Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:51 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Pelik Tapi Benar - Rumah Terbuka Aidil Fitri Dikenakan Bayaran

Posted: 24 Jul 2016 07:08 AM PDT

40 tahun lebih jugaklah CTS hidup. Inilah kali pertama mendengar Rumah Terbuka Aidil Fitri dikenakan bayaran. Yang dewasa dikenakan RM26. Kanak-kanak dikenakan RM10. Namun tidak tertulis pula apa bayaran yang dikenakan untuk golongan OKU dan 'senior citizen'.

Agaknya apa hidangan yang disediakan di Rumah Terbuka Yayasan Perdana agaknya ye dengan harga RM26? Mungkin menunya rendang ayam tua, bengkang Azizah, Yong Tau Foo Guan Eng dan capati Ambiga. Seeloknya acara ini dinamakan rumah tertutup dan bukan terbuka.

Bulan ini sahaja berbelas jemputan CTS terima. Namun hanya satu dua sahaja jemputan yang dapat dipenuhi, memandangkan komitmen kerja. Ini semua jemputan rumah terbuka percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Kalau berbayar, minta maaflah nak pergi. Apatah lagi artis jemputan khas hanyalah warga emas yang perlukan perhatian.

Banner #LGExit Dipasang Di Sekeliling Pulau Pinang

Posted: 23 Jul 2016 09:29 PM PDT

Tinjauan rakan-rakan CTS di Pulau Pinang mendapati banner #LGExit telah dipasang di tempat-tempat awam. Laporan menyatakan poster-poster ini dilihat di sekurang-kurangnya 50 kawasan di seluruh Pulau Pinang.

Sumber menyatakan banner-banner tersebut dipasang oleh pihak dalaman DAP yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Joseph Lim Guan Eng.

Comments (0)