Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:36 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Kenapa Dokumen Berikut Tidak Didedahkan Dalam Siasatan FBI dan DoJ?

Posted: 25 Jul 2016 12:17 AM PDT

Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi.

1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan. Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka.

Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di dalam siasatan FBI bersama Jho Low.

Semasa perjanjian ditandatangani, 1MDB juga telah melibatkan peguam dalaman dan luaran untuk mengesahkan bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen Sijil Pematuhan (Certificate of Incumbency) telah dikepilkan bersama oleh Aabar di BVI, syarikat yang sedang di dalam pertikaian. Sijil ini telah dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) yang berpangkalan di Hong Kong. OIL merupakan peneraju di dalam perbadanan antarabangsa dan perkhidmatan korporat.

Sijil Pematuhan tersebut telah mengesahkan bahawa dua orang pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Aabar Investments PJS, dan pemegang saham tunggal adalah Aabar Investments PJS di Abu Dhabi. Berpangkalan di Hong Kong, OIL mempunyai pejabat di BVI, Singapore, Taiwan, Shanghai, Beijing, Chenzen, Guangzhou, UK, Cyprus dan Dubai serta mempunyai sekitar 220 kakitangan.

Sekiranya dokumen rasmi, Pengerusi kepada syarikat induk, Pengarah Pengurusan kepada syarikat induk dan kedua-dua peguam dalaman dan luaran mengesahkan kepada 1MDB bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki secara sah oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, apa lagi yang 1MDB boleh lakukan untuk mengesahkan bahawa syarikat di BVI tersebut bukanlah sebuah syarikat yang palsu?




Sandiwara John Mallot Dalam Isu Saman Sivil DoJ

Posted: 24 Jul 2016 05:56 PM PDT

Berkatalah John F Mallot, mantan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, 
"The Federal Bureau of Investigation (FBI) and the Department of Justice (DOJ) filing was meticulous, thorough, and totally professional. The evidence is all there. It even includes the transcripts of wiretapped phone calls of a panicked Jho Low talking to his bankers."
Walau bagaimanapun, hujah Mallot gagal dijawab dengan soalan berikut,
Jika semua bukti ada dan kukuh, kenapa Jabatan Kehakiman AS memilih saman sivil dan bukan terus mendakwa setiap penama di mahkamah?
Seterusnya, Mallot berhujah, 
"Thanks to the FBI and DOJ, it is so clear. We know where the money came from. It was stolen from the Malaysian people, through 1MDB. Your money, not ours."
Buat pengetahuan semua, 1MDB tidak pernah membuat aduan dan laporan polis bahawa wang mereka telah dicuri. Mereka telah membuktikan dengan dokumen dan penyata kewangan diaudit. Sehingga kini yang melaporkan wang 1MDB adalah media dan pengikut Tun Dr Mahathir.

Ironinya, media yang sama, Wall Street Journal, Sarawak Report dan sepertinya, melaporkan bahawa pihak yang mengadu gagal mengesan wang di dalam akaun mereka dan mengadu bahawa mereka kehilangan wang adalah IPIC dan Aabar. Mallot gagal menjawab kenapa Peguam Negara AS Loretta Lynch gagal membuat prosiding yang sama untuk mengesan wang IPIC dan Aabar yang dicuri.

Sepatutnya retorik Mallot dan Lynch adalah untuk mengesan wang yang hilang dicuri daripada rakyat Abu Dhabi dan memulangkannya kembali kepada rakyat Abu Dhabi, terutamanya IPIC dan Aabar supaya mereka boleh meneruskan komitmen mereka sebagai penjamin kepada segala bon, sukuk dan pinjaman kepada 1MDB. Tidakkah AS, Mallot dan Lynch kasihan wang rakyat Abu Dhabi terpaksa digunakan untuk membayar keuntungan dan nilai bon, sukuk serta pinjaman 1MDB ini?

Lagipun, jika melihat segala bukti dan rajah-rajah pengaliran wang yang dikeluarkan, termasuk "rakaman perbualan Jho Low yang sedang panik yang berada dalam simpanan FBI", bolehkah kita cadangkan jalan yang lebih cepat untuk menghukum para pesalah dan memulangkan wang yang kononnya dicuri ini ialah dengan mendakwa mereka di mahkamah. Bukankah dengan segala 'bukti kukuh' yang FBI ada, dakwaan di bawah 'criminal suit' adalah jalan yang lebih mudah dan singkat?

