Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:26 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


WSJ Lidah Syaitan, Laporan Terbaru Tidak Beretika Mengenai 1MDB Disambut Sekutu Syaitan, Malaysiakini

Posted: 20 Jul 2016 05:24 AM PDT


Wall Street Journal (WSJ) dan rakan sekutu syaitannya Malaysiakini sekali lagi telah membuat laporan secara tidak beretika untuk menyerang dan memperburuk-burukkan Kerajaan Malaysia. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal pro pembangkang, Malaysiakini, mereka mendakwa, kerajaan Amerika Syarikat akan membeku dan menyita semua aset yang ada kaitannya dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di atas dakwaan, kesalahan dalam skala besar penyelewengan wang rakyat oleh sesebuah kerajaan.

Malaysiakini mendakwa, mereka memetik laporan yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) hasil daripada ulasan yang kononnya dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Dakwa WSJ, bahagian aset Jabatan Keadilan AS dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset imilik 1MDB itu pada pagi Khamis ini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh WSJ dan Malaysiakini ini, sitaan itu akan melibatkan harta tanah dan aset lain yang dibeli dengan "wang yang didakwa disalah guna daripada dana Malaysia".

Sekali lagi hal ini ternyata satu penipuan oleh WSJ dan Malaysiakini bertindak sebagai penyebar penipuan daripada sebuah akhbar yang langsung tidak mempunyai intergriti. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, mereka menyangkal sekeras-kerasnya laporan yang dikeluarkan oleh WSJ ini. 

Menurut mereka, mereka tiada asas untuk melakukan tindakan sedemikian seperti yang dilaporkan oleh WSJ. Tegas mereka, bukan menjadi hak Jabatan Keadilan untuk merampas hak milik orang lain tanpa perintah khas daripada mahkamah dan mereka begitu kesal dengan laporan yang berunsur fitnah berkenaan.

Teknik yang sama dengan teknik pelaporan sebelum ini digunakan, iaitu dengan satu pihak memetik satu sumber yang tidak jelas sebagai sumber berita. Seterusnya, berita ini dipetik oleh rakan sekutunya yang akan mengolah laporan tersebut seolah-olah menerima maklumat dari sumber yang sahih.

Tidak pelik apabila WSJ melaporkan berita dengan menggunakan perkataan, "menurut pasukan penyiasat" atau menurut "sumber yang boleh dipercayai" atau menurut "maklumat dalaman" sebagai sumber, kemudian mensensasikannya dengan tajuk-tajuk yang menggemparkan, tetapi kemudiannya menulis bahawa mereka masih belum dapat menghubungi pihak yang terbabit untuk mengesahkan tuduhan yang dibuat.

Malangnya berita yang dilaporkan oleh WSJ ini, kemudiannya dipetik oleh agensi-agensi berita lain dengan menggunakan tajuk yang sensasi juga, tetapi tanpa menyebut dalam laporan mereka bahawa WSJ masih belum dapat mengesahkan laporan tersebut.

Dalam laporan terbaru, WSJ memetik laporan menggunakan perkataan yang kabur seperti "pihak berkuasa dijangka akan" dan "menurut sumber yang hampir dengan perkara ini". Siapa sahaja boleh menulis fiksyen seperti ini dan menjadikan kerahsiaan pemberi maklumat sebagai alasan untuk mengelak dari tindakan undang-undang.

Menggunakan teknik "memetik sumber yang boleh dipercayai" ini, WSJ bukan sahaja boleh mengada-adakan cerita seperti kononnya "pihak berkuasa akan menangkap dan mendakwa Perdana Menteri Malaysia" dan menuduh kononnya wang RM2.6 dikatakan oleh "pasukan penyiasat" datang dari 1MDB, malah boleh meloloskan diri dari tindakan undang-undang dengan mengatakan bahawa bukan mereka yang menuduh dan mendakwa, sebaliknya hanya memetik sumber yang memberi maklumat kepada mereka.

Ejakulasi Pramatang - Keputusan Pilihanraya Negeri Mengejut Tidak Dapat Diputuskan

Posted: 20 Jul 2016 01:09 AM PDT




Potong stim! Ejakulasi Pramatang! Itulah yang dapat dikatakan selepas menanti Sidang Media yang dilakukan selepas delegasi PKR bertemu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tiada kata putus dibuat berkenaan sama ada Pilihanraya Negeri mengejut (snap election) akan dilakukan.

Lim Guan Eng petang tadi telah menerima kunjungan hormat Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) dan Saifuddin Nasution Ismail (Pengarah Strategik PKR) di pejabatnya dekat Komtar.

Baik dari pihak Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng mahupun Timbalan Presiden PKR, masing-masing mengelak apabila diajukan soalan sama ada Pilihanraya Negeri Mengejut akan dilakukan dalam masa terdekat. Lim Guan Eng berkata, cadangan itu sebenarnya diputuskan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan tidak wajar dibocorkan kepada pihak luar parti.

Walau bagaimanapun Joseph Lim Guan Eng memang hebat. Beliau boleh paksa Menteri Besar Selangor dan delegasinya untuk turun ke Pulau Pinang mengadap beliau sedangkan beliau sudah ada di Kuala Lumpur semalam. Sengaja Joseph Lim Guan Eng tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR walaupun Dr Wan Azizah telah menjemput beliau.

Buang masa betul! Orang utara panggil 'gempaq keling'. Video Sidang Media boleh ditonton di bawah.

Comments (0)