran tanggungjawab fiduciari dan misfeasans dalam kerajaan.

Sebagai contoh, mereka menyatakan bagaimana perdana menteri mempunyai prerogatif menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pengguguran anggota kabinet.

Justeru, perdana menteri boleh mengawal dan menyalah guna kedudukan untuk mempengaruhi menteri, sekali gus melemahkan pelbagai institusi terlibat dalam siasatan 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Najib menafikan beliau mempengaruhi Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

Bagaimanapun, Mahathir, Khairuddin dan Ainina berhujah, Najib mempunyai kuasa prerogatif untuk melantik dan memberi cadangan kepada agong berhubung pelantikan ke jawatan itu.

Najib, justeru itu, dikatakan berada dalam kedudukan dapat mengawal dan menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi peguam negara supaya bertindak terhadap institusi yang menyiasat dakwaan skandal 1MDB.

Apandi pada Januari lalu menyimpulkan, tiga kertas siasatan yang diserah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan terhadap Najib tidak dibawa ke mahkamah untuk prosiding jenayah.

Menyentuh kedudukan polis pula, Mahathir berkata, pasukan keselamatan itu berada bawah kepimpinan ketua polis negara yang menjawab kepada menteri dalam negeri.

Dalam pembelaannya, Najib menafikan campur tangan menggunakan kedudukannya bagi memastikan pihak berkuasa tidak menjalan siasatan terhadapnya.

Zaid: Jika didakwa, ikat jamin Najib mungkin RM1 bilion

Posted: 01 Jul 2016 05:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


Walaupun perdana menteri kemungkinan besar tidak akan didakwa di mahkamah, Datuk Zaid Ibrahim membuat spekulasi berkaitan jumlah ikat jamin jika perkara itu benar-benar berlaku.

Beliau cuba membandingkan jumlah ikan jamin RM1 juta yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dianggap amat tinggi.

Menjelaskan keadaan itu, Zaid berkata trend itu bermula dengan kes bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa terlibat kesalahan melibatkan nilai beberapa juta ringgit.

"Walaupun mungkin tidak akan didakwa, Najib akan menarik ikat jamin, berdasar prinsip diguna pakai oleh mahkamah," katanya sambil menyifatkan perkara itu "betul-betul gila".

"Jumlah ikat jamin tidak patut bergantung kepada jumlah wang diambil oleh tertuduh," katanya di Twitter.

Datuk Seri Najib Razak sudah berulang kali menafikan dakwaan salah guna dana awam untuk tujuan peribadi.

Anggota parlimen Pekan sebaliknya mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Bagaimanapun ia tidak mampu memadamkan serangan berterusan dalam kes kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Sementara itu, dalam kes Lim, Zahid berkata jumlah 100,000 sudah cukup untuk ikat jamin Lim.

"Ia hanya untuk pastikan dia hadir mahkamah. Lim sebagai penyandang ketua menteri sudah tentu akan hadir perbicaraan.

"Beliau tidak akan lari ke mana-mana," katanya.

Lim semalam didakwa bawah dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi George Town bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu dibuat susulan kelulusannya terhadap permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar sebidang tanah daripada status pertanian kepada perumahan.

Beliau juga berdepan kes pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon, bawah harga pasaran RM4.27 juta.

DAP semalam mencairkan dana mereka untuk membayar ikat jamin Lim.

Mereka juga berjaya mengumpul lebih RM1 juta tidak sampai 24 jam kempen kutipan dana bagi menampung kos ikat jamin yang dimulakan petang semalam.

Tempat duduk Muhyiddin di Dewan Rakyat akan berubah

Posted: 01 Jul 2016 05:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tempat duduk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Dewan Rakyat akan dipindahkan ke kawasan blok bebas pada pengggal persidangan Oktober ini ekoran pemecatannya daripada Umno.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata Muhyiddin dicadang diletakkan di blok sama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan anggota Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun keputusan pertukaran tempat duduk itu akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, katanya.

"Pada masa ini pembahagian kedudukan wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga iaitu blok Barisan Nasional (BN), blok pembangkang dan blok bebas.

"Kelazimannya mana-mana wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada sesuatu parti akan diletakkan di kawasan blok bebas," katanya kepada pemberita di majlis penutup tadarus al-Quran bagi peserta lelaki kawasan Parlimen Kuala Krau di Masjid An-Nur di Temerloh hari ini.

Turut hadir ialah ADUN Jenderak dan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Pahang Senator Norehan Abu Bakar.

Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau menjelaskan bahawa tempat duduk Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih kekal memandangkan beliau hanya digantung daripada parti.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada Umno berkuat kuasa serta merta kerana melanggar disiplin parti.- Bernama


UK ada Brexit, Malaysia ada Umno-Exit

Posted: 01 Jul 2016 05:45 AM PDT

Rafidah Aziz
Rafidah Aziz


SHAH ALAM – Jika United Kingdom melalui peristiwa Brexit, Malaysia juga tidak ketinggalan dengan isu Umno-Exit, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Menurutnya, Umno secara berterusan telah melakukan 'Umno-Exit' dengan penyingkiran beberapa pemimpin parti itu di atas beberapa alasan yang digunakan.

"Umno dalam setengah abad lalu telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran di mana setiap peristiwa telah menghakis kekuatan dan ketahanan parti terutama dengan semakin ramai anak-anak muda yang tidak kenal perjuangan parti di masa lalu.

"Namun kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa perpaduan dalam mana jua zaman dan era adalah kunci kepada kejayaan parti seterusnya,"katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, perpaduan tersebut pastinya akan terjejas apabila terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan tertentu.

Beliau berkata, apabila kepelbagaian dan pendapat tidak dapat diterima, ia kini dianggap sebagai satu tentangan dari dalam parti.

"Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya, untuk menunjukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk.

"Masing-masing menconteng arang kepada muka antara satu dengan yang lain, hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dan hodoh kepada awam.

"Pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun pemimpin 'yang betul' dan menganggap 'semuanya tak boleh pakai' kerana para pemimpin sendiri yang mencaci dan memburukkan sesama sendiri,"katanya.

Menjelang sambutan Syawal ini, Rafidah turut menyarankan setiap pihak agar merenung kembali arah hala tuju parti bagi memupuk kekuatan dalam mewujudkan perpaduan yang sebenar.

Tambah beliau, penyelesaian tidak akan diperoleh dengan perbalahan dan dendam peribadi memandangkan ia hanya akan mengeruhkan serta mengusutkan keadaan.

"Kesetiaan mestilah kepada parti dan bukannya kepada mana-mana individu kerana pemimpin datang dan pergi tetapi parti mesti kekal. Hentikanlah perbalahan..carilah jalan penyatuan,"katanya.


Webe Mula Menawarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM79 Sebulan

Posted: 01 Jul 2016 04:23 AM PDT



DETIK DAILY


 















Webe hari ini telah mula membolehkan para pengguna P1 dan TM terpilih untuk mendaftar dan menggunakan pelan Webe bersama-sama peranti mereka.

 Melalui apa yang ditawarkan, Webe menawarkan pakej mereka pada harga bermula RM79 (RM84 jikalau termasuk GST) untuk akses pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS.


