Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANTARA ANWAR DAN ERDOGAN SIAPA HEBAT SIAPA BERMIMPI ? SIAPA BUNUH POLITIK ANWAR? MARI BACA INI

Posted: 16 Jul 2016 08:53 PM PDT



hnaiJauh beza sokongan terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan di Turki dengan Anwar Ibrahim di Malaysia, kata Hanisya Abdul Hamid.
Facebooker yang juga ahli PKR itu membuat perbandingan sokongan rakyat terhadap Erdogan ketika menghadapi cubaan merampas kuasa oleh pihak tentera di Turki dengan sokongan Anwar selepas berstatus banduan di Penjara Sungai Buloh.
"Pernah ada percubaan ingin menyamakan AKP Turki pimpinan Erdogan disamakan dengan PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bila ada percubaan segelintir pegawai tentera mau merampas kuasa di Turki ratusan ribu penyokong AKP turun ke jalan raya tunjukkan sokongan dan solidariti kepada Presiden Erdogan, sedangkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Mahkamah Tinggi semalam tidak sampai sepuluh orang yang muncul memberikan sokongan moral.
"Antara semangat juang dengan sembang kencang,"katanya dalam Facebook hari ini.
haniHanisya bertanya adakah kemerosotan sokongan terhadap Anwar yang semakin merudum itu disebabkan kemunculan Tun Mahathir Mohamed bersama blok pembangkang yang telah mengambil alih tempatnya.
"Apakah ini kesan dan impak apabila Tun Mahathir sudah bersama-sama dengan Pakatan Harapan????
"Otai-otai Reformasi Tulen '98 yang masih bersama-sama dengan DSAI tidak sampai sepuluh orang????
"Rakaman gambar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam walaupun sudah diwar-warkan bahawa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar semalam.
"Tiada nampak kelibat dan bayang AMK maupun pemimpin-pemimpin PKR dan PH.
"Apakah ini suatu mesej dan isyarat bahawa sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pemimpin-pemimpin PH terutamanya PKR sudah pudar???
"Sudah dapat gading bertuah (Mahathir) tanduk (DSAI) sudah tidak berguna lagi?????, "soalnya.
hazwan
ir

MINTA MAAF, PAS TIDAK AKAN NAIK BAHTERA YANG KELAM-KABUTAN

Posted: 16 Jul 2016 12:31 AM PDT


MARANG: PAS akan mengkaji secara teliti cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berhasrat menubuhkan parti politik baharu.
Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak akan bersama dengan 'bahtera' yang kelam kabut.
Menurutnya, PAS tidak akan terburu-buru dan akan berbincang secara terperinci melalui Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jawatankuasa Politik dan Majlis Syura Ulamak (MSU).
"Saya kena baca secara teliti cadangan itu. Saya tengok awal-awal lagi sudah dalam keadaan yang kelam kabut. PAS tidak akan naik 'bahtera' yang kelam kabut.
"Apatah lagi kita dapati kerjasama dengan parti-parti yang menentang perjuangan kita, menentang Islam.
"Pendirian kita adalah mengikut sempadan parti kita. Kita tak terburu-buru dan kita akan bincang secara terperinci.
"PAS ada Jawatankuasa Politik, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak. Jawatankuasa PAS Pusat itu secara umum, Jawatankuasa Politik itu dari segi strategi, Majlis Syura Ulamak pula melihat batas sempadan Islam," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil media selepas menyampaian Kuliah Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan cadangan mana-mana pihak menubuhkan parti politik dibenarkan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
"Tubuh parti baharu ini hak masing-masing dalam negara demokrasi, termasuklah jika kerajaan benar parti komunis pun boleh tubuh, jika kerajaan benar parti Komunis tetapi diluluskan oleh kerajaanlah.
"Kita tidak boleh halang dari segi kitanya, kita bekerjasama mengikut sempadan kitalah. Kerjasama dalam perkara yang adil, perubahan yang baik.
"Jangan sentuh Islam. Dasar PAS, matlamat perjuangan PAS, agenda perjuangan PAS jangan disentuh. Itu jika ada orang cuba halang kita akan lawan termasuk Umno ke, DAP ke, PKR ke, Tun Mahathir ke siapa? Itu sempadan dia," tegasnya – Harakahdaily

Comments (0)