Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:58 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIDEO: SUSULAN RASUAH LIM GUAN ENG,AHLI DAP KELUAR PARTI,

Posted: 14 Jul 2016 11:35 PM PDT


Hew Kuan Yau yang sering digelar sebagai 'Superman' hari ini mengumumkan keluar daripada partinya, DAP.
Dia membuat keputusan drastik itu susulan kenyataannya menyokong Beijing menuntut Laut China Selatan telah dikecam pelbagai pihak.
"Untuk 'gambaran besar' DAP, saya umumkan keluar parti,"katanya dalam Facebook hari ini.Katanya, musuh politik DAP telah menjadikannya sebagai alasan untuk menyerang parti itu, sambil menambah bahawa kenyataannya telah diputarbelitkan.
Hew yang juga Pengerusi DAP Teluk Intan berkata, dia tidak mempunyai kepentingan dalam politik malah enggan menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) lepas dan pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan.
Tambah Hew, keputusan untuk keluar daripada DAP adakah pilihannya sendiri.
Pada PRK Teluk Intan tahun lalu, nama Hew disebut-sebut sebagai salah seorang calon yang sepatutnya bertanding di Parlimen itu.
Dilaporkan semasa DAP mahu menentukan siapakah calon PRK Teluk Intan sekurang-kurangnya terdapat dua calon yang mewakili puak berbeza iaitu Hew dan Chong Zhe Min, Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.
Hew dikatakan tidak pro-Nga dan disisihkan dari arena politik DAP Perak.
Sebagai jalan tengah untuk mengatasi perbalahan puak itu, DAP memilih Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofea Mohd Daud sebagai calon DAP PRK Teluk Intan
Akibatnya, Dyana Sofea tewas kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong pada PRK itu.
Hew juga pernah mengkritik Kit Siang dalam satu buku yang dilancarkan pada tahun 2007 dedah Xu Guo Wei, dari Nanyang Siang Pau.
"Lim Kit Siang adalah DAP dan DAP adalah Lim Kit Siang", kata Hew dalam bukunya itu dengan menggambarkan kekuasaan Kit Siang yang terlalu dominan dalam parti itu.
Hew juga turut membandingkan dua jawatan yang pernah dipegang Kit Siang iaitu Setiausaha Agung DAP yang dipegang selama 30 tahun (1969-1969) dengan Pengerusi DAP selama 5 tahun (1999-2004)
"Seseorang telah bertanya berkenaan DAP, yang mana lebih berkuasa, Pengerusi DAP atau Setiausaha Agung DAP ? Jawapannya tidak pada kedua-dua jawatan itu. Ia bergantung kepada di mana kedudukan jawatan Lim Kit Siang, maka jawatan itu yang akan menjadi paling berkuasa," kata Hew secara berjenaka.
Rahsia Kit Siang kekal berkuasa dalam DAP turut didedahkan iaitu dengan mempraktikkan polisi pecah dan perintah dalam parti itu.
"Kit Siang tidak akan membenarkan sebarang langkah yang mahu mencabarnya. Dia memilih antara 'mempertahankan' dan 'penghapusan' .. dalam menangani persaingan puak -puak dan mengamalkan budaya berpihak kepada satu puak .. sebagai cara untuk mengawal puak yang lain.
"Ini akan mengakibatkan layanan dibuat secara tidak adil berkaitan dengan ganjaran dan hukuman.
"(Sebab itu), sesiapa yang komited dengan pembaharuan demokrasi, kebiasaannya akan memilih jalan untuk meninggalkan parti, jika mereka tidak boleh akur dengan sikap keras kepala Kit Siang dan amalan berpuak-puak dalam parti," ulas wartawan Nanyang Siang Pau yang berdasarkan kenyataan Hew daripada bukunya itu.
Menurut rekod, Hew merupakan Setiausaha DAPSY Kebangsaan, ketika pemuda sosialis DAP itu diketuai Teng Chang Khim.
Ketika itu, Nga juga merupakan salah seorang anggota DAPSY, tetapi tidak sealiran dengan Chang Khim.
Chang Khim yang merupakan ADUN DAP Sungai Pinang merupakan pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Kit Siang sejak dari tahun 2001.
Pada Julai 2001, Chang Khim yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua DAPSY Kebangsaan telah menasihatkan Kit Siang mengundurkan diri daripada barisan kepimpinan DAP menjelang pemilihan pusat parti itu pada 18 Ogos tahun itu.
Chang Khim berkata, Kit Siang perlu berbuat demikian bagi memberi peluang kepada DAP diterajui oleh generasi pemimpin baharu.
Menurutnya, Kit Siang sepatutnya berundur kerana sudah memegang jawatan tertinggi parti itu sejak 32 tahun lalu termasuk memegang jawatan setiausaha agung dan pengerusi sejak 1969.
Kit Siang sebelum ini pernah menyatakan hasrat melepaskan jawatan setiausaha agung sebanyak enam kali sejak 1980 iaitu selepas kekalahan DAP dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi berbuat demikian apabila beberapa pemimpin parti itu mengambil keputusan keluar parti.
Kit Siang juga menyatakan hasrat yang sama pada tahun 1986, 1990 dan 1995 setelah gagal menawan Pulau Pinang yang digerakkan melalui tiga siri projek `Tanjung.'

RAKYAT PULAU PINANG DIKEJUTKAN DENGAN PEMBUBARAN KERAJAAN DAP, PILIHANRAYA LAGI

Posted: 14 Jul 2016 01:34 AM PDT


Tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, tegas pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
Chow yang juga exco Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri berkata demikian ketika mengulas desas desus DUN Pulau Pinang akan dibubarkan selepas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
"Saya tidak bercadang menambah apa-apa perkara yang baharu sebab tidak ada perkara yang baharu berlaku.
"Tidak ada apa-apa keputusan untuk membawa isu ini (pembubaran DUN) untuk perbincangan di peringkat yang lain sama ada peringkat parti (DAP) di pusat, mahupun di peringkat Pakatan Harapan" katanya.
Walau bagaimanapun Chow turut mengaku usul pembubaran DUN itu pernah dibincangkan selepas Guan Eng didakwa di mahkamah.
Laporan media sebelum ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang difailkan terhadap Ketua Menteri Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.
Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Guan Eng dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.
Bagaimanapun, Ramasamy dilapor berkata tiada keputusan dibuat tentang perkara itu dan ia hanya dibincangkan pada mesyuarat DAP di Pulau Pinang baru-baru ini.
chow

Comments (0)