Pelan data tanpa had ini hanya terhad untuk digunakan pada satu telefon sahaja, dan sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan ia bersama peranti lain melalui sokongan Hotspot, pengguna akan perlu membayar RM6.36 untuk dua jam.

Menurut Lowyat.NET, pengguna akan terhad kepada penggunaan panggilan dan SMS bernilai RM500 sebulan supaya pengguna tidak menyalah-guna rangkaian mereka.
Dari segi harga asal tanpa sebarang potongan, Webe menawarkannya pada harga RM199 sebulan untuk penggunaan data tanpa had, selain panggilan dan juga SMS.

Walaubagaimanapun, selepas potongan diskaun untuk pengguna P1 dan TM bernilai RM60 – selain potongan tambahan RM60 untuk mereka yang mempunyai peranti yang menyokong talian Webe, pengguna hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan (tanpa termasuk GST).

Bapa minta tolong cari Ayuni Idora

Posted: 01 Jul 2016 04:18 AM PDT

Bapa minta tolong cari Ayuni Idora


KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri diculik di sebuah pasaraya di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Ayuni Idora Deraman dikatakan ke pasaraya tersebut untuk membeli persiapan hari raya bersama keluarganya.

Bapa mangsa, Deraman Mat Ail, 61, berkata, semasa kejadian semua ahli keluarganya telah memasuki pasaraya untuk membeli belah manakala dia berada di luar pasaraya tersebut.

"Kali terakhir Ayuni dilihat berada di ruang legar pasaraya tersebut manakala keluarga yang lain berada di tingkat satu.

"Kami bimbang apabila penculik tersebut telah menggunakan nombor telefon anak saya untuk menghantar pesanan aplikasi WhatsApp kepada isteri saya meminta wang tebusan sebanyak RM5,000," dakwanya ketika dihubungi.

Deraman berkata, sekiranya mereka enggan membayar wang tebusan penculik terbabit mengugut akan melarikan anak perempuan mereka ke Kuala Lumpur.

"Kali terakhir anak saya dilihat dia memakai baju T berlengan panjang berwarna merah berseluar jalur putih serta bertudung gelap.

"Kami berharap orang ramai dapat membantu mengesan anak saya sekiranya terlihat dia di mana-mana. Kami sekeluarga bimbang akan keselamatannya," katanya.

Kejadian tersebut menjadi viral di laman facebook sejurus remaja tersebut didakwa dilarikan.‎

Apa sudah berlaku dalam sistem nilai hidup masyarakat di tanah air kita ini?

Posted: 01 Jul 2016 04:18 AM PDT




Oleh Arif Atan


Tetak, tembak, letup tapi program TV kita masih berbincang panjang lebar tentang "kenapa Allah mengambil tempoh enam hari untuk mencipta langit?" Ini bukan "klinik". Ini buat masyarakat kita jadi tambah sakit. Di Kelantan, seorang warga tua sampai dipotong kaki.

Di Terengganu, seorang anak sanggup ugut ibunya untuk bakar rumah dan khusus untuk dua negeri itu, kes jenayah dalam keluarga amat menjolok mata.
Kedah pula menjadi negeri paling ramai ibu bapa menolak pemvaksinan untuk anak mereka sebab mengangkang bahan suntikan haram. Pahang menjadi negeri paling serius tahap perogolan alam sekitar dari sumber hutan sampai saliran. Perlis masih sarat dengan kemiskinan tegar walaupun negerinya paling kecil yang kalau ikut logik agihan pungutan zakat mesti memantaatkan seluruh masyarakat Islam di negeri itu.

Krisis kemanusiaan dan kemasyarakatan di negeri-negeri majoriti Melayu di atas yang semuanya ada raja/sultan itu semakin membeliakkan mata kita kalah negeri yang bercampur dengan ramai penganut agama lain apalagi negeri yang dikuasai Cina DAP yang kafir harbi kalau mengikut kata Mufti Pahang.

Tapi pada masa sama hampir semua program agama Islam di TV bahkan sekarang sudah ada saluran TV agama masih terus mengulang bercakap "topik selamat" yang semua orang Islam dah dengar sejak di bangku sekolah sampai tazkirah solat tarawih.

Tentang alam bukti kewujudan Allah; tentang syurga dan neraka; sungai jernih mengalir di syurga; tentang dosa meninggalkan solat dan puasa; tentang sahabat Nabi begitu, sahabat Nabi begini.

Ya. Topik "hubungan dengan Allah" itu tak salah tapi kenapa tidak dibimbangi dengan pengisian "hubungan dengan manusia"? " "Mendekatkan diri pada Allah", kata ustaz di bawah ini tapi "mendekatkan diri pada manusia," bagaimana?

Maaf, bagi saya masyarakat kita bertambah sakit walaupun program "klinik agama" ini disiar 24 jam pun selagi golongan agamawan Islam di Malaysia tak berani bercakap tentang penting idea perubahan dan ilmu menuju kepada masyarakat lebih sejahtera dan bahagia.


Kenapa ustaz-ustaz kita yang berceramah di masjid sampai di TV termasuk menulis di akhbar dan majalah tidak bercakap tentang pentingnya masyarakat mesti mengukuhkan persaudaraan dengan itu boleh memantapkan ekonomi; tentang pentingnya negara mempunyai Perdana Menteri, wakil rakyat dan pegawai yang adil, amanah, tidak rasuah dan merakyat; tentang pentingnya kerabat diraja di Malaysia turut mengamalkan cara hidup Melayu dan Islam sebenar; tentang ancaman konsumerisme dan kapitalisme; tentang bahayanya eksploitasi tanah untuk projek mewah dan padang golf ketika majoriti rakyat di negara ini termasuk yang bukan Islam pun bukan golongan maha kaya, hidup biasa-biasa dan sekadar ada saja.

Tapi? Ustaz dalam gambar ni masih lagi menyebut "komunis menolak agama" tanpa menyebut adanya komunis Melayu zaman perang dulu yang tetap beragama Islam bahkan penghafal al-Quran sendiri sanggup masuk hutan berjuang.

Aduhai....

Dakwaan Rasuah : Guan Eng Berniat Jahat Tuduh PAS Berkomplot Dengan BN – Mohd Amar

Posted: 01 Jul 2016 04:18 AM PDT




LIHAT VIDEO DI SINI


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan dakwaan parti itu berkomplot dengan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah tidak berasas dan berniat jahat.

"Tidak sepatutnya dia (Guan Eng) menyalahkan PAS ataupun menyalahkan UMNO, lebih-lebih lagi menuduh PAS yang terlibat sebab kita (PAS) tiada kuasa.

"Bagi saya, kalau betul kenyataan itu datang daripada Lim Guan Eng, dia berniat jahat. Kenyataan dia itu berniat jahat,"katanya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata Guan Eng perlu menjawab di mahkamah untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

"Prinsip undang-undang di negara kita, seseorang individu itu dianggap tidak bersalah kecuali apabila dibuktikan bersalah.

"Buat masa sekarang beliau belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Jadi kita kena bagi ruang kepada proses perundangan ini berjalan.

"Bagi saya, dia tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa. Kalau dia sendiri tidak salah, dia buktikanlah di mahkamah,"katanya lagi.

