Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:09 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TUN MAHATHIR SINGKIR ANWAR KALI KEDUA UNTUK KETUAI BLOK PEMBANGKANG

Posted: 18 Jul 2016 06:47 PM PDT


Peranan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto blok pembangkang bakal tersingkir dengan pembentukan pakatan pembangkang yang bahar, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.
Anwar merupakan pemimpin de facto blok pembangkang semasa penubuhan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, namun apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai blok pembangkang itu dengan cadangan parti baharu, nama Pakatan Harapan dijangka bakal diganti dengan nama baharu.
Tan berkata bekas perdana menteri itu berjaya menggulingkan Anwar buat kali kedua selepas bertindak sama ke atas pemimpin nombor dua negara itu pada tahun 1998, sebelum memecat Anwar daripada BN.
"Selepas 18 tahun, nampaknya pembentukan pakatan pembangkang baru oleh Mahathir sekali lagi membawa penyingkiran Anwar, tetapi kali ini sebagai de facto pemimpin pembangkang," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.
"Pemuda Gerakan mengalu-alukan pembentukan pakatan pembangkang baru oleh Mahathir dan tindakannya bakal menggantikan Anwar sebagai pemimpin de facto pembangkang."
Katanya, gabungan Mahathir, dan juga baru-baru ini pembentukan Gabungan Rakyat Saksama adalah tanda-tanda jelas bahawa rakyat telah hilang kepercayaan terhadap pakatan pembangkang Pakatan Harapan.
Mahathir mengumumkan pembentukan sebuah parti baru dan gabungan besar pembangkang selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil di Putrajaya Khamis lalu.

Comments (0)