Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:09 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS PERSOAL DAP KENAPA NAK SELAMATKAN LIM GUAN ENG SAHAJA ?

Posted: 29 Jul 2016 05:57 AM PDT

Hasrat dan usaha DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut kononnya bagi mengukur tahap keyakinan orang awam terhadap Kerajaan Pulau Pinang teraju parti itu berikutan pertuduhan dan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang dihadapi oleh Lim Guan Eng (LGE) dilihat sebagai memperjudikan proses demokrasi.

Mengakui bahawa institusi kehakiman mesti telus dan bebas dalam perbicaraan kes ini dan diberikan ruang sewajarnya untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh integriti. LGE juga tidak wajar dipersalahkan sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Namun, orang awam juga tidak boleh diperalatkan dan diheret sama untuk menghakimi kes ini berasaskan kepada persepsi semata-mata dan sehingga menimbulkan prejudis pula terhadap institusi kehakiman dan keputusan yang dibuat olehnya.

Sekiranya benar DAP mahu mengukur tahap keyakinan terhadapnya, tindakan yang lebih berobjektif yang patut dilaksanakan oleh DAP ialah menyegerakan pemilihan parti; bukannya menangguhkan lagi proses itu. Keyakinan ahli-ahli parti terhadap parti sendiri adalah lebih utama untuk diukur dahulu.

Pilihan lain ialah dengan mengadakan pilihan raya itu selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah. Barulah rakyat dapat membuat keputusan berdasarkan sesuatu yang telah pasti.

Sekiranya LGE didapati tidak bersalah, DAP pasti mendapat sokongan yang lebih padu daripada rakyat Pulau Pinang. Sekiranya LGE disahkan bersalah pula, rakyat Pulau Pinang terselamat daripada terus memberikan mandat pemerintahan kepada pemimpin dan parti yang tidak cekap, tidak berakauntabiliti dan tidak telus.

Hakikatnya, ketiadaan kata putus lagi berhubung pilihanraya ini bukanlah kerana menunggu konsensus parti komponen Pakatan Harapan (PH); sebaliknya ialah kerana DAP sendiri tidak meyakini keupayaan dirinya sendiri untuk berhadapan dengan pilihanraya itu. Sekurang-kurangnya dengan persetujuan daripada PKR dan PAN, tidaklah DAP boleh dipersalahkan berseorangan sekiranya keputusan tidak menyebelahi mereka.

Namun sekiranya pilihan raya diadakan pada bila-bila masa juga di negeri itu, insya Allah PAS bersedia untuk bertanding.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Julai 2016 | 24 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 29/7/2016

Comments (0)