DAP Hanya Sibuk Kutip Derma RM1 Juta Kepada Perasuah..

Posted: 01 Jul 2016 04:09 AM PDT

 

 
heng


DAP mengamalkan sikap hipokrasi hanya sibuk mengutip derma RM1 juta kepada orang yang dituduh mengamalkan rasuah di mahkamah, tetapi tidak mempedulikan nasib aktivis DAP Sarawak yang memerlukan jumlah kos yang sama untuk rawatan kos ketumbuhan otak.

Perkara itu didedahkan oleh My Nation News ketika membandingkan kes Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan kes bekas ahli Parlimen DAP Sibu Sarawak, Wong Ho Leng.


"Pada Januari 2013, ketika Ahli Parlimen DAP di Sibu, Wong Ho Leng menjalani rawatan ketumbuhan otak, parti itu langsung tidak mengendahkan mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 22 JUn 2014.

"Isteri Ho Leong, Irene Chang turut berang terhadap sikap kepimpinan DAP tidak memperdulikan langsung kos terpaksa ditanggung keluarga mereka ketika itu," dedah My Nation News yang turut melampirkan artikel kemarahan isteri Ho bertajuk "Wife of YB Wong Ho Leng blasts own party for failure to provide financial support for brain tumour treatment"

Lapornya lagi, tidak seperti nasib Ho Leng, DAP mengambil inisiatif mengutip derma RM10 kepada Guan Eng atas pertuduhan kes rasuah di mahkamah.

"Tidak seperti kempen solidariti mengutip RM10 untuk kes didakwa melakukan rasuah, tiada langsung kempen yang serupa untuk Ho Leng sehingga meninggal dunia.

"Malah, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang mengumumkan untuk membantu Ho Leng menjelaskan kos rawatan mendian Ho Leng ketika itu berjumlah RM1 juta.

"Itu jumlah yang sama digunakan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh untuk menjamin Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

"Tetapi mengapa ketika ahli parlimennya sendiri sedang bertarung nyawa, pemimpin DAP buat bodoh tetapi sanggup bersusah payah melancarkan kutipan untuk membantu perbuatan jenayah yang Setiausaha Agung mereka yang sudah didakwa di mahkamah?," soal laman itu.



Sementara itu, laman mynewshub mempertikaikan langkah DAP melancarkan kempen mengutip RM10 setiap individu, sedangkan bayaran ikat jamin sebanyak RM1 juta telah dilangsaikan oleh Boon Poh.

"Pelik bin Ajaib. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ditahan atas tuduhan rasuah telah pun dibebaskan dengan bayaran ikat jamin sejumlah RM1 juta pada Khamis, oleh penjamin yang dikenali sebagai Phee Boon Poh.

"Pun begitu, DAP Pulau Pinang menerusi Setiausaha Agung parti itu tetap mengeluarkan satu kenyataan merayu rakyat Malaysia menderma RM10 seorang bagi menampung wang ikat jamin tersebut, semalam.

"Apa yang menimbulkan persoalan, jika wang ikat jamin RM1 juta itu telah pun selesai dibayar mengapa parti itu masih mahu meminta simpati wang orang ramai?

"Malah, individu yang melangsaikan wang ikat jamin tersebut bukanlah calang-calang orang kerana beliau merupakan jutawan yang memiliki 8 hartanah, 24 saham syarikat dan 6 akaun unit trust,"lapornya.

rm1
ramesh
leng
 
 

DAP Tak Perlu Gusar Jika Guan Eng Tak Salah – PAS Pulau Pinang

Posted: 01 Jul 2016 04:03 AM PDT




KUALA LUMPUR – "Tiada apa yang perlu digusarkan sekiranya benar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak bersalah," kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak khasnya kaum keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya bertenang dalam menghadapi pendakwaan yang dikenakan ke atas Guan Eng.


"Beliau perlu diberi hak untuk tampil membela diri menjelaskan kepada mahkamah berhubung isu yang menyentuh integritinya sebagai pemimpin utama kerajaan Pulau Pinang.

"Sekalipun Guan Eng dan sekutunya (Pakatan Harapan) sering menyerang PAS dengan pelbagai tohmahan dan fitnah, namun PAS tetap bertindak selaras dengan ajaran al-Quran supaya berlaku adil dengan semua pihak termasuk musuh," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP selama ini sering menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak amanah kini berhadapan dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah selepas siasatan SPRM mempercayai beliau yang sebenarnya tidak amanah dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng,
meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Beliau yang berusia 56 tahun didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. –

LIHAT VIDEO DI SINI

Polis tahan 6 suspek bantu siastan kes bunuh Bill Kayong

Posted: 01 Jul 2016 03:57 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MIRI: Polis menahan enam suspek malam tadi dan pagi ini bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Bill Kayong.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata semua suspek yang ditahan termasuk seorang wanita ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan.
Suspek yang ditahan berusia antara 22 dan 41 tahun.
 
Dev berkata polis mengetepikan motif politik dan perkauman dalam kes itu itu.
 
Dalam keterangan terdahulu, Dev berkata penyiasat memfokuskan kepada tiga kemungkinan motif; konflik tanah adat di Bekelit, Miri; konflik NGO yang disertai Bill dan motif peribadi.
 
Bill maut selepas ditembak di persimpangan lampu isyarat di Kuala Baram oleh suspek yang belum dikenal pasti pada 21 Jun.
 
Tiada kamera CCTV berhampiran lampu isyarat di tempat kejadian.
 
 

Pendakwaan terhadap Guan Eng tidak menjejaskan DAP - Saifuddin Abdullah

Posted: 01 Jul 2016 03:48 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic


SHAH ALAM: Pendakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam tidak menjejaskan DAP sebaliknya mungkin mengukuhkan lagi sokongan bagi parti itu, demikian kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Datuk Saifuddin Abdullah.

"Tidak ada (kesan besar kepada DAP). Pada saya dalam suasana sekarang, sokongan kepada DAP kekal malah saya rasa akan bertambah kerana masyarakat lihat Guan Eng dizalimi," katanya mengulas dua pertuduhan rasuah yang disabitkan kepada Setiausaha Agung DAP itu.

Bercakap kepada Antarapos, Saifuddin berkata kedua-dua pertuduhan rasuah terhadap Guan Eng itu tidak langsung memberikan kesan kepada kepimpinan DAP sama ada Pusat dan Pulau Pinang yang berdiri teguh di belakangnya.

Malah, parti itu berjaya mengutip sejumlah RM1 juta dalam kurang 24 jam untuk membiayai wang ikat jamin Guan Eng.

Difahamkan, DAP menggunakan dana parti membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi bagi membebaskan Guan Eng, susulan dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

"Saya rasa DAP tidak tergugat, semalam Mesyuarat DAP Pulai Pinang dan pagi tadi berlangsung Mesyuarat DAP Pusat oleh Jawatankuasa Pusat, saya difahamkan dikedua-dua mesyuarat beliau terus mendapat sokongan penuh daripada pimpinan DAP.

