Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:58 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BREAKING NEWS: DUN PULAU PINANG BUBAR PETANG INI?

Posted: 19 Jul 2016 10:20 PM PDT

   
   

MENJELANG PRU14: ANWAR DIJANGKA MENYERTAI BLOK NAJIB, MANAKALA DAP BERGANTUNG KEPADA TUN M

Posted: 19 Jul 2016 09:06 PM PDT

Hasil carian imej untuk LIM KIT SIANG TUN MAHATHIR
PRU 14: GABUNGAN LKS DENGAN PARTI BARU
Hasil carian imej untuk anwar najb
                                                PRU 14: REKONSILIASI ANWAR, NAJIB HJ.HADI

SARJANA MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT CADANG REKONSILIASI KEDUA ANWAR-NAJIB

Nampaknya usaha menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia memasuki episod terbaharu dengan penubuhan parti baharu yang digerakkan oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Walaupun DS Anwar Ibrahim meminta pemimpin-pemimpin PKR supaya berhati-hati, namun segelintir daripada mereka alpa dengan apa yang dialami Anwar pada tahun 1998. Anwar terpaksa menulis surat panjang lebar ini. Anwar sangat-sangat kecewa.

Manakala, DAP dan PAN menyokong gerakan Tun M dengan harapan mereka akan mendapat kredit dan keuntungan daripada nama besar Tun M. Namun begitu, mereka sekali lagi terkejut kerana Pakatan Harapan kalah terok di Sarawak. Malah kedua-dua calon Pakatan Harapan kalah terok di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Sebalikya majoriti calon BN melonjak kepada 6,000 dan 9,000 lebih. 

Terkini, Tun M dikhabarkan akan menubuhkan sebuah parti baharu. Ulasan terawal dari DSP Pairin Kitingan di sini perlu anda baca semula. 

Semalam saya menerima beberapa teks daripada seorang sarjana Melayu di sebuah universiti terbaik di Amerika Syarikat. Katanya, "Anda terlibat sepenuhya dalam rekonsiliasi pertama dahulu (2013). Kami di sini mahu anda melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Kami mahu anda tahu bahawa di dalam PKR, terdapat ramai kelompok yang berbeza-beza, samalah juga keadaannya di dalam PAS dan UMNO. Kami mahu anda sedar, golongan Islam-Nasionalis dalam PKR menyedari keadaan yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan. Mereka mahu membantu !".

Kedua, katanya "usaha Tun M menjatuhkan Najib tidak akan berhenti sehingga Najib meletak jawatan. Seorang doktor perubatan tidak akan berhenti melakukan prosedur sehingga menemui prosedur yang terbaik, sama ada akhirnya risiko patientitu hidup atau mati".

Sambungnya lagi, "anda mesti sambung semula rekonsiliasi kedua".

Berbalik kepada Rekonsiliasi kedua Anwar-Najib. Jika Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan segelintir pemimpin PKR yang alpa itu mahu menyertai Tun M menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, apakah Anwar dan keluarganya, kumpulan Islam-Nasionalis dalam PKR dan kumpulan Pro-Reformasi 1998 tidak boleh bekerjasama dengan Najib? Bukankah Najib, Anwar dan Zahid tidak ada masalah? Jika rekonsiliasi pertama dahulu berjaya, Nurul Izzah dan beberapa wakil rakyat PKR sudah pun menjadi menteri penuh dan menjadi sebahagian daripada anggota kabinet.

Saya telah dimarahi oleh pemimpin di Jakarta, "kita hampir berjaya tetapi anda telah menggagalkannya". Mungkin saya perlu menerangkan lebih lanjut mengapa ianya akhirnya menemui kegagalan. Namun pertemuan saya dengan DS Najib di sini akan disusuli di Malaysia.

Bagaimana pandangan anda? Bagi saya, kemaslahatan negara, keamanan dan keharmonian lebih utama. Dalam kita disajikan dengan kemelut politik orang yang sama, orang-orang itu juga, mereka-mereka juga, kita sebagai rakyat hendak ke mana? Mempertahankan kerajaan, negara atau individu?


Bersambung...


SUMBER

Comments (0)