Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SISTEM PAKATAN RAKYAT DIKUASAI DAP MEROSAKKAN DAN BATIL KATA PAS

Posted: 17 Jul 2016 06:19 PM PDT

Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) dan perkara itu tidak mungkin akan berlaku, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
"Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat (PR), sistem dwi-parti yang kini sedang diusahakan semula PH banyak keburukan, sebab itu PAS cuba membina satu sistem politik baharu.
"Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.
"Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara," katanya.
Tambahnya, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan supaya memperbetulkan hala tuju serangan mereka.
"Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang UMNO, jadikan UMNO sebagai musuh politik, itu sahaja,"katanya.
Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia hanya dalam konteks berhadapan dengan UMNO.
"(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.
"Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama UMNO. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.
"Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang UMNO, PAS konsisten menentang UMNO," katanya lagi.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turut menegaskan bahawa cadangan gencatan senjata itu adalah idea peribadi Tuan Ibrahim dan bukannya keputusan rasmi PAS.
Katanya, PAS tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu keputusan parti perlu diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakil yang diamanahkannya.
"Bagaimanapun, lontaran idea daripada timbalan presiden itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.
"Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut," katanya.

Comments (1)

Thanks for sharing article like this. The way you have stated everything above is quite awesome. Keep blogging like this. Thanks a lot.

Dot Net Training in Chennai Thiruvanmiyur