"Cara beliau diperlakukan merujuk kepada saya menambahkan lagi sokongan kepada DAP, bukti sokongan itu dapat dilihat dari kutipan derma RM1 juta bermula jam 5 petang semalam hingga jam 2 petang tadi, sudah dapat jumlah itu. Bayangkan kalau masyarakat sokongan kepada Guan Eng begitu, ia juga adalah sokongan kepada DAP," katanya lagi.

Penahanan Guan Eng pada Rabu dilihat sedikit sebanyak mengarah kepada kancah krisis politik sama seperti yang berlaku kepada PKR kini.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Saifuddin bahawa DAP akan menerima nasib yang sama dengan PKR yang 'kehilangan' teraju utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran kesalahan meliwat.

"Saya rasa tidak kerana mereka ada barisan kepimpinan yang cukup dan baris pelapis yang mantap. Buat masa ini tidak ada apa-apa masalah sebab beliau belum didapati bersalah, masih boleh jalankan tugas beliau macam biasa," tambahnya.

Guan Eng dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya Betty Chew Gek Cheng dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau juga didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Sekiranya didapati bersalah, Guan Eng bakal berdepan risiko hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri Pulau Pianng dan ADUN Air Putih malah tidak dapat memimpin parti itu dalam Pilihanraya umum ke 14 (PRU14) akan datang.


Lebuh raya utama dijangka sesak petang ini

Posted: 01 Jul 2016 03:44 AM PDT

SINAR HARIAN
Lebuhraya
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pada pukul 8 pagi ini, namun dijangka meningkat pada petang nanti.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih lagi terkawal.

"Aliran trafik dijangka bertambah pada petang ini berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa kawasan di LPT dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.

"Trafik dijangka akan bergerak perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai, Plaza Tol Gombak ke pantai timur dan dari Tol Duta menghala ke utara," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan masih lancar pagi ini dan dijangka akan bertambah secara beransur-ansur.

"Terdapat satu kemalangan berlaku di Kilometer 19.3 dari Kota Damansara menuju ke Damansara pada 8 pagi tadi menyebabkan trafik perlahan dan kerja mengalihkan kenderaan telah dilakukan," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama


Guan Eng bakal hilang jawatan?

Posted: 01 Jul 2016 03:39 AM PDT


Cina Sarawak, Cina Semenanjung 'berperang'
 

APAKAH Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bakal hilang hak sebagai Ahli Parlimen sekiranya didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo?

Itu soalan yang ditanya oleh China Press ekoran pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu petang kelmarin.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana ahli parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Pada tahun 1995, Guan Eng pernah dipenjarakan selama 18 bulan disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan kontroversi mengenai kes skandal gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik.

Selepas 21 tahun, Ahli Parlimen Bagan ini sekali lagi didakwa di mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng dituduh sebagai penjawat awam menggunakan kuasa sebagai Ketua Menteri berhubung perbincangan pengezonan semula tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menyalahguna kuasa sebagai Ketua Menteri untuk mendapatkan barang berharga sebagai balasan iaitu lot rumah banglo bernilai RM2.8 juta, di bawah harga pasaran sedangkan nilai semasa RM4.2 juta.

Guan Eng dituduh mengikut dua akta berasingan, iaitu Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM10,000 atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai tuntutan palsu.

Manakala di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan penjara atau kedua-duanya.

Berdasarkan undang-undang tersebut, sekiranya Guan Eng didapati bersalah, jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bagan bagaikan telur di hujung tanduk dan kemungkinan PRK bakal diadakan di kerusi parlimen tersebut.

Sebelum itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan bahawa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

Li Koon turut didakwa semalam mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Sin Chew Jit Poh pula mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang sama ada Guan Eng perlu bercuti buat sementara atau tidak ketika proses pendakwaan dijalankan ke atasnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam Malaysia, Datuk Baljit Singh Sidhu berpendapat, Guan Eng tidak perlu bercuti sementara dan kes tersebut tidak akan menjejaskan urusan Kerajaan Pulau Pinang.

Beliau memberitahu, Guan Eng bukanlah kakitangan awam Kerajaan Persekutuan dan keputusan cuti sementara ini tidak sesuai dikenakan kepada pemimpin pembangkang ini.

Beliau menegaskan, mengikut prinsip undang-undang Malaysia, selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman, setiap tertuduh tetap bersih dan tidak bersalah.

"Sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Guan Eng dengan denda melebih RM2,000 atau penjara lebih daripada setahun, haknya sebagai ahli parlimen akan dilucutkan. Bagaimanapun, beliau masih mempunyai hak untuk membuat rayuan.

"Oleh itu, saya menjangkakan kes Guan Eng ini akan memakan masa beberapa tahun. Beliau akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri jika dipersetujui oleh partinya," kata peguam tersebut.

Bagaimana pun, berbeza pula dengan pendapat seorang peguam yang menegaskan Guan Eng perlu bercuti sementara sehingga perbicaraan selesai.

Beliau berkata, Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan kakitangan awam. Oleh yang demikian beliau sepatutnya mengambil cuti sementara walaupun ia tidak termaktub di dalam undang-undang Kerajaan Pulau Pinang.

Rancang dalami pengajian agama

Posted: 01 Jul 2016 03:29 AM PDT

Ahmad Husni
Ahmad Husni
 
 
IPOH - Setelah seminggu berdiam diri, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang berundur daripada Kabinet dan meletak semua jawatan dalam parti  Isnin lalu, bersuara.

Dihubungi Sinar Harian menerusi aplikasi WhatsApp beliau memberitahu beliau sedang merancang untuk mendalami pengajian agama selepas kekal dengan keputusannya berundur daripada semua jawatan, Isnin lalu.

Menurutnya, sudah menjadi impian beliau untuk belajar agama di Jordan dan kali ini menjadi kesempatan buatnya untuk merealisasikannya.

"Saya tengah merancang ke negara itu selama tiga bulan untuk belajar bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan. Semoga berjaya," katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Husni berkata, beliau tetap meraikan sambutan Aidilfitri bersama rakyat menerusi Majlis Rumah Terbuka yang diadakan pada 2 Syawal nanti di kediamannya di Sungai Rokam, di sini.

"Pertemuan dengan rakyat pada majlis rumah terbuka itu nanti akan berlangsung seperti kebiasaan, meskipun sedar bakal berdepan dengan pelbagai respons berhubung pengunduran (saya) dalam Kabinet dan parti. Kita 'enjoy' (berhibur) sahaja," katanya.

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan semalam, Ahmad Husni meminta semua pihak menghormati keputusannya untuk melepaskan semua jawatan parti atas sebab peribadi dan memberi masa serta ruang untuk berehat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet dengan tempat Ahmad Husni digantikan oleh Datuk Johari Abdul Ghani.

Ahmad Husni turut melepaskan jawatan Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN  Kawasan Parlimen Tambun.


Ke mana perginya subsidi untuk rakyat?'

Posted: 30 Jun 2016 09:20 PM PDT

minyak
gambar hiasan


SHAH ALAM – "Ke mana perginya subsidi-subsidi yang dulunya diwujudkan untuk melindungi kepentingan rakyat?". Demikian soalan yang dilontarkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) susulan kenaikan harga minyak, hari ini.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab.Rahim turut bertanya sebab kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi untuk kemaslahatan rakyat.