Penjenayah MH17 Akan Dibawa Ke Muka Pengadilan - DS Liow

Posted: 16 Jul 2016 08:00 PM PDT

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai berkata Malaysia berharap akan menerima laporan muktamad mengenai penyelidikan forensik berkaitan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine dua tahun lepas, menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata laporan siasatan yang dijalankan Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) dianggotai Australia, Brazil, Belgium, Belanda dan Ukraine itu juga akan mengandungi jenis senjata yang digunakan serta maklumat penting lain secara terperinci.

Katanya Kerajaan Malaysia juga berharap masyarakat antarabangsa akan terus memberi sokongan mereka dalam memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu dikenakan tindakan atas perbuatan mereka.

Dalam Kenyataan Media semalam bersempena ulang tahun kedua tragedi MH17, DS Liow berkata, "Dua tahun lepas, 298 nyawa hilang dalam jenayah tidak berperikemanusiaan dan tidak adil yang mengakibatkan Penerbangan MH17 terhempas." Pesawat Boeing B777 itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

DS Liow berkata, melalui sisatan jenayah yang sedang dilakukan, pasukan JIT terus komited dan berazam untuk memastikan penjenayah yang bertanggungjawab menyebabkan begitu banyak manusia tidak bersalah kehilangan nyawa, akan dikenakan hukuman setimpal.

Beliau mengulangi seruan agar langit di seluruh dunia dipastikan berada dalam keadaan lebih selamat. Kerjasama antarabangsa perlu dipertingkat bagi meningkatkan standard keselamatan penerbangan awam. Ini termasuk pelaksanaan pengesanan jejak secara tepat masa global bagi semua pesawat komersial dan menangani risiko yang dihadapi penerbangan awam di zon dilanda konflik.

Beliau seterusnya berkata di saat Rakyat Malaysia memperingati ulang tahun kedua tragedi MH17, doa dan harapan Kerajaan Malaysia sentiasa mengiringi waris mangsa. Kerajaan Malaysia katanya tidak akan berputus asa dengan usaha untuk memastikan keadilan akan terlaksana.

Inisiatif Ahli Parlimen Bentong Bolehkan Pelajar Menikmati E-Tuisyen Percuma

Posted: 15 Jul 2016 07:30 PM PDT


Ahli Parlimen Bentong, DS Liow Tiong Lai semalam telah merasmikan program e-tuisyen dalam talian yang ditaja sepenuhnya. Sebanyak 16,000 pelajar seolah rendah dan menengah di Bentong akan mendapat akses percuma program berkenaan. Pelancaran program berkenaan telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.

Bentongtuition.com.my akan menghubungkan pelajar dengan ezlearn2u.my yang diusahakan oleh tenaga pengajar yang juga bekas kolumnis The Star Education, Sunny Yee. Semua mata pelajaran dari Darjah Satu hingga Tingkatan Lima akan disediakan,

DS Liow yang juga merupakan Presiden MCA menegaskan bahawa kaedah pengajaran Yee telah terbukti berkesan dan menurut beliau anak-anaknya juga menghadiri pusat tuisyen berkenaan. DS Liow menceritakan bagaimana anaknya, yang tidak cemerlang dalam matematik, telah mendapat keputusan yang baik selepas hanya beberapa bulan.

DS Liow menggesa guru besar, guru dan ibu bapa untuk menggalakkan pelajar-pelajar di Bentong untuk menggunakan sepenuhnya program ini. Beliau turut menasihati pelajar untuk mengamalkan sikap berusaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada sekadar berjaya di dalam peperiksaan.

Beliau menambah jika pelajar pergi ke sekolah untuk belajar untuk menghadapi peperiksaan, mereka akan berada di bawah banyak tekanan, Tidak seperti negara-negara lain, DS Liow berkata, Malaysia tidak mempunyai "budaya pembelajaran sepanjang hayat" dan berharap sikap positif boleh bermula di Bentong.


Comments (0)