Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:41 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Malaysia Dan Singapura Tandatangani Memorandum Persefahaman Keretapi Berkelajuan Tinggi

Posted: 19 Jul 2016 12:36 AM PDT


Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba di Putrajaya, hari ini untuk lawatan kerja sehari dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR). 

Perdana Menteri, DS Najib Razak menyambut ketibaan Lee dan anggota delegasinya di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini pada jam 1.00 tengah hari. Pemimpin Singapura dan Malaysia itu mengadakan perbincangan empat mata dan menghadiri jamuan tengah hari sebelum majlis menandatangani HSR. 

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh DS Najib Tun Razak dan Lee Hsein Loong. Malaysia diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Singapura diwakili oleh Menteri Pengangkutannya, Khaw Boon Wan. Upacara bersejarah menandatangani memorandum persefahaman itu boleh ditonton di bawah:


Kedua-dua perdana menteri itu dalam sidang akhbar berkata, perjanjian dua hala untuk pelaksanaan HSR yang lebih terperinci itu dijangka ditandatangani pada hujung tahun ini.  Cadangan laluan kereta api sepanjang 350km itu akan bermula di Bandar Malaysia, tujuh kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, dan berakhir di Jurong East, Singapura. 

Cadangan perkhidmatan kereta api itu yang dijangka siap menjelang 2026 akan memendekkan masa perjalanan kira-kira 90 minit berbanding lima jam di jalan raya di antara Kuala Lumpur dan Singapura. Kereta api itu dijangka mempunyai lima stesen transit, iaitu bandar Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Perdana Menteri berkata, projek itu bukan saja akan memberi kesan limpah ekonomi kepada beberapa daerah yang terbabit, malah menyediakan sehingga 30,000 peluang pekerjaan. Sementara itu, Hsien Loong berkata, semua proses pembinaan projek berkenaan akan dilaksanakan mengikut perancangan bergantung kepada keutuhan model perniagaan yang digunakan.


Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Singapore's Land Transport Authority (LTA) telah mengeluarkan Kenyataan Media Bersama berkaitan memorandum persefahaman yang ditandatangani hari ini:









Hello Kitty Kirim Salam Dengan Tokong

Posted: 18 Jul 2016 11:36 PM PDT


Selain dari ribuan manusia yang menjadi mangsa banjir di Pulau Pinang semalam, sejumlah Hello Kitty juga turut menerima tempiasnya. Mungkin ramai yang membuat komen kenapa salahkan Tokong kerana berlakunya banjir di Pulau Pinang. Ini jawapannya.

Tokong sebelum berkuasa, sembang punyalah kencang. Di dalam petikan artikel Malaysiakini di sini bertarikh 15/12/2013, Joseph Lim Guan Eng siap mendabik dada berjanji mampu untuk menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempuh satu penggal sahaja jika diberi peluang memerintah Kerajaan Persekutuan.

Lim Guan Eng, di dalam bulan Januari 2015 pernah menghina Kerajaan PAS Kelantan berkaitan masalah banjir. Memetik berita Malaysiakini di sini:
Menurut laporan Sin Chew Daily, Lim membangkitkan bahawa, sesebuah kerajaan negeri perlu berkemampuan untuk melaksana tanggungjawabnya semasa menghadapi bencana. "Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. "Macam tak ada kerajaan. Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja. Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan," kata Lim seperti dipetik dalam laporan itu.
Hakikatnya tahun ini sudah masuk dua penggal DAP memerintah Pulau Pinang dan beliau sendiri menjadi Ketua Menteri. Masalah banjir kilat yang teruk di Teluk Bahang, Batu Feringgi dan Batu Maung termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang semalam masih tidak mampu hendak diselesaikan. Ini masalah banjir kilat bukannya banjir besar.


Oh ya! Anda semua sudah lupakah? YB DAP Ng Wei Aik cakap banjir di Pulau Pinang sudah selesai. Sudah selesaikah?