"Walhal pada masa yang sama bilion ringgit dari khazanah negara dibazirkan atas kelemahan urus tadbir kerajaan?," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan mengkaji kembali pelaksanaan mekanisme apungan harga minyak terutama sekali ketika musim perayaan mahupun cuti.

"Sekiranya dasar ini ingin diteruskan, satu mekanisme kawalan perlu ditetapkan untuk melindungi kepentingan rakyat keseluruhannya daripada terus terbeban," katanya.

Semalam, harga minyak bagi RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Julai 2016 naik 5 sen seliter menjadikan harga runcit RON95 menjadi RM1.75 seliter,  RON97 pula RM2.10 seliter manakala diesel dijual pada RM1.60 seliter.

Beliau menyifatkan kenaikan harga minyak itu menjelang Aidilfitri tidak kena pada masanya kerana ia bakal meningkatkan kos persiapan, pengangkutan dan perbelanjaan Aidilfitri umat Islam.

"Selain tambahan perbelanjaan untuk pengangkutan jutaan rakyat yang pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta, kenaikan harga barangan keperluan dan persiapan perayaan adalah sesuatu yang dijangkakan.

"Kenaikan harga barang seperti yang sering kali berlaku berhubung kait secara langsung dengan kenaikan kos minyak yang terpaksa ditanggung oleh pihak peniaga mahupun pengeluar. Majoriti rakyat yang merupakan pengguna akhir akan menerima kesan terbesar ditambah dengan beban Cukai Perkhidmatan dan Perdagangan (GST) yang telah sedia ditanggung rakyat pada ketika ini," katanya.

Umno Tambun jumpa Husni, tapi apa penjelasannya?

Posted: 30 Jun 2016 09:20 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pertemuan antara Umno Tambun bersama bekas pemimpinnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah diadakan pada Rabu malam, ekoran peletakan jawatan mengejutnya dalam parti dan kabinet.

Timbalan Ketua Umno Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan menyatakan sama ada Husni menjelaskan perkara itu.

"Saya sudah bertemu dengan Datuk Seri Husni dan beliau mengesahkan peletakan jawatan parti beliau sepertimana yang telah diuar-uarkan sebelum ini.

"Dalam konteks Tambun, sudah pasti Umno/BN Tambun terasa kehilangan beliau tetapi selaku anggota parlimen Tambun,

beliau akan terus memberi khidmat bakti dalam kapasiti tersebut," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Aminuddin sebelum ini berharap Husni dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan kabinet hanya berkata Husni tidak mahu lagi menjadi menteri kewangan kedua atas sebab peribadi.

Masa perubahan

Husni juga dilapor meletakkan jawatan sebagai bendahari Umno dan BN, timbalan pengerusi Umno dan BN Perak serta ketua Umno dan BN Tambun.

Selain itu, Aminuddin juga menganggap sudah tiba masanya bagi Umno bahagian melakukan pertukaran bagi menghadapi persediaan pilihan raya umum akan datang.

"Bagi Tambun, beliau (Husni) merasakan sudah tiba masanya untuk lakukan proses pertukaran seperti yang beliau rancang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Aminuddin enggan menghuraikan lebih lanjut dan hanya menegaskan Husni seorang pemimpin yang praktikal dan berwawasan.

Pembangkang sebelum ini mengaitkan pengunduran Husni sebagai protes terhadap isu sekitar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan kontroversi kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Husni setakat ini belum menjelaskan lanjut perkara itu. Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Husni setakat ini masih belum berhasil.


Zuhdi: PAS tak ambil kerusi PKR selagi hubungan masih baik

Posted: 30 Jun 2016 09:15 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Memandangkan hubungan PAS dan PKR masih baik, terutamanya di Selangor, maka tiada keperluan untuk PAS bertanding di kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada parti itu.
 
Itu penegasan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki sambil menambah partinya tidak pernah mengkhianati perjanjian yang dibuat berhubung soal pembahagian kerusi dalam pilihan raya.
 
Sebaliknya dengan DAP, Zuhdi berkata PAS berhak untuk meletakkan calon di kerusi yang ditandingi parti itu memandangkan mereka tidak lagi mempunyai apa-apa kerjasama.
 
"Ia bergantung kepada keputusan Majlis Syura nanti, bersabit kedudukan hubungan PAS-PKR. Selagi kita ada hubungan, PAS tidak pernah mengkhianati perjanjian. Kita melihat bahawa apabila berjanji mesti ditunaikan. 
 
"Pembahagian kerusi satu bentuk perjanjian. Kerusi Menteri Besar Selangor di Gombak, ia merupakan perjanjian. Kita beri mereka kerusi, dan kita ambil kerusi lain. Maka selagi mana kita ada hubungan dengan PKR, perjanjian itu akan diterima.
 
"Tetapi kalau sudah tiada hubungan (dengan PKR), ia mungkin ada kesan yang lain, perhitungan yang lain. Bila PAS putus hubungan dengan DAP, dan tiada hubungan dengan PAN (Amanah), maka kerusi-kerusi yang DAP bertanding terbuka untuk PAS menyertainya," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos, hari ini.
 
Reaksi itu diberikan Zuhdi sebagai menjawab dakwaan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bahawa PAS mungkin meletakkan calonnya di kerusi Gombak.
 
Kerusi Gombak kini disandang oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Besar Selangor.
 
Mengulas lanjut, Zuhdi berpandangan kenyataan Khalid itu seolah-olah cuba melaga-lagakan hubungan baik antara PAS dan PKR.
 
"Jika Khalid menyatakan PAS hendak bertanding Gombak, saya rasa beliau tidak melihat senario sebenar yang berlaku. Saya nampak ia lebih kepada sifat provokatif," katanya lagi.
 
Jelasnya lagi 'kesempatan' itu sengaja digunakan Ahli Parlimen Shah Alam itu kerana merasa kurang senang dengan sebahagian pimpinan PKR yang mesra dengan PAS.
 
Khalid, turut menggesa sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bersedia menerima realiti politik untuk berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan PAS dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Sehubungan itu, gabungan PKR-DAP-Amanah perlu menyiapkan dirinya sekarang untuk berdepan dengan halangan itu.
 
 

Umno P. Pinang gesa Guan Eng lepaskan jawatan Ketua Menteri

Posted: 30 Jun 2016 09:07 PM PDT

| BERNAMA
 
 
Datuk Zainal Abidin OsmanDatuk Zainal Abidin OsmanUmno Pulau Pinang menggesa Lim Guan Eng melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri dengan serta-merta memandangkan beliau telah dikenakan tuduhan rasuah di mahkamah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata Lim juga perlu melepaskan semua jawatan lain yang disandangnya bagi memelihara imej dan integriti jawatan ketua menteri.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program Mutiara Internship Pulau Pinang di Kelab Golf Safira di sini, beliau juga menasihati semua penyokong Pakatan Harapan supaya bertenang, bersikap rasional dan tidak bertindak mengikut perasaan berikutan tindakan yang diambil terhadap Lim.

Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin.

