Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:52 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Gila @ngakorming Sambut Aidil Fitri Dengan Bendera Amerika Syarikat

Posted: 05 Jul 2016 10:47 PM PDT

Adakah Ahli Parlimen Taiping baru tinggal di Malaysia sehingga beliau melupakan adat resam kaum Melayu Islam di Malaysia? Dengan menggunakan kalimah 'In God We Trust', inilah cara beliau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Umat Islam di Malaysia.

Tambah menyakitkan hati apabila poster ucapan perayaan beliau berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat. Sungguh tidak patriotik dan tidak bersemangat kebangsaan. Dalam perkataan lain, Ahli Parlimen DAP ini amat kurang ajar.

Apa maksud Nga Kor Ming apabila beliau kata "Lord, guide our Nation back to you." Apa maksud beliau Amerika Syarikat sebagai 'Nation'. Itu bukan negara kami!

Ucapan Hari Raya Tun Dr Mahathir Masih Berkisar Kekalahan #PRKSgBesar Dan #PRKKualaKangsar - Sudah Kalah Kalahlah!

Posted: 05 Jul 2016 07:38 PM PDT

Tidak boleh sehari di dalam 365 hari dalam setahun, Mantan Perdana Menteri dapat menulis sesuatu yang baik di dalam blog beliau. Sebaliknya di petang ambang Syawal, beliau masih memilih untuk mengomel dan melahirkan ketidak puasan hati nengenai kekalahan Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan dan Sungai Besar.

Sehinggakan tajuk posting beliau di ambang Aidil Fitri bertajuk 'Rasuah II'. Kita akui Tun Dr Mahathir suci dan maksum. Tiada pernah melakukan sebarang rasuah atau nemiliki sebarang kroni di zaman pemerintahan beliau selama 22 tahun. Oleh itu, wajarlah beliau mengungkapkan ucapan berikut di ambang Aidil Fitri semalam kepada Umat Islam di Malaysia.
Amatlah menyedihkan apabila didapati yang teramai dari orang yang menyuap dan memakan rasuah ialah orang Islam. Sebabnya ialah kerana tidak ada tekanan oleh mereka yang bertanggungjawab mendidik akan haramnya rasuah dan pentingnya ia ditolak. Justeru itu ia tidak termasuk dalam nilai hidup yang dipegang sebagai sebahagian dari budaya orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya.

Comments (0)