Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEMIMPIN PKR HINA SULTAN SELANGOR

Posted: 13 Jul 2016 05:15 PM PDT


darrelNaib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking menuduh Selangor sedang diperintah kumpulan ekstremis berikutan kandungan khutbah Aidilfitri yang menyentuh mengenai Rang Undang Undang Syariah.
Ia sekaligus menuduh Sultan Selangor sebagai ketua kepada kumpulan ekstremis berikutan sifatnya sebagai Ketua Agama Negeri di Selangor.
"Ia mula kelihatan seperti ektremis sedang mentadbir Negeri Selangor!" katanya ketika mengulas laporan Malaysiakini yang menyebut Khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan oleh JAIS baru-baru ini melafazkan kesyukuran terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi kerana berjaya membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat yang disifatkannya sebagai kemenangan bagi umat Islam.
Khutbah itu juga turut mengucapkan kesyukuran apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak cabaran daripada kumpulan Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai 'sesat'.
Malaysiakini mendakwa Khubah itu telah dibacakan di masjid-masjid seluruh Selangor.
Darrel turut menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil memberi penjelasan berhubung dengan khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memuji rang undang-undang persendirian yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Serius, Menteri Besar Selangor Azmin Ali perlu menjelaskan sama ada beliau bersetuju dengan JAIS berkaitan kedudukan ini," katanya dalam Facebook.

SOALAN PEPERIKSAAN: BODOH MACAM ? NGA KOR MING ?

Posted: 13 Jul 2016 07:27 AM PDT

   
  

Comments (0)