Kerajaan negeri gagal ikut SOP, lanjut tempoh moratorium sudah dijangka

Posted: 30 Jun 2016 09:06 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Fuziah SallehFuziah SallehAhli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sudah menjangka lebih awal kerajaan akan melanjutkan tempoh moratorium bauksit di negeri Pahang ekoran kerajaan negeri tidak bersungguh melaksanakan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke atas industri bauksit yang cukup komprehensif.

Begitu juga dengan objektif yang perlu di capai sewaktu tempoh moratorium pertama dan kedua, ianya merupakan objektif yang cukup jelas.
"Saya tidak lihat kesungguhan pihak pelombong dan pihak Kerajaan Negeri Pahang di dalam melaksanakannya. Target yang ditetapkan oleh pihak kementerian juga gagal di capai setiap kali.

"Oleh kerana itu saya memang sudah menjangkakan bahawa tempoh moratorium tersebut akan dilanjutkan sekali lagi. Kali ini sehingga 14 September 2016 pula," ujarnya dalam satu kenyataan yang diemailkan dari kota Mekah.

Fuziah yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit itu juga menegaskan, gabungan itu tidak pernah menentang industri bauksit ini.

"Kami cuma menentang industri yang tidak di laksanakan secara lestari justeru menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar serta menggugat kesihatan serta keselamatan awam.

"Dengan itu kami amat mengalu-alukan ketegasan pihak Menteri Datuk Seri Wan Junaidi dan juga pihak Kementerian Alam Sekitar di dalam melaksanakan SOP yang telah di gariskan.

"Selain dari membersihkan stokpile di lombong dan di luar pelabuhan, ada beberapa perkara lagi yang kami sedang pantau dan sedang nantikan pengumumannya, iaitu berkenaan lokasi tapak 'central stockpile', laluan khas buat lori bauksit dan pelan rehabilitasi keatas lombong2 yang di tinggalkan.

"Selain dari itu pihak gabungan juga ambil berat keatas kehadiran lombong-lombong tinggal yang kedudukannya berada di hulu sungai di mana terdapat muka sauk untuk beberapa loji rawatan air di sekitar Kuantan.

"Hakisan dari lombong-lombong tersebut akan terus mencemari sumber air minuman warga Kuantan. Memandangkan selepas bulan September nanti, musim tengkujuh pula akan tiba, maka kerisauan ini tentu sekali dirasakan berlipat kali ganda," ujarnya.

Tegasnya lagi selagi kesemua SOP yang di gariskan pihak Kementerian tidak di patuhi dan selagi segala kerisauan rakyat berkenaan pencemaran alam sekitar tidak ditangani dengan sebaik mungkin, selagi itulah moratorium ini harus di lanjutkan, tanpa ada had waktu.

Kabinet hari ini,  bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir pada 15 Julai ini dilanjutkan dua bulan lagi sehingga 14 September, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium kali ketiga itu adalah untuk membolehkan usaha mengosongkan stokpil bauksit yang masih berada di luar Pelabuhan Kuantan iaitu sekitar bandar Kuantan dan Bukit Goh dilakukan.

SPRM digesa buktikan intergriti bukan dakwaan terpilih, desak rebel Umno

Posted: 30 Jun 2016 09:03 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan intergriti, ketelusan dan keadilan badan itu dalam membuat pendakwaan terhadap pesalah rasuah, kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Beliau menegaskan imej SPRM kini tercemar dengan begitu teruk di dalam dan luar negara ekoran tindakan SPRM mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Rabu.

Katanya lagi, SPRM seharusnya meneruskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang masih tidak diselesaikan oleh badan itu hingga kini.

"SPRM seharusnya meneruskan pendakwaan dalam kes membabitkan SRC International berjumlah RM42 juta serta dana derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

"Dari kaca mata rakyat dan dunia luar menampakkan SPRM takut untuk bertindak ke atas Najib walaupun bukti sahih telah diperolehi khususnya mengenai wang anak syarikat SRC yang masuk secara terus ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Apa nak jadi dengan SPRM?" soalnya dalam satu kenyataan.

Khairuddin yang juga Setiausaha Kerja Sekretariat Deklarasi Rakyat mendakwa, SPRM dilihat seolah-olah pilih kasih dan tidak telus di dalam melaksanakan tanggungjawab badan itu dalam usaha memerangi kes rasuah di negara ini.

"Bagi saya imej SPRM kini telah mengalir ke dalam longkang. Kita tak faham apa agenda SPRM?

"Adakah SPRM benar-benar berdikari dan bebas dari telunjuk sesiapa di dalam menggalas tanggungjawab secara professional?

"Kalau SPRM mahu pulihkan imej serta reputasi, mereka harus mendakwa Najib dalam kadar segera.
"Biarlah mahkamah yang menentukan sama ada Najib bersalah ataupun tidak. Najib harus bersihkan namanya di mahkamah," ujarnya.

Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang pernah menjadi perhatian setelah berdepan tuduhan cuba melakukan khianat terhadap ekonomi negara selepas membuat aduan kepada beberapa pihak berkuasa asing mengenai 1MDB dan perdana menteri.

Justeru gesanya lagi, SPRM seharusnya tidak mengambil sikap berat sebelah dan rakyat ujarnya lagi, mahu memastikan SPRM melaksanakan tanggungjawab secara professional, amanah, berintegriti serta bersikap adil dalam memelihara kedaulatan undang-undang rasuah di negara ini.

"SPRM jangan jadi bacul seandainya mereka mahu memulihkan keyakinan rakyat kepada badan ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas," tegasnya.

Pada Rabu, Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada jam 5.45 petang, manakala pemilik banglo Phang Li Koon ditahan pada jam 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

Semalam Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Phang Li Koon, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Guan Eng dikenakan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Manakala Phang Li Khoon dikenakan ikan jamin RM200,000 dengan seorang penjamin.

Mereka berdua dibicarakan di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Ariffin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pengurusan kes ditetapkan pada 22 September bagi menetapkan tarikh perbicaraan bersama kedua-dua tertuduh.

SPRM seharusnya tidak mengambil sikap berat sebelah dan melaksanakan tanggungjawab secara professional, amanah, berintegriti serta bersikap adil dalam memelihara kedaulatan undang-undang rasuah di negara ini.SPRM seharusnya tidak mengambil sikap berat sebelah dan melaksanakan tanggungjawab secara professional, amanah, berintegriti serta bersikap adil dalam memelihara kedaulatan undang-undang rasuah di negara ini

Pecat nazir benarkan ahli politik bukan Islam guna masjid

Posted: 30 Jun 2016 04:32 PM PDT

BERNAMA
 
 
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris ShahSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris ShahSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap sikap sesetengah nazir masjid di negeri ini yang membenarkan rumah ibadat itu digunakan untuk tujuan berpolitik.

Baginda bertitah, terdapat ahli politik yang menggunakan masjid di Selangor untuk menjalankan aktiviti politik mereka.

"Apa yang lebih mendukacitakan lagi ialah ahli politik yang terlibat bukannya beragama Islam…ini secara terang-terangan menyalahgunakan institusi masjid untuk faedah ahli politik berkenaan.

"Jika perlu, perkhidmatan nazir yang terlibat hendaklah ditamatkan dan ditukar kepada orang lain," titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Johan Setia.