Tun Dr Mahathir "Bapa Andaian"

Posted: 18 Jul 2016 06:32 PM PDT



Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak afidavit Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menyokong permohonan pernyataan pembelaan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bagi membatalkan saman Perdana Menteri, DS Najib Razak.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan bahawa afidavit Dr Mahathir itu adalah keterangan dengar cakap ("hear say") yang tidak menyatakan sebarang sumber ia diperolehi. Menurut peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Tun Dr Mahathir TIDAK menyatakan sumber maklumat, alasan dan sama ada beliau mempunyai pengetahuan peribadi apabila mendakwa "Najib mengambil wang rakyat dari 1MDB."

Dalam perenggan kedua afidavit Mahathir, dia mengakui apa yang beliau katakan dalam dokumen berkenaan adalah berdasarkan kepada pengetahuan yang dimilikinya, bagaimanapun, beliau GAGAL menyatakan SUMBER maklumat peribadi yang diperolehinya. Mahkamah turut mendapati kandungan afidavit sokongan oleh Dr Mahathir penuh dengan elemen yang boleh menimbulkan perbalahan kerana tidak menyatakan sumber.

"Dengan keputusan ini, afidavit berkenaan akan dipadamkan daripada permohonan Ling untuk membatalkan saman Najib." Mahkamah juga mengarahkan Ling untuk membayar kos sebanyak RM5,000.

Mahkamah, katanya menetapkan 24 Ogos ini untuk mendengar permohonan Tun Dr Ling bagi membatalkan saman DS Najib yang difailkan pada 27/10/2015 berikutan kenyataan DS Dr Ling dalam portal Malay Mail bertajuk 'MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket' yang menuduh Najib menyalahgunakan dana syarikat pelaburan kerajaan, 1MDB bagi tujuan peribadi.

Dalam samannya, Najib mendakwa Ling secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti yang disiarkan dalam portal berita pada 03/10/2015.

Kesian Tun Dr Ling kena tipu dengan Tun Dr Mahathir. Apakah Negarawan turut membuat Akuan Berkanun palsu seperti mana yang dilakukan oleh Phang Li Khoon? Bolehkan pihak polis menyiasat Akuan Berkanun palsu ini seperti mana siasatan yang dijalankan ke atas Phang Li Khoon? Apakah Pro-Tun selepas ini akan menghina Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dengan mengatakan Yang Arif berkenaan makan dedak?

Kementerian Pengangkutan Wajibkan Bas ekspres Dan Persiaran Pasang 'Speed Limiter'

Posted: 17 Jul 2016 08:00 AM PDT


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Kementerian Pengangkutan akan mewajibkan semua bas ekspress dan bas persiaran  di negara ini memasang alat khas kawalan had laju 'speed limiter' bagi mengawal dan mematuhi had kelajuan yang ditetapkan. Beliau berkata pemasangan 'speed limiter' ini tidak boleh lagi dikecualikan dan telah dilaksanakan dengan serta merta.

Menurutnya, semua bas baharu akan diwajibkan untuk memasang alat khas itu dan pemasangan kepada bas yang sedia ada akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh masa yang terdekat. DS Liow telah memberi arahan kepada semua Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  dan Puspakom supaya semua bas baharu perlu memasang 'speed limiter' ini dan perkara ini tidak boleh lagi dikecualikan serta dilaksanakan dengan serta merta.

Beliau juga telah meminta semua bas ekspress apabila tiba masa pemeriksaan Puspakom, juga perlu memasang 'speed limiter'. Beliau menambah pemasangan alat berkenaan akan dilakukan secara berperingkat tetapi buat masa sekarang semua bas baharu wajib memasang alat itu. Katanya, melalui penggunaan alat tersebut setiap bas tidak boleh dipandu melebihi had laju ditetapkan tetapi tidak akan menjejaskan keupayaan bas semasa mendaki atau menuruni bukit.

Menurut DS Liow, Kerajaan sentiasa mengambil berat isu keselamatan awam termasuklah melibatkan pengangkutan awam di negara ini dengan mengambil pelbagai pendekatan. Katanya, dalam memastikan pemandu bas mematuhi peraturan had laju penggunaan alat kawalan had laju merupakan salah satu kaedah yang dilihat sesuai.

Comments (0)