Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:06 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


THERESA KOK PERSENDA SOLAT HAJAT, JABATAN AGAMA NEGERI SELANGOR DIAM DIRI DAN PEKAK BUTA ?

Posted: 24 Jul 2016 08:30 AM PDT

kok1

Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Mohd Shahir hairan dengan cara berpolitik Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok yang sanggup mempertikaikan amalan solat hajat umat Islam.
Roslan berkata kecuali Teresa Kok, tidak ada mana-mana pemimpin politik pembangkang, termasuk Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang berani mempertikaikan amalan umat Islam itu.
"Tidak pernah seingat saya dalam sejarah politik Malaysia siapa pun berani kritik, pertikai apalagi persenda usaha umat Islam mengadu kepada TuhanNya melalui solat hajat.
"Hatta mendiang Chin Peng yang tiada Tuhan dan merupakan musuh nombor satu negara itu pun tidak pernah perlekeh solat hajat ini.
"Ahli Parlinen Seputeh dari DAP tergamak pertikai dan persenda.
"Padan-padanlah dalam ghairah mahu mengkritik jangan sampai amalan umat Islam pun mahu dipolitikkan ini biadap namanya.
"Tiada adab dan hormat langsung pada amalan agama majoriti rakyat Malaysia. Ahli politik apakah Teresa Kok ini?," soalnya dalam Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Teresa Kok yang memperlekehkan arahan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkenaan arahannya meminta agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar konsert Selena Gomez dibatalkan daripada dianjurkan di negeri itu.
"Arahan diadakan solat hajat oleh EXCO Agama Selangor dikatakan …… "What a joke" ….Suatu lawak.
"Jolok sarang tebuan maka bersedialah tanggung risikonya. Jangan nanti terbit dengan pelbagai alasan tak bermaksud begitu begini. Berani biadap beranilah tanggung risikonya.
"Ini bukan kali pertama beliau persendakan Islam dan penganutnya.
"Umat Islam wajar bangkit dan tolak ahli politik seumpama ini. Peliharalah maruah agama dan aqidah kita,"kata Roslan lagi.

Comments (0)