Baginda turut berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 295 asnaf, fakir dan miskin serta 148 mualaf.

Sultan bertitah baginda memandang serius perkara itu dan menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meneliti, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya membayar zakat fitrah mereka menerusi amil-amil lantikan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda bertitah, perkara itu penting bagi mengelakkan individu tidak bertanggungjawab atau ejen kutipan dari negeri lain mengambil kesempatan membuat kutipan zakat di Selangor.

Sultan Sharafuddin turut menyeru rakyat Selangor tidak terpengaruh dengan fitnah mempertikaikan kewibawaan LZS sebagai institusi zakat negeri sepertimana disebarkan menerusi media sosial.

"LZS yang diamanahkan untuk mengutip dan mengagihkan zakat adalah sebuah agensi yang telus," titah baginda.

Masjid Kampung Johan Setia yang dirasmikan semalam dibina atas tanah seluas 6.47 hektar dengan kos RM8.5 juta serta mampu menampung 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama penduduk setempat.

Anak Sulung Najib Urus Akaun 1MDB Rupanya.

Posted: 30 Jun 2016 04:32 PM PDT


Susulan aduan terhadap Deloitte dalam isu 1MDB, tumpuan kini beralih kepada seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Nizar, anak pertama Najib, pengarah eksekutif, di perkhidmatan nasihat kewangan syarikat yang dikritik kerana pengendalian akaun 1MDB itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, antara pengkritik paling lantang 1MDB, membangkitkan isu percanggahan kepentingan dalam perkara itu.

"Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte (walaupun dalam unit perniagaan berbeza)," katanya.



 
Rafizi membangkitkan sama ada amalan itu boleh diterima secara terbuka dan profesional kerana ia mempunyai risiko serius ke arah percanggahan kepentingan.

Nizar belum memberikan sebarang respon ketika diminta Malaysiakini berbuat demikian.

Malaysiakini juga telah menghantar e-mel kepada Deloitte berhubung perkara sama dan masih menunggu reaksinya.

Rafizi yang juga seorang akauntan bertauliah dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata terdapat keperluan melihat semula bagaimana empat firma terbesar audit di negara ini beroperasi.

Deloitte antara empat firma audit gergasi di Malaysia selain PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan KPMG.

Sebuah aduan hari ini difailkan terhadap Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.

Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di MIA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa Deloitte Malaysia sengaja dan/atau cuai sehingga gagal mengambil tindakan wajar dan perlu serta mengaudit aliran tunai dan risiko kecairan 1MDB.

Zaman Umno Keturunan dan Perjuangan Sudah Berlalu

Posted: 30 Jun 2016 04:32 PM PDT




MOHON keizinan membuat satu lagi catatan peribadi yang sedikit sebanyak mencerminkan pergolakan politik tanah air kita dan pilihan yang wajib kita lakukan demi kelangsungan (survival) Malaysia.


Hari ini, 29 Jun 2016 genaplah setahun saya menarik diri secara rasmi daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau nama Inggerisnya United Malays National Organisation (Umno).


Saya keluar hampir setahun lebih awal daripada bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri pada awal Mac lalu dan pembuangan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 24 Jun.


Saya menjadi ahli berkartu (card-carrying member) Umno lebih tiga dekad. Saya lahir dan membesar dalam keluarga Umno. Arwah ayah saya menyertai Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946 dan pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian.

Umno bukan Umno saya lagi


Tetapi menjelang pertengahan tahun lepas, saya berasa amat yakin dengan kata-kata ayah saya sebelum dia meninggal dunia tujuh tahun lalu. Katanya: "Umno hari ini bukan Umno aku lagi."

Tidak berapa lama sebelum dia meninggal, dia juga memberhentikan langganan Utusan Malaysia. Utusan Melayu (jawi) dan kemudiannya Utusan Malaysia adalah bacaan wajib keluarga kami.

Alasan pemberhentian langganan Utusan Malaysia adalah ia "bukan surat khabar aku lagi." Dia membaca Berita Harian sebagai pilihan kedua hanyalah ketika saya menjadi pengarangnya.

Kopi, rokok dan Utusan Melayu/Utusan Malaysia adalah permulaan harinya untuk berpuluh tahun lamanya. Dia berhenti merokok dan membaca Utusan, tetapi terus meminum kopi. Dia juga tidak keluar Umno secara rasmi seperti saya.

Melayu dan Umno

 

Ramai orang Melayu menjadi ahli Umno kerana talian sejarah. Bagi mereka Umno adalah parti keturunan. Merekalah ahli sebenar (tulen/original) Umno. 

Mereka menjadi ahli kerana altruisme. Mereka tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Bagi mereka, Umno adalah parti merdeka, parti pembela bangsa dan parti yang membawa pembangunan.

Hari ini, ramai ahli Umno adalah ahli rekrut. Ahli yang diheret masuk hinggakan ada yang tidak tahu pun yang mereka ahli Umno. Nama mereka didaftarkan oleh Ketua Cawangan dan yuran dibayar bagi pihak mereka.

Bilangan ahli keturunan semakin hari semakin kecil. Secara literal, Umno mati bersama kematian mereka. Boleh kata semua pendukung Umno dari generasi ayah saya sudah tidak ada lagi.

Ayah saya mewajibkan anak-anaknya balik mengundi menggunakan "petua" ("fatwa") derhaka kalau tidak balik mengundi. Tapi pada Pilihan Raya Umum 2008, dia tidak mengeluarkan lagi petua itu. 

Adik saya yang tugasnya membawa ibu dan ayah saya mengundi memberitahu mereka tidak keluar mengundi pada pilihan raya Umum 2013.

Sejak beberapa hari lalu, berikutan pembuangan Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ramai bertanya pendapat saya mengenai kalau mereka juga perlu keluar Umno.

Saya kata, saya mungkin bukan orang paling sesuai menjawabnya kerana saya tidak berkecuali. Saya tidak berkecuali kerana saya telah mendahului mereka keluar Umno. Sentimen saya diwarnai oleh tindakan itu.

Biar Najib Tahu

Cuma saya kata, kalau hendak keluar eloklah buat secara rasmi macam saya buat supaya Presiden Umno, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, Mohd Najib Abdul Razak, tahu.

Biar Mohd Najib tahu kita keluar Umno. Dia tak peduli tak apa.

Saya mengutus surat penarikan diri kepada Ketua Cawangan saya dengan salinan kepada Ketua Bahagian dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia.
Saya nyatakan sebab-sebab saya tarik diri. Antaranya saya tidak dapat lagi menerima kepemimpinan Umno yang dikepalai Mohd Najib dan kalau saya kekal pun, saya akan menjadi duri dalam daging dengan kritikan-kritikan saya.

Dalam kes saya, Setiausaha Kerja Umno pusat, Datuk Rauf Yusoh mengesahkan penarikan diri saya dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan saya kepada parti selama ini.

Saya kata lagi, mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) boleh kembali semula ke pangkuan Umno jika keadaan berubah mengikut apa yang mereka idamkan.

Buat saat ini, apa yang boleh saya katakan adalah amat menyedihkan bahawa Umno yang berjaya memperbaiki kehidupan generasi ayah saya dan mengangkat generasi saya menjadi warga kelas menengah kini tidak lagi mampu menjamin kehidupan generasi anak dan cucu saya.  

Bagi saya, era Umno sudah berlalu. Begitu juga PAS. Cara Umno dan PAS mengepung dan mengandangkan orang Melayu-Islam dengan menggembar-gemburkan sentimen bangsa dan agama tidak boleh diterima lagi.

Jika diteruskan ia akan mengepung orang Melayu-Islam dalam penjara minda yang semakin hari semakin sempit, mundur, jumud, tidak bertoleransi dan anti-kemajuan.

Kita perlu tabur angin perubahan supaya kita boleh melayari ombak perubahan.

Wallahuaklam.

Kalau tangkap Guan Eng satu strategi, ia adalah suatu kesilapan?

Posted: 30 Jun 2016 04:26 PM PDT

MSO

Walaupun tindakan SPRM menahan dan akan mendakwa Lim Guan Eng (foto) atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo dan penyalahgunakan kuasa(?) esok mempunyai bukti jelas, dan kalau pun selepas ini Kertua Menteri Pulau Pinang itu didapati bersalah, hilang kedudukan sebagai wakil rakyat, ia tetap akan dilihat sebagai satu tindakan politik.

Tindakan politik yang rakus dan dianggap sebagai rasis yang akan menjadi sebutan dan mainan sejarah selamanya. Tindakan keatas Guan Eng sebagai kesenimbungan tindakan untuk meleburkan kerjaya politik yang disandangnya. Sebelum ini Guan Eng dikenakan berbagai-bagai tindakan termasuk di penjara. Cuma tuduhan meliwat sahaja tidak dibuat.

Tindakan dan sekatan ke atas Guan Eng tidak syak lagi kerana pemimpin pelapis Cina pembangkang ini menunjukkan political will dan keberaniannya yang luar biasa. Tidak sia-sia Guan Eng menjadi anak Lim Kit Siang.

Dalam suasana hari ini dimana politik Malaysia disulami dengan elemen perkauman, agama, sentiman budaya dan sebagainya, persepsi demikian tidak dapat dielakkan. Masyarakat Cina akan melihat tindakan ke Guan Eng itu ke arah itu. Akan ada definasi dan tafsiran harfiah demikian dibuat.

Ada bahayanya tindakan itu, dan di sinilah timbul sedikit dilema kepada SPRM sebagai badan pemantau. Badan itu akan disuluh sebagai menjadi alat kepada penguasa seperti beberapa institusi lain. SPRM akan dituduh agensi Umno yang berkesan untuk meleburkan kerjaya politik Guan Eng. Kegagalan badan itu dalam membawa kes berprofil tinggi ke mahkamah, kerana dihalang secara tektikal oleh Peguam Negara, meletakkan ia dalam keadaan separuh bersih dan kotor.

SPRM akan dilihat sebagai institusi kerajaan yang ditubuh atas kepentingan rakyat tetapi digunakan sepenuhnya untuk kepentingan pemimpin tertentu Umno. Peletakan jawatan pegawai tinggi suruhanjaya itu sepanjang tahun ini mengesahkan badan itu gagal berfungsi dan digerakan untuk kepentingan rakyat yang bertentangan dengan prinsip perwujudannya.

Apabila kes membabitkan Guan Eng begitu mudah diproses dan didakwa, manakala kes-kes lain jadi sebaliknya, menyebabkan tanggapan semakin menebal. Sebagai orang Cina dan pemimpin pelapis daripada DAP yang berpotensi serta berjaya pula menunjukkan daya kepimpinan di Pulau Mutiara, sudah pasti apa dialami Guan Eng itu mendapat simpati orang Cina. Sentimen kecinaan akan meruap.

Jika penangkapan Guan Eng itu kemudian hukuman yang bakal dikenakan atasnya bermotif politik melumpukan DAP dan Pakatan Harapan, dan dalam masa sama diharap ia memberi mata kepada BN - Umno ia satu kesilapan. Ia bukan tindakan bijak sebaliknya ia seperti menanam benih kerugian buat BN-Umno sepanjang zaman di Pulau Pinang.

Umno tidak akan menjadi kuat dan mendapat sokongan besar di Pulau Pinang. Realiti politik di Pulau Pinang sepatutnya disedari oleh perancang (master-minda)  Umno yang parti Melayu itu memerlukan sokongan Cina, baik Gerakan, MCA maupun DAP serta orang Cina yang tidak membelangkan kepihakannya untuk mentadbir negeri berkenaan. Umno tidak dapat berharap kepada sokongan Melayu termasuk daripada Melayu Pas semata-mata.

Di Pulau Pinang Pas hanya kuat membunyikan takbir, membuat cemuhan berunsur agama tetapi tenaga tidak ada.

Suka atau tidak, Pulau Pinang sudah menjadi milik Cina manakala Seberang Perai atau kawasan darat menjadi milik Melayu. Secara tidak langsung ia terbentuk pembahagian sempadan demikian. Hakikat yang perlu diketahui, Pulau Pinang itu sendiri dikuasai oleh masyarakat Cina dari segi pembangunan, pemilikan hartanah dan sebagainya. Atas hakikat itu BN, (baca Umno) hanya mampu mentadbir dengan sokongan bersama orang Cina.

Sekiranya sentimen kecinaan nyala dan menjadi panas membara ekoran penangkapan Guan Eng itu ia memberi kesan buruk kepada Umno. Orang Melayu hanya akan menang sorak di pulau itu tetapi kalah dalam hakikat perjuangan politik. Apakah untungnya Umno (Melayu), kalau BN berjaya merampas negeri itu, tetapi penerajunya tetap orang Cina. Jika BN menang tidak mungkin Ketua Menterinya daripada Umno.

Sebelum ini berdekad Ketua Menteri Pulau Pinang disandang orang Cina walaupun dari segi kerusi Umno mengatasi kerusi Gerakan, dua kerusi. Majoriti menerusi sistem demokrasi Malaysia tidak berlaku di Pulau Pinang.

Pada saya pendekatan dan strategi Umno menyerang DAP bukan satu yang bijak. Menyerang DAP semacam menyakiti hati orang Cina di Penang khasnya dan orang Cina di bandar-bandar lain. Adalah lebih baik kalau Umno mengambil strategi berlunak dan melayan DAP dengan penuh profesional dan fatanah.
Bagaimana Guan Eng berjaya menjinak hati orang Melayu dengan kedudukannya sebagai KM, nah, begitu juga sepatut Umno lakukan terhadap orang Cina.

Kini penyelesaian untuk melendik dan mendamaikan hati orang Cina yang diharap akan memberi sokongan kepada Umno sudah tidak ada lagi. Ia memberai. Penangkapan Guan Eng itu menjadi bara yang memanaskan keadaan dan tidak mustahil akan membibitkan kebencian berpanjangan, orang Cina kepada berjois Umno. Natijah dari itu dalam pertarungan politik di Pulau Pinang ini selamanya tidak akan memenangkan Melayu (Umno).

Suatu solusi menang-menang mungkin perlu difikirkan sebelum keadaan kian melarat.

Comments (0)